Isnin, 9 Mei 2011

Istilah istilah berkaitan khinzir

Assalamualaikum ,

Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda semua bagaimana untuk
kita mengenal pasti ubat-ubatan yang mengandungi sumber khinzir.
Satu cara yang paling penting ialah dengan membaca label pada
produk ubat tersebut.

Tapi... macam mana kita nak tahu kalau kita tak faham
istilah-istilah sains yang sering digunakan pada label ubat?

Dalam Bahsa Melayu, perkataan Babi atau Khinzir jelas menggambarkan
haiwan berkaki empat ini sama ada daging babi, bulu babi ataupun
kulit babi. Tetapi di dalam bahasa Inggeris, kita mungkin terkeliru
dengan pelbagai istilah yang digunakan untuk menggambarkan haiwan
ini. Contohnya:

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud
babi muda, berat kuran 50kg.

4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.

5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan
atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang
perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.

6. Boar : Babi liar

7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.

8. Sow Milk : Susu BAbi

dan ada pelbagai istilah lagi...

Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang menggambarkan haiwan
babi, istilah Porcine sering digunakan dalam bidang perubatan atau
label ubat. Mungkin ramai orang Islam yang tidak mengetahui bahawa
label yang bertulis "This product contain substance from porcine"
bermaksud "Produk ini mengandungi bahan dari babi", atau label yang
menyatakan "The source of gelatin capsule is porcine" bermaksud
"Kapsul dari gelatin babi".

Contoh contoh label produk yang mengandungi babi dan apa pilihan
alternatif yang ada didedahkan di dalam buku ini "Ubat Daripada Sumber
Babi & Pilihan Alternatif". Dengan keadaan produk ubat-ubatan kita
yang banyak dicemari bahan haram maka rasanya wajib untuk anda memiliki
buku ini.

Dapatkan buku "Ubat Daripada Sumber Babi & Pilihan Alternatif" ini
secara online di ---> http://clicks.aweber.com/y/ct/?l=58Dhg&m=Kw6MHXdQjuMQzk&b=RE.ki2bsz7dtM7YmDeBkLQ

Jangan beri alasan kita jahil lagi selepas itu.

Harap informasi ini dapat membantu anda.

Terima Kasih

Abd Rahman
http://clicks.aweber.com/y/ct/?l=58Dhg&m=Kw6MHXdQjuMQzk&b=RE.ki2bsz7dtM7YmDeBkLQ



P/S: Anda tak perlu bazirkan duit memandu ke kedai buku, mencari
parking, mencari buku di rak dan berbaris membayar di kaunter.
Jimat dengan beli secara online di:

===> http:/www.rahsiaubatbabi.com <======




Kedai Buku Dot Net
http://www.kedaibuku.net
Kedai Buku Dot Net (0127119050)
25-2-8 Winner Height, Jalan 2/125 Desa Petaling
W.P Kuala Lumpur 57100, MALAYSIA

To unsubscribe or change subscriber options visit:
http://www.aweber.com/z/r/?jOwsbJxMjLSsDJwcTEzsnLRmtJwMDAyc7Gw=

Ahad, 8 Mei 2011

Kom Silang Budaya - BAGAIMANA UNTUK TIDAK BERSIFAT RASIS DALAM KOMUNIKASI SILANG BUDAYA


1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Rasisme, diskriminasi rasial, prejudice dan berbagai sikap intoleransi masih hidup subur tidak hanya di bagian-bagian dunia yang secara stereotype dihubungkan dengan keadaan itu seperti halnya Amerika Syarikat. Sikap intoleransi itu ada dimana-mana, dengan berbagai baju. Asal mula istilah ras diketahui sekitar tahun 1600. Pada masa itu, Francois Bernier, pertama kali mengemukakan gagasan tentang pembezaan manusia berdasarkan kategori atau karakteristik warna kulit dan bentuk wajah (Alo Liliweri, 2005:21). Berdasarkan ciri fizikalnya manusia di dunia dapat di bagi ke dalam empat adalah hitam, putih, kuning dan merah. Seorang tokoh yang ras besar. Ras-ras tersebut memperkenalkan konsep tentang ras adalah Charles Darwin. Darwin memperkenalkan ras sebagai sesuatu hal yang mengacu pada ciri-ciri biologis dan fizikal. Salah satunya yang paling jelas adalah warna kulit Pada akhirnya, perbezaan berdasarkan warna kulit tersebut memicu lahirnya gerakan-gerakan yang mengunggulkan rasnya sendiri-sendiri. Teori Darwin dijadikan sebagai dasar tindakan untuk membenarkan penguasaan ras satu atas ras yang lain. Maka timbullah superioritas ras, ras yang merasa lebih unggul menindas ras yang dianggap lebih rendah. Konsep tentang keunggulan ras ini kemudian melahirkan rasialisme. Rasisme secara umum dapat diertikan sebagai serangan sikap, kecenderungan, pernyataan, dan tindakan yang mengunggulkan atau memusuhi kelompok masyarakat terutama karena identitas ras. Rasisme juga di pandang sebagai sebuah kebodohan karena tidak mendasarkan (diri) pada satu ilmu apapun, serta berlawanan dengan norma-norma etis, perikemanusiaan, dan hak-hak asasi manusia. Akibatnya, orang dari suku bangsa lain sering di diskriminasikan, dihina, dihisap, ditindas dandibunuh.Permasalahan rasisme nampaknya sangat menarik untuk dicermati. Menurut kajian yang telah dilakukan oleh pakar psikologi, mereka mengesahkan bahawa faktor yang paling besar peranannya dalam kebahagiaan manusia ialah perhubungan yang rapat dengan manusia yang lain. Ianya mengatasi kuasa wang dan kerjaya. Perhubungan yang rapat ini menjadi begitu penting kerana ia mempunyai empat fungsi yang sangat penting bagi jiwa manusia. Pertama manusia memerlukan perhubungan yang rapat kerana perhubungan itu sepertti dapat mententeramkan manusia. Apabila kita mempunyai hubungan yang rapat dengan manusia yang lain, kita akan sentiasa ada orang yang boleh dihubungi ketiak kita kesunyian. Kedua, kita manusia memerlukan rangsangan. Kita memerlukan rangsangan intelek, jasmani dan juga emosi. Tanpa rangsangan, kita akan menjadi murung, mengikut pakar psikologi, kemurungan berpontensi untuk menyebabkan kematian. Ketiga, kita juga memerlukan perhubungan yang rapat kerana daripada itu kita berasa diri kita dihargai. Kehadiran orang lain dalam hidup kita sudah cukup untuk membuat kita diperlukan dan penting kepada orang lain. Faktor yang keempat pula ia;lah kita memerlukan hubungan yang rapat dengan manusia lain kerana kita perlu menikmati kehidupan kita dan perlu mengurangkan rasa ketegangan dalam hidup kita. Setiap insane mempunyai keperluan untuk berkongsi tuah dan kegembiraan dengan individu yang lain. Oleh itu dalam berkomunikasi dengan seseorang itu kita hendaklah mengetahui tentang cara komunikasi rasia dan bagaimana untuk tidak bersifat rasis dalam komunikasi Silang budaya bagi mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku.

2.0 DEFINISI, FAKTOR DAN KESAN KOMUNIKASI YANG RASIS
Komunikasi merupakan unsur terpenting dalam kehidupan manusia. Manusia yang tidak berkomunikasi akan berdepan dengan pelbagai masalah seperti masalah kesihatan dan mental. Kita perlu berkomunikasi untuk berkongsi perasaan dengan individu yang lain serta menjalin dan mengekalkan hubungan. Kita juga perlu berkomunikasi dengan orang lain untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan diri kita. Melalui kemahiran berkomunikasi membolehkan kita memujuk dan mempengaruhi orang lain untuk mencapai apa yang kita hajati. Komunikasi terdiri daripada lima jenis. Komunikasi antara perseorangan atau komunikasi interpersonal adalah jenis komunikasi yang melihat bagaimana proses komunikasi berlaku di antara dua individu dalam persekitaran bersemuka, serentak dan sehala. Ianya sebahagian daripada strategi kehidupan. Pada masa kini internet, laman web, laman social seperti facebook,myspace,twitter,friendster dan sebagainya telah member tafsiran yang berbeza terhadap erti kebebasan media itu sendiri.
Komunikasi menjadi medium untuk memperkatakan perkara – perkara yang sensitif seperti isu rasis. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan Rasis bermaksud orang yang mengamalakan kepercayaan bahawa bangsanya sahaja yang dianggap unggul atau pendukung utama kepada bangsa – bangsa lain di dunia. Manakala komunikasi rasis pula bermaksud komunikasi yang mempunyai prasangka dan diskriminikasi di antara kaum tertentu. Prasangka dan prajudis merupakan akar umbi segala bentukl komunikasi rasis.Komunikasi rasis adalah satu pandangan yang buruk terhadap individu atau kelompok manusia lain dengan hanya merujuk kepada ciri – ciri tertentu seperti ras, agama, pekerjaan, jantina atau kelas. Seperti mana dasar aprteheid yang diamalkan oleh kaum kulit putih di Afrika Selatan pada suatu ketika dahulu.
Prasangka timbul akibat penilaian awal yang dibentuk dan tidak dirujuk dengan tinjauan terhadap fakta – fakta yang sebenar. Perasaan prasangka sering kali dijadikan alat oleh golongan majority untuk menindas golongan minoriti. Walau bagaimanapun, ia tidak bererti bahawa golongan minority yang tertekan tidak mempunyai prasangka terhadap anggota majority atau kelompok lain. Kesan dari prasangka yang semakin menebal, lama – kelamaan akan muncul komunikasi rasis. Komunikasi rasis merupakan suatu masalah rumit yang dihadapi oleh dunia. Isu komunikasi rasis memang sukar dibendung dalam sebuah Negara yang berbilang kaum dan etnik seperti Malaysia. Di mana juga negara di dunia yang penduduknya berbilang etnik dan kaum sudah pasti berhadapan dengan masalah perkauman kecuali langkah awal diambil untuk menintergrasi rakyatnya sehingga mereka dapat menerima konsep satu bangsa dan mempunyai jati diri yang kuat terhadap negaranya.
Terdapat beberapa factor yang menyebabkan kepada komunikasi rasis ini. Diantarnya ialah diskriminikasi dan prasangka atas dasar warna kulit yang nyata merupakan faktor utama yang mendorong berlakunya komunikasi rasis. Terdapat juga sesetengah masyasrakat masih menilai kemampuan seseorang mengikut kaum etnik dan kelas sosial. Terdapat kaum – kaum tertentu diletakkan pada status yang lebih tinggi berbanding kaum lain. Hak kaum lain yang stastus lebih rendah dalam soal pembahagian kawasan perumahan, peluang pelajaran dan pekerjaan masih dipertikaikan. Pemodenan dan pembangunan ekonomi secara dasarnya tidak memaanfaatkan kaum yang berstatus rendah ini.
Oleh itu, layanan dan pandangan yang berbeza – beza diberikan oleh individu atau kelompok terhadap individu atau kelompok yang lain juga akan menyebabkan komunikasi rasis kerana mereka memandang dan menganggap bahawa perbezaan ras, kebudayaan, agama dan kelas social sebagai sesuatu yang membezakan taraf kedudukan dan sebagainya. Ini terletak pada pandangan mereka sendiri. Komunikasi rasis jika dibiarkan berterusan boleh mengancam kestabilan politik dan keamanan sesebuah Negara serta boleh mengakibatkan pengasingan kumpulan – kumpulan tertentu dari segi pelajaran, penempatan perumahan dan pekerjaan. Kaum – kaum minoriti yang tertindas dan tersisih dari segi kawasan perumahan, peluan pendidikan dan juga pekerjaan.
Di Malysia, isu perkauman memang tidak dapat dielakkan apabila kita memperkatakan tentang komunikasi rasis kerana terdapat golongan yang mempunyai beberapa ciri kesamaan seperti biologi atau buday cuba mempertahankan golongan masing – masing dan pada masa yang sama mereka akan menindas kaum yang lain sekiranya ada kesempatan untuk mereka berbuat demikian. Justeru, tidak hairanlah kita bahawa terdapat organisasi politik dan sosial di negara kita dibentuk berasakan perkauman dan etnik. Secara tidak langsung perkara sebegini akan mewujudkan unsure – unsure komunikasi rasis yang akan memecahbelahkan rakyat dan mendatangkan kesan buruk kepada usaha untuk menyatukan perpaduan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Organisasi sebegini hanya untuk memperjuangkan kepentingan dan merebut hak – hak yang dirasakan perlu tanpa memikirkan kepentingan golongan lain. Mereka juga tidak akan melihat tentang keharmonian dan kesejahteraan negara kerana wujudnya komunikasi rasis yang boleh mengakibatkan pengasingan kumpulan – kumpulan tertentu. Pertubuhan dan organisasi yang ini nanti akan bersaing untuk mendaptkan sokongan seluas mungkin dari kumpulan kaum dan etnik masing – masing menerusi komunikasi rasisi ini.

3.0 BAGAIMANA UNTUK TIDAK BERSIFAT RASIS DALAM KOMUNIKASI SILANG BUDAYA
Kestabilan politik dan keharmonian antara kaum adalah aspek utama dan penting untuk bersikap dan bersifat tidak rasis dalam komunikasi silang budaya. Aspek ini sangat penting dalam sesebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum seperti negara kita Malaysia kerana ianya dapat meneruskan pembangunan dan memancu ekonomi Negara bagai kesejahteraan rakyat. Keadaan kacau bilau terutamanya apabila membabitkan pergeseran kaum ekoran daripada komunkasi rasis tidak menguntungkan mana – mana pihak. Sebaliknya selurih rakyat mesti mempunyai sikap hormat menghormati, bertanggujawab dan bertolak ansur serta menjaga sensitivity kaum apabila berkomunikasi kerana setiap kaum sudah pastinya mempunyai pantang larang dalam adat serta budaya mereka masing – masing. Boleh dikatakan isu perkauman di Malaysia masih terkawal.
Setiap kaum lebih cenderung membela dan memperjuangkan hak serta kepentingan kaum sendiri. Mereka mudah melenting walaupun hanya disebabkan isu kecil yang hangat diperkatakan, seperti mana tindakan Pertubuhan Hindraf yang telah memprotes tentang penggunaan Novel Interlok sebagai salah satu daripada mata pelajaran sastera di sekolah menengah baru – baru ini. Memburukkan lagi keadaan apabila ada pemimpin kaum yang cuba menangguk di air yang keruh, kononnya mahu membela nasib kaumnya dengan bertindak melulu kerana mempunyai agenda dan kepentingan politik dan peribadinya sendiri. Seb agai seorang pemimpin mereka sepatutnya mengambil pendekatan komunikasi yang lebih bijak dan teratur dengan mengambil kira kepentingan semua kaum, bukannya mengambil tindakan yang melulu., seperti mana berlakunya pada negara kita pada 13 Mei 1969 dahulu,bertindak tanpa memikir perasaan kaum yang lain.
Segelintir pemimpin hari ini mengambil tindakan yang populis ketika berkomunikasi semasa berkomunikasi dalam menanagani isu kaum. Mereka mahu dilihat dan dianggap sebagai wira dalam kaum masing – masing sehingga kadang kala tidak menampakkan sikap tolak ansur dan profesionalisme sebagai seorang pemimpin. Kita sedia maklum dan faham tentang tindakan mereka itu, ini oleh kerana mereka tidak mahu dituduh gagal untuk membela kaum mereka sendiri.
Malaysia adalah negara kita dan tidak seharusnya komunikasi rasis dijadikanamalan rakyat Malaysia. Seluruh rakyat Malaysia hendaklah menolak komunikasi rasis ini. Seseorang yang bertangujawab dalam berbahasa seharusnya tahuu untuk berinteraksi ketika komunikasi berlaku. Kebolehan mengawal langkah pertama akan memudahkan seseorang itu menyesuaikan diri dalam perbualan biasa atau situasi pertuturan rasmi yang dihadiri masyarakat berbilangf kaum.Malahan sebelum ini, seseorang itu perlu terlebih dahulu memastikan iisu yang sedang dibual atau dibincangkan dan apabila sudah jelas, barulah mengemukakan pandangan yang tidak menyentuh sensitivity sesuatu kaum. Secara semulajadi setiap hari kita berinteraksi kerana sememangnya sedah menjadi tabii manusia sejak azali lagi. Kebebasan bersuara adalah hak asasi manusia dan tiada siapa atau sesuatu yang boleh mengancam kecuali dalam keadaan yang tertentu yang membabitkan isu sensitive seperti perkauman dan keagamaan. Kita per berkomunikasi dengan mengambil tindakan – tindakan bedasrkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu berkomunikasi dan berfikir dengan melepasi semppadan kaum masing – masing. Kehaman tentang perbezaan budaya merangkumi aspek pola komunikasi, adat resam, nilai, sikap dan pengharapan perlua ada. Sifat – sifat seperti berfikiran terbuka, sabar, berlapang dada, memandang perbezaan secara positif meredakan ketegangan dengan melihat perbezaan sebagai suatu yang unik, kelakar atau menyenangkan hati adalah antara sikap dan kualiti motivasi yang perlu ada untuk menagani situasi kesulitan dalam komunikasi silang budaya.
Mereka juga dituntut me;lahirkan tindakan yang melepasi tenbok kepentingan etnik dan kaum agar dapat mewujudkan negara bangsa yang dapat membina Malaysia yang makmur dan maju. Sebagai contohnya, bangsa Melayu hendaklah tidak berfikir dalam skop bangsa mereka sahaja dan tidak membatas interaksi dan tindakan mereka di dalam keentingan kaum mereka sahaja. Begitu juga dengan kaum – kaum lain seperti Cina, India, Dayak, Kedazan, Orang Ulu, Murut dan lain – lain kaum lagi. Mereka perlu melakukan perkara yang sama. Kemajuan sesebuah negara tidak boleh diukur hanya berdasarkan pembangunan fizikal dan kejayaan material semata – mata. Sebaliknya, aspek kemantapan social, nilai-nilai moral, kekuatan perpaduan dan keintelekualan serta keuntuhan budaya masyarakat yang berbilang kaum perlu juga diambil kira. Sebagai bangsa Malaysia kita perlu dan pastikan matlamat yang serupa dikongsi bersama seperti mana Slogan kita 1 Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.
Di Malaysia, peranan media massa seperti internet menjadi pencabar utama sebaran am tradisional. Media baru mencetus budaya sendiri dan sering digunakan oleh golongan yang tidak bertanggujawab kerana komunikasi rasis mereka. Pertuduha dan pendakwaan memadai melalui internet sahaja. Hal ini tidak sepatutnya berlaku dalam komunikasi silang budaya kerana tidak membantu usaha kerajaan yang meyeru rakyat agar bersatu padu. Intergrasi dan cara berkomu bnikasi di antara kaum berasakan persamaan hak dan keadilan agar dapat membentuk masyrakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persafahaman dan demokrasi yang unggul berasakan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada negara membangun. Masyarakat maskulin adlah masyarakat yang menilai ketegasan, daya saing, agresif, wawasan yang tinggi dan menekan pencapaian kebendaan, manakala masyarakat yang feminin pula, masyarakat yang lebih mengaalkan kualiti hidup dan member perhatian kepada kaum yang lemah. Nilai – nilai maskulinti dan feminiti ini juga member kesan ke atas bagaimana sesuatu masyarakat atau organisasi itu mengurus kehidupan mereka. Ini dapat diperhatikan dalam sapek penetapan keutamaan, cara pembuatan keputusan, gaya penyelesaian masalah dan konflik, pemberian penghargaan dan sebaginya. Kepelbagaian kebudayaan dalam sesuatu masyarakat haruslah diterima sebagai satu hakikat. Bersifat adaptif dan fleksibel adalah strategi yang berkesan dalam menangani masalah komunikasi rasis. Sifat diri seperti kesediaan untuk berkompromi, bersikap diplomasi, sensitive kepada situasi dan melihat perpektif orang perlu untuk berurusan dalam masyarakat yang berbilang kaum. Dalam menjayakan komunikasi silang budaya, mereka yang terlibat mestilah sensitif dan memberi perhatian dengan cara dan tingkah laku dia berkomunikasi.
Mereka ini perlu keluar dari kerangka komunikasi rasis dengan mengambil kira perspektif dan cara orang lain kerana membina jambatan silang budaya ,e,erlukan kesabaran, kepekaan dan kesungguhan. Keupayaan kita menjalinkan usahasama silang budaya dengan lebih baik dan berkesan dalam masyarakat yang berbilang kaum bergantung kepada kopentasi menjayakan komunikasi silang budaya. Untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi silang budaya, kita mestilah faham tentang pengaruh budaya ke atas proses komunikasi. Kesulitan dan salah faham dalam komunikasi silang budaya akan lebih mudah terjadi sekiranya komunikator masing – masing buta perbezaan budaya.
Keadaan akan lebih teruk lagi ika komunikator angkuh dengan budaya dan adat resamnya. Hal ini tidak seharusnya berlaku dalam komunikasi silang budaya. Sudah tentu media baru menjadi perayaan sejagat jika alat komuniksi dipergunakan untuk menyebarkan maklumat yang boleh membawa kebaikan kepada perpaduan rakyat Malaysia menetrusi komunikasi silang budaya dan bukannya komunikasi rasis yang boleh menggugat keamanan negara kita ini. Untuk mewujudkan sikap tidak rasis dalam komunikasi kita sebagai rakyat Malaysia perlu ada sikap tolenrasi dan peka terhadap budaya dan adat resam sesuatu kaum yang ada di Malaysia ini. Bak kata perpatah Melayu” cakap siang pandang – pandang “. “Buat baik berpada – pada dan buat jahat jangan sekali.”


4.0 PENUTUP
4.1 Kesimpulan

Komunikasi rasis seharus dan sepatutnya dielakkan kerana ia boleh mengacam keselamatan dan ketenteraman awam. Ini kerana komunikasi didalam negara yang berbilang kaum perlu dilakukan dengan berhati – hati agar proses komunikasi tersebut tidak menyentuh sensitiviti masyarakat dan sekali gus diangap sebagai rasis. Individu yang berinteraksi dan berkomunikasi silang budaya seharusnya mengetahui perbezaan budaya dan pengaruh budaya ke atas komunikasi. Silap cara berkomunikasi akan menimbulkan tanggapan yang berbeza di antara sesuatu kaum. Berkomunikasi silang budaya seharusnya komunikator mengetahui perbezaan budaya dan pengaruh budaya ke atas komunikasi. Selama ini mungkin ramai di antara kita leka dan tidak sensitif atau peka tentang identity buadaya kita sendrir serta budaya kaum yang lain. Kita tidak sedar bagaimana budaya mempengaruhi kita dan bagaimana komunikasi berkait rapat dengan budaya kita dan budaya kaum yang lain. Kita tidak akan mengenal budaya dan mengerti budaya kita bjika kita tidak dapat membandingkan bagaimana budaya kita berbeza daripada budaya kaum yang lain. Dikatakan unsur kompratif adalah sangat perlu dalam mengetahui peranan dan pengaruh budaya ke atas kehidupan seharian kita agar komunikasi kita tidak dianggap sebagai komunikasi yang rasis. Kita harus ingat bahawa komunikasi rasis ini hanya akan membawa kemusnahan dan perbalahan kaum disamping akan menggangu kestabilan politk bagi sesebuah negara. Sesebuah negara itu akan hancur seandainya komunikasi rasis ini tidak dikawal dan diambil sebagai salah satu daripada agenda untuk memajukan hubungan antara kaum bagi sesebuah negara itu. Untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang madani yang bertemadun dan amai damai budaya komunikasi rasis ini hendaklah dihindarkan. Oleh itu, kita hendaklah menjauhkan diri kita daripada mengamal komunikasi rasis ini.

BBM 3103 BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU-Bahasa Satira


1.0 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan.
Satira adalah sejenis karya sastera atau satu bentuk seni lain yang menggabungkan antara kritik dan humor, dalam mencari perhatian terhadap sesuatu isu, masalah atau apa-apa yang tidak menyenangkan. Satira digunakan untuk mengambarkan masalah ini, dengan harapan ia dapat dibaik-pulihkan dengan sewajarnya. Satira yang baik, bukan hanya menghiburkan, ia juga mengajak dengan penonton untuk memikirkan tentang masalah/isu yang mungkin mereka langsung tak terfikirkan sebelumnya. Sekaligus memberikan semacam cetusan inspirasi kepada para penonton untku mencari perubahan yang boleh menjawab kepada persoalan yang ditimbulkan lewat satira itu. Terdapat banyak jenis satira dan setiap satunya berbeza- beza. Begitupun, ia tetap mempunyai satu konsep sama.
Telah berkurun lamanya, para penulis berbakat telah menggunakan satira untuk menyampaikan mesej terhadap sesuatu isu atau perkara yang tidak menyenangkan, dalam sesebuah masyarakat. Malah, satira yg ditulis-hasilkan dengan baik, telah terbukti menjadi begitu berpengaruh, sehingga mampu membuat banyak perubahan pembangunan masyarakat.
Bak kata orang, `"the customer is always right." Ini digunakan untuk penulisan satira juga. Satira anda hanya dianggap lucu dan berjaya, jika orang yang membacanya memikirkan ia sedemikian. Dalam kajian kali ini kita akan melihat beberapa jenis satira dalam novel – novel yang terpilih nanti.


1.2 Objektif Kajian
Kertas kerja ini dihasilkan dengan memperinci objektif tentang bahasa Satira yang terdapat dalam beberapa petikan buah novel yang terpilih.

1.3 Kaedah Kajian
Kaedah yang diguna pakai di dalam menyiapkan tugasan ini ialah dengan mengguakan kaedah kepustakaan. Beberapa buah cerpen , novel, dan artikel telah digunakan sebagai panduan dan rujukan semasa menyusun atur tugasan yang diberikan ini. Segala bahan yang diperolehi daripada pelbagai sumber ini dianalisis dan disusun atur mengikut kesesuaian untuk dikelas serta dikatogerikan di bawah sub-topik

1.4 Batasan Kajian
Dalam penulisan kertas kerja ini penulis telah mengambil kira beberapa batasan. Untuk memastikan bahawa kajian tidak terpesong dari batasan-batasan yang telah ditetapkan penulis menumpukan perhatian kepada bahasa satira yang digunakan oleh beberapa orang pengarang dalam menghasilkan cerpen atau pun novel mereka sama ada dari segi potongan ayatnya ataupun dialog dalam novel yang dipilih.

1.5 Definisi Konsep
Satira atau dalam bahasa Inggerisnya Satire alah juga sindiran. Tetapi yang meliputi segala jenis sindiran, termasuk yang bersifat ironi, sinis dan sarkasme. Dan yang pentingnya sindiran jenis satira ini tidak terhad pada kata – kata atau ungkapan – ungkapan saja melainkan ia melibat sebuah karya sastera seluruhnya atau sebahagian daripadanya. Maka oleh kerana itu sering dikatakan bahawa satira adalah sejenis gaya bercerita yang mengandungi sindiran untuk tujuan estetik an juga tujuan moral.

2.0 BAHASA SATIRA
Johnson dalam bukunya Dictionary mentakrifkan satira sebagai “ puisi yang menceritakan keburukan dan kejahatan ”, sementara Drydein dan Defoe menganggap satira lebih jauh daripada itu. Beliau mengatakan bahawa satira adalah sesuatu bentuk pengucapan “untuk memperbaiki moral dengan matlamatnya untuk pembaharuan.” Swift pula secara analoginya mengatakan “ satira ibarat cermin yang memperlihatkan citra manusia, kecali orang yang memegang cermin itu”. Ini adalah kiasan memga[pa satira tidak begitu didedahkan dalam kehidupan di dunia ini. Satira menurut Swift mampu membentuk dan mengekalkan sifat baik pada manusia yang ingin memajukan diri. Satira terbaik mepunyai nada dan nilai yang menyakinkan. Para bijak pandai telah mengklasifikasi satira ini kepada dua, iaitu satira umum dan satira khusus.

2.0.1 Satira Umum dan Satira Khusus
Apakah yang dikatakan satira umum dan satira khusus ini dalam menyampaikan sesuatu masej ? Satira umum dapat kita kenali daripada corak sindirannya yang bersifat umum ; berbeza dengan lampoon ( satira mencela , kasar, dan tajam ) iaitu satira khusus yang ditujukan khusus kepada orang – orang tertentu. Sasaran lampoon tidak terbatas kepada watak atau peribadi seseorang, tetapi juga khalayak yang terlibat dengannya. Satira umum walaupun bersifat berhati – hati, namum maknanya mungkin mempunyai kebenaran massa. Jenis ini tidak dibatasi oleh mana – mana sekatan formal kerana ragam satira jenis umum ini tidak terhad maknanya. Dalam konteks ilmu sastera, satiratidak harus disempi maknanya. Ini sesuai dengan pandangan Swift tadi bahawa satira dan tafsirnya tidak harum bersifat menghukum.

2.0.2 Gaya dan Kaedah Satira
Terdapat bermacam jenis gaya dan corak bahasa satira ini dalam bentuk pengucapan seni sastera salah satu daripadanya ialah melalui dalam keseluruhan bentuk samada novel, cerpen atau drama. Disamping itu penggunaan semua unsur karya sastera seperti perlembangan, alegori dan parable, tujuannya adalah untuk menyampaikan kisah dalam susunan yang terperinci. Dalam sebahagian cerita pula penggunaan unsure pertuturan dalam bentuk kalimat atau sintaksis, iaitu daripada sebahagian kisah atau cerita dengan cara menyelitkan ungkapan – ungkapan tertentu yang berunsur satira. Bertujuan untuk menyampaikan sesuatu perutusan atau saranan. Dalam bahasa beriramanya pula, bahasa satira ini biasanya disusun dengan pola – pola bahasa yang berirama dengan menggunakan unsur – unsur bahasa hiperbola, hingga fungsinya dapat menimbulkan kesan kepuitisan dan ketajaman mesej yang hendak disampaikan penyairnya.


3.0 BAHASA SATIRA DALAM BEBERAPA NOVEL YANG DI PILIH
3.1 Novel“Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur” Karya Keris Mas
Kita lihat keratan tek dari novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur. Kita perhatikan bagaimana bahasa satira itu terpakai. Dalam satu dialog antara Encik Muhamad dengan Yang Berhormat Muhamad. Yusuf,Yang Berhormat Muhamad Yusuf bertanya :
“ Bagaimana perniagaan Encik Mahmud sekarang ?”
Encik Mahmud menjawab, “ Macam biasa.Menyusup – nyusup akar.”
“ Maklumlah dunia dagang ini macam hutan rimba bagi kita orang Melayu,”
“ Menyusup – nyusup akar” itu adalah merupakan bahasa satira.
Dalam dialog ini Encik Muhamad merendahkan diri seolah – olah dia hanya satu makhluk kecil dalam hutan rimba, tidak dapat berjalan tegak mendada tetapi sebaliknya merendah – rendah di bawah – bawah, dan maksud satira itu dikuatkannya dengan “….dunia dagang ini macam rimba bagi kita orang Melayu.”
Dengan kembali pada peribahasa yang sebenarnya, “ ular menyusup akar tak hilang bisanya” Yang Berhormat menyelesaikan dialog kias – mengiasnitu, dengan harapan Encik Muhammad merasa terpuji dan senang hati. Adanya tujuannya dengan pujian – pujian cara sindir – menyindiratau kias – kias begitu.
Keratan setrusnya, Yang Berhormat Muhammad Yusuf meneruskan dialog :
“ Lagi pula saya dengar Encik Muhammad berkongsi dengan saudagar Cina yang paling kaya dan paling berpengaruh.”
Encik Muhammad segera menangkap kemungkinan ada sindiran di dalam ujaran Yang Berhormat Muhammad Yusuf itu, kerana pada masa itu amat terkenal dan amat banyak berlaku orang Melayu berkongsi dengan orang Cina secara tidak jujur, yakni orang Melayu mendapatkan lessen, orang Cina yang menjalankan perniagaan. Cara ini dicemuh – cemuh orang dengan gelaran kongsi Ali Baba. Bahasa satira jenis ini amat halus tetapi terlalu dalam maknanya pada mereka yang mengerti terutamanya pada Yang Berhormat Muhammad Yusuf. Ini dikata sindiran yang pedas dan berisi. Mendengar sindiran yang pedas itu lantang dia pun menjawab :
“ Itulah mujurnya sedikit. Tapi itulah pula rumitnya. Kata orang berkawan dengan harimau banyak bahayanya.”
Dengan jawapan itu Encik Muhammad ingin menyindir bahawa dia maklumakan ujaran Yang Berhormat itu tadi mungkin mengandungi sindiran bahawa dia pun berkongsi Ali Baba juga. Dengan kata “ mujur “ dia ingin membenarkan bahawa berkongsi dengan saudagar Cina yang kaya dan berpengaruh itu boleh menjadikan dia kuat Tetapi dia mengatakan ada pula rumitnya lalu menyifatkan saudagar besar Cina itu sebagai “ harimau ” dan “ berbahaya ”. Dalam sindiran / bahasa satira itulah dia ingin memastikan kepada Yang Berhormat Muhammad Yusuf bahawa dia bukan saudagar Ali Baba tetapi faham dan sedar benar akan bahayanya Sang Baba yang dikiasnya sebagai “ harimau ” itu.

3.2 Novel “ Arus “ Karya Anwar Ridhwan
Melalui novel ini kita boleh perhatikan dialog di antara Pawang Kri dan Lebai Amrah yang menggambarkan seolah – olah mereka sedang berdebat pendapat dan prinsip yang berkaitan dengan agama. Lebai Amrah diibaratkan sebagai seorang penganut Islam yang taat manakala Pawang Kri pula dikatakan seorang Islam yang kafir lantaran tugasnya sebagai Pawang yang banyak jampi serapah dan dikatakan bertentangan fahaman dengan ajaran Islam. Oleh kerana itu Pawang Kri dituduh oleh Lebai Amrah sebagai orang Yahudi. Bagi seorang Islam yang taat, Lebai Amrah menyamakan orang Yahudi ( Pawang Kri ) dengan orang kafir. Contohnya dalam dialog ini: ‘ Apa yang ditunggu lagi ?’ damprat Lebai Amrah. ‘ Muka kau ditampal kulit buaya ya ? Jangan sampai engkau menyuruh pemuda – pemuda Kampung Tok Wali mencampakkan engkau ke Sungai Usar. Tinggalkan aku seorang. Aku tak mahu bersemuka dengan Yahudi.’ .
Penggunaan kata kulit buaya di sini bermakna Pawang Kri dikatakan tidak mempunyai sikap malu lagi. Walaupun sudah diusir tetapi masih tetap datang ke kampung Tok Wali. Lantaran itu Pawang Kri terus menjawab dengan perasaan marah ‘ Amrah ! ’ Suara lelaki itu menahan perasaannya. ‘ Aku nak beritahu kau, Imah baru meninggal dimakan buaya. Habis dua belah kakinya. ’ Perkataan dimakan dalam dialog ini jelas kekampungan bunyinya. Dalam dialog ini penulis mengandaikan seolah – olah gerak laku buaya boleh berlagak seperti manusia. Bahasa seperti ini biasanya digunakan oleh masyarakat lama terutama yang tinggal di pinggir desa. Sekarang perkataan dimakan itu digantikan dengan perkataan dibaham. Maknanya lebih sinonim dengan masyarakat moden kini.
‘ Apa kena – mengenanya peristiwa itu dengan aku ? Dengan Kampung Tok Wali ? Kau orang seberang. Peristiwa itu hanya kena – mengena dengan orang seberang.’ ‘ Hanya aku sekeluarga tinggal di sana.’ ‘ Kau yang memilih untuk jadi kera sumbang, Pawang Kri. Dialog ini membawa kita mengikuti cerita pokok cerita ini seperti tidak terganggu oleh perbezaan bahasa dialog dan bahasa narasi. Gaya ini disebut orang gaya formal, yakni dialog menggunakan bahasa formal bukan bahasa percakapan hari – hari yang tidak formal bentuknya. Tambahan pula makna yang terkandung dalam dialog ini lebih mudah difahami dengan gaya sebegini. Contohnya: Kata peristiwa dalam dialog, “ Apa kena – mengena peristiwa itu dengan aku ?” Lebih lumrah kalau dipakai kata perkara atau hal: “ Apa kena – mengena perkara ( hal ) itu dengan aku ?”; “ … memilih untuk jadi …” lebih lumrah kalau “ … nak jadi …”: “ Kau yang memilih untuk jadi kera sumbang. ( “ Kau yang nak jadi kera sumbang ” ). Dalam karya sastera, kesan estetik dan kesan makna sama pentingnya. Dengan menggunakan bahasa formal dalam dialog, kesan makna menjadi jelas dan pemahaman cerita menjadi lebih mantap. Tetapi dengan menggunakan bahasa percakapan hari – hari suasana penceritaan menjadi lebih natural serta perwatakan mungkin lebih hidup dan kerana itu kesan estetik menjadi lebih indah.
Pemilihan kata serta penyusunan ayat yang dipakai dalam dialog sepanjang cabutan karya kreatif yang kita jadikan asas perbincangan ini memperlihatkan kesan estetik pada suasana dan perwatakan tidak tenggelam di samping kesan makna dan cerita tetap pula jelas dan mantap. Ini barangkali kerana keseluruhan dialog itu berimbangan antara gaya formal dengan gaya tidak formalnya. Di samping ungkapan, jangan sampai engkau menyuruh pemuda – pemuda Kampung Tok Wali …yang begitu formal bunyinya, ada pula muka ditampal kulit buaya yang cukup kampungan. Di samping tinggalkan aku seorang yang agak keinggerisan sedikit, ada pula jadi kera sumbang yang betul – betul Melayu. Jadi di sini ada dua jenis gaya yang boleh dipilih untuk dialog sedemikian. Keseimbangan kesan makna dan kesan estetik menjadi pokok pertimbangan dalam memilih gaya – gaya tersebut.

3.3 Novel “ Tempat Jatuh Lagi Dikenang ” Karya Adibah Amin
Karya Adibah Amin ini banyak terkandung dengan makna tersurat dan makna tersirat melalui dialog – dialognya. Kata – kata dan ayat – ayat yang mengandungi makna tersurat serta makna tersirat ini adalah kebiasaan sopan santun bahasa Melayu yang datangnya dari hubungan masyarakat orang Melayu yang melahirkan semacam etika sopan santun dalam pergaulan. Dalam pergaulan yang sopan orang tidak memperkatakan yang buruk – buruk tetapi sebaliknya. Bahasa yang sopan terdapat makna tersiratnya yang tidak sopan sepertimana dalam dialog ini: Sungguhpun kawan – kawan seasramaku mengatakan dia “ buas ”, kaki botol …. “ Buas ” mungkin bererti ganas dalam layanan terhadap perempuan tetapi disebut “ buas ” yang mungkin tafsirannya “ kaki botol ”. Namun oleh kerana cerita ini tentang gadis – gadis muda dan para pemuda yang berkelakuan liar maka makna tersirat tentang layanan ganas terhadap perempuan masih terbayang.

Bila aku bersamanya dia tidak pernah “ singgah ” di tempat – tempat yang ditunjukkannya kepadaku . “ Singgah ” dalam ayat ini mempunyai makna tersirat “ melakukan kejahatan ” kerana tempat yang dirayau oleh mereka dianggap menjadi sarang kejahatan. Tidak sentiasa mereka bawa aku ke tempat – tempat “ pelik ”. Kami sering duduk – duduk di tepi panggung Rex makan “ rojak simbah ” …. Kata “ pelik ” di sini bukan bermakna ganjil tetapi makna tersiratnya tempat – tempat yang mengandungi unsur tak senonoh dari segi moral. “ Rojak simbah ” itu pula bukannya nama rojak itu sebenarnya tetapi makna khas yang diberikan oleh “geng ” mereka kerana sebab – sebab tertentu yang tersirat juga maknanya. “ Mengisahkan hal yang bukan – bukan ” yang terdapat dalam cerita ini juga mempunyai makna tersirat. Konotasi dari kata – kata “ hal bukan – bukan ” ialah hal – hal yang bersangkutan dengan hubungan lelaki dan perempuan yang mengikut kesopanan Melayu tidak patut disebut terang – terangan.
Rentetan dari contoh - contoh dibincangkan di sini membuktikan bahawa cerita ini mempunyai tenaga bahasa yang lancar dan masih menyengat dengan penggunaan kata – kata dan ungkapan – ungkapan yang terkandung makna tersurat dan makna tersirat ini. Tenaga bahasanya disokong oleh suasana dan mood yang sesuai. Dialognya bersahaja. Misalnya, “ Hei, freshie ! ” “ Aku bukan freshie lagi. ” “ Bagiku kau tetap freshie. ” Susunan ayat dalam dialog ini dan juga kata freshie memberikan ia bentuk formal tetapi suasana dan moodnya memberikan rasa tidak formal. Ia menjadi lancar dan sesuai. Orang, tempat, subjek dan peristiwa saling mengisi mood dan suasana untuk sebuah dialog yang berbunyi formal tetapi terasa tidak formal. Dengan gaya mudah dan lancar beginilah orang menyampaikan ilmu melalui seni, satu estetika yang lengkap, mengharukan perasaan di samping membangkitkan daya fikiran dan daya intelek. Namun begitu gaya ini tidak menarik untuk menghidupkan kebebasan perasaan secara abstrak. Ia agak polos, loncos, tidak berwarna – warni. Garisnya lurus – lurus dan asosiasi warnanya begitu rasmi.


3.4 Novel “Jalur Sinar Di Celah Daun” Karya Zaharah Nawawi
Cerita ini dianggap istimewa dan menarik sebab kebebasan wanita sudah dikuasai yakni diterajui oleh watak Tijah. Semangat dan tenaganya mengatasi kaum lelaki, malah mengagumkan suaminya sendiri. Tijah digambarkan sebagai mempunyai kelebihan dalam melahirkan pendapat dan galakan. Dia mempunyai fikiran yang lebih baik dalam perancangan mengatur kerja dan strategi kehidupan.Ini diakui oleh suaminya menerusi dialog ini ketika mereka berbincang: Pendapat Tijah ada benarnya. ‘ Patut dipakai,…’ Ungkapan ‘ patut dipakai ’ menegaskan lagi bahawa suaminya Dali amat bersetuju dengan fikiran Tijah yang rasional dan semangat yang lebih tabah dan berani itu. Dialog ini membawa makna bahawa hidup berumahtangga harus ada sikap bertolak ansur dan sedia menerima pendapat orang walaupun dari pihak isteri. Yang penting demi kesejahteraan hidup mereka. Tiada guna ego yang tinggi jika tidak mendatangkan sebarang keuntungan.
Contoh lain yang menunjukkan ketabahan Tijah mengharungi dugaan hidup adalah dari dialog ini: “ … Sekarang ini ikhtiar kita cuma untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda yang sikit ni…..” Makna yang tersirat dalam dialog ini ditonjolkan oleh watak Tijah sebagai seorang wanita yang tahu bersyukur dan redha atas apa saja ujian yang datang daripada Allah.. Sepertimana yang kita ketahui dalam Islam sikap isteri begini tergolong dalam wanita yang solehah. Ini dibuktikan dengan kesungguhan Tijah bersama suaminya “ untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda yang sikit ni…..” Jika orang itu tidak tahu bersyukur dan redha dengan dugaan mereka tidak akan bersikap seperti Tijah. Mereka akan kecewa dengan harta yang tidak seberapa itu.
Dalam novel ini juga Tijah diibaratkan sebagai sinar dalam keluarga Dali. Hal ini tersimpul dalam perlakuan dan dialog ini: “ Seperti sinar matahari itu, Dali menunjuk pada cahaya indah di balik rimbunan daun – daun ……..” Dialog ini terpancul keluar dari mulut Dali kerana dia mengagumi isterinya berjaya menguasai keseluruhan kehidupan keluarganya dengan ketabahan dan kecekalan Tijah dalam beberapa hal yang dia sendiri tidak mampu hadapi. Ini bermakna penulis berjaya membakar semangat kaum wanita agar sama berdaya saing dengan kaum lelaki yang sebelum ini dianggap lemah melalui watak Tijah. Pemilihan kata seperti kata sinar menimbulkan rasa dihargai. Kata sinar membawa makna cahaya atau sesuatu yang penting dalam hidup Dali, sepertimana cahaya matahari penting bagi kehidupan makhluk yang terdapat di atas muka bumi ini.

3.5 Novel “ Daerah Zeni ” Karya A. Samad Said
“ Ya, ya, aku pun tidak menderita,” kata Zedi, nadanya lebih mengejek. “ Kita ketiga – tiganya sedang bahagia, amat bahagia,” Zedi mula ketawa panjang, kemudian menipis menjadi tangisan. “ Tengok diri aku, tengok diri kakak, tengok diri bapa. Kita ketiga – tiganya manusia bahagia raya ! ” Dialog ini mengiaskan keadaan penderitaan yang ditanggung keluarga Zeni teramat perit hinggakan disamakan dengan sesuatu yang sebaliknya iaitu bahagia. Dialog “ Ya, ya, aku pun tidak menderita,” kata Zedi, nadanya lebih mengejek ini dilontarkan oleh Zedi terhadap kakaknya, Zeni yakni ketidakpuas hatiannya dengan keperitan hidup mereka walaupun disangkal oleh Zeni. Ini jelas menunjukkan bahawa Zedi seorang yang mudah putus asa dan kecewa berbanding dengan kakaknya yang lebih cekal dan tabah daripadanya. Rasa kecewa Zedi itu boleh didapati dari ayat ini Zedi mula ketawa panjang, kemudian menipis menjadi tangisan. Dalam dialog ini walaupun dia semacam ketawa iaitu macam orang gembira tetapi sebenarnya patah hati. Sebab itu ketawanya disusuli dengan tangisan akhirnya. Itulah perasaan sebenar Zedi. Dialog ini terlalu abstrak penyampaiannya. Makna tersirat banyak bermain dalam dialog ini. Contoh lain seperti penggunaan bahagia raya. Zedi sebenarnya mengandaikan bahawa kehidupan mereka terlalu susah tetapi sebaliknya mengiaskan maksud sebaliknya.
Keperitan hidup Zeni bukan setakat itu saja malah dalam soal rumah tangga. Dia merupakan janda yang telah bertemu dengan cinta baru. Walaupun demikian dia tidak mahu lalai dengan kebebasan yang ada padanya sekarang. Aku tak mahu itu berulang. Itu sebabnya aku berhati – hati dan teragak – agak …Dialog ini menunjukkan sikap berhati – hati Zeni sebelum derita lama berulang lagi. Dialog ini wujud di antara Zeni dan Zedi ekoran daripada kehadiran surat dari bekas suaminya. Dialog “ Aku berhati – hati… Kau … kau tahu itu ? ” Zeni memotong. “ Kita tak boleh mudah terima kilat pertama. Kau.. kau faham itu ?” ini mengambarkan Zeni seorang yang tidak mudah terpedaya dan tidak mudah mengalah dengan cubaan yang dialaminya sekarang walaupun adiknya memuji teman baru Zeni. “ Walaupun dengan orang seperti Ehran ? Dia … dia jenis orang yang ingin membina. Jenis ini terlalu sukar dijumpa …” Ini bermakna Zeni seorang yang cukup tegas dalam hal hidupnya. Dialog “ Aku tak mahu itu berulang. ” menjadi pegangan supaya dia tidak terjerumus dalam kegagalan lagi. Perkataan berulang mengingatkan Zeni supaya lebih berhati – hati di masa akan datang.
Hidup seksa Zeni yang berpunca dari bekas suaminya itu bukan berakhir dengan mudah. Hingga penamat cerita dalam novel ini pun penulis masih memaparkan kehidupan Zeni dibelenggu kisah silam bersama bekas suaminya masih bermain di fikiran Zeni. Ingatannya terhadap bekas suaminya semakin kuat hinggakan dia meluat apabila Zeni bertemu dengan Ehran, teman barunya. Perasaan geram dan meluatnya diperhatikan melalui dialog ini: “ Tak cukup dia meracun aku, sekarang dia meracunmu juga.” Dan dengan suara yang lebih marah Zeni menambah: …….Peracuuuun ! ” Penggunaan perkataan Peracuuuun menguatkan lagi bekas suaminya dulu memang pemusnah kehidupannya dulu. Penulis mengiaskan dengan perkataan meracun yakni bermakna menyeksa, sesuatu yang berunsur pemusnahan.

4.0 PENUTUP
4.1 Kesimpulan
Berdasarkan novel – novel yang saya pilih di atas, penggunaan bahasa satira menerusi dialog – dialog lebih jelas kita fahami setelah menguraikan makna tersurat dan makna tersirat yang terkandung di dalamnya. Penggunaan diksi, frasa, ayat serta konteks dan situasi yang bersesuaian melahirkan interaksi yang mencapai perkongsian maklumat semaksimumnya. Bagi masyarakat Melayu interaksi verbal ini sangat erat hubungannya dengan nilai dan budi masyarakatnya. Oleh itu novel – novel boleh dijadikan penyalur untuk masyarakatnya menitipkan makna tersurat dan tersirat yang terkandung di dalamnya. Ini adalah kerana novel – novel boleh berperanan sebagai cerminan budi masyarakat Melayu untuk menyampaikan makna – makna. Dalam komunikasi khususnya interaksi verbal, faktor penentuan makna seperti diksi, frasa, ayat serta konteks dan situasi yang digunakan harus dititikberatkan kerana aspek ini perlu dipertimbangkan demi menghasilkan tindak balas antara satu sama lain. Ini membuktikan interaksi verbal boleh dijadikan sebagai cerminan budi masyarakat melalui novel – novel Melayu. Ini adalah kerana banyak makna yang tersurat dan tersirat tersimpul di dalam novel – novel Melayu tersebut.
Misalannya penggunaan bahasa kiasan yang pada asalnya berupa peribahasa, pepatah, perumpamaan, perbandingan, bidalan dan ungkapan masih menjadi perhiasan gaya bagi bahasa Melayu. Bagi bahasa Melayu bentuk struktur dan pola bahasa kiasan asal itu sudah wujud semenjak zaman berzaman. Peribahasa, bidalan, perumpamaan, ungkapan dan perbandingan lama itu hidup dan masih diguna pakai sehingga kini. Dalam perkembangan bahasa Melayu yang sejajar dengan perkembangan fikiran dan kebudayaan Melayu bahasa kiasan itu pun ikut berkembang. Tetapi bentuk atau pola strukturnya ada yang mengalami perubahan dan kata – kata yang membentuknya pun sudah banyak yang baru. Bahasa kiasan ini merupakan makna tersirat yang banyak terdapat dalam novel – novel yang saya pilih bertepatan dengan nilai dan budi masyarakat Melayu yang tidak suka berterus terang demi keakraban hubungan di antara mereka.

JMK221 FIKSYEN MELAYU MODEN


1.0 PENDAHULUAN

Gaya bahasa atau unsur keindahan ialah cara seseorang menggunakan bahasa sebagai wahana untuk menyampaikan pemikiran atau pandangan terhadap sesuatu tema atau persoalan melalui karya. Gaya bahasa juga terdiri daripada beberapa unsur. Unsur – unsur ini digunakan oleh pengarang atau karyawan untuk beberapa tujuan. Contohnya,dengan menggunakan unsure gaya bahasa repetisi, seseorang karyawan itu akan dapat memperjelaskan atau menguatkan sesuatu cerita. Manakala, dengan menyelitkan loghat daerah pula,sesuatu yang dipaparkan itu akan memberi kesan yang lebih hidup atau realistik kepada pembaca. Antara unsur gaya bahasa yang lazim digunakan dalam sesebuah penulisan adalah seperti diksi ( pemilihan kata ), ayat, bahasa perbandingan dan estetika bahasa ( keindahan bahasa ).Kemahiran menggunakan gaya bahasa akan memancarkan keindahan dalam sesuatu karya di samping menonjolkan keperibadiaan penulis kerana biasanya seseorang penulis memiliki gaya bahasanya yang tersendiri, dengan cara ini seseorang pengarang dapat memanipulasikan bahasa dalam sesebuah karya ciptaannya.

Gaya Bahasa yang tersendiri ini memperlihatkan jati diri seseorang pengarang dalam menyampaikan cerita. Lazimnya pengarang akan menggunakan pelbagai unsur bahasa yang dimanipulasikan dengan gaya kreativiti masing – masing dalam menghasilkan sesebuah karya. Ini kerana gaya bahasa menjadi tulang belakang sesebuah karya. Gaya bahasa yang indah, baik, matang dan berfungsi akan menjadikan sesebuah karya itu lebih menarik serta istimewa sekali gus mengangkat martabat sesebuah karyanya.

1.2 Definisi gaya bahasa

Menurut Mana Sikana dalam bukunya Kritikan Sastera: Pendekatan dan Teori (1986:160), gaya bahasa ialah kajian terhadap keseluruhan karya yang berpusat kepada penggunaan bahasa. Ia bertujuan untuk memperlihatkan sejauh mana keberhasilan seseorang pengarang itu mengolah bahasa yang sesuai sebagai penerapan karya kreatif yang bersifat imaginatif, figuratif, dan simbolik yang mampu mengukuhkan pemikiran.

Keris Mas menyatakan bahawa gaya bahasa meliputi kebahasaan yang menimbulkan rasa khusus yang mengandungi estetik. Termasuk dalam manipulasi ini ialah pemilihan kata, pemilihan struktur sintaksis, pemakaian dan pemilihan bahasa figuratif, ungkapan, peribahasa, kiasan dan penggunaan pola konvensional dan sebagainya.

Kamaludin Muhamad ( Keris Mas ),dalam buku beliau Perbincangan Gaya Bahasa Sastera ( 1998:13), gaya bahasa bermaksud cara atau ragam bahasa itu dipakai, khususnya dalam tulisan atau karangan.Penggunaan atau pemakaian bahasa mempunyai jenis – jenis yang khusus. Khusus untuk maksud- maksud yang tertentu seperti untuk menghuraikan ilmu pengetahuan, untuk berucap kepada khalayak ramai yang tidak terpelajar, untuk menulis berita dalam akhbar – akhbar, untuk mengarang rencana atau esei, untuk kegunaan perundang-undangan,untk ilmu Sains dan teknologi dan lain – lain, termasuk gaya untuk karangan yang mengharukan dan membangkitkan perasaan seni.

2.0 PENGOLAHAN GAYA BAHASA DARI DUA BUAH TEKS WAJID: TEH DI BUKIT TINGGI oleh Nor Faridah Manaf dan KEPIKUNAN oleh Shanon Ahmad.
Kita akan mengutip beberapa potong ayat daripada cereka fiksyen Melayu moden yang terpilih. Kita akan meneliti bahasa yang digunakan dalam potongan itu. Kemudian kita bincangkan kemungkinan – kemungkinan gaya lain yang boleh dipakai oleh pengarang , berdasarkan ayat – ayat, frasa, ungkapan, pilihan kata, ketepatan dan kesesuaian makna yang terdapat pada potongan – potongan cerpen itu nanti. Disamping itu kita akan berbincang tentang watak, latar, gagasan dan pemikiran pengarang. Selain daripada itu kita juga akan berbincang tentang bahasa yang digunapakai oleh pengarang semasa awal cerpen, pertengahan, konflik dan pelaraian ceritanya.
Petikan dari cerpen Teh di Bukit Tinggi :
Kereta buruknya merangkak memanjat bukit tinggi itu. Di belakang kereta itu terpampang besar pelekat ini : Jutawan akan Datang Anda. Aku tergelak besar. Siapakah gerangan badut ini, hatiku tertanya-tanya.Kami semua menuju ke destinasi yang sama:majlis minum teh di bukit tingi di Malaysia. Kami semua mendapat jemputan seorang ahli politik yang sedang naik namanya.Orang mengatakan dia pilihan nombor tiga dan bakal menjadi Perdana Menteri dalam masa dua atau tiga pilihan raya lagi. Aku dijemput sebagai wartawan sebuah surat khabar terkenal di Negara ini. Surat khabar yang dikatakan menjadi telunjuk kerajaan yang memerintah. Ini tidak benar. Sama sekali tidak benar. Kami ini telah merdeka.Kami telah lama mempunyai kebebasan bersuara. Kebebasan menulis. Barat Cuma mengada – adakan cerita jika ini tuduhan yang datang daripada mereka tali – tali barut mereka di tanah air, tempat darahku akan tumpah hingga ke saat – saat terakhirku. Mempertahankan sebuah kemerdekaan. Sebuah martabat. Sebuah identiti.
Kereta buruk itu semakin tersengguk – sengguk. Sekali sekala kelihatan seperti enjinnya akan mati terus. Ikwan, jurugambar menemaniku mengemaskan tali pinggang keselamatannya sambil berkata,”Kalau kereta Si badut ini menggelongsor ke belakang kita akan terkubur di dalam hutan ini tanpa batu nisan.”
( Nor Faridah Abdul Manaf, “Teh di Bukit Tinggi”, hlm 285-286 )
Tiap – tiap gaya melahirkan kesan tertentu. Gaya memakai ayat gabungan yang kompleks yang mengandungi beberapa idea yang kita lihat dalam permulaan cerpen ini, ianya dapat memberi kesan kepada kita jalan ceritanya. Diantara kesannya adalah kita telah dibawa dekat kepada objek yang diceritakan, kita tidak saja melihat satu objek yang utama tetapi segala yang ada disekeliling objek tersebut, disamping itu kita juga measa seolah – olah objek utama bersatu dengan segala disekelilingnya melalui gerak, perlakuan bahkan perjalanan fikiran atau perasaan atau suasana benda – benda itu, yang hidup atau yang tidak hidup. Amat terasa bahawa tiap – tiap kata yang dipakai mempunyai makna yang tepat dan sesuai, seperti perkataan : buruknya, badut, terpampang,menyukarkan, menemani dan sebagainya. Ini dapat kita lihat daripada permulaan cerpen ini, ianya senang untuk difahami oleh khalayak pembaca.
Penulis juga menyelit gaya bahasa personifikasi iaitu dalam potongan ayat Kereta buruknya merangkak memanjat bukit tinggi itu. Disamping itu terselit juga unsur bahasa simile dalam perenggan kedua potongan ayat Siapakah gerangan badut itu, Macam lebat hitam rambut dikepala. Kita macam telu di hujung tanduk. (ms 289). Potongan ayat Kereta buruk itu semakin tersengguk – sengguk, merupakan metafora yang digunakan oleh penulis untuk mengambarkan keuzuran kereta yang digunakan oleh Datu’ Dr. Taufik dalam karyanya. Unsur gaya Bahasa epitet terselit dalam ayat Surat khabar yang dikatakan menjadi telunjuk kerajaan yang memerintah. Terdapat juga unsur hiperbola diselit didalam cerpen ini iaitu dalam ayat Kata – katanya ( ayat – ayat al_Quran dan hadis cair di lidah ) dan pergaulannya dengan orang yang biasa (ms 291.) Terdapat juga unsur satira dalam ayat bagi mengambarkan bertapa tidak senangnya hati penulis ini dengan watak Dato’ Dr. Taufik ini jelas dalam potongan ayat Kadang – kadang aku hampir termuntah juga dengan ilusi mereka ini.(ms291). Gelaran badut juga merupakan unsure gaya bahasa satira bagi gelaran kepada pemandu kereta dan juga penumpang di dalamnya. Ini menunjukkan bertapa tidak senang hati penulis dengan kahadiran orang tersebut.Terdapat juga unsur gaya bahasa Paralipsis, dalam ayat berikut Siapakah pengikut – pengikutnya ?Kalau raja, ada rakyat, Kalau pemimpim,ada pengikutnya. ( ms 291).
Di pertengahan cerpennya ini, penulis juga menggunakan bahasa Inggeris sebagai mengambarkan bahasa penulis merupakan seorang yang terpengaruh atau pun untuk memanjakan gelaran ayah beliau dengan panggilan Daddy, mummy dan I love you sebab itulah tulisan ini dicondongkan supaya pembaca tahun bahasa perkataan daddy mummy dan I love you itu merupakan perkataan dari bahasa asing. Potongan ayatnya adalah seperti begini Daddy pasti marah jika tahu aku telibat dalam majlis – majlis seperti ini. Daddy selalu kata jangan campuradukkan politik, agama dan profesionalisme kewartawanan kita. (ms 289-290). Depan mummy, I love you, I love you. Belakang mummy, daddy angkat budak sekolah atau yang tidak habis sekolah bawa makan angin ke Tokyo, Hong Kong, Jakarta. Mummy dibawa ke London, New York, Paris.
Penulis juga bahasa Arab dari ungkapan dialognya menyebut “ Assalamualaikum. Maaf jika kereta saya terlalu perlahan di hadapan anda sepanjang jalan tadi” (ms 287 ).
Semasa konflik penulis menyelitkan beberapa perkataan dari bahasa Arab yang digunakan seperti akhlak,misyar, syaitan, ulama, muta’ah, taksub dan berkhutbah. Penggunaan bahasa Arab ini mudah dan senang difahami oleh khalayak. Terdapat juga unsur bahasa inuendo dalam dialog yang digunakan seperti ayat “ Ya Dato’, kadang – kadang kita sendiri yang menyerahkan kunci rumah kepada musuh sendiri.
Dipeleraian cerpen ini pula penulis terdapat penggunaan unsur bahasa anafora yang digunakan seperti potongan ayat, Aku mencelah selagi aku masih boleh mencelah kerana Dato’ apabila bercakap, dia bercakap tanpa noktah. (ms 294). Terdapat juga unsur gaya bahasa sinisme pada potongan ayat “ Kau sentiasa bijak,” kata Ikwan marah – marah. (ms 295). Dalam dialog yang berbunyi “ Turun bukit lebih mudah daripada menaikinya, Ikwan. Terutama jika ada kereta buruk dihadapannya.” ( ms 295 ), dalam dialog ini terdapatnya unsur gaya bahasa ironi, iaitu ianya menyatakan tentang makna yang bertentangan. Namun demikian terdapat juga unsur bahasa polisinden dalam dialog “ Mereka terlalu taksub akan dunia tanpa sempadan, mungkin Dato’ ? Dialog ini juga boleh juga kita katakan dialog yang mempunyai penjelasan. “Itu! Cuba kautengok itu, Sarina. Bukan itu Dato’ Dr. Taufik ?” Ada baiknya juga jika dialog itu diberi keterangan supaya pembaca benar-benar dapat memahami apa yang diceritakan oleh penulis.
Terdapat beberapa watak yang ditonjolkan oleh penulis cerpen ini diantaranya ialah : Cik Sarina – Seorang pemberita dari akhbar tempatan, Ikwan – seorang jurugambar yang menemani Cik Sarina. Dato’Dr. Taufik – dianggap sebagai badut, seorang ahli politik, Angie- sebagai penyambut tetamu, Ustaz Ishak al-Hafiz – tukang baca doa dimajlis minum teh di bukit tinggi, Steven Chan, Micheal Arumugam- pengikut Dato’ Dr. Taufik. Ah Kong – mekanik kereta . Dato’Dr. Taufik. Cerpen ini berlatar belakangkan: Latar Tempat – Di jalan raya, bilik minum teh. Latar masa- waktu siang dan pagi. Latar masyarakat- masyarakat majoritinya beragama Islam, masyarakat majmuk. Manakala gagasan dan pemikiran penulis cerpen ini ialah mencari tentang perkembangan politik yang berlaku di sesuatu tempat, dimana seorang ahli politik yang pada mulanya digambarkan sebagai seorang yang berkarisma untuk memimpin sesebuah masyarakat yang bijak bertutur kata, tahun tentang ajaran agama Islam dan berkelulusan tinggi rupa – rupa seorang yang hanya indah khabar dari rupa dan perangainya, kerana diakhir sekali cerpen ini, ianya mengambarkan siapakan sebenarnya ahli politik ini, pada mulanya ahli politik ini menunjukkan sifat merendah diri dengan menggunakan sebuah kereta yang buruk, apabila habis sahaja menghadiri majlis tersebut, beliau menaiki sebuah kereta BMW sport yang harganya menjejah ratusan ribu ringgit dan tambahan ula ada seorang wanita yang berambut perang menanti beliau di dalam keretanya. Seandainya dia seorang yang beragama dan ikhlas sudah pasti dia tidak akan menyuruh prempuan tersebut mewarnakan rambutnya, samada perempuan itu isterinya ataupun anaknya. Kita fikirlah sendiri untuk mencari konklusinya.
Mari pula kita lihat petikan cerpen Kepikunan oleh Shanon Ahmad :
Begitu ketokohan sian dan begitu ketokohan malamnya. Siangnya dian senantiasa bergantung bagai bola yang terang- benderang dengan hikmahnya untk menghidupkan dan juga sekali gus melahirkan suasana untuk kehidupan bagi semua; baik untuk melihat atau menikmati kewarnawarnian. Dan bila ia terbenam waktu malamnya ia melahirkan pula ketenangan, ketenteramam dan suasana untuk istirihat.
Sinarnya menjahang membakar belulang dan bahang senantiasa memijar. Dana malamnya dia berundur seketika bagai sengaja hendak bersantai dan berlega – lega,bagaikan hendak menegang urat saraf yang siangnya berlusuh dan bergelutan. Dan besoknya dia membahang dan terus meminjar lagi; tidak kira sama ada hujan dari langit mencurah dan membanjiri atau Sungai Paya Terendam melimpah ruang sepanjang siang sepanjang malam.
Sesungguhnya dirinya senantiasa berbahang dan memancar cahaya tanpa tangguh – tangguh dan sekali gus pula memancar cahayanya itu kepada segala yang lain;tak kira di mana sahaja dan siapa sahaja.
( Shanon Ahmad “ Kepikunan hlm” 185-186 )
Untuk memberi gambaran yang tepat, pengarang menulis secara terperinci tentang sesuatu perkara. Perincian penulisannya ini menyebabkan khalayak pembaca benar-benar berpuas hati . Inilah pelukisan bahasa dalam sesebuah karya sastera, yang ditampilkan oleh Shanon Ahmad ini. Pengarang dapat membawa pembaca untuk membaca seterus tentang cerpen Kepikunan ini. Pada pengolahan bahasanya ternyata amat berbeza dari cerpen Teh di Bukit Tinggi, kerana kebanyakan bahasa yang digunakan dalam cerpen ini begitu puitis dan sederhana sekali. Kesederhanaan gaya dalam keratin karya ini juga dapat dikesan dari penceritaan yang mencampuran antara deskripsi suasana dengan deskripsi apa yang ada dalam fikiran atau perasaan watak. Ini jelas kita lihat suasan semasa awal pengarangan cerita ini.
Sinarnya menjahang membakar belulang dan bahang senantiasa memijar. Dana malamnya dia berundur seketika bagai sengaja hendak bersantai dan berlega – lega,bagaikan hendak menegang urat saraf yang siangnya berlusuh dan bergelutan. Dan besoknya dia membahang dan terus meminjar lagi; tidak kira sama ada hujan dari langit mencurah dan membanjiri atau Sungai Paya Terendam melimpah ruang sepanjang siang sepanjang malam.( ms185)
Adam masih berdaya merenungi alam, melihat langit dengan segala keajaibannya, merenungi gelagat Sungai Paya Terendam yang memisahkan Taman Beris JAyanya dengan Taman Mengkuang. Hujan masih diharapkannya. Dan Adam kadang – kadang asyik sahaja sepanjang siang memikirkan gelagat hujan yang penuh nikmat dan juga penuh bala bencana itu. ( ms 187)
Ini adalah deskripsi suasana atau situasi dan disambung terus dengan: Sesungguhnya dirinya senantiasa berbahang dan memancar cahaya tanpa tangguh – tangguh dan sekali gus pula memancar cahayanya itu kepada segala yang lain;tak kira di mana sahaja dan siapa sahaja.( ms 185)
Darinya ada nikmat darinya ada azab. Dan nikmat hujan bersekali gus dengan azab hujan mencurah turun melimpah Sungai Paya Terendam.( ms 187)
Ini adalah deskripsi yang difikirkan oleh Adam yang hamper terasa seperti interior monolog. Gaya seperti ini memang memberikan rasa kesederhanaan kerana pada lahirnya kita mengikuti penceritaan , narration,oleh pengarang tetapi secara perasaan kita sebenarnya mengikuti juga penceritaan oleh watak dalam cerita itu sendiri. Memang ada gaya yang memakai interior monolog atau memakai stream of consciousness panjang – panjang dan terpisah dari induk narration. Gaya seperti ini memang lebih merupakan gaya tersendiri yang dapat disebut khas gaya interior monolog atau stream of consciousness.Kebiasaanya lebih serius bentuk dan isinya. Gaya yang kita lihat dalam keratan karya ini memandukan antara narration dengan interior monolog secara tidak sedar. Ini yang menyebabkan terasa agak sederhana, dan kesederhanaan itu memberikan kenikmatan estetik.
Selain daripada itu terdapat juga pelbagai gaya bahasa yang digunakan oleh pengarang, untuk menarik minat khlayak pembaca, diantara unsur gaya bahasa yang dapat dikesan pada awal cerpen, pertenghan, semasa konflik dan pelaraiannya adalah seperti berikut :
Begitu ketokohan sian dan begitu ketokohan malamnya. Siangnya dian senantiasa bergantung bagai bola yang terang- benderang dengan hikmahnya untk menghidupkan dan juga sekali gus melahirkan suasana untuk kehidupan bagi semua; baik untuk melihat atau menikmati kewarnawarnian. Dan bila ia terbenam waktu malamnya ia melahirkan pula ketenangan, ketenteramam dan suasana untuk istirihat. ( ms 185).
Ini merupakan keratan yang menggunakan gaya bahasa imej, ianya mengambarkan tentang keadaaan ketokohan seorang tua yang bernama Adam. Selain daripada itu terdapat juga unsur gaya bahasa metafora dalam keratan :
Dia terus bernafasjuga macam air sungai yang jernih; tidak membiarkan dirinya terliuk begitu mudah dicemarkan oleh sebarang susukan; baik susukan yang berupa syaitan yang senantiasa menunggu dalam setiap perjalanan atau merupakan nafsu yang asyik ternganga menunggu habuan, atau dunia yang serba gemerincing dan pesona ini mahupun susukan dari manusia yang kebanyakkannya sudah terluput fitrah, terhakis manusiawi itu. (ms 187-188).
Terdapat juga unsur gaya bahasa pengulangan ataupun tautologi yakni membuat perulangan pada kata kata atau frasa sebelumnya, yang sebenarnya jelas maksudnya seperti dalam beberapa keratan ayat yang digunakan oleh pengarang : Adam masih fasih untuk membedakan yang mana satu yang berlagak fatamorgana yang mana satu yang bergidadan.(ms 188).
Sesungguhnya bukan Adam sendiri yang menimbulkan tikaian demi tikaian itu, tohmahan demi tohmahan itu sehingga tersalah tanggapan dari orang ramai yang tinggal berjiran dalam Taman Beris Jaya mahupun salah tanggapan dari anak cucu dan para menantunya sendiri yang tinggal sebelah menyembelah.( ms 188)
Pengarang juga turut menggunakan beberapa unsur gaya bahasa Arab Seperti : beristigamah, thalib,fiil – fiil, berzikrulmaut, bertilawah, bertahajud,bertazkiyyah al-nafs ,bertasfiyyah, kitabullah, ghaib, berwirid, Subhanallah, Alhamdulillah, juz, Husnul Khatimah dan Su’ul Khatimah. Tedapat juga bahasa Jepun iaitu perkataan Tsunami .Kecekapan penggunaan bahasa asing ini jelas terbukti dengan jelas dalam karya penulis cerpen ini.
Dipertengahan dan koflik cerpen ini terdapat unsur gaya bahasa metafora yakni unsur gaya bahasa perbandingan terus yang bersifat memberi perbandingan terus. Metafora ini dapat menolong penulis melukiskan sesuatu gambaran yang jelas melalui komprasi atau kontras. Ianya dapat member perbandingan antara dua hal atau benda untuk mencitakan sesuatu kesan metal yang hidup walaupun tidak dinyatakan secara eksplisit, kita lihat beberapa contoh dari keratan cerpen ini :
Menteri itu adlah matahari. Wakil rakyat itu hendaklah macam matahari. (ms 192 – 193).
Apakah Orang Tua Seperti Adam ini macam kain buruk yang hanya layak dibuang ke bucu – bucu dan dipijak – pijak sahaja (ms 193).
Tedapat juga unsur gaya personifikasi yakni melekatkan sifat – sifat insani kepada barang yang tidak bernyawa dan idea yang abstrak, seperti keratan :
Air hujan dari hulu menunjah turun, menghayutkan reba dan sampah sarap dan bangkai dan segala yang usang – usang yang hamper sebulan Sungai Paya Terendam berhamil dengannya.( ms 197)
Semua kerenah manusia dalam bentuk sampah sarap dan sisa – sisa itu habis dikuakkan dan dihanyutkantindih – menindih,lonjak – melonjak.(ms 198).
“ Merdeka itu sungai.”
“Merdeka itu hujan.”
“Merdeka itu angin.”
Diantara dialog yang terdapat dalam cerpen ini yan menggunakan gaya bahasa abstrak.
Terdapat beberapa gambaran watak yang ditonjolkan oleh penulis dalam cerpennya ini, diantaranya ialah :
Watak Adam – orang tua yang dianggap oleh anak dan menantu serta orang kamapung yang sudah berpikun. ( seorang yang berjuang tentang cara menyambut kemerdekaan tanah air ),watak Salamah- isteri yang taat setia kepada suaminya Adam. Watak Zulfakar – anak kepada Adam, Solehah – anak menantu perempuan Adam dan Diana – cucu kepada Adam.
Manakala cerita berlatarkan beberapa tempat di antaranya ialah :
Latar tempat : didalam rumah, dibilik tidur,ditebing sungai, di kawasan perumahan. Latar masa : siang , malam dan pagi. Latar masyarakat : Masyarakat Melayu Islam, masyarakat feudal yang mementingkan diri sendiri.
Gagasan dan pemikiran penulis tentang cerita ini adalah, jangan lupa tentang perjuangan orang yang terdahulu daripada kita bagi memerdekan tanah air kita yang tercinta, kita harus hormat kepada orang yang lebih tua daripada kita walaupun orang tua itu tidak berpangkat dan berjawatan tinggi dalam komuniti kita. Disamping itu kita hendaklah juga menghormati orang tua kita yang telah banyak berjasa kepada kita, jangan menggaggap mereka itu telah nyanyuk dan pendapat mereka tidak kita gunakan.
3.0 PENUTUP
Ternyata banyak perbezaan dari segi penggunaan gaya bahasa diantara dua cerpen ini. Gaya bahasa yang digunakan oleh oleh Nor Faridah Manaf lebih kepada gaya bahasa santai dan mudah diikuti ceritanya manakala Shanon Ahmad begitu puitis dan sederhana sekali, kurang berdialog tapi kebanyakkannya monolog. Ini berkemugkinan besar disebabkan oleh generasi penulis yang berbeza.
Bibliografi
Awang Sariyan (1986). Kesinambungan Bahasa dalam Sastera Melayu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Carter,R.(Ed). (1990).Languange and Literature. Unwin Hayman.
Henry Guntur Tarigan (1985). Pengajaran Gaya Bahasa. Bandung: Penerbit Angkasa
Keris Mas (1988). Gaya Bahasa Sastera. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Umar Junus ( 1989). Stilistik: Satu Pengantar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Umar Junus, (1985). Dari Kota Ke Ideologi-Persoalan Stilistik Melayu, (selenggaraan Awang Sariyan), Petaling Jaya:Fajar Bakti.
Za’ba, (1965). Ilmu Mengarang Melayu, Kuala Lmpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

KOB3201PENGENALAN KOMUNIKASI MASSA-Laporan Penyelidikan Perbandingan Media Massa Tempatan danMedia Massa Antarabangsa


1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan

Kebebasan media di Malaysia tidaklah sebebas negara Barat yang lain. Tetapi lebih baik berbanding dengan negara China, Timur Tengah, negara komunis dan negara bekas komunis. Kebebasan media massa di Malaysia dikawal oleh Akta Penerbitan dan Percetakan Akhbar 1984

Peranan kerajaan dalam memantau pembangunan industri media massa, khususnya media cetak seperti akhbar dan media elektronik seperti televisyen di Malaysia sering kali mendapat perhatian dan kritikan dari pemerhati asing, khususnya pemerhati barat. Seringkali, isu kebebasan bersuara dan isu censorship yang diamalkan oleh industri media massa tempatan dikritik dan dipertikaikan oleh pemerhati asing. Di Malaysia, industri media massa tertakluk di bawah akta dan undang-undang, khususnya di bawah Perkara 10 Perlembagaan Malaysia yang mengawal kebebasan bercakap dan bersuara. Dalam konteks ini, industri media massa tempatan tidak dibenarkan menyalurkan maklumat yang mungkin boleh mendatangkan implikasi perpaduan kaum seperti menyentuh isu-isu perkauman, keagamaan, isu-isu politik yang terlalu ekstrim, isu-isu yang mempertikaikan kedaulatan sistem beraja dan sebagainya.

Media ialah alat atau perantara komunikasi (perhubungan). Istilah media massa merujuk kepada pelbagai jenis alat komunikasi seperti televisyen. radio, surat khabar, majalah dan sebagainya yang dapat menyampaikan maklumat seperti berita kepada orang ramai dengan cepat (dalam masa yang singkat). Media massa boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu media cetak dan media elektronik. Media cetak ialah alat atau saluran komunikasi yang berupa bahan cetakan atau terbitan seperti surat khabar, majalah jurnal, risalah, brosur dan sebagainya. Media elektronik pula ialah alat atau saluran komunikasi yang berupa atau yang menggunakan alat-alat electron moden seperti radio, television dan sebagainya. Ia juga merupakan saluran komunikasi yang berkesan untuk menyampai dan menerima maklumat dari dalam atau luar negeri. Maklumat yang disampaikan adalah berbagai-bagai bentuk seperti doktrin, ideologi, panduan, hiburan, sukan dan seribu satu macam informasi yang berkaitan dengan hal ehwal kehidupan manusia.

2.0 Sejarah Media Massa Kita

Sekatan terhadap media di Malaysia telah dilaksanakan oleh penjajah British di Malaysia lagi. Banyak surat khabar yang diterbitkan di Malaysia dan Singapura telah diharamkan penerbitannya. Rencan-rencana yang ditulis oleh Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam, Abdul Rahim Kajai dan lain-lain yang dianggap anti penjajah telah diambil tindakan sehingga ada akhbar yang diharamkan. Pemimpin ini dicop sebagai pemimpin kiri atau pro sosialis.

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) telah digunakan oleh British sebelum Perang Dunia II lagi. Demonstrasi telah meletus sehingga mencetuskan rusuhan kaum di beberapa tempat. Perasaan marah dibangkitkan oleh media massa seperti ketidakpuastian masyarakat Melayu terhadap isu Natrah di Singapura tahun 1950.

2.1 Selepas Merdeka

Malaysia yang merdeka pada tahun 1957 telah meneruskan semua akta yang dibentuk semasa era penjajahan British dahulu. Malahan lebih banyak sekatan diperkenalkan melalui Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang dikemukakan oleh Lord Reid. Buku The Malay Dilemma yang ditulis oleh Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada 1969 telah diharamkan sehingga tahun 1981. Surat khabar mingguan Watan pula telah diharamkan pada 1987 selepas Operasi Lalang. Begitu juga dengan nasib Mingguan Bumi. Akhbar Harakah pula dihadkan kekerapannya. daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan pada Mac 2000 dan tidak boleh dijual secara terbuka. Permit akhbar juga boleh ditarik dengan mudah kerana ia perlu diperbaharui setiap tahun.

2.2 Dasar Langit Terbuka
Siaran radio dan televisyen tempatan Malaysia dikawal oleh Kementerian Penerangan Malaysia. Bagaimanapun, siaran radio dan televisyen dari Singapura, Indonesia dan Thailand boleh dinikmati oleh penduduk di Johor dan utara Semenanjung Malaysia sejak tahun 1980-an. Penduduk negeri Sabah dan Sarawak yang memiliki satelit parabola bersaiz kecil pula boleh mendapatkan siaran dari Indonesia dan Filipina. Harga parabola yang semakin murah dan mudah didapati menjadi satu ancaman kepada kawalan media di Malaysia. Sistem langit terbuka ini mengejutkan ramai pihak kerana ada pro dan kontra. Era Tun Dr Mahathir bin Mohamad menyaksikan syarikat Binariang yang dipengerusikan oleh Tun Mohammed Hanif Omar telah melancarkan satelit ke angkasa lepas bagi melancarkan siaran Astro. Dengan ini sistem langit terbuka yang diwarwarkan tidak sepenuhnya terbuka, tetapi dikawal melalui siaran satelit Astro. Semua negara di dunia juga setuju sistem langit terbuka perlu dikawal dan dipantau.

Era 1990-an menyaksikan Malaysia berhadapan dengan isu globalisasi atau dunia tanpa sempadan apabila munculnya internet dengan kemudahan laman web, e-mel, telefon internet, chit chat dan sekarang blog. Pada peringkat awal kerajaan Malaysia menggalakkan rakyat menggunakan internet dan membekalkan komputer di sekolah-sekolah. Guru-guru Sains dan Matematik dilengkapkan dengan sebuah komputer agar mereka mudah mencapai internet dan melaksanakan P&P menggunakan komputer. Kafe siber tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan dan tahap kelajuan internet semakin baik melalui Streamyx dan lain-lain. Para pelajar sekolah dan mahasiswa universiti menghabiskan banyak masa di kafe siber sehingga membimbangkan ibu bapa. Selain bermain permainan, mereka juga melayari laman web lucah dan ganas. Mahasiswa yang tersekat oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971(AUKU) telah menggunakan blog bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka.

2.3 Gelombang Politik 2008

Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek mendapat lampu hijau untuk memugar dasar-dasar lapuk Kementerian Penerangan dan dasar-dasar yang menyekat kebebasan media di Malaysia. Arah pemberitaan perlu berubah berorientasikan rakyat. Jika kerajaan tidak mendengar kritikan mahasiswa dan penulis blog, akhirnya kerajaan akan dijatuhkan seperti mana 8 Mac 2008


3.0 Kajian Sastera ( Literature Review )

Dalam laporan ini kita akan membincangkan tentang peranan media massa, isu-isu kebebasan bersuara dan isu “censorship” dalam dan luar Negara. Disampng itu, kajian ini juga akan menerangkan tentang hubungan rapat di antara isu kebebasan dengan industri media massa serta kesan-kesan daripada pengawalan kebebasan bersuara.

Penelitian terhadap pelaksanaan Perkara 10 dalam Perlembagaan Malaysia dan pandangan orang ramai terhadap kelonggaran isu kebebasan bersuara. Secara umumnya kajian ini adalah mengkaji tentang isu-isu kebebasan bersuara bagi pihak media massa di Malaysia iaitu Sejauh manakah kawalan kebebasan bersuara yang diamalkan oleh industri media massa tempatan, Apakah kesan-kesan daripada Pelaksanaan Perkara 10 dalam Perlembagaan setakat manakah kelonggaran dan kebebasan bersuara yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada pihak media massa dan Apakah pandangan masyarakat terhadap isu-isu kebebasan bersuara di Malaysia

Dapatan daripada kajian ini diharap dapat memberi pengajaran dan pengenalan kepada mereka seperti pihak media massa dan masyarakat tempatan dalam memahami kefahaman dan tujuan kerajaan menjalankan pelaksanaan Perkara 10 dalam Perlembagaan serta menerangkan tujuan sebenarnya tentang kebebasan bersuara. Masyarakat tempatan merupakan kumpulan atau golongan yang sering kali mengalami kekeliruan dan salah faham tentang isu-isu kebebasan bersuara dalam konteks ini. Jadi, dengan memahami dalam penegasan tentang isu ini serta etika kewartawanan dan media massa ini, sedikit sebanyak akan menyenangkan serta membantu seseorang itu dalam memahami dan menyesuaikan diri dengan persoalan tentang kebebasan bersuara.

Sekali lagi, seperti yang diketahui, media massa adalah alat interaksi sosial yang memainkan berbagai peranan penting dalam masyarakat terutama sebagai alat perantara (McQuail, 1987). Menurut McQuail (1987), media massa memainkan peranan sebagai jendela pengalaman yang meluaskan pandangan dan memungkinkan masyarakat memahami lingkungan persekitarannya. Manakala Merril, Lee, & Friedlander (1994) telah menyatakan bahawa media massa adalah cermin yang memantulkan citra masyarakat terhadap masyarakat itu sendiri. Mereka juga menekankan media massa boleh membentuk suatu imej daripada suatu peristiwa mahupun suatu negeri, kepada pembaca. Malah Merril, Lee, & Friedlander (1994) percaya media massa boleh menguasai kehidupan manusia. Ini kerana menurut mereka:

It would be difficult to imagine life without mass media. Media inform us. Media entertain us. Media invade our lives. And yet media, the instruments of mass communication, are relatively new development in the long thread of civilization. (Friedlander, 1994)

Tujuan asas literasi media ialah mengajar khalayak dan pengguna media untuk menganalisis mesej yang disebar oleh media massa, mempertimbangkan tujuan komersil dan politik di sebalik sesuatu citra atau mesej media, dan meneliti siapa yang bertanggungjawab akan mesej atau idea yang diimplikasikan oleh mesej atau citra itu (Fuziah Kartini Hassan Basri & Arfah Yusof, 2002). Ini kerana media massa boleh sampai kepada banyak khalayak dengan pantas, mencipta pengetahuan dan menyebar maklumat, di samping mengubah sikap yang belum mantap (libat Rogers, 1995).

Namun, media massa seperti radio, televisyen, akhbar, majalah, filem, poster, pita video dan bahan-bahan percetakan stensilan lain yang mudah, boleh menolong menimbulkan kesedaran terhadap sesuatu usaha pembangunan. Tapi, ia juga berupaya menyebabkan konflik dan salah faham di kalangan masyarakat sekiranya media massa tersebut disalahgunakan oleh sesetengah pihak untuk tujuan yang negatif.

Akan tetapi, menurut Fuziah & Arfah (2002) lagi, seseorang pengguna media yang mempunyai literasi media atau celik media akan berupaya memberi reaksi dan menilai sesuatu mesej media dengan penuh kesedaran dan tanggung jawab. Bidang literasi media menyediakan pengetahuan, maklumat dan statistik tentang media dan budaya, serta melengkapkan pengguna media dengan satu set peralatan untuk berfikir dengan kritis terhadap idea, produk atau citra yang dijaja dan dijual oleh isi kandungan media massa.

3.1 Kebebasan Bersuara Dengan Perkara 10

Malaysia merupakan sebuah negara raja berperlembagaan dengan sistem kerajaan berparlimen. Namun pihak kerajaan Malaysia telah menyekat kebebasan media, kebebasan berpersatuan, dan kebebasan berhimpun serta mengenakan sekatan tertentu terhadap kebebasan bercakap. Di Malaysia, konsep kebebasan bersuara diiktiraf sebagai salah satu hak kebebasan asasi manusia dan ia diamalkan secara berhemah. Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini, iaitu semua warga negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran. Walaupun begitu, ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak. Bahkan ia tertakluk kepada fasal (2), (3) dan (4). Perkara 10(2)(a) membenarkan Parlimen mengenakan:

Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain, ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, fitnah, atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.

Jadi, hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah perlu dipastikan supaya tidak disalahgunakan. Kebebasan bersuara yang diberikan perlu dipastikan tidak menjadi hasutan dan ungkapan yang tidak melanggar hak keistimewaan Parlimen dan Dewan Negeri. Maka, difahami bahawa salah satu daripada sekatan-sekatan yang dikenakan ke atas kebebasan bersuara adalah penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan khabar angin atau fitnah yang bukan-bukan. Secara umumnya, undang-undang ini digubal untuk memperuntukkan seksyen-seksyen tertentu bagi melindungi nama baik seseorang ataupun elak daripada berlaku konflik dan perselisihan faham.

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Proses penyelidikan ini akan membawa pelbagai pengajaran bagi penyelidik tentang sebelum dan selepas perlaksanaan Perkara 10 dan kelonggaran kepada media massa dalam aspek kebebasan bersuara. Selain itu, implikasi daripada perlaksanaan Perkara 10 dan kawalan kepada kebebasan bersuara ini akan membawa kesan kepada media massa sebagai saluran maklumat sama ada implikasi positif atau negatif. Kajian ini akan menemubual 40 orang dari pelbagai peringkat seperti tenaga kerja dari swasta dan awam, pelajar-pelajar IPTS dan IPTA dan golongan bersara dan surirumahtangga. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dan memahami aspek isu-isu kebebasan bersuara bagi pihak media massa di Malaysia. Juteru, terdapat beberapa limitasi kajian dalam kajian penyelidikan ini adalah disebabkan oleh bilangan informan adalah terhad, pendekatan-pendekatan yang digunakan dan latar belakang, pekerjaan dan hubungan informan-informan yang dikaji.

4.2 METODOLOGI KUALITATIF

Selain itu, pengumpulan maklumat dari sumber primer dan sumber sekunder juga digunakan. Sehubung dengan itu, sumber primer adalah maklumat yang diperolehi melalui tinjauan untuk sesuatu tujuan tertentu. Suatu tinjauan dibuat dengan mengumpul maklumat daripada sejumlah responden yang dipilih dan kemudian merumuskan jawapan-jawapan yang diterima daripada responden ini.

Metodologi kualitatif digunakan untuk memahami fenomena sosial dari pandangan pelakunya. Selain itu, metodologi ini berfungsi prosedur penelitian yang menghasilkan data deskriptif berupa kata-kata tertulis atau lisan dari orang-orang dan perilaku yang dapat diamati. (Bogdan dan Taylor via Moleong dalam buku metodologi penelitian Kualitatif, 1988).

Selain itu, tinjauan juga boleh juga dilakukan dengan mendapatkan orang ramai menjawab soalselidik berhubung dengan sesuatu perkara. Soal selidik merupakan satu senarai soalan yang dibentuk secara berhati-hati dan sistematik. Ia bertujuan untuk mendapatkan maklumat daripada responden berkaitan dengan sesuatu penyelidikan yang dijalankan. Soal selidik boleh berbentuk bertulis atau bercetak di atas kertas atau secara verbal melalui temuduga secara bersemuka atau telefon. Soal selidik ini diberi kepada responden secara bertulis atau secara lisan, iaitu temubual telefon atau temubual secara bersemuka. Menurut Naresh K. Malhotra (1999):

“Soal selidik yang juga dikenali sebagai jadual, borang temuduga atau alat pengukuran merupakan satu set soalan berbentuk formal yang bertulis atau secara verbal bagi mendapatkan maklumat daripada responden.”

Disamping itu, penggunaan sumber sekunder terdiri daripada maklumat yang diperolehi daripada sumber yang sedia ada akibat daripada lain-lain tinjauan atau rekod yang telah dibuat untuk kegunaan pihak lain. Terdapat ratusan sumber sekunder dalam pasaran yang boleh dirujuk bagi mengenalpasti idea perniagaan.

Menurut Syed Arabi (2002) dan Stewart (2002), teknik ini sesuai digunakan apabila pengkaji bertindak menentukan individu yang terlibat dengan kajian sesuai dengan hasrat untuk mencapai objektif kajian yang telah ditentukan.

Oleh kerana kajian ini menfokuskan kepada kesan-kesan daripada Perkara 10, pemahaman dan pengawalan kepada isu kebebasan bersuara serta pendapat atau pandangan daripada oleh informan. Kaedah penentuan kriteria pada peringkat awal ini juga sesuai dengan amalan yang telah dilakukan oleh pengkaji sebelum ini seperti Moreno (1999), Bird (2004), Edward (2005) dan Turner (2005).

4.3 PERSAMPELAN

Menurut Ary (1990), suatu sampel yang baik mestilah mempunyai dua kriteria iaitu perwakilan dan kecukupan. Perwakilan membawa pengertian bahawa sampel yang dipilih mestilah mewakili populasi kajian. Kecukupan pula membawa pengertian bahawa bilangan sampel yang digunakan adalah mencukupi untuk membuat kesimpulan dan generalisasi yang meyakinkan.

4.4 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian ialah soal selidik yang dibina sendiri oleh penyelidik berdasarkan konsep dan pandangan yang dikemukakan oleh Callan (2003). Pengumpulan data ini telah dilakukan sendiri oleh penyelidik. Masa yang diambil untuk mengisi borang soal selidik ialah lebih kurang 30 minit. Borang akan dikembalikan scepat mungkin seperti mana yang diarahkan.

Dalam kajian ini kami menggunakan empat set soal selidik iaitu soal selidik untuk pengetua, kaunselor, guru biasa dan para pelajar. Dalam borang ini kami telah menetapkan soal selidik ini mengandungi 4 bahagian yang sama iaitu:

 biodata responden;
 pengetahuan dan pengalaman responden;
 penilaian perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
 keutamaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.


5.0 ANALISA DATA

Mereka juga diberi jaminan hasil soal selidik dan temubual tidak memberi kesan kepada keselamatan mereka atau lain-lain impliaksi terhadap pihak media massa dan politik. Setiap responden yang terlibat dalam penyelidikan ini diberi taklimat ringkas tentang faktor kerahsiaan dan masa untuk sesi menjawab soal selidik dan temubual. Mereka juga diingatkan supaya berfikiran terbuka dan ikhlas ketika memberi maklumat ketika ditemubual dan menjawab soalan-soalan dalam kertas soal selidik. Juteru, analisis kandungan digunakan untuk mengenalpasti tema, konsep dan makna. Pada peringkat ini, penganalisisan data dan soal selidik akan berfungsi untuk memahami latar belakang responden dan kefahaman mereka serta menentukan sejauh manakah peranan pihak media massa, fungsi-fungsi kebebasan bersuara dan lain-lain lagi.

5.1 DAPATAN SOAL SELIDIK

Dapatan soal selidik mendapati bahawa majoriti responden tidak menunjukkan kefahaman dan minat yang tinggi dalam beberapa aspek yang berkaitan dengan isu-isu kebebasan bersuara kepada pihak media massa. Kajian ini menggunakan tiga jenis instrumen iaitu kaedah soal selidik yang akan ditujukan kepada responden yang bekerja dengan swasta dan awam, surirumahtangga, golongan yang sudah bersara serta para pelajar IPTA dan IPTS. Manakala, kaedah temubual dengan responden-responden bagi meninjau dan mengkaji tahap kefahaman tentang konsep kebebasan bersuara kepada masyarakat setempat dan pihak media massa. Kajian ini ialah kajian deskriptif yang berbentuk tinjauan dengan melaporkan sebarang maklumat yang diperolehi daripada soal selidik yang ditujukan kepada 40 orang responden yang memberi pandangan mereka tentang aspek ini.

Jadual 5.0: Latar Belakang Responden

Umur Bilangan Responden Peratus %

18 – 25 Tahun

9
22.5%

26 – 30 Tahun

8
20%

31 – 35 Tahun
13
32.5 %

36 Tahun Ke atas
10

25 %









Jantina


Lelaki
Bilangan Responden Peratus

25
62.5

Perempuan

15
37.5


Jenis Pekerjaan Bilangan Responden Peratus
Swasta 10 25%
Kerja Kerajaan 10 25%
IPTA 6 15%
IPTS 4 10%
Pesara 3 7.5%
Surirumahtangga 7 17.5%

Bahagian A dari soal selidik adalah soalan-soalan yang berkaitan dengan latar belakangresponden. Jadual 4.0 merupakan ringkasan dan kesimpulan bagi latar belakang responden-responden yang menjawab soal selidik tersebut. Sehubung dengan data-data yang dikumpulkan, kebanyakan responden merupakan golongan yang berpengetahuan (tahap pendidikan yang lebih tinggi daripada STPM dan Diploma) iaitu 52.5% dan kebanyakan mereka telah melebihi 21 tahun ke atas serta mempunyai hak-hak untuk membuat pilihan atau mengenalpasti sesuatu perkara dengan matangnya

Jadual 4.2: Pendapat tentang Media Massa di Malaysia Berdasarkan dapatan yang diperolehi daripada SPSS dalam Jadual 4.2, didapati bahawa kebanyakan responden faham dengan peranan dan jenis media massa iaitu 75%, manakala isu-isu yang sering dititikberat oleh mereka adalah berkaitan dengan politik, iaitu 37.5%. Ini dapat dilihat dengan sebanyaak 67.5% daripada responden berpuas hati dan 3% berpuas hati dengan kepekaan isu-isu dan maklumat yang disampaikan oleh media massa tersebut. Ini bermakna secara peratusnya sebanyak 75% responden telah menyatakan perasaan puas hati merka dengan media massa pada hari ini.
Jadual 5.1 Pendapat Tentang Media Massa

Perkara
Persoalan
Kekerapan
Peratus
Media Massa Yang sering digunakan Media Cetak 30 75%
Media Elektronik 10 25%
Kefahaman tentang Media Massa Ya 30 75%
Tidak 10 25%

Kekerapan Penggunaan Media Massa Tersebut Seminggu 1 kali 0 0
Seminggu 2 kali 0 0
Seminggu 3 kali 3 7.5%
Seminggu 4 kali 10 25%
Seminggu 5 kali 27 67.5%

Kepekaan isu – isu dan maklmat yang disampaikan oleh media massa tersebut Tidak ada Komen 10 25%
Tidak puas hati 0 0
Amat Tidak puas hati
0
0
Berpuas Hati 3 7.5%
Sangat Berpuas Hati 27 67.5%



Perkara
Persoalan
Kekerapan
Peratus


Isu – isu yang sering dibaca atau yang sering diambilkira Perniagaan 9 22.5%
Politik 15 37.5%
Sukan 8 20%
Hiburan 8 20%
Lain - Lain 0 0

Pandangan Terhadap Media Massa Pada Hari Ini Tidak ada Komen 1 2.5%
Tidak puas hati 0 0
Amat Tidak puas hati
0
0
Berpuas Hati 12 30%
Sangat Berpuas Hati 27 67.5%












6.0 DAPATAN TEMUBUAL

Pendapat Responden Kekerapan Peratusan
Pihak Media Massa akan menyalahgunakan kebebasan bersuara sekiranya kerajaan tidak menyekat kebebasan tersebut. 31 77.5
Pihak Media Massa akan mengelirukan dan menyulitkan sesuatu isu-isu dan berita. 22 55
Kerajaan menyekat kebebasan bersuara bagi melindungi hak-hak ahli-ahli politik. 35 87.5
Kerajaan menyekat kebebasan bersuara bagi melindungi dan menjaga kepentingan pelbagai kaum. 30 75
Kerajaan menyekat kebebasan bersuara bagi mengurangkan penyebaran isu-isu sensitif dan menjaga hak-hak individu. 21 52.5

Jadual 6.0

Perkara Persoalan Kekerapan Peratus

Kefahaman tentang perkara 10 dalam perlembagaan

Ya

8
20

Tidak

32
80



Perkara Persoalan Kekerapan Peratus
Kefahaman tentang kebebasan bersuara Ya 38 95%
Tidak 2 5%

Isu – isu yang sering dikaitkan dengan kebebasan bersuara Agama 4 10%
Politik 29 72.5%
Hiburan 1 2.5%
Kaum 6 1.5%
Lain - lain 0 0
Pandangan tentang perlaksanaan Perkara 10 oleh kerajaan Sangat berpuas hati 35 87.5%
Berpuas hati 3 7.5%
Tidak ada komen 2 5%
Tidak berpuas hati 0 0
Amat tidak berpuas hati 0 0
Pandangan Kerajaan menyekat kebebasan bersuara bagi pihak media massa Sangat berpuas hati 26 65%
Berpuas hati 6 15%
Tidak ada komen 8 20%
Tidak berpuas hati 0 0
Sejauh manakah anda berpuas hati dengan kebebasan bersuara pada hari ini. Sangat berpuas hati 33 82.5%
Berpuas hati 2 5
Tidak ada komen 5 12.5

Jadual 6.1 Pendapat Responden Tentang Perkara 10

Dari tinjauan dan temubual yang dijalankan, didapati kebanyakan responden berpendapat bahawa kerajaan telah menyekatkan pihak media massa dalm mengaplikasikan dan menggunakan hak-hak kebebasan bersuara mereka. Responden ini berpendapat bahawa kerajaan menyekat kebebasan tersebut adalah kerana:

 Mengelakkan media massa melaporkan isu-isu yang sensitive. Contohnya, isu-isu yang berkaitan dengan hal-hal politik dalam dan luar Negara ataupun hak-hak sesetengah kaum dalam sesetengah aspek.

 Mengelakkan piak media massa mencabuli hal-hal individu terutamanya bagi mereka yang ternama atau terkenal atau mereka yang menjadi tumpuan orang ramai. Contohnya, media massa di Hong Kong.

 Mengelakkan Media Massa melaporkan perkara-perkara yang mengelirukan ataupun menyulitkan sesuatu isu-isu dan berita dan sebagainya.


7.0 PENUTUP
7.1 Kesimpulan

Media massa harus memainkan peranan sebagai pembimbing kepada masyarakat dan juga arah penunjuk kepada masyarakat. Walau bagaimanapun, kebanyakan responden yang terbabit dalam soal selidik berpendapat bahawa kerajaan berhak untuk menyekat hak-hak kebebasan bersuara bagi pihak media massa kerana ini juga merupakan cara-cara untuk melindungi hak-hak keperibadian bagi orang-orang ternama seperti pemimpin kerajaan, menjaga nama baik seseorang, melindungi hak-hak pelbagai kaum, memartabatkan etika professional pihak media massa dan mengamalkan hubungan baik dengan pelbagai pihak. Kita tidak harus membenarkan wujudnya media yang menghina dan mempersendakan kematangan rakyat. Boikot adalah senjata kita yang berkesan dan kita harus memanfaatkannya sebaik mungkin dan secara teratur. Perlaksanaan Perkara 10 dalam Perlembagaan Malaysia dan penyekatan kebebasan bersuara bagi pihak media massa adalah amat bermakna dan membantu menyerapkan hubungan baik di antara masyarakat yang pelbagai kaum ini.

SKP2501Pengantar Psikologi-SKIZOFRENIA



1.0 PENDAHULUAN
Alexander dan Selesnick dalam buku mereka “ History of Psychiatry “ pada tahun 1966 telah menulis bahawa pesakit -pesakit mental wujud untuk ditakuti , dimarahi, diketawakan,diseksa . Sayangnya hampir 30 tahun kemudian sikap manusia terhadap pesakit -pesakit mental masih lagi tidak berubah. Pada abad ke 17 dan 18 , pesakit- pesakit mental dikurung di dalam institusi- institusi dan dianggap tidak berguna lagi pada masyarakat., dan keadaan ini telah berterusan sehingga ke awal abad ini. Dengan terciptanya terapi konvulsi eletro pada tahun 1953 oleh Cerleti dan Bini dan penemuan ubat klorpromazin pada tahun 1953 satu revolusi telah berlaku dalam psikiatri.Prognosis untuk penyakit- penyalit mental terutamanya skizofrenia telah tiba- tiba menjadi cerah. Sejak dari itu bermacam- macam penemuan baru terutama dalam bidang psi ko farmakoterapi telah memberi harapan kepada pesakit- pesakit mental. Mereka dapat diubati dalam jangkamasa yang cepat dan tidak perlu lagi dikurung di institusi- institusi atau di wad- wad.
Disamping itu penemuan- penemuan baru didalam bidang “psikoterapi” juga telah dapat menghindarkan penggunaan “ psikonalisis” yang memerlukan masa yang lama tetapi tidak mendatangkan hasil yang setimpal. Tumpuan sekarang adalah terhadap “psikoterapi jangka pendek” yang khusus dan perkhidmatan berasaskan komuniti.
Dianggarkan satu daripada 100 orang di seluruh dunia, menghidap skizofrenia, satu daripada penyakit mental paling serius. Di Malaysia sahaja, dianggarkan satu peratus penduduk menghidap skizofrenia yang mana bilangannya sama banyak antara lelaki dan wanita. Dalam penulisan ini kita akan menutarakan tentanf permasalahan skizofrenia di Malaysia, disamping itu kita akan meneliti tentang faktor dan pengubatan penyakit tersebut.

2.0 DEFINISI SKIZOFRENIA
Skizofrenia berasal dari bahasa Yunani, "schizein" yang bererti "berasingan" atau "pecah", dan "phren" yang bermaksud "jiwa". Pada skizofrenia terjadi pecahnya atau ketidakserasian antara afeksi, kognitif dan perilaku. Secara umum, simptom skizofrenia boleh dibahagikan kepada tiga golongan: iaitu simptom positif, simptom negatif, dan gangguan dalam hubungan interpersonal. Skizofrenia merupakan suatu keterangan dengan variasi penyebab (banyak belum diketahui) dan perjalanan penyakit (tak selalu bersifat kronik atau "deteriorating") yang luas, serta sejumlah akibat yang bergantung pada pertimbangan pengaruh genetik, fizikal, dan sosial budaya.
Pada umumnya ditandai oleh penyimpangan yang fundamental dan ciri-ciri dari fikiran dan persepsi, serta oleh Afek yang tidak wajar (inappropriate) atau tumpul (blunted). Kesedaran yang jernih (clear consciousness) dan kemampuan intelektual biasanya tetap terpelihara, walaupun kemunduran kognitif tertentu boleh berkembang kemudian.
3.0 MASALAH SKIZOFRENIA DI MALAYSIA.
Penghidap skizofrenia akan mengalami masalah dalam kehidupannya, bukan sahaja melibatkan dirinya tetapi membabitkan keluar keluarga, kawan-kawan serta pekerjaan juga terjejas. Lazimnya, pesakit skizofrenia dikaitkan dengan pelbagai gambaran negatif seperti orang gila, berbahaya, dirasuk atau liar.
Di Malaysia, masyarakat masih memandang hina pesakit skizofrenia dengan menggelar mereka orang gila. Namun tahukah anda ia sebenarnya penyakit yang boleh dirawat? SIAPA sangka pemenang hadiah Nobel, John Nash dari Amerika Syarikat (AS) yang juga seorang individu genius dalam bidang matematik merupakan penghidap skizofrenia selama tiga dekad. Namun, selepas tiga dekad berjuang melawan penyakit tersebut, Nash akhirnya berjaya pulih seperti sediakala dan menjalani kehidupan normal seperti manusia biasa.
Cerita di atas membuktikan bahawa pesakit skizofrenia boleh disembuhkan. Pesakit berpeluang menjalani kehidupan normal meskipun terpaksa mengambil masa bertahun-tahun lamanya. Tetapi, apa itu skizofrenia? Mengapa ia dianggap sejenis penyakit mental yang teruk dan kenapa masyarakat memandang hina kepada pesakit skizofrenia? Adakah pesakit skizofrenia mampu membahayakan keadaan sekeliling? Skizofrenia sebenarnya adalah satu penyakit kronik, teruk dan merupakan masalah kegagalan fungsi otak. Pesakit skizofrenia biasanya mendengar suara yang tidak didengari oleh orang lain atau mempercayai orang lain sedang membaca dan menguasai pemikiran mereka, mahupun cuba mencederakan mereka. Keadaan ini biasanya menimbulkan ketakutan kepada pesakit. Mereka yang menghidap skizofrenia selalunya bercakap perkara-perkara yang tidak masuk akal, duduk tanpa bercakap atau terlalu banyak cakap selama berjam-jam, atau kelihatan baik sehinggalah memperkatakan apa yang mereka fikirkan. Gangguan ini dikaitkan dengan ketidakseimbangan unsur kimia tertentu dalam otak yang dipanggil neurotransmiter. Jika kimia yang membantu sel saraf berkomunikasi dengan otak ini terjejas, maka ia akan menyebabkan berlakunya pelbagai kemungkinan termasuk simptom penyakit mental.
Justeru, tidak mustahil pesakit skizofrenia akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan nilai-nilai norma manusia normal seperti membunuh dan sebagainya. Di Amerika Syarikat sendiri, kajian membuktikan, bahawa prevalen tiga daripada 1,000 orang adalah penghidap skizofrenia manakala di Malaysia, berdasarkan statistik perangkaan pada tahun 2003, seramai 11,120 orang merupakan penghidap skizofrenia. Jumlah ini meningkat kepada 17,250 orang pada tahun 2005 dan dikatakan ia semakin bertambah tahun demi tahun. Sementara itu laporan Kementerian Kesihatan Malaysia pula mencatatkan bahawa sebanyak 20 peratus pesakit yang menghidap skizofrenia atau masalah mental dan gangguan otak enggan mendapatkan rawatan. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya perkara-perkara negatif seperti bapa sanggup membunuh anak, anak membunuh ibu dan sebagainya yang mana berita-berita tersebut boleh kita baca dan tatap di dada-dada akhbar. Bagaimanapun, skizofrenia biasanya sering dialami oleh kaum lelaki berbanding wanita atau dalam erti kata lain, kebarangkalian lelaki menghidap penyakit ini adalah lebih tinggi. Mengikut kajian, lelaki akan mula menghidap penyakit ini dalam usia 20 tahun hingga28 tahun manakala wanita pula pada usia 26 tahun hingga 32 tahun. Ini merupakan peringkat awal bagi penghidap penyakit skizofrenia. Justeru jika tidak dirawat lebih awal, ia boleh membawa kepada akibat dan kesan yang buruk.
Di Malaysia, masyarakat masih memandang hina terhadap pesakit skizofrenia yang sering digelar sebagai 'orang gila'. Justeru, penghidap skizofrenia sering terpinggir dalam masyarakat. Kehadiran mereka tidak dialu-alukan malah menganggap akan mendatangkan bahaya. Stigma beginilah yang menyebabkan pesakit skizofrenia sukar untuk sembuh sedangkan hakikatnya mereka boleh pulih dan menjalani kehidupan seperti sediakala jika menerima rawatan yang betul daripada aspek perubatan dan psikologi.
Menurut pengasas Rumah Titian Ashraful Rohaniah di Teluk Intan, Perak, Rohana Saidin, sikap tidak ambil peduli masyarakat terhadap penghidap skizofrenia dan memandang rendah kepada mereka menyebabkan pesakit sukar untuk pulih. Seperti mana yang telah diperkatakan oleh beliau tentang luahan rasanya terhadapa masyarakat Malaysia tentang penyakit Skizofrenia ini yang berbunyi, "Saya sebenarnya sedih dan kecewa apabila melihat masyarakat Malaysia yang diuar- uarkan sebagai penyayang dan prihatin bersikap negatif terhadap pesakit skizofrenia. Mereka menganggap pesakit skizofrenia ini boleh mendatangkan mudarat dalam masyarakat dan dianggap seperti sampah. "Keadaan ini berbeza dengan masyarakat di luar negara yang prihatin dan tidak menyisihkan pesakit skizofrenia. Sebaliknya mereka akan dilayan seperti insan istimewa dan diterima dalam masyarakat. Katanya lagi"Contohnya ketika saya dijemput melawat ke Thailand bersama anak-anak di bawah jagaan Rumah Titian Ashraful Rohaniah, orang-orang di sana tidak segan silu memeluk dan menunjukkan kasih sayang mereka kepada pesakit-pesakit ini. Saya rasa begitu terharu dengan penghargaan yang mereka berikan yang mana tidak diperoleh di negara sendiri.
"Namun di Malaysia, paling menyedihkan apabila keluarga sendiri yang membuang dan menyisihkan mereka," jelas Rohana dalam satu Forum Memahami Skizofrenia: Menyangkal Prejudis dan Stigma Sosiol di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), baru-baru ini.
Ketua Jabatan Perubatan Psikologikal Universiti Malaya, Prof. Dr. Mohamad Hussain Habil pula berkata, ramai pesakit skizofrenia lambat mendapatkan rawatan menyebabkan sukar untuk pulih. Ini kerana keluarga tidak tahu perubahan tingkah laku yang dialami oleh pesakit adalah di sebabkan skizofrenia, malah yang biasa dilakukannya menghantar pesakit ini berubat dengan cara keagamaan kerana dipercayai telah disampuk jin, syaitan dan pelbagai makhluk halus. ‘‘Kerana wujudnya salah anggapan itu, maka pesakit lewat mendapat rawatan, cuma datang ke hospital apabila pesakit bertindak agresif. Mereka agresif hanya pada keluarga dan tidak kepada orang lain.
‘‘Justeru,bagi mencegah schizofrenia, pesakit perlu mendapat rawatan awal sebaik sahaja menyedari terdapat perubahan ke atas dirinya supaya kerosakan pada otak dapat dirawat dan potensi untuk pulih lagi cerah,’’ katanya ketika menyampaikan ceramah mengenai All about Schizophrenia: The Facts and Myths and Bridging Psychosis with Reality di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurut beliau lagi, secara tipikalnya skizofrenia terbentuk pada remaja atau awal usia 20-an sekali pun gejala yang ditunjukkan tidak jelas sehingga usia agak lewat. Kebanyakan kaum lelaki jatuh sakit seawal usia 16 hingga 25 tahun manakala kaum wanita mula menunjukkan gejala ini antara usia 23 hingga 36 tahun.
‘‘Penyakit mungkin terjadi tiba-tiba namun sebelum sebelum episod pertama berlaku, ada perubahan ketara pada tingkah laku seseorang seperti mudah baran, murung, mengasingkan diri dan tidak boleh belajar atau bekerja dengan baik.
“Ramai orang muda mempunyai corak sikap begini tetapi tidak sakit. Namun, jika keadaan ini sering berlaku dan semakin buruk, ia seharusnya diberi perhatian. ‘‘Penyakit ini boleh bermula dengan pengambilan dadah. Adakalanya penyakit ini tersembunyi disebabkan dadah kerana dadah atau perbuatan menghidu gam yang dikaitkan dengan tingkah laku tidak menentu,’’ katanya.
Tambahnya, ramai pesakit menjadi penganggur atau diberhentikan kerja kerana penyakit ini. Ramai majikan tidak mahu mengambil pekerja yang ada skizofrenia kerana kurang faham mengenai keadaan mereka.
‘‘Gangguan ini memberi kesan besar pada aktiviti sosial mereka kerana kemampuan berinteraksi adalah rendah, keadaan kesihatan mental dan fizikal mereka lemah, tidak makan dengan baik, merokok dan mengambil minuman keras secara berlebihan dan gangguan terhadap kehidupan keluarga tidak dapat dielakkan kerana secara puratanya penjaga perlu menghabiskan 15 jam seminggu untuk menjaga ahli keluarga yang menghidap skizofrenia.
3.1 Sebab- Sebab / Faktor Skizofrenia
Apakah yang menyebabkan skizofrenia masih belum diketahui dengan tepat tetapi banyak kajian telah menunjukkan pentingnya faktor kecenderungan bersifat genetik. Juga faktor- faktor somatik dan sosial dapat mempengaruhi berulangnya penyakit ini. Kajian- kajian (kadar konkordon) dalam kembar monozigotik yang dipelihara bersama dan berjauhan menunjukkan kadar kondordana 50 - 60% berbanding 12% dalam siblings. Kadar- kadar ini tidak menunjukkan satu genetik model Mendellian yang biasa kecuali model multifaktoral poligenetik yang tidak spesifik. Baru- baru ini satu kontroversi telah terjadi apabila satu kajian telah menunjukkan lokus genetik pada kromoson 5 tetapi sehangga kajian replikasi dapat dilakukan, kita tidak dapat membuat kesimpulan awal terhadap penyebab skizofrenia. Selain dari itu personaliti pesakit juga dikatakan penting sebagai faktor penyebab. lebih kurang 35% pesakit skizofrenia adalah pemalu dan suka bersendiri sebelum gejala menjadi ketara. Pengaruh organik juga adalah penting. Sebahagian dari pesakit pernah mengalami kecederaan pada otak., ketumbuhan otak dan juga kesan- kesan toksik pada otak seperti amfetamin dan sebagainya. pertalian dengan pesakit epilepsi juga telah dibuktikan di dalam beberapa kajian “Computerized Tomography Scanning” dan “ Magnetic Resonance Imaging” telah menunjukkan perubahan berlaku pada otak pesakit skizofrenia seperti pembesaran ventrikel serebral otak yang marginal. Teori- teori biokimia dan virus menggambarkan yang kelainan biokimia yang spesifik adalah mustahak dalam (asal usul) skizofrenia. Ubat- ubat seperti fenotiazin dan penggunaan amfetamin dos tinggi serta antagonis dan agonis dopamin telah menyebabkan adanya hypotesis yang menunjukkan sebagai salah satu penyebab tetapi ini didasarkan kepada penemuan- penemuan yang tak langsung dan tak menyeluruh. Hypotesis virus juga demikian ( kerosakan oleh slow virus dan retrovirus). Kajian- kajian terkini adalah mengenai “cerebral laterality” dan hemisfera yang dominan. Bukti- bukti kini menunjukkan bahawa pesakit skizofrenia mempunyai gangguan pada imbangan fungsi- fungsi cerebral diantara kedua- dua hemisfera otak.
Kita sedia maklum bahawa Skizofrenia merupakan penyakit yang mempengaruhi otak. Pada otak terjadi proses penyampaian pesan secara kimiawi (neurotransmitter) yang akan meneruskan pesan sekitar otak. Pada penderita skizofrenia, produksi neurotransmitter-dopamin- berlebihan, sedangkan kadar dopamin tersebut berperan penting pada perasaan senang dan pengalaman mood yang berbeda. Bila kadar dopamin tidak seimbang–berlebihan atau kurang– penderita dapat mengalami gejala positif dan negatif seperti yang disebutkan di atas. Penyebab ketidakseimbangan dopamin ini masih belum diketahui atau dimengerti sepenuhnya. Pada kenyataannya, awal terjadinya skizofrenia kemungkinan disebabkan oleh kombinasi faktor-faktor tersebut.
Faktor-faktor yang mungkin dapat mempengaruhi terjadinya skizofrenia, antara lain: sejarah keluarga, tumbuh kembang ditengah-tengah kota, penyalahgunaan ubat seperti amphetamine, stres yang berlebihan, dan komplikasi kehamilan( meroyan ). Penyebabnya tidak diketahui dengan tepat. Kajian masih dijalankan untuk memperincikan punca sebenar penyakit ini. Selain yang telah dinyatakan di atas terdapat beberapa faktor yang menyumbang terjadinya penyakit ini.
Diantara faktor-faktor yang berkemungkinan menyebabkan skizofrenia ialah :
a.Pendekatan Biopsikologikal
Dimana pendekatan ini menekankan faktor-faktor genetik, biokimia, dan neurologi.
skizofrenia berkait rapat dengan faktor genatik, dimana seseorang itu lebih cenderung mengalami skizofrenia sekiranya...mempunyai ibu bapa atau adik beradik kembar seuri yang juga bermasalah skizofrenia. dari segi kimia otak, di dapati peneuropancar dopamine memainkan peranan penting dalam menyumbangkan kepada skizofrenia di mana kelebihan dopamine menyebabkan aktiviti di sinaps bertambah pesat. selain itu juga skizofrenia ini ada kaitannya dengan ketidakfungsian neuronlogi dimana berkaitan rapat dengan aktiviti otak yang luar biasa.

b.Pendekatan Psikodinamik/Psikoanalisis
Dimana dari pendekatan psikodinamik / psikoanalisis ini seseorang yang mengalami skizofrenia adalah gagal untuk mengatasi kebergantungan ke atas ibu bapa mereka dan akibatnya mereka mempunyai lekatan diperingakat oral. ini memberikan mereka ego yang lemah yang gagal untuk mempertahankan mereka dari kebimbangan yang disebabkan implus id bawah sedar dan tekanan-tekanan luaran. sebaliknya mereka berdaya tindak ke atas kebimbangan dengan mengalihkan kepada tingkah laku yang bercirikan di peringkat oral termasuk berkhayal (fantasi), tindakan bodoh, bercakap secara tidak selaras, dan berfikir secara tidak rasional.

c.Pendekatan Berhaviorisme
Dimana, ahli teori tingkah laku yang menekan peranan pembelajaran, mengandaikan bahawa orang mengalami skizofrenia adalah diberi ganjaran apabila tingakh laku dalam keadaan ganjil.meraka juga mengandaikan bahawa seseoarang yang terlibat dalam tingkah laku danjil mendapat penolakn sosial dan seterusnya menyumbangkan kepada perasaan curiga terhadap orang lain dan tarik diri sosial.

d.Pendekatan Kognitif
Dimana pandangan kognitif menekankan bahawa skizofrenia adalah disebabkan oleh gangguan terhadap tumpuan atau perhatian dan pemikiran iaitu penerimaan maklumat yang disampaikan itu dengan pelbagai cara yang kadang kala mengelirukan dan tidak rasional.

e.Pendekatan Humanistik
Ianya disebabkan oleh ketidak kelarasan diantara kendiri awam dengan kendiri sebenar yang mana ianya terjadi apabila seseorang itu membentuk kendiri awam palsu unutk menghadapi sesuatu situasi kehidupan yang mencabar. Pelarian daripada realiti ini akan menyebabkan seseorang itu mengalami kendiri sebenar. Pemikiran, bahasa, dan tingkah laku ganjil seseorang yang mengalami skizofrenia ini merupakan tanda-tanda pelarian daripada realiti ini.
3.2 Jenis-Jenis Skizofrenia

a. Skizofrenia Paranoid - Pesakit yang mengalami skizorfrenia Paranoid adalah mereka yang mempunyai kepercayaan palsu atau delusi .
b. Skizofrenia Tidak Teratur - Dimana skizofrenia ini adalah tahap yang serius dan cenderung berlaku diperingkat awal hidup seseorang. Ia dicirikan oleh tarik diri sosial yang ekstrim, halusinasi, delusi, kebodohan, ketidaksesuaian ketawa, tingkah laku yang ganas, dan tingkah laku yang ganjil dari yang lain. Biasanya pesakit menunjukkan tingkah laku yang tdak senonoh, tidak sopan, dan sebaginya.Skizofrenia jenis ini menyebabkan terjadinya Perpecahan Personaliti dan pesakit mempunyai peluang tipis untuk sembuh.
c. Skizofrenia Katatonik - Dimana pesakit sering tidak menunjukkan pergerakkan (tubuh badan menjadi kaku) dan tidak sedarkan diri, atau mengongcangkan badan yang melampau. Biasanya ia akan bertindak kedua-dua tindakan itu, berdiam diri (kaku seperti patung) dalam beberapa waktu dan menggoncangkan badan dalam waktu yang lain. Meraka mugkin berada dalam keadaan yang kaku sehingga beberapa jam lamanya.
d. Kecelaruan Delusi - Kecelaruan delusi sebegini agak jarang berlaku dimana ia adalah dicirikan sebagai paranoid.
3.3 Rawatan /Pengubatan Skizofrenia
Profesor Bersekutu Klinikal Columbia University College of Physicians & Surgeons, Prof. Zafar Sharif berkata, walaupun tiada rawatan yang boleh mengubati skizofrenia, ia boleh diurus dengan rawatan tertentu iaitu rawatan oral dan penggunaan ubat antipsikotik.Suntikan intra-muskular iaitu antipsikotik konvensional sudah diperkenalkan sejak tahun 1960-an bertujuan bagi mengatasi masalah mematuhi rawatan. Kejayaan banyak terbukti. Banyak kajian menunjukkan pesakit memilih suntikan yang bertindak jangka panjang berbanding dengan rawatan oral. Namun begitu, antipsikotik ini mempunyai kelemahan kerana ia berasaskan minyak dan sering dikaitkan dengan rasa sakit atau alahan.
Manakala, Risoerdal Consta adalah ubat antipsikotik antipikal yang pertama terdapat dalam formulasi bertindak jangka panjang. Dengan menggunakan antipsikotik ini, pesakit tidak perlu memikirkan untuk mengambil pil harian.‘‘Kajian untuk penambahbaikan ubat antipsikotik ini sentiasa dijalankan bagi meningkatkan keserasian, keselamatan dan kepatuhan rawatan. Sehubungan itu, baru-baru ini, formulasi oral baru bagi meningkat rawatan pilihan diperkenalkan. ‘‘Invega adalah ubat antipsikotik atipikal oral dengan mekanisme perlepasan berlanjutan bagi rawatan akut dan rawatan pencegahan berulang skizofrenia. Invega dengan dosnya sekali sehari, direka khusus bagi pengeluaran paliperidone (bahan aktif) menerusi teknologi perlepasan unik OROS terbukti akan profil keberkesanan, keselamatan dan ketahanan. ‘‘Daripada kajian-kajian klinikal sudah terbukti pada ramai pesakit, Invega mampu mengurangkan gejala skizofrenia, termasuk pada kali pertama, meningkatkan kefungsian pesakit berdasarkan Performance and Social Performance Scale,’’’ jelasnya.
Menurut Zafar, kesannya dapat dilihat seawal hari keempat di mana kajian klinikal secara statistiknya menunjukkan perbezaan ketara dibandingkan dengan penggunaan plasebo atau gejala skizofrenia. Apabila digunakan pada kadar yang dicadangkan, kesan sampingan Invega 6mg adalah berbandingan dengan plasebo. ‘‘Dengan teknologi inovatif OROS, Invega memberi peluang kepada ramai penghidap skizofrenia menguruskan penyakit mereka bersama kumpulan rawatan untuk menikmati kehidupan lebih bermakna dan produktif. ‘‘Invega melepaskan paliperidone iaitu satu entiti kimia dan merupakan rawatan bagi skizofrenia yang menggunakan teknologi pengeluaran berterusan OROS. Teknologi OROS menawarkan pelepasan ubatan yang konsisten dalam tempoh 24 jam dengan mengurangkan fluktuasi puncak dan jurang pada kepekatan plasma ubatan,’’ katanya. Kelulusan penggunaan Invega adalah berdasarkan keputusan program pembangunan klinikal membabitkan 1,306 pesakit dalam tiga kajian utama yang dijalankan di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain di seluruh dunia termasuk Malaysia. Sukatan primer untuk melihat keberkesanan ubat rawatan adalah dengan Positive and Negative Syndrome Scale (PANSS), satu skala yang biasa digunakan dalam penyelidikan skizofrenia bagi mengukur tahap gejala positif atau negatif. ‘‘Kadar pemberhentian pengambilan ubat Invega disebabkan kesan sampingan adalah lebih rendah berbanding dengan plasebo (5 peratus plasebo dibandingkan dengan Invega. ‘‘Selain mematuhi arahan rawatan, keluarga dan pesakit perlu mempunyai pengetahuan mengenai skizofrenia, gejala dan ubatan yang disyorkan bagi merawat pesakit kerana maklumat ini adalah sebahagian daripada proses rawatan khususnya untuk menyokong rasionalnya untuk mematuhi arahan,’’ jelasnya.

4.0 PENUTUP
4.1 Kesimpulannya
Jadi masalah mental memang ada dan tidak boleh diketepikan. Sebenarnya setiap penyakit fizikal juga memberi kesan tekanan jiwa disebabkan penyakit fizikal itu. Umpamanya pesakit kanser tentu akan mengalami tekanan jiwa, tetapi masalah- masalah ini biasanya diketepikan dan jika pesakit itu diberi rawartan mental bersamaan dengan rawatan fizikal nescaya pesakit akan merasa lebih segar dan gerak balasnya terhadap pengubatan fizikal juga akan menjadi lebih baik.
Kesimpulannya masyarakat mempunyai peranan didalam rawatan pesakit mental. Dengan kesedaran diharapkan satu masyarakat penyayang akandapat dihasilkan. Semoga masyarakat penyayang ini peka pada masalah pesakit mental dan tidak lagi curiga dan takut kepada mereka dan terus membantu mereka untuk mencapai matlamat masyarakat yang sihat mental dan fizikal pada abad akan datang.