Ahad, 8 Mei 2011

JMK221 FIKSYEN MELAYU MODEN


1.0 PENDAHULUAN

Gaya bahasa atau unsur keindahan ialah cara seseorang menggunakan bahasa sebagai wahana untuk menyampaikan pemikiran atau pandangan terhadap sesuatu tema atau persoalan melalui karya. Gaya bahasa juga terdiri daripada beberapa unsur. Unsur – unsur ini digunakan oleh pengarang atau karyawan untuk beberapa tujuan. Contohnya,dengan menggunakan unsure gaya bahasa repetisi, seseorang karyawan itu akan dapat memperjelaskan atau menguatkan sesuatu cerita. Manakala, dengan menyelitkan loghat daerah pula,sesuatu yang dipaparkan itu akan memberi kesan yang lebih hidup atau realistik kepada pembaca. Antara unsur gaya bahasa yang lazim digunakan dalam sesebuah penulisan adalah seperti diksi ( pemilihan kata ), ayat, bahasa perbandingan dan estetika bahasa ( keindahan bahasa ).Kemahiran menggunakan gaya bahasa akan memancarkan keindahan dalam sesuatu karya di samping menonjolkan keperibadiaan penulis kerana biasanya seseorang penulis memiliki gaya bahasanya yang tersendiri, dengan cara ini seseorang pengarang dapat memanipulasikan bahasa dalam sesebuah karya ciptaannya.

Gaya Bahasa yang tersendiri ini memperlihatkan jati diri seseorang pengarang dalam menyampaikan cerita. Lazimnya pengarang akan menggunakan pelbagai unsur bahasa yang dimanipulasikan dengan gaya kreativiti masing – masing dalam menghasilkan sesebuah karya. Ini kerana gaya bahasa menjadi tulang belakang sesebuah karya. Gaya bahasa yang indah, baik, matang dan berfungsi akan menjadikan sesebuah karya itu lebih menarik serta istimewa sekali gus mengangkat martabat sesebuah karyanya.

1.2 Definisi gaya bahasa

Menurut Mana Sikana dalam bukunya Kritikan Sastera: Pendekatan dan Teori (1986:160), gaya bahasa ialah kajian terhadap keseluruhan karya yang berpusat kepada penggunaan bahasa. Ia bertujuan untuk memperlihatkan sejauh mana keberhasilan seseorang pengarang itu mengolah bahasa yang sesuai sebagai penerapan karya kreatif yang bersifat imaginatif, figuratif, dan simbolik yang mampu mengukuhkan pemikiran.

Keris Mas menyatakan bahawa gaya bahasa meliputi kebahasaan yang menimbulkan rasa khusus yang mengandungi estetik. Termasuk dalam manipulasi ini ialah pemilihan kata, pemilihan struktur sintaksis, pemakaian dan pemilihan bahasa figuratif, ungkapan, peribahasa, kiasan dan penggunaan pola konvensional dan sebagainya.

Kamaludin Muhamad ( Keris Mas ),dalam buku beliau Perbincangan Gaya Bahasa Sastera ( 1998:13), gaya bahasa bermaksud cara atau ragam bahasa itu dipakai, khususnya dalam tulisan atau karangan.Penggunaan atau pemakaian bahasa mempunyai jenis – jenis yang khusus. Khusus untuk maksud- maksud yang tertentu seperti untuk menghuraikan ilmu pengetahuan, untuk berucap kepada khalayak ramai yang tidak terpelajar, untuk menulis berita dalam akhbar – akhbar, untuk mengarang rencana atau esei, untuk kegunaan perundang-undangan,untk ilmu Sains dan teknologi dan lain – lain, termasuk gaya untuk karangan yang mengharukan dan membangkitkan perasaan seni.

2.0 PENGOLAHAN GAYA BAHASA DARI DUA BUAH TEKS WAJID: TEH DI BUKIT TINGGI oleh Nor Faridah Manaf dan KEPIKUNAN oleh Shanon Ahmad.
Kita akan mengutip beberapa potong ayat daripada cereka fiksyen Melayu moden yang terpilih. Kita akan meneliti bahasa yang digunakan dalam potongan itu. Kemudian kita bincangkan kemungkinan – kemungkinan gaya lain yang boleh dipakai oleh pengarang , berdasarkan ayat – ayat, frasa, ungkapan, pilihan kata, ketepatan dan kesesuaian makna yang terdapat pada potongan – potongan cerpen itu nanti. Disamping itu kita akan berbincang tentang watak, latar, gagasan dan pemikiran pengarang. Selain daripada itu kita juga akan berbincang tentang bahasa yang digunapakai oleh pengarang semasa awal cerpen, pertengahan, konflik dan pelaraian ceritanya.
Petikan dari cerpen Teh di Bukit Tinggi :
Kereta buruknya merangkak memanjat bukit tinggi itu. Di belakang kereta itu terpampang besar pelekat ini : Jutawan akan Datang Anda. Aku tergelak besar. Siapakah gerangan badut ini, hatiku tertanya-tanya.Kami semua menuju ke destinasi yang sama:majlis minum teh di bukit tingi di Malaysia. Kami semua mendapat jemputan seorang ahli politik yang sedang naik namanya.Orang mengatakan dia pilihan nombor tiga dan bakal menjadi Perdana Menteri dalam masa dua atau tiga pilihan raya lagi. Aku dijemput sebagai wartawan sebuah surat khabar terkenal di Negara ini. Surat khabar yang dikatakan menjadi telunjuk kerajaan yang memerintah. Ini tidak benar. Sama sekali tidak benar. Kami ini telah merdeka.Kami telah lama mempunyai kebebasan bersuara. Kebebasan menulis. Barat Cuma mengada – adakan cerita jika ini tuduhan yang datang daripada mereka tali – tali barut mereka di tanah air, tempat darahku akan tumpah hingga ke saat – saat terakhirku. Mempertahankan sebuah kemerdekaan. Sebuah martabat. Sebuah identiti.
Kereta buruk itu semakin tersengguk – sengguk. Sekali sekala kelihatan seperti enjinnya akan mati terus. Ikwan, jurugambar menemaniku mengemaskan tali pinggang keselamatannya sambil berkata,”Kalau kereta Si badut ini menggelongsor ke belakang kita akan terkubur di dalam hutan ini tanpa batu nisan.”
( Nor Faridah Abdul Manaf, “Teh di Bukit Tinggi”, hlm 285-286 )
Tiap – tiap gaya melahirkan kesan tertentu. Gaya memakai ayat gabungan yang kompleks yang mengandungi beberapa idea yang kita lihat dalam permulaan cerpen ini, ianya dapat memberi kesan kepada kita jalan ceritanya. Diantara kesannya adalah kita telah dibawa dekat kepada objek yang diceritakan, kita tidak saja melihat satu objek yang utama tetapi segala yang ada disekeliling objek tersebut, disamping itu kita juga measa seolah – olah objek utama bersatu dengan segala disekelilingnya melalui gerak, perlakuan bahkan perjalanan fikiran atau perasaan atau suasana benda – benda itu, yang hidup atau yang tidak hidup. Amat terasa bahawa tiap – tiap kata yang dipakai mempunyai makna yang tepat dan sesuai, seperti perkataan : buruknya, badut, terpampang,menyukarkan, menemani dan sebagainya. Ini dapat kita lihat daripada permulaan cerpen ini, ianya senang untuk difahami oleh khalayak pembaca.
Penulis juga menyelit gaya bahasa personifikasi iaitu dalam potongan ayat Kereta buruknya merangkak memanjat bukit tinggi itu. Disamping itu terselit juga unsur bahasa simile dalam perenggan kedua potongan ayat Siapakah gerangan badut itu, Macam lebat hitam rambut dikepala. Kita macam telu di hujung tanduk. (ms 289). Potongan ayat Kereta buruk itu semakin tersengguk – sengguk, merupakan metafora yang digunakan oleh penulis untuk mengambarkan keuzuran kereta yang digunakan oleh Datu’ Dr. Taufik dalam karyanya. Unsur gaya Bahasa epitet terselit dalam ayat Surat khabar yang dikatakan menjadi telunjuk kerajaan yang memerintah. Terdapat juga unsur hiperbola diselit didalam cerpen ini iaitu dalam ayat Kata – katanya ( ayat – ayat al_Quran dan hadis cair di lidah ) dan pergaulannya dengan orang yang biasa (ms 291.) Terdapat juga unsur satira dalam ayat bagi mengambarkan bertapa tidak senangnya hati penulis ini dengan watak Dato’ Dr. Taufik ini jelas dalam potongan ayat Kadang – kadang aku hampir termuntah juga dengan ilusi mereka ini.(ms291). Gelaran badut juga merupakan unsure gaya bahasa satira bagi gelaran kepada pemandu kereta dan juga penumpang di dalamnya. Ini menunjukkan bertapa tidak senang hati penulis dengan kahadiran orang tersebut.Terdapat juga unsur gaya bahasa Paralipsis, dalam ayat berikut Siapakah pengikut – pengikutnya ?Kalau raja, ada rakyat, Kalau pemimpim,ada pengikutnya. ( ms 291).
Di pertengahan cerpennya ini, penulis juga menggunakan bahasa Inggeris sebagai mengambarkan bahasa penulis merupakan seorang yang terpengaruh atau pun untuk memanjakan gelaran ayah beliau dengan panggilan Daddy, mummy dan I love you sebab itulah tulisan ini dicondongkan supaya pembaca tahun bahasa perkataan daddy mummy dan I love you itu merupakan perkataan dari bahasa asing. Potongan ayatnya adalah seperti begini Daddy pasti marah jika tahu aku telibat dalam majlis – majlis seperti ini. Daddy selalu kata jangan campuradukkan politik, agama dan profesionalisme kewartawanan kita. (ms 289-290). Depan mummy, I love you, I love you. Belakang mummy, daddy angkat budak sekolah atau yang tidak habis sekolah bawa makan angin ke Tokyo, Hong Kong, Jakarta. Mummy dibawa ke London, New York, Paris.
Penulis juga bahasa Arab dari ungkapan dialognya menyebut “ Assalamualaikum. Maaf jika kereta saya terlalu perlahan di hadapan anda sepanjang jalan tadi” (ms 287 ).
Semasa konflik penulis menyelitkan beberapa perkataan dari bahasa Arab yang digunakan seperti akhlak,misyar, syaitan, ulama, muta’ah, taksub dan berkhutbah. Penggunaan bahasa Arab ini mudah dan senang difahami oleh khalayak. Terdapat juga unsur bahasa inuendo dalam dialog yang digunakan seperti ayat “ Ya Dato’, kadang – kadang kita sendiri yang menyerahkan kunci rumah kepada musuh sendiri.
Dipeleraian cerpen ini pula penulis terdapat penggunaan unsur bahasa anafora yang digunakan seperti potongan ayat, Aku mencelah selagi aku masih boleh mencelah kerana Dato’ apabila bercakap, dia bercakap tanpa noktah. (ms 294). Terdapat juga unsur gaya bahasa sinisme pada potongan ayat “ Kau sentiasa bijak,” kata Ikwan marah – marah. (ms 295). Dalam dialog yang berbunyi “ Turun bukit lebih mudah daripada menaikinya, Ikwan. Terutama jika ada kereta buruk dihadapannya.” ( ms 295 ), dalam dialog ini terdapatnya unsur gaya bahasa ironi, iaitu ianya menyatakan tentang makna yang bertentangan. Namun demikian terdapat juga unsur bahasa polisinden dalam dialog “ Mereka terlalu taksub akan dunia tanpa sempadan, mungkin Dato’ ? Dialog ini juga boleh juga kita katakan dialog yang mempunyai penjelasan. “Itu! Cuba kautengok itu, Sarina. Bukan itu Dato’ Dr. Taufik ?” Ada baiknya juga jika dialog itu diberi keterangan supaya pembaca benar-benar dapat memahami apa yang diceritakan oleh penulis.
Terdapat beberapa watak yang ditonjolkan oleh penulis cerpen ini diantaranya ialah : Cik Sarina – Seorang pemberita dari akhbar tempatan, Ikwan – seorang jurugambar yang menemani Cik Sarina. Dato’Dr. Taufik – dianggap sebagai badut, seorang ahli politik, Angie- sebagai penyambut tetamu, Ustaz Ishak al-Hafiz – tukang baca doa dimajlis minum teh di bukit tinggi, Steven Chan, Micheal Arumugam- pengikut Dato’ Dr. Taufik. Ah Kong – mekanik kereta . Dato’Dr. Taufik. Cerpen ini berlatar belakangkan: Latar Tempat – Di jalan raya, bilik minum teh. Latar masa- waktu siang dan pagi. Latar masyarakat- masyarakat majoritinya beragama Islam, masyarakat majmuk. Manakala gagasan dan pemikiran penulis cerpen ini ialah mencari tentang perkembangan politik yang berlaku di sesuatu tempat, dimana seorang ahli politik yang pada mulanya digambarkan sebagai seorang yang berkarisma untuk memimpin sesebuah masyarakat yang bijak bertutur kata, tahun tentang ajaran agama Islam dan berkelulusan tinggi rupa – rupa seorang yang hanya indah khabar dari rupa dan perangainya, kerana diakhir sekali cerpen ini, ianya mengambarkan siapakan sebenarnya ahli politik ini, pada mulanya ahli politik ini menunjukkan sifat merendah diri dengan menggunakan sebuah kereta yang buruk, apabila habis sahaja menghadiri majlis tersebut, beliau menaiki sebuah kereta BMW sport yang harganya menjejah ratusan ribu ringgit dan tambahan ula ada seorang wanita yang berambut perang menanti beliau di dalam keretanya. Seandainya dia seorang yang beragama dan ikhlas sudah pasti dia tidak akan menyuruh prempuan tersebut mewarnakan rambutnya, samada perempuan itu isterinya ataupun anaknya. Kita fikirlah sendiri untuk mencari konklusinya.
Mari pula kita lihat petikan cerpen Kepikunan oleh Shanon Ahmad :
Begitu ketokohan sian dan begitu ketokohan malamnya. Siangnya dian senantiasa bergantung bagai bola yang terang- benderang dengan hikmahnya untk menghidupkan dan juga sekali gus melahirkan suasana untuk kehidupan bagi semua; baik untuk melihat atau menikmati kewarnawarnian. Dan bila ia terbenam waktu malamnya ia melahirkan pula ketenangan, ketenteramam dan suasana untuk istirihat.
Sinarnya menjahang membakar belulang dan bahang senantiasa memijar. Dana malamnya dia berundur seketika bagai sengaja hendak bersantai dan berlega – lega,bagaikan hendak menegang urat saraf yang siangnya berlusuh dan bergelutan. Dan besoknya dia membahang dan terus meminjar lagi; tidak kira sama ada hujan dari langit mencurah dan membanjiri atau Sungai Paya Terendam melimpah ruang sepanjang siang sepanjang malam.
Sesungguhnya dirinya senantiasa berbahang dan memancar cahaya tanpa tangguh – tangguh dan sekali gus pula memancar cahayanya itu kepada segala yang lain;tak kira di mana sahaja dan siapa sahaja.
( Shanon Ahmad “ Kepikunan hlm” 185-186 )
Untuk memberi gambaran yang tepat, pengarang menulis secara terperinci tentang sesuatu perkara. Perincian penulisannya ini menyebabkan khalayak pembaca benar-benar berpuas hati . Inilah pelukisan bahasa dalam sesebuah karya sastera, yang ditampilkan oleh Shanon Ahmad ini. Pengarang dapat membawa pembaca untuk membaca seterus tentang cerpen Kepikunan ini. Pada pengolahan bahasanya ternyata amat berbeza dari cerpen Teh di Bukit Tinggi, kerana kebanyakan bahasa yang digunakan dalam cerpen ini begitu puitis dan sederhana sekali. Kesederhanaan gaya dalam keratin karya ini juga dapat dikesan dari penceritaan yang mencampuran antara deskripsi suasana dengan deskripsi apa yang ada dalam fikiran atau perasaan watak. Ini jelas kita lihat suasan semasa awal pengarangan cerita ini.
Sinarnya menjahang membakar belulang dan bahang senantiasa memijar. Dana malamnya dia berundur seketika bagai sengaja hendak bersantai dan berlega – lega,bagaikan hendak menegang urat saraf yang siangnya berlusuh dan bergelutan. Dan besoknya dia membahang dan terus meminjar lagi; tidak kira sama ada hujan dari langit mencurah dan membanjiri atau Sungai Paya Terendam melimpah ruang sepanjang siang sepanjang malam.( ms185)
Adam masih berdaya merenungi alam, melihat langit dengan segala keajaibannya, merenungi gelagat Sungai Paya Terendam yang memisahkan Taman Beris JAyanya dengan Taman Mengkuang. Hujan masih diharapkannya. Dan Adam kadang – kadang asyik sahaja sepanjang siang memikirkan gelagat hujan yang penuh nikmat dan juga penuh bala bencana itu. ( ms 187)
Ini adalah deskripsi suasana atau situasi dan disambung terus dengan: Sesungguhnya dirinya senantiasa berbahang dan memancar cahaya tanpa tangguh – tangguh dan sekali gus pula memancar cahayanya itu kepada segala yang lain;tak kira di mana sahaja dan siapa sahaja.( ms 185)
Darinya ada nikmat darinya ada azab. Dan nikmat hujan bersekali gus dengan azab hujan mencurah turun melimpah Sungai Paya Terendam.( ms 187)
Ini adalah deskripsi yang difikirkan oleh Adam yang hamper terasa seperti interior monolog. Gaya seperti ini memang memberikan rasa kesederhanaan kerana pada lahirnya kita mengikuti penceritaan , narration,oleh pengarang tetapi secara perasaan kita sebenarnya mengikuti juga penceritaan oleh watak dalam cerita itu sendiri. Memang ada gaya yang memakai interior monolog atau memakai stream of consciousness panjang – panjang dan terpisah dari induk narration. Gaya seperti ini memang lebih merupakan gaya tersendiri yang dapat disebut khas gaya interior monolog atau stream of consciousness.Kebiasaanya lebih serius bentuk dan isinya. Gaya yang kita lihat dalam keratan karya ini memandukan antara narration dengan interior monolog secara tidak sedar. Ini yang menyebabkan terasa agak sederhana, dan kesederhanaan itu memberikan kenikmatan estetik.
Selain daripada itu terdapat juga pelbagai gaya bahasa yang digunakan oleh pengarang, untuk menarik minat khlayak pembaca, diantara unsur gaya bahasa yang dapat dikesan pada awal cerpen, pertenghan, semasa konflik dan pelaraiannya adalah seperti berikut :
Begitu ketokohan sian dan begitu ketokohan malamnya. Siangnya dian senantiasa bergantung bagai bola yang terang- benderang dengan hikmahnya untk menghidupkan dan juga sekali gus melahirkan suasana untuk kehidupan bagi semua; baik untuk melihat atau menikmati kewarnawarnian. Dan bila ia terbenam waktu malamnya ia melahirkan pula ketenangan, ketenteramam dan suasana untuk istirihat. ( ms 185).
Ini merupakan keratan yang menggunakan gaya bahasa imej, ianya mengambarkan tentang keadaaan ketokohan seorang tua yang bernama Adam. Selain daripada itu terdapat juga unsur gaya bahasa metafora dalam keratan :
Dia terus bernafasjuga macam air sungai yang jernih; tidak membiarkan dirinya terliuk begitu mudah dicemarkan oleh sebarang susukan; baik susukan yang berupa syaitan yang senantiasa menunggu dalam setiap perjalanan atau merupakan nafsu yang asyik ternganga menunggu habuan, atau dunia yang serba gemerincing dan pesona ini mahupun susukan dari manusia yang kebanyakkannya sudah terluput fitrah, terhakis manusiawi itu. (ms 187-188).
Terdapat juga unsur gaya bahasa pengulangan ataupun tautologi yakni membuat perulangan pada kata kata atau frasa sebelumnya, yang sebenarnya jelas maksudnya seperti dalam beberapa keratan ayat yang digunakan oleh pengarang : Adam masih fasih untuk membedakan yang mana satu yang berlagak fatamorgana yang mana satu yang bergidadan.(ms 188).
Sesungguhnya bukan Adam sendiri yang menimbulkan tikaian demi tikaian itu, tohmahan demi tohmahan itu sehingga tersalah tanggapan dari orang ramai yang tinggal berjiran dalam Taman Beris Jaya mahupun salah tanggapan dari anak cucu dan para menantunya sendiri yang tinggal sebelah menyembelah.( ms 188)
Pengarang juga turut menggunakan beberapa unsur gaya bahasa Arab Seperti : beristigamah, thalib,fiil – fiil, berzikrulmaut, bertilawah, bertahajud,bertazkiyyah al-nafs ,bertasfiyyah, kitabullah, ghaib, berwirid, Subhanallah, Alhamdulillah, juz, Husnul Khatimah dan Su’ul Khatimah. Tedapat juga bahasa Jepun iaitu perkataan Tsunami .Kecekapan penggunaan bahasa asing ini jelas terbukti dengan jelas dalam karya penulis cerpen ini.
Dipertengahan dan koflik cerpen ini terdapat unsur gaya bahasa metafora yakni unsur gaya bahasa perbandingan terus yang bersifat memberi perbandingan terus. Metafora ini dapat menolong penulis melukiskan sesuatu gambaran yang jelas melalui komprasi atau kontras. Ianya dapat member perbandingan antara dua hal atau benda untuk mencitakan sesuatu kesan metal yang hidup walaupun tidak dinyatakan secara eksplisit, kita lihat beberapa contoh dari keratan cerpen ini :
Menteri itu adlah matahari. Wakil rakyat itu hendaklah macam matahari. (ms 192 – 193).
Apakah Orang Tua Seperti Adam ini macam kain buruk yang hanya layak dibuang ke bucu – bucu dan dipijak – pijak sahaja (ms 193).
Tedapat juga unsur gaya personifikasi yakni melekatkan sifat – sifat insani kepada barang yang tidak bernyawa dan idea yang abstrak, seperti keratan :
Air hujan dari hulu menunjah turun, menghayutkan reba dan sampah sarap dan bangkai dan segala yang usang – usang yang hamper sebulan Sungai Paya Terendam berhamil dengannya.( ms 197)
Semua kerenah manusia dalam bentuk sampah sarap dan sisa – sisa itu habis dikuakkan dan dihanyutkantindih – menindih,lonjak – melonjak.(ms 198).
“ Merdeka itu sungai.”
“Merdeka itu hujan.”
“Merdeka itu angin.”
Diantara dialog yang terdapat dalam cerpen ini yan menggunakan gaya bahasa abstrak.
Terdapat beberapa gambaran watak yang ditonjolkan oleh penulis dalam cerpennya ini, diantaranya ialah :
Watak Adam – orang tua yang dianggap oleh anak dan menantu serta orang kamapung yang sudah berpikun. ( seorang yang berjuang tentang cara menyambut kemerdekaan tanah air ),watak Salamah- isteri yang taat setia kepada suaminya Adam. Watak Zulfakar – anak kepada Adam, Solehah – anak menantu perempuan Adam dan Diana – cucu kepada Adam.
Manakala cerita berlatarkan beberapa tempat di antaranya ialah :
Latar tempat : didalam rumah, dibilik tidur,ditebing sungai, di kawasan perumahan. Latar masa : siang , malam dan pagi. Latar masyarakat : Masyarakat Melayu Islam, masyarakat feudal yang mementingkan diri sendiri.
Gagasan dan pemikiran penulis tentang cerita ini adalah, jangan lupa tentang perjuangan orang yang terdahulu daripada kita bagi memerdekan tanah air kita yang tercinta, kita harus hormat kepada orang yang lebih tua daripada kita walaupun orang tua itu tidak berpangkat dan berjawatan tinggi dalam komuniti kita. Disamping itu kita hendaklah juga menghormati orang tua kita yang telah banyak berjasa kepada kita, jangan menggaggap mereka itu telah nyanyuk dan pendapat mereka tidak kita gunakan.
3.0 PENUTUP
Ternyata banyak perbezaan dari segi penggunaan gaya bahasa diantara dua cerpen ini. Gaya bahasa yang digunakan oleh oleh Nor Faridah Manaf lebih kepada gaya bahasa santai dan mudah diikuti ceritanya manakala Shanon Ahmad begitu puitis dan sederhana sekali, kurang berdialog tapi kebanyakkannya monolog. Ini berkemugkinan besar disebabkan oleh generasi penulis yang berbeza.
Bibliografi
Awang Sariyan (1986). Kesinambungan Bahasa dalam Sastera Melayu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Carter,R.(Ed). (1990).Languange and Literature. Unwin Hayman.
Henry Guntur Tarigan (1985). Pengajaran Gaya Bahasa. Bandung: Penerbit Angkasa
Keris Mas (1988). Gaya Bahasa Sastera. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Umar Junus ( 1989). Stilistik: Satu Pengantar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Umar Junus, (1985). Dari Kota Ke Ideologi-Persoalan Stilistik Melayu, (selenggaraan Awang Sariyan), Petaling Jaya:Fajar Bakti.
Za’ba, (1965). Ilmu Mengarang Melayu, Kuala Lmpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

KOB3201PENGENALAN KOMUNIKASI MASSA-Laporan Penyelidikan Perbandingan Media Massa Tempatan danMedia Massa Antarabangsa


1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan

Kebebasan media di Malaysia tidaklah sebebas negara Barat yang lain. Tetapi lebih baik berbanding dengan negara China, Timur Tengah, negara komunis dan negara bekas komunis. Kebebasan media massa di Malaysia dikawal oleh Akta Penerbitan dan Percetakan Akhbar 1984

Peranan kerajaan dalam memantau pembangunan industri media massa, khususnya media cetak seperti akhbar dan media elektronik seperti televisyen di Malaysia sering kali mendapat perhatian dan kritikan dari pemerhati asing, khususnya pemerhati barat. Seringkali, isu kebebasan bersuara dan isu censorship yang diamalkan oleh industri media massa tempatan dikritik dan dipertikaikan oleh pemerhati asing. Di Malaysia, industri media massa tertakluk di bawah akta dan undang-undang, khususnya di bawah Perkara 10 Perlembagaan Malaysia yang mengawal kebebasan bercakap dan bersuara. Dalam konteks ini, industri media massa tempatan tidak dibenarkan menyalurkan maklumat yang mungkin boleh mendatangkan implikasi perpaduan kaum seperti menyentuh isu-isu perkauman, keagamaan, isu-isu politik yang terlalu ekstrim, isu-isu yang mempertikaikan kedaulatan sistem beraja dan sebagainya.

Media ialah alat atau perantara komunikasi (perhubungan). Istilah media massa merujuk kepada pelbagai jenis alat komunikasi seperti televisyen. radio, surat khabar, majalah dan sebagainya yang dapat menyampaikan maklumat seperti berita kepada orang ramai dengan cepat (dalam masa yang singkat). Media massa boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu media cetak dan media elektronik. Media cetak ialah alat atau saluran komunikasi yang berupa bahan cetakan atau terbitan seperti surat khabar, majalah jurnal, risalah, brosur dan sebagainya. Media elektronik pula ialah alat atau saluran komunikasi yang berupa atau yang menggunakan alat-alat electron moden seperti radio, television dan sebagainya. Ia juga merupakan saluran komunikasi yang berkesan untuk menyampai dan menerima maklumat dari dalam atau luar negeri. Maklumat yang disampaikan adalah berbagai-bagai bentuk seperti doktrin, ideologi, panduan, hiburan, sukan dan seribu satu macam informasi yang berkaitan dengan hal ehwal kehidupan manusia.

2.0 Sejarah Media Massa Kita

Sekatan terhadap media di Malaysia telah dilaksanakan oleh penjajah British di Malaysia lagi. Banyak surat khabar yang diterbitkan di Malaysia dan Singapura telah diharamkan penerbitannya. Rencan-rencana yang ditulis oleh Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam, Abdul Rahim Kajai dan lain-lain yang dianggap anti penjajah telah diambil tindakan sehingga ada akhbar yang diharamkan. Pemimpin ini dicop sebagai pemimpin kiri atau pro sosialis.

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) telah digunakan oleh British sebelum Perang Dunia II lagi. Demonstrasi telah meletus sehingga mencetuskan rusuhan kaum di beberapa tempat. Perasaan marah dibangkitkan oleh media massa seperti ketidakpuastian masyarakat Melayu terhadap isu Natrah di Singapura tahun 1950.

2.1 Selepas Merdeka

Malaysia yang merdeka pada tahun 1957 telah meneruskan semua akta yang dibentuk semasa era penjajahan British dahulu. Malahan lebih banyak sekatan diperkenalkan melalui Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang dikemukakan oleh Lord Reid. Buku The Malay Dilemma yang ditulis oleh Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada 1969 telah diharamkan sehingga tahun 1981. Surat khabar mingguan Watan pula telah diharamkan pada 1987 selepas Operasi Lalang. Begitu juga dengan nasib Mingguan Bumi. Akhbar Harakah pula dihadkan kekerapannya. daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan pada Mac 2000 dan tidak boleh dijual secara terbuka. Permit akhbar juga boleh ditarik dengan mudah kerana ia perlu diperbaharui setiap tahun.

2.2 Dasar Langit Terbuka
Siaran radio dan televisyen tempatan Malaysia dikawal oleh Kementerian Penerangan Malaysia. Bagaimanapun, siaran radio dan televisyen dari Singapura, Indonesia dan Thailand boleh dinikmati oleh penduduk di Johor dan utara Semenanjung Malaysia sejak tahun 1980-an. Penduduk negeri Sabah dan Sarawak yang memiliki satelit parabola bersaiz kecil pula boleh mendapatkan siaran dari Indonesia dan Filipina. Harga parabola yang semakin murah dan mudah didapati menjadi satu ancaman kepada kawalan media di Malaysia. Sistem langit terbuka ini mengejutkan ramai pihak kerana ada pro dan kontra. Era Tun Dr Mahathir bin Mohamad menyaksikan syarikat Binariang yang dipengerusikan oleh Tun Mohammed Hanif Omar telah melancarkan satelit ke angkasa lepas bagi melancarkan siaran Astro. Dengan ini sistem langit terbuka yang diwarwarkan tidak sepenuhnya terbuka, tetapi dikawal melalui siaran satelit Astro. Semua negara di dunia juga setuju sistem langit terbuka perlu dikawal dan dipantau.

Era 1990-an menyaksikan Malaysia berhadapan dengan isu globalisasi atau dunia tanpa sempadan apabila munculnya internet dengan kemudahan laman web, e-mel, telefon internet, chit chat dan sekarang blog. Pada peringkat awal kerajaan Malaysia menggalakkan rakyat menggunakan internet dan membekalkan komputer di sekolah-sekolah. Guru-guru Sains dan Matematik dilengkapkan dengan sebuah komputer agar mereka mudah mencapai internet dan melaksanakan P&P menggunakan komputer. Kafe siber tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan dan tahap kelajuan internet semakin baik melalui Streamyx dan lain-lain. Para pelajar sekolah dan mahasiswa universiti menghabiskan banyak masa di kafe siber sehingga membimbangkan ibu bapa. Selain bermain permainan, mereka juga melayari laman web lucah dan ganas. Mahasiswa yang tersekat oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971(AUKU) telah menggunakan blog bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka.

2.3 Gelombang Politik 2008

Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek mendapat lampu hijau untuk memugar dasar-dasar lapuk Kementerian Penerangan dan dasar-dasar yang menyekat kebebasan media di Malaysia. Arah pemberitaan perlu berubah berorientasikan rakyat. Jika kerajaan tidak mendengar kritikan mahasiswa dan penulis blog, akhirnya kerajaan akan dijatuhkan seperti mana 8 Mac 2008


3.0 Kajian Sastera ( Literature Review )

Dalam laporan ini kita akan membincangkan tentang peranan media massa, isu-isu kebebasan bersuara dan isu “censorship” dalam dan luar Negara. Disampng itu, kajian ini juga akan menerangkan tentang hubungan rapat di antara isu kebebasan dengan industri media massa serta kesan-kesan daripada pengawalan kebebasan bersuara.

Penelitian terhadap pelaksanaan Perkara 10 dalam Perlembagaan Malaysia dan pandangan orang ramai terhadap kelonggaran isu kebebasan bersuara. Secara umumnya kajian ini adalah mengkaji tentang isu-isu kebebasan bersuara bagi pihak media massa di Malaysia iaitu Sejauh manakah kawalan kebebasan bersuara yang diamalkan oleh industri media massa tempatan, Apakah kesan-kesan daripada Pelaksanaan Perkara 10 dalam Perlembagaan setakat manakah kelonggaran dan kebebasan bersuara yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada pihak media massa dan Apakah pandangan masyarakat terhadap isu-isu kebebasan bersuara di Malaysia

Dapatan daripada kajian ini diharap dapat memberi pengajaran dan pengenalan kepada mereka seperti pihak media massa dan masyarakat tempatan dalam memahami kefahaman dan tujuan kerajaan menjalankan pelaksanaan Perkara 10 dalam Perlembagaan serta menerangkan tujuan sebenarnya tentang kebebasan bersuara. Masyarakat tempatan merupakan kumpulan atau golongan yang sering kali mengalami kekeliruan dan salah faham tentang isu-isu kebebasan bersuara dalam konteks ini. Jadi, dengan memahami dalam penegasan tentang isu ini serta etika kewartawanan dan media massa ini, sedikit sebanyak akan menyenangkan serta membantu seseorang itu dalam memahami dan menyesuaikan diri dengan persoalan tentang kebebasan bersuara.

Sekali lagi, seperti yang diketahui, media massa adalah alat interaksi sosial yang memainkan berbagai peranan penting dalam masyarakat terutama sebagai alat perantara (McQuail, 1987). Menurut McQuail (1987), media massa memainkan peranan sebagai jendela pengalaman yang meluaskan pandangan dan memungkinkan masyarakat memahami lingkungan persekitarannya. Manakala Merril, Lee, & Friedlander (1994) telah menyatakan bahawa media massa adalah cermin yang memantulkan citra masyarakat terhadap masyarakat itu sendiri. Mereka juga menekankan media massa boleh membentuk suatu imej daripada suatu peristiwa mahupun suatu negeri, kepada pembaca. Malah Merril, Lee, & Friedlander (1994) percaya media massa boleh menguasai kehidupan manusia. Ini kerana menurut mereka:

It would be difficult to imagine life without mass media. Media inform us. Media entertain us. Media invade our lives. And yet media, the instruments of mass communication, are relatively new development in the long thread of civilization. (Friedlander, 1994)

Tujuan asas literasi media ialah mengajar khalayak dan pengguna media untuk menganalisis mesej yang disebar oleh media massa, mempertimbangkan tujuan komersil dan politik di sebalik sesuatu citra atau mesej media, dan meneliti siapa yang bertanggungjawab akan mesej atau idea yang diimplikasikan oleh mesej atau citra itu (Fuziah Kartini Hassan Basri & Arfah Yusof, 2002). Ini kerana media massa boleh sampai kepada banyak khalayak dengan pantas, mencipta pengetahuan dan menyebar maklumat, di samping mengubah sikap yang belum mantap (libat Rogers, 1995).

Namun, media massa seperti radio, televisyen, akhbar, majalah, filem, poster, pita video dan bahan-bahan percetakan stensilan lain yang mudah, boleh menolong menimbulkan kesedaran terhadap sesuatu usaha pembangunan. Tapi, ia juga berupaya menyebabkan konflik dan salah faham di kalangan masyarakat sekiranya media massa tersebut disalahgunakan oleh sesetengah pihak untuk tujuan yang negatif.

Akan tetapi, menurut Fuziah & Arfah (2002) lagi, seseorang pengguna media yang mempunyai literasi media atau celik media akan berupaya memberi reaksi dan menilai sesuatu mesej media dengan penuh kesedaran dan tanggung jawab. Bidang literasi media menyediakan pengetahuan, maklumat dan statistik tentang media dan budaya, serta melengkapkan pengguna media dengan satu set peralatan untuk berfikir dengan kritis terhadap idea, produk atau citra yang dijaja dan dijual oleh isi kandungan media massa.

3.1 Kebebasan Bersuara Dengan Perkara 10

Malaysia merupakan sebuah negara raja berperlembagaan dengan sistem kerajaan berparlimen. Namun pihak kerajaan Malaysia telah menyekat kebebasan media, kebebasan berpersatuan, dan kebebasan berhimpun serta mengenakan sekatan tertentu terhadap kebebasan bercakap. Di Malaysia, konsep kebebasan bersuara diiktiraf sebagai salah satu hak kebebasan asasi manusia dan ia diamalkan secara berhemah. Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini, iaitu semua warga negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran. Walaupun begitu, ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak. Bahkan ia tertakluk kepada fasal (2), (3) dan (4). Perkara 10(2)(a) membenarkan Parlimen mengenakan:

Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain, ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, fitnah, atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.

Jadi, hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah perlu dipastikan supaya tidak disalahgunakan. Kebebasan bersuara yang diberikan perlu dipastikan tidak menjadi hasutan dan ungkapan yang tidak melanggar hak keistimewaan Parlimen dan Dewan Negeri. Maka, difahami bahawa salah satu daripada sekatan-sekatan yang dikenakan ke atas kebebasan bersuara adalah penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan khabar angin atau fitnah yang bukan-bukan. Secara umumnya, undang-undang ini digubal untuk memperuntukkan seksyen-seksyen tertentu bagi melindungi nama baik seseorang ataupun elak daripada berlaku konflik dan perselisihan faham.

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Proses penyelidikan ini akan membawa pelbagai pengajaran bagi penyelidik tentang sebelum dan selepas perlaksanaan Perkara 10 dan kelonggaran kepada media massa dalam aspek kebebasan bersuara. Selain itu, implikasi daripada perlaksanaan Perkara 10 dan kawalan kepada kebebasan bersuara ini akan membawa kesan kepada media massa sebagai saluran maklumat sama ada implikasi positif atau negatif. Kajian ini akan menemubual 40 orang dari pelbagai peringkat seperti tenaga kerja dari swasta dan awam, pelajar-pelajar IPTS dan IPTA dan golongan bersara dan surirumahtangga. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dan memahami aspek isu-isu kebebasan bersuara bagi pihak media massa di Malaysia. Juteru, terdapat beberapa limitasi kajian dalam kajian penyelidikan ini adalah disebabkan oleh bilangan informan adalah terhad, pendekatan-pendekatan yang digunakan dan latar belakang, pekerjaan dan hubungan informan-informan yang dikaji.

4.2 METODOLOGI KUALITATIF

Selain itu, pengumpulan maklumat dari sumber primer dan sumber sekunder juga digunakan. Sehubung dengan itu, sumber primer adalah maklumat yang diperolehi melalui tinjauan untuk sesuatu tujuan tertentu. Suatu tinjauan dibuat dengan mengumpul maklumat daripada sejumlah responden yang dipilih dan kemudian merumuskan jawapan-jawapan yang diterima daripada responden ini.

Metodologi kualitatif digunakan untuk memahami fenomena sosial dari pandangan pelakunya. Selain itu, metodologi ini berfungsi prosedur penelitian yang menghasilkan data deskriptif berupa kata-kata tertulis atau lisan dari orang-orang dan perilaku yang dapat diamati. (Bogdan dan Taylor via Moleong dalam buku metodologi penelitian Kualitatif, 1988).

Selain itu, tinjauan juga boleh juga dilakukan dengan mendapatkan orang ramai menjawab soalselidik berhubung dengan sesuatu perkara. Soal selidik merupakan satu senarai soalan yang dibentuk secara berhati-hati dan sistematik. Ia bertujuan untuk mendapatkan maklumat daripada responden berkaitan dengan sesuatu penyelidikan yang dijalankan. Soal selidik boleh berbentuk bertulis atau bercetak di atas kertas atau secara verbal melalui temuduga secara bersemuka atau telefon. Soal selidik ini diberi kepada responden secara bertulis atau secara lisan, iaitu temubual telefon atau temubual secara bersemuka. Menurut Naresh K. Malhotra (1999):

“Soal selidik yang juga dikenali sebagai jadual, borang temuduga atau alat pengukuran merupakan satu set soalan berbentuk formal yang bertulis atau secara verbal bagi mendapatkan maklumat daripada responden.”

Disamping itu, penggunaan sumber sekunder terdiri daripada maklumat yang diperolehi daripada sumber yang sedia ada akibat daripada lain-lain tinjauan atau rekod yang telah dibuat untuk kegunaan pihak lain. Terdapat ratusan sumber sekunder dalam pasaran yang boleh dirujuk bagi mengenalpasti idea perniagaan.

Menurut Syed Arabi (2002) dan Stewart (2002), teknik ini sesuai digunakan apabila pengkaji bertindak menentukan individu yang terlibat dengan kajian sesuai dengan hasrat untuk mencapai objektif kajian yang telah ditentukan.

Oleh kerana kajian ini menfokuskan kepada kesan-kesan daripada Perkara 10, pemahaman dan pengawalan kepada isu kebebasan bersuara serta pendapat atau pandangan daripada oleh informan. Kaedah penentuan kriteria pada peringkat awal ini juga sesuai dengan amalan yang telah dilakukan oleh pengkaji sebelum ini seperti Moreno (1999), Bird (2004), Edward (2005) dan Turner (2005).

4.3 PERSAMPELAN

Menurut Ary (1990), suatu sampel yang baik mestilah mempunyai dua kriteria iaitu perwakilan dan kecukupan. Perwakilan membawa pengertian bahawa sampel yang dipilih mestilah mewakili populasi kajian. Kecukupan pula membawa pengertian bahawa bilangan sampel yang digunakan adalah mencukupi untuk membuat kesimpulan dan generalisasi yang meyakinkan.

4.4 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian ialah soal selidik yang dibina sendiri oleh penyelidik berdasarkan konsep dan pandangan yang dikemukakan oleh Callan (2003). Pengumpulan data ini telah dilakukan sendiri oleh penyelidik. Masa yang diambil untuk mengisi borang soal selidik ialah lebih kurang 30 minit. Borang akan dikembalikan scepat mungkin seperti mana yang diarahkan.

Dalam kajian ini kami menggunakan empat set soal selidik iaitu soal selidik untuk pengetua, kaunselor, guru biasa dan para pelajar. Dalam borang ini kami telah menetapkan soal selidik ini mengandungi 4 bahagian yang sama iaitu:

 biodata responden;
 pengetahuan dan pengalaman responden;
 penilaian perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
 keutamaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.


5.0 ANALISA DATA

Mereka juga diberi jaminan hasil soal selidik dan temubual tidak memberi kesan kepada keselamatan mereka atau lain-lain impliaksi terhadap pihak media massa dan politik. Setiap responden yang terlibat dalam penyelidikan ini diberi taklimat ringkas tentang faktor kerahsiaan dan masa untuk sesi menjawab soal selidik dan temubual. Mereka juga diingatkan supaya berfikiran terbuka dan ikhlas ketika memberi maklumat ketika ditemubual dan menjawab soalan-soalan dalam kertas soal selidik. Juteru, analisis kandungan digunakan untuk mengenalpasti tema, konsep dan makna. Pada peringkat ini, penganalisisan data dan soal selidik akan berfungsi untuk memahami latar belakang responden dan kefahaman mereka serta menentukan sejauh manakah peranan pihak media massa, fungsi-fungsi kebebasan bersuara dan lain-lain lagi.

5.1 DAPATAN SOAL SELIDIK

Dapatan soal selidik mendapati bahawa majoriti responden tidak menunjukkan kefahaman dan minat yang tinggi dalam beberapa aspek yang berkaitan dengan isu-isu kebebasan bersuara kepada pihak media massa. Kajian ini menggunakan tiga jenis instrumen iaitu kaedah soal selidik yang akan ditujukan kepada responden yang bekerja dengan swasta dan awam, surirumahtangga, golongan yang sudah bersara serta para pelajar IPTA dan IPTS. Manakala, kaedah temubual dengan responden-responden bagi meninjau dan mengkaji tahap kefahaman tentang konsep kebebasan bersuara kepada masyarakat setempat dan pihak media massa. Kajian ini ialah kajian deskriptif yang berbentuk tinjauan dengan melaporkan sebarang maklumat yang diperolehi daripada soal selidik yang ditujukan kepada 40 orang responden yang memberi pandangan mereka tentang aspek ini.

Jadual 5.0: Latar Belakang Responden

Umur Bilangan Responden Peratus %

18 – 25 Tahun

9
22.5%

26 – 30 Tahun

8
20%

31 – 35 Tahun
13
32.5 %

36 Tahun Ke atas
10

25 %









Jantina


Lelaki
Bilangan Responden Peratus

25
62.5

Perempuan

15
37.5


Jenis Pekerjaan Bilangan Responden Peratus
Swasta 10 25%
Kerja Kerajaan 10 25%
IPTA 6 15%
IPTS 4 10%
Pesara 3 7.5%
Surirumahtangga 7 17.5%

Bahagian A dari soal selidik adalah soalan-soalan yang berkaitan dengan latar belakangresponden. Jadual 4.0 merupakan ringkasan dan kesimpulan bagi latar belakang responden-responden yang menjawab soal selidik tersebut. Sehubung dengan data-data yang dikumpulkan, kebanyakan responden merupakan golongan yang berpengetahuan (tahap pendidikan yang lebih tinggi daripada STPM dan Diploma) iaitu 52.5% dan kebanyakan mereka telah melebihi 21 tahun ke atas serta mempunyai hak-hak untuk membuat pilihan atau mengenalpasti sesuatu perkara dengan matangnya

Jadual 4.2: Pendapat tentang Media Massa di Malaysia Berdasarkan dapatan yang diperolehi daripada SPSS dalam Jadual 4.2, didapati bahawa kebanyakan responden faham dengan peranan dan jenis media massa iaitu 75%, manakala isu-isu yang sering dititikberat oleh mereka adalah berkaitan dengan politik, iaitu 37.5%. Ini dapat dilihat dengan sebanyaak 67.5% daripada responden berpuas hati dan 3% berpuas hati dengan kepekaan isu-isu dan maklumat yang disampaikan oleh media massa tersebut. Ini bermakna secara peratusnya sebanyak 75% responden telah menyatakan perasaan puas hati merka dengan media massa pada hari ini.
Jadual 5.1 Pendapat Tentang Media Massa

Perkara
Persoalan
Kekerapan
Peratus
Media Massa Yang sering digunakan Media Cetak 30 75%
Media Elektronik 10 25%
Kefahaman tentang Media Massa Ya 30 75%
Tidak 10 25%

Kekerapan Penggunaan Media Massa Tersebut Seminggu 1 kali 0 0
Seminggu 2 kali 0 0
Seminggu 3 kali 3 7.5%
Seminggu 4 kali 10 25%
Seminggu 5 kali 27 67.5%

Kepekaan isu – isu dan maklmat yang disampaikan oleh media massa tersebut Tidak ada Komen 10 25%
Tidak puas hati 0 0
Amat Tidak puas hati
0
0
Berpuas Hati 3 7.5%
Sangat Berpuas Hati 27 67.5%



Perkara
Persoalan
Kekerapan
Peratus


Isu – isu yang sering dibaca atau yang sering diambilkira Perniagaan 9 22.5%
Politik 15 37.5%
Sukan 8 20%
Hiburan 8 20%
Lain - Lain 0 0

Pandangan Terhadap Media Massa Pada Hari Ini Tidak ada Komen 1 2.5%
Tidak puas hati 0 0
Amat Tidak puas hati
0
0
Berpuas Hati 12 30%
Sangat Berpuas Hati 27 67.5%












6.0 DAPATAN TEMUBUAL

Pendapat Responden Kekerapan Peratusan
Pihak Media Massa akan menyalahgunakan kebebasan bersuara sekiranya kerajaan tidak menyekat kebebasan tersebut. 31 77.5
Pihak Media Massa akan mengelirukan dan menyulitkan sesuatu isu-isu dan berita. 22 55
Kerajaan menyekat kebebasan bersuara bagi melindungi hak-hak ahli-ahli politik. 35 87.5
Kerajaan menyekat kebebasan bersuara bagi melindungi dan menjaga kepentingan pelbagai kaum. 30 75
Kerajaan menyekat kebebasan bersuara bagi mengurangkan penyebaran isu-isu sensitif dan menjaga hak-hak individu. 21 52.5

Jadual 6.0

Perkara Persoalan Kekerapan Peratus

Kefahaman tentang perkara 10 dalam perlembagaan

Ya

8
20

Tidak

32
80



Perkara Persoalan Kekerapan Peratus
Kefahaman tentang kebebasan bersuara Ya 38 95%
Tidak 2 5%

Isu – isu yang sering dikaitkan dengan kebebasan bersuara Agama 4 10%
Politik 29 72.5%
Hiburan 1 2.5%
Kaum 6 1.5%
Lain - lain 0 0
Pandangan tentang perlaksanaan Perkara 10 oleh kerajaan Sangat berpuas hati 35 87.5%
Berpuas hati 3 7.5%
Tidak ada komen 2 5%
Tidak berpuas hati 0 0
Amat tidak berpuas hati 0 0
Pandangan Kerajaan menyekat kebebasan bersuara bagi pihak media massa Sangat berpuas hati 26 65%
Berpuas hati 6 15%
Tidak ada komen 8 20%
Tidak berpuas hati 0 0
Sejauh manakah anda berpuas hati dengan kebebasan bersuara pada hari ini. Sangat berpuas hati 33 82.5%
Berpuas hati 2 5
Tidak ada komen 5 12.5

Jadual 6.1 Pendapat Responden Tentang Perkara 10

Dari tinjauan dan temubual yang dijalankan, didapati kebanyakan responden berpendapat bahawa kerajaan telah menyekatkan pihak media massa dalm mengaplikasikan dan menggunakan hak-hak kebebasan bersuara mereka. Responden ini berpendapat bahawa kerajaan menyekat kebebasan tersebut adalah kerana:

 Mengelakkan media massa melaporkan isu-isu yang sensitive. Contohnya, isu-isu yang berkaitan dengan hal-hal politik dalam dan luar Negara ataupun hak-hak sesetengah kaum dalam sesetengah aspek.

 Mengelakkan piak media massa mencabuli hal-hal individu terutamanya bagi mereka yang ternama atau terkenal atau mereka yang menjadi tumpuan orang ramai. Contohnya, media massa di Hong Kong.

 Mengelakkan Media Massa melaporkan perkara-perkara yang mengelirukan ataupun menyulitkan sesuatu isu-isu dan berita dan sebagainya.


7.0 PENUTUP
7.1 Kesimpulan

Media massa harus memainkan peranan sebagai pembimbing kepada masyarakat dan juga arah penunjuk kepada masyarakat. Walau bagaimanapun, kebanyakan responden yang terbabit dalam soal selidik berpendapat bahawa kerajaan berhak untuk menyekat hak-hak kebebasan bersuara bagi pihak media massa kerana ini juga merupakan cara-cara untuk melindungi hak-hak keperibadian bagi orang-orang ternama seperti pemimpin kerajaan, menjaga nama baik seseorang, melindungi hak-hak pelbagai kaum, memartabatkan etika professional pihak media massa dan mengamalkan hubungan baik dengan pelbagai pihak. Kita tidak harus membenarkan wujudnya media yang menghina dan mempersendakan kematangan rakyat. Boikot adalah senjata kita yang berkesan dan kita harus memanfaatkannya sebaik mungkin dan secara teratur. Perlaksanaan Perkara 10 dalam Perlembagaan Malaysia dan penyekatan kebebasan bersuara bagi pihak media massa adalah amat bermakna dan membantu menyerapkan hubungan baik di antara masyarakat yang pelbagai kaum ini.

SKP2501Pengantar Psikologi-SKIZOFRENIA



1.0 PENDAHULUAN
Alexander dan Selesnick dalam buku mereka “ History of Psychiatry “ pada tahun 1966 telah menulis bahawa pesakit -pesakit mental wujud untuk ditakuti , dimarahi, diketawakan,diseksa . Sayangnya hampir 30 tahun kemudian sikap manusia terhadap pesakit -pesakit mental masih lagi tidak berubah. Pada abad ke 17 dan 18 , pesakit- pesakit mental dikurung di dalam institusi- institusi dan dianggap tidak berguna lagi pada masyarakat., dan keadaan ini telah berterusan sehingga ke awal abad ini. Dengan terciptanya terapi konvulsi eletro pada tahun 1953 oleh Cerleti dan Bini dan penemuan ubat klorpromazin pada tahun 1953 satu revolusi telah berlaku dalam psikiatri.Prognosis untuk penyakit- penyalit mental terutamanya skizofrenia telah tiba- tiba menjadi cerah. Sejak dari itu bermacam- macam penemuan baru terutama dalam bidang psi ko farmakoterapi telah memberi harapan kepada pesakit- pesakit mental. Mereka dapat diubati dalam jangkamasa yang cepat dan tidak perlu lagi dikurung di institusi- institusi atau di wad- wad.
Disamping itu penemuan- penemuan baru didalam bidang “psikoterapi” juga telah dapat menghindarkan penggunaan “ psikonalisis” yang memerlukan masa yang lama tetapi tidak mendatangkan hasil yang setimpal. Tumpuan sekarang adalah terhadap “psikoterapi jangka pendek” yang khusus dan perkhidmatan berasaskan komuniti.
Dianggarkan satu daripada 100 orang di seluruh dunia, menghidap skizofrenia, satu daripada penyakit mental paling serius. Di Malaysia sahaja, dianggarkan satu peratus penduduk menghidap skizofrenia yang mana bilangannya sama banyak antara lelaki dan wanita. Dalam penulisan ini kita akan menutarakan tentanf permasalahan skizofrenia di Malaysia, disamping itu kita akan meneliti tentang faktor dan pengubatan penyakit tersebut.

2.0 DEFINISI SKIZOFRENIA
Skizofrenia berasal dari bahasa Yunani, "schizein" yang bererti "berasingan" atau "pecah", dan "phren" yang bermaksud "jiwa". Pada skizofrenia terjadi pecahnya atau ketidakserasian antara afeksi, kognitif dan perilaku. Secara umum, simptom skizofrenia boleh dibahagikan kepada tiga golongan: iaitu simptom positif, simptom negatif, dan gangguan dalam hubungan interpersonal. Skizofrenia merupakan suatu keterangan dengan variasi penyebab (banyak belum diketahui) dan perjalanan penyakit (tak selalu bersifat kronik atau "deteriorating") yang luas, serta sejumlah akibat yang bergantung pada pertimbangan pengaruh genetik, fizikal, dan sosial budaya.
Pada umumnya ditandai oleh penyimpangan yang fundamental dan ciri-ciri dari fikiran dan persepsi, serta oleh Afek yang tidak wajar (inappropriate) atau tumpul (blunted). Kesedaran yang jernih (clear consciousness) dan kemampuan intelektual biasanya tetap terpelihara, walaupun kemunduran kognitif tertentu boleh berkembang kemudian.
3.0 MASALAH SKIZOFRENIA DI MALAYSIA.
Penghidap skizofrenia akan mengalami masalah dalam kehidupannya, bukan sahaja melibatkan dirinya tetapi membabitkan keluar keluarga, kawan-kawan serta pekerjaan juga terjejas. Lazimnya, pesakit skizofrenia dikaitkan dengan pelbagai gambaran negatif seperti orang gila, berbahaya, dirasuk atau liar.
Di Malaysia, masyarakat masih memandang hina pesakit skizofrenia dengan menggelar mereka orang gila. Namun tahukah anda ia sebenarnya penyakit yang boleh dirawat? SIAPA sangka pemenang hadiah Nobel, John Nash dari Amerika Syarikat (AS) yang juga seorang individu genius dalam bidang matematik merupakan penghidap skizofrenia selama tiga dekad. Namun, selepas tiga dekad berjuang melawan penyakit tersebut, Nash akhirnya berjaya pulih seperti sediakala dan menjalani kehidupan normal seperti manusia biasa.
Cerita di atas membuktikan bahawa pesakit skizofrenia boleh disembuhkan. Pesakit berpeluang menjalani kehidupan normal meskipun terpaksa mengambil masa bertahun-tahun lamanya. Tetapi, apa itu skizofrenia? Mengapa ia dianggap sejenis penyakit mental yang teruk dan kenapa masyarakat memandang hina kepada pesakit skizofrenia? Adakah pesakit skizofrenia mampu membahayakan keadaan sekeliling? Skizofrenia sebenarnya adalah satu penyakit kronik, teruk dan merupakan masalah kegagalan fungsi otak. Pesakit skizofrenia biasanya mendengar suara yang tidak didengari oleh orang lain atau mempercayai orang lain sedang membaca dan menguasai pemikiran mereka, mahupun cuba mencederakan mereka. Keadaan ini biasanya menimbulkan ketakutan kepada pesakit. Mereka yang menghidap skizofrenia selalunya bercakap perkara-perkara yang tidak masuk akal, duduk tanpa bercakap atau terlalu banyak cakap selama berjam-jam, atau kelihatan baik sehinggalah memperkatakan apa yang mereka fikirkan. Gangguan ini dikaitkan dengan ketidakseimbangan unsur kimia tertentu dalam otak yang dipanggil neurotransmiter. Jika kimia yang membantu sel saraf berkomunikasi dengan otak ini terjejas, maka ia akan menyebabkan berlakunya pelbagai kemungkinan termasuk simptom penyakit mental.
Justeru, tidak mustahil pesakit skizofrenia akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan nilai-nilai norma manusia normal seperti membunuh dan sebagainya. Di Amerika Syarikat sendiri, kajian membuktikan, bahawa prevalen tiga daripada 1,000 orang adalah penghidap skizofrenia manakala di Malaysia, berdasarkan statistik perangkaan pada tahun 2003, seramai 11,120 orang merupakan penghidap skizofrenia. Jumlah ini meningkat kepada 17,250 orang pada tahun 2005 dan dikatakan ia semakin bertambah tahun demi tahun. Sementara itu laporan Kementerian Kesihatan Malaysia pula mencatatkan bahawa sebanyak 20 peratus pesakit yang menghidap skizofrenia atau masalah mental dan gangguan otak enggan mendapatkan rawatan. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya perkara-perkara negatif seperti bapa sanggup membunuh anak, anak membunuh ibu dan sebagainya yang mana berita-berita tersebut boleh kita baca dan tatap di dada-dada akhbar. Bagaimanapun, skizofrenia biasanya sering dialami oleh kaum lelaki berbanding wanita atau dalam erti kata lain, kebarangkalian lelaki menghidap penyakit ini adalah lebih tinggi. Mengikut kajian, lelaki akan mula menghidap penyakit ini dalam usia 20 tahun hingga28 tahun manakala wanita pula pada usia 26 tahun hingga 32 tahun. Ini merupakan peringkat awal bagi penghidap penyakit skizofrenia. Justeru jika tidak dirawat lebih awal, ia boleh membawa kepada akibat dan kesan yang buruk.
Di Malaysia, masyarakat masih memandang hina terhadap pesakit skizofrenia yang sering digelar sebagai 'orang gila'. Justeru, penghidap skizofrenia sering terpinggir dalam masyarakat. Kehadiran mereka tidak dialu-alukan malah menganggap akan mendatangkan bahaya. Stigma beginilah yang menyebabkan pesakit skizofrenia sukar untuk sembuh sedangkan hakikatnya mereka boleh pulih dan menjalani kehidupan seperti sediakala jika menerima rawatan yang betul daripada aspek perubatan dan psikologi.
Menurut pengasas Rumah Titian Ashraful Rohaniah di Teluk Intan, Perak, Rohana Saidin, sikap tidak ambil peduli masyarakat terhadap penghidap skizofrenia dan memandang rendah kepada mereka menyebabkan pesakit sukar untuk pulih. Seperti mana yang telah diperkatakan oleh beliau tentang luahan rasanya terhadapa masyarakat Malaysia tentang penyakit Skizofrenia ini yang berbunyi, "Saya sebenarnya sedih dan kecewa apabila melihat masyarakat Malaysia yang diuar- uarkan sebagai penyayang dan prihatin bersikap negatif terhadap pesakit skizofrenia. Mereka menganggap pesakit skizofrenia ini boleh mendatangkan mudarat dalam masyarakat dan dianggap seperti sampah. "Keadaan ini berbeza dengan masyarakat di luar negara yang prihatin dan tidak menyisihkan pesakit skizofrenia. Sebaliknya mereka akan dilayan seperti insan istimewa dan diterima dalam masyarakat. Katanya lagi"Contohnya ketika saya dijemput melawat ke Thailand bersama anak-anak di bawah jagaan Rumah Titian Ashraful Rohaniah, orang-orang di sana tidak segan silu memeluk dan menunjukkan kasih sayang mereka kepada pesakit-pesakit ini. Saya rasa begitu terharu dengan penghargaan yang mereka berikan yang mana tidak diperoleh di negara sendiri.
"Namun di Malaysia, paling menyedihkan apabila keluarga sendiri yang membuang dan menyisihkan mereka," jelas Rohana dalam satu Forum Memahami Skizofrenia: Menyangkal Prejudis dan Stigma Sosiol di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), baru-baru ini.
Ketua Jabatan Perubatan Psikologikal Universiti Malaya, Prof. Dr. Mohamad Hussain Habil pula berkata, ramai pesakit skizofrenia lambat mendapatkan rawatan menyebabkan sukar untuk pulih. Ini kerana keluarga tidak tahu perubahan tingkah laku yang dialami oleh pesakit adalah di sebabkan skizofrenia, malah yang biasa dilakukannya menghantar pesakit ini berubat dengan cara keagamaan kerana dipercayai telah disampuk jin, syaitan dan pelbagai makhluk halus. ‘‘Kerana wujudnya salah anggapan itu, maka pesakit lewat mendapat rawatan, cuma datang ke hospital apabila pesakit bertindak agresif. Mereka agresif hanya pada keluarga dan tidak kepada orang lain.
‘‘Justeru,bagi mencegah schizofrenia, pesakit perlu mendapat rawatan awal sebaik sahaja menyedari terdapat perubahan ke atas dirinya supaya kerosakan pada otak dapat dirawat dan potensi untuk pulih lagi cerah,’’ katanya ketika menyampaikan ceramah mengenai All about Schizophrenia: The Facts and Myths and Bridging Psychosis with Reality di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurut beliau lagi, secara tipikalnya skizofrenia terbentuk pada remaja atau awal usia 20-an sekali pun gejala yang ditunjukkan tidak jelas sehingga usia agak lewat. Kebanyakan kaum lelaki jatuh sakit seawal usia 16 hingga 25 tahun manakala kaum wanita mula menunjukkan gejala ini antara usia 23 hingga 36 tahun.
‘‘Penyakit mungkin terjadi tiba-tiba namun sebelum sebelum episod pertama berlaku, ada perubahan ketara pada tingkah laku seseorang seperti mudah baran, murung, mengasingkan diri dan tidak boleh belajar atau bekerja dengan baik.
“Ramai orang muda mempunyai corak sikap begini tetapi tidak sakit. Namun, jika keadaan ini sering berlaku dan semakin buruk, ia seharusnya diberi perhatian. ‘‘Penyakit ini boleh bermula dengan pengambilan dadah. Adakalanya penyakit ini tersembunyi disebabkan dadah kerana dadah atau perbuatan menghidu gam yang dikaitkan dengan tingkah laku tidak menentu,’’ katanya.
Tambahnya, ramai pesakit menjadi penganggur atau diberhentikan kerja kerana penyakit ini. Ramai majikan tidak mahu mengambil pekerja yang ada skizofrenia kerana kurang faham mengenai keadaan mereka.
‘‘Gangguan ini memberi kesan besar pada aktiviti sosial mereka kerana kemampuan berinteraksi adalah rendah, keadaan kesihatan mental dan fizikal mereka lemah, tidak makan dengan baik, merokok dan mengambil minuman keras secara berlebihan dan gangguan terhadap kehidupan keluarga tidak dapat dielakkan kerana secara puratanya penjaga perlu menghabiskan 15 jam seminggu untuk menjaga ahli keluarga yang menghidap skizofrenia.
3.1 Sebab- Sebab / Faktor Skizofrenia
Apakah yang menyebabkan skizofrenia masih belum diketahui dengan tepat tetapi banyak kajian telah menunjukkan pentingnya faktor kecenderungan bersifat genetik. Juga faktor- faktor somatik dan sosial dapat mempengaruhi berulangnya penyakit ini. Kajian- kajian (kadar konkordon) dalam kembar monozigotik yang dipelihara bersama dan berjauhan menunjukkan kadar kondordana 50 - 60% berbanding 12% dalam siblings. Kadar- kadar ini tidak menunjukkan satu genetik model Mendellian yang biasa kecuali model multifaktoral poligenetik yang tidak spesifik. Baru- baru ini satu kontroversi telah terjadi apabila satu kajian telah menunjukkan lokus genetik pada kromoson 5 tetapi sehangga kajian replikasi dapat dilakukan, kita tidak dapat membuat kesimpulan awal terhadap penyebab skizofrenia. Selain dari itu personaliti pesakit juga dikatakan penting sebagai faktor penyebab. lebih kurang 35% pesakit skizofrenia adalah pemalu dan suka bersendiri sebelum gejala menjadi ketara. Pengaruh organik juga adalah penting. Sebahagian dari pesakit pernah mengalami kecederaan pada otak., ketumbuhan otak dan juga kesan- kesan toksik pada otak seperti amfetamin dan sebagainya. pertalian dengan pesakit epilepsi juga telah dibuktikan di dalam beberapa kajian “Computerized Tomography Scanning” dan “ Magnetic Resonance Imaging” telah menunjukkan perubahan berlaku pada otak pesakit skizofrenia seperti pembesaran ventrikel serebral otak yang marginal. Teori- teori biokimia dan virus menggambarkan yang kelainan biokimia yang spesifik adalah mustahak dalam (asal usul) skizofrenia. Ubat- ubat seperti fenotiazin dan penggunaan amfetamin dos tinggi serta antagonis dan agonis dopamin telah menyebabkan adanya hypotesis yang menunjukkan sebagai salah satu penyebab tetapi ini didasarkan kepada penemuan- penemuan yang tak langsung dan tak menyeluruh. Hypotesis virus juga demikian ( kerosakan oleh slow virus dan retrovirus). Kajian- kajian terkini adalah mengenai “cerebral laterality” dan hemisfera yang dominan. Bukti- bukti kini menunjukkan bahawa pesakit skizofrenia mempunyai gangguan pada imbangan fungsi- fungsi cerebral diantara kedua- dua hemisfera otak.
Kita sedia maklum bahawa Skizofrenia merupakan penyakit yang mempengaruhi otak. Pada otak terjadi proses penyampaian pesan secara kimiawi (neurotransmitter) yang akan meneruskan pesan sekitar otak. Pada penderita skizofrenia, produksi neurotransmitter-dopamin- berlebihan, sedangkan kadar dopamin tersebut berperan penting pada perasaan senang dan pengalaman mood yang berbeda. Bila kadar dopamin tidak seimbang–berlebihan atau kurang– penderita dapat mengalami gejala positif dan negatif seperti yang disebutkan di atas. Penyebab ketidakseimbangan dopamin ini masih belum diketahui atau dimengerti sepenuhnya. Pada kenyataannya, awal terjadinya skizofrenia kemungkinan disebabkan oleh kombinasi faktor-faktor tersebut.
Faktor-faktor yang mungkin dapat mempengaruhi terjadinya skizofrenia, antara lain: sejarah keluarga, tumbuh kembang ditengah-tengah kota, penyalahgunaan ubat seperti amphetamine, stres yang berlebihan, dan komplikasi kehamilan( meroyan ). Penyebabnya tidak diketahui dengan tepat. Kajian masih dijalankan untuk memperincikan punca sebenar penyakit ini. Selain yang telah dinyatakan di atas terdapat beberapa faktor yang menyumbang terjadinya penyakit ini.
Diantara faktor-faktor yang berkemungkinan menyebabkan skizofrenia ialah :
a.Pendekatan Biopsikologikal
Dimana pendekatan ini menekankan faktor-faktor genetik, biokimia, dan neurologi.
skizofrenia berkait rapat dengan faktor genatik, dimana seseorang itu lebih cenderung mengalami skizofrenia sekiranya...mempunyai ibu bapa atau adik beradik kembar seuri yang juga bermasalah skizofrenia. dari segi kimia otak, di dapati peneuropancar dopamine memainkan peranan penting dalam menyumbangkan kepada skizofrenia di mana kelebihan dopamine menyebabkan aktiviti di sinaps bertambah pesat. selain itu juga skizofrenia ini ada kaitannya dengan ketidakfungsian neuronlogi dimana berkaitan rapat dengan aktiviti otak yang luar biasa.

b.Pendekatan Psikodinamik/Psikoanalisis
Dimana dari pendekatan psikodinamik / psikoanalisis ini seseorang yang mengalami skizofrenia adalah gagal untuk mengatasi kebergantungan ke atas ibu bapa mereka dan akibatnya mereka mempunyai lekatan diperingakat oral. ini memberikan mereka ego yang lemah yang gagal untuk mempertahankan mereka dari kebimbangan yang disebabkan implus id bawah sedar dan tekanan-tekanan luaran. sebaliknya mereka berdaya tindak ke atas kebimbangan dengan mengalihkan kepada tingkah laku yang bercirikan di peringkat oral termasuk berkhayal (fantasi), tindakan bodoh, bercakap secara tidak selaras, dan berfikir secara tidak rasional.

c.Pendekatan Berhaviorisme
Dimana, ahli teori tingkah laku yang menekan peranan pembelajaran, mengandaikan bahawa orang mengalami skizofrenia adalah diberi ganjaran apabila tingakh laku dalam keadaan ganjil.meraka juga mengandaikan bahawa seseoarang yang terlibat dalam tingkah laku danjil mendapat penolakn sosial dan seterusnya menyumbangkan kepada perasaan curiga terhadap orang lain dan tarik diri sosial.

d.Pendekatan Kognitif
Dimana pandangan kognitif menekankan bahawa skizofrenia adalah disebabkan oleh gangguan terhadap tumpuan atau perhatian dan pemikiran iaitu penerimaan maklumat yang disampaikan itu dengan pelbagai cara yang kadang kala mengelirukan dan tidak rasional.

e.Pendekatan Humanistik
Ianya disebabkan oleh ketidak kelarasan diantara kendiri awam dengan kendiri sebenar yang mana ianya terjadi apabila seseorang itu membentuk kendiri awam palsu unutk menghadapi sesuatu situasi kehidupan yang mencabar. Pelarian daripada realiti ini akan menyebabkan seseorang itu mengalami kendiri sebenar. Pemikiran, bahasa, dan tingkah laku ganjil seseorang yang mengalami skizofrenia ini merupakan tanda-tanda pelarian daripada realiti ini.
3.2 Jenis-Jenis Skizofrenia

a. Skizofrenia Paranoid - Pesakit yang mengalami skizorfrenia Paranoid adalah mereka yang mempunyai kepercayaan palsu atau delusi .
b. Skizofrenia Tidak Teratur - Dimana skizofrenia ini adalah tahap yang serius dan cenderung berlaku diperingkat awal hidup seseorang. Ia dicirikan oleh tarik diri sosial yang ekstrim, halusinasi, delusi, kebodohan, ketidaksesuaian ketawa, tingkah laku yang ganas, dan tingkah laku yang ganjil dari yang lain. Biasanya pesakit menunjukkan tingkah laku yang tdak senonoh, tidak sopan, dan sebaginya.Skizofrenia jenis ini menyebabkan terjadinya Perpecahan Personaliti dan pesakit mempunyai peluang tipis untuk sembuh.
c. Skizofrenia Katatonik - Dimana pesakit sering tidak menunjukkan pergerakkan (tubuh badan menjadi kaku) dan tidak sedarkan diri, atau mengongcangkan badan yang melampau. Biasanya ia akan bertindak kedua-dua tindakan itu, berdiam diri (kaku seperti patung) dalam beberapa waktu dan menggoncangkan badan dalam waktu yang lain. Meraka mugkin berada dalam keadaan yang kaku sehingga beberapa jam lamanya.
d. Kecelaruan Delusi - Kecelaruan delusi sebegini agak jarang berlaku dimana ia adalah dicirikan sebagai paranoid.
3.3 Rawatan /Pengubatan Skizofrenia
Profesor Bersekutu Klinikal Columbia University College of Physicians & Surgeons, Prof. Zafar Sharif berkata, walaupun tiada rawatan yang boleh mengubati skizofrenia, ia boleh diurus dengan rawatan tertentu iaitu rawatan oral dan penggunaan ubat antipsikotik.Suntikan intra-muskular iaitu antipsikotik konvensional sudah diperkenalkan sejak tahun 1960-an bertujuan bagi mengatasi masalah mematuhi rawatan. Kejayaan banyak terbukti. Banyak kajian menunjukkan pesakit memilih suntikan yang bertindak jangka panjang berbanding dengan rawatan oral. Namun begitu, antipsikotik ini mempunyai kelemahan kerana ia berasaskan minyak dan sering dikaitkan dengan rasa sakit atau alahan.
Manakala, Risoerdal Consta adalah ubat antipsikotik antipikal yang pertama terdapat dalam formulasi bertindak jangka panjang. Dengan menggunakan antipsikotik ini, pesakit tidak perlu memikirkan untuk mengambil pil harian.‘‘Kajian untuk penambahbaikan ubat antipsikotik ini sentiasa dijalankan bagi meningkatkan keserasian, keselamatan dan kepatuhan rawatan. Sehubungan itu, baru-baru ini, formulasi oral baru bagi meningkat rawatan pilihan diperkenalkan. ‘‘Invega adalah ubat antipsikotik atipikal oral dengan mekanisme perlepasan berlanjutan bagi rawatan akut dan rawatan pencegahan berulang skizofrenia. Invega dengan dosnya sekali sehari, direka khusus bagi pengeluaran paliperidone (bahan aktif) menerusi teknologi perlepasan unik OROS terbukti akan profil keberkesanan, keselamatan dan ketahanan. ‘‘Daripada kajian-kajian klinikal sudah terbukti pada ramai pesakit, Invega mampu mengurangkan gejala skizofrenia, termasuk pada kali pertama, meningkatkan kefungsian pesakit berdasarkan Performance and Social Performance Scale,’’’ jelasnya.
Menurut Zafar, kesannya dapat dilihat seawal hari keempat di mana kajian klinikal secara statistiknya menunjukkan perbezaan ketara dibandingkan dengan penggunaan plasebo atau gejala skizofrenia. Apabila digunakan pada kadar yang dicadangkan, kesan sampingan Invega 6mg adalah berbandingan dengan plasebo. ‘‘Dengan teknologi inovatif OROS, Invega memberi peluang kepada ramai penghidap skizofrenia menguruskan penyakit mereka bersama kumpulan rawatan untuk menikmati kehidupan lebih bermakna dan produktif. ‘‘Invega melepaskan paliperidone iaitu satu entiti kimia dan merupakan rawatan bagi skizofrenia yang menggunakan teknologi pengeluaran berterusan OROS. Teknologi OROS menawarkan pelepasan ubatan yang konsisten dalam tempoh 24 jam dengan mengurangkan fluktuasi puncak dan jurang pada kepekatan plasma ubatan,’’ katanya. Kelulusan penggunaan Invega adalah berdasarkan keputusan program pembangunan klinikal membabitkan 1,306 pesakit dalam tiga kajian utama yang dijalankan di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain di seluruh dunia termasuk Malaysia. Sukatan primer untuk melihat keberkesanan ubat rawatan adalah dengan Positive and Negative Syndrome Scale (PANSS), satu skala yang biasa digunakan dalam penyelidikan skizofrenia bagi mengukur tahap gejala positif atau negatif. ‘‘Kadar pemberhentian pengambilan ubat Invega disebabkan kesan sampingan adalah lebih rendah berbanding dengan plasebo (5 peratus plasebo dibandingkan dengan Invega. ‘‘Selain mematuhi arahan rawatan, keluarga dan pesakit perlu mempunyai pengetahuan mengenai skizofrenia, gejala dan ubatan yang disyorkan bagi merawat pesakit kerana maklumat ini adalah sebahagian daripada proses rawatan khususnya untuk menyokong rasionalnya untuk mematuhi arahan,’’ jelasnya.

4.0 PENUTUP
4.1 Kesimpulannya
Jadi masalah mental memang ada dan tidak boleh diketepikan. Sebenarnya setiap penyakit fizikal juga memberi kesan tekanan jiwa disebabkan penyakit fizikal itu. Umpamanya pesakit kanser tentu akan mengalami tekanan jiwa, tetapi masalah- masalah ini biasanya diketepikan dan jika pesakit itu diberi rawartan mental bersamaan dengan rawatan fizikal nescaya pesakit akan merasa lebih segar dan gerak balasnya terhadap pengubatan fizikal juga akan menjadi lebih baik.
Kesimpulannya masyarakat mempunyai peranan didalam rawatan pesakit mental. Dengan kesedaran diharapkan satu masyarakat penyayang akandapat dihasilkan. Semoga masyarakat penyayang ini peka pada masalah pesakit mental dan tidak lagi curiga dan takut kepada mereka dan terus membantu mereka untuk mencapai matlamat masyarakat yang sihat mental dan fizikal pada abad akan datang.

BBM 3204 SOSIOLINGUISTIK-Kepelbagaian Bahasa (Kelainan Bahasa)



1.0 PENGENALAN

Apakah itu Sosiolinguistik?Menurut Janet Holmes, ahli-ahli sosiolinguistik berminat untuk mengkaji bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat, bagaimana bahasa berbeza, termasuk juga fungsi bahasa dan bagaimana bahasa digunakan untuk menyampaikan maksud-maksud sosial menerusi komunikasi. Dalam pada itu terdapat ramai tokoh sosiolinguistik yang terlibat sama dalam menakrifkan sebagai “sosiolinguistik”, termasuk tokoh-tokoh seperti Appel, Nikolas Coupland dan Adam Jaworski, Dell Hymes, Joshua Fishman, Nababan, Hari, Urti Kridalaksana, Cripper dan Widdowson serta yang tidak dapat dinyatakan di sini. Sosiolinguistik, berasal daripada gabungan perkataan sosio & linguistik, menunjukkan bahawa bidang ilmu ini adalah perpaduan sosiologi dengan linguistik.
Ada pula yang menyebutnya sebagai linguistics plus. Kita boleh mengatakan sosiolinguistik adalah ilmu interdisiplineri yang membincangkan dan menyusun teori-teori tentang perhubungan masyarakat dan bahasa. Kita mudah dapat menyemak bahawa perbahasan pokok dalam ilmu ini adalah masyarakat dan bahasa.
Sosiolinguistik ialah merupakan satu kajian tentang bahasa dan hubungannya dengan masyarakat.

1.1 Kepelbagaian Bahasa.

Kepelbagaian bahasa membawa pengertian bermacam-macam jenis bahasa. Kepelbagai bahasa ini juga turut dikenali sebagai kelainan bahasa. Kepelbagaian bahasa ini merangkumi sama ada besar atau kecil, tinggi atau rendah, dan termasuklah juga aspek dialek-dialek.
Kepelbagaian bahasa ini sebenarnya boleh kita katogerikan kepada dua kelompok bahasa yang besar iaitu seperti berikut:

1.1.1 Bahasa Inklusif

Bahasa Inklusif adalah merupakan bahasa yang diletakkan di atas sesebuah bahasa atau beberapa jenis bahasa yang sedia ada. Bahasa ini sebenarnya memiliki sifat dan ciri sangat tinggi dan unggul. Di samping itu juga ianya diletakkan di atas serta dalam masa yang sama mengatasi bahasa-bahasa lain. Boleh juga kita simpulkan sebagai bahasa sedia ada dituturkan oleh sekumpulan masyarakat tertentu. Misalnya adalah seperti berikut; Bahasa Kebangsaan , Bahasa Rasmi , Lingua Franca, Bahasa Pijin, Bahasa Kreol dan Bahasa Koine


1.1.2 Bahasa Eksklusif

Bahasa Eksklusif pula ialah bahasa yang tidak diletakkan di atas bahasa lain. Akan tetapi bahasa jenis ini sebenarnya ianya memiliki bentuk yang tersendiri, terbatas dan serba unik. Di samping itu bahasa ini turut diajar kepada para penutur yang terbatas dalam kelompok dalaman mereka. Pembatasan ini sama ada dari segi daerah, kumpulan, kelas atau kelompok. Dengan kata lain, Bahasa Eksklusif ini dapatlah kita definisikan sebagai sejenis bahasa yang diguna pakai dalam kelompok tertentu, termasuklah kelompok sepekerjaan, puak, subetnik, gerombolan dan sebagainya. Namun penggunaannya agak terbatas. Sehubungan itu, bolehlah kita katogerikan Bahasa Eksklusif ini kepada beberapa jenis seperti berikut;

Bahasa Purba
Bahasa Slanga
Bahasa Argot
Bahasa Khusus
Bahasa Rahsia
Dialek Pijin


2.0 BEBERAPA KATOGERI BAHASA INKLUSIF
2.1 Bahasa Rasmi

Bahasa Rasmi merupakan bahasa yang digunakan dalam pentadbiran dan segala urusan rasmi. Ini termasuklah dalam sebaran am (media massa), surat-surat rasmi kerajaan seperti borang permohonan, dokumen peribadi yang merangkumi surat beranak, kad pengenalan, minit mesyuarat, urusan pos dan sebagainya. Dalam sesebuah negara boleh menggunakan lebih daripada satu bahasa rasmi. Cuma di negara kita Malaysia sahaja menggunakan satu jenis bahasa rasmi iaitu Bahasa Melayu. Misalnya di negara Brunei Darussalam menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Berikut beberapa contoh penggunaan bahasa rasmi untuk negara tertentu;

Thailand (Bahasa Thai)
Indonesia (Bahasa Indonesia)
Switzerland (Bahasa Perancis, Jerman, Itali, Romansch)
India di peringkat kebangsaan (Bahasa Hindi, Inggeris) tetapi lebih 14 bahasa rasmi di peringkat negeri
Singapura (Bahasa Inggeris, Mandarin, Melayu, Tamil)


2.2 Bahasa Kebangsaan

Bahasa Kebangsaan adalah merupakan bahasa rasmi, bahasa pentadbiran dan bahasa pengantar sesebuah negara. Bahasa ini juga kerap digunakan di arena media massa sama ada elektonik mahupun cetak. Di negara kita, kesemua pusat pengajian tinggi menggunakan bahasa kebangsaan dalam segala urusan di samping menggunakan lain. Bahasa Kebangsaan ini juga turut digunakan di dalam sistem pemerintahan negara, parlimen, majlis konvokesyen dan menjadi bahasa pengantar di seluruh sekolah kebangsaan di negara kita. Bahasa Kebangsaan ini sudah tentu menjadi kemegahan dan kebanggaan bagi sesebuah negara. Kemegahan dan kebanggaan terhadap bahasa kebangsaan ini tercetus atas sebab faktor-faktor berikut;
 Penutur bahasa bersikap positif terhadap bahasa berkenaan
 Ketaatan bahasa terutama di kalangan para nasionalisme
 Bahasa menggambarkan kemerdekaan dan kedaulatan negara
 Menjadi indentiti bagi sesebuah negara
 Memiliki sejarah kegemilangan
 Menjadi bahasa peribumi
 Menjadi bahasa lingua franca
 Ramai mengetahui dan boleh menutur bahasa tersebut
 Bahasa yang berkemampuan
2.3 Lingua Franca

Hartmann dan Stork, 1976 menyatakan Lingua Franca sebagai bahasa yang terdapat di dalam kawasan pertembungan bahasa yang intensif. Di samping itu bahasa ini digunakan oleh para penutur bahasa yang terdiri daripada pelbagai komuniti bahasa sebagai bahasa perantara sepunya semasa berkomunikasi. Perkataan ‘lingua’ itu membawa maksud bahasa manakala ‘franca’ bermaksud Frank, iaitu merupakan nama salah sebuah negara bangsa di Eropah Barat pada ketika itu. Manakala istilah lingua franca ini timbul ekoran daripada peperanagan Salib antara pasukan Tentera Kristian dari Eropah dengan para Tentera Islam di Asia Barat yang ketika itu menguasai tanah-tanah suci di Palestine terutamanya di Jerusalem. Sehubungan itu, pasukan Tentera Kristian telah menggunakan Bahasa Lingua Franca sebagai bahasa perantara di kalangan mereka. Namun sekarang pengertiannya bukan sahaja terbatas kepada pengertian seperti huraian di atas, malahan di dunia sekarang banyak terdapat bahasa lingua franca. Berikut merupakan beberapa contoh bahasa lingua franca;

 Asia Tenggara (Bahasa Melayu sebagai lingua franca)
 Afrika Timur & Tengah (Bahasa Swahili sebagai lingua franca)
 India (Bahasa Hindi sebagai lingua franca)
 Amerika Tengah & Selatan (Bahasa Sepanyol sebagai lingua franca) kecuali Brazil

2.4 Bahasa Pijin

Bahasa Pijin ialah bahasa campuran antara dua atau lebih bahasa. Manakala bahasa yang terbentuk tidak boleh diklasifikasikan kepada salah satu bahasa asal. Bahasa Pijin mempunyai formulanya yang tersendiri, iaitu seperti berikut;

A + B = C

Apabila bahasa A bercampur dengan bahasa B, maka akan terbentuk bahasa C. Tetapi bahasa C itu tidak boleh dikatogerikan sebagai bahasa A atau bahasa B. Sebenarnya bahasa pijin ini hanya bersifat sementara kerana ianya tidak mempunyai penutur aslinya. Ini terjadi disebabkan oleh kepentingan perdagangan dalam kalangan penutur bahasa lain yang bertembung di tempat tertentu seperti ketika berada di pasar, pusat perdagangan dan sebagainya. Semasa berkomunikasi lahirlah percampuran bahasa tadi dan sama sekali tidak menguasai sebarang bahasa komuniti lain. Dengan hal yang demikian wujudlah bahasa campuran (pijin). Di Malaysia, bahasa pasar dikatogerikan sebagai bahasa pijin yang sering digunakan di pasar semasa membeli ikan, sayur-sayuran dan sebagainya.
2.5 Bahasa Kreol

Bahasa Kreol merupakan bahasa pijin yang telah menjadi bahasa pertama atau juga dikenali sebagai bahasa ibunda. Bahasa kreol ini wujud akibat percampuran antara bahasa penjajah dengan bahasa peribumi. Berikut merupakan beberapa contoh;

*Kreol Perancis di Haiti *Kreol Inggeris di Hong Kong
*Kreol Portugis di Macau dan Melaka *Kreol Cina Baba di Melaka
*Kreol Betwai di Jakarta *Kreol Osing di Jawa Timur

Bahasa jenis ini kadang-kadang menerima proses berbalik kepada bahasa asal, iaitu ketika ia meninggalkan unsur-unsur dari salah satu bahasa campuran tadi bagi mewujudkan bahasa asal yang sempurna serta baku. Misalnya di Papua Niugini ada terdapat bahasa Neo-Melanesia, iaitu terbentuk campuran bahasa Inggeris dengan bahasa peribumi. Namun hari ini keadaannya berubah, di sekolah murid-murid mula belajar bahasa Inggeris yang asli, sempurna dan baku. Kesannya murid-murid tadi akan meninggalkan bahasa campuran mereka tadi, kemudian ke arah bahasa Inggeris yang standard atau baku melalui tiga proses seperti berikut:
 Basilek (kreol asli)
 Mesolek (kembali kepada asal)
 Akrolek (kelainan yang wujud)

2.6 Bahasa Koine

Bahasa Koine sama dengan bahasa lingua franca. Bahasa jenis ini digunakan oleh semua orang dalam satu-satu daerah atau wilayah tertentu. Boleh kita katakan bahasa ini ialah dialek yang menjadi bahasa standard dikongsi milik oleh daerah-daerah secara politik dalam satu kesatuan. Misalnya bahasa Arab, di seluruh daerah Arab terdapat dialek-dialek Arab yang berbeza antara satu sama yang lain. Contoh jenis-jenis dialek setempat ialah seperti berikut;

Oman, Kuwait, Iraq, Syria, Jordan,
Yemen, Saudi, Mesir, Sudan, Libya,
Tunisia, Aljeris, Maghribi, Mauritania,
Lebanon, Amiriah Arab Bersatu

Walaupun di negara Arab mempunyai pelbagai dialek Arab, namun bukan semua mereka memahami dialek-dialek berkenaan. Namun dengan kewujudan Al-Quran, maka mereka dapat mengatasi masalah tersebut. Bahasa Arab Al-Quran atau Arab Klasik adalah bahasa sepunya yang digunakan oleh orang Arab di dalam dunia Arab. Bahasa Arab ini juga dikenali sebagai Bahasa Koine.

3.0 BEBERAPA KATOGERI BAHASA EKSKLUSIF
3.1 Bahasa Purba

Bahasa Purba juga dikenali sebagai bahasa arkaik. Bahasa ini adalah bahasa yang kuno dan telah mati serta tidak berkembang lagi. Contohnya bahasa agama Sanskrit telah mati sejak abad ke-2 Masihi. Bahasa ini juga telah digunakan untuk kitab-kitab suci agama Hindu seperti Rig Veda, Sama Veda, Yajur Veda dan Atherva Veda. Namun bahasa ini diajar secara tertutup dan terbatas. Contoh lain bahasa purba ialah bahasa Latin yang digunakan oleh penganut agama katolik pada masa dahulu dan yang terakhir ialah bahasa Kawi iaitu bahasa Jawa Kuno yang telah mati.

3.2 Bahasa Slanga

Bahasa Slanga merupakan satu kelainan bahasa yang dicirikan oleh kosa kata yang baru digubal dan cepat berubah. Bahasa jenis ini sering diguna pakai oleh kumpulan rock, pelajar universiti dan golongan profesional semasa berkomunikasi bagi mengelak daripada diketahu oleh kumpulan komuniti bahasa yang lain.Walapun kata-kata jenis ini muncul dengan tiba-tiba, namun ianya mudah hilang dengan cepat. Perkataan bahasa ini dicipta daripada bahasa dialek atau kaum tertentu termasuklah penjajah.

3.3 Bahasa Argot

Bahasa Argot juga dikenali dengan nama cant dan lingo. Ianya adalah suatu jargon yang khusus bersifat setempat, kumpulan sosial dan kumpulan rakan sejawat, terutama sekali di kalangan golongan masyarakat kelas bawahan.

3.4 Bahasa Khusus

Bahasa Khusus adalah suatu bahasa khas. Bahasa jenis ini sering digunakan oleh golongan profesional termasuk juruterbang dan sebagainya. Oleh kerana bahasa jenis ini terlalu khusus, maka sukar untuk difahami serta diketahui oleh orang lain selain daripada penggunanya sendiri.





3.5 Bahasa Rahsia

Bahasa Rahsia adalah sejenis bahasa yang dicipta untuk tujuan perisikan, pengedaran dadah, narkotik dan sebagainya. Di negara kita pihak polis dan tentera ada menggunakan bahasa rahsia dalam menjalan tugas seharian mereka.

3.6 Dialek

Dialek ialah satu kelainan bahasa yang berbeza dari segi sifat sebutan, kosa kata daripada bahasa baku dan tatabahasa. Bahasa ini juga bersifat geografis atau bersifat subbahasa. Misalnya bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia dan dialek-dialek bahasa cina. Dialek adalah bersifat saling memahami, namun tidak semestinya, seperti dialek bahasa cina. Dialek boleh dipecahkan kepada tiga bahagian;
 Dialek sosial (Bahasa Jawa)
 Dialek daerah (Dialek Utara, Kelantan, Negeri Sembilan)
 Dialek seketika (Dialek zaman, seperti Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik, Bahasa Melayu moden dan sebagainya)

Manakala berikut dinyatakan beberapa sebab mengapa timbulnya dialek tesebut. Antaranya adalah seperti berikut;

 Pengalaman yang berlainan
 Pengaruh luar yang berlainan (Pengaruh Bahasa Inggeris kepada dialek Johor-Riau dan Belanda ke atas bahasa Indonesia)
 Terpisah dari segi tempat (Kedah dan Kelantan)
 Terpisah dari segi zaman (Bahasa Melayu Sri Lanka dan Afrika Selatan)

4.0 KESIMPULAN

Umum menyedari di dunia kita terdapat kepelbagaian bahasa. Di mana-mana sahaja masyarakat, sudah pasti adanya bahasa yang tersendiri. Sebenarnya bahasa itu mempunyai hubungan langsung dengan masyarakat. Ini disebabkan bahasa adalah suatu alat penting untuk manusia berkomunikasi antara satu sama lain. Kepelbagai bahasa ini tidak mengira besar atau kecil, tinggi atau rendah serta dialek-dialek tertentu. Sebenarnya bahasa itu sendiri terdiri daripada dua katogeri, termasuklah bahasa Inklusif dan bahasa Eksklusif. Bahasa Inklusif terdiri daripada Bahasa Kebangsaan, Rasmi, Lingua Franca, Pidgin, Kreol dan Koine. Manakala bahasa Eksklusif pula merangkumi bahasa Purba, Slanga, Argot, Khusus, Rahsia dan Dialek.

HBEF2103: PSIKOLOGI PENDIDIKAN




Isi Kandungan
Kandungan Muka surat
Prakata

Bahagian 1 :
Senario Pengajaran Dan Pembelajaran 3 – 5
Bahagian 2 :
Huraian Masalah Mengikut Teori Pembelajaran 5 – 9
Bahagian 3 :
Pelan Mengatasi Masalah Berlandaskan Teori Pembelajaran 10 – 13

Rujukan







Prakata

Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan keizinan serta hidayat-Nya, saya dapat menyelesaikan tugasan ini bagi memenuhi sebahagian dari syarat kursus HBEF2103 Psikologi Pendidikan.
Dalam usaha menyiapkan tugasan yang baru dan asing ini, saya banyak bergantung kepada buku-buku, bahan-bahan dan rujukan modul-modul daripada individu dan pensyarah. Namun demikian, saya berasa amat bertuah kerana berpeluang membuat kajian dan mendalami setiap aspek yang merangkumi konsep, modul, kajian dan rujukan perkara-perkara baru mahupun perkara yang telah saya ketahui tetapi terlalu cetek. Dengan pengumpulan maklumat dan perbincangan yang dilakukan, saya dapat menerokai pengalaman baru dan memperluaskan minda saya.
Sehubungan itu, kami ingin mengucap setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah HBEF2103 Psikologi Pendidikan yang banyak membimbing, mendedahkan idea dan konsep mengenai Psikologi Pendidikan. Demikian juga kepada tutor serta rakan rakan-rakan kuliah yang bersama-sama beruasaha ke arah dan matlamat yang sama.
Sebagai satu usaha pertama dalam penulisan tugasan begini, sudah tentu banyak kepincangan yang mungkin timbul. Atas kekurangan dan ketidaktepatan pengolahan keseluruhan tugasan, saya amat mengalu-alukan teguran dan kritikan membina demi kesempurnaan penulisan kami atau tugasan ilmiah lain pada masa-masa akan datang.

Sekian, terima kasih. Wassalam.



Bahagian 1 : Senario Pengajaran Dan Pembelajaran

Sebagai seorang guru, kita tidak terlepas dari menghadapi kelas yang pelbagai ragam kerenah dan perangai murid – murid semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Keadaan sebegini perlu kita hadapi walaupun kita tidak menyukainya. Sudah menjadi tugas seorang guru untuk berhadapan dengan situasi sedemikian.
Pada tahun 1995, setelah tamat pengajian di Maktab Perguruan, saya telah ditempatkan di sebuah sekolah di kawasan bandar. Setibanya saya di sekolah tersebut saya telah ditugaskan untuk mengajar beberapa subjek utama seperti Bahasa Malaysia Tahun 3, Matematik Tahun 2 dan Sains 3. Kesemua kelas yang ditugas untuk saya mengajar memang terkenal dengan pelbagai ragam masalah dan tingkahlaku perangai murid – murid di kelas tersebut. Tambahan pula mereka mempunyai latar belakang yang berbeza. Ada dikalangan mereka anak petani,anak peguam, anak guru,anak orang bekerja di pejabat dan tidak kurang juga ada beberapa orang anak yang kurang jelas latar belakang mereka.
Tanggapan saya pertama sekali menjejak kaki di sekolah tersebut, saya merasa saya sangat beruntung kerana mengajar di sekolah dalam kawasan Bandar tidak seperti rakan – rakan saya yang lain yang mengajar jauh dipendalaman. Ternyata anggapan saya itu meleset sama sekali. Setiap kali saya mengajar murid – murid di ketiga – tiga kelas tersebut ada sajalah masalahnya. Semasa saya hendak menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran ada saja sesuatu yang akan mereka lakukan, apabila saya hendak menerangkan sesuatu mereka pelajaran terutamanya tentang topik yang baru pada mulanyanya saja mereka menunjukkan minat mereka terhadapa pelajaran tersebut, setelah 10 minit saya mengajar mereka terus hilang fokus dan minat untuk mengikuti pelajaran seterusnya. Mereka mulalah bercakap sesama sendiri tanpa memperdulikan saya yang mengajar di hadapan. Mereka yang mahu mengikuti pelajaran hanya segelintir sahaja, daripada 35 orang murid dalam kelas itu hanya 10 orang sahaja yang betul – betul menumpukan perhatian semasa saya mengajar. Murid – murid yang tidak mahu belajar itu juga selalu membuat bising dan ada juga mereka yang suka mengusik kawan mereka yang hendak belajar Apabila ditegur barulah mereka berhenti seketika, itu pun tak lama cuma beberapa minit sahaja , selepas itu mereka akan membuat hal lagi.
Walupun demikian apabila ditanya mereka dengan selamba akan menjawab pertanyaan saya dengan betul walaupun ianya tidak memuaskan hati saya. Kadang – kadang saya kurang memberi pujian kepada murid yang dapat menjawab pertanyaan saya, sebab itulah murid – murid ini jarang memberi respon kepada saya. Pelajar – pelajar saya ini suka membuat bising semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam kelas, dengan kata lain mereka tidak menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pengajaran saya. Tambahan pula ada dikalangan murid – murid ini akan melakukan kerja lain seperti melukis kartun, berpura – pura mengantuk, mengunyah gula getah, dan tidak kurang makan secara bersembunyi dari saya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah semua ini adalah hasil peniruan dan pengaruh oleh rakan – rakan sekelas.
Kebisingan mereka ini sukar untuk dikawal oleh saya, tambahan pula apabila ditegur sedikit mereka ini akan merajuk dan akan membuat aduan kepada ibu bapa mereka.Selain daripada itu mereka ini kerap kali hilang minat dan tumpuan semasa saya mengajar, kadang – kadang saya juga hilang kawalan terhadap murid – murid ini. Tidak kurangnya juga terdapat murid yang memang langsung tidak mahu mendengar nasihat saya, sebagai contohnya, ada dikalangan mereka ini membuat bilik darjah tersebut seperti rumah mereka sendiri, keluar sesuka hati mereka sahaja semasa kelas sedang berjalan. Mereka tidak menghiraukan teguran dan hukuman yang saya beri kepada mereka. Tidak kurang juga ada dikalangan murid ini yang membawa masalah di rumah ke sekolah, ini yang membuat mereka kelihatan sedih apabila mereka menghadapi masalah mereka di rumah. Saya merasa kecewa kerana saya tidak dapat menjalankan tugas saya dengan penuh berwibawa. Murid yang saya ajar tidak menghormati saya sebagai guru mereka. Kadang – kadang saya tidak dapat menahan kesabaran saya lagi apabila melihat perangai murid – murid di kelas ini. Saya pasti mencari formula untuk mengatasi masalah ini supaya ianya tidak berlarutan. Untuk menjadi seorang guru yang berkesan saya perlu mencari punca masalah mengapa murid saya jadi begini.

Bahagian 2 : Huraian Masalah Mengikut Teori Pembelajaran
Apabila diteliti dan dikaji selama saya mengajar dibeberapa buah kelas ini ternyata murid dalam kelas ini mempunyai masalah yang berbeza. Konotasinya, ini adalah disebabkan oleh latar belakang mereka yang berbreza. Ada dikalangan mereka ini juga ingin menunjuk – nunjukkan kepada rakan mereka tentang status dan kedudukan orang tua mereka.
Apabila dikenal pasti pelajar yang suka membuat bising semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, ini adalah disebabkan oleh permulaan proses pengajaran dan pembelajaran ( set Induksi ) saya tidak dapat menarik minat dan perhatian saya, ini kerana saya terus mengajar daripada yang susah ke senang, bagi murid yang belum bersedia menerima pelajar saya mereka terus hilang dan tidak faham langsung tentang apa yang saya terangkan.
Keadaan sebegini boleh kita kaitkan dengan Teori Pelaziman Klasik Pavlov. Dalam teori ini Pavlov menyatakan bahawa setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas bermaksud bermaksud apa – apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat sesuatu ransangan. Ransangan pula ialah apa – apa sahaja berbentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas. Sebagai mana pada permulaan pengajaran saya perlu mencari sesuatu yang berbeza setiap kali saya hendak memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Apabila saya melakukan pelbagai jenis bahan ransangan setiap kali saya mengajar sudah pasti murid – murid saya akan tertarik dan ternanti – nanti pada setiap kali sesi pembelajaran berlaku. Oleh itu saya perlu menyediakan bahan yang berlainan sesuai dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan murid – murid. Justeru bahan ransangan tersebut boleh menyeronokan dan menarik minat murid akibat adanya kaitan antara rangsangan dengan gerak balas, seterusnya proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku dengan lancar.
Mereka merasa diri mereka tidak dihargai oleh saya. Jadi mereka mengambil jalan yang mudah membuat bising dan mengusik kawan – kawan yang lain, apabila kawan yang lain diusik mahu tak mahu mereka pun turut serta dalam kelompok tersebut dan seterusnya akan membuat bising dan terus hanyut dan hilang entah ke mana. Mereka akan terus mengganggu dan mengacau rakan sekelas yang lain, guru pun turut mereka kacau. Tambahan pula ada segelintir murid dalam kelas saya itu suka meniru gaya pelajar yang popular membuat kelas merasa gembira sehingga gelakan mereka didengar seluruh sekolah dan ini akan menambah bising. Peniruan terhadap tingkah laku ini berlaku apabila murid – murid tidak fokus kepada pengajaran saya, dan sebaliknya mereka memberikan perhatian kepada rakan mereka yang dianggap kelakar dan menghiburkan mereka. Mereka ingat dengan melakukan kerja tersebut akan dapat dilihat dan diperhatikan oleh rakan mereka yang lain dan seterusnya perbuatan mereka itu akan diikut oleh rakan yang yang lain seperti melukis dan menconteng dibuku teks atau dibuku kerja mereka. Ini akan menarik perhatian rakan mereka yang lain. Oleh itu akan terjadilah sesuatu perkara yang tidak diingini akan berlaku. Hal ini akan menyebabkan ramai murid yang lain akan turut melukis dan menconteng sesuatu yang abstrak pada buku, kerana hal ini dapat memuaskan hati dan perasaan mereka apabila dapat melihat respon dari rakan yang lain tentang tindakan yang telah diambil oleh mereka.
Bagi pelajar yang menganggap bahawa peraturan sekolah sama sahaja dengan peraturan di rumah , ini adalah disebabkan mereka terasa tidak dihargai oleh saya didalam kelas. Berkemungkinan juga mereka lebih suka meniru perlakuan daripada media massa seperti cerita yang mereka tontonkan di televisyen.Mereka keluar sesuka hati tanpa menghiraukan teguran saya. Bagi mereka guru tidak wujud di dalam kelas tersebut, asalkan hati mereka puas. Sebaliknya tindak mereka begini akan dipuji oleh rakan sekelas, mereka mengganggap murid tersebut “ terror” maksudnya berani. Terdapat juga murid yang membawa masalah di rumah ke sekolah, ini berlaku berkemungkinan mereka menghadapi tekanan di rumah, masalah keluarga yang berlarutan dan sebagainya. Murid sebegini akan menjadi pendiam, apabila sekali sekala dia meluahkan hati dan perasaannya, akan terjadilah sesuatu yang diluar jangkaan dan dugaan akan berlaku mereka berkemungkinan akan menjadi lebih agresif, dan akan hilang tumpuan untuk belajar.
Situasi dan keadaan begini bolehlah kita kaitkan dengan teori Pembelajaran Sosial oleh Albert Bandura ( 1986 ). Menurut Bandura , tingkah laku manusia banyak dipengaruhi oleh peniruan dan modeling. Dalam keadaan sebegini, terdapat murid meniru gaya rakan mereka, seperti mengusik rakan sekelas, seperti melukis dan menconteng dibuku teks atau dibuku kerja mereka. Peringkat peniruan yang digariskan oleh Bandura didapati wujud dalam keadaan sebegini.
Proses peniruan melalui elisitasi timbul apabila murid melihat perlakuan orang lain. Sebagi contohnya , murid selalu menonton telivisyen, mereka pasti akan meniru aksi – aksi yang ditayangkan di kaca televisyen tersebut. Perlakuan sebighini akan terbawa – bawa ke dalam kelas.Peniruan terhadap tingkah laku ini berlaku kerana pelajar sudah tidak memberikan perhatian lagi kepada pengajaran guru, sebaliknya mereka memberi perhatian kepada rakan mereka yang dianggap menghiburkan. Mereka ingat akan perlakuan yang dilihat kemudian mereka mengikut tingkah laku seperti yang disebut tadi. Rakan sekelas akan tergelak seolah – olah memuji tindakan tersebut. Hal ini menyebabkan makin ramai pelajar turut melukis kartun kerana mendapat sesuatu kepuasan apabila melihat rakan – rakan senyum dan ketawa, tidak kurang juga terdapatnya “ batu api ” menunjukkan isyarat “bagus”, sebagai penghargaan kepada mereka ini.
Murid yang hilang minat terhadap pengajaran saya kerana saya tidak pandai mengambil hati murid – murid, ini adalah disebabkan sifat saya yang dianggap oleh murid keterlaluan. Selain daripada itu juga saya tidak pernah memikirkan tentang kesediaan dari segi psikomotor, efektif kognitif murid sebelum saya mengajar. Saya juga tidak memperdulikan kesan pembelajaran saya samada ianya menyeronokan atau pun tidak. Semuanya yang saya buat mengikut kehendak saya sendiri sahaja.Saya kurang memberi perhatian kepada murid yang tidak mendengar nasihat, saya akan terus membiarkan mereka hanyut dibawa oleh sikap dan perangai mereka yang tidak faham dan tidak mendengar nasihat saya.
Bagi murid juga merasa diri mereka tidak dihargai oleh saya kerana saya kurang memuji dan memberi ganjaran kepada mereka apabila saya ajukan soalan kepada mereka dan mereka menjawab dengan betul. Murid – murid berasa seolah oleh mereka tidak dihargai oleh guru. Mereka beranggapan guru tidak mengambil perhatian yang serius terhadap mereka.
Keadaan sebegini boleh kita kaitkan dengan Teori Perlaziman Operan Thorndike (1993) berpendapat bahawa pembelajaran berlaku hasil daripada gabungan antara S-R, iaitu stimulus(rangsangan) dan respone (gerak balas). Berkemungkinan murid tidak minat atau fokus kepada saya mengajar kerana saya mengikut gabungan stimulus dan respone ini. Keadaan begini telah membuat murid saya hilang minat terhadap pelajaran. Ini kerana menurut saranan yang dibuat oleh Thondike bahawa pembelajaran manusia dikawal oleh hukum tertentu, yang disebut sebagai hukum pembelajaran. Ini dapat kita lihat apabila murid tidak memahami apa yang diajar oleh saya mereka terus hilang tumpuan. Hukum – hukum pembelajaran ini dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu (a) Hukum Kesediaan, (b) Hukum Latihan dan (c) Hukum Kesan. Maka tidak hairanlah murid saya tidak fokus semasa saya hendak memulakan pembelajaran dalam kelas, ini kearana say tidak memikirkan tentang kesediaan murid dari segi psikomotor,efektif kognitif sebelum saya memulakan pengajaran saya. Menurut Hukum Kesediaan Thorndike, apabila seseorang itu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan, maka tindakan itu dapat member kepuasan kepadanya. Sekiranya ia tidak melakukannya, akan menimbulakan perasaan dukacita dan kalau dia dipaksa melakukannya , akan menghasilkan pembelajaran yang tidak sempurna.Hukum Kesediaan ini merujuk kepada kesediaan dan persiapan-persiapan yang perlu ada sebelum individu itu bertindak, iaitu belajar.
Kesediaan ini dapat dilihat dari tiga aspek utama iaitu, kesediaan psikomotor, kesediaan afektif dan kesediaan kognitif. Selain daripada itu saya juga perlu mengetahui tentang hokum kesan yang diseranankan oleh Thorndike, menurutnya murid kita akan lebih menumpu perhatian sepenuhnya apabila kita mengajar dengan menghargai seseorang murid itu supaya ianya member kesan yang menyeronokkan disamping dapat meningkatkan pertalian antara rangsangan dan gerak balas. Selepas gerak balas terhasil, pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh, jika terdapat kesan yang menyeronokan.
Kesan yang menyakitkan akan melemahkan pertalian antara R-G. sebagai contohnya sekira kita terlalu tidak mengambil perduli tentang seseorang murid itu dan kita sentiasa sahaja memandang serong dan suka menghukumnya, kesannya tentulah menyakitkan dan ia tidak akan mempunyai motivasi mengikuti pelajaran kita seterusnya. Kita juga perlu memberi ganjaran atau peneguhanb sekiranya murid kita menjawab dengan betul apabila kita ajukan soalan kepada mereka. Guru juga perlu ingat sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran ini pastikan pelajar bersedia dari aspek kognitif, fizikal dan efektif.

Bahagian 3 : Pelan Mengatasi Masalah Berlandaskan Teori Pembelajaran
Pelan tindakan bagi mengatasi masalah tersebut adalah seperti berikut :
1. Implikasi Teori Pelaziman Klasik Pavlov
Andaian : Set induksi yang saya gunakan tidak dapat menarik perhatian murid saya, tiada bahan ransangan yang menarik disediakan atau pun persembahan set induksi membosankan dangan gaya yang selamba. Murid-murid hilang tumpuan.
Implikasi pengajaran : Mempelbagaikan bahan rangsangan, dan juga cara persembahan guru supaya ianya dapat menimbulkan gerak balas daripada murid. Murid terlibat secara langsung. Bahan tersebut hendaklah sesuai dengan tahap pemikiran murid. Pastikan bahan rangsangan tersebut berfungsi dengan baik dan menjurus kepada isi pengajaran kita.
Contoh:Setiap kali memulakan sesi pengajaran kaitkan set induksi tersebut dengan isi pembelajaran. Pastikan kita menyedari aspek kecerdasan murid kita di dalam setiap kelas. Pastikan murid tahu bahawa setiap kali kita masuk, ada sahajalah pembaharuan dari segi penyampaian kita. Pastikan mereka minat dengan set induksi kita, beri rangsangan yang positif dan sentiasa menghargai setiap kali murid memberi respon walaupun respon itu salah. Jangan sesakali kita membuat dendaan terhadap murid kita. Pelbagai intonasi dan ajukan verbal kita. Pastikan setiap bahan rangsangan yang kita sediakan memberi makna yang positif terhadap murid – murid kita.
2. Implikasi Teori Pembelajaran Sosial Oleh Albert Bandura ( 1986 )
Andaian : Faktor – factor sosial,kognitif dan tingkah laku memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran.Pengaruh rakan sebaya dan media massa, menyebabkan murid – murid hilang tumpuan, tambahan pula persekitaran kelas yang sentiasa sahaja bahan yang hendak dijadikan peniruan oleh sesetengah murid – murid ini.
Implikasi pengajaran : Wujudkan persekitaran kelas yang santai. Kelas sebegini akan dapat mengukuhkan tingkah laku positif. Galakkan murid mengeluarkan buah fikiran mereka. Nasihatkan tentang kebaikan dan keburukan meniru sesuatu aksi yang pernah mereka lihat. Ambil perhatian yang sewajarnya pada murid yang mudah terpengaruh dengan persekitaran. Selalu mendekati murid yang dianggap popular di dalam kelas jadikan mereka ini kawan dan rakan. Kita hendaklah menjadi dominan di dalam bilik darjah, jangan biarkan pelajar popular ini mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran kita. Pasti hanya aksi dari guru sahaja boleh ditiru di dalam bilik darjah, dengan adanya peniruan sebegini murid popular ini akan lebih dekat dengan pelajarannya. Kita boleh jadikan juga murid popular ini sebagai model di dalam kelas. Pasti murid sebegini jangan disisih. Mereka sebenarnya murid yang pitar, cuba ianya mahu kita sebagai guru member dan menumpukan perhatian kepadanya sahaja. Murid yang herper aktif sebegini juga daapat menceriakan sesei pengajaran dan pembelajaran kita seandainya dia diberi peluang untuk mengambil sebahagian daripada sesi pengajaran dan pembelajarn kita.
Contoh: Apabila kita mengetahui terdapat murid atau pelajar yang popular di dalam kelas, kita terus mendekati mereka dan jadikan mereka teman kita atau pun suruh murid tersebut sebagai pembantu seketika semasa kita hendak memulakan pembelajaran kita. Cara sebegini kita dapat mempengaruhi kesemua anak murid kita di dalam kelas untuk meneruskan pembelajaran kita. Kawalan kelas kita akan menjadi mudah. Murid yang popular ini tadi akan merasa megah kerana telah dijadikan model dihadapan kelas, dengan cara begini murid ini akan hilang taringnya untuk mengusik murid – murid yang lain. Justeru, murid tersebut akan dapat merekod peristiwa di dalam sistem ingatan, ini berkemungkinan akan membolehkannya melakukan peristiwa itu kelak bila diperlukan atau diingini. Kita juga perlu memotivasikan secukupnya murid kita ini supaya kita dapat menghasilkan tingkah laku yang tertentu, sebagai contoh kita beri murid kita perangsang. Murid ini juga tahu bahawa dia dihargai oleh guru. Melalui perlakuan penghargaan terhadap murid ini tadi, sifat dan sikap yang yang selalu sahaja dapat mempengaruhi kelas untuk menjadi bising akan dapat dibendung. Murid yang popular seperti ini haruslah kita dekati dan berikan perhatian sewajarnya, kerana berkemungkinan pelajaran yang kita ajar tersebut sudah difahami olehnya, tambahan pula dia telah belajar di kelas tuisyen. Oleh itu pelajar sebegini boleh kita gunakan sebagai pembantu rakan sebaya yang lain untuk memahami isi pengajaran dan pembelajaran kita di dalam kelas itu nanti. Semakin kita beri tugasan penting sedemikian kepadanya, dia akan lebih menghormati guru dan juga murid – murid yang lain, ini oleh kerana sikapnya suka meniru sesuatu yang melalui mata kasarnya. Seumpama kita menangkap ibu ayam dan anaknya, kita tangkap ibunya terlebih dahulu baharulah anaknya akan mengikut dari belakang.
3. Implikasi Teori Perlaziman Operan Thorndike (1993)
Andaian : Murid–murid belum bersedia untuk menerima pelajaran, tambahan pula tiada apa yang dapat merangsang keinginan murid untuk belajar. Pelajar menganggap diri mereka tidak diperdulikan oleh guru.
Implikasi pengajaran : Pastikan murid kita telah bersedia dari segi psikomotor, efektif kognitif sebelum mereka belajar. Wujudkan kelas yang kondusif. Kenal pasti kemampuan murid kita. Pastikan beberapa aspek seperti aspek psikologi, hubungan, motivasi, nilai, dan aspek keperluan murid diutamakan. Segala aspek ini pula akan memotivasikan pelajar tersebut untuk belajar dengan lebih aktif dan dapat menghilangkan kebosanan mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang akan dilakukan oleh kita.
Contoh:Menurut Hukum Kesediaan ini, terlebih dahulu saya pastikan bahawa anak murid saya sudah bersedia dari segi psikomotor, efektif, kognitif sebelum mereka belajar. Disamping itu sebagai seorang guru kita terlebih dahulu hendaklah tentu dan pastikan persekitaran yang sesuai untuk sesi pengajaran kita. Pastikan persekitaran itu selamat dari apa – apa ancaman jua, tidak mengira sama kecil atau besar, kesan jangka mas panjang atau pun pendek. Untuk menjadikan pelajaran yang lebih berkesan lagi kita hendaklah cekap dan mahir berkomunikasi dengan murid – murid kita, gunakan bahasa yang berkesan mengikut tahap murid yang kita ajar, disamping itu kita gunakan komunikasi yang terbuka. Jadikan persekitaran itu umpama syurga bagi murid – murid kita ini. Dengan wujudnya persekitaran yang selamat, jadi murid akan dapat meneruskan pembelajaran dengan baik dalam kelas, tanpa ada gangguan emosi dan persekitaran terhadap mereka. Maka jadilahnya SekolahKu SyurgaKu. Untuk memastikan mereka telah bersedia pastikan saya mencari bahan rangsangan sesuai dengan tahap pemikiran mereka. Guru akan dapat merancang pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan murid – murid ini. Bagi pelajar yang belum sampai ketahap kesediaannya tidak boleh dipaksa.Bahan rangsangan itu hendaklah bahan yang pernah mereka lihat, pegang dan rasa. Guru hendaklah memulakan sesi pengajaran setelah beliau mendapati bahawa pelajar/murid telah bersedia dari aspek kognitif,fizikal dan afektif. Pastikan setiap pertanyaan kita ada respon dari murid, tidak kira samada murid itu bijak, sederhana ataupun yang lemah. Guru mesti mengadakan pelbagai rangsangan untuk mewujudkan kesan pembelajaran yang menyeronokkan. Pastikan kesemua murid kita terlibat secara langsung. Beri ganjaran atau peneguhan untuk respon yang betul. Pastikan kita sentiasa menilai aspek kesediaan pelajar kita. Jangan biarkan mereka tidak memahami tentang apa yang kita ajar pada hari tersebut.

Rujukan

Bandura, A.(1986). Social Foundations of Thought and Action: A social Cignitive Theory. EnglewoodsCliffs,NJ: Prentice-Hall.
Berk, E.L (1989). Child Develoment, Boston:Allyn & Bacon
Kamurudin Hj. Husin (1993). Pedadogi3.Penggunaan Psikologi dalam Bilik Darjah. Petaling Jaya: Longm,an Malaysia.
Mahmood Nazar Mohamed (1990). Pengantar Psikologi Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia, Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Slavin, R.E. (1997). Educational Psychology, Theory and Pratice.5th ed.Boston:Allyn and Bacon.
Sharifah Alwiah Alsagof (1987).Psikologi Pendidikan 1. Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Rujukan Internet
http://www.shp.edu/~cgboree/bandura.html
http:/tip.psychology.org/theories.html
www.funderstanding.com/about_hearing.htm