Jumaat, 22 Januari 2010

fonetik Artikulasi

1.0 PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Semua manusia di muka bumi ini dianugerahkan oleh Tuhan keupayaan bertutur kecuali bagi golongan istimewa seperti orang bisu dan pekak. Kebolehan bertutur manusia sebenarnya mengalami peringkat demi peringkat iaitu dari bayi kepada kanak-kanak dan seterusnya sehingga menjadi dewasa. Manakala kebolehan seseorang bayi memperolehi bunyi akan berbeza antara satu sama lain. Faktor interaksi dengan sekelilinglah yang mempengaruhi pemerolehan bunyi bahasa. Sekiranya banyak interaksi yang dilakukan maka lebih cepat pemerolehan bahasa seseorang bayi tersebut. Pemerolehan bahasa mempunyai hubungkait dengan organ-organ penting penghasilan bunyi bahasa serta proses-proses penghasilan bunyi vokal.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN
Di antara objektif kertas kerja ini adalah seperti berikut:-

i. Mendedahkan kepada para pembaca kertas kerja ini tentang organ-organ penting di dalam penghasilan bunyi bahasa.
ii. Dengan membaca kertas kerja ini, maka akan memberi pendedahan serta huraian terperinci kepada pembacanya tentang proses-proses yang berlaku semasa penghasilan bunyi vokal.
iii. Memberi gambaran sebenar kepada pembaca kertas ini tentang organ-organ penting penghasilan bunyi bahasa menerusi gambar rajah yang disertakan bersama.

1.3 KAEDAH KAJIAN
Kaedah yang digunakan dalam proses menyiapkan kertas kerja ini ialah dengan menggunakan kaedah kepustakaan. Beberapa buah buku, jurnal dan artikel telah digunakan sebagai panduan dan rujukan. Segala bahan yang diperolehi daripada pelbagai sumber ini dianalisis dan disusun mengikut kesesuaian untuk dikelaskan atau dikategorikan di bawah sub-topik kertas kerja ini.

1.3 BATASAN KAJIAN
Pengarang kertas kerja ini membataskan kajian kepada penerangan tentang organ-organ penting dalam penghasilan bunyi bahasa dan proses-proses yang berlaku semasa penghasilan bunyi vokal sahaja beserta dengan gambar rajah alat-alat artikulasi.

1.4 DEFINISI KONSEP
Secara ringkasnya pengarang kertas kerja ini membuat definisi beberapa perkataan penting yang dicedok daripada tajuk tugasan berpandukan Kamus Dewan Edisi ke-3 Terbitan DBP (1994) seperti berikut:
Perkatan fonetik membawa pengertian ilmu bahasa yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala artikulasi bermaksud cara atau proses menyebut bunyi atau kata dengan jelas. Organ pula membawa pengertian alat di dalam tubuh manusia yang mempunyai tugas penting. Perkaataan penghasilan pula bererti perihal menghasilkan. Seterusnya bunyi bermaksud sesuatu yang kedengaran atau dapat didengar. Bahasa pula membawa pengertian sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Manakala vokal pula bermaksud huruf hidup atau saksi [a,e,è,i,o,u].
2.0 ORGAN-ORGAN PENGHASILAN BUNYI BAHASA
Setelah membuat kajian penulis kertas kerja ini mendapati terdapat enam organ-organ penting di dalam penghasilan bunyi bahasa iaitu paru-paru, larings, farings, epiglotis, rongga hidung dan rongga mulut. Berikut dihuraikan organ-organ penghasilan bunyi bahasa. Rajah 1 di lampiran adalah organ utama dalam penghasilan bunyi bahasa.
2.1 Paru-paru
Kebanyakan bunyi di dalam apa juga bahasa adalah dihasilkan dengan udara dihembus keluar menerusi paru-paru. Paru-paru sebenarnya dilindungi oleh tulang rangka dan diampu di bahagian bawahnya oleh diafragma. Udara keluar masuk ke paru-paru adalah disebabkan pergerakan di antara tulang rangka dengan diafragma. Semasa ujaran pula penyedutan udara dipercepatkan dan penghembusan boleh diperlahankan. Penghembusan udara manusia boleh bertahan selama lapan atau sembilan kali berbandingan dengan penyedutan. Semasa bercakap manusia tidak menyedut banyak udara berlainan pula dengan pernafasan biasa. Manakala udara yang keluar mempunyai tekanan sama ada kuat atau lemah. Tekanan kuat berlaku jika suku kata itu berada di tengah-tengah perkataan berbanding dengan di akhir kata.
2.2 Larings
Larings ialah satu kotak yang sangat teguh. Ianya terbentuk daripada tulang-tulang rawan. Larings sebenarnya terletak di bahagian atas tenggorok dan bersambungan dengan paru-paru agar semua udara sama ada masuk / keluar dari / ke paru-paru akan melaluinya. Di dalam larings pula terdapat pita suara yang melekat pada tulang-tulang rawan aritenoid. Rajah 2 di lampiran berkepil menggambarkan rupa bentuk pita suara.
Otot-otot pada bahagian aritenoid boleh direnggang dan dirapatkan supaya pita suara akan menjadi renggang ataupun rapat. Kedudukan renggang dan rapatnya pita suara pula akan mempengaruhi bunyi-bunyi bersuara, tak bersuara, bisik, serak, dan bunyi hentian glotis.
2.3 Farings
Farings berbentuk seperti tiub yang bercabang menghala ke rongga hidung dan rongga mulut. Ianya bermula dari bahagian atas larings hingga ke bahagian akhir rongga hidung. Farings berfungsi sebagai bekas untuk menampung udara yang mampu menghasilkan getaran berdasarkan getaran yang berlaku di pita suara. Getaran bersambung dari pita suara dan terus menerus hingga ke bahagian atas farings. Walau bagaimana pun bentuk farings boleh berubah dengan dua cara iaitu dengan dengan menaikkan larings dan dengan menaikkan lelangit lembut.
2.4 Epiglotis
Epiglotis pula ialah sekeping tisu yang berhampiran dengan lidah. Ianya akan menutup bahagian atas larings semasa menelan dan menurunkan makanan ke saluran makanan. Epiglotis tidak mempunyai sebarang fungsi dalam mengujarkan bunyi-bunyi bahasa.
2.5 Rongga Hidung
Bentuk rongga hidung telah ditetapkan dan sumbangannya pada pengujaran hanyalah terhad kepada menghasilkan bunyi-bunyi sengau. Apabila pita suara bergetar velum diturunkan supaya farings, rongga hidung dan mulut dapat berhubung antara satu sama lain. Udara yang bergetar akan menghasilkan bunyi-bunyi nasal / sengau.
Bunyi sengau akan terhasil apabila pada waktu yang sama udara yang hendak keluar dari rongga mulut tersekat, maka udara yang hendak keluar, akan keluar melalui rongga hidung. Manakala apabila berlaku tidak berlaku sekatan di rongga mulut dan velum masih belum diturunkan, maka bunyi-bunyi nasal akan dikeluarkan.
2.6 Rongga Mulut
Rongga mulut adalah organ terpenting berbanding dengan rongga hidung dan farings. Rongga ini boleh dipelbagaikan dimensi dan bentuknya dengan pergerakan sebahagian besar darjah rahang bawah, bibir serta lidah yang memainkan peranan penting dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa. Lidah boleh diibaratkan sinonim atau sama ertinya dengan bahasa. Rongga mulut dibumbungi oleh lelangit dan berbentuk seolah-olah seperti gua. Di rongga mulut juga terdapat anak tekak yang terletak di hujung lelangit lembut dan peranannya perlu diasingkan daripada lelangit lembut. Pergerakan rongga mulut juga dibantu oleh rahang yang boleh bergerak ke atas dan ke bawah. Alat yang paling penting dalam rongga mulut ialah lidah yang mengandungi seberkas otot kompleks dan boleh bergerak dengan hebat sekali. Lidah terbahagi kepada tiga bahagian besar iaitu daun lidah, depan lidah dan belakang lidah.

3.0 PROSES-PROSES PENGHASILAN BUNYI VOKAL
Sebenarnya vokal-vokal di dalam bahasa Melayu terdiri daripada tiga jenis iaitu [i] vokal hadapan, [ii] vokal tengah, dan [iii] vokal belakang. Berikut akan diterangkan secara terperinci proses-proses penghasilan bunyi vokal untuk ketiga-ketiga jenis vokal tesebut. Rajah 3 di lampiran adalah menunjukkan vokal di dalam bahasa Melayu. Manakala Rajah 4 di lampiran menunjukkan cara penghasilan bunyi bahasa.


3.1 Proses Penghasilan Bunyi Vokal Hadapan Sempit [ i ]
Bagi menghasilkan bunyi vokal hadapan sempit proses berikut berlaku:
[a] Bibir dihamparkan.
[b] Depan lidah dinaikkan tinggi [setinggi mungkin kena gusi]
[c] Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.
[d] Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar lalu getarkan pita suara.
[e] Bunyi yang dihasilkan ialah [i] (Rajah 5 di lampiran) contoh dalam perkataan:

Awal perkataan [ibu] Tengah perkataan [bila] Akhir perkataan [tali]

3.2 Proses Penghasilan Bunyi Vokal Hadapan Separuh Sempit
(Separuh Tinggi) [ e ]
Bagi menghasilkan bunyi vokal hadapan separuh sempit proses berikut berlaku:
[a] Bibir dihamparkan separuh sempit.
[b] Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi.
[c] Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.
[d] Bunyi yang dihasilkan ialah [e] (Rajah 6 di lampiran) contoh dalam perkataan:

Awal perkataan [ekor] Tengah perkataan [leper] Akhir perkataan [sate]


3.3 Proses Penghasilan Bunyi Vokal Hadapan Separuh Luas
(Separuh Rendah) [ E ]
Bagi menghasilkan bunyi vokal hadapan separuh luas proses berikut berlaku:
[a] Bibir dihamparkan separuh luas.
[b] Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi.
[c] Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung.
[d] Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut.
[e] Bunyi yang dihasilkan ialah [E] (Rajah 7 di lampiran) contoh dalam perkataan:
Awal perkataan [esok] Tengah perkataan [gelek] Akhir perkataan [bule]

3.4 Proses Penghasilan Bunyi Vokal Hadapan Luas (Rendah) [ a ]

Bagi menghasilkan bunyi vokal hadapan luas proses berikut berlaku:
[a] Bibir dalam keadaan hampar.
[b] Hadapan lidah diturunkan serendah mungkin.
[c] Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari paru-paru tidak keluar melalui rongga hidung.
[d] Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut.
[e] Bunyi yang dihasilkan ialah [a] (Rajah 8 di lampiran) contoh dalam perkataan:
Awal perkataan [ajar] Tengah perkataan [paku] Akhir perkataan [kuda]


3.5 Proses Penghasilan Bunyi Vokal Belakang Sempit (Tinggi) [ u ]

Bagi menghasilkan bunyi vokal belakang proses berikut berlaku:
[a] Bibir dibundarkan.
[b] Belakang lidah dinaikkan tinggi (setinggi mungkin) ke arah lelangit lembut.
[c] Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung.
[d] Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru menggetarkan pita suara ke rongga mulut.
[e] Bunyi yang dihasilkan ialah [u] (Rajah 9 di lampiran) contoh dalam perkataan:
Awal perkataan [ubi] Tengah perkataan [buka] Akhir perkataan [labu]

3.6 Proses Penghasilan Bunyi Vokal Belakang Separuh Sempit
(Separuh Tinggi) [ o ]

Vokal ini boleh dihasilkan melalui proses seperti berikut:
[a] Bibir dibundarkan.
[b] Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut.
[c] Lelangit lembut dana anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
[d] Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut menggetarkan pita suara.
[e] Bunyi yang dihasilkan ialah [o] (Rajah 10 di lampiran) contoh dalam perkataan:
Awal perkataan [obor] Tengah perkataan [boleh] Akhir perkataan [koko]

3.7 Proses Penghasilan Bunyi Vokal Belakang Separuh Luas [ כ ]

Vokal ini boleh dihasilkan melalui proses seperti berikut:
[a] Bibir dibundarkan.
[b] Belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut.
[c] Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.
[d] Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut.
[e] Bunyi yang dihasilkan ialah [כ ] (Rajah 11 di lampiran) contoh dalam perkataan:
Awal perkataan [olok] Tengah perkataan [pokok] Akhir perkataan [kilo]

3.8 Proses Penghasilan Bunyi Vokal Tengah (Pendek) [ Ә ]

Vokal ini boleh dihasilkan melalui proses seperti berikut:
[a] Keadaan bibir hampar.
[b] Tengah lidah dinaikkan sedikit ke arah lelangit kera.
[c] Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
[d] Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut menggetarkan pita suara.
[e] Bunyi yang dihasilkan ialah [ Ә ](Rajah 12 di lampiran) contoh dalam perkataan:
Awal perkataan [emak] Tengah perkataan [berat]

4.0 PENUTUP


Ilmu fonetik bukan sahaja mengkaji bunyi bahasa secara mutlak tetapi juga melibatkan proses-proses lain seperti gelombang bunyi dan penangkapan serta pemprosesan bunyi. Pemahaman terhadap ilmu fonetik sebagai asas bahasa akan dapat membantu kita memahami bahasa dengan lebih berkesan lagi. Bunyi-bunyi yang berbeza akan dihasilkan dengan aksi yang berbeza bagi bahagian-bahagian organ tutur yang boleh bergerak. Organ-organ artikulasi berperanan penting di dalam menghasilkan bunyi bahasa. Semua vokal adalah bersuara kecuali vokal e yang agak lemah bunyinya dan kurang lantang manakala vokal-vokal lain adalah nyaring serta lantang. Di dalam penghasilan bunyi vokal maka akan berlaku beberapa proses tertentu sebelum bunyi sesuatu vokal itu dihasilkan.

Rabu, 13 Januari 2010

TITAS : Nilai Dalam Tamadun Islam

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Nilai ialah sesuatu yang mempunyai harga, kepentingan atau keburukan. Nilai
kebiasaannya diletakkan ukuran sama ada positif, negatif ataupun neutral. Makna nilai juga ialah pengukuran sesuatu yang dihajati dan dihargai. Kebiasaannya mencakupi aspek taraf, darjat, kualiti dan mutu. Sesuatu yang mempunyai harga, kepentingan atau keburukan. Nilai akhlak Islam misalnya berasaskan kepada prinsip ajaran kebaikan Islam yang mengandungi nilai-nilai murni, positif dan akhlak. Nilai
keputusan berasaskan nilai.
Dalam Islam misalnya, nilai dasarnya ialah wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Nilai murni dan nilai Islam merupakan tuntutan agama. Untuk tujuan kelangsungan dan kecemerlangan hidup manusia, seseorang individu perlulah memperlengkapkan diri dengan berbagai bidang ilmu.
Setiap agama mengandungi ajaran yang menekankan suruhan dan larangan. Secara umumnya, semua agama mengajar tentang nilai – nilai agama. Nilai – nilai agama ini perlu diamalkan oleh setiap penganut agama. Nilai – nilai etika akan membina keselamatan hakiki dan nilai – nilai estetikanya membina kesenangan yang hakiki. Dalam Islam, yang menentukan sistem nilai ialah Allah S.W.T itu sendiri yang mana hanya Allah Yang Maha Tahu menyelaraskan ukuran nilai itu dengan hakikat kemanusiaan.
Nilai baik adalah untuk membina dan mengawal keselamatan manusia di dunia dan akhirat. Nilai buruk pula adalah mencegah kecelakaan dan penderitaan atau mempertahankan keselamatan yang sudah wujud. Nilai menentukan apa yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang .
Nilai ini merupakan satu idea bersama antara ahli masyarakat tentang apa yang penting atau tidak penting, baik atau buruk , cantik atau hodoh, disukai atau dibenci dan lain – lain lagi. Dalam Tamadum Islam amat kaya dengan sisitem nilainya yang tersendiri yang nilai tersebut berlandaskan Al – Quran dan hadis. Nilai – nilai sebegini jika diamal dan dipatuhi kita akan mendapat gajaran yang setimpal dengan apa yang telah kita lakukan.


1.2 Objektif.

Kertas kerja ini dihasilkan dengan memperincikan tentang sistem nilai dalam Tamadun Islam.

1.3 Kaedah

Proses penyiapan kertas kerja ini telah dilakukan kaedah kepustakaan dan perbincangan dalam kumpulan. Sumber rujukan utama adalah buku - buku yang berkaitan dengan tajuk kertas kerja. Di samping itu, kami juga melayari beberapa laman web yang berkaitan dengan tajuk ini.

1.4.Batasan Kajian

Kajian untuk tugasan ini, kumpulan kami membataskan pada kajian tentang sistem nilai dalam tamadun Islam, ianya turut menyentuh dari sudut akhlak menurut al quran.

1.5.Definisi Konsep.

Menurut Kamus Bahasa Melayu Edisi kedua ( 2001 : 516 ) sistem bermaksud aturan ; kaedah melakukan sesuatu, Nilai ( 2001 : 383 ) membawa maksud mutu sesuatu benda. Kamus Dewan ( 1989 ) menjelaskan tamadun adalah sebagai keadaan masyarakat manusia yang dicirikanoleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran ( sosial, budaya, politik dan lain – lain ) yang tinggi peradapannya. manakala Islam pula membawa maksud agama yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w .




2.0 Sistem Nilai Dalam Tamadun Islam.

Islam merupakan risalah akhlaqiyah dan tamadun Islam merupakan tamadun akhlaqiyah. Seluruh misi dan risalah Nabi Muhammad s.a.w. mengandungi unsur akhlak. Bahkan baginda telah mendifinisikan risalahnya dalam sabdanya:

Maksudnya: Sesungguhnya (tujuan) saya diutus hanyalah untuk menyempurnakan akhlak dan budi pekerti yang mulia.

Allah s.w.t. mengesahkan sabda baginda tersebut dengan menurunkan ayat al-Quran yang memuji keluhuran budi pekerti baginda s.a.w.

Terjemahan: Sesungguhnya engkau (Muhammad) memiliki budi pekerti yang agung.
(Surah al-Mulk 68:4)

Isteri Rasulullah s.a.w. menafsirkan perkataan budi pekerti atau akhlak yang agung ini seraya berkata, "Sesungguhnya akhlak Nabi s.a.w. itu ialah al-Quran."
Sesiapa yang membuka al-Quran dan mendalami kandungan maknanya nescaya dia akan meyaksikan aplikasi dan perlaksanaannya pada kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. Kita dapati akhlak orang-orang muttaqin dalam surah al-Baqarah, budi pekerti 'Ibad ar-Rahman' dalam surah al-Furqan serta akhlak-akhlak mulia yang lain tercermin dalam tindak-tanduk kehidupan Rasulullah s.a.w.

Dalam Tamadun Islam akhlaklah yang yang memainkan peranan yang penting dalam mencorak sistem nilai tamadun Islam. Akhlak merupakan satu daripada tiga bahagian utama wahyu daripada Allah S.W.T di samping akidah dan syarak. Akhlak
ialah tingkahlaku yang dipengaruhi oleh nilai-nilai yang diyakini oleh seseorang dan sikap yang menjadi sebahagian daripada keperibadiannya. Nilai-nilai dan sikap itu pula terpancar daripada konsepsi dan gambarannya terhadap hidup. Dengan perkataan lain, nilai-nilai dan sikap itu terpancar daripada aqidahnya iaitu gambaran tentang kehidupan yang dipegang dan diyakininya

Sejarah membuktikan bahawa sesebuah masyarakat itu yang inginkan kejayaan bermula daripada pembinaan sistem nilai yahg kukuh yang dipengaruhi oleh unsur-unsur kebaikan yang terpancar daripada aqidah yang benar. Masyarakat itu runtuh dan tamadunnya hancur disebabkan keruntuhan nilai-nilai dan akhlak yang terbentuk daripadanya. Justeru itu, akhlak mempunyai peranan yang penting di dalam kehidupan dan dalam memelihara kemuliaan insan serta keluhurannya. Martabat manusia akan menurun setaraf haiwan sekiranya akhlak runtuh dan nilai-nilai murni tidak dihormati dan dihayati. Oleh kerana itu Rasulullah s.a.w. bersabda mahfumnya:

"Sesungguhnya aku diutus untuk melengkapkan akhlak yang mulia.”
(Riwayat al-Baihaqi)

Akhlak menentukan sistem nilai yang menjadi pegangan masyarakat. Ianya terbahagi kepada dua seperti berikut :

i. Akhlak Mulia
Akhlak yang mulia ini pula boleh kita bahagikan kepada lima bahagian seperti berikut :
 Berpusat di hati yang terdiri daripada sifat seperti ikhlas, benar, adil, amanah, dermawan, pengasih, penyanyang, belas kasihan, tawaduk, sabar, pemaaf dan dedikasi.
 Berpusat pada harta seperti sedekah jariah , sedekah harta yang lain, sedekah wang, makanan, pakaian dan sebagainya.
 Berpusat pada tenaga seperti tolong – menolong, bergotong – royong, melakukan kerja amal dan kerja sukarela.
 Berpusat pada bahasa seperti berbudi bahasa, bersopan santun, teliti, berals, menggunakan tamsil ibarat, nasihat yang baik dan fikiran yang baik.
 Berpusat pada sikap seperti bersikap positif, bermanis muka, bersimpati, menghormati orang lain, memelihara maruah dan keaiban orang.
ii. Akhlak keji
Diantara akhlak yang keji pula adalah seperti melakukan syirik terhadap Allah S.W.T, suka menabur fitnah, membuat surat beracun, surat laying, suka berdusta, suka mengumpat, suka melakukan pujian berlebihan,pemarah, menjadi batu api, suka menbuka keaiban orang lain, suka memerli, suka mengutuk, mengeji, riak, angkuh, sombong, hasad, dengki dan suka bertengkar.

Para sarjana dan ahli fikir turut mengakui pentingnya akhlak di dalam membina keluhuran peribadi dan tamadun manusia. akhlak yang mulia menjadi penggerak kepada kemajuan dan kesempurnaan hidup. Sebaliknya, akhlak yang buruk menjadi pemusnah yang berkesan dan perosak yang meruntuhkan kemanusiaan serta
ketinggian hidup manusia di bumi ini.

2.1 Pembentukan sahsiah
Terdapat tiga cara bagaimana hati dan jiwa diasuh, dibina dan dibentuk untuk menghasilkan akhlak yang mulia dan terpuji seperti berikut :
i. Melalui Ilmu
Ilmu yang dimaksudkan di sini ilah ilmu – ilmu yang dengannya mudah bagi hati untuk membezakan antara yang benar daripada yang salah iaitu ilmu wahyu seperti man yang terkandung dalam al – Quran dan as – Sunnah.

ii. Melalui Latihan
Latihan diperlukan untuk memperkukuhkan akhlak yang mulia. Akhlak yang mulia diterimak sebagai akhlak yang terpuji ialah yang telah menjadi darah daging seseorang, yang telah sebati dan menjadi adapt kebiasaan.

iii. Pengawalan Nafsu Dan Syahwat
Keupayaan mengawal nafsu dan syahwat merupakan cara yang begitu pentingsekali dalam pembentukan sahsiah yang berakhlak mulia. Seandainya kita gagal mengawalkannya, ianya akan menjadi punca keruntuhan akhlak seseorang.
Akhlak yang keji boleh diperbaiki melalui tiga cara yang berikut :
 Niat
Seseorang itu hendaklah mempunyai niat yang bersungguh – sungguh dalam hati untuk meninggalkan akhlak yang keji. Niat ini sentiasa kuat dan kukuh . Akhirnya menjadi kemahuan dan cita – cita yang berupaya melaksanakan akhlak yang terpuji secara beransur – ansur.

 Muhasabah
Iaitu perbuatan menyesali semua akhlak keji yang pernah dilakukan pada masa yang silam. Lantas terus memperbaikinya. Selepas itu sentiasa mengira dan menghitung diri secara adil terhadap semua akhlak yang baik dan yang keji sebelum melakukan sesuatu secara berterusan dari semasa ke semasa. Ia dilakukan setelah seseorang itu memasang niat, berkemahuan dan bercita – cita tinggi untuk berakhlak mulia.

 Muraqabah
Iaitu tindakan berhati - hati dan berwaspada agar segala akhlak yang keji dijauhi dan melaksanakan akhlak yang terpuji sahaja. Sesungguhnya akhlak bertanggungjawab secara langsung menentukan sistem nilai dalam sesebuah masyarakat. Akhlak yang mulia adalah wajar menguasai sistem nilai tersebut yang menjadi pegangan masyarakat. Ia bertanggungjawab membentuk sahsiah setiap anggota masyarakat.

Dalam Al-Quran menggambarkan bagaimana aqidah orang-orang beriman, kelakuan mereka yang mulia dan gambaran kehidupan mereka yang penuh tertib, adil, luhur dan mulia. Berbanding dengan perwatakan orang-orang kafir dan munafiq yang jelek dan merosakkan. Gambaran mengenai akhlak mulia dan akhlak keji begitu jelas dalam perilaku manusia sepanjang sejarah. Al-Quran juga menggambarkan bagaimana perjuangan para rasul untuk menegakkan nilai-niiai mulia dan murni di dalam kehidupan dan bagaimana mereka ditentang oleh kefasikan, kekufuran dan kemunafikan yang cuba menggagalkan tertegaknya dengan kukuh akhlak yang mulia sebagai teras kehidupan yang luhur dan murni itu.

2.2 Pembentukan Keluarga
Pembentukan institusi keluarga juga diperlukan untuk memelihara akhlak dan tatasusila disamping itu ianya juga diperlukan untuk membentuk umat yang kuat. Pembentukan ummah bermula daripada pembentukan sahsiah individu. Sekiranya pembentukan sahsiahnya sempurna maka lahirlah umah yang kukuh dan kuat. Dari kaca mata tamadun Islam ummah yang kuat merupakan individu yang beriman, bertakwa dan beramal soleh.
Tidak ada satu institusi yang lebih penting daripada keluarga dalam memupuk kasih sayang, tolong – menolong, bekerjasama, silaturahim dan perpaduan. Dalam semua hal, mereka perlu kasih – mengasihani, bekerjasama, tolong – menolong dan hormat – menghormati antara satu sama yang lain.
Sesungguhnya institusi keluarga merupakan unit yang terkecil dan terpenting dalam pembentukan masyarakat, negara, ummah dan tamadun. Justeri itu tidak ada agama yang dapat menandingi Islam dalam menggalakkan pembentukan institusi keluarga dan menyediakan peraturan yang terperinci.

2.3 Pembentukan Masyarakat
Masyarakat memainkan peranan yang penting dalam sesebuah tamadun. Pembentukan masyarakat dalam tamadun Islam adalah berdasarkan al – Quran dan as – sunnah dan berasaskan kepada akidah, syarak dan akhlak.
Masyarakat Islam dibina di atas beberapa prinsip diantaranya ialah :
 Perdamaian
Dalam Islam pendamaian amat dititik beratkan, seperti mana firman Allah s.w.t dalam ayat, terjemahnya :
Maka hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan
perbaikilah perhubungan antara kamu dan taatlah
kepada Allah dan Rasul-Nya sekiranya kamu orang
beriman.
 Kasih Sayang
Nilai kasih dan sayang amat penting sekali dalam pembentukan masyarakat yang bertamadun. Rasullulah s.a.w mengutamakan kasih sayang. Suami mengasihi isteri, isteri mengasihi suami, ibu dan bapa mengasihi anak – anaknya, anak – anak pula mengasihi sahabat, kaum kerabat mengasihi antara satu sama lain, pemimpin mengasihi rakyat, rakyat mengasihi pemimpin,pekerja mengasihi majikan, majikan mengasihi pekerja dan seterusnya. Sifat inilah yang memperkukuhkan perpaduan masyarakat Islam buat selama – lamanya.
 Persamaan
Setiap anggota masyarakat dalam tamdum Islam adalah sama sahaja disisi Allah s.w.t. Tetapi yang lebih hampir kepada-Nya ialah yang lebih bertakwa.

Al-Quran dan as-Sunnah yang menterjemahkan ajaran al-Ouran ke dalam realiti kehidupan, menggariskan akhlak-akhlak mulia dalam hubungan antara sesama orang-orang beriman, secara terperinci. Hubungan antara sesama orang
beriman itu diasaskan kepada persaudaraan. Persaudaraan yang sentiasa digerak dan dihidupkan, diperbaiki dan diperkukuhkan. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara,
maka damaikaniah diantara dua saudara kamu'.
(al-Hujuraat.. 10)
Persaudaraan itu diikat dengan kasih sayang dan cinta mencintai antara satu sama lain. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Perumpamaan orang-orang yang beriman itu dari segi saling
berkasih sayang dan berkasihan belas, adalah seperti jasad
apabila satu anggota mengadu sakit, membawa seluruh jasad
turut berjaga malam dan demam'
(RiwayatAhmad)


Perasaan kasih-sayang terhadap sesama umat islam adalah komponen yang membentuk iman. Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya mestilah mengandungi perasaan kasih kepada kedua-duanya. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

'Tidak beriman seseorang kamu sehingga Allah dan Rasul-Nya
lebih dikasihinya daripada yang lain dari keduanya'.
(RiwayatAhmad)

Dalam hubungan ini, kasih kepada orang beriman telah dikaitkan dengan kesempurnaan iman. lni menunjukkan bagaimana pentingnya nilai kasih sayang itu dalam kehidupan dan pergaulan sesama orang-orang beriman. Rasuluilah s.a.w. bersabda yangbermaksud:

“Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah ia mencintai
saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya.”

(Riwayat Ahmad, At-Tirmizi dan AI-Hakim)
Nilai kasih sayang yang disemai dalam diri para mu'min sebagai menyambut arahan Allah dalam al-Quran dan ajaran Rasuluilah dalam sunnahnya. la bertujuan untuk membina dan membentuk akhlak murni di kalangan orang-orang beriman dalam pergaulan antara sesama mereka. Pertemuan dan perjumpaan antara sesama Islam hendaklah dalam keadaan wajah yang berseri-seri dan manis, yang dijelmakan dalam senyuman. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Melemparkan senyuman kepada wajah saudaramu adalah sedekah."

(Riwayat At-Tirmizi)

ilni diikuti dengan mengucap selamat serta memberi salam untuk memulakan hubungan dan pertemuan. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

'...Sebarkanlah salam di kalangan kamu".
(Riwayat Muslim)

Seterusnya, Rasulullah s.a.w. menggariskan peraturan-peraturan memberi salam secara terperinci yang boleh dirujukkan kepada kitab-kitab hadis.

Bagi memupuk perasaan kasih sayang serta memperkukuhkan keimanan, Allah S.W.T dan Rasul-Nya melarang tindakan-tindakan sama ada dengan perbuatan dan perkataan yang boleh membawa kepada terputusnya hubungan persaudaraan dan silaturrahim di kalangan orang-orang beriman. Begitu juga perlakuan yang buruk yang menjatuhkan martabat dan ketinggian orang-orang beriman.

Allah s.w.t melarang penyebaran maklumat yang berkaitan dengan keburukan yang dilakukan daiam masyarakat. Walau bagaimanapun Islam memberi kebenaran melakukan pendedahan keburukan yang berkaitan dengan periakuan zalim apabila dibuat di mahkamah semata-mata untuk menegakkan keadilan. Begitu juga saksi dan orang yang teraniaya boleh mendedahkan kezaliman yang dilakukan oleh seseorang untuk menegakkan keadilan. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

"Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan
dengan berterus terang melainkan mereka yang dizalimi".

(al-Nisaa'.. 148)

3.0 Aqidah Mencorakkan Akhlak Dalam Sistem Nilai Tamadun Islam.
3.1 Nilai-Nilai Mutlak Dan Relatif
Selain daripada memaparkan konsep dan penghayatan akhlak secara konsepsi dan praktikal dan membezakan antara akhlak orang- orang yang beriman dan orang-orang kafir berasaskan kepada perbezaan aqidah mereka, al-Ouran menghuraikan pengertian akhlak Islam yang didokong dan dihayati oleh orang-orang beriman. akhlak Islam dijelaskan berdasarkan kepada model insan kamil yang terdapat dalam did Rasuluilah s.a.w. yang telah merealisasikan pengertian akhlak al-Quran dalam kehidupan yang realistik. Rasulullah s.a.w. dikatakan sebagai al-Quran yang berjalan.
Aishah ra. berkata 'Adapun akhlak baginda ialah al-Ouran' ' Kerana itu nilai-nilai asas yang membentuk akhlak Islam ialah nilai-nilai mutlak. Nilai-nilai asas ini, tidak bersifat relatif atau nisbi. Nilai-nilai asas yang membentuk akhlak Islam, tidak berubah-ubah mengikut zaman dan tempat. la tidak hanya baik pada masa yang lalu dan tidak baik untuk masa sekarang. Apa yang diperakukan oleh al-Quran dan al-Sunnah sebagai baik, maka ia adalah baik untuk sepanjang zaman dan tempat. Apa yang dianggap tidak balk, maka ia adalah tidak baik untuk selama-lamanya.
Nilai-nilai yang baik dan buruk diprogramkan ke dalam hukum-hukum yang menentukan sama ada sesuatu perkara itu boleh dilakukan atau tidak boleh dilakukan, yang mesti dilakukan atau mesti dilakukan atau mesti ditinggalkan atau dijauhkan. Hukum-hukum itu ialah wajib, sunat, haram dan makruh. Perkara-perkara yang telah diprogramkan ke dalam hukum-hukum ini adalah mutlak sifatnya. Akan tetapi perkara-perkara yang termasuk dalam perkara harus adalah relatif sifatnya.

Nilai-nilai akhlak Islam, berbeza dengan nilai-nilai tamadun Barat yang semata-mata bergantung kepada aka] dalam menentukan nilai-nilai baik dan tidak baik. Kerana itu, kebanyakan nilai-nilai dalam tamadun barat bersifat relatif. Pada hari ini ia difikirkan sebagai baik dan di masa yang lain ia ditolak sebagai baik. Begitu juga yang dipandang buruk pada hari ini, tidak lagi dianggap demikian pada masa yang lain. Homoseksual dan Lesbian, dahulu dianggap haram dan tidak baik. Sebaliknya hari ini perbuatan itu dihalaikan dan dibenarkan sebagai legal serta mendapat hak-hak dan periindungan perundangan. Kenisbian nilai-nilai akhlak ini, menimbulkan huru hara nilai yang mengakibatkan kepincangan akhlak.

Rasuluilah s.a.w., adalah contoh seorang hamba Allah yang bersyukur iaitu contoh berakhlak mulia dan tinggi dalam hubungan dengan Allah s.w.t
lni berasaskan kepada peribadahan yang dilakukannya dengan penuh ikhias mengikut sistem peribadahan yang ditentukan oleh Allah s.w.t .Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

"Mereka tidak diperintahkan melainkan untuk beribadah kepada Allah dengan ikhias serta mempunyai sistem agama-.
(al-Bayyinah: 5)

Orang-orang kafir musyrik yang beribadah kepada yang lain daripada Allah s.w.t adalah manusia yang tidak berakhlak dan beriaku biadab terhadap Allah s.w.t .Abu Lahab, Firaun, Namrud dan lain-lain adalah contoh manusia yang tidak berakhlak dan biadab terhadap Allah s.w.t .Mereka takbur, bongkak dan sombong. Mereka melakukan kemungkaran, kezaliman dan kerosakan di bumi akibat daripada kesyirikan mereka terhadap Allah. Nilai-nilai syirik menjadikan mereka manusia yang tidak bermoral dan makhiuk perosak yang meluas seperti di kalangan generasi baru masyarakat barat.

3.2 Al-Quran Sebagai Sumber
Al-Quran sumber bagi hukum-hukum dan peraturan-peraturan yang menyusun tingkahlaku dan akhlak manusia. Al-Quran menentukan sesuatu yang haial dan haram, apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan. Al-Quranmenentukan bagaimana sepatutnya kelakuan manusia. Al-Quran juga menentukan perkara yang baik dan tidak baik. Justeru itu al-Quran menjadi sumber yang menentukan akhlak dan nilai-nilai kehidupan ini.

Al-Quran mengharamkan yang buruk dan keji serta melarang manusia melakukannya. Al-Quranmelarang manusia minum arak, memakan riba, bersikap angkuh dan sombong terhadap Allah, satu-satu kaum menghina kaum yang lain. Al-Quran melarang pencerobohan, fitnah dan berbunuhan. Al-Quranmelarang menyebarkan maklumat mengenai perkara-perkara keji.

Al-Quran mengajak manusia supaya mentauhidkan Allah s.w.t., bertaqwa kepada-Nya, mempunyai sangkaan baik terhadap-Nya. Al-Quran juga mengajak manusia berfikir, cinta kepada kebenaran, bersedia menerima kebenaran. Malah mengajak manusia supaya berilmu dan berbudaya ilmu.

Al-Quran juga mengajak manusia supaya berhati lembut, berjiwa mulia, sabar, tekun, berjihad, menegakkan kebenaran dan kebaikan. Al-Quran mengajak manusia supaya bersatupadu, berkeluarga dan mengukuhkan hubungan silaturrahim.


4.0 Penutup
4.1 Kesimpulan
Dari huraian kita tadi jelaslah bahawab sisitem nilai dalam tamadun Islam memainkan peranan yang penting bagi pembentukan sebuah tamadun yang unggul di dunia. Al – Quran dan as – sunnah menjadi garis panduan dalam Sistem nilai tamadun Islam.

Jelaslah bahawa al-Ouran menjadi sumber nilai-nilai dan akhlak mulia bagi pembentukan tamadun Islam yang agung. Penampilan akhlak mulia dalam al-Ouran, tidak bersifat teoritikal semata-mata, tetapi secara praktikal berdasarkan realiti dalam sejarah manusia sepanjang zaman. Al-Quran adalah sumber yang kaya dan berkesan untuk manusia memahami akhlak mulia dan menghayatinya.

Bolehlah kita katakana di sini bahawa tiada sebuah tamadun pun di dunia ini dapat menandingi sistem nilai yang telah diamalkan oleh tamadun Islam pada zaman dahulu sehinggalah sekarang. Sistemnya tersusun lengkap mudah untuk difahami dan boleh kita amalkan bersama.

KOB3201 PENGENALAN KOMUNIKASI MASSA

KOB3201 PENGENALAN KOMUNIKASI MASSA

Unit 5 – Topik Peperiksaan Akhir Teori Komunikasi Massa (m/s 78 dalam modul kursus)
1Perlu mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan teori komunikasi massa (tidak terdapat dalam modul kursus):
Definisi Teori
As used in science, a theory is an explanation or model based on observation, experimentation, and reasoning, especially one that has been tested and confirmed as a general principle helping to explain and predict natural phenomena. Gilchrist (1998)
Definisi Teori
Dalam bidang Sains, teori adalah suatu penerangan atau model yang diilhamkan berdasarkan kepada pemerhatian, kajian, atau justifikasi, khususnya yang telah diuji dan diterimapakai sebagai prinsip umum untuk memberi penerangan dan andaian mengenai sesuatu fenomena.
Gilchrist (1998), terjemahan Mohd Nizam Osman (2008)

Menurut Salleh (2008), teori komunikasi bermaksud:
andaian mengenai sesuatu fenomena komunikasi (tindakan, perbuatan, hubungan antara individu, kaedah berkomunikasi dll) yang disampaikan melalui media (Salleh, 2008)

Perenggan 2 – perlu memahami Era Masyarakat Massa
Era Masyarakat Massa wujud ketika media massa (media cetak & media elektronik) mula diperkenalkan
Teori Peluru Ajaib(m/s 80 dalam modul kursus)
- perlu memahami mengenai teori peluru ajaib
- teori peluru ajaib juga dikenali sebagai teori jarum suntikan
- teori ini diperkenalkan oleh Katz & Lazarsfeld pada tahun 1955
- teori ini mengandaikan media massa, khususnya televisyen memberi impak yang terus kepada audiens
- mesej yang disalurkan melalui media massa kepada masyarakat akan membuat masyarakat percaya dan menerima mesej sepenuhnya

Teori Two Step Flow (Teori penyaluran maklumat dua tahap)(m/s 80, perenggan 3 )
- Teori Penyaluran Maklumat Melalui 2 Tahap (2 Step Flow Theory) diperkenalkan oleh Paul Lazarsfeld, Bernard Berelson, dan Hazel Gaudet pada tahun 1944
- diperkenalkan semasa membuat kajian mengenai proses pembuat putusan semasa pilihanraya peringkat Presiden (USA)
- teori ini mengandaikan media massa tidak mempunyai kuasa untuk membujuk masyarakat
- pemimpin pendapat memainkan peranan yang penting dalam konsep pembujukan

Teori Two Step Flow (Teori penyaluran maklumat dua tahap)(m/s 80, perenggan 3)
- Perlu Mengetahui: maklumat dari media massa disalurkan kepada khalayak melalui dua peringkat:
1. media massa – pemimpin pendapat
2. pemimpin pendapat - masyarakat
- Ciri-ciri pemimpin pendapat (perlu mengetahui):
* kredibiliti
* autoriti
* berpengaruh
* berkuasa
* berkedudukan
* dihormati
* disanjungi
* berpengetahuan
* dan sebagainya

Teori Two Step Flow (Teori penyaluran maklumat dua tahap)(m/s 81 dalam modul kursus)
Perlu mengetahui:
- perenggan 1: masih mengenai teori penyaluran maklumat dua tahap – perlu membaca dan memahami perenggan ini (m/s: 81)
- perenggan 2: perlu mengetahui mengenai kajian Joseph T. Klapper (1960) serta hasil yang ditemui dalam kajian beliau (m/s: 81)
Teori Penyuburan (m/s 82 dalam modul kursus) perenggan 1
- perlu memahami teori penyuburan, khususnya impak pendedahan maklumat dari media massa secara berulangan/berterusan kepada masyarakat (m/s: 82)
- perlu mengetahui bahawa pandangan teori penyuburan adalah bertentangan dengan teori penentuan agenda (m/s 84)
- perenggan 2 & 3: baca secara umum (m/s: 82)

Teori Penyuburan (m/s 83 dalam modul kursus) perenggan 2
- perlu memahami bagaimana teori penyuburan mempunyai impak kepada khalayak melalui pendedahan mesej dalam media massa secara berterusan dan berulang-ulang kali (perenggan 2, m/s 83)
- perenggan 1 & 3: baca secara umum (m/s: 83)

Teori Penentuan Agenda (m/s 84 dalam modul kursus) perenggan 2
- Teori Penentuan Agenda diperkenalkan oleh Maxwell McCombs dan Donald Shaw pada tahun 1972
- Teori ini diperkenalkan semasa kempen pilihanraya presiden A.S diadakan pada tahun 1968
- Teori ini bertentangan dengan ideologi yang diketengahkan dalam teori Peluru Ajaib atau Teori Jarum Suntikan

Teori Penentuan Agenda (m/s 84 dalam modul kursus)
Perlu mengetahui: perenggan 2
- Teori penentuan agenda mengandaikan media hanya boleh memaparkan isu penting untuk dijadikan sebagai agenda, tetapi media tidak boleh memujuk masyarakat untuk mempercayai atau menerima ideologi yang dipaparkan oleh media (perenggan 3, m/s: 84)
- contoh: isu-isu politik, isu berkaitan dengan selebriti, isu luar dan dalam negara dll
- perenggan 1 – baca secara umum (m/s: 84)
- perenggan 2 – penting & harus memahami (m/s: 84)

Teori Penentuan Agenda (m/s 85 dalam modul kursus)
Perlu mengetahui: perenggan 2 & 3
- perenggan 2 & 3: masih lagi membincangkan mengenai teori penentuan agenda (m/s: 85)
- perlu membaca dan memahami kedua perenggan ini dengan mendalam (m/s: 85)

Teori Westley MacLean (teori tambahan, tidak terdapat dalam modul kursus)
Perlu mengetahui:
- Westley MacClean memperkenalkan teori mengenai media massa pada tahun 1955
- teori ini memberi andaian bagaimana mesej disalurkan dari penghantar mesej kepada penerima mesej melalui media massa
- teori ini mengandaikan proses komunikasi hanya bermula apabila penerima mesej menerima mesej yang dihantar oleh penghantar mesej

Teori Westley MacLean (teori tambahan, tidak terdapat dalam modul kursus)
Perlu mengetahui:
- Tahap 1 – komunikasi kendiri (intrapersonal communication)
- Tahap 2 – komunikasi interpersonal (interpersonal communication)
- Tahap 3 – komunikasi melalui media secara mudah (simple mediated communication)
- Tahap 4 – komunikasi melalui media secara komplex (complex mediated communication)

Teori Westley MacLean (teori tambahan, tidak terdapat dalam modul kursus)
Perlu mengetahui:
- Tahap 1 – komunikasi kendiri (intrapersonal communication)
- Tahap ini mengandaikan komunikasi berlaku hanya di kalangan seorang individu sahaja (komunikasi secara kendiri)

Teori Westley MacLean (teori tambahan, tidak terdapat dalam modul kursus)
- Tahap 1 – komunikasi kendiri (intrapersonal communication) - Perlu mengetahui:

Teori Westley MacLean(teori tambahan, tidak terdapat dalam modul kursus)
Perlu mengetahui:
- tahap 1 – komunikasi kendiri (intrapersonal communication)
- ‘X’ adalah apa sahaja objek/isu yang dapat dilihat secara fizikal oleh seseorang individu.
- ‘A’ merujuk kepada individu yang dimaksudkan
- ‘00 merujuk kepada konsep ‘infiniti’ (tiada kesudahan)

Teori Westley MacLean(teori tambahan, tidak terdapat dalam modul kursus)
Perlu mengetahui:
- tahap 2 – komunikasi interpersonal (interpersonal communication)
- tahap ini mengandaikan komunikasi berlaku antara seorang individu dengan individu lain
- komunikasi mengenai apa sahaja objek/ isu yang individu pertama pilih untuk dikomunikasikan
- terdapat maklumbalas (lisan/bukan lisan) pada tahap ini

Teori Westley MacLean(teori tambahan, tidak terdapat dalam modul kursus)
- Tahap 2 – komunikasi interpersonal (interpersonal communication) - Perlu mengetahui:
- ‘A’ merujuk kepada individu pertama yang mengkomunikasikan mengenai sesuatu objek/isu kepada individu kedua
- ‘B’ adalah individu kedua yang menerima maklumat mengenai sesuatu objek/isu dari ‘A’
- individu ‘B’ juga dapat melihat objek/isu yang dibincangkan oleh ‘A’
- maklumbalas berbentuk spontan (segera)

Teori Westley MacLean (teori tambahan, tidak terdapat dalam modul kursus)
Perlu mengetahui:
- tahap 3 – komunikasi melalui media secara mudah (simple mediated communication)
- tahap ini mengandaikan komunikasi berlaku melalui media atau apa juga alat komunikasi (media) seperti telefon, Internet (e-mel), akhbar, TV, satelit dan lain-lain
- penyaluran maklumat berbentuk dua hala
- terdapat maklum balas pada tahap ini

Teori Westley MacLean(teori tambahan, tidak terdapat dalam modul kursus)
- Tahap 3 – komunikasi melalui media secara mudah (simple mediated communication) - Perlu mengetahui:
- ‘C’ merujuk kepada institusi media yang mengkomunikasikan mengenai sesuatu objek/isu kepada masyarakat (B)
- ‘institusi media’ merujuk kepada SEMUA kategori media – media cetak/elektronik, media baru
- institusi media juga merujuk kepada wartawan dan penyampai berita/ maklumat sebagai ‘gatekeeper’
- ‘B’ adalah masyarakat yang menerima maklumat mengenai sesuatu objek/isu dari ‘C’
- ‘B’ tidak dapat melihat objek/isu yang dikomunikasikan secara fizikal
- ‘B’ dapat memberikan maklumbalas mengenai objek/isu yg dikomunikasikan kepada ‘C’ (institusi media)

Teori Westley MacLean(teori tambahan, tidak terdapat dalam modul kursus) Perlu mengetahui:
- tahap 4 – komunikasi melalui media secara komplex (complex mediated communication)
- tahap ini melibatkan lebih ramai kategori/ orang – individu/masyarakat; wartawan; institusi media; khalayak massa (mass audience)
- terdapat maklum balas tiga peringkat pada tahap ini
- ‘C’ boleh merujuk kepada institusi media (tempatan/antarabangsa)/pemerhati luar/NGOs/agensi kerajaan dan masyarakat yang dapat melihat sesuatu isu dalam pemerhatian
- ‘B’ adalah masyarakat yang hanya menerima maklumat mengenai sesuatu isu/aktiviti dan kejadian dari C
- maklumbalas berlaku pada tiga peringkat: dari ‘C’ kepada ‘A’, dari ‘B’ kepada ‘C’ dan dari ‘B’ kepada ‘A’

Teori Keganasan Media (m/s 86 dalam modul kursus)perenggan 3 (Perkembangan):
- perlu mengetahui dan memahami kajian Payne Fund (1930) serta hasil penemuan kajian (m/s: 86)
- perlu mengetahui dan memahami kajian William H. Short serta hasil penemuan kajian (m/s: 87)
- perlu mengetahui dan memahami kajian Ruth Peterson & L.L. Thurstone (1933) serta hasil penemuan kajian (m/s: 87)
- perlu mengetahui dan memahami kajian Mary Preston (1941) serta hasil penemuan kajian (m/s: 87)

Teori Keganasan Media (m/s 88 dalam modul kursus)
- perlu mengetahui dan memahami keganasan Media Dalam Era ‘Kesan Terhad’ (m/s: 88)
- perlu mengetahui dan memahami kajian Robert Zajonc (1954) serta hasil penemuan kajian
- perlu mengetahui dan memahami kajian Elanor Maccoby (1954) serta hasil penemuan kajian (m/s:89)
- perlu mengetahui dan memahami kajian Schramm, Lyle dan Parker (1961) serta hasil penemuan kajian (m/s:89)
- perlu mengetahui dan memahami penulisan Joseph Klappers berkaitan ‘The Effect of Mass Communication’ (m/s:89)

Teori Keganasan Media (Usaha Mengurangkan Kesan Negatif Media)(m/s 90 dalam modul kursus)
- perlu mengetahui peristiwa yang berlaku pada tahun 1968 & 1969 (perenggan 1, m/s: 90)
- perlu mengetahui dan memahami mengenai istilah ‘Catharsis’ dan kajian Seymour Feshbach (1970an) serta hasil penemuan kajian (m/s: 90 & 91)
- perlu mengetahui ‘Perkembangan Teori Keganasan Media pada 1980an dan 1990an (m/s: 91)

Teori Keganasan Media (Kesan Negatif Media Terhadap Tingkahlaku)(m/s 91 & 92 dalam modul kursus)
- perlu mengetahui mengenai ‘Kesan Negatif Media Terhadap Tingkahlaku’ (m/s: 91)
- perlu mengetahui dan memahami kajian Eeron dan Slaby (1995) serta hasil penemuan kajian(m/s: 91)
- perlu mengetahui 4 Faktor berikut Dalam Menentukan Perubahan Tingkahlaku
* Rangsangan (m/s: 92)
* Tidak menyalahi/Membenarkan (m/s: 93)
* Kurang Sensitif (m/s: 93)
* Peniruan (m/s: 94)

Teori Keganasan Media (Lain2 Faktor Yang Mempengaruhi Kesan Negatif ke atas Tingkahlaku) (m/s 91 & 92 dalam modul kursus)
- perlu mengetahui lain-lain faktor berikut yang mempengaruhi kesan negatif ke atas tingkahlaku
* umur (m/s: 94)
* gender (m/s: 95)
* jumlah tontonan (m/s: 95)
* pengaruh ibubapa (m/s: 95)
* pencapaian akademik (m/s: 96)



Teori-teori Normatif Media (m/s 97 - 107 dalam modul kursus)
- perlu mengetahui pengertian mengenai teori-teori normatif media serta 4 teori berikut yang berkaitan dengan teori normatif: (m/s: 97 - 107)
* Teori Autoritarian
* Teori Libertarian
* Teori Tanggungjawab sosial
- perlu juga mengetahui kesemua prinsip-prinsip berhubung dengan ketiga-tiga teori di atas (m/s: 98-102)



UNIT 6:MEDIA MASSA DAN KANAK-KANAK

Media Massa & Kanak-kanak (Perkembangan Kanak-kanak dan Kesan Media) (m/s: 110 dlm modul kursus)
- perenggan 1: perlu mengetahui perbincangan yang diberikan mengenai pengaruh media massa ke atas kanak-kanak (m/s: 110)
- perlu memahami dan mengetahui keempat-empat tahap berikut: (perenggan 2, m/s: 110)
* Tahap pertama
* Tahap kedua
* Tahap ketiga
* Tahap keempat

Media Massa Sebagai Saluran Sosialisasi (m/s: 111 dlm modul kursus)
- perlu mengetahui dan memahami peranan Media Massa Sebagai Sumber Utama Maklumat (m/s: 111)
- perlu mengetahui dan memahami bagaimana media massa Membentuk Sikap, Persepsi dan Kepercayaan masyarakat (m/s: 111)
- perlu juga mengetahui kesan media massa, khususnya televisyen terhadap pembentukan stereotaip, perlu juga mengetahui istilah ‘stereotaip’ (m/s: 111-112)

Kanak-kanak dan Iklan Televisyen (m/s: 113-117 dlm modul kursus)
- perlu mengetahui impak, kesan serta pengaruh iklan TV ke atas kanak-kanak (m/s: 113)
- perlu mengetahui bagaimana kanak-kanak boleh menjadi mangsa kepada iklan televisyen (m/s: 114)
- perlu mengetahui Kesan Teknik Khusus Periklanan (perlu mengetahui bagaimana kanak-kanak menjadi keliru dengan penggunaan teknik zoom-in dan close-up) (m/s: 115)

Kanak-kanak dan Iklan Televisyen (m/s: 113-117 dlm modul kursus)
- Iklan dan Sosiolisasi Pengguna- baca secara umum sahaja, tetapi perlu tahu peringkat umur kanak- kanak yang mempercayai iklan yang ditonton di TV dan peringkat umur kanak-kanak yang tidak mempercayai iklan yang ditonton di TV (m/s: 115)
- Pembentukan Kemahiran Sebagai Pengguna – baca secara umum sahaja (m/s: 116)
- Iklan dan Materialisma – baca secara umum sahaja perlu mengetahui Kesan Teknik Khusus Periklanan (m/s: 116-117)









UNIT 7:MEDIA MASSA DAN MASYARAKAT (m/s: 121-143 dlm modul kursus)

- Hubungan Media dan Ekonomi: baca secara umum, tetapi perlu mengetahui 3 bahan-bahan maklumat media (m/s: 124)
- perlu mengetahui 3 matlamat-matlamat media yang bergantung kepada bahan-bahan sistem ekonomi perenggan 2, m/s: 125)
- Hubungan Media dan Sistem Politik: baca secara umum sahaja (m/s: 125-126)

Media Massa dan Masyarakat m/s: 121-143 dlm modul kursus)
- Kesan-kesan Kognitif: fokus dan memahami mengenai konsep Kesamaran (m/s: 131-132)
- fokus dan memahami mengenai konsep Pembentukan Sikap (m/s: 133-134), abaikan perenggan 2 alam m/s 134
- Fokus dan memahami mengenai konsep Pembentukan Agenda (perenggan 1 & 2), m/s 134-135

Media Massa dan Masyarakat (m/s: 121-143 dlm modul kursus)
- fokus dan memahami mengenai konsep Perluasan (m/s: 137)
- fokus dan memahami mengenai konsep Nilai, perenggan 1 & 2 (m/s 137-138)
- Kesan-kesan Afektif: fokus dan memahami, perenggan 1 (m/s 139)
- fokus dan memahami mengenai konsep Pelalian (m/s 139)

Media Massa dan Masyarakat (m/s: 121-143 dlm modul kursus)
- Kesan-kesan tingkahlaku: fokus dan memahami mengenai konsep Pengaktifan (m/s: 141-142)
- fokus dan memahami mengenai konsep Ketidakaktifan (m/s 142-143)

UNIT 8:ETIKA DAN UNDANG-UNDANG MEDIA MASSA (ms: 145-166 dlm modul kursus)
- fokus dan memahami mengenai istilah dan takrifan ‘etika’ (perenggan 1, m/s 146)
- perlu juga memberi fokus ke atas ahli-ahli falsafah Greek & Latin seperti Socrates, Plato, Aristotle, Ceciro, Seneca dan Marcus Aurelius dan perlu memahami pandangan mereka mengenai konsep ‘etika’ (perenggan 3, m/s 146 & perenggan 2 & 3, m/s 147)

Etika dan Undang-undang Media Massa (m/s: 145-166 dlm modul kursus)
- perlu beri fokus ke atas pandangan Immanual Kant mengenai konsep ‘etika’ serta perlu mengetahui bagaimana pandangan Kant berbeza dengan pandangan ahli falsafah lain (perenggan 3, m/s 148 & perenggan 2, m/s 149)
- perlu mengetahui pandangan Bourke (1996) pula mengenai konsep ‘etika’ dan bagaimana pandangan beliau berbeza dengan pandangan Kant (perenggan 3, m/s 149)

Etika dan Undang-undang Media Massa (m/s: 145-166 dlm modul kursus)
- perlu mengetahui istilah dan takrifan ‘etika kewartawanan’ (perenggan 2 – 3, m/s 150)
- wartawan sering kali dikatakan melanggar etika kewartawanan dalam usaha mencari berita (Tan Sri Datuk Dr Mazlan Nordin, 2005)
- Tan Sri Datuk Dr Mazlan Nordin menggariskan 7 Dosa-dosa Besar yang sering dilakukan oleh wartawan & institusi media

Etika dan Undang2 Media Massa (m/s: 145-166 dlm modul kursus)Slide Tambahan, perlu mengetahui dan memahami
Perlu mengetahui:
7 Dosa-dosa Besar Yang Dilakukan oleh Wartawan & Institusi Media:
1. Distortion (Memutarbelitkan Maklumat)
2. Worshipping False Images (Membesar-Besarkan Sesuatu Yang Tidak Benar)
3. Invasion Of Privacy (Mencerobohi Hak Peribadi Seseorang)
4. Character Assisination (Menjatuhkan Imej Seseorang)
5. Exploitation Of Sex(Exploitasi Seks)
6. Poisoning Of Children’s Mind(Meracuni Pemikiran Kanak-Kanak)
7. Abuse Of Power By The Media(Menyalahguna Kuasa Oleh Media)

Dosa Besar 1: Memutarbelit maklumat
- Media (khususnya media cetak) sering memberikan maklumat yang tidak tepat
- Media elektronik juga sering memberikan maklumat yang tidak tepat
- Menyebabkan sesetengah khalayak sukar membezakan antara benar dan sebaliknya

Dosa Besar 2: Membesar-besarkan sesuatu yang tidak benar
- Media, khususnya para wartawan gemar membesar-besarkan sesuatu yang tidak benar, khususnya di kalangan orang- orang ternama seperti ahli politik dan artis
- Contoh: gosip. Media sering membesar-besarkan gosip mengenai seseorang, walaupun kesasihannya masih belum terbukti

Dosa Besar 3: Mencerobohi Hak Peribadi Seseorang
- Media sering mencerobohi hak peribadi orang-orang ternama untuk mendapatkan berita eksklusif serta gambar-gambar sensasi
- Contoh: Kematian Lady Diana
Gambar-gambar peribadi Michael Jackson
Gambar-gambar peribadi ahli politik

Dosa Besar 4: Menjatuhkan Imej Seseorang
- Media juga boleh menjatuhkan imej seseorang dengan memaparkan isu-isu kontroversi orang tersebut atau memaparkan gambar-gambar kontroversi
- Contoh: Watergate Scandal, President Richard Nixon di A.S

Dosa Besar 5: Mengeksploitasi Isu Seks
- Media, khususnya majalah gemar memaparkan isu-isu dan berita-berita mengenai seks, khususnya yang melibatkan golongan artis atau orang-orang ternama
- Tujuannya adalah untuk melariskan jualan
- Batasan: tidak boleh memaparkan isu seks yang melibatkan golongan bawah umur

Dosa Besar 6: Meracuni Pemikiran Kanak-Kanak
- Media juga boleh meracuni pemikiran kanak-kanak melalui paparan adegan dalam filem dan dalam iklan
- Kanak-kanak mudah terpedaya mengenai paparan isu sosial, politik dalam filem dan iklan
- Contoh: paparan aksi pergaulan bebas dalam filem barat

Dosa Besar 7: Menyalahguna Kuasa Oleh Media
- Media sering manyalahguna kuasa dengan mengugut seseorang atau dalam mendapatkan bahan maklumat secara tidak etika
- Media memainkan peranan penting dalam kempen politik, di mana media mempunyai kuasa untuk memberi fokus dan ruang kepada parti politik tertentu
- Media barat, khususnya A.S dan U.K memberi ruang yang sama kepada semua parti politik yang bertanding
- Tatasusila Kewartawanan Malaysia: baca secara umum sahaja (m/s 150 & perenggan 1 & 2, m/s 151)
- perlu mengetahui 8 prinsip Tatasusila Kewartawanan Malaysia (perenggan 3, m/s 151 & perenggan 1, m/s 152)
- perlu mengetahui bahawa di Malaysia, tidak ada undang-undang yang khusus untuk mengawal periklanan (perenggan 2, m/s 153)
- perlu memahami Kod Amalan Periklanan Malaysia, khususnya aspek kawalan dan garis panduan yang telah ditetapkan (perenggan 3, m/s 153)
- baca secara umum 5 garis panduan kod periklanan yang ditetapkan oleh Kementerian Penerangan (m/s 153 & 154)
- perlu mengetahui & memahami Kod Periklanan Radio Televisyen Malaysia (perenggan 2 & 3, m/s 155)
- baca secara umum 4 bahagian kod periklanan (perenggan akhir, m/s 155)
- baca secara umum 2 kod etika periklanan (1 a, b & 2 a, b, c, d, m/s 156)
- perlu mengetahui mengenai peranan Wanita dan Lelaki Dalam Iklan, khususnya mengenai aspek autoriti, hak membuat keputusan, keganasan, perbandingan jantina, kepelbagaian (m/s 156 & 157)
- baca secara umum mengenai penggunaan aspek Kepekaan dan Ketakutan & Tahyul dalam iklan (m/s 157)
- perlu mengetahui mengenai penggunaan aspek Moral, Sivil Pegangan Agama & Penghormatan Diri serta Barangan Jenama Rokok dalam iklan (perenggan pertama, m/s 158)
- baca secara umum barangan dan adegan yang tidak boleh diiklankan (a – v, m/s 158-159)
- perlu mengetahui mengenai Undang-undang Media di Malaysia, khususnya Perkara 10 dlm Perlembagaan M’sia (perenggan 1, m/s 160)
- baca secara umum Fasal (2), (3) dan (4) (perenggan 2 & 3, m/s 160)
- perlu mengetahui mengenai Ordinan Fitnah, 1957 (perenggan 1, m/s 162)
- perlu mengetahui mengenai Akta Mesin Cetak 1948 (perenggan akhir m/s 162 & perenggan 1, m/s 163)
- perlu mengetahui mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (1960), khususnya yang berkenaan dengan media (m/s 164)
- baca secara umum perenggan 3, m/s 164
- perlu mengetahui dan memahami Akta Hasutan, 1948 serta 6 aspek yang berkaitan dengan akta ini (m/s 165)
- perlu mengetahui Akta Kawalan Kemasukan Bahan-bahan Bercetak 1958 (perenggan 1, m/s 166)
- perlu mengetahui Akta Rahsia Rasmi 1972 (perenggan 2, m/s 166)


Panduan istilah dalam Slides

Perlu memahami / Perlu mengetahui / Perlu Fokus
penting dan akan ditanya dalam peperiksaan

Baca secara umum
tidak begitu penting, tetapi merupakan pengetahuan yang berguna kepada pelajar (tidak akan ditanya dalam peperiksaan)

HBEF1403 : SENI DALAM PENDIDIKAN

Pengenalan

Secara umumnya, seni adalah berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika yang merangkumi aspek-aspek jasmani dan rohani individu dan juga masyarakat. Seni disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta pengetahuan yang nyata (Martin, 1986 : 12). Hauser dalam tulisannya, berpendapat bahawa seni adalah komunikasi (1959). Dari perspektif pendidikan dapatlah dikaitkan bahawa bidang-bidang pendidikan juga memerlukan estetika seni untuk diketengahkan bagi memudahkan penyampaian sesuatu maksud agar lebih menarik dan mudah difahami. Maka dengan itu lahirlah apa yang dikatakan Seni Dalam Pendidikan.

Seni Dalam Pendidikan (SDP) adalah bidang yang menumpukan kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan tanpa merujuk kepada bidang seni lain seperti seni sastera, seni teater, seni fotografi atau seni mempertahankan diri. Seni Dalam Pendidikan diperkembangkan dalam diri murid untuk menajamkan lagi instuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi mereka. Murid diberi peluang menggunakan pancaindera mereka untuk meningkatkan kreativiti, sensitiviti serta daya imaginasi dalam pembelajaran mereka. Selain itu Seni Dalam Pendidikan juga berperanan untuk mengembangkan daya persepsi, estetika dan kreativiti mereka sesuai dengan matlamat untuk melahirkan individu yang berjiwa kreatif, inovatif dan mempunyai nilai jati diri yang tinggi.

Ramai tokoh-tokoh ilmuwan yang memberi pandangan menyokong bahawa Seni Dalam Pendidikan akan memberi manafaat dari segi jangkamasa panjang dalam membangunkan sahsiah dan jati diri individu.

Teori Konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak yang diajar melalui pembelajaran secara meneroka, bereksperimen dan mengolah bahan atau objek akan dapat mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif, kerana adanya unsur-unsur seni dalam pendidikan dalam pembelajaran mereka. Herman (1991), di dalam “Quadrant Concept” menyatakan bahawa seni dapat membantu pemikiran rasional dan intiutif seseorang individu.

Howard Gardner (1953), menyatakan , sekiranya hanya satu sahaja kaedah atau pendekatan yang digunakan didalam sesuatu pengajaran, hanya murid-murid tertentu sahaja yang boleh mendapatkan bahan yang disampaikan. Ini disebabkan murid mempunyai kebolehan menaakul dan menanggap dalam keadaan yang berbeza. Pendekatan yang berintegrasi dengan pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan murid kepada yang lebih kreatif.

A Kesan-Kesan Positif Seni Dalam Pendidikan

Berdasarkan pandangan daripada tokoh-tokoh yang tersebut di atas tadi dapatlah dibuat kesimpulan bahawa Seni Dalam Pendidikan mempunyai kepentingan dalam bidang pendidikan. Antara kebaikan atau kesan-kesan positif yang dapag diperolehi dalam penggunaan Seni Dalam Pendidikan ialah :-

A. i Proses pengajaran akan menjadi lebih seronok. Ini disebabkan pengintegrasian tiga mata pelajaran seni akan dapat menarik minat murid. Menurut Russel (1968), matlamat guru sekolah rendah dalam pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, sensitif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstura dan irama. Murid-murid akan mengambil bahagian dalam pembelajaran yang melibatkan berbagai-bagai kemahiran yang disediakan oleh guru. Di samping itu juga mereka dapat melahirkan idea dan kreativiti mereka dengan bebas.

Sebagai contoh, semasa mengajar sesuatu pengajaran yang pertama iaitu lagu ‘burung’, kanak-kanak akan membuat pergerakan seperti burung semasa menyanyi lagu tersebut. Dalam melakukan aktiviti tersebut, kita akan dapat melihat berbagai gaya yang dipersembahkan oleh murid, samada seperti terbang, berjalan, melompat, makan atau sebagainya. Seterusnya kanak-kanak disuruh menghasilkan gambar atau mewarnakan gambar burung. Semasa pembelajaran ini kanak-kanak akan dapat membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya.

A. ii Membantu perkembangan intelek, sahsiah dan sosial murid-murid.
John Dewey (1919), menyatakan ,pendidikan adalah satu proses untuk mengembangkan kecerdasan manusia, sekolah seharusnya memberi kanak-kanak kebebasan untuk perkembangan fizikal, emosi dan intelektual iaitu kebebasan untuk melatih kecerdasan melalui seni. Seni yang dimaksudkan adalah seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.

Keberkesanan fungsi mata pelajaran seni visual, seni muzik dan seni pergerakan boleh diperhebatkan dengan menjadikannya sebagai medium untuk pengajaran secara penerokaan, pengembangan kreativiti, proses-proses berfikir secara kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah dan merangsang pembinaan keyakinan diri dan imej kendiri yang utuh. Dengan adanya proses pembelajaran Seni Dalam Pendidikan murid akan lebih mudah untuk menerima kemahiran pembelajaran yang diajar oleh guru selari dengan perkembangan diri mereka seperti rajah 1 di bawah. Dalam kaedah pengajaran inkuiri penemuan murid-murid diberi peluang meneroka dan mencari sendiri jawapan kepada permasalahan. Peluang inilah yang digunakan oleh murid-murid untuk melahirkan idea dan mendorong mereka menggunakan keupayaan akal dan fizikal untuk menyelesaikan masalah. Secara langsung emosi mereka menjadi berkembang dan begitu juga dengan sosial bila murid-murid ini berinteraksi sesama rakan sebaya dan guru.



Rajah 1: Model Wholistik
Perkembangan Kanak-kanak

Falsafah perkembangan Dewey menekankan bahawa perkembangan emosi, jasmani dan sosial seseorang individu melalui aktiviti-aktiviti bermain dan meneroka sendiri di peringkat sekolah rendah merupakan pengalaman semula jadi yang banyak membantu kanak-kanak dalam pembelajaran mata pelajaran-pembelajaran lain di sekolah.

A. iii Menjadikan guru lebih bermotivasi dan kreatif dalam merancang pengajarannya.
Dengan adanya SDP dalam kurikulum sekolah rendah, pengajaran dan pembelajaran akan lebih menyeronokkan dan penglibatan murid juga adalah baik maka guru-guru akan lebih bersemangat dan kreatif untuk merancang persediaan untuk pengajaran mereka di mana pengajaran yang dirancang akan lebih mencabar serta mengutamakan perkembangan intelek, emosi, psikomotor dan kematangan murid. Sekaligus ini menjadi motivasi dan perangsang kepada guru untuk lebih banyak meneroka kemahiran-kemahiran baru yang sesuai dengan pencapai murid-muridnya. Hasil daripada persekitaran pembelajaran yang baik, guru juga akan dapat meningkat profesionalisma dalam kerjaya mereka. Usaha untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang cemerlang, berilmu dan mantap dari segi sahsiah pada tahun 2020 pasti akan berhasil.

B Penghubungkaitan Pelbagai Bidang dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Penghubungkaitan membawa maksud menghubungkaitkan pelbagai bidang kemahiran dan pengetahuan dari beberapa mata pelajaran dalam ssesuatu pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya penghubungkaitan tersebut pembelajaran akan dapat membantu percambahan pemikiran murid dengan mengaitkan isi pengajaran guru dengan kehidupan seharian mereka. Pengajaran dan pembelajaran yang ada penghubungkaitan ini akan menghasilkan pembelajaran yang lebih efektif. Tujuan penghubungkaitan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk meningkatkan lagi tahap kefahaman belajar murid-murid. Selain itu ia juga boleh membina serta melatih minda murid-murid untuk menjadi lebih aktif dan kreatif sekaligus dapat membantu pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang diajar.

Sebagai contoh, guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual bertajuk ‘Haiwan’. Sebelum murid-murid membuat aktiviti menggambar atau aktiviti membuat rekaan dan corak yang berkaitan dengan haiwan, guru terlebih dulu mencungkil pengetahuan sedia ada murid dengan bersoaljawab beberapa soalan yang mudah dan ringkas. Antara aktviti yang boleh dijalankan ialah menamakan haiwan,mengajuk bunyi haiwan, menyatakan cara pergerakan haiwan, mengelaskan kumpulan haiwan dan sebagainya. Di sini elemen Sains dan seni pergerakan telah dihubungkaitkan. Untuk mengaitkan dengan bahasa dan muzik, guru meminta murid menyanyi mana-mana lagu yang ada kaitan dengan haiwan. Selain itu murid juga disuruh berpantun atau membaca puisi berkenaan haiwan. Untuk mengaitkannya dengan mata pelajaran Matematik, guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan penyelesaian masalah (problem solving) yang ada kaitan dengan kehidupan seharian murid-murid. Contohnya, “Di dalam bakul itu ada sepuluh ekor ikan, dua ekor telah dilarikan kucing. Berapa ekor ikankah yang masih tinggal?’


Rajah 2 : Contoh Penghubungkaitan Mata pelajaran dalam Pelajaran Pendidikan Seni Visual.

Dengan adanya penghubungkait tersebut murid-murid akan belajar beberapa kemahiran dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada dapat memantapkan perkembangan sosial, emosi dan intelek murid-murid, pengajaran berintegrasi seperti yang tersebut di atas dapat juga meningkatkan tahap perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif mereka.
Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran penghubungkaitan (penggabungjalinan) ini lebih berkesan, guru-guru memainkan peranan yang paling penting selain kesedian murid-murid sendiri.

B. i Peranan Guru dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran ini antaranya adalah:-

i) Merancang persediaan mengajar yang dapat menarik minat murid. Antara perkara-perkara yang perlu di ambil perhatian dalam penyediaan rancangan pengajaran ini ialah berkenaan dengan topik, objektif pengajaran, isi pelajaran cara penyampaian isi serta penilaian yang diguna untuk menguji murid. Dalam penyediaan isi pelajaran guru perlulah menyediakan aktiviti-aktiviti yang dapat merangsang pemikiran murid-murid dan aktiviti tersebut perlu penglibatan semua tanpa mengambil kira tahap kebolehan mereka.
ii) Merancang dan memilih sumber bahan pengajaran dan pembelajaran serta bahan bantu mengajar. Sumber bahan-bahan yang dipilih perlulah mesra pelajar iaitu mudah digunakan oleh mereka. Bahan tersebut sudah semestinya menarik. Antara bahan yang boleh digunakan ialah bahan elektronik seperti komputer, televisyen, radio, internet dan sebagainya. Bahan bukan elektronik yang juga boleh digunakan seperti carta bergambar dan sebagainya. Guru perlu menyediakan bahan yang bersesuaian dengan tajuk yang hendak di ajar.
iii) Guru sebagai pemotivasi dan fasilitator murid-murid. Guru haruslah memberi motivasi dan keyakinan kepada murid-murid untuk melahirkan idea dalam pembelajaran mereka supaya dapat membentuk sikap positif dalam perkembangan diri serta mempunyai nilai-nilai murni dalam hidup. Selain itu juga adalah fasilitator atau pemudahcara semasa pembelajaran berjalan. Di mana guru membimbing serta memberi tunjuk ajar jika diperlukan oleh murid-muridnya. Dengan itu guru perlulah meningkatkan diri mereka dengan ilmu dan mempelbagaikan teknik-teknik penyampaian serta membuat kajian tentang pencapaian murid-murid dari semasa ke semasa.
iv) Pengurusan Kelas . Peranan guru di sini ialah membahagikan pelajar mengikut tahap pencapaian akademik mereka. Dengan pembahagian ini ianya akan memudahkan guru menyediakan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap akademik murid-muridnya. Selain itu guru juga perlu memastikan suasana pembelajaran yang teratur. Perkara lain yang perlu diambil perhatian ialah:-
- kelas atau bilik yang selesa
- peredaran udara dan cahaya yang sesuai
- kelengkapan perabot, bahan dan peralatan yang mencukupi


B. ii Peranan Murid

Selain guru, murid-murid juga mempunyai peranan mereka sendiri untuk memastikan pelaksanaan pengajaran penghubungkaitan ini berjaya. Mereka digalakkan melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah samada secara formal atau tidak formal. Dengan melibatkan diri secara aktif secara tidak langsung akan dapat mempertingkatkan kemahiran belajar mereka dan mereka juga dapat membuat penilaian kendiri tentang kelebihan dan kelemahan diri sendiri. Murid-murid juga digalakkan untuk meneroka sendiri sesuatu kemahiran yang baru dengan sentiasa merujuk kepada guru sekiranya menghadapi masalah pembelajaran.


C. Pendekatan Bertema

Pendekatan bertema bermaksud pengajaran yang disusun atau dirancang mengikut sesuatu konsep atau tema. Ianya merangkumi koleksi bahan, aktiviti, isi pelajaran serta teknik penyampaian. Pendekatan bertema memberi peluang kepada guru untuk menghubungkait mata pelajaran yang diajar dengan mata pelajaran lain. Penggabungjalinan beberapa mata pelajaran dalam sesuatu pengajaran ini memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka, mengalami dan mencari peluang mengekspresikan sesuatu tema yang telah dirancangkan. Dalam pemilihan dan penentuan tema banyak perkara yang guru perlu ketahui agar pengajaran dan pembelajaran yang dirancang berkesan. Antara perkara tersebut ialah:-
 tema yang dipilih hendaklah berasaskan kemahiran, pengalaman serta pengetahuan sedia ada murid
 tema yang dipilih berfokus kepada sesuatu isu. Contohnya isu-isu semasa.
 sumber-sumber pengajaran dan bahan bantu mengajar mudah didapati dalam tema yang dipilih
 guru perlu mempunyai banyak pengetahuan dalam tema yang dipilih.
 guru perlu memastikan tema pengajaran tersebut mempunyai pemeringkatan aktiviti dari yang mudah kepada yang lebih mencabar.

Pendekatan bertema juga dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan adanya pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Ini disebabkan tema yang dipilih mempunyai beberapa kemahiran seperti kemahiran bertutur, membaca, menulis, asas matematik, berfikir, menyanyi dan mengekspresi bakat (melukis).



C. i Terdapat banyak tema yang boleh digunakan oleh guru. Tema-tema tersebut boleh dikategorikan dalam tiga jenis tema iaitu:-

A Tema persekitaran
B Tema Masyarakat
C Tema Komunikasi

Berikut merupakan satu contoh pengajaran yang menggunakan pendekatan bertema. Tema yang digunakan ialah tema persekitaran.

Mata pelajaran : Bahasa Malaysia
Kelas : Tahun 4
Tema : Pengangkutan
Persekitaran : Persekitaran Teknologi

Di dalam pengajaran ini isi-isi pelajarannya dapat dikaitkan dengan mata pelajaran lain seperti Sains, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik, Pendidikan Pergerakan dan Kesihatan dan Kajian Tempatan dan Matematik. Di dalam pengajaran dan pembelajaran ini murid-murid akan di dedahkan dengan beberapa perkara penting seperti :-
- sejarah teknologi pengangkutan;
- kepentingan pengangkutan kepada manusia
- kesan-kesan teknologi pengangkutan terhadap alam sekitar, kesihatan manusia, haiwan dan tumbuhan
- bentuk-bentuk pengangkutan
- pergerakan kenderaan
- perkaitan antara laju dan jarak menggunakan kenderaan

Tema persekitaran teknologi dipilih kerana ia telah membawa kemajuan dan pembangunan kepada manusia . Teknologi juga melahirkan dunia tanpa sempadan dan telah memperkenalkan konsep globalisasi. Teknologi yang hebat dan hebat mampu menarik minat dan memotivasikan murid-murid untuk melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti-aktivi pengajaran yang berjalan. Murid juga akan dapat meneroka pergerakan kreatif, imej, bunyi serta meluahkan perasaan mereka secara bebas.

C.ii Pengintegrasian Matapelajaran

Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) penegasan yang berkesan amatlah dititik beratkan bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berjaya dan mencapai objektifnya terutama sekali kepada murid-murid. Bagi memastikan hasrat kerajaan dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara tercapai beberapa kaedah pengajaran digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya ialah konsep integrasi. Ianya meliputi semua bidang kemahiran ke arah penguasan ilmu pengetahuan, kemahiran bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Kerana keseimbangan ini adalah asas kepada keharmonian negara. Antara aspek pengintegrasian yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah

(a) Penggabungjalinan
Ia adalah proses menyepadukan (penggunaan) pelbagai bidang kemahiran bagi menjadikan suatu pelajaran itu integratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu matapelajaran disampaikan secara menyeluruh dan bersepadu dengan mengaitkannya dengan satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Penggunaan strategi ini dapat memberi peluang murid-murid menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan isi pelajaran yang diajar. Ia juga boleh mengelakkan kebosanan dan menimbulkan suasana pembelajaran yang lebih menarik. Untuk menjadikan proses penggabungjalinan ini lebih berkesan, murid-murid hendaklah terlebih dahulu menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar, bertutur, mengira, membaca dan menulis secara mekanis. Tujuan menguasai kemahiran asas ini ialah untuk menarik perhatian guru untuk memberi kefahaman dan penerangan yang lebih bermakna kepada murid.


(b) Penyerapan
Dalam konteks KBSR, penyerapan bermaksud sebagai proses menyatupadukan isi pengetahuan daripada mata pelajaran untuk dijadikan isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Contohnya bahan atau kandungan isipelajaran daripada mata pelajaran lain seperti Matematik, Seni Pergerakan, Sains, Pendidikan Muzik, Seni Visual atau Kajian Tempatan yang digunakan sebagai isi kandungan dalam pelajaran Bahasa Malaysia. Penyerapan pengajaran dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti dan gerak kerja yang dijalankan oleh murid di sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berjalan.

Bagi tema “Pengangkutan” yang dipilih terdapat beberapa aktiviti integrasi mata pelajaran lain yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya ialah dengan menayangkan jenis-jenis pengangkutan yang terdapat di negara kita serta beberapa penerangan tentang pengangkutan tersebut. Selepas itu murid diminta melakukan beberapa aktiviti.

Pergerakan : (a) cara memandu kereta atau kapal terbang
(b) menunggang motosikal
(c) mengayuh perahu

Seni Visual : (a) membuat model kenderaan
(b) mewarna gambar

Pendidikan Muzik : (a) membunyikan bunyi kenderaan
(b) menyanyikan lagu yang ada kaitan dengan kenderaan.

Selain daripada itu murid-murid juga diminta untuk membandingkan saiz kenderaan (Matematik), menyatakan kebaikan dan keburukan yang terdapat dalam perkembangan pengangkutan (Sains), dan menerang secara ringkas tentang sejarah pengangkutan (Kajian Tempatan)

Di dalam aktiviti pengintegrasian ini kemahiran utama yang diajar kepada murid-murid ialah kemahiran:
Lisan - menyoal untuk mendapatkan maklumat
- bercerita secara ringkas tentang kenderaan/pengangkutan
Bacaan - membaca petikan yang disediakan
- mencari maklumat yang terdapat dalam multimedia
Tulisan - menulis maklumat
- menjawab soalan

C. iii : Bagaimana aktiviti ini boleh membantu murid dalam pembelajaran?

Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan murid-muridnya dapat mengikuti dan seterusnya dapat menerima isi pengajaran yang disampaikan dengan semaksima mungkin. Maka dengan itu aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran murid menjurus kepada sesuatu yang boleh mencabar tahap kebolehan mereka. Aktiviti seperti pergerakan dilakukan supaya kanak-kanak akan mendapat lebih kefahaman tentang asas-asas pergerakan seperti penggunaan ruang, masa, imbangan berat badan dan daya. Semasa melakukan aktiviti tersebut kanak-kanak akan dapat memperkembangkan konsep pembentukan kendiri dari segi emosi sosial, fizikal, rohani dan nilai-nilai murni. Dengan adanya aktiviti ini perkembangan psikomotor murid menjadi lebih meningkat dan sekaligus membantu mereka menggunakan kesemua deria yang ada pada mereka untuk memudahkan penerimaan ilmu pengetahuan.

Untuk aktiviti yang berkaitan dengan Seni Visual, murid-murid membuat model kenderaan dan mewarna hasil kerja mereka. Aktiviti ini dapat mengembangkan daya imaginasi murid-murid dan penajaman daya intuisi mereka. Murid-murid juga dapat berinteraksi dengan bebas sesama rakan sebaya. Mereka mencari pengetahuan dan memanipulasi benda-benda menjadi sesuatu yang boleh dijadikan alat permainan mereka. Murid-murid juga akan dapat mewujudkan suasana yang dinamik dan interaktif dalam proses pembelajaran meraka. Dalam aktiviti nyanyian guru dapat membimbing murid kemahiran lisan mereka. Ia juga dapat membantu murid meluahkan perasaan berlandaskan pengetahuan dan pengalaman verbal dan bukan verbal samada berbentuk pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik berasaskan tema yang diberi. Ini menjadikan murid-murid lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan.

Dapatlah disimpulkan bahawa aktiviti-aktiviti integrasi dalam pengajaran adalah sebagai pengukuhan kepada kemahiran yang diperolehi daripada mata pelajaran lain dapat membantu penguasaan kemahiran fokus yang dikehendaki dalam objektif pengajaran dan pembelajaran dan menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan individu secara seimbang, harmonis dan bersepadu.

C. IV Penggunaan Bahan Dalam Proses Pengajaran

Pemilihan bahan pengajaran juga adalah sebahagian dari tugas guru dalam merancang pengajarannya. Penggunaan bahan bantu mengajar mengajar adalah sangat penting kerana ianya dapat membantu murid lebih memahami dan apa yang mereka fahami itu akan kekal dalam ingatan mereka. Secara umum, bahan bermakna apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya termasuklah pengetahuan dan nilai-nilai murni. Bahan juga boleh dikategorikan sebagai media pendidikan. Kesemua alat dan bahan, jika digunakan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan akan dapat merangsang dan mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif dan berkesan. Ia juga penting sebagai media komunikasi, sumber pengalaman dan unsure yang boleh mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran. Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran ini ialah:-

Bil Bahan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
1 Bahan elektronik
- komputer, tayangan klip
video, Internet
Penerangan semasa set induksi.
Mencari maklumat
2 Bahan bukan elektronik
- carta gambar
- lembaran kerja
- teka silangkata
- surat khabar lama
Mencari maklumat tentang pengangkutan
Aktiviti pengayaan
Aktiviti melukis dan mewarna gambar

3 Bahan maujud
- kereta, motosikal dan basikal

Membina ayat dan kemahiran membaca dan menulis.

Rajah 3 : Bahan pengajaran dan pembelajaran

Dalam pengajaran bertema yang dicadangkan ini bahan pengajaran yang digunakan ialah klip video yang ditayangkan menggunakan komputer dan LCD. Maklumat-maklumat pengajaran disampaikan melalui tayangan berkenaan keadaan sebenar serta peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan pengangkutan di negara kita. Tujuannya ialah supaya murid-murid mendapat maklumat yang lebih jelas jika diterangkan dengan contoh-contoh yang memerlukan bahan audio dan visual. Contohnya;

1) menerangkan jenis-jenis pengangkutan (air, udara dan darat)
2) menunjuk dan membezakan kepantasan pergerakkan kenderaan
3) menerangkan bunyi kenderaan
4) menerangkan bentuk-bentuk kenderaan

Penerangan guru dengan diiringi bahan-bahan tersebut dapat memperkembangkan corak pemikiran murid serta membantu mereka memahami sesuatu dengan jelas. Internet juga digunakan sebagai pendedahan dunia IT kepada murid. Guru membimbing murid meneroka alam maya untuk mencari maklumat. Peluang ini akan dapat menimbulkan rasa ingin tahu murid

Penggunaan bahan-bahan pengajaran seperti yang terdapat dalam Rajah 3 di atas dapat membantu murid meneroka dan mengaitkan pengetahuan dengan pengalaman dan pembelajaran dari mata pelajaran lain seperti Sains dan kajian Tempatan. Di samping itu ia juga dapat memupuk nilai-nilai murni dan pemikiran positif murid-murid.







Rujukan:

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni Visual 2000. Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1992). Pengurusan Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Omar Zakaria, Shaifol Bahary dan Hassan Ahmad. (2006). HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.

Salmah Ayob. (1993). Aktiviti-aktiviti Pergerakan Kreatif Panduan Pengajar. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.

Salmah Ayob. (1996). Strategi, Teknik dan Perancangan Pendidikan Pergerakan. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.

Zulkifli Yaakop, Mohd Jamal Ismail. (2007). HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.

HBEF2303: TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

1 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

1.1 Pendahuluan

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru dan asing, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60-an lagi. Negara kita tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan dan ledakan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini.

Kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun mengambil pelbagai inisiatif untuk memperlengkapkan warga pendidik seperti mengadakan pelbagai jenis kursus jangka pendek dan kursus jangka panjang. Ianya telah melibatkan perbelanjaan yang cukup besar. Sebagai contoh kerajaan sanggup membelanjakan berbilion ringgit bagi melicinkan pelaksanaan PPSMI. Tahun ini sahaja(2006) kerajaan telah membelanjakan sekitar RM250 juta untuk pembelian notebook dan perkakasan PPSMI yang lain.

Sudah pasti kerajaan mahu melihat hasil yang setimpal dengan pelaburan yang begitu besar. Dalam hal ini, kerajaan amat bergantung kepada golongan guru sebagai golongan yang berada di barisan hadapan pembangunan negara bagi memastikan kejayaan PPSMI.

Salah satu faedah penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ialah ianya dapat memperkembang dan memperkasakan lagi pemahaman pelajar dalam sesuatu tajuk mata pelajaran yang diajar. Ini diakui oleh Cockroft (1982) bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran boleh memperbaiki kualiti pengajaran dan boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam pengajaran.


Sebagai seorang guru, mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran sangat penting dalam pencarian maklumat secara global. Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan anak-anak kita berkemampuan mengejar perkembangan ilmu pengetahuan berkaitan Sains dan Teknologi serta berkebolehan menguasainya dengan pantas sesuai dengan perubahan era globalisasi.

Untuk merealisasikan matlamat ini, terdapat empat mod pengajaran dan pembelajaran di dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang boleh digunakan oleh seseorang pendidik. Mod-mod tersebut ialah mod tutorial, mod penerokaan, mod aplikasi dan mod komunikasi.

1.2 Mod Tutorial

Sebahagian besar perisian pendidikan yang diguna dalam pembelajaran tutorial direka bentuk berdasarkan kepada model tradisional pengajaran dan pembelajaran, model transmisi, yang melihat guru sebagai penyampai utama dan murid sebagai penerima.

Pembelajaran tutorial ini merangkumi pembelajaran secara ekspositari iaitu merujuk kepada suasana pembelajaran di mana guru menyampaikan maklumat kepada
murid yang pasif. Segala latihan dan latihtubi yang disampaikan dikawal oleh sistem.

Situasi yang sesuai bagi pembelajaran mod tutorial ini ialah untuk kelas yang ramai murid. Dalam situasi ini, guru boleh memberi tumpuan kepada sebahagian murid yang memerlukan bantuan guru sementara sebahagian lagi menggunakan komputer.

Pembelajaran ini juga sesuai bagi kelas yang mmpunyai murid yang pelbagai keupayaan. Pemulihan boleh dibuat untuk murid yang menghadapi kesukaran belajar dan
pengayaan untuk pelajar cerdik yang mencabar minda.

Kelebihan - kelebihan menggunakan mod tutorial ini ialah ianya dapat mengindividukan pembelajaran, murid-murid belajar mengikut kemampuan sendiri, meningkatkan motivasi murid untuk belajar dan murid-murid boleh belajar tanpa penyeliaan atau dengan penyeliaan guru yang minimum.

1.3 Mod Penerokaan

Dalam mod penerokaan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) digunakan sebagai medium untuk mencari dan mengakses maklumat secara penerokaan daripada bahan sumber seperti CD ROM, portal maklumat dan internet.

Selain daripada itu, murid juga mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara tunjuk cara di bawah kawalan murid sendiri. Murid juga boleh mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi di bawah kawalan sistem.

Pendekatan penerokaan ini menyokong kepada pendekatan constructivism, iaitu pembelajaran yang memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran autentik dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial.
Selain daripada mengakses maklumat terus dari internet, guru juga boleh menggunakan maklumat yang disimpan dalam CD ROM, ensiklopedia dan lain-lain
maklumat yang diperolehi di pasaran.

Kelebihan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk mod penerokaan ialah untuk memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing. Ia juga mendorong murid terlibat secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran dan memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas.
Selain dari itu, pembelajaran penerokaan ini juga memberi peluang kepada guru menerapkan teori pembelajaran moden seperti constructivism, multiple intelligence dan sebagainya.

1.4 Mod Aplikasi

Sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu dikatakan menggunakan mod aplikasi apabila alat ICT itu digunakan untuk membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat pengajaran dan pembelajaran.

Contohnya, penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemprosesan perkataan oleh murid dalam menghasilkan sesuatu tugasan (karangan) atau penggunaan perisian hamparan elektonik untuk memplot graf. Editor grafik, Computer Aided Design(CAD), Adobe Photoshop adalah contoh perisian khusus aplikasi. Penggunaan pengajaran mod aplikasi ini dikatakan berlaku apabila sekumpulan murid berbincang, mengedit dan mengolah kandungan karangan dengan bantuan pemprosesan perkataan dan seterusnya mempersembahkan hasil karangan mereka. Sekiranya guru itu hanya meminta murid-murid menyediakan karangan dengan mengunakan pemprosesan perkataan tanpa melakukan perkara seperti yang diterangkan di atas tadi, maka pemprosesan perkataan hanya diguna sebagai mesin taip sahaja.

Kelebihan-kelebihan menggunakan mod aplikasi di dalam pengajaran dan pembelajaran ialah murid boleh memberikan tumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik, guru boleh mengemukakan masalah yang lebih mencabar minda murid dan murid dapat meningkatkan kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran

1.5 Mod Komunikasi

Mod pembelajaran komunikasi digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima,dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk. Kecanggihan dan kemajuan ICT pada ketika ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti teks, grafik, audio, video atau kombinasi pelbagai mod.

Mod komunikasi dapat dijalankan menggunakan empat teknik iaitu teknik seorang – sendirian, teknik seorang kepada seorang, teknik seorang kepada ramai dan teknik ramai kepada ramai. Pembelajaran kolaboratif adalah contoh model pengajaran yang menggunakan mod komunikasi.

Kelebihan-kelebihan menggunakan mod komunikasi ini ialah ianya boleh melaksanakan pembelajaran kolaboratif, mempertingkatkan penglibatan murid dalam proses pembelajaran melalui peer group yang bersifat global dan murid-murid boleh berkomunikasi dengan pakar di dalam dan luar negeri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Dalam kerja kursus ini kami telah memilih DUA mod pengajaran iaitu mod tutorial dan mod penerokaan untuk diintegrasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ringkasan tentang persamaan, perbezaan , corak persamaan dan perbezaan yang penting kedua-dua mod boleh dirujuk pada Lampiran A yang disertakan.

1.6 Kesimpulan
Ringkasnya penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara terancang dan teratur akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran guru lebih diyakini oleh pelajar. Pelajar – pelajar pasti suka akan pengajaran guru yang mempelbagaikan kaedah, teknik, pendekatan dan bahan bantu mengajar yang terkini.

Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan agar generasi muda hadapan Malaysia yang hendak dilahirkan ini dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa dengan penuh keyakinan tanpa menghadapi sebarang halangan komunikasi.




Sekarang ini terpulang kepada warga pendidik untuk memanfaatkan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi ini di bilik darjah semaksima yang mungkin.


“PENDIDIKAN HARI INI UNTUK KEHIDUPAN MASA HADAPAN”


























Lampiran A
2 MEMBANDING DAN MEMBEZAKAN


JENIS MOD :

MOD TUTORIAL DAN MOD PENEROKAAN



PERSAMAAN
1. Kedua-dua mod pembelajaran boleh menggunakan internet sebagai sumber
pengajaran dan pembelajaran.
2. Kedua-dua mod pembelajaran membenarkan murid-murid belajar mengikut
kemampuan masing-masing.
3. Kedua-dua mod pembelajaran dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.
4. Kedua-dua mod pembelajaran boleh digunakan secara berkumpulan atau individu.
5. Pengunaan pembelajaran ini boleh dijalankan dengan bimbingan dan pengawasan
guru yang minimum.
6. Guru perlu merancang proses pengajaran dan pembelajaran teliti khususnya
tentang pengurusan masa kerana kemungkinan kedua-dua mod ini memakan masa
yang panjang untk diimplimentasikan.



PERBEZAAN
Mod Tutorial Mod Penerokaan

1. Mod tutorial merangkumi
pembelajaran ekpositori,demonstrasi
sesuatu fenomena yang dikawal
urutan dan babaknya oleh sistem.

1. Mod penerokaan lebih menjurus
kepada aktiviti inkuiri penemuan,
pembelajaran masalah kehidupan
sebenar pelajar, Kajian Masa Depan
dan pembelajaran berbentuk simulasi
yang mana aktivitinya dikawal oleh
pelajar sendiri.

2. Mod tutorial terikat kepada
kandungan pelajaran berdasarkan
urutan yang telah ditetapkan.
2. Mod penerokaan memberi peluang
kepada murid untuk menentukan
halatuju dan kemajuan pembelajaran
masing-masing.

3. Mod tutorial dapat mengindividukan
pembelajaran.
3. Mod penerokaan pula dapat memupuk
semangat kolaboratif dikalangan
pelajar semasa menjalankan aktiviti
penerokaan.

4. Guru kurang berpeluang untuk
mencuba apatah lagi untuk
mengaplikasikan teori pembelajaran
terkini memandangkan batasan
pelajar- pelajarnya.
4. Guru berpeluang untuk mencuba dan
seterusnya mengaplikasikan teori
pembelajaran terkini seperti
pembelajaran constructivism, multiple
intelligence dan lain-lain.




CORAK PERSAMAAN DAN PERBEZAAN YANG PENTING

1. Dalam pembelajaran penerokaan , murid boleh mengawal dan menentukan
maklumat yang diterima melalui ICT. Ini berbeza dengan pembelajaran tutorial di-
mana murid hanya menerima bahan pengajaran yang dikawal oleh sistem.

2. Corak persamaan yang ketara dalam ke dua-dua mod ini ialah dalam mod tutorial
tunjuk cara sesuatu fenomena dikawal oleh sistem, sementara dalam mod
penerokaan murid juga mempelajari, mengalami dan mengkaji sesuatu
fenomena secara simulasi juga tetapi di bawah kawalan sistem.





KESIMPULAN
Kedua –dua mod pengajaran dan pembelajaran ini memerlukan pelajar menggunakan kemudahan yang sama iaitu alatan dan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk meneroka dan menimba pengalaman pembelajaran. Murid-murid belajar mengikut kemampuan masing-masing. Pelajar yang lebih cerdas boleh mengikuti perisian pendidikan khusus sebagai aktiviti pengayaan manakala murid-murid lemah diberi perisian pendidikan khusus untuk aktiviti pemulihan.

























LAMPIRAN B
3 Templat Butiran Matapelajaran
Matapelajaran: Sains Tahun 6
Tema/Bidang Kajian: Menyiasat Bumi dan Alam Semesta:
Mengetahui Sistem Suria
Menamakan Planet-planet dalam Sistem Suria mengikut urutan dari Matahari
Tahun: Tahun 6A
Tahap : Dua
Masa: 1 Jam (60 minit)
Pengetahuan Sedia ada murid : Murid-murid telah mengenali atau mengetahui serba sedikit mengenai Sistem Suria melalui media massa dan sumber pembacaan mereka.
Nilai-Nilai Murni : Mensyukuri Kebesaran Tuhan, Bekerjasama, Tolenransi

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pelajaran ini murid-murid akan dapat:-
1 Menamakan 6 daripada 9 buah planet yang terdapat dalam Sistem Suria kita.
2 Menyatakan 6 daripada 9 kedudukan planet dalam Sistem Suria.
Sumber Internet : http://pds.jpl.nasa.gov/planets/welcome.htm

http://www.windows.ucar.edu/tour/link=/our_solar_system/solar_system.html

http://starchild.gsfc.nasa.gov/docs/StarChild/StarChild.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sistem_suria

http://niksharris.tripod.com/sistem_suria.html


3.1 Templat Persediaan Mengajar/Manual Penggunaan Bahan Bantu
Mengajar.
Matapelajaran: Sains
Kelas : Tahun 6 A
Masa : 60 minit
Tema/Bidang : Mengetahui Sistem Suria
Menamakan Planet-planet dalam Sistem Suria mengikut urutan dari Matahari
Pengetahuan Sedia ada: Murid-murid telah mengetahui serba sedikit tentang Sistem Suria melalui media massa dan sumber pembacaan mereka.
Objektif Pengajaran : Pada akhir pelajaran ini murid-murid akan dapat:-
1 Menamakan sekurang-kurangnya 6 daripada 9 buah planet yang terdapa dalam Sistem Suria
2 Menyatakan nama-nama planet mengikut urutan dari Matahari.
Isi Pelajaran : Menamakan Planet dalam Sistem Suria
Nilai-Nilai Murni : Mensyukuri Kebesaran Tuhan.
Bahan Bantu Mengajar : Slaid persembahan ”power point”, komputer
Bahan Bantu Belajar : Brosur
Bahan Rujukan : Internet, buku kerja, Huraian Sukatan Pelajaran
Langkah Isi Pelajaran Catatan

Set Induksi

(5 minit)
- Guru menayangkan klip video beberapa objek di angkasa lepas
- Setelah itu guru bersoaljawab dengan murid-murid tentang objek-objek yang terdapat dalam klip video tersebut






Langkah Isi Pelajaran Catatan
- Soalan-soalan Guru,
1 ”Apakah objek-objek yang terdapat dalam klip video tadi?”
2 ”Bolehkah kamu namakan di manakah gambar-gambar di dalam video tadi di ambil?”
Guru mengaitkan hubungan klip video dengan tajuk yang akan diajar.
”Klip video tadi menunjukkan beberapa objek yang terdapat di angkasa lepas.”
”Boleh tak kamu nyatakan apakah objek-objek yang berada di angkasa lepas?”
Contoh jawapan murid:-
Bulan, bintang, planet, matahari


Pengembangan
Isi Pelajaran

(20 minit)
Mod Pengajaran dan Pembelajaran yang digunakan ialah Mod Tutorial.
- Guru menunjukkan gambar planet-planet dan menamakannya mengikut urutan dari yang paling hampir dengan Matahari.


Slaid 4


Langkah Isi Pelajaran Catatan
- Selepas menamakan 9 buah planet tadi Guru mengemukakan bebarapa soalan
i) ”Apakah nama planet yang paling hampir dengan Matahari?”
Contoh jawapan murid:- Planet Utarid
ii) ”Planet manakah yang mempunyai kehidupan?”
iii) ”Planet apakah yang mempunyai gegelang yang cantik?”
iv) ”Apakah planet yang terkecil dalam Sistem Suria kita?”

2. Setelah itu Guru memberi penerangan mengenai planet secara satu persatu sambil menayangkan slaid persembahan.
A
Slaid 5
Guru menyoal murid-murid sewaktu slaid ditayangkan.
i) ”Pada pendapat kamu mengapakah benda-benda hidup tidak boleh di planet ini?”




Langkah Isi Pelajaran Catatan
B. Guru mengklik pada gambar planet yang ke 2.

Slaid 6
Guru membaca penerangan mengenai planet Zuhrah.
C. Sebelum guru menayangkan gambar planet yang ketiga guru menyoal mrid untuk menguji kefahaman mereka tentang planet yang akan dinyatakan.
i. ”Planet ini merupakan satu-satunya planet dalam Sistem Suria yang diketahui mempunyai benda-benda hidup. Ia mempunyai lautan dan daratan yang terdiri daripada gunung-ganang dan dataran. Boleh tak kamu sebutkan nama planet tersebut?”
Contoh jawapan murid:– ”Bumi”.
Guru menayangkan gambar Bumi. Murid-murid membaca penerangan yang diberi.

Slaid 7




Langkah Isi Pelajaran Catatan
Guru menyoal murid.
ii. ”Apakah hidupan yang terdapat di Bumi?
Contoh jawapan murid:- ”manusia, haiwan, serangga, tumbuhan dan sebagainya.
iii. ”Mengapakah hidupan tersebut boleh hidup di bumi”?
Contoh jawapan murid:- “Bumi ada udara”
-“Bumi ada oksigen”
-“Bumi ada karbon dioksida”
-“Bumi ada air”
-“Bumi ada makanan”
D. Seterusnya guru menayangkan planet yang ke 4 iaitu planet Marikh.

Slaid 8
Guru meminta seorang murid untuk membaca penerangan mengenai planet tersebut.

E. Guru menayangkan planet Musytari dan membaca penerangan tentang planet tersebut. Planet tersebut merupakan planet yang terbesar sekali dalam Sistem Suria.


Langkah Isi Pelajaran Catatan


Slaid 9

F. Guru menayangkan gambar planet yang ke enam iaitu planet Zuhal.

Slaid 10
Planet Zuhal merupakan planet yang cantik kerana mempunyai cincin mengelilinginya. Murid membaca keterangan pada gambar planet tersebut.
G. Guru meminta salah seorang murid untuk mengklik gambar bulatan yang mewakili planet yang seterusnya dan minta murid tersebut membaca penerangan tentang planet tersebut.

Slaid 11



Langkah Isi Pelajaran Catatan
H. Guru menayangkan gambar planet Neptune. Murid
membaca penerangan yang diberi.

Slaid 12
I. Akhir sekali ialah gambar planet Pluto.

Slaid 13
Guru membaca penerangan mengenai planet Pluto. Guru mengemukakan soalan.
”Bagaimanakah keadaan planet yang paling jauh daripada Matahari itu?”
Contoh jawapan murid:- ”Planet itu sangat gelap”
”Planet itu sejuk”.
Langkah 3 Aktiviti 1. (Pengukuhan)
Untuk menguji kefahaman murid guru meminta murid menjawab beberapa soalan interaktif tentang pelajaran yang telah diajar. Guru meminta murid mengklik jawapan mereka.


Langkah Isi Pelajaran Catatan

(5 minit)














Dalam aktiviti ini guru menyuruh murid tampil ke hadapan dan membuat pilihan jawapan yang dipaparkan dengan mengklik jawapan mereka.

Aktiviti 2
Untuk menambahkan lagi ingatan murid-murid terhadap isi pelajaran yang diajar, guru meminta beberapa orang murid membuat satu simulasi mengenai kedudukan planet mengikut urutannya dari Matahari. Setiap pelajar yang dipilih mewakili sebuah planet. Murid diberi satu kad imbasan (nama planet) secara rambang. Setelah semua murid telah mendapat nama planet masing-masing mereka diminta mengambil kedudukan masing-masing seperti yang ada pada kad imbasan mereka.


Langkah Isi Pelajaran Catatan




(7minit)







(20 minit)

Kad Imbasan

Aktiviti 3 (Mod Penerokaan)
Guru membimbing murid melayari laman web yang berkaitan dengan tajuk. Seterusnya memberi peluang kepada murid-murid untuk membuat penerokaan dan mencari maklumat sendiri.

Penutup

(3 minit)
Penutup
Aktiviti Pengayaan dan Pengukuhan
Guru mengedarkan brosur sebagai bahan bantu belajar murid-murid.. Guru juga menyarankan supaya murid-murid yang mempunyai akses internet di rumah supaya melayari laman web yang berkaitan dengan tajuk yang diberi.
Murid juga diberi latihan sampingan sebagai untuk dijawab di rumah.


4 Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

Dalam sesi pengajaran ini bahan bantu mengajar yang dibuat digunakan dalam dua komponen pengajaran iaitu:-
a) pada Komponen Asas
b) pada komponen tambahan

4.1 Komponen Asas
Dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, komponen asas mengandungi tiga perkara utama iaitu:
i) Set Induksi :
Merupakan permulaan sesuatu sesi pengajaran. Akativiti yang dijalankan
dalam set induksi biasannya berkait rapat dengan tajuk pelajaran yang akan
diajar. Set induksi yang dirancang atau digunakan mestilah menarik supaya
merangsang fikiran murid-murid.
ii) Perkembangan :
Perkembangan merupakan penyampaian isi pelajaran tajuk-tajuk yang akan diajar. Penyampaian pengajaran tersebut dilakukan mengikut langkah-langkah yang berurutan.
iii) Penilaian :
Penilaian merupakan proses untuk mengenalpasti samada pengajaran yang disampaikan berkesan atau tidak. Ia boleh digunakan untuk menguji kefahaman murid-murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan.

Bagi sesi pengajaran ini Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang dibuat digunakan dalam Mod Tutorial iaitu pada setiap sesi utama dalam komponen asas. Pada set induksi, klip video digunakan untuk mengaitkan pengajaran dengan tajuk pelajaran yang akan diajar. Pada sesi perkembangan beberapa slaid persembahan ’power-point’ digunakan



begitu juga pada sesi penilaian, beberapa soalan interaktif dibuat untuk menguji murid-murid. Tujuannya ialah supaya dapat menarik minat murid-murid untuk terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan berbantukan komputer dan teknologi maklumat murid akan mempunyai keinginan yang tinggi untuk mengetahui apakah kandungan slaid yang bakal ditayangkan kemudiannya.

4.2 Komponen Tambahan
Komponen tambahan mempunyai empat kandungan iaitu:-
i) Ulangkaji :
Bahan yang dibina digunakan murid-murid untuk membuat ulangkaji
pelajaran yang baru diajar kepada mereka.
ii) Pengayaan:
Aktiviti disediakan bagi murid-murid yang dapat menguasai sesuatu pelajaran. Biasanya aktiviti yang disediakan lebih mencabar dan mempunyai aras yang tinggi.
iii) Pemulihan:
Disediakan bagi murid-murid yang lemah menguasai sesuatu kemahiran. Aktiviti yang disediakan lebih mudah dan sesuai dengan pencapaian mereka.
iv) Pengukuhan:
Setiap gerakbalas positif yang ditunjukkan murid akan diberi ganjaran dan pujian.
Dalam sesi pengajaran ini, brosur serta latihan bertulis disediakan sebagai ulangkaji kepada murid-murid. Murid-murid yang mempunyai akses internet di rumah juga diminta untuk melayari laman web-laman web yang berkaitan dengan tajuk yang diajar.

5 Bahan Bantu Mengajar/Bahan Bantu Belajar

1. Klip video: Klip video menunjukkan gambar-gambar planet. Klip video digunakan
pada set induksi. Selepas tayangan, beberapa soalan dikemukakan.


2. Slaid persembahan ‘power point’: Slaid digunakan semasa sesi perkembangan isi
pelajaran dan pada soalan-soalan interaktif. Slaid-slaid tersebut
menunjukkan gambar-gambar planet dan keterangannya.

3. Brosur: Brosur digunakan sebagai latihan ulangkaji dan bahan bantu belajar
murid.
4. Kad Imbasan : Kad ini digunakan dalam aktiviti pengukuhan murid-murid. Kad
tersebut adalah nama-nama planet. Sepuluh orang murid diminta
mengambil sekeping seorang kad tersebut. Selepas itu mereka membuat
susunan sendiri kedudukan planet-planet mengikut urutan dari matahari.





















Bibliografi

En. Omar Zakaria, En. Saidol Bahary Sulaiman, En. Hassan Ahmad, (2006) HBEF 2303 Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan.Kuala Lumpur:Unitem Sdn. Bhd.

Chai Tsun Thai,Marlyn Premini,Siti Sarbanon Mohd. Amin (2005) Siri Teks referens Sains UPSR.Selangor Darul Ehsan:Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM, KBSR (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 6, PPK. Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia.