Isnin, 27 Julai 2009

STRATEGI PERHUBUNGAN AWAM

1. Senaraikan 10 tugas asas pengawal perhubungan awam yang bertugas di kementerian
dan jabatan kerajaan Malaysia. (15 markah ).

2. Senaraikan 10 publik pengawal perhubungan awam dalam sesebuah organisasi
( 15 markah ).

3. Sila jelaskan dengan ringkas, lima komponen asas perhubungan awam seperti yang
diperjelaskan oleh Mogel (1993).

4. Jelaskan dengan ringkas apakah yang dimaksudkan dengan etika perhubungan awam
penting kepada seseorang pengawal perhubungan awam (25).

5. Apakah yang anda faham tentang pendekatan 5W/1H? Kaitkan pendekatan ini dengan
etika perhubungan awam di Malaysia.


Catatan : Maksud 5W/1H

- 5W = why,when,what,where,who
- 1H = how

Medan MAkna

1.0 Pendahuluan

1.1 Pengenalan

Medan makna dimaksudkan kepada hubungan paradigma diantara beberapa perkataan yang mempunyai pertalian antara satu sama lain. Ianya merupakan sekumpulan butir leksikal yang maknanya saling berhubungan disebabkan kehadiran masing – masing dalam konteks yang serupa. Pertalian ini wujud kerana perkataan – perkataan itu berada di dalam lingkungan yang sama dan perkataan – perkataan itu boleh digunakan untuk menjelaskan maksud atau pengertian sesuatu perkataan yang lain.
Sebagai contoh apabila kita menyebut perkataan “ Universiti “ maka perkataan – perkataan yang berkaitan dengannya ialah pensyarah , professor, tesis, mahasiswa ,kuliah, desasiwa, naib canselor, kuliah dan lain – lain lagi. Dengan ini perkataan seperti itu tadi adalah medan makna bagi perkataan “ Universiti. “.

1.2 Objektif
Objektif kertas kerja ini aalah untuk menghuraikan tentang medan makna dengan memberi beberapa contoh yang relevan bagi kajian ini.

1.3 Batasan Kajian
Kaedah yang diguna pakai untuk menyiapkan tugasan ini ialah dengan menggunakan kaedah kepustakaan. Beberapa buah buku, Modul PPL, majalah, jurnal, artikel telah digunakan sebagai panduan dan rujukan semasa menyusun ataur tugasan yang diberikan ini. Segala bahan yang diperolehi daripada pelbagai sumber ini dianalisis dan disusun ataur mengikut kesesuaian untuk dikelaskan serta dikategori di bawah sub topik tugasan ini.

1.4 Batasan kajian.
Penulis membataskan kajian ini tentang medan makna dari segi teori dan penghuraian tentang contoh – contoh perkataan yang tergolong dalam medan makna tersebut.

1.5 Definisi Konsep
Menurut Ramli Salleh et al., (1997: 157 – 158 ) medan makna adalah sekumpulan butir leksikal yang maknanya saling berhubung disebabkan kehadiran masing – masing dalam konteks yang serupa. Menurut kamus Dewan pula medan bermaksud kawasan yang terhad ( 1986 : 750 ) manakala makna ula membawa maksud erti atau maksud ( 1986 : 731 )

2.0 Medan Makna
2.1 Teori Medan Makna
Trier ( 1934 ) telah mengasakan sebuah teori medan semantik yang dikenali sebagai Teori Trier, dalam teori ini beliau telah membahagikan atau membandingkan aspek – aspek intelektual kepada beberapa medan ( field ). Beliau telah membuat kajian terhadap aspek inteklektual bahasa Jerma sekitar tahun 1200 dan 1300. Pada zaman awalnya, medan ini telah dibahagikan kepada dua iaitu kunst dan list. Perkataan pertama merujuk kepada kualiti kebangsawanan dan yang kedua bukan bangsawan. Namun demikian terdapat kesangsian tentang ketepatan pemerhatian Trier. Pada zaman berikutnya, medan semantik telah dibahagikan kepada tiga iaitu, wisheit “ pengalaman agama ”, kunst “ pengetahuan “ dan wizzen “ seni . Istilah wisheit telah digunakan untuk merangkumi keseluruhannya. Dalam ketiga - iga istilah itu tadi sebuah istilah tersingki, sebuah menjadi istilah baru dan wisheit sekarang hanya menukupi satu bahagian sahaja, dan bukannya keseluruhan lagi ). Ini dapat kita lihat dalam rajah 1.

1200 1300

Contoh Trier ini membandingkan satu bahasa pada dua zaman yang berlainan. Kita juga boleh menbandingkan dua bahasa yang berlainan untuk melihat bagaimana bahasa – bahasa itu membahagikan sesuatu medan tertentu itu. Berdasarkan teori ini bahasa boleh dibahagikan kepada beberapa medan, salah satu contoh yang selalu dikemukan ialah merujuk tentang warna. Terdapat banyak perkataan tergolong dalam medan” warna “ ini, seperti hijau, merah, kuning , biru, hitam, kelabu, jingga, putih, oren dan sebagainya. Kata – kata ini dikatakan berada di dalam satu medan makna kerana semuanya merujuk kepada warna. Ahli bahasa Denmark, Hjelmslev ( 1953 : 33 ) menghujahkan pendapatnya tentang warna dimana kita boleh membandingkan system warna bahasa Inggeris dan bahasa persuratan Wales, disepenjang dimensi. Lihat rajah 2 di bawah ini.







2.2 Medan Makna Dari Sudut Penggunaan Dalam Bahasa

Apabila kita hendak menghuraikan dam menjelaskan makna sesuatu perkataan , lantaran tidak ada perkataan yang betul – betul sama makna dan maksudnya dengan perkataan itu maka kita terpaksa menjelaskannya dengan menggunakan perkataan – perkataan lainyang mungkin menyebabkan penggunaan perkataan – perkataan lain yang mungkin melibatkan jumlah perkataan yang banyak. Sebagai contoh, apabila kita menfdefinisikan perkataan “ istana “, kita katakana “ Istana “ tempat kediaman “ raja “. Isteri kepada “ raja “ dipanggil “ permaisuri “, mereka mempunyai penghibur dipanggil “ dayang “, sementara anak – anak dirujuk sebagai “ putera “ dan “ puteri “. Rakyat pula memamnggil mereka sebagai “ tuanku “sementara sebutan pada diri sendiri ialah “ patik “.Tempat yang disediakan rakyat mengadap dipanggil “ balairung “. “ Pengawal – pengawal ” tugas untuk menjaga keselamatan raja keluarga “diraja “. Bahasa yang dignakan mereka dipanggil “ bahasa istana “. Perkataan – perkataan “raja “, “ permaisuri “ , “ dayang “, “ putera “, “ puteri “, “ tuanku “,” patik “, “ balairung “, “ pengawal”, “ diraja “, “ bahasa istana “ adalah perkataan yang biasa digunakan dalam pendefinisian perkataan “ istana “. Oleh itu perkataan ini berada di dalam medan atau linkungan yang sama iaitu berada dalam medan makna perkataan “ istana “.

Kita tidak boleh mengatakan Ini topi merah dan pada benda yang sama dikatakan Ini topi hijau Kita juga tidak boleh mendeskripisikan seekor binatang sebagai harimau dan beruang sekaligus Ketidaksepadanan istilah dalam satu medan semantik selalunya jelas ditunjukkan dalam bahasa. Bapa menumbuk Mary ( dengan tekanan berkontras ) memberi implikasi dia tidak menendangnya atau menamparnya ; tumbuk, tendang, dan tampar kesemuanya masuk dalam satu golongan medan semantik yang sama ( Lyons 1977 : 288 ). Nida ( 1964 : 50 ) membincangkan, dalam pengertian “ golongan “, mengenai perkataan dalam satu bahasa Mexico untuk bising. Ada enam patah perkataan “ bising “: merujuk kepada pekikan kanak – kanak, manusia bercakap kuat, manusia bertengkar ( atau ayam piru berketak ), manusia bercakap dngan marah, bisng yang meningkat dan bunyi – bunyi semasa pengebumian. Nida juga mencatatkan ada tiga patah perkataan “ mencari “dalam bahasa Maya : ( i ) untuk memilih yang baik daripada yang buruk,( ii ) untuk mencari secara membabi buta, ( iii ) untuk mencari secara teratur. Dalam bahasa Shilluk ( Afrika ) ada tiga perkataan “patah” satu untuk patah kayu dan lain – lain, satu untuk benang , dan satu untuk telur. Kita boleh menambah senarai ini dengan bilangan golongan yang biasa; logam iaitu besi, tembaga, dan lain- lain, mamalia iaitu singa, harimau dan lain – lain, jenis motokar dan seterusnya. ( Palmer, 1989 : 76 )

Benda – benda dalam medan adalah tidak “ berentetan “: tidak ada cara semulajadi, dari segi makna , untuk menyusunkannya dalam satu rentetan tertentu. Hari - hari dalam minggu dan bulan – bulan dalam tahun membentuk dua set perkataan yang tidak selaras, sebab itu kita tidak boleh mengatakan Bulan ini ialah April dan ia juga bulan Mei. Tetapi kumpulan perkataan ini juga mempunyai hubungan retetan seperti Ahad berlaku sebelum Isnin- Ahad adalah hari yang berlaku sebelum Isnin dan lain – lain.

Medan makna mengandungi kata kunci yang mengelilingi satu kata kunci tertentu sebagai pusatnya iaitu dinamakan kata fokus. Kata kunci ialah sejumlah perkataan dalam perbendaharaan kata sesuatu bahasa yang sangat kuat mempengaruhi fikiran konsepsi masyarakat tentang kewujudan , alam realiti dan kehidupan mereka . Kata kunci bertindak sebagai kata fokus apabila perkataan itu menampakkan medan makna yang kentara dan penting yang sangat rapat hubungannya dengan makna pusat perbendaharaan kata bahasa itu.
3.0 PENUTUP
3.1 Kesimpulan

Hasil daripada dapatan di atas tadi dapatlah kita simpulkan bahawa medan makna ini dipakai untuk menentukan fonem dan morfem. Secara ringkasnya bolehlah kita katakan di sini bahawa sebarang analisa bentuk bahasa unsur makna telah dipergunakan dengan luas. Dalam hubungannya dengan kata – kata yang lain seperti perkataan “ istana “ yang baru kita bincangkan tadi mungkin hanya bertindak sebagai kata kunci atau komponen atau bahagian makna untuk kata yang lain.

Dalam erti kata apabila kita cuba untuk memberi makna kepada sesuatu biasanya kita akan menggunakan kata – kata lain, ini bertujuan untuk memudahkan seseorang itu memahami dengan jelas apa yang dimaksudkan oleh kita.

Kaedah Penyelidikan Bahasa

1.0 PENDAHULUAN
Latar Belakang Kajian


Lazimnya kita mengetahui bahawa penguasaan bahasa pertama berlaku secara semulajadi semenjak kecil lagi. Pada tahap ini, bahasa akan dipelajari secara berperingkat-peringkat. Seperti mana yang kita ketahui bahawa bayi belajar secara tidak formal Mereka dapat menguasai bahasa itu dengan cara ‘memperoleh’ bukan melalui proses pembelajaran. Mereka hanya perlu didedahkan kepada bahasa ibunda mereka dan secara tidak disedari mereka akan pandai dengan sendirinya menggunakan bahasa itu.

Dalam kajian ini kita akan penyelidik dan cadangan tentang senario kelemahan murid sekolah rendah dalam menguasai bahasa kedua dalam proses pembelajaran. Penyelidikan ini berkisar di beberapa buah sekolah di Bahagian Sarikei di mana pelajarnya terdiri daripada pelbagai etnik. Mejoritinya mempunyai bahasa ibunda masing – masing. Kita akan kaji mengapa masih ramai pelajar belum dapat menguasai bahasa kedua terutama sekali dari segi sebutannya kerana mereka masih lagi dipengaruhi oleh bahasa ibunda mereka masing – masing. Beberapa faktor telah diambil kira seperti minat terhadap mempelajari bahsa kedua, latar belakang geografinya, kemudahan pasarana seperti telefon, termasuk radio dan televisyen, begitu juga dengan pendapatan ibubapa yang mempunyai taraf hidup yang rendah. Selain daripada itu kebanyakkan daripada ibu bapa masih lagi hidup dalam kehidupan yamg serba daif. Mereka mengangga bahawa pelajaran itu tidak penting bagi golongan ini.

Penyataan Masalah

Mempelajari bahasa kedua merupakan satu proses mempelajari lakuan baru. Justeru, dalam proses pembelajaran, gangguan daripada bahasa ibu sering terjadi. Oleh itu, pengajaran bahasa kedua hendaklah dirancang dan dilaksanakan secara semulajadi dan tidak terlalu formal.

Berbeza dengan pembelajaran bahasa kedua, bahasa mestilah dipelajari secara formal dan hanya berkembang melalui latihan dan pengukuhan Oleh itu, dorongan yang kuat dan sikap yang baik adalah perlu untuk belajar.

Penekanan sebaiknya dilakukan dalam konteks kebudayaan dan sosial yang hidup yang membolehkan bahasa tersebut sering didengar dan dituturkan. Mungkin salah satu masalah yang besar ialah, bahasa Melayu yang diajar itu amat formal dan tidak ada kegunaan atau persamaannya dengan bahasa yang digunakan hari-hari, sehingga murid-murid terpaksa mempelajari suatu dialek yang berlainan yang tidak boleh mereka tuturkan di luar kelas.
Tambahan pula mempelajari bahasa kedua merupakan salah satu daripada proses pembelajaran di setiap sekolah di Malaysia. Para pelajar mesti bekerja keras untuk mempelajari bahasa kedua ini. Bahasa kedua menjadi salah satu daripada mata pelajaran yang mesti diajar walaupun sukar bagi pelajar untuk mempelajarinya. Untuk mempelajari Bahasa Kedua ini pelajar hendaklah perlu banyak membaca. Masalah yang dihadapi oleh murid zaman kini ialah mereka mempunyai pandangan yang negative

Dalam konteks pengajaran bahasa Melayu, pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa pertama kepada pelajar Melayu sendiri tidak banyak menimbulkan masalah tetapi mengajarnya sebagai bahasa kedua kepada pelajar bukan penutur jati memerlukan perhatian yang lebih teliti. Pelajar perlu melalui rancangan-rancangan dan aktiviti-aktiviti yang tersusun dengan kaedah-kaedah tertentu.

Adalah jelas, mempelajari bahasa kedua merupakan satu proses mempelajari lakuan baru. Justeru, dalam proses pembelajaran, gangguan daripada bahasa ibu sering terjadi. Lingkungan kebudayaan dan linguistik di kalangan pelajar sering mempengaruhi proses pembelajaran bahasa kedua mereka. Oleh itu, pengajaran bahasa kedua hendaklah dirancang dan dilaksanakan secara semulajadi dan tidak terlalu formal. Penekanan sebaiknya dilakukan dalam konteks kebudayaan dan sosial yang hidup yang membolehkan bahasa tersebut sering didengar dan dituturkan.



Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut :

i. untuk persediaan para guru – guru disekolah rendah tentang persediaan kanak – kanak tentang pembelajaran bahasa dan penguasaannya.
ii. Untuk mengetahui tentang pembelajaran bahasa kedua bagi kanak – kanak.
iii. Mengetahui tentang perbezaan diantara penguasaan Bahasa Pertama dan pembelajaran bahasa kedua dan mempelajari penggunaan bahasa.












Rangka Konsepsual
Tajuk Cadangan
Mempelajari Bahasa Kedua adalah di kalangan pelajar sekolah rendah masa kini.
Kajian Kes di SK Budu, Saratok, Sarawak
Objektif Kajian Teori Kajian




Persempalan Tempat Kajian




Kaedah Kajian

















Kerangka Teori


Teori Skema yang telah dikemukakan Rumelhart ( 1981 ) yang berkaitan dengan pengetahuan individu atau struktur data yang bagi mengambarkan konsep umum yang ada dalam ingatan manusia. Mengikut teori skema, pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang digambarkan dalam satu uni kotak yang dinamakan “skemata ”. Skema merupakan pengetahuan seseorang tentang semua konsep objek, peristiwa, situasi, tingkah laku dan urutan – urutan perlakuan dalam unit tersebut. Objek yang dimaksudkan mempunyai kaitan dengan pengatahuan.
Menurut Abd. Rahman ( 1997 ), Teori mekanis cuba menghuraikan pertalian antara psikologi dengan bahasa melalui pendekatan yang dapat dialami dan diamati secara langsung atau secara fizikal. Mereka yang sealiran dengan teori ini terdiri daripada ahli – ahli bahasa seperti Bloomfield, Sapir, Boas, Fries dan Brooks, Sarjana – sarjana psikologi menyertai aliran ini ialah J.B Watson, E.r.Guthrie, edward L, Tondike, I.P. Pavlov dan B.F Skinner.
Golongan ini beranggapan bahawa pemerolehan sesuatu lakuan terjadi melalui ulangan lakuan. Ini bermakna penguasaan bahasa adalah satu proses mekanis melalui latihan dan pengulangan. Rangsangan yang datang kepada seseorang adalah dari dalam dirinya, dan daripadanya timbul gerak balas terhadap orang lain untuk melahirkan pertuturan dan sebutan daripada simbol. Dalam konteks pengajaan dan pembelajaran bahasa teori mekanis menegaskan latihan dan latih tubi pola bertujuan untuk membentuk satu kebiasaan baru bagi pelajar.

Teori mekanis juga menekan kemahiran lain seperti pertuturan lisan dan kemahiran mendengar kerana kedua – dua kemahiran ini mempunayai hubungan yang rapat dan mudah untuk dikuasai berbanding dengan aktiviti membaca dan menulis. Kesemua kemahiran ini perlu diberi awal dalam pembelajaran yang berterusan di sekolah.
Ujian kloz pula bertujuan untuk menentukan tahap kebolehan individu yang dikaitkan dengan beberapa kemahiran lain, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran perbendaharaan kata, tatabahasa, kefahaman bacaan di samping kefasihan dan kelicinan sintaksis.

Kepentingan Kajian / Kesinifikanan

Hasil daripada cadangan kajian ini nanti bolehlah dimanfaatkan oleh guru – guru sekolah rendah yang mengajar bahasa kedua kepada pelajar yang masih lagi mempunyai kepekatan diksi dalam bahasa ibunda mereka, disamping itu juga ianya boleh digunakan oleh pihak Pusat Perkembang Kurikulum untuk merobak huraian sukatan pelajaran dan di semak semula supaya ianya lebih berkesan untuk dgunakan oleh warga pendidik.
Guru dan ibu bapa dapat menentukan bentuk keperluan dan penyediaan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran bagi melaksanakan program pemulihan khas bagi mereka yang lemah. Ketidaksesuaiannya perlu diubah dan diganti dengan kaedah baru yang mungkin mampu memberi penyelesaian yang lebih baik. Kajian cadangan ini penting untuk membaiki tahap pancapaian akademik secara menyeluruh.
Pihak yang berwajib dalam organisasi pendidik di Malaysia ( KPM ) perlu menyedari masalah pembelajaran bahasa kedua bagi murid – murid yang tinggal jauh dipedalaman. Bagaimana cara hendak menbaiki itu terpulanh pada kretiviti seseorang guru tersebut Organisasi ini perlu merancang kurikulum khas bagi pelajar yang terbabit.
Skop Kajian

Kajian ini akan meliputi beberapa orang guru dan pelajar telah sebuah sekolah di kawasan luar bandar Sarawak, yang terletak berhampiran dengan Pekan Kecil Daerah Saratok. Sekolah ini dipilih berdasarkan lokasinya yang jauh dari bandar dan latar belakang status sosioekonomi keluarga pelajar kebanyakanya terdiri daripada golongan sederhana, dimana mejoriti ibu bapa atau penjaga bekerja sebagai petani dan penoreh getah.

Kaedah kajian yang menggunakan Ujian Kloz dan soal selidik kepada 10 orang responden ( pelajar ) sebagai sampel akan turut mengambil kira maklum balas guru bagi mencapai objektif kajian. Skop ujian dan soal selidik yang akan dijalankan adalah tertakluk kepada keperluan objektf kajian


Definisi Istilah

Definisi istilah yang digunakan dalam tajuk kajian cadangan ini adalah seperti berikut :
Mempelajari
Perkataan“ mempelajari ”adalah berasal dari kata dasar pelajar . Mempelajari merujuk kepada proses menimba ilmu dari seseorang ataupun institusi pendidikan.
Bahasa Pertama
Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998) : “Bahasa pertama ialah bahasa yang mula-mula sekali dikuasai oleh seseorang sejak dia masih kanan – kanak iaitu
iaitu sebelum dia mempelajari bahasa asing atau bahasa kedua. Bahasa pertama ini
sering juga disebut bahasa kandung atau bahasa ibunda.”

Dikalangan
Menurut Kamus Dewan perkataan kalangan bermaksud lingkungan, golongan : di ~ orang Melayu:di ~ mahasiswa ; bahasa ~ bahasa ( kata – kata ) yang biasa dipakai dalam sesuatu golongan tertentu; ~ atas golongan.

Pelajar
Perkataan pelajar adalah pelaku kepada perbuatan belajar, iaitu individu yang sedang dalam jangka masa proses belajar, atau menimba ilmu dari seseorang atau institusi pendidikan. Sekolah rendah adalah satu institusi pendidikan di Malaysia yang mengendali kumpulan pelajar dalam lingkungan umur 7 hingga 12 tahun berdasarkan syarat – syarat tertentu. Menurut kajian Mohd Azmi ( 2001 ), Pendidikan di Malaysia menggunakan sistem 6-3-2-2, iaitu 6 tahun di sekolah rendah yang bermula pada usia kanak – kanak 7 hingga 12 tahun ; 3 taun sekolah menegah rendah, yang bermula pada usia pelajar 13 hingga 15 tahun; 2 tahun di sekolah menegah atas, yang bermula pada usia 16 hingga 17 tahun; dan 2 tahun dalam tingkatan 6 di peringkat pra- universiti.
Dapatlah kita katakan di sini bahawa pengertian pelajar sekolah rendah bermakna individu yang dalam lingkungan usia 7 hingga 12 tahun dan masih belajar atau bersekolah di sekolah Kebangsaan di negara ini. Sekolah Kebangsaan yang dimaksudkan dalam kertas cadangan ini ialah SK Budu, Seratok, Sarawak.
Masa Kini
Masa kini pula membawa pengertian waktu sekarang. Waktu berlaku sesuatu peristiwa.Menurut Kamus Dewan ( 1996 ) masa bermaksud waktu atau ketika ini. Manakala perkataan Masa pula menurut Kamus Dewan ( 1996 ) kini bermaksud sekarang ini, waktu ini.

Kesimpulan Definisi Istilah

Kesimpulan defini istilah yang digunakan oleh penyelidik ialah bagaimana hendak mempelajari dan menguasai Bahasa Kedua di kalangan pelajar dalam lingkungan 7 hingga 12 tahun di Sekolah Kebangsaan Budu Seratok, Sarawak.Bagaimana cara hendak menguasai bahasa kedua tersebut.

Sorotan Kajian
Beberapa Kemahiran Asas Bahasa

Penguasaan bahasa untuk tujuan komunikasi merupakan matlamat pengajaran bahasa di sekolah. Beberapa kemahiran asas lain yang harus diberi penekanan sama rata bagi meningkatkan kemahiran berbahasa dan komunikasi ialah mendengar, kemahiran menulis dan kemahiran bertutur. Semua kemahiran berbahsa dan komunikasi memerlukan proses yang kompleks

Penguasaan Bahasa Pertama Dan Pembelajaran Bahasa Kedua
Ahli-ahli psikolinguistik berpendapat bahawa proses mempelajari bahasa pertama adalah secara terus tanpa sebarang aktiviti terjemahan daripada bahasa lain. Dalam hal ini, kanak-kanak hanya menguasai pertuturan sahaja secara sebarangan. Setelah beberapa lama melalui proses mendengar, memerhati kebiasaan, barulah mereka dapat bertukar mengikut kebiasaan bahasa itu. Pembelajaran yang diperolehi adalah secara tidak langsung tanpa sebarang kaedah. Bahasa dikuasai secara keseluruhan dan tidak sekerat-sekerat atau terpisah dalam bentuk berasingan.

Walaupun begitu dalam menguasai bahasa pertama atau bahasa ibunda beberapa proses dilalui oleh kanak-kanak. Dalam hal ini, Kamarudin (1988) membahagikan proses tersebut seperti berikut :
i. Peringkat fonologi
Peringkat mengeluarkan bunyi-bunyi dan membiasakan diri dengan bunyi- bunyi yang didengar
ii. Peringkat morfologi
Peringkat menggabungkan unit-unit bunyi menjadi bunyi-bunyi yang
bermakna.
iii. Peringkat sintaksis
Peringkat menggabungkan morfem-morfem menjadi ungkapan-ungkapan
atau ayat-ayat yang bermakna.

Prinsip-prinsip Pengajaran Bahasa Pertama

i. Kemahiran bahasa dikuasai secara beransur-ansur

Penguasaan sesuatu kemahiran bahasa di kalangan kanak-kanak berlaku secara beransur-ansur. Mula-mula mereka mengeluarkan bunyi-bunyi, kemudian mencantumkan unit-unit bunyi itu menjadi perkataan dan selepas itu mencantumkan pula perkataan-perkataan itu menjadi ungkapan atau ayat. Kanak-kanak memerhati dan menangkap sebarang kemahiran bahasa itu daripada penutur-penutur lain. Lama-kelamaan mereka akan menjadi mahir dengan sendirinya. Proses kefahaman boleh wujud lebih awal daripada proses melahirkan ucapan.

ii. Banyak aspek bahasa dikuasai sekaligus

Lazimnya setiap kemahiran bahasa dikuasai dengan cara yang perlahan dan ini membolehkan beberapa aspek bahasa itu dapat dikuasai secara sekaligus. Sebagaimana yang diketahui, bahasa mempunyai banyak rumus dan peraturan dan semuanya ini dikuasai secara serentak. Kanak-kanak umpamanya dapat menguasai bunyi, perkataan, pengimbuhan, makna, dan penggunaannya dalam ayat secara sekaligus.

iii. Kanak-kanak mempelajari menggunakan bahasa tetapi tidak mengenainya

Prinsip ini menerangkan bahawa kanak-kanak tidak cuba mengkaji jalan bahasa dalam proses menguasai bahasa tersebut. Mereka belajar menggunakannya. Kanak-kanak tidak diminta menjelaskan kenapa sesuatu ayat itu betul atau salah tetapi mereka perlu tahu betul salahnya. Dalam aspek tatabahasa misalnya, kanak-kanak tidak diminta mengkaji rumus-rumusnya tetapi cukup sekadar menggunakannya dalam ayat-ayat yang betul.

iv. Kanak-kanak menggunakan bahasa mengikut konteks makna

Kanak-kanak belajar menggunakan bahasa itu dengan memerhati atau mendengar dan kemudiannya menggunakan unsur yang sama dalam keadaan yang serupa bagi memberikan maknanya. Walaupun tidak memahami sistem tatabahasa, tetapi mereka amat mengetahui hubungan perkataan dengan perkataan dalam ayat dan antara ayat dengan ayat yang lain. Mereka menggunakan sesuatu perkataan itu dalam konteks makna, bukannya dalam konteks tatabahasa. Semasa mengajar, guru perlulah mencari konteks makna bagi menjelaskan makna perlatan itu. Pelajar diberi latihan dan latih tubi pemakaian perkataan yang betul.

v. Kanak-kanak mempunyai kebiasaan sendiri mempelajari bahasa dan pertuturan

Kanak-kanak mempelajari pertuturan menurut kebiasaan tertentu. Kebiasaan ini mungkin kebiasaan seseorang individu atau kelompok penutur. Mereka mempunyai kumpulan sendiri dan mempunyai habit dalam cara bertutur yang tersendiri. Jadi kanak-kanak tidak perlu dihalang mengembangkan kebolehan mereka berbahasa secara tersendiri.



Pembelajaran Bahasa Kedua

Pengajaran bahasa kedua berbeza dengan penguasaan bahasa pertama. Bahasa kedua diperolehi dan dikuasai melalui pembelajaran. Di mana pembelajaran tersebut adalah bersifat formal, menekankan banyak latihan dan pengulangan hingga membentuk satu tabiat. Ini dijelaskan oleh Rivers W.M (1964) yang menyatakan pembelajaran bahasa asing pada dasarnya adalah merupakan satu proses mekanikal yang membentuk tabiat

Oleh itu, cara penguasaannya adalah sama dengan proses pembentukan tabiat
yang lain seperti belajar menaip, berenang, memamndu, dan lain-lain. Proses pembelajaran menetapkan jika sekali berjaya dilakukan dengan baik maka ia akan dapat diulangkan untuk seterusnya secara automatik. Jika proses penguasaan di peringkat awal seorang kanak-kanak, berkemungkinan besar dia akan melalui proses-proses yang sama dengan proses penguasaan bahasa pertama, sementara proses penguasaan bahasa kedua selepas peringkat awal kanak-kanak akan melalui tahap dan cara yang agak berbeza dengan proses pemerolehan pengetahuan bahasa pertama. Hal ini pernah ditegaskan oleh Brown (1980) : “Adult, more cognitively secure,appear to operate from the solid foundation of the first language and thus manifest more interference.”




Seterusnya Rivers melalui teori pendekatan mengajar bahasa iaitu ‘pendekatan dengar sebut’ menyatakan bahawa :
a. a. Pembelajaran bahasa asing pada asasnya adalah merupakan satu proses yang mekanikal membentuk tabiat.
b. b. Analogi memberi asas yang lebih kukuh terhadap pembelajaran bahasa asing daripada analisa.

Oleh itu, daripada kenyataan tersebut dapatlah diandaikan tabiat adalah
disebabkan melalui peneguhan dan tabiat berbahasa kedua pula boleh dibentuk dengan berkesan bukan dengan membuat kesilapan-kesilapan tetapi mempelajari apa yang betul. Latih tubi memainkan peranan yang penting bagi menggalakkan kebolehan ini berfungsi.

Menurut pendekatan kognitif (Chomsky), mempelajari bahasa ialah satu proses menguasai dengan cara sedar akan pola-pola fonologi, sintaksis dan leksikal satu-satu bahasa itu. Teori ini menekankan kepentingan pemahaman murid akan struktur bahasa asing. Kesenangan mempelajari bahasa tersebut akan dapat berkembang secara mudah sekiranya murid-murid mempunyai penguasaan kognitif terhadap struktur-struktur bahasa tersebut.

Prinsip-prinsi Pengajaran Bahasa Kedua

i. Pembelajaran bahasa kedua ialah satu proses mekanis

Pembelajaran bahasa kedua adalah merupakan satu proses mekanis yang membentuk lakuan baru, iaitu lakuan kemahiran bahasa. Latihan-latihan yang diteguhkan dilakukan untuk membina habit bahasa yang dipelajari itu.

ii. Bentuk bahasa pertuturan hendaklah dipelajari dahulu

Pengajaran bahasa kedua mestilah didahulukan dengan aktiviti lisan. Ini bermakna aktiviti pengajaran harus bermula daripada kemahiran mendengar, kemudia bertutur dan seterusnya kepada membaca dan menulis. Kanak-kanak diajar menyebut sesuatu kata itu dahulu sebelum bentuk-bentuk tulisan diajarkan. Cara ini akan menghasilkan satu pengajaran bahasa kedua yang berkesan.

vi. Pelajar belajar secara membuat analogi

Pembelajaran cara ini membolehkan pelajar-pelajar menerima pelajaran dengan cara melihat persamaan dan perkaitan di antara bentuk-bentuk yang diajar. Mereka dilatihtubi dalam pola-pola yang diajar. Analogi digunakan untuk menghasilkan penguasaan struktur bahasa tanpa menghabiskan masa dan tenaga untuk menjelaskan konsep-konsep tatabahasa.

iii. Makna dipelajari dalam konteks

Makna haruslah dipelajari dalam konteks yang dapat menerangkan makna itu sendiri. Misalnya makna perkataan perlulah di ajar dalam konteks kebudayaan yang penuh. Ini adalah cara yang difikirkan berkesan dalam memberikan makna.

METODOLOGI
Reka Bentuk Kertas Cadangan
Kaedah Kajian

Kertas cadangan ini dilakukan untuk mengenalpasti pembelajaran bahasa kedua menjadi lebih senang untuk mempelajari bahasa tersebut akan dapat berkembang secara mudah sekiranya murid-murid mempunyai penguasaan kognitif terhadap struktur-struktur bahasa tersebut.Kaedah kajian yan sesuai digunakan ialah yang berbentuk Kajian Ex Post Facto ( merupakan kajian yang sistematik dan emprikal ). Selain itu kaedah yang sesuai digunakan juga ialah berbentuk tinjaun diskritif, dimana beberapa bentuk ujian dilakukan iaitu Ujian Kloz yang diperkenalkan oleh Wilson Taylor pada 1953 untuk menentukan tahap kebolehanbacaan pelajar ( Khadijah Rohani,1987 ).
Tempat Kajian

Kajian ini dijalankan kepada pelajar – pelajar yang berbangsa Iban, di mana pelat dan tutur kata mereka masih lagi dipegaruhi oleh bahasa Ibunda.Pelajar – pelajar sukar untuk mempelajari bahasa kedua. Sekolah Kebangsaan Budu menjadi lokasi kajian kerana di sini merupakan sebuah sekolah luar bandar ian terletak kira – kira 45 kilometer dari pekan kecil Seratok. Kesemua pelajar berbangsa Iban.

Populasi Dan Persampelan

Populasi kajian terdiri daripada pelajar – pelajar yang mempunyai masalah penguasaan Bahasa Kedua d Sekolah Kebangsaan Budu, Saratok, Sarawak. Jumlah populasi ialah 10 orang. Menurutr pendapat Ahmad Mahdzan Ayob ( 1991 ), rangka persempelan yang paling baik ialah sejumlah sampel yang menyamai populasi. Noor Aina Dani ( 2000 ), pula mengemukakan bahawa jumlah sampel yang dipilih hebdaklah munasabah dan jika populasi adalah sedikit, semua populasi bolehdipilih menjadi sampel. Oleh itu, semua 100% populasi telah dipilih sebagai sampe dalam kajian ini. Ini bertujuan untuk memastikan kesemua ahli dalam populasi dapat diuji sebagai subjek kajian dengan hasil yang lebih relevan.



Instrumen Kajian/ Cadangan

Model Ujian Diagnostik Baka diperkenalkan oleh Abd. Aziz Abd. Talib ( 1984 ). Keputusan ujian yang dijalankan akan dapat menentukan tahap kebolehbacaan pelajar yang diuji. Ujian dibahagikan kepada bahagian yang khusus untuk mengesan kemahiran atau kesukaran tertentu :

Ujian Kloz

Menurut Khatijah Abdul Hamid ( 1987 ), Ujian kloz diperkenalkan oleh Wilson Taylor pada 1953 untuk menentukan kecekapan berbahasa dari segi perbendaharaan kata ( makna, struktur dan imbuhan ), tatabahasa, kefahaman bacaan di samping menentukan tahap kebolehbacaan atau kefasihan dan kelicinan sintaksis semasa membaca.

Penskoran Ujian Baka Dan Ujian Kloz

Kaedah pemeringkatan peratus akan digunakan dalam Ujian Kloz. Menurut Abd. Aziz Abd Talib ( 2000 ), secara individu atau keseluruhan responden , peratus pencapaian yang diperolehi akan dapat menentukan kebolehbacaan pada tiga tahap berdxasarkan skala likert, iaitu ‘ tahap bebas’ atau ‘ tahap bersendirian ’, ‘ tahap bimbingan ’ dan ‘ tahap kecewa ’.

Kemahiran Membaca

TUGASAN
HBML 1103 : PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
Semester September 2007
(35 %)


Dengan menjadikan salah satu kemahiran bahasa ( mendengar, bertutur, membaca dan menulis ) sebagai asas :
a ) Kenal pasti dan jelaskan masalah – masalah yang berkaitan dengan kemahiran yang dipilih ;

1.0 Pengenalan

Kemahiran membaca merupakan satu kemahiran bahasa yang penting. Melalui pembacaan seseorang itu boleh menerokai alam ilmu pengetahuan yang tidak dapat ditempuhinya melalui pengalaman – pengalaman biasa yang lain. Pembacaan membawa seseorang itu kea lam imaginasi, di luar daripada situasi kehidupan yang dilaluinya sehari – hari. Pembacaan juga boleh membuka dan memperluaskan pemikiran dan pengetahuan seseorang dalam pelbagai bidang.

Oleh itu kemahiran ini haruslah ditanamkan sedalam – dalamnya kepada murid – murid sejak awal – awal lagi supaya ianya boleh dipupuk dan disuburkan dengan sebaik - baiknya

Semenjak kebelakangan ini Kementerian Pendidikan Malaysia berasa bimbang di atas masalah murid dari sekolah rendah belajar ke sekolah menengah yang belum lagi dapat menguasai kemahiran asas bacaan. Pelbagai program telah dilaksanakan oleh Kementerian untuk mengatasi masalah ini. Di antara projek yang dijalankan sekarang ialah Kelas Intensif Awal Membaca dan menulis ( KIA2M ) yang dikhas bagi murid – murid Tahun 1 dan PROTIM bagi murid – murid Tahu 6 yang masih lagi belum dapat menguasai kemahiran asas membaca. Dalam tugasan saya kali ini kita akan membincangkan tentang masalah Kemahiran Membaca dikalangan murid – murid di sekolah rendah.

2.0 KEMAHIRAN MEMBACA
2.0.1 Pengertian Dan Tujuan

Menurut Atan Long membaca melibatkan kebolehan mengenal lambang – lambang itu semula kepada bunyi bahasa dam memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu. Untuk mambaca seseorang itu bukan sahaja boleh mengenal dan menyebut lambang – lambang bertulis tetapi juga dia mesti mempunyai satu tanggapan bagi memudahkan fahamannya.

Bamberger pula mentakrifkan membaca adalah satu proses yang mengubahkan simbol – simbol grafik ( tulisan ) kepada konsep – konsep intelektual dan proses ini memerlukan daya mental.

Daniels dan Diack berpendapat membaca merupakan satu proses menterjemah huruf – huruf dalam satu susunan tertentu seperti perkataan, rangkai kata dan ayat – ayat kepada bunyi – bunyi yang mempunyai makna.

Lado mentafsirkan bahawa membaca merupakan satu cara untuk memahami pola – pola bahasa daripada bentuknya yang bertulis .
Daripada definisi – definisi dan tafsiran para sarjana tadi dapatlah kita ketahui bahawa membaca bukanlah satu proses yang mudah sebaliknya ia adalah gabungan beberapa proses yang kompleks. Membaca mengabungkan beberapa kemahiran , iaitu kemahiran pengamatan penglihatan yang diskriminatif ( untuk mengenal dan membezakan bentuk – bentuk huruf ), kemahiran mengingat, mendengar dan membezakan bunyi – bunyi dengan tepat dan jelas, menyebut bunyi – bunyi itu untuk membentuk perkataan dan berkebolehan pula memindahkan lambang – lambang yang dibacanya itu kepada sistem saraf pusat ( otak ) untuk menterjemah dan memahami apa yang dibacanya. Tegasnya membaca memerlukan gabungan dua kemahiran, iaitu kemahiran kognatif dan mekanis dan sebelum seseorang itu belajar membaca dia mestilah mempunyai kemahiran – kemahiran asas di dalam lisan. Bacaan ini boleh kita klasifikasikan pada dua jenis iaitu bacaan mekanis dan bacaan akaliah.

Apakah tujuan kemahiran membaca ? Pada amnya tujuan kemahiran membaca ini adalah untuk membolehkan murid – murid mengenal huruf – huruf, menyebut nama dan bunyi huruf. Boleh menyebut perkataan – perkataan yang dibentuk melalui jalinan huruf – huruf dengan betul dan dapat digunakan dalam pertuturan. Secara tidak langsungnya membolehkan murid – murid membina kebiasaan menutur ayat – ayat yang gramatis sebangaimana dalam bahan bacaan yang dibaca oleh mereka.Juseru itu ianya dapat menambah ilmu pengetahuan disamping dapat memudahkan mereka untuk meyelesaikan masalah – masalah seharian baik yang berhubung dengan diri sendiri ataupun masyarakat amnya. Dengan itu juga membolehkan mereka mengerti an memahami kehendak situasi dan aspirasi masyarakat di sekelilingnya.


2.0.2 Masalah Kemahiran Membaca Yang Dikenal Pasti.

Analisis daripada keputusan akhir tahun 2004 menunjukkan 18% daripada keseluruhan murid-murid Tahun Satu gagal menguasai kemahiran membaca. Membaca merupakan komponen utama dalam 3M di dalam KBSR. Kegagalan membaca secara langsung akan menggagalkan pembelajaran individu kerana bahasa adalah merentas kurikulum. Keadaan ini akan memberi kesan yang ketara dalam penguasaan penulisan dan pengiraan.

Sekiranya masalah ini berterusan, murid-murid merasakan satu tekanan berada di sekolah. Secara tidak langsung ia mewujudkan masalah sampingan seperti masalah disiplin, vandalisme dan lain-lain. Sekiranya masalah ini berlarutan hingga selepas alam persekolahan, mereka akan menjadi sumber kepada kepincangan masyarakat dan ketidakstabilan sosial.

Mesyuarat memperkasakan Sekolah Kebangsaan pada 22 November 2005 telah melaporkan tentang masalah kegagalan murid untuk menguasai kemahiran asas membaca. Pada masa kini masih ramai lagi kalangan pelajar kita yang belum lagi dapat menguasai kemahiran membaca ini. Ini jelas terbukti pada masa kini pihak Kementerian mengambil langkah yang derastik untuk mengatasi masalah ini salah satu projek yang dijalankan oleh pihak Kementerian ialah Kelas Intensif Awal Membaca dan menulis ( KIA2M ) yang dikhas bagi murid – murid Tahun 1.Ini disebab laporan mengenai ramai dikalangan murid sekolah rendah yang menyambung pelajaran mereka ke sekolah menengah masih belum lagi menguasai kemahiran membaca ini. Hasil kajian mendapati masalah ini berpunca daripada :
:
• Keupayaan berfikir yang rendah.
• Tidak dapat memberi tumpuan yang lama.
• Tidak boleh membaca perkataan yang melebihi dua suku kata.
• Tidak memahami apa yang dibaca, iaitu bacaan tidak bermakna.
• Terdapat segelintir bilangan pelajar belum dapat mengenal dan membunyikan huruf.
• Tidak dapat melihat perbezaaan di antara perkataan dan gambar – gambar.
• Murid belum dapat membezakan antara huruf dam himpunan huruf – huruf ( perkataan ).
• Kemungkinan seseorang murid tersebut mempunyai kelemahan dari segi pendengaran.
• Masalah pertuturan, berkemungkinan seseorang murid itu pelat, gagap atau menghadapi kekurangan dalam sistem artikulasinya. Seseorang murid yang mempunyai masalah ini, tidak boleh menyebut atau membaca dengan betul.
• Berkemungkinan terdapat murid tidak mempunyai kesedaran bahawa huruf – huruf itu boleh dibunyikan dan sesuatu perkataan terdiri daripada gabungan beberapa huruf atau bunyi.
• Kebolehan mental murid – murid itu secara am, misalnya kebolehan dia mengingat sesuatu dan boleh menumpukan perhatiannya terhadap sesuatu.

2.0.3 Implikasi Masalah Bacaan Terhadap Pelajar

Menurut Kamus Rujukan Dewan Bahasa Dan Pustaka implikasi membawa maksud kesan (kemungkinan dsb) yg terbit atau dapat ditakrif drpd sesuatu: ~ perkembangan ekonomi ini terhadap keluarga Melayu amat jelas; berimplikasi mempunyai implikasi: perhubungan antara fakta dgn teori yg ~ besar terhadap skop analisis sosiologi; mengimplikasi membuat implikasi.

Menurut laporan di akhir tahun – tahun 70an terdapat ramai murid sekolah rendah terutamanya yang tinggal diluar bandar yang tidak boleh membaca atau tidak cekap membaca atau cekap membaca bahasa mereka sendiri ( bahasa Malaysia ). Masalah sebegini banyak memberi implikasi terhadap murid itu sendiri dan juga negara. Di antara implikasinya ialah :

• Negara kita akan mempunyai ramai orang yang buta huruf, justeru negara kita akan menjadi negara yang mundur di dunia ini.
• Maka akan wujud sekelompok manusia yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan.
• Masalah seterusnya ialah seseorang murid itu sukar untuk bergaul dalam masyarakat.
• Kepincangan masyarakat jelas terbukti kerana masyarakat terutamanya terhadap pelajar tidak dapat membezakan yang mana baik dan buruknya sesuatu perkara.
• Negara kita tidak dapat melahirkan masyarakat yang berkeliber, justeru itu kita tidak dapat dipimpin oleh ketua negara yang berpendidikan.
• Impak yang ketara sekali ialah wujudnya keciciran pelajar kerana pelajar tidak berminat untuk belajar.
• Seseorang pelajar itu akan berasa rendah diri seandainya seseorang murid itu tidak dapat menguasai kemahiran membaca.
• Murid tidak dapat membina sikap yang baik dan tidak mempunyai cita – cita dan fikiran yang ‘’ terbuka ‘’ dan ‘’ positif ‘’ .
• Seseorang murid itu tidak akan dapat memperolehi kemahiran ilmu pengetahuan yang yang tinggi.
• Seseorang pelajar itu tidak akan mempunyai kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik apa yang dibaca dengan saksama.
• Sukar bagi seseorang murid itu untuk menyelesaikan masalah – masalah seharian baik yang berhubung dengan diri sendiri dan masyarakat.


b ) Rancang dan bincangkan empat aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru bagi mengatasi salah satu masalah tersebut. Kaitkan jawapan anda dengan teori yang sesuai serta penggunaan bahan yang boleh meningkatkan kemahiran tersebut.

1.0 Aktiviti Bacaan
1.1 Kemahiran Membaca Secara Mekanis

Bacaan mekanis adalah bacaan kuat dan yang dipentingkan ialah sebutan huruf – huruf dan bunyi – bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul. Isi bahan bacaan biasanya terdiri daripada perkara – perkara yang mudah, yang tidak memberatkan fikiran.

Lou E. Burmeister (1978), seorang pakar pendidikan bahasa Universiti Texas di El Paso, dalam Improving Speed of Comprehension in Reading menghuraikan tentang Aspek Mekanis Membaca dengan melontarkan beberapa pertanyaan. Bagaimana mata seseorang bergerak ketika mereka membaca? Apakah mata tersebut bergerak dengan lembut, seperti ketika mengawasi seekor burung yang sedang terbang atau menyaksikan pesawat terbang yang sedang mendarat? Atau apakah mata bergerak, berhenti, bergerak, berhenti lagi, bergerak lagi dan berhenti lagi?
Salah satu metodologi yang digunakan untuk meneliti pergerakan mata, yang menurut pengasasnya dapat dilakukan oleh siapa saja dan bilaa – bila masa dalam kelas pengajaran bahasa, adalah dengan meminta salah seorang memperhatikan mata seseorang ketika dia sedang membaca. Apakah mata si pembaca bergerak dengan lembut? Jika mata tersebut bergerak dengan lembut, maka dapat dipastikan bahawa dia tidak sedang membaca, kata Lou E. Burmeister.
Lebih jauh pakar pendidikan ini mengatakan bahawa dalam kenyataannya, tentu saja berdasarkan hasil penelitiannya selama bertahun-tahun, kata (atau kata-kata) hanya dapat dibaca apabila mata tidak bergerak. Hanya apabila mata berhenti bergerak, atau terpusat pada satu bahagian dari kata, pada satu kata, atau pada satu frasa, maka barulah si pembaca mendapatkan apa yang dinamakan citra visual. Berikutnya, jika memang dikehendaki mata akan bergerak untuk kemudian berhenti lagi jika si pembaca ingin mendapatkan citra visual yang lain. Atau dengan kata lain, dalam membaca mata seorang pembaca haruslah berhenti, bergerak, berhenti lagi, bergerak lagi, dan seterusnya, jika dia menginginkan memahami apa yang dibacanya.
1.2 Kemahiran Membaca Secara Akaliah
Bacaan akaliah adalah bacaan secara senyap. Aspek – aspek sebutan, nada, tekanan dan intonasi tidak diberatkan. Yang lebih ditekankan ialah kefahaman terhadap isi bahan yang dibaca. Dalam pengajaran bacaan di sekolah, kedua – dua jenis bacaan ini ditekankan. Pada peringkat awalnya, proses pengajaran dan pembelajaran bacaan mengutamakan bacaan mekanis. Guru memberikan contoh sebutan bunyi – bunyi dan bacaan yang betuldengan kuat serta jelas dan kemudian diikuti oleh murid – murid dengan kuat juga sama ada secara beramai – ramai, berkumpulan ataupun secara individu. Setelah murid – murid menunjukkan kemahiran membaca mekanis dengan memuaskan baharulah bacaan akaliah dijalankan. Murid – murid diberi masa untuk membaca sesuatu bahan bacaan yang diberikan dan kemudian membincangkannya atau menjawab soalan – soalan untuk menguji kefahaman mereka. Bacaan akaliah ini boleh juga diikuti dengan bacaan kuat. Apa yang umum diamalkan sekarang, di peringkat sekolah rendah, bacaan mekanis diutamakan sementara diperingkat sekolah menengah, bacaan akaliah yang ditekankan.
2.0 Aktiviti Untuk Mengatasi Masalah Bacaan
Terdapat pelbagai jenis aktiviti yang dijalankan untuk mengatasi masalah kemahiran membaca ini. Seandainya masalah ini tidak di atasi diperingkat yang sepatutnya maka ianya akan menjadi duri dalam daging dan akan menimbulkan masalah pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah. Masalah begini begitu serius sekali dan perlu di atasi dengan segera. Di antara aktiviti – aktiviti yang boleh mengatasi masalah ini ialah:

2.1 Aktiviti Peringkat Pra Bacaan.
Peringkat kesediaan membaca adalah satu peringkat apabila faktor – faktor persekitaran, keadaan metal dan tubuh badan telah menyediakan murid – murid untuk menerima pengajaran bacaan. Peringkat mendirikan asas adalah satu peringkat yang penting dalam pengajaran bacaan. Satu kaedah yang digunapakai untuk mengajar pra bacaan adalah kaedah abjad. Kaedah ini telah lama digunakan oleh semua guru bahasa dikebanyakka sekolah. Kaeadah ini disebut kaedah huruf dan kaedah mengeja. Dalam kaedah ini murid – murid dipekenalkan huruf A hingga Z. Setelah murid – murid mengenal huruf – huruf barulah dinyatakan huruf – huruf vokal, iaitu a , e , i, o dan u dan daripadanya dibentuk suku kata untuk membentuk perkataan, iaitu dengan mengabungkan huruf – huruf konsonan, misalnya :
ba bi bu bo be be { taling }
ca ci cu co ce ce { taling }
da di du do de de { taling }
ha hi hu ho he he { taling }
ja ji ju jo je je { taling }
Daripada suku kata itu dibentuk perkataan – perkataan seperti baca, babu, cucu, dada, dahi, duda, budi dan sebagai. Perkataan – perkataan dieja mengikut nama hurufnya dan kemudian disebut perkataannya. Gabungan suku kata dijadikan perkataan dan seterusnya perkataan menjadi ayat. Lihat lampiran I

2.2 Aktiviti Peringkat Bacaan Mekanis
2.2.1 Bacaan Intensif
Bacaan Intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsirkan apa yang dibaca dengan tepat disamping mengkaji ciri – ciiri tatabahasa seperti struktur ayat, frasa atau klausa, juga meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan serta maksud atau pengertiannya dalam konteks – konteks yang berlainan.Guru harus membantu dan membimbing sambil menunjuk ajar murid supaya dapat mengatasi masalah mereka. Latihan bacaan intensif ini bertujuan umtuk memperolehi dan memperkembangkan kemahiran – kemahiran berikut :
• Mengecam/ mengenal pasti maksud perkataan mengikut konteks yang berlawanan dengan tepat.
• Memahami dengan tepat maksud ataupun idea yang terkandung dalam sesuatu petikan.
• Membaca secara senyap dengan kepantasan yang wajar.
• Memahami dan menggunakan apa yang telah dibaca.
Aktiviti bacaan ini boleh dijalankan dengan panduan – panduan berikut :
• Petikan atau bahan bacaan yang dipilih mestilah menerik minat ataupun bermakna kepada murid – murid. Seelok – eloknya bahan itu beraneka jenis, meliputi pelbagai bidang ilmu pengetahuan.
• Petikan ini diberikan kepada setiap murid dan berikan masa kepada mereka untuk membaca dan memahaminya. Mereka boleh membacanya secara bersendirian ataupun membincangkannya bersama rakan – rakan. Elok juga petikan itu diberi lebih awal sebelum pelajaran dijalankan.
• Latihan bacaan hendaklah kerap kali dijalankan sekurang – kurangnya seminggu sekali.
2.2.2 Bacaan Ekstensif
Bacaan ekstensif atau bacaan meluas adalah satu aktiviti membaca yang dilakukan di luar bilik darjah dan bahan yang dibaca itu bukanlah buku – buku teks tetapi buku – buku seperti buku cerita, majalah, suratkhabar, jurnal, ensiklopedia dan buku – buku rujukan yang lainnya. Bacaan ini dilakukan diluar masa sekolah, tanpa bimbingan daripada guru dan dihadapkan melalui bacaan ini, murid – murid dapat kepuasan, keseronokan di samping menimba ilmu pengetahuan. Bagi menjalankan aktiviti ini ialah pada peringkat awalnya murid – murid bolehlah digalakkan untuk membaca buku – buku bagi menanam minat gemar membaca. Untuk menjalankan aktiviti ini lebih berkesan murid – murid mestilah dilatih membaca mengikut teknik SQ3R iaitu :
• Mengkaji kandungan bahan yang dibaca terlebih dahulu bagi mendapatkan idea keseluruhan atau pokok persoalan yang terkandung dalam buku itu;
• Membuat soalan sendiri mengenai apa yang harus mereka baca dan selepas membaca bahan bacaan itu mereka mestilah dapat menjawab soalan – soalan yang mereka fikirkan/kemukan tadi;
• Membaca dengan cepat berdasarkan haluan yang telah ditentukan;
• Menjelaskan atau menerangkan isi – isi penting ( untuk diri sendiri ) dan membuat kesimpulan di akhir setiap bahagian yang dibaca supaya mereka dapat menyatukan semua maklumat yang telah diperolehi daripda pembacaan mereka;
• Mengkaji semula keseluruhan bahan yang dibaca untuk memastikan bahawa tidak ada isi – isi yang tertinggal.
2.2.3 Penyampaian Kemahiran Membaca
Untuk menarik minat murid supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaca dengan sempurna seseorang guru itu hendaklah mahir mengelolakan aktiviti bacaan kepada muridnya. Di antara langkah – langkah bagi menyampaikan kemahiran membaca ini adalah seperti berikut :
• Mula – mula bermain dengan bunyi – bunyi, membezakan bunyi “ a “ daripada “ an “ dan mencari perkataan – perkataan yang menerbitkan bunyi – bunyi itu – bunyi “ ba, bi, bu...”dan sebagainya.Diajar dulu secara lisan.
• Kemudian kenalkan lambang – lambang suku kata terbuka, didahului bunyi huruf saksi “ a, i, u, e ( bertanda ), e dan o “ kerana bunyi – bunyi ini ialah bunyi – bunyi dalam susunan bunyi – bunyi Melayu: “ e “ kerana bunyinya lebih kerap berlaku dalam bahasa Melayu. Bunyi “ o “ diletakkan pada akhir susunan ini kerana tidak berapa berbeza dengan bunyi “ a “.
• Seterusnya , baca terus pelajaran yang telah disediakan iaitu pelajaran yang dinamakan “ asas bacaan “ ( Lampiran II ) didahului daripada alatan membaca/mengajar sebelum membaca daripada buku.
• Menyambung lagi pelajaran suku kata terbukayang belum dikenalkan khas bunyi “ nya “, “ nga “ dan lain lagi bunyi yang berkait seperti “ main “, naik, jauh, kuih, buah,buat...”. Bunyi “ h “ seperti jahit, pahit “ dsan perkataan – perkataan tiga kerat bunyi seperti “ belajar, binatang,perempuan, sekolah, Melayu....” dan sebagainya.
• Mempelajari nama – nama huruf sert mengenal huruf besar.( Lampiran III ). Tujuan untuk mengajar mengeja.
• Kenalkan bunyi – bunyi berpandu dipangkal dihujung perkataan serta bunyi – bunyi berpandu dua.
3.0 Aktiviti Bacaan
3.1 Aktiviti PraBacaan
Diperingkat ini terlebih dahulu kita perlu mengetahui tentang pendekatan “ bunyi kata “. Ia berasakan kepada hal – hal berikut :
( a ) sistem ejaan bahasa Malaysia adalah sistemik dan fonemik
( b ) kebanyakkan suku kata dalam bahasa Malaysia adalah jelas dan mudah.
( c ) Perkataan – perkataan yang digunakan pada permulaan pendekatan ini telah diketahui maknanya oleh kebanyakkan murid.
Berikut adalah aktiviti – aktiviti yang boleh kita jalan diperingkat prabacaan :
• Aktiviti kita yang pertama ialah memperkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal : a , i , u. Gunakan kad imbasan dan buat latihan membunyikan huruf ini secara latih – tubi, berselang seli. Kemudian barulah kita perkenalkan satu huruf konsonan, misalnya “ k “ dengan menggunakan kad imbasan, buat latihan ini berulang kali supaya murid dapat membunyikan lambang itu dengan jelas. Kemudian gabungkan kosonan “ k “ dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata : ka ki ku. Ulang sebutan suku kata itu berulang kali, Kemudian barulah kita cantumkan suku – suku kata itu supaya menjadi beberapa perkataan yang bermakna, seperti :
ka ki jadi Kaki
ku ku jadi Kuku
Ulang sebutan beberapa kali, kemudian gabungkan perkataan – perkataan itu menjadi frasa atau ayat yang bermakna. Misalnya :
kaki ku
kuku kaki
kuku kaki ku
Kemudian “ permainan “ mencantum huruf – huruf menjadi suku katadan suku kata menjadi perkataan dan ayat boleh dibuat daripada keratan – keratan kad.Lihat Lampiran IV


3.2 Bacaan Mekanis
Kad ini masih lagi menggunakan tulisan berwarna supaya murid dapat menyebut suku kata berdasarkan warna tertentu pada perkataan tersebut. Pengkaji dapat melihat peningkatan murid yang tidak perlu mengeja apabila diberi kad-kad perkataan ini.
Di sini, pengkaji menyediakan kad yang mengandungi ayat tunggal yang mudah seperti:
KAD AYAT

1.Ibu memasak nasi lemak di dapur.


2. Hobi kakak saya membaca buku cerita.


3. Adik saya gemar melukis gambar pemandangan


4. Lawatan ke Zoo Melaka telah dibatalkan


Kita juga boleh menyediakan ‘Big Book’ . ‘Big Book’ adalah sebuah buku yang dibesarkan (enlarged) mengandungi gambar-gambar berwarna dan menarik. Ayatnya adalah pendek supaya murid lebih berfokus kepada latar belakang.
Aktiviti yang dijalankan adalah seperti:
a Menjana idea - murid bercerita berdasarkan gambar untuk mencungkil pengetahuan am dan sedia ada.
b. Bacaan terus - murid membaca tanpa perlu mengeja.
c Membandingkan persepsi murid dengan cerita sebenar pada gambar sebagai pengukuhan.
d Penilaian
Aktiviti ini boleh kita rujuk Lampiran V.
4.0 Penutup
4.1 Perihal Mengajar Bacaan
Setelah murid – murid mempunyai asas yang kukuh dalam kemahiran bacaan, mereka mestilah dilatih pula untuk membaca dengan lebih mendalam dan meluas supaya kemahiran itu memberi feadah yang meluas kepada mereka. Mereka bukan sahaja perlu dilatih membaca dengan kuat, sebuan, intonasi dan gaya yang betul tetapi mestilah juga dilatih memahami dan meneliti dengan mendalam apa saja yang mereka baca. Dengan erti kata lain bacaan mereka mestilah boleh memberi kesan kepada mereka sama ada dari segi hiburan mahupun ilmu pengetahuan. Bagi melatih ini bacaan intensif dan eksensif mestilah dilaksanakan.
Disamping kaedah dan pendekatan “ Bahan Bacaan Asas “ itu sendiri adalah elemen yang amat penting bagi menentukan kemampuan prestasi kaedah itu dan tingkat kemajuan dan kejayaan yang akan dicapai. Bagaimanupun kesimpulannya bagi saya semua kaedah yang telah digunakan di sekolah – sekolah kita di Malaysia ini, baik kaedah lama atau baru telah pun menghasilkan kejayaan masing – masing, cuma yang berbeza ialah lambat atau cepat dan besar atau kecil kejayaan itu dicapai, dan salah satu faktor utama yang memainkan peranan ang amat penting dalam menjayakan sesuatu kaedah it ialah kesungguhan seseorang guru itu dalam melaksanakan kaedah yang dipilihnya.
Maka sudah wajarlah masalah pembelajaran membaca( termasuk menulis dan mengira ) diberi perhatian oleh semua pihak : Kementerian Pelajaran, guru – guru dan ibubapa, kerana di dalam sistem pelajaran formal, ketiga – tiga kemahiran ini menjadi alat asas kanak – kanak untuk mempelajari Ilmu Sains,Sejarah, Kesusasteraan, Sivik, Muzik, Perdagangan, Pertanian, mata pelajaran Agama dan kemahiran yang lain.Kemahiran ini merupakan asas untuk kanak – kanak meneroka ilmu pengetahuan, mencipta dan membuat komunikasi. Dalam konteks dunia hari ini, kecekapan ini amat diperlukan.

Media Massa

MEDIA MASSA
Pengenalan
Media Massa adalah bahan-bahan media bercetak dan media elektronik yang merangkumi bidang yang amat luas. Komunikasi massa merupakan komunikasi yang penting dalam kehidupan kita. Setiap hari kita membaca surat khabar, buku, majalah, menonton televisyen dan radio. Televisyen, radio, surat khabar dan majalah adalah media yang penting dalam mencorakkan kehidupan manusia sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak. Oleh itu, kita sebagai pengguna seharusnya tahu bagaimana menggunakan media massa ini. Media massa tersebut boleh mempengaruh tanggapan kita terhadap kepentingan sesuatu isu dalam kehidupan kita seharian.
Televisyen atau TV merupakan satu alat yang berskrin yang menerima isyarat penyiaran dan menukarkannya kepada gambar dan suara. Kata televisyen (television) berasal dari kata tele (bererti jauh dalam Bahasa Greek) dan vision (melihat dalam Bahasa Inggeris). Menurut Braun HF 1, Jerman (1958), televisyen berbentuk seperti sebuah kotak. Setiap televisyen perlu mempunyai antenna untuk menerima siaran dari stesen pemancar. Kini, isyarat siaran boleh diterima dengan menggunakan kabel dan satelit. Sesetengah televisyen moden tururt boleh menerima isyarat dari computer dan konsol permainan (game concole) melalui soket penyambung khas.

4.2 Kesan Media Massa
Media massa terutamanya televisyen memberikan kesan yang berpengaruh
sekali kepada kanak-kanak. Mereka belum dapat menilai dengan lebih kritikal, jadi apa yang dilihat dipercayai, diikuti dan dilakonkan semula. Betapa berkesannya media massa dapat menukarkan pemikiran, sikap dan perlakuan penonton yang terdedah kepada media itu.
Terdapat beberapa tahap kesan media kepada manusia. Pada awal 1930-an dan 1940-an media begitu berkesan sekali menembusi dan menjangkau minda seseorang penerima. Media memainkan kesan yang universal terhadap sesiapa sahaja yang terdedah kepadanya.
Jika ditinjau dari segi golongan yang kerap menonton televisyen ialah golongan kanak-kanak yang berumur dua hingga lima tahun. Mereka menghabiskan masa menonton televisyen sebanyak tiga puluh jam seminggu. Manakala kanak-kanak berumur enam tahun hingga sebelas tahun menonton sebanyak dua puluh jam seminggu. Secara purata pemikiran kanak-kanak menerima beribu mesej dari rancangan televisyen yang mereka tonton dalam seminggu, misalnya dalam bidang pengiklanan dianggarkan membelanjakan 400 juta ringgit setahun untuk menyampaikan mesej-mesej iklan (Chagall, 1977). Oleh yang demikian kesan pengaruh media massa ini pada tahap yang tinggi kepada golongan yang lebih kerap menonton televisyen sahaja.

4.3 Jenis-Jenis Kesan Media Massa
Apabila kita meneliti kepada model-model kesan media massa, ianya mempunyai tiga model kesan media, iaitu;
1. Model Kesan Terhad (Limited Effect Model)
Model ini menyatakan bahawa media massa memberikan kesan yang kecil.
2. Model Kesan Sederhana (Moderate Effect Model)
Model ini ialah media massa dapat memberikan kesan yang banyak kepada penonton (penerima).
3. Model Kesan Penuh (Powerful Effect Model)
Model ini dapat menyumbangkan kepada kesan yang kuat kepada kebanyakan penerima.

Mengikut Teori Model Terhad, pengaruh media massa jarang-jarang sekali memberikan pengeruh penerima yang mana manusia tidak bergitu mudah mempercayai apa yang mereka tonton di televisyen. Pengaliran maklumat dua peringkat yang mana peminpin pendapat menerima maklumat terlebih dahulu sebelum menyebarkannya kepada pengikut-pengikutnya. Beberapa teori yang membuktikan kesungguhan model ini ialah;
1. Pengaliran maklumat dua peringkat: Lazarsfeld dan Katz (1954) dalam kajian mereka mengenai pemikiran calon.
2. Chaffee dan Rpzer (1986) membuat lakaran yang komprehensif yang mengambarkan hiraki media massa.
Sebenarnya dalam teori kesannya terhad, pendedahan kepada media massa adalah penting. Pemilihan kepada media massa adalah kecenderungan seseorang untuk mendedahkan dirinya kepada mesej yang menyokong sikap dan minat masing-masing dan sebaliknya mengelak daripada mengikut mesej yang bercanggah dengan sikap dan minat sendiri. Sebenarnya teori ini diutarakan oleh Sears dan Freeman (1967).
Di samping itu, pengaruh televisyen hanya pada peringkat sederhana sahaja. Ini bermaksud kesan sedarhana merangkumi kesan masa panjang pada diri seseorang. Kesan dari menonton televisyen bukan sahaja untuk hiburan semata-mata namum, memberi kesan masa panjang yang berfaedah. Misalnya, kesan menonton televisyen boleh memperkembangkan pengetahuan kita. Contohnya, belajar bahasa Inggeris dengan betul. Media boleh digunakan untuk menimbulkan suasana yang begitu bermakna sekali dalam drama-drama yang diminati. Contohnya drama Bawang Putih dan Bawang Merah di saluran TV3.
Mengikut Teori Kesan Penuh yang dirumuskan oleh Harold Lasswell (1934), menunjukkan kepada umum bagaimana komunikasi sehala berlaku seperti peluru yang ditembak. Hal ini dapat memberi gambaran media beroperasi seperti peluru yang dapat menembusi minda manusia dan terus membentuk emosi-emosi yang tertentu dengan isu-isu yang diutarakan oleh media.
Secara tidak langsung pengaruh kuat media berjaya merubah sikap dan perlakuan penonton. Golongan yang sangat dipengaruhi oleh media bertindak beremosi sekali apabila mereka melihat sesuatu yang baru yang ditayangkan di televisyen. Maka, di sini kuasa dapat memainkan dua peranan sebagai pembentuk kesetiaan kepada negara dan sebaliknya pembentuk kebencian kepada pihak lawan.
Penonton ataupun penerima maklumat dilihat sebagai seorang pasif dan begitu lemah untuk menyangkal pengaruh yang dipahat ke minda mereka. Lagipun penerima tidak berupaya menyangkal menyaring maklumat-maklumat yang begitu tajam dan bertenaga sekali untuk menusuk ke dalam minda mereka sehingga mereka tewas dengan sogokan mesej yang disalurkan. Lantaran dari itu golongan ini percaya bulat-bulat apa yang disarankan. Misalnya apa yang berlaku di Amerika Syarikat apabila Orson Wells pada tahun 1938 memberitahu orang Mars telah mendapat. Justeru itu, orang Amerika begitu percaya tanpa menyoal kebenaran berita itu.
Kesan media massa yang kuat, lebih-lebih lagi terhadap golongan yang rendah taraf pendidikan, kurang nilai social, kurang darjah sistem kepercayaan terhadap agama dan rendah darjah sosial dalam masyarakat masing-masing.

5.0 TEORI MASSA
5.1 Teori Penanaman (Cultivation Theory)
Teori ini merupakan hubungkait dengan penontonan TV dan pandangan orang ramai terhadap dunia. Menurut George Gerbner et. Al (1986), orang yang banyak menonton TV akan mengalami perasaan takut terhadap keganasan yang berlaku di dunia. Kini, banyak filem-filem yang berunsur keganasan. Banyak cerita dan berita yang disiarkan melalui TV seperti bencana alam, peperangan dan konklif kemanusiaan seperti kebuluran, wabak penyakit dan pelbagai lagi. Cerita dan berita seperti ini seandainya ditonton setiap hari akan secara tidak langsung mempengaruhi minda dan perasaan penonton. Kadang kala cerita TV ini akan terbawa-bawa ke tidur sehingga terminpi-mimpi akan peristiwa yang telah ditonton di dalam TV dan akan menyebabkan gangguan emosi.
Mengikut kajian Gerbner dan rakan-rakan mereka mendapati pembentukan perasaan takut atau penanaman disebabkan menonton TV lebih ketara dikalangan mereka yang menonton TV selama empat jam atau lebih. Beliau mengkategorikan penonton kepada yang kurang menonton ( 2 jam atau kurang) dan banyak menonton (4 jam dan lebih) dan melihat pandangan mereka terhadap isu-isu seperti peluang mereka untuk terlibat dalama kegiatan keganasan, perasaan takut berjalan pada waktu malam, tanggapan terhadap aktiviti pihak polis dan perasaan tidak percaya terhadap orang lain. Kejadian seperti ini akan mempengaruhi penonton yang banyak menonton rancangan TV dan apabila mereka dalam kegelapan secara tidak langsung kejadian dalam TV yang pernah mereka tonton akan mempengaruhi mereka pada masa itu.
Gerbner et.Al (1978) juga membentuk indeksi keganasan untuk menilai keganasan dalam TV. Dalam indeksi itu tindakan ganas merujuk kepada penggunaan kekuatan fizikal sama ada ada menggunakan senjata atau tidak ke atas diri sendiri ataupun orang lain; tindakan berbentuk ugutan, menyakiti, cubaan untuk membunuh diri atau pembunuhan. Program TV dianalisis untuk menentukan tahap keganasan. Dalam kajian beliau selama sepuluh tahun Gerbner mendapati gambaran terhadap keganasan tidak banyak berubah. Sebanyak dua pertiga daripada program waktu perdana mengandungi unsur-unsur keganasan dan dua pertiga daripada rak urutan bertindak ganas. Sesungguhnya menurut kajian yang beliau buat, pengaruh yang kuat kesan media ini adalah terhadap orang banyak menonton TV. Ini disebabkan orang yang banyak menonton TV akan memberikan jawapan yang melebihi keadaan yang sebenarnya.
Pandangan an tanggapan orang yang banyak menonton TV adalah berasaskan gambaran di TV dan bukan berdasarkan keadaan sebenar. Segala pandangan yang tersemai di hati mereka adalah dipengaruhi olah apa yang mereka tonton dari TV. Oleh yang demikian, bagi mereka yang banyak menonton TV, media massa telah menjadi alat yang membentuk serta menanamkan pandangan dan pemikiran mereka bahawa apa yang mereka lihat di dalam TV adalah gambaran yang sebenarnya. Tidak kurang juga mereka yang banyak menonton TV ini, tingkahlaku mereka banyak dipengaruhi oleh cerita-cerita yang mereka tonton. Misalnya, jika seseorang itu banyak menonton unsur-unsur ganas sejak kecil, maka mereka akan terpengaruh dengan unsur tersebut. Bukan itu sahaja, jika kita bandingkan dengan dunia kita semasa masih kanak-kanak lagi sekitar tahun 1970-an dahulu dan 1980-an kita ada menonton TV tetapi agak kurang kekerapannya. Mungkin kerana kita masih mundur dalam bidang tersebut lebih-lebih lagi tinggal di kawasan luar Bandar di mana elektrik pun didapati daripada generator dan tidak sepanjang masa. Apa yang hendak dijelaskan di sini ialah tentang sikap kita dahulu begitu hormat terhadap orang tua jika dibandingkan dengan budak-budak zaman sekarang. Bukan sahaja kita menghormati orang tua kita, bahkan di sekolah juga kita begitu menghormati guru kita.
Hasil kajian Gerbner et. Al menunjukkan gambaran bahawa kelompok masyarakat akan mendapat kesan yang sama sekiranya mereka banyak menonton TV. Menurut beliau, konsep utama untuk menjelaskan kesan penontonan TV dan perasaan takut iaitu ‘mainstreming’ dan ‘resonance’.
Mainstreming adalah proses di mana mereka yang banyak menonton TV (4 jam atau lebih) membentuk satu pandangan yang sama disebabkan terdedah kepada imej yang sama. Oleh yang demikian, pengaruh TV yang mendalam dalam diri mereka ini mempengaruhi pandangan mereka pada ideologi yang sama. Meskipun mereka tidak sama dari segi geografi, iaitu latar belakang namun media massa seperti TV telah menghubungkan mereka pada ideology yang sama. Masyarakat yang banyak menonton TV secara tidak langsung terdedah kepada imej yang sama. Justeru itu, pengaruh TV meninggalkan kesan yang mendalam kepada masyarakat dunia. Imej yang sama yang dipengaruhi oleh media ini telah melahirkan masyarakat yang tiada perbedaan politik dan ekonomi di kalangan mereka yang menonton TV. Mereka mempunyai pandang yang sama.
Konsep resonance menerangkan keadaan di mana ulang tayang keganasan di TV membuat kita mengalami semula peristiwa yang pernah menimpa diri kita. Misalnya, peristiwa kemalangan yang ngeri yang mereka alami. Walaupun peristiwa itu sudah berlalu namun peristiwa itu tetap segar dalam ingatan mereka apabila yang sama dalam TV.
Secara tidak langsung drama atau berita tentang kemalangan ngeri yang mereka tonton di TV, menyebabkan mereka yang pernah terlibat dalan kemalangan berkenaan mengulangi pengalaman tersebut dalam pemikiran mereka setiap kali menonton di kaca TV. Maka, kesan penanaman menjadi lebih kukuh dengan gambaran berulang di TV.
Sesungguhnya konsep ‘mainstreming’ dan ‘resonance’ menerangkan proses penanaman yang berlaku disebabkan menonton banyak program TV yang rata-rata menggambarkan dunia yang ganas.
Kini displin pelajr semakin merosok kerana banyak yang mereka tonton di TV. Mereka mahu meniru dan mencuba. Apa yang kita sangat sedih, generasi sekarang sangat liar dari segi percakapan dan tingkahlaku. Sikap ketimuran kita juga semakin lenyap. Tidak kurang juga pelajar-pelajar khasnya di sekolah menengah yang terlibat dengan masalah displin yang berat seperti mencuri, menagaih dadah, membuli dan sebagainya.
Pandangan Gerbner bahawa TV boleh membentuk rasa takut atau menanam rasa takut di kalangan mereka yang menonton TV lebih kerap. Walau bagaimanapun, tidak semua masyarakat dapat dipengaruhi oleh peristiwa yang ditayangkan di TV. Bagi masyarakat yang mempunyai pendidikan dan golongan terpelajar lebih bersifat terbuka dan tidak menerima bulat-bulat apa yang mereka tonton. Mereka lebih suka mengkaji dan membuat perbandingan sama ada sesuatu isu itu benar atau tidak benar.
Teori Penanaman berupaya menghuraikan sebahagian daripada kesan TV yang dapat membentuk perasaan takut di kalangan penonton. Justeru itu, kita sebagai pengguna seharusnya bijak memilih program yang berfaedah kepada kita. Kita perlu mengatur program yang baik untuk ditonton oleh generasi muda agar tidak terpengaruh dengan rancangan yang dapat meruntuhkan akhlak.

5.2 Teori Pengantungan (Dependency Theori)
Bagaimana masyarakat memerlukan media massa sehingga keadaan ada orang mengatakan seakan-akan tugasnya tidak lengkap sekiranya tidak menonton TV. Terdapat golongan masyarakat sangat mementingkan masa menonton berita. Golongan ini tidak mahu masa diganggu kerana semata-mata dia ingin mengikut berita-berita terkini di dalam TV. Mungkin dia merasa kesal dan rugi jika tidak dapat menyaksikan berita tersebut.
Kadang kala keadaan ini berlaku kepada diri kita, di mana kita merasakan bahawa berita yang dikatahui dari media sangat penting dan berguna dalam kehidupan kita. Sebagai contoh rancangan TV yang banyak membawa faedah seperti Rancangan Nona di TV3 sangat baik dan berguna bagi kaum wanita menguruskan rumahtangga.
Kajian menjelaskan bahawa pengantungan kepada media massa amat ketara di waktu ada perubahan, krisis dan bencana. Tsunami yang melanda Bandar Aceh pada tahun 2005 merupakan isu-isu semasa pada ketika itu. Sudah tentu pada masa itu seluruh penduduk menantikan perkembangan peristiwa tersebut agar tidak ketingggalan dan mengetahui apakah yang berlaku seterusnya kepada mangsa sama ada yang dapat diselamatkan. Mungkin kalau kita menyaksikan keadaan ini hanya melalui surat khabar sahaja tidak cukup untuk menyedarkan kita tentang bencana yang menimpa mereka. Namun melalui peristiwa yang kita saksikan di TV kita dapat menyaksikan dan mengetahui dengan jelas.
Bukan sahaja mesej berbentuk bencana yang ditayangkan terdapat juga berita sensasi seperti berita tentang penyanyi popular dan pelakon terkenal. Maka melalui rancangan seperti ini peminat-peminat dapat mendampingi para pelakon dan penyanyi pujaan mereka dengan lebih dekat.
Oleh yang demikian, saluran TV sangat penting kepada masyarakat kita khasnya bagi penduduk di kawasan luar bandar amnya. Di luar bandar kemudahan media yang lain agar sukar didapati. Pada masa sekarang hampir setiap keluarga di luar bandar mempunyai TV. TV adalah saluran maklumat yang penting.



6.0 KESIMPULAN
6.1 Penutup
TV atau televisyen adalah media yang sangat penting kepada kita. TV dapat mencorak gaya hidup kita supaya lebih bermakna dengan ilmu yang kita timpa melalui TV. TV menghiburkan kita, malah dapat mengurus personality kita melalui beberapa program yang berkaitan dengan personality diri.
Namun kepentingan dan kebaikan TV, kita tidak seharusnya leka tanpa memilih programnya dengan bijak dan wajar bagi kegunaan kehidupan kita bukan semata-mata bermesra dengan TV sahaja.
Kita sebagai pengguna yang diberi Tuhan fikiran yang baik seharusnya tahu menilai buruk baik sesebuah rancangan TV yang ingin ditonton.


BIBLIOGRAFI


Everette E. Dennis, Arnold H. Ismach, Donald M. Gillmor. (1994). Isu-Isu Komunikasi
Massa. Kuala Lumpur.

Hamzah Hamdani. (1982). Media Massa Dan Peranannya Di Malaysia. Kuala Lumpur.

Giffin, E.M (2000). A First Look at Communication Theory (4th. Ed.).USA: McGraw Hill

Kerlinger, Fred N. (1973). Foundation of Behavioral Research. New York: Holt, Rinchart and Winston, Inc.

Littlejohn, S.W (1999). Theories of Human Communication (6th. Ed.). New York: Wadsworth

Mansur Ahmad Saman Ahmad Sebi. (1996). Peranan Media Dalam Masyarakat
Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Prof. Madya Dr. Saodah Wok, Dr. Narimah Ismail, Prof. Dr. Mohd. Yusof Hussain.
(2003). Teori-Teori Komnikasi. Kuala Lumpur.

Salkind, N.J (2000). Exploring Research (4th. Ed) New Jersey: Pretice Hall

Saodah Wok, Narimah Ismail dan Mohd Yusof Hussain (2004). Teori- Teori.Komunikasi. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd

Syed Arabi ldid (1993). Kaedah Penyelidikan Komunikasi da Sains Sosial Kuala Lumpur: Dewan Bahasa da Pustaka

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan tentang media massa
Media Massa adalah bahan-bahan media bercetak dan media elektronik
yang merangkumi bidang yang amat luas. Komunikasi massa merupakan komunikasi yang penting dalam kehidupan kita. Setiap hari kita membaca surat khabar, buku, majalah, menonton televisyen dan adio. Televisyen, radio, surat khabar dan majalah adalah media yang penting dalam mencorakkan kehidupan manusia sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak. Oleh itu, kita sebagai pengguna seharusnya tahu bagaimana menggunakan media massa ini. Media massa tersebut boleh mempengeruh tanggapan kita terhadap kepentingan sesuatu isu dalam kehidupan kita seharian.
Televisyen atau TV merupakan satu alat yang berskrin yang menerima isyarat penyiaran dan menukarkannya kepada gambar dan suara. Kata televisyen (television) berasal dari kata tele (bererti jauh dalam Bahasa Greek) dan vision (melihat dalam Bahasa Inggeris). Menurut Braun HF 1, Jerman (1958), televisyen berbentuk seperti sebuah kotak. Setiap televisyen perlu mempunyai antenna untuk menerima siaran dari stesen pemancar. Kini, isyarat siaran boleh diterima dengan menggunakan kabel dan satelit. Sesetengah televisyen moden tururt boleh menerima isyarat dari computer dan konsol permainan (game concole) melalui soket penyambung khas.


2.0 Jenis-jenis kesan media massa dan kaitan dengan teori
Media massa terutamanya televisyen memberikan kesan yang berpengaruh
sekali kepada kanak-kanak. Mereka belum dapat menilai dengan lebih kritikal, jadi apa yang dilihat dipercayai, diikuti dan dilakonkan semula. Betapa berkesannya media massa dapat menukarkan pemikiran, sikap dan perlakuan penonton yang terdedah kepada media itu.
Terdapat beberapa tahap kesan media kepada manusia. Pada awal 1930-an dan 1940-an media begitu berkesan sekali menembusi dan menjangkau minda seseorang penerima. Media memainkan kesan yang universal terhadap sesiapa sahaja yang terdedah kepadanya.
Jika ditinjau dari segi golongan yang kerap menonton televisyen ialah golongan kanak-kanak yang berumur dua hingga lima tahun. Mereka menghabiskan masa menonton televisyen sebanyak tiga puluh jam seminggu. Manakala kanak-kanak berumur enam tahun hingga sebelas tahun menonton sebanyak dua puluh jam seminggu. Secara purata pemikiran kanak-kanak menerima beribu mesej dari rancangan televisyen yang mereka tonton dalam seminggu, misalnya dalam bidang pengiklanan dianggarkan membelanjakan 400 juta ringgit setahun untuk menyampaikan mesej-mesej iklan (Chagall, 1977). Oleh yang demikian kesan pengaruh media massa ini pada tahap yang tinggi kepada golongan yang lebih kerap menonton televisyen sahaja.
Apabila kita meneliti kepada model-model kesan media massa, ianya mempunyai tiga model kesan media, iaitu;
4. Model Kesan Terhad (Limited Effect Model)
Model ini menyatakan bahawa media massa memberikan kesan yang kecil.
5. Model Kesan Sederhana (Moderate Effect Model)
Model ini ialah media massa dapat memberikan kesan yang banyak kepada penonton (penerima).
6. Model Kesan Penuh (Powerful Effect Model)
Model ini dapat menyumbangkan kepada kesan yang kuat kepada kebanyakan penerima.

Mengikut Teori Model Terhad, pengaruh media massa jarang-jarang sekali memberikan pengeruh penerima yang mana manusia tidak bergitu mudah mempercayai apa yang mereka tonton di televisyen. Pengaliran maklumat dua peringkat yang mana peminpin pendapat menerima maklumat terlebih dahulu sebelum menyebarkannya kepada pengikut-pengikutnya. Beberapa teori yang membuktikan kesungguhan model ini ialah;
1. Pengaliran maklumat dua peringkat: Lazarsfeld dan Katz (1954) dalam kajian mereka mengenai pemikiran calon.
2. Chaffee dan Rpzer (1986) membuat lakaran yang komprehensif yang mengambarkan hiraki media massa.
Sebenarnya dalam teori kesannya terhad, pendedahan kepada media massa adalah penting. Pemilihan kepada media massa adalah kecenderungan seseorang untuk mendedahkan dirinya kepada mesej yang menyokong sikap dan minat masing-masing dan sebaliknya mengelak daripada mengikut mesej yang bercanggah dengan sikap dan minat sendiri. Sebenarnya teori ini diutarakan oleh Sears dan Freeman (1967).
Di samping itu, pengeruh televisyen hanya pada peringkat sederhana sahaja. Ini bermaksud kesan sedarhana merangkumi kesan masa panjang pada diri seseorang. Kesan dari menonton televisyen bukan sahaja untuk hiburan semata-mata namum, memberi kesan masa panjang yang berfaedah. Misalnya, kesan menonton televisyen boleh memperkembangkan pengetahuan kita. Contohnya, belajar bahasa Inggeris dengan betul. Media boleh digunakan untuk menimbulkan suasana yang begitu bermakna sekali dalam drama-drama yang diminati. Contohnya drama Bawang Putih dan Bawang Merah.
Mengikut Teori Kesan Penuh yang dirumuskan oleh Harold Lasswell (1934), menunjukkan kepada umum bagaimana komunikasi sehala berlaku seperti peluru yang ditembak. Hal ini dapat memberi gambaran media beroperasi seperti peluru yang dapat menembusi minda manusia dan terus membentuk emosi-emosi yang tertentu dengan isu-isu yang diutarakan oleh media.
Secara tidak langsung pengaruh kuat media berjaya merubah sikap dan perlakuan penonton. Golongan yang sangat dipengaruhi oleh media bertindak beremosi sekali apabila mereka melihat sesuatu yang baru yang ditayangkan di televisyen. Maka, di sini kuasa dapat memainkan dua peranan sebagai pembentuk kesetiaan kepada negara dan sebaliknya pembentuk kebencian kepada pihak lawan.
Penonton ataupun penerima maklumat dilihat sebagai seorang pasif dan begitu lemah untuk menyangkal pengaruh yang dipahat ke minda mereka.



3.0 Teori-teori massa
3.1 Teori Penanaman (Cultivation Theory)
Teori ini merupakan hubungkait dengan penontonan TV dan pandangan orang ramai terhadap dunia. Menurut George Gerber et. Al (1986), orang yang banyak menonton TV akan mengalami perasaan takut terhadap keganasan yang berlaku di dunia. Kini, banyak filem-filem yang berunsur keganasan. Banyak cerita dan berita yang disiarkan melalui TV seperti bencana alam, peperangan dan konklif kemanusiaan seperti kebuluran, wabak penyakit dan pelbagai lagi. Cerita dan berita seperti ini seandainya ditonton setiap hari akan secara tidak langsung mempengaruhi minda dan perasaan penonton.
3.2 Teori

Soalan B ii

Pilih satu daripada teori komunikasi massa
Cara-cara teori yang dipilih dapat menereangkan satu fenomena komunikasi atau pengalaman sendiri.
Rujuk unit 5 & 6
Masyarakat Massa dan Budaya Massa

AG. Eka Wenats Wuryanta
PENGANTAR
Perkembangan media massa bagi manusia sempat menumbuhkan perdebatan panjang tentang makna dan dampak media massa pada perkembangan masyarakat. Pemahaman tentang masyarakat massa sempat menggoncang persepsi anggota masyarakat mengenai dampak media massa yang cukup signifikan dalam merubah tata sosial masyarakat.
Dalam perkembangan teori komunikasi massa, konsep masyarakat massa mendapat relasi kuat dengan produk budaya massa yang pada akhirnya akan mempengaruhi bagaimana proses komunikasi dalam konteks masyarakat massa membentuk dan dibentuk oleh budaya massa yang ada.
Bukan kebetulan bahwa dua pemahaman tentang masyarakat massa dengan budaya massa mempunyai titik permasalahan yang menggantung. Pertanyaan kritis yang perlu ditampilkan adalah sejauh mana hubungan antara masyarakat massa dengan produk budaya massa yang ada ? Apakah memang di antara dua konsep tersebut mempunyai hubungan antar entitas yang berdiri sendiri atau memang dua konsep itu mempunyai hubungan yang saling mengandaikan ?


TEORI MASYARAKAT MASSA DAN FUNGSI MEDIA MASSA
Sebelum masuk pada tesis utama teori masyarakat massa dan fungsi media massa, perlu diketahui terlebih posisi masing-masing teori yang mengembangkan persepsi tentang masyarakat massa dan fungsi media massa yang ada.
Dalam konsiderasi teori tradisional, tekanan tema utama dalam teori ini adalah bahwa ada posisi media dalam sebuah masyarakat. Di satu pihak, teori tradisional mengenai masyarakat massa dan media massa melihat secara pesimis, dalam arti bahwa media massa mempunyai pengaruh yang kuat dalam seluruh konteks sistem pengaruh pada masyarakat. Modernisasi dengan media massa sebagai salah satu perkembangan modern yang cukup signifikan ternyata memberikan pengaruh negatif bagi perubahan sosial.
Dalam bentuknya yang mulai modern, teori masyarakat masyarakat dan fungsi media massa - dalam perspektif empirik-kritis - melihat secara optimis persepsi yang berkembang dalam masyarakat atas perkembangan media massa. Artinya, bahwa masyarakat ternyata juga mempunyai kemampuan untuk mengontrol media massa berikut dampak-dampaknya.
Dari pemahaman seperti itu, terlihat bahawa media massa berperan untuk membentuk keragaman budaya yang dihasilkan sebagai salah satu akibat pengaruh media terhadap sistem nilai, pikir dan tindakan manusia. Pada titik tertentu, masyarakat massa mengembangkan sistem budaya massa. Dalam konteks yang hampir sama, terlihat dua ragam budaya massa yang bisa dihasilkan oleh masyarakat. Di satu pihak, budaya dalam konteks masyarakat massa dengan didukung oleh media massa dilihat sebagai entitas cair dan mampu menghegemoni sebuah masyarakat (terlihat bagaimana media mampu membentuk selera masyarakat atau membentuk cara pandang tertentu terhadap sebuah realitas, dll). Tapi di lain pihak, budaya dalam konteks masyarakat harus dilihat sebagai entitas yang juga turut membentuk media massa.
Hal-hal di atas yang membuat kita harus memahami masyarakat massa , fungsi media massa dan budaya massa sebagai proses timbal balik.
BUDAYA MASSA DAN BUDAYA TINGGI
Isi yang biasa diproduksi dan didiseminasikan oleh media massa adalah budaya massa. Hanya masalahnya sering makna budaya massa dipahami sebagai suatu yang “murahan”. Meskipun sebetulnya istilah budaya massa harus dipahami sebagai sesuatu yang baik, karena merujuk sebuah proses pluralisme dan demokrasi yang kental. Budaya massa adalah hasil budaya yang dibuat secara massif demi kepentingan pasar. Budaya massa lebih bersifat massal, terstandarisasi dalam sistem pasar yang anonim, praktis, heterogen, lebih mengabdi pada kepentingan pemuasan selera “dangkal”. Secara evaluatif dapat dikatakan bahwa budaya massa adalah simbol kedaulatan kultural dari orang-orang yang tidak terdidik.
Berbeda dengan budaya massa, budaya tinggi mempunyai sistem nilai dan evaluasi yang berbeda. Budaya tinggi lebih dilihat sebagai hasil produksi elite, terkontrol, secara estetis ternilai dan mempunyai standar yang ketat - tidak tergantung pad konsumen produk mereka.
Dari perbedaan definisi budaya massa dan budaya tinggi, kita dapat melihat bahwa secara sosial manusia membagi hasil produk kulturnya dalam konteks kultur yang berbeda pula. Ini berarti ada hubungan tak terelakkan bahwa kultur, konteks sosial dan media massa sebagai media penyebaran nilai sosial serta budaya.
IMPLIKASI BAGI TEORI SOSIOLOGI
Beberapa kajian sosial mengenai dampak media massa dalam sebuah masyarakat membuat persepsi baru bahwa media massa, masyarakat, budaya massa dan budaya tinggi secara simultan saling berhubungan satu sama lain. Corak hubungan faktor-faktor di atas bersifat “interplay”. Tentu saja perubahan makna sosial tersebut juga dipengaruhi oleh perkembangan sosial baru dalam era modernisasi. Dalam proses ini ada beberapa pertimbangan yang perlu dilihat.
Pertama, perkembangan media sampai pada satuan kecil masyarakat membuat kita harus membuat sikap baru dan lebih kompleks terhadap terminologi-terminologi sosial tradisional yang diyakini oleh masyarakat.
Kedua, perkembangan media massa baru seperti televisi sempat mengubah persepsi sosial masyarakat karena pengaruhnya yang sedemikian dahsyat. Bahkan dapat dikatakan bahwa televisi mampu menjadi sentra kehidupan sosial meski tidak menutup kemungkinan bahwa media cetak juga tetap mempunyai kekuatan yang cukup signifikan dalam masyarakat.
Ketiga, proses transisi sosial baru yang dialami oleh masyarakat menuntut kita untuk memperbaharui konsep sosial yang sudah ada. Proses transisi sosial baru juga mengandung paradoks, dalam arti bahwa proses diferensiasi struktural bersinergi dengan uniformitas kebudayaan. Bagaimana hal itu bisa didamaikan ? Proses paradoks ini akan berpengaruh bagaimana kita memaknai masyarakat massa, masyarakat industri, budaya massa dan budaya tinggi.
Keempat, maka diperlukan sistesa baru yang mengatasi kelemahan atau kekurangan konsep masyarakat massa dan sintesa baru yang mengatasi konsep pluralisme dan otoritarianisme modernisasi. Segmentasi dan fragmentasi masyarakat harus dimaknai kembali dalam konteks bahwa masyarakat dilihat sebagai sebuah kerangka sosial yang lebih kompleks. Proses pluralisme sosial yang sempat didorong oleh kehadiran media massa juga perlu mendapatkan posisi epistemologi, ontologi dan aksiologi baru. Masyarakat modern bersifat cair dan mobile. Pemahaman tentang ini juga akan mempengaruhi keseluruhan sikap yang diambil dalam proses perkembangan budaya masyarakat itu sendiri.
TINJAUAN KRITIS
Pemahaman tentang interdependensi dan independensi masyarakat massa dan budaya massa memang harus digugat. Tapi setidaknya ada beberapa masalah yang perlu diungkapkan.
Pertama, pemahaman masyarakat massa sebagai kesatuan entitas sosial. Apakah memang masih harus dipertahankan. Konsep masyarakat dalam proses globalisasi telah menghantarkan kita pada konsepsi mobilitas, heterogenitas dan sifat kecairan loyalitas makna kolektif masyarakat. Ketersebaran dan keterkaitan secara instan masyarakat global telah mengubah bahwa media massa tidak hanya dilihat sebagai entitas di luar masyarakat. Dapat dikatakan media massa adalah unsur penting dalam masyarakat global. Masyarakat global adalah masyarakat informasi. Masyarakat yang di satu pihak sangat tergantung dengan media massa. Tapi di lain pihak, masyarakat menjadi penentu dan pemain kunci media massa itu sendiri. Saya kira konsep interdependensi harus menjadi konsep sentral dalam perkembangan masyarakat, budaya massa dan budaya tinggi.
Kedua, ambiguitas dalam perkembangan masyarakat modern juga berakibat pada tumbuhnya kegamangan prioritas nilai dalam mengevaluasi media massa sebagai unsur pokok kebudayaan. Permasalahannya tidak lagi terletak pada bagaimana kita harus bersikap pada media massa, budaya massa dan budaya tinggi tapi sejauh mana manusia tetap mampu menjadi pembuat simbol (masters of symbol) yang dihasilkan oleh media massa, budaya massa atau budaya tinggi.
Ketiga, sulit juga apabila kita mau menentukan siapa mempengaruhi siapa dalam perkembangan dunia media massa, masyarakat massa dan budaya massa yang ada. Interkoneksi antara ketiga unsur tersebut sangat kental sehingga pada titik tertentu kita tidak bisa menarik yang tegas garis demarkasi antara media massa, masyarakat massa dan budaya massa. Mana yang harus didahulukan ? Kalau terjadi independensi antar unsur, sejauh apa ? Kalau terjadi interdependensi, atas ukuran apa ?

1 komunikasi antara perseorangan (latihan pertengahan semester)

1. Komunikasi antara perseorangan lebih tepat didefinisikan sebagai
A. Komunikasi linear yang melibatkan dua orang
B. Komunikasi yang memberi kepuasan kepada dua orang yang mempunyai hubungan
C. Komunikasi yang bersifat transaksi berlaku secara serentak antara dua orang dan mereka saling mempengaruhi
D. Komunikasi yang bersifat interaksi berlaku secara spontan antara dua orang secara bersemuka
E. Semua pilihan jawapan di atas

2. Dr Ngasoon sedang memeriksa tangan Thong Chai yang patah. Tiba-tiba Thong Chai meraung kesakitan. Apakah jenis perspektif komunikasi yang sedang berlaku antara mereka berdua?
A. Komunikasi perspektif transaksi
B. Komunikasi perspektif linear
C. Komunikasi perspektif interaksi
D. Komunikasi perspektif interpersonal
E. Semua jawapan di atas

3. Apabila kita mendefinisikan komunikasi antara perseorangan secara kualitatif ini bermakna
A. Komunikasi yang bersifat interpersonal iaitu lebih formal
B. Komunikator-komunikator mengambil kira bilangan komunikator yang terlibat
C. Komunikasi diad
D. Komunikasi antara perseorangan adalah bersifat peribadi atau personal
E. Semua pilihan di atas

4. Suami : Awak nak masak apa malam ni?
Isteri : Saya tak tahu apa kita nak makan malam ni, ya?
Suami : Awak fikirkanlah sendiri. Malam kelmarin saya telah laksanakan giliran saya memasak. Sekarang giliran awak pula.

Perbualan di atas mencadangkan bahawa kedua-kedua suami isteri tersebut mempunyai
A. Hubungan saling melengkapi
B. Hubungan simetri
C. Hubungan selari
D. Hubungan queen control

5. Thong Cheng bertemu dan berbual dengan seorang pelajar lain yang tidak hadir ke kuliah KOM 3432 pada waktu yang sama. Tujuan utama Thong Cheng berinteraksi dengannya mungkin sekali disebabkan oleh
A. Konteks budaya
B. Konteks hubungan atau perkaitan
C. Konteks psikologikal
D. Konteks situasi
E. Konteks peristiwa

6. Perkara-perkara berikut berlaku dalam proses komunikasi transaksi kecuali
A. Kedua-dua komunikator menghantar dan menerima mesej pada waktu yang sama
B. Terdapat halangan komunikasi tau noise
C. Penghantar mesejmengenkod mesej melalui saluran tertentu
D. Penghantar mesej tidak akan dipengaruhi oleh penerima dalam transaksi tersebut
E. Semua pilihan jawapan di atas

7. Dalam komunikasi antara perseorangan yang sesuai atau ideal, adalah lebih baik jikaterdapat jumlah
A. Komunikasi personal yang rendah dan komunikasi interpersonal yang tinggi
B. Komunikasi personal yang tinggi dan komunikasi interpersonal yang rendah
C. Komunikasi personal dan komunikasi interpersonal yang tinggi
D. Komunikasipersonal dan komunikasi interpersonal yang sederhana
E. Semua pilihan di atas

8. Manakah antara perkara berikut berlaku dalam komunikasi antara perseorangan
A. Kedua-dua komunikator mesti berada pada masa dan tempat yang sama
B. Kedua-dua komunikator tidak semestinya bersemuka
C. Kedua-dua saling mempengaruhi
D. Kedua-duanya telah saling mengenali antara satu sama lain
E. Semua pilihan jawapan di atas

9. Siapakah pengkaji komunikasi yang menggambarkan komunikasi kemanusaiaan sebagai suatu proses input/output linear?
A. Lasswell
B. Shannon dan Weaver
C. Weaver dan McLuhan
D. Lasswell dan Berlo
E. Lasswell dan Thong Chai

10. Lasswell telah memperkenalkan model komunikasi seperti di bawah. Apakah perkara yang sepatutnya diisi pada ruang kosong dalam model itu?
Siapa ?
Berkata apa?
____________________?
Kepada siapa?
Dengan kesan apa?

A. Medium apa?
B. Dalam saluran apa?
C. Halangan apa?
D. Dalam mesej apa?
E. Melalui siapa?

11. Apabila kita menginterpretasikan perkataan atau isyarat (signal), kita sebenarnya…
A. Menyalur maklumat
B. Menapis maklumat
C. Mendekod maklumat
D. Mengenkod maklumat
E. Semua pilihan di atas

Perbualan ini untuk soalan 12
Nadiah : Apa pendapat kau tentang Pak Ngah, pensyarah kita itu?
Rosenani : Dia kacak, macho, dan bijak. Tetapi dia juga seorang yang ego.

12. Dalam perbualan di atas, persepsi Rosenani itu lebih tepat jika dikaitkan dengan kecenderungan persepsi bahawa…
A. Kita menganggap diri kita lebih baik daripada orang lain
B. Kita dipengaruhi oleh perkara-perkara yang nyata sahaja
C. Kita berpegang teguh kepada gambaran awal atau first impression
D. Kita selalu cenderung kepada gambaran negatif
E. Kita memang mudah mengumpat orang

13. Ramasamy telah melarikan diri dari rumah kerana tidak dapat menahan leteran ibunya yang tidak henti-henti. Apakah prinsip komunikasi yang paling sesuai dikaitkan untuk situasi tersebut?
A. Komunikasi tidak boleh ditarik balik
B. Komunikasi tidak boleh diulang semula
C. Lebih banyak berkomunikasi tidak semestinya lebih baik
D. Komunikasi tidak boleh menyelesaikan semua masalah
E. Tiada satu pun di atas.

14. Semasa sedang berbual dengan Salwani, fikiran Zaidi lebih tertumpu kepada suara penyanyi Thong Chai yang sedang tersiar di radio. Apakah halangan komunikasi yang sedang dialami oleh Zaidi?
A. Halangan psikologi
B. Halangan luaran
C. Halangan yang tidak disengajakan
D. Halangan fizikal
E. Halangan penyanyi Thong Chai.

15. Prinsip-prinsip komunikasi antara perseorangan menyatakan bahawa komunikasi adalah rumit (complicated) disebabkan oleh
A. Sifat sesetengah mesej yang tidak disengajakan
B. Tempoh masa yang diperlukan untuk menerima mesej
C. Interpretasi maklumat melalui berbagai-bagai symbol
D. Sifat budaya komunikasi
E. Tiada satu pun di atas.

16. Komunikasi yang tidak beretika dipamerkan oleh
A. Kebebasan memilih oleh pendengar
B. Memberitahu perkara yang sebenar
C. Meminta orang menerima pendapatnya
D. Meluahkan keyakinannya
E. Memberi respons bukan verbal ketika orang lain bercakap

17. Memberi respons dengan ikhlas dan penuh tumpuan semasa mencerap disebut
A. Simpati
B. Decentering atau other-oriented
C. Mengenkod
D. Empati
E. Simpati

18. Pembentukan konsep kendiri yang negatif seseorang pelajar itu sangat kuat dipengaruhi oleh
A. Keturunannya
B. Komen bertubi-tubi oleh gurunya
C. Kemampuan kognitifnya
D. Dorongan daripada orang yang tidak rapat dengannya
E. Angan-angannya

19. Konsep kendiri boleh dijelaskan sebagai
A. Penilaian kita terhadap harga diri kita
B. Perasaan kamu yang “OK” atau “tidak OK”
C. Konsep kamu tentang baik dan buruk
D. Huraian kita yang subjektif tentang siapa kita fikir diri kita
E. Huraian kita yang objektif tentanga siapa kita fikir diri kita

20. Apabila saya beritahu anda bahawa kekasih anda adalah seorang yang rajin, peramah, bersopan-santun, lincah, kritis, kepala batu, dan kerap cemburu buta tetapi anda membayangkan dia sebagai bakal isteri yang membahagiakan dan baik hati. Fenomena ini disebabkan oleh kesan ………
A. Halo
B. Horn
C. Primacy
D. Recency
E. Dadah

21. Romeo : Pak Ngah seorang pensyarah yang sombong. Dia seorang pensyarah yang tidak berdisiplin dan bongkak!
Juliet : Awak tak suka pada dia?
Romeo : Menyampah sangat. Kenapa?

Perbualan di atas menunjukkan satu kesan telah berlaku ke atas diri Romeo. Kesan itu ialah….
A. Kesan primacy
B. Kesan Horn
C. Kesan Halo
D. Kesan Atribusi
E. Kesan Halusinasi

22. Orang yang mempunyai nilai kendiri yang positif selalu
A. Menjangkakan bahawa dirinya akan disenangi dan diterima oleh orang lain
B. Sensitif
C. Merendah diri walaupun prestasi kerjanya sentiasa baik
D. Menilai prestasi kerjanya sebagai tidak memuaskan
E. Yakin bahawa segala pencapaian dalam tugasnya adalah tidak bermutu

23. Berikut adalah halangan dalam membuat persepsi yang lengkap, kecuali
A. Memerhatikan perkara-perkara yang tersirat sama ada secara verbal atau bukan verbal
B. Menjadikan maklumat yang tidak memadai sebagai memadai
C. Memberi penekanan kepada maklumat negatif sahaja
D. Memilih penerangan mudah terhadap sesuatu yang kompleks
E. Semua pilihan di atas

24. Teori ini merupakan satu set kepercayaan dan hipotesis mengenai orang lain secara amnya.
A. Teori Atribusi
B. Teori Personaliti implicit
C. Teori Correspondent inference
D. Teori Causal Attribution
E. Semua pilihan di atas

25. Manakah antara situasi berikut bukan bersifat self-fullilling prophecy?
A. Azizah berjaya dalam temuduga mendapatkan biasiswa kerana ibunya pernah menyatakan bahawa dialah calon yang terbaik.
B. Malaysia sering tewas dalam Pertandingan Badminton Piala Thomas di Jakarta kerana orang ramai dan media menganggap pemain-pemainnya sebagai juara kampung.
C. Thong Chai menjadi seorang penghibur yang hebat kerana pengurusnya mempunyai keyakinan yang dia akan Berjaya.
D. Setelah gurunya mengatakan dia seorang pelajar yang tidak akan Berjaya dalam matematik, Daim masih gagal dalam ujian matematiknya walaupun telah membuat persediaan yang rapi.
E. Dalam scenario politik masa ini, ahli-ahli politik masih berfikiran positif bahawa matlamat Wawasan 2020 akan tercapai.

26. Semasa Pak Ngah sedang menyampaikan kuliahnya, kamu terdengar dua orang pelajar di belakang kamu sedang berbual-bual mengenai masalah mereka. Kamu memasang telinga kepada perbualan mereka. Tiba-tiba kamu tertumpu semula kepada kuliah apabila Pak Ngah berkata “…dan itulah perkara-perkara yang akan ditanya dalam peperiksaan pertengahan semester nanti.”
Pada peringkat proses pencerapan yang manakah perkara di atas dikaitkan?
A. Memilih
B. Melayan atau memberi tumpuan
C. Memahami
D. Mengingati
E. Mengelamun

27. Antara kaedah berikut, yang manakah yang tidak sesuai diaplikasikan untuk mengubah konsep kendiri?
A. Mempunyai cita-cita yang sangat tinggi untuk Berjaya
B. Mempunyai persepsi tentang diri sendiri yang sebenarnya
C. Mempunyai niat atau kemahuan untuk mengubah konsep kendiri
D. Mempunyai kemahiran berimaginasi untuk mengubah konsep kendiri
E. Mempunyai teman yang setia

28. Satu daripada strategi untuk memperbaik kemahiran persepsi peribadi adalah membentuk orentasi empati, decentning dan other-orientation. Langkah-langkah yang wajar dilakukan untuk memenuhi strategi ini adalah
A. Dapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai situasi yang mempengaruhi tindakan seseorang itu.
B. Dapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang diri orang itu
C. Dapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang diri kita sendiri
D. Memberikan sebanyak mungkin maklumat tentang diri sendiri kepada orang lain
E. Pilihan A dan B di atas

29. Faktor-faktor yang mengganggu ketepatan atribusi kita ialah
A. Keupayaan melakukan pemerhatian yang berkesan dan lengkap
B. Lengkap atau tidak sesuatu maklumat yang diterima
C. Keupayaan untuk menolak sebab-sebab lain
D. Pilihan A dan B di atas
E. Pilihan B dan C di atas

30. Nadiah : Kau dah berjumpa dengan Dr Thong Chai pensyarah baru tu?
Rosenani : Sudah, dia seorang yang kemas kerana pakaiannya bersih.

Dalam perbualan di atas, persepsi Rosenani itu lebih tepat jika dikaitkan dengan kecenderungan persepsi bahawa
A. Kita menganggap diri kita lebih baik daripada orang lain
B. Kita dipengaruhi oleh perkara-perkara yang nyata sahaja
C. Kita berpegang teguh kepada tanggapan awal atau first impression
D. Kita selalu cenderung kepada gambaran atau impression negatif
E. Pilihan A dan B di atas

31. Satu penilaian subjektif mengenai diri kita berdasarkan kepada kemahiran bakat, rupa, dan perbandingan diri kita dengan orang lain disebut sebagai
A. Konsep kendiri
B. Nilai kendiri
C. Imej kendiri
D. Pendedahan kendiri (self-disclosure)
E. Konsep kemandirian

32. Apakah yang dimaksudkan dengan pencerapan tertebat?
A. Pencerap kelihatan seperti memberikan perhatian sepenuhnya tetapi sebenarnya tidak
B. Pencerap menganggap komen yang didengarnya sebagai serangan terhadap peribadinya.
C. Pencerap mengelak daripada mencerap mengenai isu-isu yang berkaitan dengan diri mereka yang mereka tidak gemari.
D. Pencerap hanya memberikan perhatian kepada orang yang bercakap mengenai perkara-perkara yang menarik minatnya sahaja dan menolak perkara-perkara lain.
E. Pencerap sedang menunggu giliran untuk bercakap mengenai dirinya kepada orang yang sedang bercakap.

33. Antara pernyataan berikut, yang manakah lebih mirip kepada pertanyaan yang membawa agenda tersembunyi?
A. Mengapakah kamu suka akan Thong Chai?
B. Awak tidak gemar akan masakan saya, betul tak?
C. Kamu pinjamkan kereta saya kepada Nik?
D. Jika saya beritahu awak, adakah awak berkecil hati?
E. Adakah saya ini jelita orangnya, sayang?

34. Yusuf berkata kepada Abu, “Kalau awak berdegil tidak mahu bersetuju dengan cadangan saya ini, syarikat awak akan bankrap!” Penggunaan ‘awak’ lebih cenderung menggambarkan kaedah
A. Euphemism
B. Polarisasi
C. Dominan
D. Negation
E. Demonstrative pronoun choice

35. Ketika Dr Karamjit Singn menyampaikan kuliah mengenai halangan-halangan dalam komunikasi, kamu teringat kepada perbualan kamu dengan teman serumah kamu yang sering berakhir dengan salah faham.
Pada peringkat proses pencerapan yang manakah, perkara di atas dikaitkan?
A. Memberi tumpuan atau melayan
B. Mengingat
C. Berangan-angan
D. Memahami
E. Memberi respons

36. Melati bertanya kepada ibunya mengenai perbezaan antara bua orang lelaki yang telah datang melamarnya. Apakah sebab utama Melati mencerap kepada penjelasan ibunya itu?
A. Untuk keseronokan
B. Untuk belajar
C. Membuat penilaian
D. Empati
E. Membuat pemeriksaan.

37. Ketika Julaihi melayan kawannya yang gagap bercerita, perhatiannya kerap diganggu oleh dua perkara iaitu dia mungkin tidak menutup paip di bilik air di rumahnya dan dia masih belum selesai mneyiapkan tugasan Dr Chong. Apakah jenis halangan kepada pencerapan yang sedang dialami olehnya?
A. Mengkritik orang yang sedang bercakap
B. Gangguan luaran
C. Kadar percakapan lawan kadar pemikiran
D. Limpahan maklumat (information overload)
E. Lamunan

38. Murad : Kursus mekanik yang saya ambil itu sangat susahlah.
Tong Seng : Kau kata matematik susah? Kau belum masuk kelas
Fizik nuclear aku.

Dalam perbualan di atas, apakah jenis pencerapan yang dilakukan oleh Tong Seng?
A. Stage-hogging
B. Pencerapan palsu (pseudolistening)
C. Serang hendap
D. Pencerapan tertebat
E. Pencerapan superficial

39. Wong ternampak sebuah kereta polis di hadapan rumah jirannya. Dia berkata kepada abangnya, “Nampaknya jiran kita ada masalah undang-undang”. Pernyataan Wong adalah sejenis halangan komunikasi yang disebut sebagai
A. Kekeliruan fakta inferens
B. Penilaian statik
C. Polarisasi
D. Bahasa bias (biased language)
E. Penilaian dinamik

40. “Awak ni memang lalai dan suka membuang masa!” herdek Azhar kepada Salleh.
Kata-kata Azhar adalah sejenis halangan komunikasi yang disebut sebagai
A. Kekeliruan fakta inferens
B. Penilaian statik
C. Polarisasi
D. Bahasa bias (biased language)
E. Penilaian dinamik

41. Nama seseorang boleh membentuk cara orang lain berfikir, melihat dan membuat penilaian pada dirinya. Dalam banyak kajian yang dijalankan, kesan negatif berhubung dengan nama lebih banyak terjadi kepada golongan
A. Kanak-kanak perempuan
B. Kanak-kanak lelaki
C. Dewasa lelaki
D. Dewasa perempuan
E. Orang-orang tua

42. Apakah yang dimaksudkan dengan bahasa relatif?
A. Bahasa yang mempunyai lebih daripada satu definisi
B. Bahasa yang membuat generalisasi mengenai objek, perkara, idea, atau peristiwa
C. Bahasa yang mempunyai makna jika perbandingan dibuat
D. Bahasa yang mengandungi kata-kata yang menetapkan definisi atau sifat
E. Bahasa yang sukar didefinisikan

43. Mana satukah antara pernyataan berikut sangat abstrak dari segi maknanya?
A. Pak Ali sangat pemurah
B. Pak Ngah kacak orangnya
C. Mimi orangnya rajin macam semut
D. Rahul memang kacak orangnya
E. Perangai Thong Chai macam sotong

44. Bagi kebanyakan kanak-kanak perkataan hantu lebih cenderung membawa makna yang
A. Konotatif
B. Denotative
C. Ekpresif
D. Objektif
E. Subjektif

45. Pak Ngah : Laporan tugasan kami ni tak memadai. Terlalu ringkas!
Pelajar : Berapa bilangan halaman yang paling baik untuk tugasan ini, Pak Ngah?
Pak Ngah : Tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit.
Pelajar : Apa gaya penulisan yang perlu saya gunakan, Pak Ngah?
Pak Ngah : Mestilah bersifat akademik, tetapi jangan terlalu formal. Faham?
Pelajar : Ya saya faham (Dalam hati pelajar : Grrr! Aku langsung tak faham!)
Apakah yang menyebabkan masalah perbualan di atas?
A. Bahasa ekuivokal
B. Bahasa abstrak
C. Euphemism
D. Bahasa relative
E. Bahasa kekeliruan

46. Aminah : Saya tidak suka lelaki di UPM ini. Mereka berlagaklah…
Ali : Iyalah…kadang-kadang tu…er…memang mereka tu berlagak. Tapi dia orang baik juga sebab dia orang suka tolong wanita. Er, kalau awak tak suka mereka kenapa…Itulah pasal, lelaki memang macam tu…tapi…susahlah nak cakap sebab saya juga lelaki…maaf la ye…

Berdasarkan dialog di atas, apakah bentuk respons yang digunakan oleh Ali semasa berkomunikasi secara verbal.
A. Respons bercelaru (incoherent response)
B. Respons impersonal (impersonal response)
C. Respons sekilas (Tangential response)
D. Respons bercanggah (incongruous response)
E. Respons bukan verbal (nonverbal response)

47. Morshidi yang berasal dari Sarawak biasanya menggunakan Bahasa Malaysia di pejabatnya. Apabila dia didatangi oleh kawan-kawannya yang berasal dari Sarawak, dia mengubah bahasanya kepada dialek Sarawak walaupun ramai kakitangan di pejabatnya berasal dari negeri-negeri lain. Cara penyesuaian percakapan yang ditunjukkan oleh Morshidi dinamakan sebagai
A. Penumpuan
B. Percapahan
C. Penafian
D. Pemilihan kata demonstratif
E. Spectrum bahasa

48. Apabila orang bertanya pendapat kita tentang sesuatu perkara yang kita tidak gemari seperti “Sedap tak lauk ikan keli yang saya masak ini? Kita selalunya menyatakan pendapat kita secara terselindung atau indirect dengan mengatakan “Bolehlah”, “Ok kah” dan sebagainya. Kaedah ini dinamakan sebagai
A. Euphemism
B. Penafian
C. Jangka masa
D. Penyusunan kata
E. Spectrum bahasa

49. Pak Cik masih memanggil aku sebagai “budak nakal” sedangkan usiaku sudah menjangkau 25 tahun. Pak Cik memanggil aku demikian kerana 10 tahun lalu aku pernah mencuri telur ayamnya. Pernyataan di atas menunjukkan halangan bahasa dari segi?
A. bahasa bias
B. bypassing
C. kekeliruan inferensi fakta
D. penilaian statik
E. tidak empatik

50. Aminah : Ali, macam mana nak pergi kuliah ni? Hari nak hujanlah…
Ali : Memang betul sebab itulah saya bawa payung ni…
Apakah bentuk respons pengesahan yang dinyatakan oleh Ali?
A. Pengakuan langsung
B. Respons meminta keterangan
C. Respons melukakan perasaan
D. Ungkapan perasaan positif
E. Compliment

51. Perkataan yang mempunyai definisi yang terhad dan tepat adalah perkataan yang mempunyai makna…
A. Konotatif
B. Denotatif
C. Bias
D. Pragmatik
E. Dogmatik

52. Berkomunikasi secara verbal menjadi sukar apabila
A. Makna bahasa yang digunakan mesti tepat
B. Orang yang bercakap menggunakan kata-kata sajak
C. Makna bahasa diinterperestasikan mengikut konteks sosial
D. Makna perkataan mengikut simantik
E. Sintaktik bahasa dipenuhi

53. Emak berkata kepada Irma, “Ambil pisau di dapur”. Irma memberi respons dengan bertanya, “Pisau sayur atau pisau daging?”
Mana satu halangan bahasa yang cuba diatasi oleh Irma?
A. Salah faham
B. Polarisasi
C. Kesamaan
D. Ketidakjituan
E. Kecelaruan

54. Jusman : Aku lihat kau pandang tepat wajah penceramah tadi?
Mirna : Betul, aku tertarik…
Jusman : Hm, apa pendapat awak tentang isi ceramah tadi?
Mirna : Begini, saya tertarik dengan mukanya yang selamba, pergerakan tangannya menegaskan isi penting yang cuba disampaikan dan …cara dia berpakaian aku rasa tak kena…kurang sesuai dengan tajuk atau isi ceramahnya.
Jusman : Er…?

Berdasarkan perbualan di atas, apakah halangan mencerap yang berlaku kepada Mirna semasa dia mendengar ceramah?
A. Agenda personal
B. Gangguan emosi
C. Terlalu kritikanl terhadap sumber
D. Gangguan luaran
E. Gangguan lamunan

55. Seorang pengarah sedang mendengar penjelasan rakan kongsi syarikat mereka mengenai masalah pekerja mereka melalui telefon. Sambil mendengar pengarah itu turutmenulis isi-isi penting yang bakal dibincangkan dalam satu mesyuarat nanti. Dalam situasi tersebut, apakah yang wajar dilakukan oleh pengarah tersebut untuk meningkatkan daya pencerapannya?
A. Mendengar masalah itu
B. Berhenti menulis
C. Merespons masalah itu
D. Melihat wajah rakan kongsi itu
E. Menulis apa jua yang lebih penting

56. Suria sedang menonton filem bertajuk “Ada Apa Dengan Cinta”. Ketika menonton, dia mencerap kata-kata yang dituturkan oleh pelakon wanita utama sehingga dia menangis. Di samping itu, Suria bercadang untuk meniru cara-cara pelakon wanita itu berlakon. Dalam konteks ini, tujuan suria mencerap adalah…
A. Mendapat nikmat dan membuat penilaian
B. Empati dan mendapat nikmat
C. Menikmati dan mempelajari sesuatu
D. Membuat penilaian dan empati
E. Turut menjadi pelakon

57. Freda mendengar dengan penuh perhatian apa yang disampaikan oleh Imran dengan tujuan memikirkan bagaimana hendak memberi respons yang berkesan tentang apa yang dinyatakan itu. Belum selesai Imran bercakap, Freda terus mencelah.
Apakah halangan mencerap yang boleh menjelaskan situasi di atas?
A. Kadar pencerapan
B. Ketepuan maklumat
C. Gangguan emosi
D. Agenda peribadi
E. Agenda misteri

58. “Saya kecewa, sepatutnya Tugasan 1 ini sudah siap dihantar kepada Pak Ngah semalam, tapi sampai sekarang belum siap juga”. Kata Aminah
Manakah respons memparafrasa yang sesuai untuk menggambarkan empati anda kepada Aminah?
A. Kenapa awak tak siapkan segera?
B. Itulah awak! Lain kali jangan lengah-lengahkan
C. Pastinya awak rasa sangat tertekan sekarang.
D. Bersabarlah, hal itu sementara sahaja
E. Jangan bimbang…Pak Ngah tak akan marah sebab dia lenient orangnya.

59. Komunikasi paling sesuai didefinisikan sebagai…
A. Penghantaran dan penerimaan mesej
B. Perkongsian makna melalui penghantaran dan penerimaan simbol-simbol
C. Penghantaran makna daripada seseorang kepada seseorang yang lain
D. Mengenkod dan mendekod mesej
E. Semua pilihan jawapan di atas

60. Thong Chai sedang bercakap-cakap dengan burung tiong kepunyaannya. Tiba-tiba burung itu menyanyi. Apakah peringkat komunikasi yang telah berlaku?
A. Komunikasi perspektif linear
B. Komunikasi perspektif transaksi
C. Komunikasi kemanusiaan
D. Komunikasi keburungan
E. Tiada satu pun di atas.