Jumaat, 22 Januari 2010

Maksud Komunikasi, Teori Dan Teori Komunikasi

A. Terangkan perkara – perkara berikut dan beri contoh yang sesuai.

1.0 PENGENALAN
Persatuan Pentadbir Komunikasi telah mendefinisikan komunikasi sebagai :


“ A humanistic and scientific field of study, research, and application. Its focus is upon how,why,and with what effects people communicate through spoken language and associated nonverbal messages. Just as political scientists are concerned with political behaviour and economists with economic behaviour, the student of speech communication is concerned with communicative behaviour. ”

Mengikut definisi di atas ini, komunikasi ini melibatkan berbagai jenis perlakuan dan wujud dalam berbagai situasi seperti awam dan persendirian, bisnes dan sosial, rumah dan sekolah, tidak formal dan formal.

Dalam kehidupan manusia sejagat, perhubungan merupakan suatu agenda yang utama untuk membentuk sesuatu kejayaan dan matlamat. Perhubungan manusia dengan alam bermula semenjak Nabi Adam a.s diturunkan oleh Allah s.w.t ke muka bumi ini. Dalam Al-Quran ada menjelaskan mengenai bagaimana dua insan pertama ini dapat bertemu walaupun mereka diletakkan ditempat yang berlainan. Situasi ini dapat diselesaikan dengan adanya teknik perhubungan yang kini dikenali sebagai komunikasi.

i. Maksud Komunikasi, Teori Dan Teori Komunikasi.

Komunikasi adalah suatu proses penyampaian pesan dari satu pihak kepada pihak lain agar terjadi saling mempengaruhi diantara satu dengan yang lain. Pada umumnya, komunikasi dilakukan dengan menggunakan kata-kata (verbal) yang dapat difahami oleh kedua belah pihak. Seandainya tidak ada bahasa verbal yang dapat difahami mereka , komunikasi masih dapat dilakukan dengan menggunakan gerak-geri badan, menunjukkan sikap tertentu, misalnya tersenyum, menggelengkan kepala, mengangkat bahu. Cara seperti ini disebut komunikasi dengan bahasa isyarat. Beberapa sarjana dalam bidang komunikasi telah memberi pendapat mereka tentang komunikasi ini. Diantaranya ialah :

Bittner ( 1988 ) pula mengatakan bahawa komunikasi adalah merupakan “ satu perlakuan berkongsi simbol ”. Simbol – simbol ini adalah terdiri daripada verbal dan nonverbal dan ia merupakan komponen di dalam proses komunikasi.

French ( 1993 ) komunikasi adalah satu usaha mewujudkan salaing memahami dalam minda orang lain.

Schramm dan Robert pula mengatakan komunikasi adalah satu proses untuk mengongsikan sesuatu orientasi terhadap satu set tanda – tanda maklumat ( Mansor Ahmad Saman etal, 1984 )

Sebagai contoh, proses penyampaian mesej oleh seorang individu dan penerima mesej oleh individu lain ataupun sekumpulan individu dengan membawa satu kesan dan peluang memperolehi maklumat balas serta-merta. Misalnya, rakan sekerja, pelajar dan sebagainya, penggunaan kata sapaan ‘Assalamualaikum’, ‘apa khabar’, terima kasih’, ’maafkan saya’ dan sebagainya yang menunjukkan kesopanan dan menghormati.
Teori pula adalah kenyataan atau penerangan yang kita bentuk untuk menerangkan tentang sesuatu kejadian dan ianya berupa sementara. Beberapa orang sarjana dalam bidang ini mentakrifkan teori ini mengikut pendapat mereka masing – masing. Diantaranya ialah :

Little John (1995), beliau menegaskan bahawa teori adalah ringkasan dan rekaan, bukannya realiti. Beliau juga, menyatakan bahawa “teori ialah satu percubaan untuk menerangkan dan menjelaskan satu pengalaman, atau satu idea tentang bagaimana sesuatu kejadian itu berlaku”.

Griffin (1997) pula mengatakan bahawa “teori adalah peta tentang kebenaran, jawapan sementara yang dibentuk bagi persoalan yang timbul tentang sesuatu fenomena”

Cragan dan Shields (1998) mendefinisikan teori sebagai “satu lambang yang mengandungi konsep-konsep dan perkaitan di antaranya yang membolehkan seseorang memahami, menjelas, menerang, menilai, membuat ramalan, dan membuat kawalan terhadap fenomena”

Kesimpulannya teori adalah kenyataan atau penerangan yang kita bentuk untuk menerangkan tentang sesuatu kejadian dan ianya berupa sementara. Kita boleh membuat ujian dan kajian secara sistematik untuk menentukan sama ada penerangan atau kenyataan boleh dibuktikan sahih atau sebaliknya. Kita juga boleh menerima, menolak atau mengubahsuai teori berdasarkan kajian yang kita jalankan.

Teori Komunikasi ialah penyataan untuk menerangkan, menjelas, menilai dan membuat ramalan terhadap komunikasi. Gabungan konsep antara teori iaitu penyataan dengan komunikasi telah membentuk satu tanggapan atau proses yang berfaedah untuk penyelidikan. Menurut pakar dalam bidang komunikasi ini, mereka berpandapat bahawa :

Cragan dan Shields, ( 1998 ) teori komunikasi ialah satu kenyataan yang mengandungi konsep yang membantu memberi secara keseluruhan atau sebahagian, keterangan, penjelasan dan mempunyai perkaitan antaranya yang membolehkan seseorang memahami, menjelas dan menilai fenomena serta ramalan.

Borman, ( 1989 ) Satu perkataan atau istilah yang merupakan pendokong kepada semua perbincangan yang berkaitan dengan proses komunikasi

Menurut Littlejohn, ( 1996 ) Satu teori atau sekumpulan ‘collective wisdom’ yang didapati daripada keseluruhan teori berkaitan proses komunikasi

Kesimpulannya, teori komunikasi amatlah penting untuk diaplikasi oleh kita sebagai seorang pelajar. Dengan adanya teori komunikasi ini kita dapat memahami, menyusun dan membuat rumusan tentang ramalan sudah tentu perlakuan yang negatif dapat diatasi pada peringkat intrapersonal lagi.


ii. Perkembangan Bidang Komunikasi.
Di zaman nenek moyang kita , komunikasi tidak berlaku dengan begitu baik sekali jika dibandingkan dengan apa yang kita kecapi pada masa kini di mana terdapat sistem bahasa yang baik. Asas – asas kepada bahasa muncul lebih kurang 100,000 tahun. Dalam lingkungan 9000 tahun pula munculah piktograf, luisan yang terdapat dalam gua atau kulit haiwan. Dengan ini menambahkan komunikasi dalam bentuk pertuturan. Dalam lingkungan 6000 yang lalu piktograf memainkan peranan yang lebih sebagai simboldan seterusnya simbol – simbol itu dijadikan huruf. Selepas itu barulah muncul papyrus dan kulit kambing sebagai kertas pada zaman Rom. Dalam tahun 1300 kertas mula digunakan sepenuhnya di Eropah. Seterusnya 500 tahun yang lalu proses percetakan moden telahpun bermula. Percetakan dimulakan dengan menggunakan blok yang berbentuk kayu. Selepas itu barulah Johann Gutenberg (1400 – 1468 ) di Jerman telah memperkenalkan penggunaan mesin taip bergerak yang diperbuat daripada logam.

Di Malaysia hari akhbar pertama telah dikeluarkan pada tahun 180 di Pulau Pinang yang dinamakan Prince of Wale Gazette. Pada abad ke 18 dan 19 berlakunya perkembangan teknologi fotografi dengan pesatnya. Awal abad ke-19 pengeluar – pengeluar filem Amerika dan Eropah telah mula menerbitkan filem – filem yang boleh ditayangkan beberapa minit.

Mulai awal abad ke-20 berlakunya perkembangan pesat bagi komunikasi yang berbentuk teknologi seperti radio, televisyen dan telefon. Selepas itu muncullah teknologi yang lebih canggih seperti satelit, computer dan teleconferencing.
( Ahmad Kamil Mohamed, 1995 )

Memang kita tidak dapat nafikan lagi, perkembangan dalam bidang komunikasi berlaku sejajar dengan bidang-bidang lain. Daripada perkara yang kecil sehinggalah perkara paling besar. Walaupun kajian tentang komunikasi agak ketingalan berbanding dengan bidang yang lain, bidang ini sama kewujudan dan kepentingan dengan bidang-bidang yang lain. Tanpa komunikasi, bidang ilmu yang lain tidak akan berkembang dengan baik. Kita akan lihat bagaimana perkembangan bidang komunikasi ini di barat dan juga di Malaysia.

Di Barat perkembangan bidang ini berlaku pada abad ke 20. Bidang ini dikenali sebagai bidang baru berbanding bidang pengajian yang lain. Perkembangan kemajuan teknologi telah memaksa bidang komunikasi diberi perhatian untuk penyelidikan. Teknologi seperti radio, telefon, televisyen satelit, komputer, perindustrian dan politik dunia telah mencetuskan capahan untuk penyelidikan bidang komunikasi dengan lebih mendalam bagi membentuk konsep dan memahaminya. Penyelidikan pada masa itu lebih kepada apakah kesan teknologi kepada individu, masyarakat, rakyat jelata dan negara. Kajian demi kajian dijalankan sehingga setiap ucapan pemimpin dianalisis untuk mengetahuai kesanya kepada sesebuah masyarakat. Perkembangan perniagaan yang pesat menjadikan komunikasi digunakan oleh syarikat-syarikat untuk mengiklankan barangan mereka dengan bantuan teknologi komunikasi. Teori barat ini banyak diperbincangkan mengikut tradisi barat. Menurut Griffin,(1997), tahap perkembangan komunikasi di barat melalui beberapa peringkat iaitu :

Era Awal (1900 – 1950) kebangkitan Retorik,
Era Komunikasi Dan Sains Sosial ( 1930 -1960 ) kesan media,
Era Revolusi Empirik (1950-1970) Teori Dalam Tabung Uji,
Era Pergolakan60an(1960-1970)Asas Pelancaran Komunikasi Perseorangan,
Era Retorik Baru (1965-1980),
Era Pencarian Model Sejagat (1970 – 1980,
Era Pergolakan Dalam Bidang (1980 – kini ).

Negara kita Malaysia, bidang komunikasi mula berkembang secara sistematik pada tahun 1970an Pengajiannya bermula di. Universiti Sains Malaysia, diikuti oleh Institut Teknologi MARA (sekarang Universiti Teknologi MARA), kemudian Universiti Kebangsaan Malaysia dan seterusnya Universiti Pertanian Malaysia ( kini Universiti Putra Malaysia). Seperti juga bidang komunikasi di barat, mereka yang memasuki bidang komunikasi di Malaysia adalah dari bidang-bidang lain seperti sains politik, pendidikan, pemgembangan, sosiologi dan psikologi sosial. Walau bagaimanapun ada juga yang mendapat pendidikan peringkat sarjana dan Ph.D dalam bidang komunikasi daripada Barat dan Philipines. Tidak hairanlah para sarjana di Malaysia adalah mengikut acuan barat tetapi mereka telah membuat penyesuaian dengan acuan Malaysia bagi membolehkan bidang ini menjadi sepadan dengan nilai dan budaya masyarakat timur. Bidang komunikasi ini akan berkembang dengan baik jika negara meletakkan ianya sebagai dasar pendidikan diperingkat rendah lagi.Di antara nama – nama besar yang mengasaskan bidang komunikasi di negara kita ialah :

Prof Dr.Mohd Yusoff Hussain ( dulu UPM, sekarang UIA )
Prof Dr.Syed Arabi ( UKM )
Prof Vincent Low dan Prof Ramli Mohamad ( USM )
Datin Sharifah Mariam dan Dr.Bukhori ( ITM )
Prof Madya Dr.Shamsuddin A.Rahim dan Prof Madya Dr.Rahmah Hashim ( UKM ).
Prof Madya Dr.Md.Salleh Hassan,Prof Dr. Sulaiman Yassin dan Dr. Soadah Wok ( dulu UPM, sekarang UIA )
Prof Madya Dr.Musa Abu Hassan, Dr. Ezhar Tamam dan Dr.Narimah Ismail ( UPM )

Ternyata perkembangan dalam bidang komunikasi ini banyak membawa perubahan kepada dunia kita pada masa kini.Tanpa komunikasi kita tidak dapat mengetahui tentang perkembangan kemajuan dunia pada masa kini.

iii. Proses Pembentukan Teori Komunikasi.

Teori komunikasi banyak membantu kita dalam menilai, menyusun, meramal dan bertindak dengan lebih cekap. Petikan daripada Narimah, 2004, setiap hari semua kita sentiasa tertakluk kepada fungsi dan peranan komunikasi sama ada secara interpersonal, kumpulan, keorganisasian atau secara massa. Dalam menyelesaikan masalah, sebenarnya manusia ingin mengetahui, mencari dan boleh menerangkan sesuatu kebenaran. Untuk mencari kebenaran sesuatu teori, persoalan, masalah hendaklah menggunakan kaedah saintifik, taakulan induktif dan deduktif yang merupakan asas untuk kebenaran tersebut. Proses pembuktian kebenaran ini dipanggil penyelidikan. Pada asasnya penyelidikan adalah cara berfikir bagi mengkaji fenomena secara terperinci, cara kaedah yang sesuai, interprestasi hasil dapatan untuk dikaitkan dengan dengan dapatan hasilan atau teori. Penyelidikan telah diertikan oleh beberapa pakar bagi tujuan pembentukan teori antaranya adalah seperti berikut :
Penyelidikan adalah satu usaha menganalisis data melalui kaedah saintifik dengan cara formal dan sistematik. Kerlinger (1973)

Syed Arabi (1993) mentakrifkan penyelidikan sebagai satu tatacara teratur yang hasilnya membolehkan penambahan ilmu pengetahuan.

Salkind (1994) satu proses penemuan baru.


Dapatlah kita simpulkan di sini, untuk menyelidik dalam komunikasi kita hendaklah mengetahuai dan menjalankan kaedah seperti; eksperimen, tinjuan, analisis tekstual dan etnografi.

iv. Kepentingan Teori Komunikasi Kepada Saya.

Sebagai seorang guru atau pelajar, teori komunikasi amatlah penting dalam setiap saat dan ketika dalam menjalani kehidupan sebagai penyampai dan penuntut ilmu. Teori Komunikasi akan membantu saya khususnya dalam memberi penerangan (idea), menghurai, menjelaskan situasi dan membuat ramalan tentang fenomena komunikasi tersebut. Ianya juga bertindak sebagai kawalan dan panduan untuk menjalankan penyelidikan tentang komunikasi. Di sini saya menghuraikan kepentingan teori komunikasi kepada saya sebagai seorang pendidik dan pelajar, antaranya ialah :

Membantu saya menjadi lebih cekap dan berupaya menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah – ubah dengan orang lain terutamanya apabila saya berhadapan dengan pelajar saya. Saya mesti membuat persediaan yang lengkap dan sesuai untuk melakukan komunikasi. Ini bermakna saya pelu membuat persediaan yang rapi untuk menyampaikan isi pelajaran kepada murid – murid baik dari segi isi pelajaran, kesesuaian kandungannya dan langkah – langkah pengajaran yang sesuai dengan peruntukan masa dan juga alat bantu mengajar.

Sebagai panduan dalam membuat keputusan dan mengambil tindakan, sebagai seorang guru, kita mestilah terlebih dahulu mengenali murid kita. Apabila kita mengenali mereka kita akan dapat berkomunikasi dengan lebih baik. Murid – murid pula akan berasa bangga apabila guru mengenalinya atau menyebut namanya.

Teori menyusun dan membuat rumusan tentang sesuatu pengalaman, membantu saya sebagai seorang pendidikan yang seratus peratus terlibat dalam bidang komunikasi mengetahuinya melalui pengumpulan semula segala pengetahuan tentang sesuatu perlakuan komunikasi, terutamanya apabila berhadapan dengan anak didik.

Teori memanjangkan ilmu – teori membantu saya melihat perkara yang belum kita lihat sebelum ini (Littlejohn, 1999).Walaupun perkara itu di depan mata kita melihat perkara yang sama di kacamata baru.

Teori merangsang untuk kajian masa depan ( heuristik )

Teori membantu dalam membuat ramalan.

Melalui Komunikasi Antara Perseorangan saya sebagai seseorang pelajar dan juga guru dapat menyesuaikan diri saya dengan pelbagai karenah rakan-rakan dan juga dapat memahami tenaga pengajar dan juga pelajar saya sendiri.

Kesimpulannya , keupayaan untuk berinteraksi secara positif bukan sahaja penting bagi kejayaan seseorang individu seperti kerjaya saya sebagai seorang guru, malahan ianya penting bagi kejayaan organisa sekolah saya. Kebolehan bertkomunikasi dengan baik membolehkan seseorang individu dimanati dan digemari oleh audien atau pelanggannya.

B. Komunikasi antara perseorangan amat penting dalam kehidupan kita. Terangkan satu pengalaman yang pernah anda alami yang berkait dengan komunikasi antara perseorangan. Pilih satu teori yang sesuai untuk menerangkan pengalaman anda. Terangkan tentang teori tersebut.
TEORI DISONAN KOGNITIF

Memang kita tidak dapat nafikan lagi, bahawa komunikasi ataupun perhubungan sesama insan merupakan pokok utama yang perlu kita tunaikan dalam kehidupan seharian kita. Semakin banyak kita berinteraksi maka semakin banyaklah maklumat yang kita perolehi. Sebagai seorang insan kita tidak terlepas daripada mengalami sesuatu pengalaman sewaktu kita berkomunikasi dengan seseorang.

Menurut Festinger ( 1957 ) apabila perlakuan kita tidak menyamai perkara yang kita percaya, maka akan berlaku ketegangan mental atau disonan kognitif. Keadaan ini tidak stabil dan kita berusaha untuk mengubah sama ada perlakuan atau kepercayaan kita. Ketegangan yang kita rasai berbeza mengikut kepentingan perkara yang kita hadapi. Hal ini bermakna bahawa semakin penting isu yang kita hadapi, semakin besar perbezaan antara perlakuan dan kepercayaan kita, maka semakin besarlah perasaan disonan yang kita hadapi.

Untuk mengurangkan tekanan tersebut Festinger telah membuat tiga bentuk hipotesis atau kaedah mental untk memastikan tindakan dan sikap itu menjadi selari.

Pengalaman 1

Saya masih teringat cerita semasa saya dibangku sekolah menegah dahulu, Tahun ini saya akan menghadapi Ujian Sijil Rendah Pelajaran Malaysia. Seandainya saya tidak lulus mata pelajaran yang diwajibkan lulus, sudah pasti saya tidak dapat menjejakkan kaki saya ke Tingkatan Empat. Mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik merupakan salah satu daripada mata pelajaran yang diwajib lulus. Kebetulan pada tahun itu cikgu yang mengajar kedua mata pelajaran tersebut merupakan cikgu yang paling saya tidak suka. Disebabkan keadaan yang demikian saya selalu ponteng kelas apabila kedua orang guru itu mengajar di kelas kami. Satu perkara yang saya tidak suka, saya menghadapi tekanan mental atau disonan kognitif.



Pengalaman 2

Peristiwa ini berlaku semasa membeli Komputer riba atau Lap Top, saya juga mengalami tekanan iaitu sama ada membeli Lap Top berjenama Acer atau Toshiba ? Harga Lap Top Toshiba mahal RM100.00 sahaja daripada jenama Acer. Adakah saya akan membeli Komputer riba berjenama Toshiba yang mempunyai prosesor Intel Centrino Duo Mobile Teknologi dengan kelajuan 2.0 Ghz , skrin lebar 12 inci , dan dilengkapi dengan Wi – fi atau pun komputer riba berjenama Acer yang mempunyai prosesor Intel Centrino Duo dengan kelajuan 1.8 Ghz, skrin lebar dan dilengapi juga dengan Wi – fi.

Berdasarkan pengalaman yang saya alami di atas, Festinger telah memberi tiga hipotesis bagi mengatasi masalah disonan kognitif., iaitu :

Hipotesis 1: Pendedahan Terpilih Menghalang Disonan.

Menurut Festinger kita selalu mengelak maklumat yang boleh meningkatkan disonan. Dalam situasi di atas, saya boleh berbual, bertanya, atau mendapatkan maklumat tentang guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik itu kami itu tadi daripada mereka yang suka dan minat guru tersebut. Saya rasa elok saya jauhkan diri dari berbincang dengan kawan saya yang tidak suka akan kedua – dua guru itu tadi. Berkemungkinan dengan cara sebegini dapat lagi menghilang rasa kekeliruan terhadap mereka.


Hipotesis 2: Disonan Selepas Membuat Keputusan Memerlukan Sokongan.

Biasanya, selepas membuat sesuatu keputusan tetapi keputusan tersebut kurang baik, maka saya berasa tertekan. Bagi mengatasi keadaan disonan yang timbul, saya telah meminta bantuan abang saya dan rakan-rakan yang boleh menjelaskan kepada saya tentang Lap Top / komputer riba yang sesuai untuk saya, sebelum saya membelinya. Saya juga menghadapi masalah semasa membuat bayaran sekiranya membeli komputer riba berjenama Toshiba, maka saya terpaksa membeli model komputer riba berjenama Acer. Menurut Festinger terdapat tiga situasi yang membuat disonan selepas membuat keputusan menjadi teruk iaitu :

apabila keputusan yang dibuat penting,
jarak masa untuk memilih antara dua keputusan yang sama menarik
susah untuk berpatah balik setelah membuat keputusan.

Hipotesis 3 : Justifikasi Minima Untuk Tindakan Akan Membawa Perubahan Sikap.

Menurut hipotesis ini, cara untuk mendapat perubahan yang kekal adalah dengan membuat sesuatu perkara baru diikuti dengan perubahan sikap. Untuk mendapat perubahan perlakuan kita perlu memberi insentif yang minima. Bagi saya, apabila keputusan bagi setiap penggal diumumkan semasa perhimpunan di sekolah keputusan tersebut pula memuaskan hati saya , maka segala usaha yang saya buat sebelum ini memang berbaloi. Jadi, saya akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun mengulangkaji mata pelajaran yang diajar sebelum saya menduduki peperiksaan.

Sepertimana yang telah kita bincangkan tadi dapat kita simpulkan bahawa Teori Disonan Kognitif ini merupakan tekanan yang kita alami sebab kepercayaan kita tidak selari dengan perlakuan kita. Kita memang lebih mudah mengubah kepercayaan, pendirian mahupun sikap kita bergantung kepada keadaan dan situasi.Teori ini juga mengemukakan hipotesis atau jangkaan langkah-langkah yang diambil oleh seseorang apabila menghadapi disonan kognitif.

Keseluruhan dapatlah kita katakan disini bahawa komunikasi adalah asas dan berkait rapat dengan tugas serta aktiviti harian kita khususnya dan masyarakat amnya. Dengan mengamalkan komunikasi kita dapat memujuk, memberitahu, mengajar dan menghibur. Teori komunikasi banyak membantu kita dalam menilai, menyusun, meramal dan bertindak dengan lebih cekap. Kefahaman mengenainya akan banyak membantu kita dalam menjadikan diri kita insan yang berjaya dalam pelbagai konteks dan situasi baik sebagai pelajar, individu, ahli keluarrga, ahli masyarakat dan negara khasnya.

Media massa memainkan peranan penting dalam pembangunan dan berupaya mempengaruhi perlakuan khalayak, khususnya di negara sedang memba

1.0 Pengenalan


Media yang terdiri daripada pelbagai bentuk memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan sesebuah negara. Tanpa media masyarakat sesebuah negara itu akan menjadi buta dan pekak. Setiap hari kita membaca akhbar, buku, majalah serta menonton televisyen (TV), surat khabar dan majalah. Media cetak dan media elektronik ini memainkan peranan yang sangat penting dalam mencorakkan kehidupan manusia sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak. Oleh itu kita perlu tahu;

“Bagaimana orang ramai menggunakan media?”
“Apakah kesan media massa terhadap masyarakat dan golongan tertentu? “ “Apakah kesan media massa mempunyai pengaruh yang kuat, sederhana atau terhad terhadap kepentingan sesuatu isu?”
“ Adakah pihak tertentu boleh menggunakan media massa untuk memberi gambaran terhadap reality?”

Banyak kajian telah dibuat tentang pengaruh atau kesan media massa terhadap masyarakat. Kebangakan kajian lebih tertumpu terhadap memahami komunikasi massa sejak bidang komunikasi mula berkembang.



1.2 Komunikasi

Komunikasi adalah suatu proses penyampaian pesan dari satu pihak kepada pihaklain agar terjadi saling mempengaruhi diantara keduanya. Pada umumnya, komunikasi dilakukan dengan menggunakan kata-kata (lisan) yang dapat dimengerti oleh kedua belah pihak. Apabila tidak ada bahasa verbal yang dapat dimengerti oleh keduanya, komunikasi masih dapat dilakukan dengan menggunakan gerak-gerik badan, menunjukkan sikap tertentu, misalnya tersenyum, menggelengkan kepala, mengangkat bahu. Cara seperti ini disebut komunikasi dengan bahasa nonverbal atau bahasa isyarat Manusia berkomunikasi untuk membagi pengetahuan dan pengalaman. Bentuk umum komunikasi manusia termasuk bahasa sinyal, bicara, tulisan, gesture, dan broadcasting. Komunikasi dapat berupa interaktif, transaktif, bertujuan, atau tak bertujuan Melalui komunikasi, sikap dan perasaan seseorang atau sekelompok orang dapat dipahami oleh pihak lain.
Sebenarnya terdapat begitu banyak definisi tentang komunikasi yang diperkatakan atau diberikan oleh pakar-pakar dan tokoh-tokoh komunikasi dalam penerbitan masing-masing. Berikut dihuraikan secara ringkas beberapa pengertian komunikasi;

i) Menurut Hybels dan Weavers (1992), melihat komunikasi sebagai apa sahaja proses di mana seseorang berkongsi maklumat, idea dan perasaan.
ii) Sementara Byrnes (1975), menganggap komunikasi sebagai satu proses interaksi antara manusia, di mana orang ramai bertutur dan bertukar-tukar pendapat, gerak isyarat atau simbol, dengan tujuan untuk memberi dan bertukar-tukar maklumat, mempengaruhi tingkah laku, memujuk ataupun mengubah keadaan fizikal atau mental.
iii) Manakala French (1993), berpendapat komunikasi adalah satu usaha mewujudkan saling memahami dalam minda orang lain.
iv) Abrams (1986), pula berpendapat komunikasi merupakan satu proses yang berterusan melibatkan pemindahan maklumat daripada sumber kepada penerimanya.
v) Aderson (1991), mentakrifkan komunikasi sebagai apa sahaja perlakuan yang boleh mendatangkan makna kepada orang lain sama ada secara sedar atau tidak.
vi) Clevenger (1991) bersetuju dengan Motley (1990) yang mengatakan komunikasi itu merupakan mesej yang dihantar mahu pun diterima secara sedar dan dengan niat.

Setelah dibuat penelitian tentang definisi di atas bolehlah kita membuat kesimpulan bahawa komunikasi adalah satu proses manusia menghantar dan menerima mesej. Dengan kata lain, satu proses di mana manusia berkongsi atau bertukar idea, maklumat dan perasaan. Melalui komunikasi yang berkesan manusia boleh memahami antara satu sama lain. Sebaliknya komunikasi yang tidak tepat menyebabkan berlakunya salah faham sesama manusia dan seterusnya mencetuskan konflik yang lebih besar.

1.3 Komunikasi Massa

Komunikasi massa adalah komunikasi yang menggunakan perantaraan bahan. Dalam kenidupan kita, bahan-bahan perantaraan untuk menyampaikan maklumat seperti akhbar, buku, majalah, internet, telefon bimbit, dan televisyen adalah merupakan contoh bahan-bahan media massa. Bahan media massa ini mempunyai peranan penting dalam menyebarkan maklumat yang diperlukan oleh masyarakat.

Media ini akan memberi gambaran kepada kita tentang apa yang berlaku di sekeliling kita. Namun, di sebalik pentingnya media ini kepada kita harus juga kita ingat bahawa media massa ini mempunyai pengaruhnya terhadap pemikiran masyarakat serta boleh memberi kesan kepada kita. Oleh itu, tugasan ini membincangkan perihal Teori komunikasi massa yang dikatakan membawa pelbagai kesan kepada masyarakat.

Komunikasi massa adalah merujuk kepada komunikasi umum yang selalunya menggunakan perantaraan (Narimah Ismail, 2006: 17). Perantaraan yang dimaksudkan dalam komunikasi ini ialah penggunaan televisyen, akhbar, majalah, radio, dan buku. Bahan perantaraan ini juga digunakan sebagai satu alat komunikasi bagi menyampaikan maklumat serta apa yang berlaku di sekeliling kita. Dalam membincangkan perihal komunikasi massa, bahan perantaraan ini boleh memberi kesan terhadap masyarakat. Kesan media massa ini merujuk kepada perubahan perilaku dan pemikiran seseorang setelah menerima maklumat daripada media massa yang digunakannya dari segi emosi dan pemikiran.

2.0 Teori Komunikasi Massa

Terdapat banyak teori yang boleh kita gunakan dalam memahami fenomena yang berlaku di sekeliling kita dengan menggunakan teori-teori komunikasi massa berdasarkan konsep-konsep teorinya. Beberapa teori komunikasi massa yang dapat kita gunakan untuk menjelaskan dan memahami apa yang berlaku di sekeliling kita dan kesan terhadap khalayak adalah seperti Teori Penenaman (Cultivatiom Theory), dan Teori Penetapan Agenda (Agenda Setting Theory), Teori Pilin Kesenyapan (Spiral of Silence ).

2.1 Teori Penanaman (Cultivatiom Theory)

Teori ini deperkenalkan oleh George Gabner dan rakan-rakannya daripada Kajian Komunikasi Annenberg, Universiti Pennsylvania. Menurut Gabner (1973), televisyen merupakan alat yang banyak mempengaruhi cara hidup sesuatu masyarakat.

Gebner berpendapat mereka yang banyak menonton televisyen (melebihi 4 jam sehari ) akan dipengaruhi dari segi idea dan gambaran realitinya oleh maklumat yang diperolehi dari televisyen. Kesannya terhadap pendedahan kepada maklumat yang sama dari televisyen ini dianggap sebagai kesan penanaman, iaitu pembentukan nilai, peranan dan “world view” yang sepunya.


2.2 Teori Penetapan Agenda (Agenda Setting Theory),

Teori ini lahir daripada rasa tidak puas hati terhadap kesan media massa. Teori ini mula terkenal pada awal tahun 1970-an dan mengandaikan bahawa media massa boleh mempengaruhi pendapat awam sekiranya ia memberikan lebih perhatian kepada beberapa isu dan mengurangkan perhatian kepada isu yang lain. Khalayak akan lebih tahu tentang perkara-perkara yang lebih penting yang


disampaikan oleh media dan akan menentukan kepentingan sesuatu perkara itu mengikut susunan kepentingannya. Contohnya, akhbar akan menyiarkan berita mengikut kepentingan ataupun apa yang dirasakan amat diingini oleh pembaca.

Lazimnya, kita sebagai khalayak yang menggunakan media akan berbincang tentang perkara-perkara yang menjadi tajuk berita pada suatu hari tersebut. Berdasarkan andaian itu, media dianggap mempunyai kuasa untuk mempengaruhi pemikiran khalayak dengan menetapkan agenda tehadap perkara yang dibincangkan dan difikirkan.

2.3 Teori Pilin Kesenyapan (Spiral of Silence ).

Teori ini mula diutarakan oleh Noelle-Neumann (1974). Menurutnya, media massa berperanan untuk membantu dalam pembentukan pendapat umum. Pilin Kesenyapan berlaku apabila orang ramai tahu pandangan yang utama dan orang ramai juga boleh mengubah pandangan mereka mengikut pandangan utama semata-mata, tidak sanggup disingkirkan dari kumpulan kerana pendapat yang berbeza. Jika masyarakat di sekeliling tidak sependapat dengan kita maka kita akan berdiam diri dan tindakan


ini seolah-olah menggambarkan kita bersetuju dengan pandangan umum.
Media massa memainkan peranan yang penting dalam Teori Pilin Kesenyapan kerana media yang mengutarakan pandangan utama. Dengan itu, media massa berupaya untuk mempengaruhi kesediaan untuk penyatakan pendapat hanya dalam keadaan tertentu sahaja.

3.0 Teori yang dipilih ( Teori Penanaman (Cultivatiom Theory)

Menurut Gabner (1973), televisyen merupakan alat yang banyak mempengaruhi cara hidup sesuatu masyarakat.

Gebner berpendapat mereka yang banyak menonton televisyen (melebihi 4 jam sehari ) akan dipengaruhi dari segi idea dan gambaran realitinya oleh maklumat yang diperolehi dari televisyen.

Kesannya terhadap pendedahan kepada maklumat yang sama dari televisyen ini dianggap sebagai kesan penanaman, iaitu pembentukan nilai, peranan dan “world view” yang sepunya.


3.1 Televisyen

Televisyen adalah merupakan salah satu bahan media yang penting di kalangan masyarakat di dunia. Kebolehan media ini menyampaikan maklumat dengan cepat dan pantas menjadikan media sebagai satu saluran media pilihan ramai bagi mengikuti dan mendapatkan maklumat terkini serta perkembangan isu semasa yang mereka kehendaki.

Berdasarkan Teori Penanaman televisyen merupakan alat yang banyak mempengaruhi cara hidup sesuatu masyarakat. Mereka yang banyak menonton televisyen (melebihi 4 jam sehari ) akan dipengaruhi dari segi idea dan gambaran realitinya oleh maklumat yang diperolehi dari televisyen.

Oleh hal yang demikian, pengaruh yang kuat kepada penontonnya apabila televisyen boleh menyampaikan maklumat dengan cepat dan terkini selaras dengan kehendak mereka. Selain itu, kebolehan televisyen menyampaikan maklumat dalam bentuk audio visual juga menjadikan media massa ini memberi pengaruh dan kesan yang kuat kepada penontonnya dan terdorong untuk mempercayai tentang apa yang disampaikan melalui televisyen.




3.2 Pengaruh Televisyen Terhadap Khalayak

Menurut Rohana Bee dan Saribahnor Abdul Dal (1991), kesan negatif televisyen menyebabkan jenayah bertambah dan akhlak muda-mudi kian rosak. Masyarakat kita semakin hilang nilai-nilai budaya yang baik. Kanak-kanak saban hari disogokkan dengan pelbagai rancangan kartun yang kadangkala mempamerkan keganasan. Begitu juga dengan pelbagai jenis iklan di layar televisyen yang berupaya meransang kanak-kanak supaya lebih peka.

3.2.1 Penonton Memberi Jawapan Yang Melebihi Keadaan Yang Sebenarnya

Para penonton yang banyak menghabiskan masanya menonton televisyen akan membuat tanggapan yang lebih berdasarkan apa yang telah diamatinya daripada tontonannya. Mereka akan membaut tanggapan lebih daripada apa yang digambarkan oleh televisyen tontonan mereka. Oleh itu, pandangan ini ditanam daripada pendedahan mereka kepada program televisyen. Anggapan bahawa setiap yang digambarkan oleh program televisyen adalah sesuatu yang benar berlaku tanpa terus membuat pertimbangan ke atas apa yang telah disampaikan oleh media massa itu.

3.2.2 ‘Mainstreaming’ dan ‘Resonance’

Penonton akan terpahat dalam jiwanya bahawa keganasan akan berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja kerana dipengaruhi penyebaran fenomena keganasan melalui program televisyen. Daripada program-program televisyen yang berupa unsur-unsur keganasan seperti merompak, pembunuhan, serta keganasan yang lain menyebabkan sesetengah golongan menjadi takut akan keadaan ini.
Penanaman pemikiran sebegini telah menjadikan golongan ini membuat tanggapan yang sama bahawa keganasan sentiasa berlaku dan merasakan keganasan sentiasa mengekori mereka. Oleh itu, mereka sentiasa berada dalam ketakutan.Akibat pengulangan peristiwa-peristiwa yang berunsur keganasan dalam program televisyen telah memberi ‘resonance’ kepada penotonnya yang pernah mengalami perkara yang sama.
Oleh itu, kesan penanaman akan menjadi lebih kukuh setelah mengimbas kembali peristiwa yang pernah menimpa mereka dengan apa yang ditayang semula oleh televisyen.


3.2.3 Isu Sosial Semakin Menular Akibat Pengaruh Penotonan Televisyen.

Akibat daripada sentiasa didedahkan dengan maklumat dan gambaran berlakunya kejadian seperti isu keganasan, maka ada segelintir daripada golongan-golongan tertentu akan menjadikan apa yang telah mereka lihat itu sebagai satu ilham dalam melakukan keganasan. Hal sedemikian telah membawa kepada peningkatan kes keganasan ini berdasarkan pengalaman penontonan mereka. Walaubagaimanapun media masa seharusnya jangan terlalu taksub dalam penetapan agenda mereka kerana apa yang kita perlu titik-beratkan disini adalah perkembangan yang sihat kepada remaja kita golongan pelapis yang harus dijauhkan dari masalah sosial ini.

3.2.4 Kehilangan Kepercayaan Masyarakat Terhadap Persekitarannya

Penanaman perasaan takut akibat penontonan program yang mengandungi unsur-unsur keganasan dalam televisyen telah mewujudkan fenomena kehilangan kepercayaan masyarakat terhadap persekitaran. Manusia di dunia ini saling tidak mempercayai antara satu sama lain akibat takut berlakunya keganasan seperti yang telah mereka tontoni dalam televisyen. Oleh hal yang sedemikian, perasaan takut akibat terdorong oleh keganasan yang dipaparkan di kaca televisyen ini telah menghakis nilai semangat bermasyarakat di dunia ini.

Seperti yang telah dijelaskan, pelbagai tanggapan dan pandangan timbul hasil pengaruh kuat daripada media ini. Untuk memperjelaskan hal ini, kita lihat contoh apabila dua negara yang berlainan ideologinya, maka rangkaian televisyen negara terbabit akan menyampaikan berita tentang sesuatu agenda seperti isu keganasan yang berlaku sekarang berdasarkan kecenderungan negara serta tanggapan masing-masing berkenaan isu tersebut.

Dengan ini juga, penyaluran maklumat yang disiarkan oleh kedua-dua negara tersebut dalam penyampaian maklumat melalui rangkaian televisyen juga berbeza mengikut kefahaman kedua-dua negara. Di sini media massa seperti televisyen sangat memainkan peranan dalam mempengaruhi tanggapan umum.

Hal ini menyebabkan pemikiran masyarakat akan terdorong kepada tanggapan media masing-masing. Akibatnya, penonton rangkaian televisyen akan timbul satu reaksi seperti takut dan berasa marah berikutan maklumat yang telah disampaikan jika maklumat itu negatif bagi penontonnya tanpa mengetahui gambaran sebenar tentang apa yang sedang berlaku.

4.0 Penutup

4.1 Kesimpulan

Media massa seperti televisyen, radio, akhbar, majalah, dan buku sememangnya satu bahan perantaraan komunikasi massa yang sentiasa di hati masyarakat. Namun, di sebalik apa yang disampaikan oleh media-media massa ini berdasarkan beberapa teori ianya boleh mempengaruhi masyarakat. Terpulang kepada seseorang individu itu sama ada terus mempercayainya, membuat pertimbangan atau mengabaikan berita yang disampaikan begitu sahaja dan sama-sama menjadikan agenda yang ditetapkan oleh media itu sebagai agenda umum.

Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan daripada apa yang telah disampaikan oleh pihak media ini, seharusnya kita berpandukan garis panduan yang telah ditentukan oleh
pakar komunikasi dalam menentukan kuasa media massa seperti melihat kredebiliti iaitu setakat mana media itu boleh dipercayai semasa sesuatu isu itu diperkatakan, sejauh manakah kesahihan maklumat yang disampaikan oleh media massa, adakah sesuatu yang disampaikan oleh media itu bertentangan dengan budaya atau nilai masyarakat kita dan dalam menerima maklumat dari media hendaklah kita membuat pertimbangan yang sewajarnya tanpa menerima bulat-bulat maklumat itu. Dengan ini hendaklah kita menggunakan rasional dalam menilai sesuatu apa yang disampaikan oleh media ini.

Komujikasi

1.0 Pengenalan

Apabila kita membicarakan tentang komunikasi, sudah tentu kita akan memperkatakan bahawa komunikasi itu sebenarnya wujud dalam dua aspek iaitu komunikasi fizikal dan komunikasi antara manusia. Di negara kita pengajian komunikasi telah diperkenalkan secara ilmiah di institusi pengajian tinggi dalam sekitar awal tahun 1970-an. Manakala di negara Barat ianya diperkenalkan secara saintifik bermula sekitar tahun 1920-an.
Kehidupan sangat mementingkan komunikasi antara manusia. Manusia akan merasa kesunyian atau keseorangan jika tidak berkomunikasi dengan orang lain. Jika manusia tidak memiliki kemahiran dalam berkomunikasi sudah tentulah merasakan sesuatu kekurangan di dalam kehidupannya. Sekarang berkomunikasi bukan sahaja terhad untuk memenuhi keperluan hidup yang asas seperti bertutur dengan kawan-kawan atau sanak saudara namun di zaman kehidupan yang kompleks ini, setiap kelompok mesti pandai berkomunikasi antara satu sama lain demi memenuhi keperluan kehidupan.

2.0 Komunikasi
Komunikasi adalah suatu proses penyampaian pesan dari satu pihak kepada pihak lain agar terjadi saling mempengaruhi diantara keduanya. Pada umumnya, komunikasi dilakukan dengan menggunakan kata-kata (lisan) yang dapat dimengerti oleh kedua belah pihak. Apabila tidak ada bahasa verbal yang dapat dimengerti oleh keduanya, komunikasi masih dapat dilakukan dengan menggunakan gerak-gerik badan, menunjukkan sikap tertentu, misalnya tersenyum, menggelengkan kepala, mengangkat bahu. Cara seperti ini disebut komunikasi dengan bahasa nonverbal atau bahasa isyarat.
Manusia berkomunikasi untuk membagi pengetahuan dan pengalaman. Bentuk umum komunikasi manusia termasuk bahasa sinyal, bicara, tulisan, gesture, dan broadcasting. Komunikasi dapat berupa interaktif, transaktif, bertujuan, atau tak bertujuan.
Melalui komunikasi, sikap dan perasaan seseorang atau sekelompok orang dapat dipahami oleh pihak lain. Akan tetapi, komunikasi hanya akan efektif apabila pesan yang disampaikan dapat ditafsirkan sama oleh penerima pesan tersebut.
Sebenarnya terdapat begitu banyak definisi tentang komunikasi yang diperkatakan atau diberikan oleh pakar-pakar dan tokoh-tokoh komunikasi dalam penerbitan masing-masing. Berikut dihuraikan secara ringkas beberapa pengertian komunikasi;
i) Menurut Hybels dan Weavers (1992), melihat komunikasi sebagai apa sahaja proses di mana seseorang berkongsi maklumat, idea dan perasaan.
ii) Sementara Byrnes (1975), menganggap komunikasi sebagai satu proses interaksi antara manusia, di mana orang ramai bertutur dan bertukar-tukar pendapat, gerak isyarat atau simbol, dengan tujuan untuk memberi dan bertukar-tukar maklumat, mempengaruhi tingkah laku, memujuk ataupun mengubah keadaan fizikal atau mental.
iii) Manakala French (1993), berpendapat komunikasi adalah satu usaha
mewujudkan saling memahami dalam minda orang lain.
iv) Abrams (1986), pula berpendapat komunikasi merupakan satu proses yang berterusan melibatkan pemindahan maklumat daripada sumber kepada penerimanya.
v) Aderson (1991), mentakrifkan komunikasi sebagai apa sahaja perlakuan yang boleh mendatangkan makna kepada orang lain sama ada secara sedar atau tidak.
vi) Clevenger (1991) bersetuju dengan Motley (1990) yang mengatakan komunikasi itu merupakan mesej yang dihantar mahu pun diterima secara sedar dan dengan niat.
vii) Motley (1990) menyimpulkan komunikasi sebagai mesej secara sedar yang ditujukan kepada orang lain dan diterima oleh mereka.
viii) Emery, Anlt dan Agee (1995) pula berpendapat, komunikasi ialah seni pemindahan maklumat, idea dan sikap daripada individu kepada individu lain.
Setelah dibuat penelitian tentang definisi di atas bolehlah kita membuat kesimpulan bahawa komunikasi adalah satu proses manusia menghantar dan menerima mesej. Dengan kata lain, satu proses di mana manusia berkongsi atau bertukar idea, maklumat dan perasaan. Melalui komunikasi yang berkesan manusia boleh memahami antara satu sama lain. Sebaliknya komunikasi yang tidak tepat menyebabkan berlakunya salah faham sesama manusia dan seterusnya mencetuskan konflik yang lebih besar.

3.0 Teori
Pelbagai teori telah muncul hasil daripada penelitian-penelitian yang telah dijalankan. Pelbagai pendekatan telah digunakan untuk mengkaji dan menghasilkan teori. Namun perlu diingat, tiada satu teori atau pendekatan yang dianggap lengkap dan menyeluruh. Little John (1995), menegaskan bahawa teori adalah ringkasan dan rekaan, bukannya realiti. Seterusnya Little John (1996) pula menyatakan bahawa “teori ialah satu percubaan untuk menerangkan dan menjelaskan satu pengalaman, atau satu idea tentang bagaimana sesuatu kejajian itu berlaku”.
Griffin (1997) mengatakan bahawa “teori adalah peta tentang kebenaran, jawapan sementara yang dibentuk bagi persoalan yang timbul tentang sesuatu fenomena”. Seterusnya kita melihat beberapa pandangan pakar, Cragan dan Shields (1998) mendefinisikan teori sebagai “satu lambang yang mengandungi konsep-konsep dan perkaitan di antaranya yang membolehkan seseorang memahami, menjelas, menerang, menilai, membuat ramalan, dan membuat kawalan terhadap fenomena”
Kesimpulannya teori adalah kenyataan atau penerangan yang kita bentuk untuk menerangkan tentang sesuatu kejadian dan ianya berupa sementara. Kita boleh membuat ujian dan kajian secara sistematik untuk menentukan sama ada penerangan atau kenyataan boleh dibuktikan sahih atau sebaliknya. Kita juga boleh menerima, menolak atau mengubahsuai teori berdasarkan kajian yang kita jalankan.

4.0 Teori Komunikasi

Teori komunikasi memang mempunyai perkaitan yang rapat dengan komunikasi. Teori Komunikasi berperanan untuk menerang, menjelas, menilai dan membuat ramalan terhadap komunikasi. Sebenarnya terdapat begitu banyak definisi tentang teori komunikasi yang dicipta atau diberikan oleh para sarjana teori komunikasi dalam penerbitan masing-masing. Berikut dijelaskan secara ringkas beberapa pengertian teori komunikasi menurut para sarjana;
i) Menurut (Littlejohn, 1996), merupakan satu teori atau sekumpulan “collective wisdom”. Ianya boleh didapati dalam keseluruhan teori yang berkaitan dengan proses komunikasi.
ii) (Borman, 1989), pula berpendapat satu perkataan atau istilah yang menjadi nadi di dalam apa jua proses perbincangan atau analisis. Proses ini hendaklah dilakukan secara berhati-hati, sistematik, dan sedar tentang komunikasi.
iii) Manakala (Cragon & Shield, 1998) pula berpendapat satu kenyataan yang mengandungi konsep yang membantu memberi sama ada secara keseluruhan atau sebahagian sahaja. Ianya juga memberi keterangan, penjelasan dan mempunyai perkaitan antaranya di samping membolehkan seseorang inidividu memahami, menjelas dan menilai sesuatu fenomena serta ramalan.
iv) Rumusan daripada Narimah Ismail, 2004 ; teori adalah kenyataan atau penerangan yang kita bentuk untuk cuba menerangkan tentang sesuatu fenomena. Ia adalah bersiafat sementara dan penyelidikan secara sistematiki perlu untuk membuktikan bahawa sesuatu penyataan benar atau palsu.

Maka jelaslah di sini, teori komunikasi itu sebenarnya berbagai-bagai. Setiap teori memberi penerangan mengenai konsep yang berbeza. Tidak semua teori dapat memberi penjelasan, penerangan, penilaian dan ramalan yang serupa. Lantaran itu banyak teori komunikasi menerangkan aspek komunikasi yang berbeza. Maka bagi membuat klasifikasi sesuatu teori komunikasi, metateori sangat diperlukan. Dengan ini bolehlah kita membuat kesimpulan bahawa teori komunikasi adalah suatu teori yang digunakan untuk menerangkan, menjelaskan, menilai, membuat ramalan, dalam memahami fenomena komunikasi.

4.1 Peranan Teori Komunikasi
Fungsi utama Teori Komunikasi ialah fokus penumpuan terhadap sesuatu bidang dalam membuat sesuatu kajian. Ianya juga berperanan membantu seseorang individu memberi penerangan sesuatu idea, menghurai, menjelaskan situasi dan membuat ramalan tentang fenomena komunikasi tersebut. Di samping itu, menurut (Little john, 1999) ianya juga bertindak sebagai kawalan dan panduan untuk menjalankan penyelidikan tentang komunikasi. Berikut dihuraikan beberapa fungsi Teori Komunikasi:

(a) Teori Membantu Dalam Membuat Ramalan
Ini bermaksud teori yang mengandungi variable dan hubungan di antaranya membolehkan kita membuat ramalan atau jangkaan yang kita tidak pernah alami langsung sebelum ini.

(b) Teori Memanjangkan Ilmu
Teori juga dapat memanjangkan pengetahuan manusia serta melebihi perkara yang kita lihat. Sekiranya tidak ada teori, kita tidak dapat melihat melibihi perkara yang berlaku di hadapan kita. Ini jelas menunjukkan teori membantu kita melihat perkara yang kita tidak pernah lihat sebelum ini.


(c) Teori Merangsang & Menjadi Panduan Untuk Kajian Pada Masa Hadapan (heuristik)
Dengan wujudnya ramalan di dalam teori, maka ia dapat membantu para pengkaji komunikasi melakukan penyelidikan seterusnya dalam bidang masing-masing.

(d) Teori Menyusun & Membuat Rumusan Tentang Sesuatu Pengalaman
Teori juga membantu para sarjana mengumpul pengalaman yang banyak terhadap sesuatu perlakuan komunikasi ke dalam beberapa pernyataan. Dengan pernyataan ini, maka para pengguna dan pengkaji komunikasi akan dapat mengumpul segala pengetahuan yang telah dihasilkan oleh pelbagai pihak supaya mereka yang terlibat dalam bidang komunikasi mengetahuinya.

4.2 Jenis-jenis Teori Komuikasi

(a) Teori Am Komunikasi
Teori ini tidak mempunyai had masa sama ada dahulu, sekarang atau pada masa akan datang (boleh meramal). Boleh mengenalpasti konsep asas dan menjelaskan interaksi komunikasi yang asas bagi menerangkan perlakuan manusia. Teori ini menimbulkan persoalan sama ada teori itu sahih, berpengaruh, memberi penerangan tentang komunikasi yang boleh menjangkau pelbagai konteks interpersonal termasuklah kumpulan kecil, pengucapan awam, organisasi, masa dan antarabangsa.

(b) Teori Komunikasi Kontekstual
Hanya memberi penerangan dalam had media tradisional termasuklah interpersonal, kumpulan kecil, awam, organisasi, masa dan antara budaya. Ianya dikaitkan dengan konteks seperti Teori Penamaan (Gerbner), Teori Functional Decision Making, dan Role Emergence Theory. Sekarang banyak terdapat teori jenis ini yang sedang berkembang. Kedudukannya mungkin bertambah atau berkurangan kerana ada yang terpaksa digugurkan kerana tidak dapaat dibuktikan kebenarannya.

(c) Teori Mikro Komunikasi
Ianya menerangkan komunikasi pada tahap yang paling kecil di samping menerangkan aspek komunikasi yang menjangkau pelbagai konteks. Namun hanya memberi tumpuan kepada satu aspek komunikasi termasuklah cirri-ciri komunikator, mesej atau media sahaja. Teori ini juga membuat penilaian komunikasi yang agak sempit. Status teori mikro hanya diberi kepada teori yang menerangkan sebilangan kecil fenomena komunikasi.Teori mikro ini mementingkan kombinasi konstruk komunikasi yang mudah bagi menerangkan ciri komunikasi.


(d) Teori Khas Komunikasi
Juga dikenali teori ‘how to do’. Peranannya memberi panduan kepada pengamal komunikasi tentang jenis dan bentuk komunikasi yang merupakan gaya yang dipersetujui. Ianya juga berperanan bagaimana menjalankan temubual, merangka ucapan pembujukan dan berkomunikasi untuk mendapat mendapatkan kerja sama dalam konteks kesihatan.

(e) Teori Simbiotik
Teori jenis ini berasal daripada beberapa bidang seperti linguistik, Bahasa Inggeris, ekonomi, pengurusan, sains politik, psikologi, sosiologi, dan psiklogi sosial. Malahan teori jenis ini wujud dalam hubungan yang rapat dengan teori dalam bidang komunikasi.

4.3 Proses Teori Komunikasi
Secara amnya, proses pembuktian kebenaran ini dipanggil penyelidikan. Pada asasnya penyelidikan adalah cara berfikir bagi mengkaji fenomena secara terperinci, cara kaedah yang sesuai, interprestasi hasil dapatan untuk dikaitkan dengan dengan dapatan hasilan atau teori. Definisi Penyelidikan telah disarankan oleh beberapa pakar seperti berikut;
• Kerlinger (1973) penyelidikan adalah satu usaha menganalisis data melalui kaedah saintifik dengan cara formal dan sistematik.
• Syed Arabi (1993) mentakrifkan penyelidikan sebagai satu tatacara teatur yang hasilnya membolehkan penambahan ilmu pengetahuan.
• Salkind (1994) satu proses penemuan baru.

Dalam menentukan sesuatu teori berjaya atau menemukan kegagalan atau kerapuhan amat bergantung kepada cara ia dijelmakan iaitu proses yang dilalui. Dalam menyelesaikan masalah, sebenarnya manusia ingin mengetahui, mencari dan boleh menerangkan sesuatu kebenaran. Sebagai pelajar sudah tentu teknik menjawab sesuatu persolan itu memerlukan fakta, ulasan, contoh dan tapak yang kukuh untuk mendapatkan tahap nilai yang cemerlang.
Untuk mencari kebenaran sesuatu teori, persoalan, masalah hendaklah menggunakan kaedah saintifik, taakulan induktif dan deduktif yang merupakan asas untuk kebenaran tersebut. Untuk menyelidik dalam komunikasi hendaklah mengetahuai dan menjalankan kaedah seperti; eksperimen, tinjuan, analisis tekstual dan etnografi.

5.0 Kesimpulan
Setelah kita mengupas satu-persatu tentang komunikasi di atas, terbuktilah kebenaran pernyataan bahawa komunikasi itu adalah satu keperluan yang penting kepada manusia. Ringkasnya manusia tidak boleh hidup tanpa komunikasi. Pengetahuan teori komunikasi juga sangat penting kepada kita. Dengan memahami teori komunikasi kita akan memahami, menjelas, menerang, menilai, membuat ramalan, dan seterusnya membuat kawalan terhadap fenomena komunikasi. Kita di muka bumi ini tidak akan terlepas daripada mengalami proses komunikasi.
Kesimpulanya komunikasi adalah asas dan berkait rapat dengan tugas serta aktiviti harian pelajar khususnya dan masyarakat amnya. Dengan mengamalkan komunikasi kita dapat memujuk, memberitahu, mengajar dan menghibur. Teori komunikasi banyak membantu kita dalam menilai, menyusun, meramal dan bertindak dengan lebih cekap. Petikan daripada Narimah, 2004, setiap hari kita semua sentiasa tertakluk kepada fungsi dan peranan komunikasi sama ada secara intrapersonal, interapersonal, kumpulan, keorganisasian atau secara massa.

Kefahaman mengenainya akan banyak membantu kita dalam menjadikan diri kita insan yang berjaya dalam pelbagai konteks dan situasi baik sebagai pelajar, individu, ahli keluarrga, ahli masyarakat dan negara.

Makna Ayat - Semantik

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap bahasa merupakan satu sistem yang digunakan untuk menyampaikan makna melalui bunyi. Kajian makna dikenali sebagai bidang semantic, iaitu bidang yang telah begitu lama diabaikan oleh linguistik kerana persoalan makna banyak mendatangkan masalah jika tingkahlaku bahasa itu ditinjau dari sudut itu.
Makna tidak mungkin dapat dikaji secara formal atau secara terasing daripada konteks atau teks. Keadaan ini berlaku kerana ada makna yang tersurat dan tersirat. Ahli falsafah dan ahli bahasa lebih menitik beratkan tentang hubungan makna-makna perkataan. Persoalan ini nempaknya lebih mudah diterangkan dengan menggunakan rujukan.
Makna juga sebahagian besarnya ( atau keseluruhannya) adalah berkenaan hubungan antara bahasa dengan dunia bahasa. Dunia bahasa ini bermaksud konteks yang melayari satu-satu unsur linguistik itu dituturkan.

1.2 Objektif kajian

Kertas kerja ini disediakan dengan tujuan untuk menerangkan makna ayat.

1.3 Kaedah Kajian

Dalam menyiapkan tugasan ini, penulis menggunakan kaedah kepustakaan.
Sumber rujukan utama adalah buku-buku yang berkaitan dengan tajuk kertas kerja. Di samping itu penulis juga merujuk seperti majalah, jurnal dan bahan dari internet sebagai bahan rujukan tambahan dalam menyiapkan tugasan ini.

1.4 Batasan Kajian

Dalam penulisan kertas kerja ini penulis telah membuat batasan dengan mmebicarakan makna ayat dalam bahasa Melayu sahaja.






1.5 Definisi Konsep

Pada kebiasaan kita berpendapat bahawa makna sesuatu bahasa akan mudah difahami dalam bentuk ayat. Untuk menjelaskan lebih lanjut tentang definisi konsep makna ayat penulis telah mengambil kira pendapat beberapa tokoh bahasa untuk mendapatkan idea yang lebih jelas tentang makna ayat.

Menurut Stuart Chase (1938 : 7 ) menerangkan makna secara “ operasional”, iaitu The truth meaning of word is to be found by observing what the man does with it, not what he says about it.

Menurut Wittgenstien (1953) menegaskan bahawa makna perkataan adalah penggunaan perkataan dalam bahasa. ( the meaning of words is use in the language ).

Menurut Za’ba (2000:264 ) apabila kita bercakap atau menulis, kita memakai susunan perkataan yang sekumpul-sekumpul dengan tentu hujung pangkalnya dan tempat berhentinya, serta memberi faham yang sempurna tiap-tiap sekumpul kata yang dikatakan itu. Tiap-tiap sekumpul perkataan yang sempurna maksudnya demikian tetaplah tak dapat tidak ia mencakapkan darihal sesuatu benda dan menyatakan apa hal benda itu.

Manakala menurut Kamus Dewan ayat membawa maksud satu perkataan atau (lebih kerap lagi) serangkai perkataan yang merupakan kesatuan yang membawa suatu maksud.

Ayat adalah suatu ucapan yang mengandungi satu fikiran yang sempurna (Arbak Othman, 1981:222).

Rahimah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985:183) pula mendefinisikan ayat sebagai kumpulan perkataan yang diucapkan dengan intonasi tertentu dan di dalamnya terkandung satu idea atau pernyataan yang lengkap.

2.0 Makna Ayat

Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis.

Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap perkataan dan setiap ayat lazimnya dikaitkan sekurang-kurangnya dengan satu makna. Bagi ayat persoalannya sangat rumit. Dalam setiap bahasa untuk membentuk suatu ayat, perkataan hendaklah disusun dan untuk mendapatkan makna ayat bergatung pada makna perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut. Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang mempunyai tiga makna. Adakalanya terdapat juga perkataan yang digunakan tanpa membawa apa-apa makna.

Dalam konteks berbahasa, kita beranggapan bahawa pendengar atau penulis memehami makna yang ingin di sampaikan sehinggakan kita mengabai ataupun tidak menyebut atau menulis beberapa perkataan. Dalam bahasa Melayu makna ayat boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut;

2.1 Makna Konotatif ( Tersirat)

Makna konotatif ialah makna yang diperolehi berbeza daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan. Bahasa seperti ini wujud dalam masyarakat melayu kerana timbulnya keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Makna ini lebih mengutamakan nilai komunikatif.

Contohnya dalam ujaran “ Banyak cantik kerja kamu”, kata cantik tidaklah membawa maksud “lawa” atau “indah” tetapi makna yang sebaliknya. Yang dimaksudkan oleh pengujar dalam ayat ini ialah kerja orang yang dilawan cakap itu bukanlah cantik atau kemas tetapi tidak tersusun atau kemas. Makna ayat ini ditentukan oleh konteks pengguna.

Selain daripada itu makna konotatif ( tersirat) juga saling dikaitkan dengan peribahasa. Peribahasa lazimnya ( termasuk simpulan bahasa ) mengandungi hanya satu makna walaupun terdiri daripada dua atu lebih perkataan. Dengan kata lain, makna ungkapan itu diambil kira daripada keseluruhan perkataan dalam peribahasa itu. Misalnya buah tangan, “naik angin”, “kuah tumpah kenasi”, dan “harapkan pagar, pagar makan padi”.

Tegasnya makna peribahasa ialah makna yang diperolehi hasil daripada gabungan kata-kata terkadang didalamnya itu kerana, maknanya tidak difahami secara literal tetapi secara kiasan. Contohnya,

(1) Puteri lilin
(2) Umpama jari ditangan, ada bercincin ada tidak
(3) Ibarat mencurah air kedaun keladi
(4) Ibarat balam, mata lepas badan terkurung

Dalam ayat (1) kiasan tidak membawa makna “puteri yang diperbuat daripada lilin”, tetapi ayat ini membawa maksud “ seorang yang tidak boleh tahan dengan panas “.

Manakala pada ayat (2) kiasan itu membawa maksud kehidupan manusia umpama jari ditangan, ada yang kaya dan ada yang miskin. Sebagai perumpamaan bentuk kiasan masih banyak makna lain yang dapat di beri yang tujuannya ingin menyatakan bahawa hidup manusia ada perbezaannya antara seorang dengan seorang yang lain.

Kiasan dalam ayat (3) membayangkan usaha yang sis-sia dalam menasihati seseorang . Sementara itu kiasan dalam ayat (4) mengibaratkan kehidupan seseorang seperti burung balam di dalam sangkar, dimana ia bebas melihat alam sekelilingnya tetapi tidak bebas hendak kemana-mana atau mengecapinya. Seperti Perumpamaan bentuk kiasan masih banyak makna lain yang dapat diberi yang tujuannya ingin menyatakan tentang kehidupan manusia.

2.1.1 Leksikal

Perkataan leksikal diterbitkan daripada istilah leksikon yang bermaksud kosa kata atau perbendaharaan kata. Di peringkat leksikal, sememangnya sesuatu perkataan itu membawa makna yang berlainan. Makna perkataan “ tadi”, “tari”, “tali”, “tahi”, “tani”, misalnya sememangnya berlainan diantara satu sama lain. Jadi ini bermakna, perkataan-perkataan itu berfungsi membawa pengertian yang tersendiri dan makna dalam sesuatu ayat.
Sebagai contoh, makna leksikal “buaya” ialah sejenis binatang yang buas, yang tinggal di dalam air, tetapi boleh juga naik kedarat. Makna itu nampak jelas dalam ayat berikut.

(1) Buaya disungai itu telah ditangkap.
(2) Jangan percaya sangat kata-kata Imran kerana dia itu buaya.

Dalam ayat (2) “ buaya” tidak membawa makna leksikal lagi, tetapi sebaliknya membawa membawa makna seorang laki-laki yang suka memujuk dan menipu wanita. Dengan kata lain makna leksikal sesuatu perkataan ialah gambaran tentang sesuatu konsep yang dilambangkan oleh perkataan dan secara lansung membawa makna kepada ayat.

2.1.2 Intonasi

Di peringkat intonasi ayat pula sekiranya kita mengucapkan perkataan “haus” dalam intonasi berlainan, ia akan membawa maksud atau makna yang berlainan. Misalnya, ujaran “haus!” dan “haus?” membawa maksud yang berlainan.
Ujaran “haus!” lebih merupakan satu penglahiran rasa dahaga yang dialami oleh penutur sendiri. Sementara itu ujaran “haus?” ( dengan intinasi ayat tanya), bukan lagi merupakan penglahiran rasa penutur tetapi merupakan pertanyaan kepada si pendengar ujaran tersebut. Sekiranya ujaran ini ( haus?) ditujukan kepada A, tentunya si A akan menjawab, mislnya “ Tidak”, saya tidak haus! Atau “ Ya, saya berasa haus! “ atau mungkin juga katanya “Belum” masih boleh di pakai lagi.
Dalam keadaan ini, nyata bahawa “konteks” ujaran benar-benar menentukan makna sesuatu ayat. Sekiranya perkataan “haus” dimaksudkan kepada “dahaga”, maka ia memungkinkan jawapan yang berhubung dengannya seperti pada contoh diatas. Makna perkataan ini berbeza sekali sekiranya konteks ujaran itu berhubung dengan keadaan “tapak kasut” misalnya, dimana disini “haus” bukan lagi beerti dahaga tetapi “ kasut yang telah kehilangan bunga”. Dari itu dalam menentukan makna sesuatu ayat atau perkataan intonasi juga memainkan peranan.

2.2 Makna Konseptual

Makna konseptual merupakan makna yang diperolehi daripada makna yang tertulis atau makna yang diucapkan sahaja. Umpamanya apabila disebut “sekolah” maka akan dibayangkan sebuah bangunan yang digunakan untuk tujuan pendidikan oleh murid-murid dan guru.

Disamping itu, makna konseptual seseorang itu mingkin berbeza daripada individu yang lain. Tidak semestinya dua orang itu mempunyai makna konseptual yang sama. Misalnya, katakana seseorang anak kecil yang sentiasa didera oleh ibunya dengan anak kecil yang sentiasa menerima kasih saying secukupnya daripada ibunya. Kedua-dua anak ini akan mempunyai presepsi yang berbeza dengan perkataan “ibu”. Mungkin bagi anak yang pertama itu, ibu baginya ialah sebagai syaitan kerana pengalaman yang dilaluinya terlalu perit dan tidak berperikemanusiaan. Manakala bagi anak yang berikutnya pula membawa makna seorang dewi kerana amat dikasihi ibunya.



2.3 Makna Stilistik

Makna stilistik lazimnya merujuk kepada penggunaan bahasa dalam situasi sosial yang tertentu. Misalnya untuk mengatakan rasa rendah hati, seseorang yang menjemput kawannya kerumah akan mengatakan ;

“ Jika ada masa lapang, sila dating keteratak saya di Likas.”
Sebenarnya, orang yang menjemput atau pengujar itu tidak menghuni di sebuah teratak (yakni rumah kecil yang lazimnya dibina di sawah ) tetapi di rumah yang diperbuat daripada batu.

2.4 Makna Tersurat

Makna tersurat merupakan makna yang diperolehi daripada makna yang tertulis atau makna ujaran sahaja, sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan. Kita lebih bergantung kepada kebiasaan. Kita akan menganggapnya sebagai betul kerana sesuatu ayat atau bahasa itu tersebut biasa digunakan.

Jesteru itu binaan ayat atau ujaran seperti yang berikut seharusnya dielakkan oleh pengguna bahasa Melayu. Perhatikan contoh-contoh berikut;

(1) Mereka-mereka yang terlibat dikehendaki menghadiri mesyuarat hari
ini.
(2) Ibu bapa Ali sudah meninggal dunia petang tadi.
(3) Ibu merasa kesal dengan perbuatan adik
(4) Pekrja-pekerja akan mulakan kerja mereka bila hujan berhenti.
(5) Pak Ismail berdukun sejak lima belas tahun lalu.
(6) Ayah menghantar kawat kepada abang saya di Tuaran.
(7) Ayah menghadaihkan saya jam tangan.

Dalam ayat di atas, berlaku kekeliruan dalam memahami makna yang terkandung dalam ayat-ayat tersebut. Umpamanya , “ mereka-mereka” dalam ayat (1) merupakan kelewahan semantic atau dengan kata lain makna yang berlebihan dimana ianya tidak diperlukan.
Demikian juga bagi ayat (2), tidak jelas siapa yang meninggal dunia, sama ada ibu kepada bapa Ali atau kedua-dua ibu dan bapanya yang meninggal dunia. Sementara itu dalam ayat (3) , perkataan “merasa” membawa makna ‘mengalami sesuatu menggunakan indera’ dan bukannya ‘ mengalami sesuatu dengan hati’.
Perkataan “berdukun” pada ayat (5) meknanya agak kabur kerana berdukun boleh membawa dua makna, iaitu ‘orang yang berubat’ atau orang yang mengubati orang lain. Ayat (7) perlu diperbetulkan menjadi “ Ayah menghadiahkan sebuah jam tangan kepada saya” atau “ Ayah menghadiahi saya sebuah jam tangan”, kerana dalam ayat ini yang dihadiahkan bukanlah jam tetapi saya.



(8) Ali minum angina.

Ayat ini mempunyai “angin” sebagai penyambut bagi kata kerja “minum”. Angin tidak boleh diminum, angin hanya boleh dihisap. Tetapi walaubagaimanapun “angin” dan “ais” dating dari jenis kata nama. Oleh itu ayat ini cukup syarat dari segi tatabahasa, tetapi tidak memberi makna. Jadi ayat itu menyimpang. Ayat yang sempurna itu mestilah memenuhi kedua-dua syarat, nahu dan makna ( Abdullah Hassan, 1984:230).



3.0 Kesimpulan

Daripada ulasan dan contoh diatas makna adalah penting dalam penggunaan dan pemakaian bahasa. Tanpa makna, ujaran atau bunyi-bunyi bahasa itu tidak berfungsi. Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan atau ayat. Setiap perkataan dan setiap ayat biasanya yang dikaitkan dengan sekurang-kurangnya dengan satu makna. Dalam setiap bahasa untuk membentuk satu ayat hendaklah disusun dan untuk mendapat makna ayat bergantung pada makna perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut.















Bibliografi


Ahmad Mahmood Musanif (Ph. D) (2005). Modul Pembelajaran :
BBM3206 Semantik, Pusat Pendidikan Luar UPM : Pro-office shoppe Sdn. Bhd.


Alias bin Mohamad Yatim (Ph.D) (1992). Mengenali Bahasa Melayu,
Kulim : Penerbitan Sarlis, Percetakan Paarai.

Andrian Akmajian et al. (1995) Linguistik : Pengantar Bahasa dan Komunikasi:
Percetakan Ti, Kuala Lumpur

Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif (Ph.D) , (2000).
Kuala Lumpur : Pengantar Linguistik Am, Penerbitan Sarjana.

S. Nathesan ( 2001 ) : Makna dalam Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.

Semantik - Faktor Perubahan Makna

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap bahasa merupakan satu sistem yang digunakan untuk menyampaikan makna melalui bunyi. Kajian makna dikenali sebagai bidang semantic, iaitu bidang yang telah begitu lama diabaikan oleh linguistik kerana persoalan makna banyak mendatangkan masalah jika tingkahlaku bahasa itu ditinjau dari sudut itu.
Makna tidak mungkin dapat dikaji secara formal atau secara terasing daripada konteks atau teks. Keadaan ini berlaku kerana ada makna yang tersurat dan tersirat. Ahli falsafah dan ahli bahasa lebih menitik beratkan tentang hubungan makna-makna perkataan. Persoalan ini nempaknya lebih mudah diterangkan dengan menggunakan rujukan.
Makna juga sebahagian besarnya ( atau keseluruhannya) adalah berkenaan hubungan antara bahasa dengan dunia bahasa. Dunia bahasa ini bermaksud konteks yang melayari satu-satu unsur linguistik itu dituturkan.

1.2 Objektif kajian

Tugasan ini disediakan dengan tujuan untuk menerangkan beberapa faktor yang menyebabkan perubahan makna dalam perkataan.

1.3 Kaedah Kajian

Dalam menyiapkan tugasan ini, penulis menggunakan kaedah kepustakaan.
Sumber rujukan utama adalah buku-buku yang berkaitan dengan tajuk kertas kerja. Di samping itu penulis juga merujuk seperti majalah, jurnal dan bahan dari internet sebagai bahan rujukan tambahan dalam menyiapkan tugasan ini.

1.4 Batasan Kajian

Untuk mengelakkan kertas kerja ini lari daripada tajuk penulis telah membataskan kajian dengan mengutarakan faktor-faktor yang menyebabkan perubahan sesuatu makna dalam bahasa Melayu sahaja.





1.5 Definisi Konsep

Perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku dalam mana-mana bahasa didunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya, dan akibat terdedah kepada pelbagai fenomena seperti pertembungan dengan bahasa-bahasa lain, serta faktor-faktor social seperti tabu, kemasukan idea-idea baharu dan perkembangan ilmu baharu seperti sains dan teknologi, maka bahasa sentiasa menampilkan perubahan makna.
Menurut Ullmann (1957), menyenaraikan enam sebab perubahan makna; antaranya termasuklah sebab-sebab linguistik (bahasa), sejarah, social, psikologi, pengaruh luar, dan keperluan untuk kata baharu.
Sementara itu, Bloomfield (1992) pula menyenaraikan sembilan jenis perubahan yang berlaku dalam bahasa. Menurut beliau, perubahan makna dalam bahasa berlaku akibat daripada perluasan makna, penyempitan makna, metafora, metonimi, sinekdoksi, hiperbola, litotes, pejorasi, dan ameliorasi.
Menurut Stren ( 1965: 163) perubahan makna bagi suatu kata ialah “ apabila sesuatu kata digunakan untuk menyatakan sesuatu makna yang belum pernah dinyatakan lagi”

2.0 Faktor-faktor Perubahan Makna.

Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis.
Dalam suatu bahasa, perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku dalam mana-mana bahasa didunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya, dan akibat terdedah kepada pelbagai fenomena seperti perubahan disebabkan oleh;

2.1 Faktor perkembangan bahasa itu sendiri
2.2 Faktor tanggapan penutur
2.3 Faktor peluasan maksud
2.4 Faktor pembatasan atau penyempitan maksud
2.5 Faktor tujuan simbolik dan stilistik







2.1 Perubahan Kerana Perkembangan Bahasa itu Sendiri.

Makna kata berubah kerana perkembangan bahasa itu sendiri. Terdapat perkataan-perkataan yang mengalami perubahan dari segi makna dibandingkan dengan makna asal perkataan tersebut. Misalnya perkataan “belayar” pada suatu ketika dahulu digunakan untuk perahu yang ada layer sahaja, tetapi kini telah berubah makna kerana kapal sekarang tidak belayar tetapi menggunakan kuasa tenaga.
Demikian juga perkataan “ tangan”, pada asalnya durujuk kepada salah satu anggota badan. Tetapi, makan itu telah berubah mancakupi makna ‘menguruskan’, ‘ mengendalikan’, dalam ayat seperti “ Kita perlu berhati-hati ketika menangani kes ini”. Ada kalanya makna negatif berubah menjadi makna positif disebabkan penggunaan dalam bahasa. Sebagai contoh, kita sering menemukan ayat atau ujaran Gejala penukaran kod amat berleluasa di kalangan pengguna bahasa melayu”. Dalam contoh ini, perkataan ‘gejala’ bukan dinyatakan sebagai suatu unsur negatif, tetapi sebagai suatu kejadian. Perubahan seperti ini banyak berlaku dalam bahasa kerana sebab-sebab perubahan bahasa itu sendiri.
Selain daripada itu perkataan “ hayat” dahulunya perkataan ini dimaksudkan dengan “hidup” tetapi sekarang ia telah mengalami perubahan. Ini dapat dilihat dari contoh ujaran berikut, “ Ia menghayati sepenuhnya kandungan syarahan itu”. Dalam ayat ini perkataan “ menghayati” bukanlah membawa maksud “ menghidupkan” tetapi “ mengikuti dengan sepenuhnya”. Perkataan “hantu” dalam contoh “ Kejadian itu menghantui fikirannya”, “hantu” itu bukan lagi merupakan makhluk tetapi membawa makna “ mengganggu”.
Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang telah mengalami perubahan makna. Sebagai contoh, perkataan “taman”, dimana pada asalnya ia hanya digunakan untuk merujuk kepada ‘ kebun bunga’, tetapi maknanya telah berubah menjadi “ kawasan perumahan” , “ kawasan perindusterian”, dan “ kawasan alam semula jadi” seperti Taman Negara Bako. Demikian juga dengan perkataan “ datuk”, kini bukan sahaja digunakan untuk merujuk kepada “bapa kepada ayah seseorang” malah sebagai gelaran kehormat oleh raja-raja bagi orang-orang tertentu kerana jasa mereka.
Perkataan “ sahaya” berasal dari bahasa Sanskrit dan membawa maksud “abdi” dan “sahaya” itu dalam aspek penggunaan bahasa Melayu merujuk kepada “ hamba” dengan cara yang halus. Tetapi kini, “saya” ( daripada “sahaya”) digunakan sebagai kata ganti diri pertama.
Demikianlan perubahan berlaku kerana proses perkembangan bahasa itu sendiri dimana pengguna bahasa mengubah makna bahasa itu mengikut peredaran masa dan keadaan semasa.

2.2 Perubahan Kerana tanggapan penutur

Selain daripada perubahan disebabkan oleh perkembangan bahasa iru sendiri tanggapan penutur juga memainkan peranan atau penyebab kepada perubahan maksud sesuatu perkataan itu. Umpamanya perkataan “ abang”, yang asalnya ialah panggilan kepada saudara lelai yang lebih tua, tetapi sekarang ianya digunakan juga untuk memanggil orang lelaki yang lebih tua tanpa mengira saudara atau tidak. Disamping itu ada juga sesetengah orang menggunakan perkataan “abang” sebagai panggilan untuk suaminya.
Perkataan “saudara” pula pada asalnya dimaksudkan kepada “ saudara kandung” tetapi makna perkataan saudara telah berubah kepada semua orang yang mempunyai “ pertalian darah atau kekeluargaan”. Disamping itu ada juga pengguna atau penutur bahasa melayu cenderung menggunakan perkataan “saudara” dengan tanggapan yang lebih luas misalnya “ saudara sesame Islam”. Disini nyata, bahawa hubungan itu bukan lagi merupakan hubungan kerana pertalian darah tetapi juga pertalian agama. Daripada dua contoh di atas, tanggapan penutur terhadap sesauatu perkataan juga merupakan faktor kepada perubahan makna perkataan itu sendiri.

2.3 Perubahan Kerana Perluasan Maksud

Perluasan maksud berlaku apabila sesuatu perkataan yang mempunyai satu makna memiliki makna-makna yang lain. Perkataan “ saudara”, misalnya pada mulanya bermaksud orang yang sama ayah dan ibu. Kemudian maknanya diperluaskan meliputi orang yang ada hubungan kekeluargaan. Akhir sekali perkataan ini menjadi sebagai bentuk panggilan sebagai kata ganti nama diri orang kedua, terutamanya kepada orang laki-laki.
Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang telah mengalami perubahan makna. Sebagai contoh, perkataan “taman”, dimana pada asalnya ia hanya digunakan untuk merujuk kepada ‘ kebun bunga’, tetapi maknanya sekarang telah diperluaskan untuk mencakupi makna tambahan seperti “ kawasan perumahan” , “ kawasan perindusterian”, dan “ kawasan alam semula jadi” seperti Taman Hidupan Liar.
Selain daripada dua perkataan di atas, perkataan “semangat” juga mengelami perubahan kerana perluasan maksud. Pada asalnya makna perkataan “ semangat” ialah “jiwa” atau “roh”. Tetapi perkataan ini kemudianya diperluaskan maksudnya menjadi “ perasaan” misalnya “ semangat kemerdekaan”, semangat petriotisme” dan juga kepada “ kemahuan atau keinginan yang tinggi” seperti dalam contoh berikut, “Dia mempunyai semangat ingin berjaya dalam hidup”.


2.4 Perubahan kerana pembatasan atau penyempitan maksud

Makna sesuatu perkataan boleh juga dibataskan untuk tujuan-tujuan tertentu. Sebagai contoh perkataan “ sarjana”, pada mulanya perkataan ini digunakan untuk merujuk orang yang pandai atau bijak, seorang cendekiawan. Pada masa kini, perkataan ini lazimnya telah disempitkan atau dibataskan untuk merujuk kepada “ orang yang telah lulus ijazah pertama, seperti “ Sarjana Muda Sastera dan Sarjana Muda Ekonomi” atau selepas ijazah pertama, seperti “Sarjana Sastera dan Sarjana Ekonomi”.
Perkataan “pendeta” asalnya membawa makna “orang yang berilmu”, seperti “Pendeta Za’ba,” seorang tokoh bahasa. Maksud perkataan ini , mengikut Abdul Chaer (1995) telah di sempitkan untuk mencakupi makna “ guru agama Kristian”. Selain itu dalam bahasa Melayu, perkataan daging telah disempitkan makna untuk merujukkan kepada “ daging lembu” sahaja, tetapi bagi daging lain pula, disebut daging kambing, daging ayam atau daging arnab, sedangkan makna perkataan itu dalam kamus ialah “ isi pada manusia atau binatang antara kulit dan tulang” ( Kamus Dewan, 1994).
Timbulnya kepentingan membataskan maksud bagi sesuatu perkataan ini pada umumnya adal untuk menentukan istilah supaya penggunaannya khusus untuk bidang-bidang tertentu. Contohnya perkataan “ sendi” yang asalnya bermaksud “ tempat ruas tulang berhubung”. Dalam ilmu bahasa perkataan “ sendi” dijukan khusus kepada kata-kata yang berfungsi menghubungkan di antara perkataan dengan perkataan atau antara ayat dengan ayat.

2.5 Perubahan kerana tujuan simbolik dan stilistik

Perubahan makna kerana tujuan simbolik dan stilistik ini biasa kita lihat dalam hasil karya berbentuk sastera khususnya dalam puisi. Contohnya perkataan “kumbang” dan “bunga” selalu dikaitkan maknanya dengan makna yang tertentu seperti “ kumbang = lelaki “ dan “ bunga = perampuan”, bukan lagi ditujukan kepada nama sejenis kumbang dan nama sejenis tumbuhan. Selain daripada itu warna juga dijadikan sebagai simbolik untuk menerangkan sesuatu maksud contahnya, “merah” dimaksudkan dengan “ keberanian” , “hitam” dipadankan dengan “ kesedihan dan “ putih” adalah “ kesucian”.
Selain daripada itu unsur-unsur personafikasi juga menunjukkan perubahan makna yang seperti ini. Sebagai contoh “ daun melambai” dan “dada langit” ianya tidak membawa maksud yang daun boleh melakukan perbuatan “melambai” sebagaimana perlakuan manusia dan langit mempunyai dada. “ Daun melambai” dan “ dada langit” sebenarnya hanyalah kiasan atau perumpamaan kepada “ daun yang bergerak akibat tiupan angina” dan “ keluasan dan lapangnya langit apabila dipandang dari bumi”. Contoh -contoh seperti ini menunjukkan keindahan bahasa dan merupakan satu gaya penulisannya dapat menggambarkan sesauatu dengan indah dan menarik ( Raminah Sabran dan Rahim Syam, 1984: 290-4).


3.0 Kesimpulan


Perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku dalam mana-mana bahasa didunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya, dan akibat terdedah kepada pelbagai fenomena seperti pertembungan dengan bahasa-bahasa lain, serta faktor-faktor social seperti tabu, kemasukan idea-idea baharu dan perkembangan ilmu baharu seperti sains dan teknologi, maka bahasa sentiasa menampilkan perubahan makna.
Dalam sesuatu bahasa, perubahan bukan hanya berlaku pada peringkat perbendaharaan kata, sistem pembentukan kata, sebutan dan struktur ayat sahaja bahkan perubahan itu meliputi juga bidang makna. Oleh itu daripada contoh – contoh yang diberikan di atas jelaslah bahawa beberapa perkataan mengalami perubahan dari segi makna dan perubahan itu disebabkan oleh faktor -faktor yang telah dibincangkan diatas.





















Bibliografi


Ahmad Mahmood Musanif (Ph. D) (2005). Modul Pembelajaran :
BBM3206 Semantik, Pusat Pendidikan Luar UPM : Pro-office shoppe Sdn. Bhd.


Alias bin Mohamad Yatim (Ph.D) (1992). Mengenali Bahasa Melayu,
Kulim : Penerbitan Sarlis, Percetakan Paarai.

Andrian Akmajian et al. (1995) Linguistik : Pengantar Bahasa dan Komunikasi:
Percetakan Ti, Kuala Lumpur

Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif (Ph.D) , (2000).
Kuala Lumpur : Pengantar Linguistik Am, Penerbitan Sarjana.

S. Nathesan ( 2001 ) : Makna dalam Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.

10 Bahasa Arab 1 - ayat pendek mengandungi ganti nama penunjuk

1. 10 ayat pendek mengandungi ganti nama penunjuk
ﻫﺫﺍﻤﺴﺠﺪٌ - ١
ﮐﺘﺎﺐ ﻫﺬﺍ - ٢
ﺤﻘﻳﺑﺔ ﻫﺬﻩ - ٣
ﻗﻠﻢ ﻫﺬﺍ - ٤
ﺪﺠﺎﺠﺔ ﻫﺬﻩ - ٥
ﺑﺎﺐ ﻫﺬﺍ - ٦
ﻣﺪﺮﺴﺔ ﻫﺬﻩ - ٧
ﻛﺮﺴﻲٌ ﻫﺬﺍ - ٨
ﻣﺴﻄﺭﺓ ﻫﺬﻩ - ٩
ﻤﺑﺭﺍﺓٌ ﻫﺬﻩ - ١٠



2. 10 ayat pendek mengandungi ganti nama bersambung

ﻫﻮ ﻴﮑﺘﺏ ﺍﻟﺮﺴﺎﻟﺔ ﻟﺠﺪﻩ -١


ﻫﻲَﺘﮑﺘﺏ ﺍﻟﺮﺴﺎﻟﺔ ﻟﺠﺪﻫﺎ -۲


ﻫﻦ ﻴﻟﻌﺑﻦ ﺍﻟﮑﺮﺓ ﺍﻟﺮﺶ ﻓﻲﺍﻟﻤﻟﻌﺐ -٣


ﻫم ﻴﻟﻌﺑﻮﻦ ﺍﻟﮑﺮﺓ ﺍﻟﻗﺪم ﻓﻲﺍﻟﻤﻟﻌﺐ -٤


ﺍﻧﺎ ﺍﻗﺮﺃ ﺍﻟﻗﺮءﺍﻦ ﺑﻌﺪ ﺍﻟﻤﻐﺮﺐ -٥


ﻧﺤﻦ ﻧﮑﻧﺱ ﺍﻟﺑﻼﻄ -٦


ﺍﻧﺖ ﺘﺴﺑﺢ ﻔﻲ ﺍﻟﻧﻬﺮ -٧


ﺍﻧﺖ ﺘﺴﺑﺤﻴﻦ ﻓﻲ ﺍﻟﻧﻬﺮ -٨


ﺍﻧﺘﻢ ﺘﺬﻫﺑﻭﻥ ﺍﻟﻰ ﺍﻟﻤﺪ ﺮﺴﺔ -٩


ﺍﻨﺘﻥ ﺘﺬ ﻫﺑﻥ ﺍﻟﻰ ﺍﻟﻤﺪﺮﺴﺔ -١٠
3. 10 ayat pendek tentang masa beserta terjemahannya

ﺍﻟﺴﺎﻋﺔ ﺍﻟﻮﺍﺤﺪﺓ ﺘﻤﺎﻤﺎ -١
Pukul satu tepat
ﺍﻟﺴﺎﻋﺔ ﺍﻟﻮﺍﺤﺪﺓ ﺼﺑﺎﺤﺎ -۲
Pukul satu pagi
ﺍﻟﺴﺎﻋﺔ ﺍﻟﻮﺍﺤﺪﺓ ﻤﺴﺎء -٣
Pukul satu petang
ﺍﻟﺴﺎﻋﺔ ﺍﻟﻮﺍﺤﺪﺓ وﺨﻤﺲ ﺪﻗﺎﺌﻖ -٤
Pukul satu lima minit
ﺍﻟﺴﺎﻋﺔ ﺍﻟﻮﺍﺤﺪﺓ وﻋﺷﺭ ﺪﻗﺎﺌﻖ -٥
Pukul satu lima belas minit
ﺍﻟﺴﺎﻋﺔ ﺍﻟﻮﺍﺤﺪﺓ وﺍﻠﺮﺑﻊ -٦
Pukul satu lima belas minit
ﺍﻟﺴﺎﻋﺔ ﺍﻟﻮﺍﺤﺪﺓ ﺍﻻ ﺍﻠﺭﺑﻊ -٧
Pukul dua belas empat puluh lima minit
ﺍﻟﺴﺎﻋﺔ ﺍﻟﻮﺍﺤﺪﺓ وﺍﻠﺛﻟﺚ -٨
Pukul satu dua puluh minit
ﺍﻟﺴﺎﻋﺔ ﺍﻟﻮﺍﺤﺪﺓ ﺍﻻ ﺍﻠﺛﻠﺚ -٩
Pukul dua belas empat puluh minit
ﺍﻟﺴﺎﻋﺔ ﺍﻟﻮﺍﺤﺪﺓ وﺍﻠﻨﺼﻒ -١٠
Pukul satu setengah

10 ayat pendek mengandungi Fi’il Madhi

1. 10 ayat pendek mengandungi Fi’il Madhi

ﺫﻫﺏ ﻣﺤﻣﺪ ﺇﻟﻰ ﺍﻠﻣﺪﺮﺴﺔ. -١


ﺴﻣﻊ ﻣﺤﻣﺩ ﺘﻼﻭﺓ ﺍﻠﻘﺮﺍﻦ. -۲


ﻮﺻﻠﺖ ﻔﺮﻴﺩﺓ ﺍﻠﻰ ﺍﻠﻤﻠﻌﺐ. -٣


ﻤﺴﺢ ﺍﻠﻁﺎ ﻠﺐ ﺍﻠﺴﺒﻮﺮﺓ -٤


ﻗﺮءﺍت ﺍﺨﺘﻲ ﺍﻠﺠﺮﻴﺪ ﺓ -٥


ﻜﺘﺑﺕ ﺍﻠﺘﻠﻣﻴﺬﺓ ﺍﻠﺪﺮﺱ -٦


ﺴﻣﻊ ﺍﻷ ﻮﻻﺪ ﺘﻼﻮﺓ ﺍﻠﻘﺮآﻦ -٧


ﺮﺠﻊ ﺍﻠﻁﻼﺐ ﻣﻦ ﺍﻠﻤﺪﺮﺴﺔ -٨


ﺍﻠﻁﺎ ﻠﺑﺎﻦ ﺬﻫﺑﺎ ﺇﻠﻰ ﺍﻠﻤﮑﺘﺑﺔ -٩


ﻨﺠﺢ ﻋﺑﺪ ﺍﷲ ﻔﻲ ﺍﻹﻤﺗﺤﺎﻦ -١٠


2. 10 ayat pendek mengandungi Fi’il Mudhari’

ﺃﻨﺎ ﺃﻜﺗﺐ ﺍﻠﺮﺴﺎ ﻠﺔ ﺇﻠﻰ ﺃﺴﺮﺗﻲ ﻔﻰ ﺍﻠﻘﺮﻴﺔ -١


ﺍﻠﺗﻠﻣﻴﺬﺍﻦ ﺑﻌﻮﺪﺍﻦ ﻣﻦ ﺍﻠﻣﺪﺮﺴﺔ -۲


ﻫﻲ ﺗﻘﺮﺍء ﺍﻠﻘﺮﺍﻦ ﻔﻲ ﺍﻠﻤﺼﻠﻰ. -٣


ﻫﻭ ﻴﺮﺴﻢ ﺍﻠﺼﻭﺮﺓ -٤


ﻫﻢ ﻴﻠﻌﺑﻮﻦ ﻜﺮﺓ ﺍﻠﻘﺪﻢ ﻔﻲ ﺍﻠﻤﻠﻌﺐ -٥


ﺍﻨﺖ ﺘﻁﺎ ﻠﻌﻴﻦ ﺍﻠﺪ ﺮﺲ ﻜﻞ ﻴﻮﻢ -٦


ﺍﻧﺘﻢ ﺘﻂﺎﻠﻌﻮﻦ ﺍﻠﺪ ﺮﺲ ﻜﻞ ﻴﻮﻢ -٧


ﺍﻧﺘﻦ ﺘﻂﺎ ﻠﻌﻦ ﺍﻠﺪ ﺮﺲ ﻜﻞ ﻴﻮﻢ. -٨


ﺍﻧﺎ ﺍﻜﻞ ﺍﻻﺮﺰ ﻔﻲ ﺍﻠﻤﻂﻌﻢ -٩


ﺍﻠﻂﺎﻠﺑﺎﻦ ﻴﺬﻫﺑﺎﻦ ﺇﻠﻰ ﺍﻠﻤﮑﺘﺑﺔ -١٠


3. 10 ayat pendek mengandungi Fi’il Amr:


ﺍﻘﺮﺍء ﺍﻠﻘﺮﺍءﻦ -١


ﺍﻔﺘﺢ ﺍﻠﮑﺘﺎﺐ -۲


ﺍﻜﺘﺐ ﺍﻠﺪﺭﺲ ﻳﺎﻤﺤﻤﺪ -٣


ﻳﺎﻋﻟﻲ ﻮﺰﻳﺪ ﺇﺴﺭﺑﺎ ﺍﻟﻌﺼﻳﺭ -٤


ﺍﺠﻟﺴﻮﺍ ﻋﻟﻰ ﺍﻟﮑﺭﺴﻲ -٥


ﺍﻏﺴﻼ ﻴﺎ ﺍﺤﻤﺪ ﻮﻋﻟﻲ ﺍﻟﻤﻼ ﺑﺲ. -٦


ﺍﺸﺮﺑﻲ ﻴﺎ ﻔﺎﻂﻤﺔ ﺍﻠﻘﻬﻮﺓ -٧


ﺍﺪﺨﻠﻦ ﺃﻴﻬﺎ ﺍﻠﻤﺴﻠﻤﺎﺖ ﻔﻰ ﺍﻠﻤﺴﺠﺪ -٨


ﺍﻔﺘﺤﻲ ﻴﺎ ﺤﺴﻨﺔ ﺍﻠﻨﺎ ﻔﺬ ﺓ -٩


ﺮﺘﺑﻮﺍ ﺍﻠﮑﺮﺴﻲ ﺃﻴﻬﺎ ﺍﺤﻤﺪ. -١٠

4. 10 ayat pendek mengandungi tanda soal:

ﻤﺎ ﺍﺴﻤﻚ؟ -١


ﻜﻴﻒ ﺤﺎﻠﻚ؟ -۲


ﻫﻞ ﺍﻨﺖ ﻤﺪﺮﺱ؟ -٣


ﻤﺘﻰ ﺘﺬﻫﺏ ﺍﻠﻰ ﺍﻠﻤﺪﺮﺴﺔ؟ -٤


ﻜﻢ ﻋﻤﺮﻚ؟ -٥


ﺍﻴﻦ ﺑﻴﺖ ﻤﺤﻤﺪ؟ -٦


ﺑﻤﺎﺬﺍ ﺘﺬﻫﺑﻴﻦ ﺍﻠﻰ ﺍﻠﻤﺪ ﺮﺴﺔ؟ -٧


ﻫﻞ ﺍﻧﺗﻢ ﺍﻠﻂﻼﺐ؟ -٨


ﻤﻦ ﺗﮑﺗﺐ ﺍﻠﺭﺴﺎﻠﺔ؟ -٩


ﻠﻤﺎﺬﺍ ﺗﺬﻫﺐ ﺍﻠﻰ ﺍﻠﻤﻁﻌﻢ؟ -١٠

5. 10 ayat pendek mengandungi kata nama Maskulin dan Feminin:


ﻤﺤﻤﺪ ﺘﻠﻤﺬ ﻧﺷﻴﻄ. -١


ﻓﺎ ﻂﻤﺔ ﺗﻠﻤﻴﺬﺓ ﻧﺷﻴﻂﺔ. -۲


ﺍﻠﻮﻠﺪ ﻤﺆﺪﺐ. -٣


ﺍﻠﺑﻧﺕ ﻤﺆﺪﺑﺔ -٤


ﻴﺬ ﻫﺐ ﺍﻠﻂﺎﻠﺐ ﺍﻠﻰ ﺍﻠﻤﺪﺮﺴﺔ ﺑﺎﻠﺪ ﺮﺍﺠﺔ -٥


ﻫﺬﺍ ﺯﻮﺮﻖ. -٦


ﻫﺬﻩ ﺍﻠﺪ ﺮﺍﺠﺔ ﺍﻠﻨﺎﺮﻴﺔ. -٧


ﺍﻠﻤﺴﻠﻤﺔ ﺘﺻﻠﻲ ﻔﻲ ﺍﻠﻤﺴﺠﺪ. -٨


ﺍﻠﻤﺴﻠﻢ ﻴﺼﻠﻲ ﻔﻲ ﺍﻠﻤﺴﺠﺪ. -٩


ﺍﻷﻢ ﺘﺎﻜﻞ ﺍﻠﻤﮑﺮﻮﻨﺔ -١٠
6. 10 ayat pendek mengandungi Kata Tunggal, Dua dan Jamak:


ﻫﺎﺘﺎﻦ ﺰﻫﺎﺮ ﺍﻤﻲ. -١


ﺃﻨﺖ ﻮﺼﻠﺖ ﻤﺑﮑﺮﺍ ﺍﻠﻴﻭﻢ. -۲


ﻫﺬﺍ ﻜﺗﺎ ﺍﺤﻤﺪ. -٣


ﻫﺆﻻء ﻜﺗب ﺍﺤﻤﺪ. -٤


ﻫﺬﺍﻦ ﻜﺗﺎﺒﺎﻦ ﺍﺤﻤﺪ. -٥


ﻫﺬﻩ ﺰﻫﺮﺓ ﺍﻤﻲ. -٦


ﻫﺆﻻء ﺍﺰﻫﺎﺮ ﺍﻤﻲ. -٧


ﺘﺼﻠﻲ ﻓﺎﻂﻤﺔ ﻓﻲ ﺍﻠﻤﺴﺠﺪ. -٨


ﻴﺼﻠﻮﻥ ﺍﻠﺮﺠﺎﻝ ﻔﻲ ﺍﻠﻤﺼﻟﻲ. -٩


ﻴﺼﻼﻥ ﺍﻠﺮﺠﻼﻥ ﻔﻲ ﺍﻟﻤﺼﻟﻲ -١٠