Rabu, 12 Mei 2010

HBHE1103 : PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN


LIMA jenis penyakit yang berpunca daripada pengambilan makanan yang tidak seimbang ialah:
PENYAKIT KENCING MANIS / DIABETES.
Apa Dia Penyakit Kencing Manis
Penyakit ini telah lama diketahui manusia. Beribu-ribu penduduk di negara kita mengidap penyakit ini. Penyakit kencing manis tidak seharusnya menjadi satu penghalang kepada kehidupan yang biasa. Dengan bertambahnya pengetahuan berkenaan penyakit kencing manis dan penghasilan ubat-ubat untuk penyakit ini, tidak ada sebab mengapa anda tidak boleh hidup seperti manusia biasa
Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pancreas yang terletak dibawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.
Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pancreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa. Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini menyebabkan badan akan kekurangan tenaga.
Siapakah pengidap penyakit kencing manis ?
Sesiapa pun boleh mendapat penyakit ini.Tetapi mereka yang datang daripada keluarga atau keturunan di mana terdapat ahli-ahli yang mengidap penyakit kencing manis sudah meningkat umur (40 tahun ke atas) mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk mempunyai risiko yang lebih untuk mendapat kencing manis.
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 1996 telah memberi petunjuk bahawa terdapat lebih kurang 8.3 peratus penduduk di Malaysia yang menghidapi penyakit kencing manis. Tapi apa yang kini menjadi masalah ialah masalah kencing manis yang dihadapi tidak disedari oleh separuh dari mereka
Jumlah penghidap kencing manis yang besar ini juga tidak boleh dijadikan ukuran bahawa penyakit ini adalah penyakit yang biasa dihadapi dan tidak perlu dipandang berat. Penyakit kencing manis boleh dikatakan sebagai ibu segala penyakit. Ini kerana penyakit kencing manis boleh menjadi punca kepada penyakit yang lebih kronik yang boleh membawa maut seperti penyakit jantung, angin ahmar, penyakit kronik ginjal dan ulser kaki. Penyakit kencing manis secara asas sainsnya dikaitkan dengan kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan hormon yang dipanggil insulin. Hormon ini diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Ia dihasilkan oleh organ bernama pankreas yang terletak di bawah perut.
Pengidap diabetes bersandar insulin boleh hidup seperti normal selagi mereka menerima suntikan insulin, tetapi mereka akan menerima maut sekiranya mereka tidak mendapat suntikan insulin dalam tempoh yang agak singkat. Ini adalah disebabkan penguraian sumber bahan tenaga lain oleh badan seperti lemak bagi menggantikan tenaga dari glukos. Penguraian sumber bahan tenaga lain akan menghasilkan bahan sampingan seperti ketones yang menyebabkan keadaan hiperglisemia (hyperglycemia). Ketones merupakan molekul asid yang mampu menyebabkan kegagalan metabolisma dan sel badan gagal berfungsi. Keadaan ini sekiranya berlarutan akan mengakibatkan pengidap kencing manis menjadi koma dan menemui maut sekiranya tidak dirawat.
















Rajah 1: Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama
pankreas yang terletak dibawah perut.

1.2. PENYAKIT DARAH TINGGI
Setiap orang mempunyai tekanan darah. Apabila darah dipamkan melalui arteri, daya tenaga akan terhasil pada dinding dalam saluran darah. Jumlah darah yang dipam oleh jantung dan daya tahan yang diberikan oleh arteri akan menentukan tekanan darah kita. Tekanan darah dicatatkan dalam 2 angka. Angka di atas (tekanan darah sistolik) mengukur tekanan apabila jantung mengepam darah keluar. Angka yang di bawah pula (tekanan darah diastolik) mengukur tekanan apabila jantung berehat.
Tekanan darah berbeza-beza mengikut masa tertentu dalam sehari dan aktiviti yang kita lakukan. Ia perlu diperiksa beberapa kali untuk menentukan purata tekanan darah tinggi yang tepat.
Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi atau Hipertensi (Inggeris = Hypertension) merujuk kepada Tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.
Apabila anda dikatakan mendapat darah tinggi atau hipertensi, ia bermakna saluran darah anda menjadi sempit dan sesak menyebabkan jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengatasi kesempitan itu. Bila ini terjadi darah akan menekan lebih kuat ke dinding saluran darah untuk laluannya ke tisu badan. Lama-kelamaan, mendapan lemak akan tersangkut dan terkumpul pada dinding menyebabkan arteri menjadi keras. Proses ini dikenali sebagai aterosklerosis.
Jantung sekarang terpaksa berkerja lebih kuat untuk menolak darah melalui arteri-arteri yang sempit dan keras ini. Oleh yang demikian, tekanan darah akan tercatat lebih tinggi atau bersamaan 140mm hg untuk tekanan sistolik dan lebih tinggi atau bersamaan 90mm Hg untuk tekanan diastolik, walaupun dalam masa rehat. Kadang-kala darah beku terjadi di celah-celah saluran arteri yang sempit ini menyebabkan berlakunya serangan jantung atau strok (angin ahmar).
Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.
Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.
Menurut kertas penyelidikan April 2007 yang dihasilkan oleh pakar sains British, penyakit vaskular otak adalah punca tekanan darah tinggi, bukannya penyakit vaskular pada jantung seperti yang dipercayai sebelum ini. Protein yang terdapat pada otak yang dikenali sebagai JAM-1 didapati bertanggungjawab bagi memerangkap sel darah putih yang kemudian menyebabkan keradangan dan menghalang aliran darah, mendorong kepada kekurangan bekalan darah pada otak yang kemudian mengawal tekanan darah dalam badan.
Tekanan darah tinggi atau hipertensi memberi gambaran di mana tekanan darah terhadap dinding arteri. Jantung menghasilkan tekanan bilamana ia mengepam darah keseluruh badan. Tekanan darah dapat diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil sphygmanometer. Terdapat dua bacaan dalam pengukuran tekanan darah iaitu BP 140/90 mmHg. Nilai tinggi (140) dipanggil tekanan darah sistolik dan nilai rendah (90) pula ialah tekanan darah diastolik. Tekanan darah sistolik ialah tekanan darah dalam arteri (salur darah) bila jantung mengepam darah. Manakala tekanan darah diastolik pula ialah tekanan darah dalam arteri bila jantung berhenti mengepam di antara dua denyutan. Hipertensi atau darah tinggi merupakan di antara penyakit yang dialami di kalangan golongan dewasa di pertengahan umur dan warga tua di Malaysia. Ia lebih banyak dialami oleh lelaki berbanding wanita.
1.3. OBESSITI
Menurut laporan NST 29/9/06, Malaysia mempunyai jumlah rakyat gemuk yang paling ramai di Asia. Adakah berita ini menakutkan? Jumlah rakyat Malaysia yang gemuk melebihi jumlah di beberapa negara maju, antaranya Jerman dan Perancis. Di sepanjang 10 tahun yang lepas, jumlah tersebut telah meningkat sebanyak sekali ganda. Ianya membawa kepada peningkatan jumlah pesakit hipertensi dan kencing manis.
Menurut kajian MySoN, sebab utamanya ialah kesenangan hidup dan gaya hidup tidak sihat. Antaranya makan terlalu banyak, terutamanya makanan segera dan minuman berkarbonat; suka naik lif (walaupun satu tingkat), dan tiada atau terlalu sedikit bersenam. Obesiti merupakan satu keadaan dimana seseorang itu mempunyai berat badan yang berlebihan dan tidak terkawal. Obesiti meningkatkan risiko untuk seseorang mendapat penyakit kronik. Secara amnya, obesiti terjadi disebabkan oleh pengumpulan lemak berlebihan di pelbagai bahagian tubuh seseorang sehingga mengakibatkan pertambahan berat tubuh yang tidak normal. Tidak semua orang yang obes makan lebih banyak daripada jumlah yang dimakan oleh individu yang berat tubuhnya normal, tetapi yang pastinya ialah orang obes makan lebih banyak daripada apa yang diperlukan oleh tubuhnya.
Di dalam kes-kes tertentu obesiti boleh disebabkan oleh sesuatu penyakit seperti hypothyroidism atau sindrom Cushing. Selain itu juga, pengambilan beberapa jenis ubat tertentu boleh menyebabkan obesiti.
Kesan
Sistem jantung - tekanan darah tinggi, sakit jantung koronari dan salur darah tersumbat • Sistem perkumuhan - cirit-birit dan lemak di bahagian hati •
Sistem pernafasan - kesukaran bernafas dan tidur berdengkur/ apnea tidur
Perempuan mengandung - masalah ketika bersalin
Bahagian dada - kanser payudara
Bahagian pembiakan wanita - kanser pangkal rahim
Bahagian kulit - jangkitan bakteria dan kulat
Bahagian saraf. - tekanan mental, rasa rendah diri dan strok.
Bagaimana berlebihan berat badan atau
kegemukan/obesiti boleh berlaku?
Berat badan anda bertambah apabila anda makan banyak, lebih daripada apa yang boleh dibakar oleh badan anda. Kalori yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak.Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesity akibat daripada pengambilan kalori yang berlebihan
tidak akan berlaku dalam beberapa hari atau minggu.Selalunya ia akan terkumpul dan tersimpan selama beberapa bulan dan tahun.
Faktor risiko termasuk :
• Sejarah keluarga anda.
• Masalah perubatan.
• Faktor psikologikal termasuk tekanan perasaan, kebimbangan dan kebosanan.
• Pengaruh budaya sosial dan sekeliling (tabiat makan anda).
• Faktor persekitaran yang menyumbang kepada cara hidup yang tidak aktif.























Pengambilan makanan ringan yang tidak terkawal boleh menyebabkan obesiti.

Apakah komplikasi masalah ini?
Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti di kalangan remaja dikaitkan dengan :
• Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang
tinggi.
• Penyakit Kencing Manis/Diabetes.
• Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri.
• Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur.
• Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan kesakitan tulang pinggul.
• Bertambah gemuk apabila umur meningkat.






1.4. HEPATITIS A
Hepatitis adalah jangkitan atau radang pada hati. Banyak faktor yang menyebabkan hepatitis boleh berlaku; jangkitan virus adalah salah satu daripadanya. Banyak virus yang boleh menyebabkan hepatitis samada secara langsung atau tidak langsung. Virus hepatitis memberi kesan yang besar ke atas hati. Terdapat beberapa jenis virus hepatitis(A,B,C,D,E dll). Hepatitis A disebabkan oleh virus hepatitis A, yang
dipindahkan melalui najis, makanan atau air yang tercemar.
Ia mengambil masa 15 hingga 40 hari untuk menjadi penyakit hepatitis A
selepas mangsa dijangkiti virus tersebut. Tidak semua pesakit berasa sakit setelah dijangkiti hepatitis A. Sebahagian dewasa yang dijangkiti akan berasa sakit dan tidak sihat setelah dua minggu dijangkiti (kadangkala lebih). Kebanyakan kanak-kanak menunjukkan tanda-tanda dan gejala selepas dijangkiti. Walaubagaimanapun, pesakit yang tidak menunjukkan gejala masih boleh menjangkiti orang lain. Virus hepatitis A wujud dalam najis individu yang dijangkiti dalam masa dua minggu dan sehingga dua minggu selepas gejala bermula.
Gejala dan tanda-tanda termasuk :
• Hilang selera makan, loya
• Demam
• Muntah-muntah
• Kesakitan pada perut
• Keletihan
• Penyakit kuning, air kencing kotor, najis berwarna pucat
• jangkitan (seminggu selepas sakit)
Seseorang yang mempunyai hubungan rapat dengan pesakit yang dijangkiti Hepatitis A harus diberikan antibodi dalam bentuk immunoglobulin. Ini amat berkesan untuk mencegah jangkitan dalam masa dua minggu pertama terdedah kepada pesakit(dapatkan nasihat doktor).Hepatitis A perlu dilaporkan jika berlaku. Ia bertujuan untuk mengenalpasti punca bagi menghalang jangkitan daripada merebak.
1.5 GOUT

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal. Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.
Tanda Gout
Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki, ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit. Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman. Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu
menyeksakan. Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untukreda jika tidak dirawat. Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan. Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Komplikasi
• Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
• Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.














2. Punca-punca Penyakit dan Rawatan yang Sesuai.

2.1 DIABETES

Diabetes adalah penyakit disebabkan kadar gula atau glukos dalam darah melebihi dari kadar biasa. Hampir semua makanan yang kita makan ditukarkan kepada glukos didalam darah untuk dimasukkan dalam sel-sel dan ditukar kepada tenaga. Fungsi hormon yang bertugas untuk memasukkan glukos dalam darah masuk ke dalam sel-sel ialah hormon insulin. Insulin dihasilkan oleh organ pankreas. Apabila pankreas tidak mengeluarkan insulin yang secukupnya maka kadar glukos akan meningkat di dalam darah. Fungsi pankreas boleh terjejas kerana jangkitan kuman yang melemahkan sistem imun dan juga obisiti. Diabetes merosakkan jantung, buah pinggang, saluran darah, sel-sel tisu badan, menyebabkan luka yang susah sembuh dan akhirnya pemotongan organ seperti kaki. Jenis diabetes : Jenis 1 Tahap 1 Bergantung pada insulin. Selalunya pesakit kanak-kanak. Jenis 2. Tahap 2 Tidak bergantung pada insulin. Pesakit dewasa. Jenis 3 Diabitis Gestasional. Diabitis semasa mengandung saja. Tanda-tanda diabitik. Cepat haus dan lapar, Kerap kencing, Penurunan berat badan mendadak, Mata kabur, Kebas tangan dan kaki, Lemah badan, Kulit kering, Luka yang lambat sembuh.

Rawatan Diabetes
Rawatan tanpa ubatan
 Penjagaan diri umum
 Jagaan kulit
 Mandi setiap hari.
 Keringkan seluruh bahagian tubuh.
 Rawat luka dan calar- jumpa doktor anda jika luka tidak sembuh
selepas 2-3 hari.
 Jagaan kaki.
 Cuci kaki anda setiap hari.
 Keringkan kaki anda sepenuhnya terutama diantara jari-jari kaki.
 Periksa kaki anda setiap hari untuk mengesan luka, calar, kulit
menggelembung, melecet atau perubahan warna kaki. Gunakan cermin
jika perlu.
 Potong kuku jari kaki secara lurus melintang .
 Tukar stokin anda setiap hari.
 Jangan berjalan tanpa kasut.
 Selalu pakai kasut yang lembut dan tidak ketat apabila keluar.
 Penjagaan Gigi
 Pemeriksaan mata secara berkala
 Pemeriksaan mata secara berkala
 Elakkan alkohol
 Berhenti merokok
 Mengawal pemakanan
 Mengawal berat badan dan
kerap bersenam
Rawatan ubatan
Ubat mengurangkan paras glukos Insulin selain daripada itu ubat-ubatan tradisional juga boleh mengurangkan risiko diabetes ke peringkat lebih teruk.


2,2 DARAH TINGGI

Punca Darah Tinggi
Sebab 95% kes terjadinya penyakit ini adalah tidak diketahui. Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit ini:


Usia. Kebanyakkan arteri akan menjadi kaku bila usia meningkat di mana ini akan meningkatkan halangan aliran darah dan mengakibatkan tekanan lebih tinggi.

Keturunan.

Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar

Jantina. Lelaki lebih ramai menghidapinya berbanding wanita.

Merokok.

Pengambilan berlebihan alkohol, garam. Kegemukan, kurang senaman.

Stres yang berlebihan.

Diabetes.

Penyakit buah pinggang.

Penyakit adrenal.

Kesan pengambilan ubat-ubatan seperti ubat pencegah kehamilan.

LANGKAH YANG PERLU ANDA AMBIL

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi anda boleh dirawat

Tanpa menggunakan ubatan
 Perlu mengubah amalan cara hidup anda
 Amalkan permakanan sihat
 Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
 Melakukan senaman berkala
 Kurangkan berat badan jika berlebihan
 Atasi tekanan secara berkesan
 Berhenti merokok
 Kategori tekanan darah normal/optima
 Galakkan amalan Gaya Hidup Sihat .
 Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.
Pra Hypertensi
Amalkan gaya hidup sihat
 Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.
 Periksa semula tekanan darah anda dalam masa setahun
 Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1
 Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama
 Anda perlu mengubahsuai gaya hidup
 Amalkan pemakanan sihat
 Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
 Lakukan aktiviti fizikal yang teratur
-Kurangkan berat badan jika berlebihan
-Atasi tekanan secara berkesan
-Berhenti merokok
-Periksa semula tekanan darah anda mengesahkan tiada Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi
Jika anda disahkan mengidap Hypertensive/Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang diarahkan
Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
 Gabungan rawatan tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi
Peringkat 2
 -Amalkan gaya hidup sihat
 -Berhenti merokok
 -Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan
 -Pengesanan komplikasi terutamanya :
 -Jantung
 -Ginjal
 -Mata
 -Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi















2.3 OBESITI

PUNCA-PUNCANYA

Menurut kajian MySoN, sebab utamanya ialah kesenangan hidup dan gaya hidup tidak sihat. Antaranya makan terlalu banyak, terutamanya makanan segera dan minuman berkarbonat; suka naik lif (walaupun satu tingkat), dan tiada atau terlalu sedikit bersenam.
Secara saintifiknya obesiti terjadi akibat pengambilan kalori yang tinggi melebihi daripada keperluan harian. Pengambilan kalori adalah berbeza-beza mengikut individu, individu yang bekerja di sektor pembinaan mempunyai keperluan kalori yang tinggi berbanding pekerja di pejabat. Individu yang telah berumur 66 tahun perlu mengurangkan pengambilan kalori berbanding dengan peringkat remaja. Berikut adalah faktor utama penyebab obesiti : Genetik atau keturunan - Obesiti merupakan penyakit kronik yang mempunyai perkaitan langsung dengan faktor keturunan. Jika seseorang individu itu mempunyai ibu bapa yang obes, kemungkinan besar untuk individu tersebut akan mewarisi obesitinya. Gaya hidup - Salah satu faktor yang lebih kuat ialah gaya hidup. Ibu bapa yang obes akan menurunkan gaya pemakanan yang tidak sihat itu kepada anak mereka. Contohnya jika pemakanan harian sesebuah keluarga itu terdiri dari pengambilan lemak yang tinggi maka anak tersebut akan turut mengambil makanan tersebut dan seterusnya menyebabkan obesiti. Pemakanan - Kualiti makanan yang diambil juga merupakan penyebab obesiti. Makanan yang telah di proses kebanyakkannya mempunyai kadar gula dan lemak yang tinggi. obesiti boleh dielakkan dengan mengurangkan pengambilan makanan yang telah diproses seperti makanan segera, makanan dalam tin dan lain-lain lagi. Kurang aktiviti senaman - Obesiti juga boleh disebabkan oleh kadar aktiviti yang kurang. Seseorang yang kurang bersenam dan kurang melakukan aktiviti lebih mudah untuk mendapat obesiti. Di dalam keadaan yang serba selesa pada masa kini juga boleh menyebabkan obesiti.




RAWATAN
Mengawal dan menurunkan berat badan bagi orang yang obes dapat mengurangkan risiko penyakit seperti di atas. Walaubagaimanapun, jika pengurangan berat badan yang tidak secara betul, ia menjejaskan kesihatan. Ikuti nasihat berikut semasa anda mencuba mengurangkan berat badan : • Jangan jadikan diri anda terlalu kurus. • Jangan memakan makanan diet yang tidak diketahui mutu pemakanannya yang dijual di pasaran tanpa nasihat doktor. • Jangan memakan dadah (pil diet) tanpa pengawasan doktor. • Jangan menguruskan badan secara tiba-tiba. berat maksimum yang boleh dikurangkan ialah 2 kg pada minggu pertama dan 1 kg pada minggu berikutnya.

2.4 HEPETITIS A

PUNCA-PUNCA
Banyak faktor yang menyebabkan hepatitis boleh berlaku; jangkitan virus adalah salah satu daripadanya. Banyak virus yang boleh menyebabkan hepatitis samada secara langsung atau tidak langsung. Virus hepatitis memberi kesan yang besar ke atas hati. Terdapat beberapa jenis virus hepatitis(A,B,C,D,E dll). Hepatitis A disebabkan oleh virus hepatitis A, yang dipindahkan melalui najis, makanan atau air yang tercemar.
RAWATAN
Tiada rawatan khusus bagi Hepatitis A. Rawatan am ialah:
• mendapatkan rehat yang cukup dan minum banyak air
• elak daripada minum alkohol
• individu yang dijangkiti harus berada di rumah sehingga tiada lagi kesan jangkitan (seminggu selepas sakit)



Bolehkah Hepatitis A dicegah?
Hepatitis A boleh di cegah melalui :
• Menjaga kebersihan diri (kerap basuh tangan selepas keluar daripada tandas dan selepas makan)
• Gunakan bekalan air yang bersih
• Membasuh buah-buahan dan sayuran sebelum dimakan
• Elak makan kerang mentah
Immunisasi vaksin Hepatitis A boleh mencegah jangkitan Hepatitis A secara efektif. Ia memberi perlindungan selama 12 bulan bagi dos yang diambil pertama kali dan 10 tahun selepas dos yang kedua. Vaksin Hepatitis A disyorkan kepada golongan berisiko tinggi termasuklah :
• Golongan yang melancong ke negara sedang membangun
• Pekerjaan berisiko tinggi, contohnya; bidang kesihatan, pekerja kumbahan.
• Golongan yang mengamalkan gaya hidup berisiko tinggi
• Pusat jagaan kanak-kanak atau institusi yang menyediakan kemudahan
• Individu yang mempunyai penyakit hati yang kronik.
Seseorang yang mempunyai hubungan rapat dengan pesakit yang dijangkiti Hepatitis A harus diberikan antibodi dalam bentuk immunoglobulin. Ini amat berkesan untuk mencegah jangkitan dalam masa dua minggu pertama terdedah kepada pesakit(dapatkan nasihat doktor).Hepatitis A perlu dilaporkan jika berlaku. Ia bertujuan untuk mengenalpasti punca bagi menghalang jangkitan daripada merebak.







2.5 GOUT
PUNCA-PUNCA
Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.
• Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
• Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
• Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
RAWATAN
Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.

Rawatan serangan akut
• Rehatkan sendi semasa serangan gout.
• Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
• Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
• Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
o Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
o Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.
• Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.

Rawatan Jangka Panjang
Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.
• Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
• Mengelakkan minuman keras
• Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
• Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.
Pemakanan
Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:
ELAKKAN MAKAN KURANGKAN MAKAN
• Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
• Ikan bilis, kembung, sardin
• Daging cincang
• Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
• Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang • Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
• Peanuts, lentil, beans and peas
• Poultry
• Roti jagung dan bijirin


Pencegahan
• Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
• Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
• Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
• Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.
• Minum banyak air.
Kesimpulan
Kunci kepada kehidupan sihat adalah sistem imun yang kuat dan sihat serta penjagaan makanan yang bersistematik. Sistem imun merupakan satu rangkaian sel dan molekul yang canggih dan sangat menakjubkan. Ia bekerja siang dan malam untuk melindungi diri kita dari serangan virus, bakteria, mikrob, toksin dan parasit. Sekiranya sistem imun berada dalam keadaan sihat dan kuat, ia mampu melindungi kita dari terkena penyakit. Disamping penjagaan makanan yang terkawal.

“BADAN YANG SIHAT LEBIH BERHARGA DARI HARTA YANG BERTIMBUN”





































Gambar 1 Obesiti merupakan satu keadaan dimana seseorang itu mempunyai berat
badan yang berlebihan dan tidak terkawal



























Gambar 2 : Virus hepatitis memberi kesan yang besar ke atas hati. Terdapat
beberapa jenis virus hepatitis(A,B,C,D,E dll). Hepatitis A
disebabkan oleh virus hepatitis A, yang dipindahkan melalui najis,
makanan atau air yang tercemar.

























Gambar 3 : Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi atau Hipertensi (Inggeris = Hypertension) merujuk kepada Tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik.

























Gambar 4 : Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.





























Gambar 5 : Pengidap diabetes bersandar insulin boleh hidup seperti normal selagi
mereka menerima suntikan insulin, tetapi mereka akan menerima maut
sekiranya mereka tidak mendapat suntikan insulin dalam tempoh yang agak
singkat

SOALAN 3
Bincangkan peranan anda sebagai anggota masyarakat untuk membendung penyakit yang dinyatakan daripada menjadi lebih serius.
GAYA HIDUP SIHAT
Gaya hidup sihat merujuk kepada amalan tabiat yang meningkatkan tahap kesihatan dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan. Gaya hidup yang sihat berasaskan kepada kegiatan fizikal yang agak rancak. Ia berkait dengan nilai kesihatan yang positif dan kehidupan sebaliknya sentiasa dikaitkan dengan nilai kesihatan yang negatif dan berpenyakit serta masalah kesihatan yang lain. (Sumber: Wee Aeng Hoe, 2002).
Jika anda sentiasa melakukan sesuatu aktiviti dalam hidup atau sentiasa mengamalkan cara tertentu dalam melakukan aktiviti itu, anda dikatakan mempunyai gaya hidup tertentu. Gaya hidup individu boleh menjadi gaya hidup masyarakat jika semua individu dalam masyarakat itu mengamalkan gaya hidup yang sama. Gaya hidup mdividu dan gaya hidup masyarakat boleh mempengaruhi kesthatan.
Komponen Gaya Hidup Sihat
Gaya hidup sihat antara lain melibatkan lima komponen seperti:
Makanan seimbang
Makanan sangat penting untuk kesthatan. Pengambilan makanan yang seimbang dapat merangsangkan tumbesaran yang normal. Kanak-kanak yang membesar dengan sthat akan dapat belajar dan berfikir dengan baik, melakukan aktiviti dengan cergas tanpa sebarang masalah kesthatan. Makanan yang seimbang adalah diperlukan untuk kita memeithara kesihatan agar tubuh badan kita boleh berfungsi dengan baik.
Kebersihan diri
Bagaimana tentang kebersihan pakaian, tubuh badan dan tempat kediaman anda, adakah ia sentiasa bersih? Adakah perkara-perkara ini mendapat perhatian kamu? Sebenamya perkara ini amat berkait dengan sikap dan tingkahlaku anda sendiri. Kebiasaan menjaga kebersihan diri dan persekitaran bukan sahaja amalan kesihatan yang baik tetapi juga menggambarkan sahsiah dan imej kendiri serta gaya hidup anda yang sihat
Tidak menyalah gunakan bahan
Gaya hidup sihat menuntut kita tidak menyalah gunakan bahan yang melibatkan perkara seperti:
• Merokok
• Mengambil dadah
• Minuman alkohol
• Penyalahgunaan dadah
Semua golongan masyarakat di negara ini perlu bersama-sama melibatkan
diri dalam kegiatan yang sihat dan berfaedah
Rehat yang cukup
Dalam kehidupan harian kita tidak dapat mengelak daripada mengalami ketegangan:
Tidak kira apa keadaannya, kita harus berehat dengan tujuan;
• melupakan bebanan dan perasan bimbang atau cemas.
• rehat dan tidur perlu untuk tumbesaran kanak-kanak.
• merehatkan otak.
• memulihkan tenaga.
• membolehkan mereka menjalankan aktiviti seterusnya.
Senaman
Di peringkat remaja dan awal dewasa ada dikalangan kita mengamalkan gaya hidup yang kurang aktif dan segi fizikal dan penuh ketegangan. Contohnya suka berehat dengan menonton televisyen. Gaya hidup seumpama ini sesungguhnya tidak sihat lebih-lebih lagi bagi jangka masa panjang. Ekoran daripada gaya hidup yang kurang aktif danipada segi fizikal, kita mungkin akan mengalami masalah kegemukan, hipertensi dan sakit jantung. Senaman adalah perlu untuk menjaga kesihatan dan pengekalan tahap kecergasan yang tinggi. Antara kelebthan senaman adalah seperti berikut:
• Mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetis.
• Menambah kekuatan jantung dan paru-paru.
• Memperkuatkan tulang dan mencegah osteoporosis.
• Membakar lemak untuk mengawal berat badan berlebihan.
• Meningkatkan kolesterol ‘baik’ di dalam darah.
• Membantu untuk tidur yang baik.
• Mengurangkan ketegangan dalam diri

Apabila anda sakit, anda akan berjumpa doktor. Sudah tentu doktor akan memberi anda ubat. Anda makan ubat tersebut dengan harapan anda akan sihat semula. Beginilah bagaimana perjalanan perkhidmatan kesihatan sekarang, satu kitaran diagnosa dan preskrepsi.

Anda telah mendengarnya sebelum ini tetapi saya akan mengulanginya. Pencegahan lebih baik dari mengubati. Namun anda mungkin tidak memberi perhatian kepadanya. Walau bagaimana pun sekiranya anda melihat dengan lebih dekat saranan doktor, ia akan membawa kepada kesimpulan bahawa mereka sebenarnya ingin mengesan sesuatu penyakit dengan lebih awal. Cuba renungkan. Renungkan bahawa makna sebenar pencegahan adalah menahan sesuatu dari berlaku.

MGR2213Pengurusan Pejabat

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Istilah pejabat tidak mempunyai suatu definisi yang khusus. Justeru, pelbagai pihak memberi pentakrifan yang berlainan mengikut padangan mereka masing – masing. Sehubungan itu, menjadi agak sukar untuk member definisi yang tepat mengenai pejabat. Menurut Akta pejabat, kedai dan Bangunan Keretapi 1963, pejabat ditakrifkan sebagai sebuah atau sebahagian bangunan yang digunakan bagi melaksanakan kerja – kerja pentadbiran, perkeranian, pengurusan kewangan, pengendalian telefon dan telegraf.
Boleh juga kita kata bahawa pejabat adalah satu pusat saraf bagi mengerakkan sesebuah organisasi. Ini adalah disebabkan di dalam sesebuah pejabat itu mengandungi pelbagai rekod – rekod rasmi, perjanjian – perjanjian, surat – surat penting dan dokumen – dokumen mengenai sesuatu organisasi. Bagi setiap pejabat ianya memerlukan pentadbiran yang berkesan supaya dapat menjaga sumber – sumber yang perlu termasuklah harta benda, pekerja dan kewangannya. Pada masa dahulu orang yang bertanggujawab menjalankan urusan pentadbiran dikenali sebagai pengurus pejabat, manakala istilah ini telah ditukarkan kepada pengurus Sumber manusia.




1.2 Objektif Perbincangan
Kertas kerja ini dihasilkan dengan memperinci objektif seperti :
i. Membincangkan jenis – jenis struktur organisasi yang berkesan mengikut kesesuaian sesebuah pejabat.
ii. Menyenaraikan dan mendefinisikan prinsip – prinsip asas – asas sesebuah organisasi yang berkesan.
iii. Mengetahui bentuk – bentuk polisi pejabat yang perlu disediakan.
iv. Menerangkan pelbagai struktur organisasi yang wujud pada masa kini dan peranan pengurus pejabat dalam mentadbir perjalanan pejabatnya.
1.3 Kaedah Perbincangan
Kaedah yang diguna pakai di dalam menyiapkan tugasan ini ialah dengan mengguakan kaedah kepustakaan. Beberapa buah jurnal, dan artikel telah digunakan sebagai panduan dan rujukan semasa menyusun atur tugasan yang diberikan ini. Segala bahan yang diperolehi daripada pelbagai sumber ini dianalisis dan disusun atur mengikut kesesuaian untuk dikelas serta dikatogerikan di bawah sub-topik

1.4 Batasan Perbincangan
Dalam penulisan kertas kerja ini penulis telah mengambil kira beberapa batasan. Untuk memastikan bahawa perbincangan tidak terpesong dari batasan-batasan yang telah ditetapkan penulis menumpukan perhatian kepada jenis – jenis struktur organisasi yang berkesan mengikut kesesuaian sesebuah pejabat sama ada pejabat kerajaan maupun swasta.
1.5 Definisi Konsep
Menurut amitai Etzioni ( 1979 ), organisasi ini ditakrifkan sebagai unit sosial atau kelompok manusia yang dibentuk bagi tujuan mencapai sesuatu matlamat yang diperesetujui oleh anggota – anggota kelompok tersebut.
Bagi Weber ( 1948 ) pula, organisasi ditakrif sebagai perhubugan yang membatas atau menghadkan penglibatan orang luar dengan mewujudkan peraturan dalam organisasi.
2.0 EVOLUSI TEORI ORGANISASI
2.1 Aliran Klasik
Sarjana Teori Prinsip – prinsip teori

Frederick Taylor



Scientifik
Pengurusan

1. Penggantian metode dari pekerjaan ditentukan secara ilmiah
2.Pemilihan dan latihan pekerja ditentukan secara ilmiah
3. Kerjasama antara pengurus dan buruh untuk menyelesaikan suatu pekerjaan sesuai dengan metode ilmiah
4. Pembagian tanggungjawab antara pengurus dan pekerja, pengurus sebagai perancang dan menyelia dan pekerja sebagai pelaksana


Henry Fayol Prinsip-prinsip
Organisasi
1. Pembagian kerja
2. Pihak atasan boleh mengarah pekerja atas dasar tanggujawab
3. Disiplin sebagai peraturan organisasi yang mesti dipatuhi oleh pekerja
4. Mendahulukan kepentingan umum diatas kepentingan individu
5. gaji harus sesuai dengan kelulusan dan sumbangan
6.Tata tertib, right man in the right place and time - right thing in the right place and time
7.Keadilan

3.0 TEORI STRUKTUR ORGANISASI
3.1 Definisi Struktur Organisasi
Robbins (2007) mendefinisikan struktur organisasi sebagai penentuan bagaimana pekerjaan dibahagi, dan dikelompokkan secara formal. Sedangkan organisasi merupakan unit sosial yang dikoordinasikan secara sedar, terdiri dari dua orang atau lebih, dan berfungsi dalam suatu dasar yang relatif terus-menerus diguna mencapai satu rangkaian yang sama.
Dalam konteks bentuk organisasi, Ivancevich (2008) mendefinisikannya sebagai proses penentuan keputusan untuk memilih alternatif kerangka kerja jabatan, pekerjaan, dan jabatan kerajaan. Dengan demikian, keputusan atau tindakan-tindakan yang dipilih ini akan menghasilkan sebuah struktur organisasi.
3.2 Reka Bentuk Organisasi Yang Umum
3.2.1 Struktur Sederhana (simple structure)
Struktur sederhana adalah sebuah struktur yang dicirikan dengan kadar departementalisasi yang rendah, rentang berpadu yang luas, kuasa yang berpusat pada seseorang saja, dan kendali secara formal. Struktur sederhana paling banyak digunakan oleh pengusaha – pengusaha kecil di mana pengurusnya dan pemilik adalah sama.
Kekuatan utama dari struktur sederhana ini terletak pada kesederhanaanya. Cepat, fleksibel, tidak mahal untuk dikelola, dan akuntabilitinya jelas. Sedangkan kelemahannya adalah tidak boleh diterapkan pada organisasi yang besar. Hal ini kerana ketika diterapkan pada organisasi yang besar dimana formalisasinya yang rendah dan sentralisasinya yang tinggi akan menyebabkan kelebihan beban (overload) informasi di keatasnya.Pengambilan keputusan akan berjalan lambat kerana tergantung kepada seorang iaitu pemilik sekaligus pimpinan organisasi.

3.2.2 Struktur Birokrasi
Struktur birokrasi adalah sebuah struktur dengan tugas-tugas birokrasi yang sangat rutin yang dicapai melalui spesialisasi, aturan dan ketentuan yang sangat formal, tugas-tugas yang dikelompokkan ke dalam berbagai jabatan fungsional, kuasa terpusat, rentang berpandu sempit, dan pengambilan keputusan mengikuti rantai komando. Kekuatan utama birokrasi adalah terletak pada kemampuannya menjalankan kegiatan-kegiatan yang terstandar secara efisien. Menyatukan beberapa khususnya dalam jabatan - jabatan fungsional menghasilkan skala ekonomi, duplikasi yang minim pada personel dan perlatan, dan pekerja memiliki kesempatan untuk berbual “dengan bahasa yang sama” di antara rakan – rakan sejawat mereka.
Sedangkan kelemahan struktur birokrasi adalah berlebihan dalam mengikuti aturan, tidak ada ruang untuk ubah suai, kurang inovatif dan birokrasi hanya efisien sepanjang pekerja mengandaikan masalah-masalah yang sebelumnya sudah diatur dengan jelas cara penyelesaiannya. Ertinya, ketika dihadapkan pada permasalahan baru, struktur birokrasi menjadi tidak efisien lagi karena diperlukan aturan-aturan baru untuk menyelesaikan permasalah tersebut.

3.2.3 Struktur Matrik
Struktur matrik adalah sebuah struktur kuasa yang menciptakan garis ganda dan menggabungkan jabatan fungsional dan produk. Struktur ini dapat ditemukan pada agen-agen periklanan, perusahaan kapal terbang, makmal penyelidikan, rumah sakit, pihak kerajaan, dan lain – lain. Kekuatan jabatan fungsional terletak misalnya pada penyatuan pakar , yang meminimalkan jumlah yang diperlukan sementara membolehkan pengumpulan dan pembahagian sumber-sumber khusus untuk seluruh pengeluran.
Sedangkan kelemahannya adalah sulit untuk mengkoordinasi tugas para pakar fungsional yang pelbagai agar kegiatan mereka selesai tepat pada waktu dan tepat anggaran. Pekerja yang berada dalam struktur matrik memiliki dua atasan (misal pengurus pengeluaran dan pengurus fungsional). Kelemahan utama dari struktur matrik adalah sering menyebabkan kebingungan yang dapat meningkatkan stres kerana ada kekaburan peranan sekaligus dapat menciptakan konflik.

3.3 Model-Model Struktur
3.3.1 Model Mekanistik
 Mechanistic. Pada organisasi yang berbentuk mechanistic, terdapat ciri-ciri yaitu: adanya tingkat formalisasi yang tinggi, tingkat sentralisasi yang tinggi, latihan atau pengalaman kerja yang sedikit atau tidak terlalu penting, ada span of control yang lebar serta adanya komunikasi yang bersifat vertikal dan bertulis.

 Mostly Mechanistic. Pada jenis organisasi ini, terdapat ciri-ciri iaitu: adanya formalisasi dan sentralisasi pada tingkat moderat, adanya latihan - latihan yang bersifat formal atau wajib, span of control yang bersifat moderat serta terjadi komunikasi tertulis maupun verbal dalam organisasi tersebut.

3.3.2 Model Organik
 Organic. Pada organisasi yang berbentuk organic, maka dalam organisasi ini terdapat tingkat formalisasi yang rendah, terdapat tingkat sentralisasi yang rendah, serta diperlukan latihan dan pengalaman untuk melakukan tugas pekerjaan. Selain itu terdapat span of control yang sempit serta adanya komunikasi melintang / horizontal dalam organisasi.

 Mostly Organic Pada organisasi yang berbentuk mostly organic, formalisasi dan sentralisasi yang diterapkan berada di tingkat moderat. Selain itu diperlukan pengalaman kerja yang banyak dalam organisasi ini. Terdapat span of control yang bersifat antara moderat sampai lebar serta lebih banyak komunikasi melintang / horizontal yang bersifat verbal dalam organisasi tersebut.

3.4 Faktor Menyebab Perbezaan Struktur Organisasi
 Strategi - Struktur organisasi adalah salah satu saranan yang digunakan pengurusan untuk mencapai sasarannya. Ini kerana sasaran diturunkan dari strategi organisasi maka logik kalau strategi dan struktur harus berkait rapat. Yakni, struktur harus mengikuti strategi.

 Ukuran - Ukuran adalah besarnya suatu organisasi yang terlihat dari jumlah orang dalam organisasi tersebut.

 Teknologi Organisasi - Teknologi organisasi adalah dasar dari subsistem pengeluaran, termasuk teknik dan cara yang digunakan untuk mengubah input organisasi menjadi output.

 Lingkungan - Lingkungan merangkumi seluruh elemen di luar lingkup organisasi. Elemen kunci merangkumi industri, kerajaan, pelanggan, pembekal dan komuniti kewangan.

4.0 ETIKA ORGANISASI

Istilah etika berasal dari bahasa Yunani yaitu “ethos” yang berarti watak atau kebiasaan. Dalam bahasa sehari-hari kita sering menyebutnya dengan etika yang bererti cara bergaul atau berperilaku yang baik yang sering juga disebut sebagai sopan santun. Istilah etika banyak dikembangkan dalam organisasi sebagai norma-norma yang mengatur dan mengukur perilaku profesional seseorang.
Kita mengenal saat ini banyak dikembangkan etika yang berkaitan dengan profesion yang disebut sebagai etika profesion seperti etika kedoktoran, etika hukum, etika jurnalistik, etika guru, dan sebagainya. Etika berkaitan dengan yang baik dan buruk, benar dan salah, betul dan tidak, bohong dan jujur.
Dalam berinteraksi dengan lingkungannya orang-orang dapat menunjukkan perilaku yang dinilai baik atau buruk, benar atau salah ketika melakukan suatu tindakan. Hal tersebut sangat bergantung kepada nilai-nilai yang berlaku dalam lingkungan di mana orang-orang berfungsi. Tidak jarang terdapat penilaian yang berbeza terhadap suatu perilaku dalam lingkungan yang berbeza.
Etika menggambarkan suatu kod perilaku yang berkaitan dengan nilai tentang mana yang benar dan mana yang salah yang berlaku secara objektif dalam masyarakat. Dengan demikian, etika dapat diertikan sebagai perilaku individu dalam berinteraksi dengan lingkungannya.Secara lengkap etika diertikan sebagai nilai-nilai normatif atau pola perilaku seseorang atau badan/lembaga/organisasi sebagai suatu kelaziman yang dapat diterima umum dalam interaksi dengan lingkungannya.

5.0 PRINSIP ORGANISASI
Secara umumnya, pengorganisasian bermaksud menyusun sesuatu secara terancang. Sesebuah organisasi tidak akan wujud dengan begitu sahaja kerana ia memerlukan perancangan yang rapi. Dalam sesebuah firma, kebanyakan tugas dan aktiviti disusun dengan rapi supaya pelaksanaan tugasnya akan menjadi lebih lancar dan berada dalam situasi yang menyenangkan bagi membolehkan seseorang pekerja melakukan sesuatu tugas dalam keadaan pencapaian yang terbaik.
Bagi mencapai objektif organisasi dengan lebih berkesan, beberapa prinsip organisasi telah diketengahkan yang bertujuan untuk mewujudkan situasi organisasi yang terbaik. Menurut Kaliski ( 1978 ), terdapat beberapa prinsip telah digunakan bagi memastikan pencapaian matlamat organisasi secara berkesan seperti berikut :

 Prinsip – prinsip Matlamat
Matlamat adalah satu bentuk objektif jangka – panjang yang hendak dicapai. Ia adalah satu kenyataan terhadap kehendak yang ingn dicapai pada suatu tahap. Biasanya, matlamat akan diukur sama ada ia telah mencapai tahap yang telah ditetapkan. Misalnya matlamat pejabat adalah untuk “mengeluarkan passport dalam masa tiga hari” atau “untuk mengurangkan kitar henti pekerja ke tahap lima peratus untuk sesuatu tempoh selama tiga tahun berturut – turut”. Matlamat yang hendak digariskan mestilah difahami dengan jelas oleh semua kakitangan dalam organisasi. Oleh yang demikian, mereka akan berusaha untuk menjalankan tugas kea rah bagi mencapainya sasaran yangv telah ditetapkan oleh majikan. Tujuannya juga adalah untuk memotivasikan pekerja supaya mereka dapat melaksanakan tugas ke arah matlamat yang jelas berbandingkan dengan hala tuju organisasi yang masih kabur.
Matlamat yang hendak digariskan juga turut member kesan lain kepada organisasi di mana ianya juga berupaya memberi kesan fizikal terhadap perubahan struktur organisasi itu sendiri. Misalnya, firma yang mempunyai matlamat “untuk mengekalkan prestasi pengeluaran untuk tempoh tiga tahun berturut – turut di masa hadapan”. Kenyataan ini bermakna firma tidak perlu lagi kepada Jabatan Pembangunan dan Penyelidikan kerana prestasinya yang sedia ada akan terus dikekalkan untuk sesuatu tempoh yang tertentu. Sebaliknya apabila sesebuah firma meletakkan matlamat lain ia juga akan turut memberi kesan kepada organisasi yang sedia ada. Misalnya ia bercadang untuk memastikan segala surat menyurat perlu menggunakan komputer, maka pengunaan mesin taip tidak diperlukan lagi dan dengan demikian bermakna jawatan – jawatan baru yang berasakan penggunaan peralatan computer di samping mewujudkan struktur pekerjaan baru.
 Prinsip Fungsi Seragam
Ini bermaksud semua fungsi yang wujud di dalam sesebuah organisasi perlulah mempunyai perkaitan dan saling berhubungan di antara satu dengan yang lain bagi mencapai matlamat organisasi. Misalnya, sebuah organisasi perniagaan mempunyai pelbagai bahagian tertentu seperti jabatan pemasaran, pengeluaran, kewangan, sumber manusia dan sebagainya. Setiap jabatan atau bahagian yang ada hendaklah sama – sama bergerak ke arah mencapai matlamat yang satu.
Setiap bahagian perlu saling memahami bahagian lain dan tidak cuba bersaing sesama sendiri. Misalnya, satu bahagian itu tidak digalakkan membuat pengeluaran yang berlebihan sehingga jabatan pemasaran pula tidak sempat untuk menjual barangan yang yang telah dikeluarkan.
Sementara jabatan personalia pula gagal menyediakan tenaga kerja yang mencukupi bagi tujuan membuat pemasaran barangan. Keadaan yang tidak selari dan bersatu hati ini boleh menggagalkan organisasi.


 Prinsip Memberi Tugasan
Setiap pekerja perlu diberikan sesuatu tugasan yang sesuai dengan kebolehan, kemahiran dan keupayaannya tersendiri supaya pekerjaan tersebut dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Bagi sesebuah organisasi ianya tidak akan dapat mentadbir dengan lebih berkesan sekiranya wujud masalah yang sukar ditangani. Oleh sebab itu sebagai orang yang bertanggungjawab tentang tugas pekerjanya, pengurus hendaklah mengenal dan mengetahui kemahiran dan kemampuan seseorang pekerja. Masalah akan timbul sekiranya kita bersikap hentam keromo sahaja, sudah pasti pekerja kita tidak tahu akan tugasnya sendiri. Tugas dan tanggungjawab seseorang pekerja kita hendaklah diterang dengan jelas dan tepat supaya organisasi kita mempunyai kordinasinya yan tersendiri.
 Prinsip Rantaian Arahan
Mestilah wujud satu kenyataan rasmi mengenai siapa perlu melapor kepad siapa di dalam sesebuah organisasi. Dengan cara itu, seseorang akan mengetahui fungsi tugasnya dan pada masa yang sama bertindak mengikut yang telah ditetapkan dalam organisasi berkenaan. Apabila mengetahui kedudukannya dalam organisai, maka ia akan tahu siapakah ketua dan inilah yang dipangil rantaian arahan. Apa rantaian diketahui, maka kerja menjadi mudah untuk dilaksanakan. Sebagai contohnya, Ali terpaksa melapor kepada Abu manakala Abu pula terpaksa melapor kepada Abi.
Ali---------------Abu---------------Abi

Apabila menghadapi masalah atau inginkan kelulusan, Ali terlebih dahulu perlu merujuk kepada Abu, manakala Abu pula perlu terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada A. Adalah dianggap sebagai kurang sopan sekiranya seseorang itu mendapatkan apa – apa kelulusan dengan terus merujuk kepada pihak yang lebih kanan daripada ketua bahagiannya sendiri
 Prinsip Satu Arahan
Prinsip satu arahan bermaksud seseorang itu perlu mendapat arahan dari seseorang ketua sahaja. Adalah amat sukar bagi seseorang yang terpaksa menurut perintah dan ingin memuaskan hati dua orang ketua dalam satu masa. Sekiranya arahan diteima daripada dua orang ketua, seseorang pekerja hanya mungkin dapat memuaskan hati salah seorang bosnya sahaja. Akan wujud keadaan di mana pekerja akan terpaksa untuk memilih keutamaanya dan sudah tentu ini akan menyulitkan pekerja.
 Prinsip Keseimbangan Kuasa
Bagi seseorang yang telah diberi tugas perlu mempunyai kuasa dan bertanggujawab terhadap tugas yang telah diamanahkan.Sebagai contohnya, seandainya seseorang itu telah diberi tanggungjawab sebagai seorang akauntan, beliau mestilah juga mestilah diberi kuasa untuk member arahan kepada orang lain bagi memastikan kerja dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kuasa yang diberi pula mestilah sepadan dengan tangungjawab yang telah diberikan. Adalah menjadi sukar sekiranya tanggungjawab seseorang itu sangat banyak tetapi hanya sedikit kuasa yang telah diberikan kepadanya.
 Prinsip Jarak Kawalan
Prinsip ini bermaksud bahawa perlu ada satu garis panduan yang menghadkan jumlah pekerja yang perlu diselia oleh seseorang penyelia. Jumlah kakitangan yang boleh diselia oleh seseorang penyelia dengan berkesan ini dipanggil jarak kawalan penyelia. Jumlah pekerja yang perlu diselia harus dihadkan tetapi apakah jumlah yang sesuai ? Terdapat pelbagai pendapat tentang jumlah pekerja tersebut. Sesetengah buku pengurusan menyatakan ia sepatutnya dalam lingkungan lima hingga atu lebih, namun tidak ada kata putus untuk jumlah tersebut. Justeru, jarak kawalan sebenarnya dipengaruhi oleh keadaan berikut :
a. Jenis pekerjaan yang hendak dilaksanakan kelak.
b. Keupayaan seseorang penyelia untuk membuat penyeliaan.
c. Jumlah tanggungjawab dan bebanab tugas yang telah dipikul sendiri oleh seseorang penyelia.
d. Kedudukan pangkat seseorang penyelia dalam sesebuah organisasi.



6.0 POLISI ORGANISASI
Polisi merupakan garis panduan am untuk menjalankan operasi sesebuah organisasi Polisi ini boleh kita sebagai satu peraturan. Sebagai contoh polisi yang dibuat berkaitan dengan larangan merokok dalam pejabat, tidak membenarkan nepotime, kronisme, larangan penggunaan dadah dan alkohol dan hal – hal yang berkaitan dengan cuti kakitangan. Selain daripada itu peraturan untuk OKU, hak yang sama dalam mendapatkan pekerjaan dan penentuan gaji juga turun diwujud sebagai menjaga kebajikan pekerja dari pelbagai golongan.

6.1 Bentuk Polisi Pejabat
Menurut Quible (1989), polisi yang hendak dilaksanakan mestilah mempunyai ciri – ciri :
i. Polisi Mesti Jelas
Sesuatu polisi mestilah jelas supaya semua kakitangan boleh memahaminya. Misalnya merokok tidak dibenarkan sesuatu kawasan. Penyataan tersebut adalah tidak jelas kearan maksud sesuatu kawasan adalah kabur. Justeru, penulis polisi mestilah menerangkan dengan lebih jelas lagi seperti menyatakan bahawa merokok hanya di kawasan cafeteria dan di ruang tamu sahaja .


ii. Polisi Boleh Dikuat Kuasa
Sekiranya sesuatu polisi itu diengkari , maka tindakan sewajarnya mestilah boleh dilaksanakan. Ini bermakna bahawa setiap polisi yang dikeluarkan hendaklah dipatuhi oleh setiap kakitangan. Tidak ada gunanya sekiranya sesuatu polisi itu diadakan sebagai bahan pameran sahaja. Biasanya polisi yang hendak ditetapkan mempunyai niat yang positif bagi mewujudkan suasana yang baik dan bukannya polisi yang bertujuan untuk menghukum semata-mata.
iii. Polisi Mesti Konsisten
Sesuatu polisi itu mestilah memberi kesan kepada semua pihak tanpa ada pengecualiannya. Polisi tersebut mestilah sesuatu yang utuh dan boleh bertahan untuk suatu tempoh yang lama dan tidak boleh kerap berubah.
iv. Polisi Berasakan Undang – Undang
Apabila hendak mengeluarkan polisi jangan sesekali polisi tersebut bertentangan dengan mana – mana undang – undang bertulis yang ada.
v. Polisi Ada Pengecualian
Walaupun sesebuah polisi itu merupakan satu peraturan yang wajib dipatuhi oleh pekerja, namun perlu ada tolak ansur sekiranya berlakunya sesuatu keadaan yang tidak diingini.



vi. Polisi Secara Bertulis
Supaya polisi itu jelas dan mudah difahami ,ianya hendaklah disediakan dalam bentuk tulisan. Keadaan kekeliruan tidak akan berlakudsamping ianya akan menjamin mutu kerja dan keharmonian sesebuah organisasi.

7.0 STRUKTUR ORGANISASI
Menurut Quible (1989) terdapat beberapa bentuk struktur organisasi sebagaimana yang diterangkan berikut :
a. Struktur Liner
Ini adalah bentuk struktur organisasi yang mudah dan sudah lama dipraktikan. Struktur ini memperlihatkan penurunan kuasa dari pihak atasan ke peringkat pertengahan dan seterusnya keperingkat bawahan. Organisasi seperti ini dipanggil organisasi skala atau organisasi berteraskan struktur ketenteraan dan menjelaskan tanggungjawab secara terus dan lurus. Namun demikian pada masa sekarang ini ianya tidak sesuai lagi dipraktikkan, ianya hanya sesuai bagi agensi – agensi yang kecil dan baru ditubuhkan.
Kelebihan Struktur Liner – Oleh kerana seseorang itu terletak terus di bawah seorang penyelia, maka pekerja berkenaan akan lebih faham akan tugas yang perlu dilakukan olehnya. Sistem ini juga mudah difahami dan dengan demikian ia akan mempercepatkan pembuatan keputusan dengan hanya berhubung terus dengan pihak atasan. Ianya juga memudahkan perhubungan di antara sesama pekerja di dalam sesame jabatan dan senang untuk mendelegasikan tugasnya kerana seseorang pekerja itu sudah tahu siapa orang bawahannya.
Kelemahan Struktur liner – Antara kelemahanya ialah kekusutan akan timbul apabila sesebuah organisasi menjadi semakin besar dan kompleks. Akhirnya organisasi akan mula gagal untuk mewujudkan pengkhususan tertentu dan muncullah fungsi kerja yang pelbagai. Selain daripada itu kegagalan menyediakan persekitaran yang baik juga boleh mengagalkan struktur sesebuah organisasi.
b. Struktur Fungsional
Jenis Organisasi kedua ialah dikenali sebagai organisasi fungsional. Dalam hal ini, sesuatu fungsi atau tugas akan dilaksanakan oleh seseorang tenaga pakaryang dilantik dan akan bertanggunjawab terhadap sesuatu tugas khas tanpa mempunyai sebuah organisasi yang khusus. Mereka ini akan membuat perhubungan dengan penyelia – penyelia atau kakitangan bahagian operasi jabatan. Juteru, ia berupaya untuk member arahan terus kepada kakitangan bawahan atau pekerja mengenai tugas – tugas khasnya tanpa perlu merujuk kepada pegawai yang lebih kanan.
Kelebihan Struktur Fungsional – Kelebihan struktur ini segala pengetahuan dan pengalaman professional kakitangan fungsional telah digunakan sepenuhnya bagi memastikan kejayaan sesebuah organisasi. Pekerja – pekerja kemahiran ini boleh menumpukan sepenuh perhatian untuk melaksanakan fungsi mereka masing – masing dan tidak perlu mengambil tahu atau campur tangan dalam hel – ehwal aktiviti di jabatan operasional. Apa yang menari tentang struktur ini ialah sesebuah organisasi yang telah sedia wujud boleh terus berkembang tanpa perlu membuat perubahan yang radikal terhadap sruktur asal organisasi.
Kelemahan Struktur fungsional – Kelemahannya ialah autoriti yang wujud adalah tidak begitu jelas dan dengan demikian adalah agak sukar menjalin kerjasama di antara satu jabatan dengan jabatan yang lain. Pada masa yang sama tanggungjawab juga akan menjadi agak sukar untuk ditentukan. Sekiranya berlaku apa – apa masalah adalah sukar untuk diperbaikinya di masa hadapan. Struktur ini mungkin menjadi tidak ekonomik lagi kerana terpaksa mengambil ramai tenaga kerja professional yang bergaji tinggi.

8.0 STRUKTUR LINER DAN STAF
Sistem ini adalah hampir sama dengan struktur liner, tetapi dengan membuat sedikit perubahan. Penurunan kuasa daripada pihak atasan kepada peringkat bawahan masih dikekalkan. Apa yang dilakukan ialah beberapa pekerja yang mempunyai pengkhususan bidang tertentu dilantik khas bagi membantu pekerja – pekerja liner yang sedia wujud. Struktur liner dan staf adlah merupakan abungan daripada system liner dan juga system fungsional. Pekerja – pekerja yang dilantik di bawah struktur ini dipanggil pekerja staf dan mereka ini digunakan untuk membantu pekerja liner bagi mencapai objektif organisasi. Biasanya aktiviti liner akan member sumbangan terus kepada pengeluar tetapi aktiviti staf tidak menjurus terus kepada pengeluaran akhir organisasi. Sebagai contoh, bahagian perkhidmatan dianggap sebagai unit pekerja staf. Kemahiran pekerja fungsional adalah sangat diperlukan tetapi mereka tidak diberi apa – apa autoriti. Mereka hanya bertindak sebagai penasihat sahaja.
Ketua Jabatan masing – masing masih mempunyai kuasa eksekutif ke atas jabatan masing – masing tetapi perlu mendapat nasihat dari kakitangan staf (profesional) untuk membantu mereka meningkat prestasi jabatan. Sebagai contoh, jabatan pengeluaran akan meminta nasihat pengurus sumber manusia dalam memilih pekeja – pekerja untuk ditempatkan di jabatannya.
Namun demikian terdapat juga kelebihan dan kelamahan struktur liner dan staf ini diantara kelebihan dan kelamahannya adalah seperti berikut :
Kelebihan Srtuktur Liner Dan Staf – Kelebihannya ialah tanggungjawab dan autoriti terus dikekalkan seperti mana struktur liner. Kawalan terhadap sesuatu jabatan masih lagi diletakkan di bawah ketua jabatan liner. Kawalan terhadap sesuatu jabatan masih lagi diletakkan di bawah ketua jabatan liner yang asal. Selain daripada itu, cara ini membolehkan bantuan pakar yang berpengalaman digunakan untuk membantu pengurus liner meningkatkan keberkesanan jabatan.
Kelemahan Struktur Liner Dan Staf – Dari segi keburukannya ialah pekerja liner tidak wajib mematuhi segala nasihat daripada pegawai staf professional ini. Hal ini boleh menyebabkan suatu pembaziran kemahiran terhadap pihak yang berkemahiran. Terdapat juga keadaan di mana pegawai stafprofesional yang dilantik ini dilihat sebagai cuba mengambil alih autoriti pegawai – pegawai liner dan ini boleh menimbulkan kesan yang tidak baik. Ia juga mengurangkan kuasa atau autoriti pihak pegawai liner terhadap kakitangan bawahan mereka. Selain daripada itu organisasi seperti ini boleh mengakibatkan kebingungan di kalangan pekerja terutama sekali apabila wujud pertentangan pendapat di antara ketua bahagian liner dengan pihak staf.

9.0 STRUKTUR JAWATANKUASA
Ianya merupakan sebuahjawatankuasa yang bertindak sebagai sebuah jawatankuasa yang menjalankan sesebuah organisasi secara sukarela. Perkhdamatan ini digunakan untuk menjaga kepentingan akauntabiliti awam di kuasa – kuasa tempatan. Melalui struktu ini, sebuah lembaga pengarah dilantik dan bertindak sebagai sebuah jawatankuasa ditubuhkan. Namun demikian, tarafnyadirendahkan ke tahap ketua pengarah eksekutif. Terdapat juga keadaan apabila lembaga pengarah sendiri mengambil alih dan menggantikan peranan ketua pengarah eksekutif. Struktur jawatankuasa ini ditubuh adalah disebabkan oleh :
 Memandangkan perniagaan hari ini adalah sungguh mencabar dan semakin kompleks oleh itu ia memerlukan gabungan pelbagai pendapat untuk menjayakan cabaran tugas.
 Pada hari ini pekerja dirasakan perlu diberi peluang untuk turut sama membuat keputusan dalam bidang pembuatan mahupun pengurusan.
Organisasi seperti ini sesuai apabila keputusan secara berkumpulan dirasakan lebih berkesan berbanding dengan keputusan oleh seseorang individu. Seperti struktur yang lain ianya juga mempunyai kelabihan dan kelamahnya yang tersendiri. Diantaranya ialah seperti berikut :
Kelebihan Struktur jawatankuasa – Kelebihan struktur ini ilah keupayaan organisas mendapat banyak pandangan bagi menyelesaikan masalah – masalah yang wujud. Setiap pandangan pula adalah merupakan pandangan yang diperolehi daripada kalangan pakar yang dilantik bagi menganggotai jawatankuasa tersebut. Biasanya, sesuatu keputusan yang diberi telah dibincangkan dengan lebih mendalam oleh jawatankuasa sebelum sesuatu keputusan diambil. Pandangan pula datangnya daripada pelbagai peringkat, maka keputusan yang dibuat akan menjadi lebih berkesan kerana paandangan dari pelbagai sudut telah diambil kira.
Kelemahan Strukur Jawatankuasa – Kelamahan struktur ini ialah, ahlinya ramai, justeru, kemungkinan sesuatu keputusan terpaksa mengambil masa yang lama dan biasanya keputusan juga agak lambat diperolehi. Selain itu, adalah sukar untuk mendapat keputusan segera daripada individu jawatankuasa apabila keputusan segera diperlukan atas alas an bahawa keputusan tidak boleh dibuat berdasrkan seorang ahli lembaga sahaja. Oleh kerana keputusan yang dibuat adalah dalam bentuk jawatankuasa, maka tiada seorang pihak boleh dipersalahkan jika berlaku apa – apa masalah. Oleh kerana keputusan terpaksa dilakukan secara kolektif, maka adalah agak sukar untuk mencapai satu keputusan yang lebih positif jika berbanding dengan yang dibuat oleh seseorang kerana banyak pendapat telah diambil kira. Apabila timbul banyak pendapat keputusan terpaksa ditunda dan menyebabkan kerja – kerja harian tergendala.

10.0 STRUKTUR ORGANISASI YANG BERKESAN MENGIKUT KESESUAIAN SESEBUAH PEJABAT ( SESCO )
Dalam sesebuah organisasi terdapat banyak aras kepimpinan. Aras kepimpinan ini biasanya ditentukan secara formal berasaskan tanggungjawab, peranan dan fungsi yang telah ditetapkan mengikut hiraki pada struktur perjawatan organisasi berkenaan. Secara mudah, lagi tinggi atau/dan penting fungsi jawatan seseorang, maka lagi tinggilah aras kepimpinannya. Namun begitu, sama ada seseorang itu pemimpin atasan, pertengahan atau bawahan, ianya tetap juga seorang pemimpin yang mempunyai pengikut, tanggungjawab dan peranan tertentu yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. Setiap pemimpin dalam Syarikat Sesco Berhad bertanggungjawab menentukan masa hadapan organisasi. Sebagai pemimpin, pengursan syarikat perlu menentukan visi, misi dan matlamat, serta mempunyai perancangan strategi yang bersesuaian untuk mencapainya. Untuk itu, seseorang pengurus cawangan dalam Syarikat Sesco Berhad perlu memiliki kemahiran dan kualiti kepimpinan yang bertepatan supaya dapat merangsang dan mempengaruhi pekerja melaksanakan setiap tindakan yang dikehendakinya. Sementara dari aspek kepengikutan pula, para pekerja yang melaksanakan arahan-arahan tadi perlu melihat pengurus tersebut sebagai seorang yang berkebolehan serta berkemampuan dalam memimpin mereka. Di sini, mereka juga perlu mempunyai keyakinan bahawa pengurus tersebut memiliki kemahiran dan kualiti kepimpinan yang bertepatan. Secara umum, kemahiran kepimpinan boleh dilihat sebagai gandaan daripada empat elemen utama, yang merupakan kebolehan-kebolehan yang perlu dimiliki oleh seseorang pemimpin, iaitu:
 Kebolehan menggunakan kuasa dengan efektif dan bertanggungjawab.
 Kebolehan memahami bahawa manusia memerlukan motivasi yang berbeza pada waktu dan situasi yang berlainan.
 Kebolehan merangsang para pengikut.
~ Kebolehan bertindak dengan cara yang boleh menerbitkan suasana yang bermotivasi.
Sementara kualiti kepimpinan pula (spt. dinyatakan oleh Warren Bennis - The Leadership Advantage, 1999) boleh dilihat sebagai gabungan daripada tujuh elemen utama, yang merupakan attribut yang diperlukan pada seseorang pemimpin. Ringkasnya, tujuh elemen tersebut adalah:
~ Technical competence - kepakaran dalam aktiviti / perniagaan organisasi.
~ Conceptual skill- fasiliti bagi pemikiran yang abstrak atau strategik.
~ Track record - latarbelakang pengalaman dan kejayaan masa lalu.
~ People skills- kebolehan berkomunikasi, memotivasi dan mendelegasi.
~ Taste - kebolehan mengenalpasti dan membangunkan bakat.
~ Judgement - kebolehan membuat keputusan yang sukar dalam masa yang singkat dengan menggunakan maklumat yang terhad.
~ Character - kualiti yang mencerminkan siapakah pemimpin tersebut.
Sesungguhnya, kemahiran dan kualiti kepimpinan adalah antara ramuan yang perlu dimiliki oleh setiap pemimpin. Melaluinya, pemimpin bukan sahaja berkebolehan memimpin, tetapi yang lebih penting ialah kepimpinan pemimpin tersebut diyakini serta diiktiraf oleh para pengikutnya, malah warga organisasi keseluruhannya. (Rujuk Lampiran 1)
10.1 Definisi Jargon
Jargon adalah istilah khusus yang dipergunakan di bidang kehidupan (lingkungan) tertentu. Ia digunakan secara meluas di dalam sesuatu bidang dan merupakan singkatan bagi sesetengah istilah khas. Penggunaan jargon hanya difahami orang yang menceburi bidang tersebut. Penggunaannya mungkin dapat mengambil tempat atau lebih tepat daripada menggunakan kata asalnya. Misalnya jargon komputer bererti istilah-istilah yang berhubungan dengan komputer secara khusus.



10.2 Jargon Dalam Organisasi
Dalam Syarikat Sesco Berhad, tiada jorgon digunakan. Ini disebabkan penggunaan bahasa yang digunakan diharapkan akan difahami oleh semua pihak. Kemungkinan jargon yang digunakan akan mempengaruhi kelancaran pengurusan organisasi. Walau bagaimanapun, penggunaan singkatan sering digunakan dalam Syarikat Sesco Berhad. Misalnya:
1) Peraturan I.E.E.
- Digunakan bagi tujuan kerja pemasangan elektrik sementara dan tetap sama ada di dalam atau di sekitar bangunan
2) Pengalir PEN
- Pengalir yang menggabungkan fungsi pengalir perlindungan dan pengalir neutral
3) In
- Arus biasa atau arus beban lebih
4) IB
- Arus yang dijangkakan akan mengalir dalam litar
5) Iz
- Keupayaan membawa arus bagi mmana-mana pengalir 1 Litar
6) I2
- Arus yang menentukan keberkesanan kendalian alatan
7) p.l.m.
- pemutus litar miniature
8) HT
- Aliran elektrik bervoltan tinggi
9) LT
- Aliran elektrik bervoltan rendah
10) Sistem TN
- Sistem yang mempunyai satu atau lebih poin bekalan tenaga yang terus ke bmi
11) Sistem TT
- Sistem yang mempunyai satu poin dari punca bekalan tenaga yang disambungkan ke bumi
12) Sistem IT
- Merupakan sistem yang tidak mempunyai bekalan tenaga yang disambungkan ke bumi
13) ABI
- Suiz berkuasa tinggi
14) ABFI
- Suiz berkuasa tinggi berfius
Penggunaan singkatan tersebut telah menjadi satu kebiasaan bagi pekerja-pekerja di Syarikat SESCO Berhad. Dalam lawatan saya ke cawangan syarikat tersebut, pegawai yang menerangkan fungsi-fungsi setiap seksyen singkatan tersebut. Ini menyukarkan saya memahami apa yang disamapaikan, Saya terpaksa menemuramah pekerja di setiap seksyen untuk memahaminya.

11.0 PENUTUP
11.1 KESIMPULAN
Pengurus yang berada di dalam tingkat pengurusan, sama ada pada peringkat penyeliaan atau sehingga ke peringkat atasan, memainkan peranan sebagai penghubung antara tingkat pengurusan (Rensis Likert, 1961). Menerusi pengurus bahagian (fungsi) yang mewakili bahagian masing-masing, perbincangan, perundingan, dan penyelarasan berhubung dengan tugas, dan tanggungjawab dapat diadakan. Sebarang maklumat dari peringkat bawahan dapat disalurkan ke peringkat atasan menerusi pengurus bahagian. Begitu juga perhubungan dan penyelarasan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain tentang sesuatu perkara dapat dibuat dan diselaraskan pada peringkat pengurus bahagian. Kejayaan mengurus sesebuah organisasi boleh diukur dari aspek kecekapan, keberkesanan, produktiviti dan kualiti produk, dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi. Kecekapan organisasi boleh diukur dari aspek kuantiti input yang digunakan oleh organisasi untuk menghasilkan satu unit pengeluaran atau perkhidmatan. Keberkesanan boleh diukur dari segi sama ada pengurus membuat kerja yang betul dan matlamat organisasi berjaya dicapai. Contohnya, organisasi disifatkan tidak berkesan apabila ia gagal mencapai matlamatnya disebabkan oleh pelaksanaan rancangan yang lemah atau kerana kegagalan pihak pengurusan meramal perubahan persekitaran organisasi dengan lebih tepat. Produktiviti disifatkan sebagai nisbah output yang dikeluarkan dibandingkan dengan input (sumber) yang digunakan dalam proses pengeluaran produk atau perkhidmatan. Input dalam sistem pengeluaran termasuk: tanah, bahan, mesin, wang, masa, dan tenaga pekerja. Produktiviti pekerja boleh diukur dari segi bilangan produk yang dikeluar atau bilangan pelanggan yang diberi perkhidmatan dalam jangka masa yang tertentu. Manakala produktiviti pengurus atau penyelia boleh diukur dari segi kecekapannya menggunakan tenaga pekerja ke tahap paling optimum. Sekiranya pekerja tidak dapat menjalankan kerja dengan lebih cekap atau pekerja terpaksa menunggu atau memperlahankan kerja kerana kelemahan sistem penyusunan dan penugasan, pengurus yang bertanggungjawab disifatkan tidak cekap dan tidak berkesan. Organisasi yang produktif berupaya bersaing pada peringkat nasional dan antarabangsa. Persaingan sengit, perubahan cita rasa pengguna serta peningkatan tahap pendidikan masyarakat, kekurangan tenaga pekerja dan kekurangan bekalan sumber pengeluaran menyebabkan organisasi memberi penuh perhatian kepada program peningkatan produktiviti dan kualiti. Kualiti produk atau perkhidmatan boleh diukur dari segi kepuasan pengguna atau pelanggan. Kualiti produk atau perkhidmatan merangkumi aspek daya tarikan produk, pembungkusan, kesenian, dan kehalusan kerja (pertukangan), layanan, hubungan inter-peribadi dan komunikasi, perkhidmatan sokongan, dan perkhidmatan lepas jualan. Sama ada sesebuah organisasi ini organisasi sektor awam atau swasta, perkhidmatan atau keluaran industri, produktiviti dan kualiti adalah faktor penting yang boleh memimpin daya saing dan daya maju organisasi.