Jumaat, 22 Januari 2010

Bahasa Melayu Tinggi - Untuk mengkaji dan memberi pengetahuan tentang Bahasa Melayu Baku dari sudut sejarah dan aspek pembakuannya.

1.0 Pendahuluan

1.1 Pengenalan


Mungkin ada di antara kita yang tidak pernah mendengar perkataan baku atau mungkin juga langsung tidak memahami maksud bahasa baku. Malah dalam situasi sebegini ada yang terkeliru dengan istilah bahasa baku dan bahasa standard. Sebenarnya kedua-dua istilah baku dan standard itu merujuk kepada perkara yang sama. Kalau ada orang menyatakan dia menggunakan bahasa standard maka secara tidak langsung dia telah menggunakan bahasa baku, begitu juga hal sebaliknya.

Merujuk kepada perkataan baku, ianya berasal daripada perkataan Jawa yang kemudiannya dipinjam oleh bahasa Melayu. Perkataan baku membawa maksud “ yang ( sudah ) diterima umum sebagai betul, sah dan dapat dijadikan asas perbandingan “ ( kamus Dewan , 1989 : 84 ). Oleh yang demikian bahasa baku itu merupakan suatu bahasa yang dapat diterima oleh masyarakat sebagai bahasa yang betul dan sah.

Jadi menegakkan bahasa baku adalah suatu perkara yang dilakukan dalam menentukan satu model bagi masyarakat penggunaa supaya dapat menyampaikan komunikasi dengan menggunakan bahasa yang dianggap baik, betul dan berkesan. Ini adalah kerana Bahasa Melayu Baku ialah Bahasa Melayu yang sempurna dari segi penggunaan aspek-aspek bahasanya, iaitu betul ejaannya, betul tatabahasanya, betul istilah, betul penggunaan katanya, betul laras bahasanya dan betul sebutannya.
1
1.2 Ojektif Kajian

Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji dan memberi pengetahuan tentang Bahasa Melayu Baku dari sudut sejarah dan aspek pembakuannya.


1.3 Kaedah Kajian

Untuk menyiapkan kertas kerja ini saya telah membuat rujukan dengan menggunakan kaedah kepustakaan. Beberapa buah buku, jurnal dan artikel telah saya guna sebagai bahan rujukan dan panduan. Segala maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber telah dianalisis dan disusun mengikut keperluan sub-topik kertas kerja ini.


1.4 Batasan Kajian

Kertas kerja ini dibataskan kepada kajian tentang Bahasa Melayu Baku dari sudut sejarah dan aspek pembakuannya.

1.5 Definisi Konsep

Mengikut Kamus Dewan ( 1989 : 78 ), bahasa membawa maksud sistem lambang lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia di antara seorang individu dengan individu yang lain.
2
Perkataan Melayu pula diertikan sebagai nama suatu bangsa dan bahasa ( terutama di Semenanjung Malaysia ) merujuk Kamus Dewan ( 1989 : 78 ).

Manakala kata baku pula bermaksud “ yang pokok “, yang dasar, yang benar atau yang diterima umum sebagai bentuk yang sah dan betul dan dijadikan asas perbandingan ( berkenaan tatabahasa, sebutan, ejaan, perkamusan dan peristilahan ).

Kesimpulannya Bahasa Melayu Baku dapat ditakrifkan sebagai bahasa Melayu yang sering digunakan di dalam situasi formal seperti berikut :

i. Pengajaran dan pembelajaran formal dikalangan pensyarah, guru pelajar di institusi.
ii. Pengucapan di khalayak ramai seperti melalui pidato, ceramah, syarahan, perbahasan, forum, pengumuman dan kuliah.

iii. Komunikasi dan perbincangan rasmi di dalam sector awam seperti semasa mesyuarat rasmi, temu duga, wawancara dan ucapan-ucapan rasmi.

iv. Segala siaran melalui media cetak dan elektronik seperti majalah,suratkhabar, risalah, radio, televisyen, filem dan sebagainya.



3

2.0 SEJARAH PEMBAKUAN BAHASA MELAYU

2.1 Usaha DBP Memertabatkan Bahasa Melayu Baku Sebagai Alat Perhubungan Dalam Kebudayaan Malaysia.

Pada tahun 1987 hingga 1990 kerajaan telah mewujudkan intergrasi nasional menerusi bahasa iaitu dengan menyerapkan kata-kata sukuan di Sabah dan Sarawak serta istilah budaya-budaya setempat ke dalam perbendaharaan kata Bahasa Melayu Baku.

Ini jelas terbukti apabila terbitnya Kamus Bahasa Iban – Bahasa Malaysia pada tahun 1989. Selain itu bagi memantapkan intergrasi nasional, DBP juga telah menerbitkan Glosari Bahasa Melayu Sarawak, Kata Bahasa Melanau dan Kata Bahasa Sukuan sebagai Perbendaharaan Kata Bahasa Malaysia pada tahun 1987. Selain itu satu program khas iaitu “ Program Gerakan Cintailah Bahasa Kita “ telah dilancarkan pada 11 Disember 1987 antara lain bertujuan untuk memberi kesedaran dan mewujudkan budaya berbahasa kebangsaan di komuniti masyarakat pengguna bahasa Melayu di Malaysia.

Kempen ini telah mendatangkan kesan positif kepada golongan masyarakat yang menggunakan bahasa Melayu di Negara kita. Menyedari keperluan bahasa Kebangsaan adalah sebagai agen perpaduan nasional, maka kempen ini dipergiatkan lagi dengan menjurus kea rah penggunaan bahasa melayu dan membentuk pemikiran masyarakat Malaysia.



4
2.2 Usaha DBP Membakukan Ejaan, Sebutan, Serta Menggubal Istilah-istilah Bahasa
Melayu Baku.

Sebenarnya 40 tahun yang lampau perancangan bahasa di Malaysia telah dilakukan secara rasmi oleh DBP dan pihak-pihak lain. Di dalam tempoh masa ini, sebenarnya perkembangan bahasa telah melalui dua tahap pelaksaannya.

Tahap pertama adalah tahap meningkatkan stataus bahasa itu sendiri iaitu melalui usaha, kempen dan penggalakkan untuk memperkenalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan seterusnya sebagai bahasa kebangsaan iaitu pada tahun 1956 hingga 1967. Tahap kedua pula ialah tahap pembinaan korpus bahasa iaitu melalui pembakuan dari sudut ejaan, istilah, tatabahasa dan kosa kata. Tempoh ini berlaku sehinggalah akhir Rancangan Malaysia Kelima ( 1956- 1990 ).

Manakala pada awal Rancangan Malaysia Keenam iaitu pada tahun 1991, perancangan bahasa dan sastera Melayu telah melalui tahap ketiga, iaitu pemantapan di dalam pembentukan laras-laras bahasa ilmu tinggi, perluasan dan pengembangan secara lebih menyeluruh hingga ke hari ini.

Berikutan itu, ianya menampakkan kesan yang ketara bahawa segala perancangan bahasa oleh DBP dapat dimantapkan serta diperluaskan penggunaannya hingga menjadi bahasa rasmi di dalam pentadbiran Negara, sebagai bahasa pengantar di semua peringkat pendidikan formal, bahasa budaya dan ilmu tinggi termasuklah bidang sains dan teknologi serta sebagai alat komunikasi umum di kalangan masyarakat berbilang kaum.
5

Bagi memperkaya dan melengkapkan Bahasa Melayu Baku, maka diwujudkan Pusat Peristilahan Kebangsaan dan DBP dipertanggungjawabkan untuk membina dan mengembangkan peristilahan.


2.3 Usaha DBP sebagai Organisasi Kerajaan Dalam Penerbitan Dan Percetakan Buku-
buku, Risalah Serta Bentuk-bentuk Persuratan Bahasa Melayu Baku.

Seperti mana yang kita sedia maklum, matlamat bidang penerbitan ialah sebagai agen penyebaran ilmu. Berikutan itu, dasar penerbitan DBP adalah bertujuan untuk menerbitkan sebanyak mungkin buku-buku, bahan-bahan bacaan dalam Bahasa Melayu Baku.
Ini bertujuan sebagai agen menyebarkan ilmu pengetahuan dalam segala bidang untuk kegunaan semua peringkat pendidikan sama ada secara formal atau tidak di samping sebagai kegunaan umum. Jika diperincikan, jenis penerbitan DBP dapat dikatogerikan seperti berikut :


2.3.1 Karya bahasa bagi mengembangkan pengetahuan masyarakat tentang Bahasa Melayu
2.3.2 Karya kesusasteraan bagi mengembangkan pengetahuan masyarakat tentang kesusasteraan kebangsaan
2.3.3 Karya umum bagi memperluaskan pengetahuan dalam pelbagai bidang di kalangan masyarakat
2.3.4 Karya peringkat bacaan kanak-kanak bagi menyemaikan minat membaca di kalangan lepasan sekolah dan masyarakat umum.
6
Tidak kurangnya juga pernana DBP sebagai pusat perkembangan sastera Melayu Moden. Selain memberi bantuan, kemudahan, khidmat nasihat kepada badan-badan sastera rakyat seperti Persatuan Penulis Nasional ( PENA ) dan Gabungan Penulis Nasional ( GAPENA ), DBP juga memain peranan dalam penerbitan beberapa majalah untuk memberi ruang kepada penulis-penulis tempatan bagi menghasilkan sestera karya kreatif.

Di samping itu DBP juga berperanan sebagai jabatan kerajaan yang bertanggungjawab mengelolakan Hadiah Sastera dan Rancangan Hadiah Sastera Malaysia yang juga selaku urusetia panel Anugerah Sastera Negara. Di dalam usaha meninggikan taraf bahasa dan sastera Melayu, DBP juga menitikberat bidang penyelidikan sastera melalui penerbitan hasil-hasil penyelidikan tentang sastera Melayu tradisional, moden, bahasa dan sastera agar terus berkembnag di Malaysia.


2.4 Usaha DBP Dalam Memajukan Bakat Kesusasteraan Bahasa Melayu Baku

Menerusi pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera, DBP telah menyakinkan rakyat dengan mengadakan kempen dan peraduan mengarang novel. Sebenarnya DBP dipertanggungjawab sebagai badan pembinaan dan pengembangan bahasa serta kesusasteraan Melayu. Menerusi Perancangan Sastera Kebangsaan DBP telah merancang yang tersusun rapid an tujuannya jelas seperti berikut:

2.4.1 Memantapkan lagi kesusasteraan Melayu sebagai teras kesusasteraa nasional
2.4.2 Mempromosi dan memelihara warisan sastera kebangsaan
7
2.4.3 Menjadikan kesusasteraan Melayu sebagai kesusasteraan yang dapat diguna pakai dan diterima oleh masyarakat berbilang kaum di Malaysia
2.4.4 Meningkat serta membina mutu dan gaya penulisan kreatif pengarang Malaysia
2.4.5 Meningkat usaha dalam memperkenalkan kesusasteraan Melayu di peringkat serantau dan antarabangsa


2.5 Usaha DBP dalam Memajukan dan Memperkayakan Bahasa Melayu Baku

Sebenarnya kedudukan Bahasa Melayu Baku adalah terjamin dan terpelihara. Ini jelas, kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Negara Malaysia telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 selain daripada Akta Bahasa Kebangsaan dan Akta pendidikan. Dalam hal ini Dewan Bahasa dan Pustaka telah dipertanggungjawab untuk memaju dan memperkayakan Bahasa Melayu kita.

Progaram Bulan Bahasa, gerakan dan kempen-kempen bahasa kebangsaan yang dijalankan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka adalah bertujuan untuk memperteguhkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan seterusnya menjadi dasar bahasa rasmi di Malaysia. Perancangan ini bertujuan untuk memacu dan memperkembangkan Bahasa Melayu Baku supaya mencapai status berikut :

2.5.1 Segala urusan pentadbiran Negara menggunakan Bahasa rasmi dengan cekap dan berkesan
8
2.5.2 Bahasa pengucapan kesusasteran, kebudayaan dan kesenian yang indah
2.5.3 Bahasa ilmu pengetahuan tinggi dan budaya tinggi yang canggih menjadi asas pembentukan negara bangsa yang berteknologi
2.5.4 Bahasa pengantar pendidikan bagi semua subjek di semua peringkat persekolahan dan semua bidang ilmu di semua peringkat tinggi.
2.5.5 Bahasa kebangsaan digunakan dengan cekap dan bangga dalam semua aktiviti serta kehidupan seharian dan komunikasi umum di kalangan semua lapisan masyarakat warga Malaysia yang menjadi lambang identiti Malaysia

Dewan Bahasa dan Pustaka telah melaksanakan tanggaungjawabnya dalam usaha untuk memantapkan Bahasa Melayu Baku dengan menyelaras dan menyeragamkan aspek-aspek utama bahasa terutamanya dari sudut sistem tatabahasa iaitu sistem morfologi dan sintaksis, sebutan, ejaan, perbendaharaan kata umum, istilah ilmu pengetahuan tinggi, laras bahasa, gaya bahasa serta aturan penggunaan bahasa yang sopan.


3.0 ASPEK PEMBAKUAN BAHASA MELAYU BAKU

Pembakuan bahasa meliputi seluruh sistem bahasa dan tidak terhad pada aspek tertentu Seperti sebutan semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sesetengah orang. Aspek - aspek yang perlu dibakukan ialah sistem ejaan, peristilahan, kosa kata, tatabahasa, sebutan , dan laras bahasa . ( Awang Sariyan, 1996 : 10 ).


9
Proses-proses pembakuan Bahasa Melayu ini banyak dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama ahli bahasa dan pakar dalam bidang-bidang tertentu seperti ekonomi, kejuruteraan dan sebagainya. Beriktut akan dibincangkan satu persatu aspek-aspek yang terlibat dalam pembakuan Bahasa Melayu ini. Ia meliputi aspek tatabahasa ,ejaan, peristilahan dan sebutan.


3.1 Tatabahasa

Tatabahasa merupakan salah satu aspek bahasa yang mesti diajar dan dikuasai secara formal melalui sistem pendidikan seperti juga kemahiran bahasa yang lain. Abdullah Hassan ( 1993 : 1 ) mendefinisikan tatabahasa sebagai satu kumpulan petua bagi membentuk perkataan, frasa, klausa dan ayat. Manakala Arbak Othman ( 1981 : 1 ) pula menyatakan cirri-ciri bahasa Melayu yang teratur dan kemas dipanggil oleh ahli-ahli bahasa sebagai sistem yang berperaturan. Peraturan-peraturan sistem pengucapan itulah kita fahamkan sebagai tatabahasa.

Pembakuan tatabahasa bahasa Melayu telah dilakukan oleh para sarjana menerusi penulisan buku-buku tatabahasa dengan mengemukakan dan menghuraikan peraturan-peraturan bahasa Melayu. Pada tahun 1914 R.O. Winstedt telah menghasilkan sebuah buku tatabahasa yang paling berpengaruh sebelum kemerdekaan, iaitu Pelita Bahasa Melayu telah ditulis oleh Zainal Abidin bin Ahmad atau nama gelarannya Za’ba.Tatabahasa yang ditulis oleh beliau ini telah digunakan secara meluas, malah terus menjadi rujukan hingga ke hari ini.

10
Kini penulisan tatabahasa bahasa Melayu semakin banyak dilakukan. Antaranya ialah Petunjuk KBSM ( Asraf Hj Wahab ), Nahu Mutakhir ( Asmah Hj.Omar ), Tatabahasa Bahasa Malaysia ( Arbak Othman ), dan Tatabahasa Dewan ( Nik Safiah Karim et al ).

Dalam sebegitu banyak penulisan buku tatabahasa, buku Tatabahasa Dewan ( Jilid 1 : Ayat ) yang diterbitkan pada 1991 dan Tatabahasa Dewan ( Jilid 2 : Perkataan) Yang diterbitkan pada 1992 yang ditulis oleh Nik Safiah Karim ( UM ), Farid M. Onn ( UKM ), Hashim Musa ( UM ), dan Abdul Hamid Mahmood ( UPM ) telah dipilih sebagai rujukan umum kepada masyarakat bahasa Melayu.

Kini, kedua-dua buku tersebut telah dicetak semula dan digabungkan menjadi Tatabahasa Dewan. Buku tatabahasa ini juga telah menjadi rujukan guru-guru dan murid-murid di sekolah. Ia bertujuan untuk memastikan semua murid dapat menguasai bahasa Melayu baku dalam jangka waktu tertentu. Oleh itu, tatabahasa bahasa Melayu dapat dikuasai oleh penutur natif ( orang Melayu ) dan juga bangsa lain ( misalnya Cina,India, Inggeris dll. ).

Pembakuan tatabahasa sebenarnya merujuk kepada proses menyeragamkan peraturan-peraturan berbahasa Melayu agar bahasa Melayu yang digunakan sama ada dalam tulisan atau pertuturan tidak bercanggah di antara satu penutur dengan penutur yang lain. Sebagai contoh, perhatiakan ayat berikut :

( a ) Emak pasar pergi.
( b ) Semalam saya computer main.
11
Dalam ayat di atas perkataan yang digunakan adalah perkataan Melayu. Namun, dari aspek tatabahasa agak janggal. Orang Melayu pun boleh faham maksud yang hendak disampaikan dalam ayat ( a ) dan ayat ( b ). Malah orang India dan Cina juga boleh menangkap maksudnya. Walaupun ayat tersebut jelas dapat difahami tetapi dari segi tatabahasanya salah. Ayat tersebut sepatutnya seperti berikut :

( a ) Emak pergi ke pasar.
( b ) Semalam saya bermain computer.

Selain pembentuk ayat, aspek pembentukan kata juga penting. Pembentukan aspek kata ini meliputi pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.


3.2 Ejaan

Bahasa Melayu sudah mempunyai sistem ejaan sejak abad ke-12, iaitu sistem ejaan Jawi. Sistem ejaan ini diperkenalkan seiring dengan kedatangan Islam. Semua kitab dan hikayat pada itu ditulis dalam tulisan jawi.

Jika diteliti, sebenarnya bahasa Melayu mempunyai pelbagai sistem ejaan.Sistem pertama ialah Sistem Ejaan Wilkinson pada tahun 1904. Kemudian Sistem Ejaan Za’ba yang juga dikenali sebagai Ejaan Sekolah telah digunakan di sekolah, diikuti Ejaan Fajar Asia, Ejaan Bersama Malaysia-Indonesia dan Ejaan Bebas ( Asmah Hj. Omar, 1992 : 237 ).

12
Pada tahun 1972, sistem ejaan Za’ba yang telah digunakan bertahun-tahun di sekolah telah disemak semula dan diperkemas menjadi Sistem Ejaan Baru. Berdasarkan pernyataan di atas ternyata bahasa Melayu mempunyai banyak sistem ejaan. Sistem ejaan yang banyak ini sudah tentu akan menimbulkan pelbagai masalah. Oleh yang demikian pembakuan ejaan amat penting agar para pengguna bahasa tidak keliru.Kekeliruan ini pernah berlaku pada ketika dahulu akibat penggunaan dua sistem ejaan pada masa yang sama, iaitu Sistem Ejaan Kongres dan Sistem Ejaan Za’ba.

Timbul situasi pihak yang menyokong kongres telah menggunakan sistem ejaan kongres, manakala pihak yang lain akan menggunakan sistem ejaan Za’ba atau ejaan sekolah. Kedua-dua sistem ini agak berbeza, misalnya Sistem Ejaan Kongres menulis diftong sebagai < aw > dan < oy > sedangkan sistem Ejaan Za’ba menggunakan lambing < au > dan < oi >. Kekeliruan-kekeliruan sebegini perlu dielak dan caranya ialah mengadakan sistem yang seragam yang boleh diterima semua. Oleh itu,pembakuan amat perlu.

Dewasa ini pun masih terdapat penggunaan ejaan yang salah. Sebagai contoh, ejaan di papan tanda, sama ada papan tanda di kedai-kedai atau iklan, ternyata masih banyak kesilapan. Cuba anda renungkan sebentar, imbas semula beberapa papan tanda yang mungkin pernah kita jumpa. Sebagai contoh ;

Contoh ejaan;
Ejaan salah Ejaan betul
didaerah di daerah
kampong kampung
13
Sistem ejaan baru masih digunakan sehingga ke hari ini tanpa ada pengguna atau kewujudan sistem ejaan yang lain.

3.3 Sebutan

Pembakuan bahasa juga meliputi aspek sebutan. Aspek sebutan ini telah dilancarkan secara rasmi oleh Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1988. Sebutan baku ini boleh didengar di TV3.

Sebutan baku dalam bahasa Melayu adalah berdasarkan kepada ejaan. Maksudnya setiap huruf akan dibunyikan, iaitu satu huruf bunyi. Hal ini pernah dinyatakan oleh Hassan Ahmad ( 1989 ). Menurut beliau :

“ sebutan bahasa yang diucapkan menurut ejaan baku bahasa kebangsaan ( atau bahasa Malaysia ), atau menurut nilai bunyi huruf dalam bahasa kita, bukan menurut sebutan loghat atau menurut nilai bunyi huruf bahasa asing ( seperti bahasa inggeris ) “

Jelas di sini bahawa sebutan baku hendaklah berdasarkan ejaan baku bukan sebutan dalam bahasa daerah.
Lihat contoh berikut :
Bahasa Standard Dialek Kedah Dialek Johor
/ besar / [ bəsar ] [ bəsa? ] [ bəsa ]
/ saya / [ saja ] [ saja ] [ sajə ]

14
Contoh di atas jelas menunjukkan perbezaan sebutan di antar sebutan baku dengan sebutan dialek. Misalnya perkataan / besar / disebut sebagai [ bəsa? ] dalam dialek Kedah dengan menggantikan / r / di akhir perkataan dengan hentian glottis / ? /, manakala dalam dialek Johor bunyi / r / di akhir perkataan digugurkan.

Perbezaan ini akan menimbulkan kesukaran kepada penutur dan pendengar yang berlainan dialek bertemu. Mengikut peraturan sebutan bahasa Melayu baku, huruf / a / di akhir perkataan hendaklah disebut sebagai [ a ] dan huruf / r / di akhir perkataan juga hendaklah disebut sebagai [ r ]. Berdasarkan peraturan tersebut tidak ada bunyi yang disenyapkan.


3.4 Peristilahan

Pembentukan istilah yang baku telah dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sejak 1956 dan proses ini berterusan hingga kini. Tujuan pembentukan istilah ialah untuk membolehkan bahasa Melayu berkembang pesat seiring dengan pemodenan Negara. Mungkin ada di kalangan anda yang sangsi, misalnya mengapa kita perlu membentuk istilah, tidak cukupkah perkataan yang ada. Sebenarnya apabila kita merujuk kepada istilah, ia bermaksud perkataan yang khusus tentang sesuatu bidang. Misalnya perkataan morfologi, ia merupakan istilah bahasa kerana ia merujuk kepada proses-proses pembentukan kata. Manakala perkataan-perkataan seperti makan dan baju pula adalah perkataan umum.


15
Oleh yang demikian Dewan Bahasa dan Pustaka telah melakukan pelbagai cara untuk menambahkan peristilahan dalam bahasa Melayu. Pertama, dengan menterjemahkan istilah asing, misalnya bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu.

Lihat contoh berikut :

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Up date kemaskini
indicator lamp lampu penunjuk
radius jejari

Cara kedua pula ialah melalui proses bahasa pinjaman. Proses sebegini kita meminjam istilah bahasa asing untuk kita pinjam dan gunakan ke dalam bahasa Melayu dengan mengubah suai bahagian bunyi dan ejaan. Maksud mengubah suai bahagian bunyi ialah perkataan bahasa Inggeris apabila dipinjam oleh bahasa Melayu tidak mengalami sebarang perubahan dari segi ejaan. Namun begitu, bunyinya perlu diubah seperti sebutan bahasa Melayu baku.

Lihat contoh berikut :
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Standard standard
import import
radio radio

16
Contoh di atas telah memperlihatkan bahawa pinjaman ini tidak melibatkan perubahan aspek ejaan. Ejaan bahasa Inggerisnya masih dikekalkan, namun aspek bunyi atau sebutannya perlu diubah mengiktu kesesuai sebutan bahasa Melayu.

Manakala pinjaman yang melibatkan pengubahsuaian ejaan pula bermaksud perkataan yang dipinjam dan diubahsuai ejaannya sesuai dengan ejaan bahasa Melayu baku.

Lihat contoh berikut :


Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
structure struktur
geography geografi
exsport eksport


Contoh yang diberi telah menunjukkan kata-kata bahasa Inggeris yang dipinjam oleh bahasa Melayu berubah sistem ejaannya. Sebutan perkataan tersebut pula perlu mengikut ejaan dalam bahasa Melayu.




17

4.0 PENUTUP

4.1 Kesimpulan

Apabila negara kita mencapai kemerdekaan, kita sebenarnya telah merancang strategi dalam semua aspek kehidupan untuk membentuk negara yang berdaulat. Bahasa sebagai satu tonggak pembinaan negara tidak terabai sama sekali. Dasar Bahasa Kebangsaan diwujudkan dan ia juga dikaitkan dengan sebagai penentuan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu.

Pelbagai usaha, kaedah dan strategi yang telah dikaji, dirancang, digubal dan seterusnya diaplikasikan untuk memartabatkan bahasa Melayu baku sebagai bahasa ilmu, bahasa tinggi dan bahasa tamadun bangsa. Hal sebegini amat penting untuk membentuk jati diri bangsa Malaysia yang berbilang kaum kepada satu hala tuju iaitu satu bahasa satu bangsa. Salah satu aspek untuk membentuk sikap patrriotisme warga Malaysia adalah dengan mencintai bahasanya kerana bahasa adalah citra sesebuah bangsa. Justeru itu, pembakuan bahasa Melayu adalah untuk meningkatkan lagi martabat dan identity bahasa Melayu itu sendiri.

Rumusannya, sejarah dan aspek pembakuan bahasa Melayu secara tidak langsung telah memberi imej kepada negara kita kerana sebutan bahasa kita mempunyai gayanya yang tersendiri. Hal ini amat penting sekali kerana dengan adanya identity sesuatu bahasa, maka akan lebih menyerlah lagilah bahasa tersebut kerana bahasa adalah jiwa bangsa.

18

Bahasa Melayu Klasik- Hikayat Abdullah

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Zaman pengunaan bahasa Melayu Klasik melingkungi zaman antara abad ke – 14 hingga abad ke – 19 Masihi. Zaman permulaannya ditandai dengan prasasti Terengganu ( Batu Besurat Terengganu ) yang bertarikh pada 702 H. bersamaan dengan tahun 1303 M. Zaman bahasa Melayu klasik menempuh kemajuan yang pesat berbanding dengan zaman bahasa Melayu kuno. Pada masa ini perkembangan ilmu pengetahuan dan kegiatan intelektual dalam bahasa Melayu mencapai tahap yang tinggi. Pada akhir abad yang ke-16 M, umpamanya, sudah lahir hasil-hasil karya falsafah tasawwuf dalam bahasa Melayu. Bahkan pada awal abad ilmu-ilmu agama yang lain khususnya seperti polemik yang dilakukan oleh Hamzah Fansuri, Syamsudin Pasai, Nurudin Al-Raniri dan Abdul Rauf Singkel. Kelahiran hasil-hasil karya yang bersifat intelektual ini berpunca daripada pengaruh Islam yang meresap ke dalam bahasa dan budaya Melayu.

Banyak hasil karya yang berbahasa Melayu yang bersifat falsafah dan agama setelah wujud pengaruh Islam. Dari sejak itu perkembangan ilmu pengetahuan terutama tentang agama dan pentadbiran begitu pesat berkembang dalam bahasa Melayu. Lantara itulah maka bahasa Melayu telah menjadi bahasa utama di Asia Tenggara untuk urusan pengembangan agama Islam bahkan ia menjadi salah satu di antara enam bahasa dunia Islam iaitu Arab, Farsi, Turki, Inggeris dan Hindi.


1.2 Definisi Bahasa Melayu Klasik Mengikut Pendapat Sarjana
Istilah Klasik merangkumi makna lama, tradisional dan klasik itu sendiri. Menurut Holman :
…. Belonging to established tradition; used especially to designate the
Literature or culture of Greece and Roman or later literature which partakes
of its qualities … it may mean literature that has gained a lasting recognition,
or it may mean literature that exhibits the qualities of classicism. When it is
used to describe the attributes of a literary work it usually impies objectivity
in the choice and handling of the theme, simplicity of style, clarity, restraint,
and formal structure.
( Holman 1972: 99 )
1.3 Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik
Terdapat beberapa ciri khusus bahasa Melayu klasik. Antaranya adalah seperti berikut ;
 Menggunakan tulisan Jawi. Tulisan atau aksara ini dipinjam
daripada bahasa Arab, kemudian ditambah dengan huruf baru seperti pa ( ف), nga ( غ ), ga ( ک ), nya ( ث ) dan ca ( چ ).

 Bahasa Melayu klasik telah menerima beberapa fonem Arab : kh ( ﺥ ) seperti Khamis, Z ( ﺰ ) seperti pada zakat, Sy ( ﺶ ) seperti pada syarat dan lain-lain.

 Bahasa Melayu klasik telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa seperti dalam bidang ilmu kegamaan, undang-undang, kesusasteraan, pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kata umum unstuk bahasa umum.

 Sebelum wujud sistem ejaan Jawi pengaruh Melayu, sistem ejaan Arab yang digunakan itu dengan menggunakan tanda-tanda baris. Contohnya seperti;
( maka ) ﻣَﮓ
( dia ) ِﺩﻱَ

Kemudian tanda-tanda baris itu dihilangkan menjadi;
( maka ) ﻣﮏ
)dia ) ﺪﻱ

Setelah itu baru timbul sistem ejaan pengaruh Melayu. Sistem ini mengandungi dua tahap. Tahap pertama dengan membubuh huruf saksi ( vokal) dan tahap kedua dengan membubuh huruf saksi ( vokal ) pada kedua-dua suku kata.

 Frasa dan ayat pengaruh Arab terutamanya dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti frasa “ Ketahuilah olehmu” atau pada ayat “ Sunat berbuka atas tamar” dan lain-lain. Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil daripada terjemahan harfih daripada teks-teks bahasa Arab.

 Unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam beberapa banyak tulisan Melayu seperti dalam bidang Ilmu Kalam, Tasawuf, Ilmu Aqa’id al-Iman dan lain-lain. Ini berbeza dengn bahasa Melayu zaman kuno atau Hindu.

 Beberapa genre sastera Islam mula meresap ke dalam bahasa Melayu seperti syair, nazam, ruba’i, tasmil, ibarat dan lain-lain.

 Pengaruh kesusteraan Islam terutamanya dari Arab dan Farsi banyak didapati dalam zaman bahasa Melayu klasik seperti cerita-cerita Nabi dan para sahabat, sastera agama, sastera sejarah, sastera undang-undang dan pemerintahan dan lain-lain.

1.4
1.5 Peranan Bahasa Melayu Klasik
Selain daripada mempunyai ciri-ciri tertentu seperti di atas bahasa Melayu Klasik juga memberi sumbagan pada zaman kegemilangannya. Antaranya ialah;
i. Kebudayaan
- untuk memperkembangkan sesuatu kebudayaan yang
dimiliki oleh sesuatu bangsa.
ii. Peranan Kemasyarakatan
- sebagai lambang jati diri bangsa dan sebagai alat penyatuan sesuatu bangsa atau kaum.
iii. Pendidikan
- sebagai alat untuk pengajaran, panduan dan tatacara.
- sebagai alat untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang agama, kesusesteraan dan perundangan.

2.0 KARYA YANG DIPILIH DAN BIODATA PENULISNYA.
2.1 Hikayat Abdullah

Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi dapat dianggap sebagai bapa kesusasteraan Melayu moden, berdasarkan karya-karyanya yang terkenal, iaitu Syair Singapura Terbakar (1830), Kisah Pelayaran Abdullah, Hikayat Abdullah (1849), Dewa-ul-kulub (1883), dan Kisah Pelayaran Abdullah ke Judah (1920). Beliau membawa perubahan dalam tema, plot, latar cerita, dan sudut pandangan, yang ketara perbezaannya dengan karya-karya sastera sebelumnya, walaupun masih dalam gaya bahasa lama.
Abdullah dilahirkan pada tahun 1796 di kampong Pali, Melaka daripada keluarga India Muslim keturunan Arab. Sejak kecil lagi “ Munsyi” ini memperlihatkan keistimewaannya sebagai pelajar yang bijak dan gigih mencari ilmu. Beliau mempunyai minat yang mendalam mempelajari pelbagai bahasa selain bahasa Melayu. Beliau dilantik menjadi jurutulis dan penterjemah kepada Raffles dan pembesar-pembesar Inggeris, menyebabkan hubungannya begitu rapat dan mesra dengan orang-orang Inggeris. Keadaan ini mempengaruhi pemikiran dan tindakannya.
Abdullah seorang pemerhati yang teliti terhadap keadaan zamannya. Kritikannya kepada orang Melayu melalui karya-karyanya terasa sangat pedas. Beliau begitu lantang mengkritik sikap raja-raja Melayu. Beliau mencuba membuka pemikiran orang Melayu ke arah kebaikan dan kemajuan secara membandingkannya dengan orang Inggeris. Sikap berat sebelah inilah yang sering dipersoalkan dalam perbincangan mengenai ketokohannya.
Abdullah Munsyi meninggal dunia di Jeddah pada tahun 1854 dalam perjalanannya menunai fardhu haji.

3.0 ANALISIS KANDUNGAN KARYA [ASPEK BUDAYA DAN KEMASYARAKATAN]
Karangan Abdullah jauh berbeza dengan karangan orang yang terdahulu daripadanya atau sezaman dengannya seperti Thufata’n-Nafis (1865) karangan Raja Ali Haji yang berkisar tentang raja-raja.
Pendeta Za’ba dalam karangannya “ Moden Development” menyatakan bahawa “ kesusasteraan Melayu moden bermula dengan Abdullah bin Abdul Kadir” ( Hassan, 1988:236). Kenyataan ini didasarkan daripada karya-karya Abdullah yang tidak lagi menulis tentang dongeng, alam ghaib dan ajaib. Gagasan utama dalam karya-karyanya ditimba daripada pengamatan, pengalaman dan pengetahuan. Dengan pemikiran yang kritis semuanya diolah hingga menjadi karya autobiografi yang penting. Karyanya dicipta sendiri untuk dinikmati oleh masyarakat. Ini adalah ciri sastera baru yang bersifat individualistik.
Dalam karya autobiografinya memang terlihat ciri-ciri sastera moden seperti intelek, emosi, imiginasi, dan teknik. Sehubungan dengan itu Zuber Usman (1966:9) menyebut;

“Abdullah ialah pemgarang Melayu yang mula-mula keluar dari kebiasaan lama, yang melanggar dan memetahkan tradisi yang sudah turun-temurun, yang memelingkan penanya dari menceritakan kisah-kisah yang ghaib-ghaib atau khayal ke dunia kenyataan.”

Sesebuah karya bukan hanya sebagai bahan hiburan, tetapi juga sebagai bahan untuk pembaca merenung dan memikir serta mendapatkan panduan dan pengetahuan daripadanya. Pemikiran yang menyentuh soal-soal masyarakat, agama, politik, ekonomi dan moral ditimbulkan dan karya-karya Abdullah Munsyi banyak menyentuh hal-hal tersebut. Contohnya pada halaman 119 Hikayat Abdullah yang menjelaskan sikap masyarakat Melayu terhadap bahasa Inggeris pada waktu itu;

Bermula maka adalah telah berpuluh-puluh kali aku ini disuruhkan oleh tuan-tuan itu memanggil dan mencari anak-anak Melayu, supaya boleh ia belajar dan mengetahui membaca dan menulis, baik bahasa Melayu baik bahasa Inggeris, maka oleh sebab bodohnya dan sangka mereka itu nanti dimasukkan Inggeris, tiadalah ia mau datang, kerana fikiran mereka itu, dengan kekerasan nanti ditangkap dimasukkan Inggeris: maka beberapa kali sudah aku ingatkan akan mereka itu, serta memberitahu aku mereka itu, “Bahawa sekali-kali tiada Inggeris itu hendak memasukkan seseorang kedalam agamanya kalau yang empunya diri tiada suka; melainkan supaya kamu boleh belajar dan mengetahui bahasa kamu dan bahasa Inggeris kelak, nanti dibelakang bnyak gunanya.”

Selain daripada contoh diatas dalam buku yang sama halaman 348, Abdullah membuat kesimpulan bahawa adat yang diamalkan orang Melayu dikatakan tidak cerdik dan tidak menambah ilmu kerana tidak mahu membuang karut-marut.
Berbeza dengan adat-adat yang diamalkan orang-orang bukan Melayu yang ditemui semasa belayar ke Judah. Dia hanya menyebut adapt itu tanpa memberi sebarang kritikan. Seperti kebiasaan yang dilihatnya (Kassim, (peny.) 1960):

Maka adalah yang pertama menjadikan ajaib kepadaku sebab melihatkan adap orang dalam negeri itu, tiadalah menjadi aib bagi mereka itu segala perampuan beratus-ratus dan beribu-ribu semuanya bertelanjang, yakni dengan tiada memakai baju sekali-kali, kuntal-kantil sahaja susunya, baik yang muda yang tua; iaitu semuanya perampuan Hindu.

Dia tidak mengkritik perbuatan tersebut, hanya menceritakan apa yang dilihatnya. Dalam buku yang sama pada halaman 141 pula disebutkan;

Maka adalah adat negeri itu terlalu aib, iaitu tiada berjamban; semua orang pergi buang air ketepi laut berbnjar-banjar duduk dengan tiada bermalu seorang dengan seorang.


Abdullah membuat sedikit ulasan bahawa adat ini sesuatu yang aib dan memalukan. Walaupun persoalan mengutuk dan menganggap bodoh adat dan kepercayaan orang Melayu tidak banyak dikemukakan tetapi ia memberi kesan yang jelas kepada pembaca.
Tidak dapat dinafikan bahawa kemajuan-kemajuan barat telah meresap ke dalam diri Abdullah lantas membuatkan dia mencela budaya Melayu. Oleh itu dalam karyanya perbandingan antara timur dan barat adalah menjadi persoalan yang penting dan secara tidak lansung mendedahkan kemunduran-kemunduran orang-orang Melayu, antara lain disebabkan oleh kepercayaan dan budaya yang terdapat dalam masyarakat Melayu itu sendiri.

4.0 ASPEK BAHASA DAN TULISAN
i. Jenis Aksara
Dalam memperkatakan bahasa Melayu Klasik ini tidak dapat seseorang itu mengimbas kembali teks Melayu lama yang tertulis dalam bentuk puisi, prosa, surat perdagangan, surat perjanjian, batu bersurat, batu nisan dan sebagainya. Dalam melihat pada sudut aksara dan sistem ejaan yang digunakan dalam penulisan karya Hikayat Abdullah pengkaji hanya dapat berpegang kepada ciri-ciri khusus bahasa Melayu klasik iaitu menggunakan tulisan Jawi. Tulisan atau aksara ini dipinjam daripada bahasa Arab, kemudian ditambah dengan huruf baru seperti pa ( ف), nga ( غ ), ga ( ک ), nya ( ث ) dan ca ( چ ).Ini beerti tulisan tersebut mesih dalam bentuk asalnya dengan menggunakan tulisan dan sistem ejaan Jawi. Berikut adalah beberapa contoh aksara yang digunakan dalam penulisan karya Hikayat Abdullah.
ii. Sistem Ejaan
Sebelum wujud sistem ejaan Jawi pengaruh Melayu, sistem ejaan Arab yang digunakan itu dengan menggunakan tanda-tanda baris. Contohnya seperti;
( maka) ﻣَﮓ
( dia ) ِﺩﻱَ
Kemudian tanda-tanda baris itu dihilangkan menjadi;
( maka ) ﻣﮏ
)dia ) ﺪﻱ
Setelah itu baru timbul sistem ejaan pengaruh Melayu. Sistem ini mengandungi dua tahap. Tahap pertama dengan membubuh huruf saksi ( vokal) dan tahap kedua dengan membubuh huruf saksi ( vokal ) pada kedua-dua suku kata.
Daripada beberapa contoh aksara asal Hikayat Abdullah diatas dapat dilihat beliau tidak menggunkan tanda-tanda baris pada tulisannya.

4.1 Aspek bahasa
i. Morfologi
Morfologi adalah bidang yang mengkaji proses pembentukan kata-kata dalam sesuatu bahasa. Ia meliputi penggolongan perkataan atau kata-kata dalam sesuatu bahasa. Sebagai contohnya dari aspek imbuhan, penulisan karya Hikayat Abdullah telahpun menggunakan imbukan meN-. Hal ini dapat diperhatihan pada petikan karya Hikayat Abdullah seperti dibawah;
Contoh 1
Maka jawabnya, “ Tuan, sahayalah cakap membawa jalan kepada susunan itu, akan tetapi tuan sekarang ada penuh kapal-kapal Inggeris pada segenap jajahan tanah Jawa itu menjaga, tiadalah boleh masuk dan keluar barang perahu atau kapal keci; dan lagi pula Holanda itu pun terlalu keras kawalnya, serta dengan cemburunya.”
( halaman 69)
Contoh 2
Bermula maka adalah telah berpuluh-puluh kali aku ini disuruhkan oleh tuan-tuan itu memanggil dan mencari anak-anak Melayu, supaya boleh ia belajar dan mengetahui membaca dan menulis, baik bahasa Melayu baik bahasa Inggeris, maka oleh sebab bodohnya dan sangka mereka itu nanti dimasukkan Inggeris, tiadalah ia mau datang, kerana fikiran mereka itu, dengan kekerasan nanti ditangkap dimasukkan Inggeris: maka beberapa kali sudah aku ingatkan akan mereka itu, serta memberitahu aku mereka itu, “Bahawa sekali-kali tiada Inggeris itu hendak memasukkan seseorang kedalam agamanya kalau yang empunya diri tiada suka; melainkan supaya kamu boleh belajar dan mengetahui bahasa kamu dan bahasa Inggeris kelak, nanti dibelakang bnyak gunanya.” (Halaman 119)

Selaian daripada aspek penggunaan imbuhan meN-, banyak lagi aspek morfologi yang terdapat dalam penulisan karya Hiakayat Abdullah.
ii. Sintaksis
Daripada pemerhatian yang dibuat adakalanya Abdullah gemar menggunakan ayat yang panjang-panjang dan menyulitkan pembaca untuk memahaminya. Ayat-ayat daripada hikayatnya ini boleh dijadikan contoh;
Contoh 1
Maka jikalau sekiranya tiada suluh itu tanganku, dan cermin mata itu kupakai, nescaya banyak kali sudah aku terperosok ke dalam limbah dan parit yang penuh pada tiap-tiap lorong dan jalan; seperti kecuali kebanyakan kelakuan orang yang tiada memegang suluh itu terperosok ia kesana ke mari, jatuh bangun coreng-coreng berlumur dengan Lumpur dan orang, dan patah riuk kaki tangannya di hadapanku.
( halaman 16)

Contoh 2
Maka jawabnya, “ Tuan, sahayalah cakap membawa jalan kepada susunan itu, akan tetapi tuan sekarang ada penuh kapal-kapal Inggeris pada segenap jajahan tanah Jawa itu menjaga, tiadalah boleh masuk dan keluar barang perahu atau kapal keci; dan lagi pula Holanda itu pun terlalu keras kawalnya, serta dengan cemburunya.”
( halaman 69)

Ayat-ayat yang panjang begini mengganggu pemahaman pembaca kerana ada watunya pembaca terpaksa mengulangi pembacaan. Jelas dari segi bahasa (ayat) Abdullah masih lagi tidak membawa apa-apa pembaharuan.
iii. Semantik
Secara umum kita berpendapat bahawa makna sesuatu bahasa akan mudah difahami apabila dalam bentuk ayat. Andaian ini tidak selamanya tepat kerana kehadiran ayat yang dibina daripada kata dan kelompok kata, dan tidak semuanya hanya memiliki satu makna. Dalam bahasa Melayu seringkali apa yang kita ucapkan atau tuliskan tidak serupa dengan pa yang dimaksudkan.
Dapat diperhatikan dalam karya Hikayat Abdullah maksud atau pun perkara yang disampaikan melalui makna tersurat. Makna tersurat yang dimaksudkan ialah makna yang diperolehi semata-mata daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Dimana dalam penulisannya banyak menyatakan terus atau secara lansung apa yang hendak disampaikan kepada masyarakat Melayu ketika itu. Umpamanya ;

Bermula maka adalah telah berpuluh-puluh kali aku ini disuruhkan oleh tuan-tuan itu memanggil dan mencari anak-anak Melayu, supaya boleh ia belajar dan mengetahui membaca dan menulis, baik bahasa Melayu baik bahasa Inggeris, maka oleh sebab bodohnya dan sangka mereka itu nanti dimasukkan Inggeris, tiadalah ia mau datang, kerana fikiran mereka itu, dengan kekerasan nanti ditangkap dimasukkan Inggeris: maka beberapa kali sudah aku ingatkan akan mereka itu, serta memberitahu aku mereka itu, “Bahawa sekali-kali tiada Inggeris itu hendak memasukkan seseorang kedalam agamanya kalau yang empunya diri tiada suka; melainkan supaya kamu boleh belajar dan mengetahui bahasa kamu dan bahasa Inggeris kelak, nanti dibelakang bnyak gunanya.”


Dari contoh diatas perkara pokok disampaikan secara terus tanpa menggunakan sebarang simbolik ataupun kiasan.
iv. Kosa Kata
a) Kata asli
Sebagai karya di peringkat awal, Abdullah masih tidak dapat melepaskan penggunaan kata asli dalam tulisannya. Bukan sahaja bahasa yang digunakan itu bahasa lama tetapi struktur ayatnya juga masih seperti cerita hikayat. Sebagai contoh dalam Hikayat Abdullah pada halaman 9 dan 10;
Maka beberapa lamanya dalam hal yang sedemikian, maka datanglah seorang orang Arab Syaid yang bernama Habib Abdullah, bangsanya Haddad, maka adalah ia itu aulia, mak sangatlah dipermulia orang akan dia dalam Melaka; maka segala laki-laki dan perampuan pun pergilah berguru kepadanya darihal perkara agama Islam. Maka bondaku juga tiada pergi, sentiasa duduk menangis terkenangkan anak-anaknya yang mati itu. Maka adalah rumahku itu berhadapan dengan rumah tempat tuan itu tinggal; maka disuruhnya panggil bapaku, diperiksanya akan hal bondaku itu duduk menangis-nangis. Maka oleh bapaku segala hal anak-anaknya habis mati itu; maka kata tuan itu, “ Baiklah, pergi engkau katakan kepada isterimu janganlah ia menangis, insya-Allah nanti diberi Allah kepadanya seorang anak laki-laki; maka apabila beranak kelak, engkau namakan dengan namaku.” Maka pulanglah bapaku serta mengatakan kepada bondaku akan segala perkataan tuan itu; maka bondaku pun berhentilah daripada menangis dan dukacita.


Struktur ayat lama ini dikutkan lagi dengan penggunan kata-kata asli seperti ‘maka’, ‘beberapa lamanya’, ‘maka adalah’, ‘akan dia’ dan ‘maka apabila. Dalam Hikayat Abdullah banyak terdapat kata nasihat. Hal ini menunjukkan bahwa Abdullah masih terikut-ikut struktur penulisan sastera lama. Begitu juga apabila dia menggunakan pentun dan syair dalam karyanya. Penggunaan perkataan hikayat itu sendiri membayangkan bahawa Abdullah masih cenderung meneruskan tradisi penulisan lama.
b) Kata pinjaman
Daripada penelitian yang dibuat dalam penghasilan karya-karya Abdullah Munsyi banyak menggunakan kata pinjaman Bahasa Inggeris, misalnya dalam Hikayat Abdullah digunakan diksi character (halaman 5), enjineer (halaman 6), secretaries governments (halaman 6), electricity (halaman 115), arithmetic (halaman 117), commission (halaman 165).
Selain daripada penggunaan kata pinjaman Bahasa Inggeris terdapat juga penggunan kata pinjaman bahasa Arab dalam penulisan karyanya, misalnya perkataan syaaban (halaman 1), khatib ( halaman 4 ), sayid (halaman 35) dan banyak lagi.


5.0 Kesimpulan
5.1` Penutup
Abdullah Munsyi menggunakan bentuk laporan dalam membina karya-karyanya. Dia melaporkan apa saja yang terjadi pada dirinya, yang dilihat dan dialami. Walau bagaimanpun, dia bukanlah seperti wartawan kerana dia juga mengemukakan cadangan dan nasihat dalam karya-karyanya. Bentuk penulisan kritikan juga terlihat dalam karyanya terutama kritik terhadap raja-raja Melayu. Seperti karya cereka, Abdullah juga menggunakan dialog dalam penceritaan di samping diksi watak-watak bagi menyampaikan maksud atau persoalan yang dikemukakan.

Diteliti karya-karya Abdullah Munsyi, dapat dibuat kesimpulan bahawa Abdullah telah jauh meninggalkan bentuk penulisan sastera lama. Ini tergambar pada persoalan atau tema yang dikemukakan, pada plot cerita, perwatakan, latar cerita dan sudut pandangan. Hanya gaya bahasa yang masih kekal seperti gaya bahasa sastera lama. Buah tangannya ini boleh dijadikan bahan rujukan dan bahan dokumentasi yang penting.

Maksud Komunikasi, Teori Dan Teori Komunikasi

A. Terangkan perkara – perkara berikut dan beri contoh yang sesuai.

1.0 PENGENALAN
Persatuan Pentadbir Komunikasi telah mendefinisikan komunikasi sebagai :


“ A humanistic and scientific field of study, research, and application. Its focus is upon how,why,and with what effects people communicate through spoken language and associated nonverbal messages. Just as political scientists are concerned with political behaviour and economists with economic behaviour, the student of speech communication is concerned with communicative behaviour. ”

Mengikut definisi di atas ini, komunikasi ini melibatkan berbagai jenis perlakuan dan wujud dalam berbagai situasi seperti awam dan persendirian, bisnes dan sosial, rumah dan sekolah, tidak formal dan formal.

Dalam kehidupan manusia sejagat, perhubungan merupakan suatu agenda yang utama untuk membentuk sesuatu kejayaan dan matlamat. Perhubungan manusia dengan alam bermula semenjak Nabi Adam a.s diturunkan oleh Allah s.w.t ke muka bumi ini. Dalam Al-Quran ada menjelaskan mengenai bagaimana dua insan pertama ini dapat bertemu walaupun mereka diletakkan ditempat yang berlainan. Situasi ini dapat diselesaikan dengan adanya teknik perhubungan yang kini dikenali sebagai komunikasi.

i. Maksud Komunikasi, Teori Dan Teori Komunikasi.

Komunikasi adalah suatu proses penyampaian pesan dari satu pihak kepada pihak lain agar terjadi saling mempengaruhi diantara satu dengan yang lain. Pada umumnya, komunikasi dilakukan dengan menggunakan kata-kata (verbal) yang dapat difahami oleh kedua belah pihak. Seandainya tidak ada bahasa verbal yang dapat difahami mereka , komunikasi masih dapat dilakukan dengan menggunakan gerak-geri badan, menunjukkan sikap tertentu, misalnya tersenyum, menggelengkan kepala, mengangkat bahu. Cara seperti ini disebut komunikasi dengan bahasa isyarat. Beberapa sarjana dalam bidang komunikasi telah memberi pendapat mereka tentang komunikasi ini. Diantaranya ialah :

Bittner ( 1988 ) pula mengatakan bahawa komunikasi adalah merupakan “ satu perlakuan berkongsi simbol ”. Simbol – simbol ini adalah terdiri daripada verbal dan nonverbal dan ia merupakan komponen di dalam proses komunikasi.

French ( 1993 ) komunikasi adalah satu usaha mewujudkan salaing memahami dalam minda orang lain.

Schramm dan Robert pula mengatakan komunikasi adalah satu proses untuk mengongsikan sesuatu orientasi terhadap satu set tanda – tanda maklumat ( Mansor Ahmad Saman etal, 1984 )

Sebagai contoh, proses penyampaian mesej oleh seorang individu dan penerima mesej oleh individu lain ataupun sekumpulan individu dengan membawa satu kesan dan peluang memperolehi maklumat balas serta-merta. Misalnya, rakan sekerja, pelajar dan sebagainya, penggunaan kata sapaan ‘Assalamualaikum’, ‘apa khabar’, terima kasih’, ’maafkan saya’ dan sebagainya yang menunjukkan kesopanan dan menghormati.
Teori pula adalah kenyataan atau penerangan yang kita bentuk untuk menerangkan tentang sesuatu kejadian dan ianya berupa sementara. Beberapa orang sarjana dalam bidang ini mentakrifkan teori ini mengikut pendapat mereka masing – masing. Diantaranya ialah :

Little John (1995), beliau menegaskan bahawa teori adalah ringkasan dan rekaan, bukannya realiti. Beliau juga, menyatakan bahawa “teori ialah satu percubaan untuk menerangkan dan menjelaskan satu pengalaman, atau satu idea tentang bagaimana sesuatu kejadian itu berlaku”.

Griffin (1997) pula mengatakan bahawa “teori adalah peta tentang kebenaran, jawapan sementara yang dibentuk bagi persoalan yang timbul tentang sesuatu fenomena”

Cragan dan Shields (1998) mendefinisikan teori sebagai “satu lambang yang mengandungi konsep-konsep dan perkaitan di antaranya yang membolehkan seseorang memahami, menjelas, menerang, menilai, membuat ramalan, dan membuat kawalan terhadap fenomena”

Kesimpulannya teori adalah kenyataan atau penerangan yang kita bentuk untuk menerangkan tentang sesuatu kejadian dan ianya berupa sementara. Kita boleh membuat ujian dan kajian secara sistematik untuk menentukan sama ada penerangan atau kenyataan boleh dibuktikan sahih atau sebaliknya. Kita juga boleh menerima, menolak atau mengubahsuai teori berdasarkan kajian yang kita jalankan.

Teori Komunikasi ialah penyataan untuk menerangkan, menjelas, menilai dan membuat ramalan terhadap komunikasi. Gabungan konsep antara teori iaitu penyataan dengan komunikasi telah membentuk satu tanggapan atau proses yang berfaedah untuk penyelidikan. Menurut pakar dalam bidang komunikasi ini, mereka berpandapat bahawa :

Cragan dan Shields, ( 1998 ) teori komunikasi ialah satu kenyataan yang mengandungi konsep yang membantu memberi secara keseluruhan atau sebahagian, keterangan, penjelasan dan mempunyai perkaitan antaranya yang membolehkan seseorang memahami, menjelas dan menilai fenomena serta ramalan.

Borman, ( 1989 ) Satu perkataan atau istilah yang merupakan pendokong kepada semua perbincangan yang berkaitan dengan proses komunikasi

Menurut Littlejohn, ( 1996 ) Satu teori atau sekumpulan ‘collective wisdom’ yang didapati daripada keseluruhan teori berkaitan proses komunikasi

Kesimpulannya, teori komunikasi amatlah penting untuk diaplikasi oleh kita sebagai seorang pelajar. Dengan adanya teori komunikasi ini kita dapat memahami, menyusun dan membuat rumusan tentang ramalan sudah tentu perlakuan yang negatif dapat diatasi pada peringkat intrapersonal lagi.


ii. Perkembangan Bidang Komunikasi.
Di zaman nenek moyang kita , komunikasi tidak berlaku dengan begitu baik sekali jika dibandingkan dengan apa yang kita kecapi pada masa kini di mana terdapat sistem bahasa yang baik. Asas – asas kepada bahasa muncul lebih kurang 100,000 tahun. Dalam lingkungan 9000 tahun pula munculah piktograf, luisan yang terdapat dalam gua atau kulit haiwan. Dengan ini menambahkan komunikasi dalam bentuk pertuturan. Dalam lingkungan 6000 yang lalu piktograf memainkan peranan yang lebih sebagai simboldan seterusnya simbol – simbol itu dijadikan huruf. Selepas itu barulah muncul papyrus dan kulit kambing sebagai kertas pada zaman Rom. Dalam tahun 1300 kertas mula digunakan sepenuhnya di Eropah. Seterusnya 500 tahun yang lalu proses percetakan moden telahpun bermula. Percetakan dimulakan dengan menggunakan blok yang berbentuk kayu. Selepas itu barulah Johann Gutenberg (1400 – 1468 ) di Jerman telah memperkenalkan penggunaan mesin taip bergerak yang diperbuat daripada logam.

Di Malaysia hari akhbar pertama telah dikeluarkan pada tahun 180 di Pulau Pinang yang dinamakan Prince of Wale Gazette. Pada abad ke 18 dan 19 berlakunya perkembangan teknologi fotografi dengan pesatnya. Awal abad ke-19 pengeluar – pengeluar filem Amerika dan Eropah telah mula menerbitkan filem – filem yang boleh ditayangkan beberapa minit.

Mulai awal abad ke-20 berlakunya perkembangan pesat bagi komunikasi yang berbentuk teknologi seperti radio, televisyen dan telefon. Selepas itu muncullah teknologi yang lebih canggih seperti satelit, computer dan teleconferencing.
( Ahmad Kamil Mohamed, 1995 )

Memang kita tidak dapat nafikan lagi, perkembangan dalam bidang komunikasi berlaku sejajar dengan bidang-bidang lain. Daripada perkara yang kecil sehinggalah perkara paling besar. Walaupun kajian tentang komunikasi agak ketingalan berbanding dengan bidang yang lain, bidang ini sama kewujudan dan kepentingan dengan bidang-bidang yang lain. Tanpa komunikasi, bidang ilmu yang lain tidak akan berkembang dengan baik. Kita akan lihat bagaimana perkembangan bidang komunikasi ini di barat dan juga di Malaysia.

Di Barat perkembangan bidang ini berlaku pada abad ke 20. Bidang ini dikenali sebagai bidang baru berbanding bidang pengajian yang lain. Perkembangan kemajuan teknologi telah memaksa bidang komunikasi diberi perhatian untuk penyelidikan. Teknologi seperti radio, telefon, televisyen satelit, komputer, perindustrian dan politik dunia telah mencetuskan capahan untuk penyelidikan bidang komunikasi dengan lebih mendalam bagi membentuk konsep dan memahaminya. Penyelidikan pada masa itu lebih kepada apakah kesan teknologi kepada individu, masyarakat, rakyat jelata dan negara. Kajian demi kajian dijalankan sehingga setiap ucapan pemimpin dianalisis untuk mengetahuai kesanya kepada sesebuah masyarakat. Perkembangan perniagaan yang pesat menjadikan komunikasi digunakan oleh syarikat-syarikat untuk mengiklankan barangan mereka dengan bantuan teknologi komunikasi. Teori barat ini banyak diperbincangkan mengikut tradisi barat. Menurut Griffin,(1997), tahap perkembangan komunikasi di barat melalui beberapa peringkat iaitu :

Era Awal (1900 – 1950) kebangkitan Retorik,
Era Komunikasi Dan Sains Sosial ( 1930 -1960 ) kesan media,
Era Revolusi Empirik (1950-1970) Teori Dalam Tabung Uji,
Era Pergolakan60an(1960-1970)Asas Pelancaran Komunikasi Perseorangan,
Era Retorik Baru (1965-1980),
Era Pencarian Model Sejagat (1970 – 1980,
Era Pergolakan Dalam Bidang (1980 – kini ).

Negara kita Malaysia, bidang komunikasi mula berkembang secara sistematik pada tahun 1970an Pengajiannya bermula di. Universiti Sains Malaysia, diikuti oleh Institut Teknologi MARA (sekarang Universiti Teknologi MARA), kemudian Universiti Kebangsaan Malaysia dan seterusnya Universiti Pertanian Malaysia ( kini Universiti Putra Malaysia). Seperti juga bidang komunikasi di barat, mereka yang memasuki bidang komunikasi di Malaysia adalah dari bidang-bidang lain seperti sains politik, pendidikan, pemgembangan, sosiologi dan psikologi sosial. Walau bagaimanapun ada juga yang mendapat pendidikan peringkat sarjana dan Ph.D dalam bidang komunikasi daripada Barat dan Philipines. Tidak hairanlah para sarjana di Malaysia adalah mengikut acuan barat tetapi mereka telah membuat penyesuaian dengan acuan Malaysia bagi membolehkan bidang ini menjadi sepadan dengan nilai dan budaya masyarakat timur. Bidang komunikasi ini akan berkembang dengan baik jika negara meletakkan ianya sebagai dasar pendidikan diperingkat rendah lagi.Di antara nama – nama besar yang mengasaskan bidang komunikasi di negara kita ialah :

Prof Dr.Mohd Yusoff Hussain ( dulu UPM, sekarang UIA )
Prof Dr.Syed Arabi ( UKM )
Prof Vincent Low dan Prof Ramli Mohamad ( USM )
Datin Sharifah Mariam dan Dr.Bukhori ( ITM )
Prof Madya Dr.Shamsuddin A.Rahim dan Prof Madya Dr.Rahmah Hashim ( UKM ).
Prof Madya Dr.Md.Salleh Hassan,Prof Dr. Sulaiman Yassin dan Dr. Soadah Wok ( dulu UPM, sekarang UIA )
Prof Madya Dr.Musa Abu Hassan, Dr. Ezhar Tamam dan Dr.Narimah Ismail ( UPM )

Ternyata perkembangan dalam bidang komunikasi ini banyak membawa perubahan kepada dunia kita pada masa kini.Tanpa komunikasi kita tidak dapat mengetahui tentang perkembangan kemajuan dunia pada masa kini.

iii. Proses Pembentukan Teori Komunikasi.

Teori komunikasi banyak membantu kita dalam menilai, menyusun, meramal dan bertindak dengan lebih cekap. Petikan daripada Narimah, 2004, setiap hari semua kita sentiasa tertakluk kepada fungsi dan peranan komunikasi sama ada secara interpersonal, kumpulan, keorganisasian atau secara massa. Dalam menyelesaikan masalah, sebenarnya manusia ingin mengetahui, mencari dan boleh menerangkan sesuatu kebenaran. Untuk mencari kebenaran sesuatu teori, persoalan, masalah hendaklah menggunakan kaedah saintifik, taakulan induktif dan deduktif yang merupakan asas untuk kebenaran tersebut. Proses pembuktian kebenaran ini dipanggil penyelidikan. Pada asasnya penyelidikan adalah cara berfikir bagi mengkaji fenomena secara terperinci, cara kaedah yang sesuai, interprestasi hasil dapatan untuk dikaitkan dengan dengan dapatan hasilan atau teori. Penyelidikan telah diertikan oleh beberapa pakar bagi tujuan pembentukan teori antaranya adalah seperti berikut :
Penyelidikan adalah satu usaha menganalisis data melalui kaedah saintifik dengan cara formal dan sistematik. Kerlinger (1973)

Syed Arabi (1993) mentakrifkan penyelidikan sebagai satu tatacara teratur yang hasilnya membolehkan penambahan ilmu pengetahuan.

Salkind (1994) satu proses penemuan baru.


Dapatlah kita simpulkan di sini, untuk menyelidik dalam komunikasi kita hendaklah mengetahuai dan menjalankan kaedah seperti; eksperimen, tinjuan, analisis tekstual dan etnografi.

iv. Kepentingan Teori Komunikasi Kepada Saya.

Sebagai seorang guru atau pelajar, teori komunikasi amatlah penting dalam setiap saat dan ketika dalam menjalani kehidupan sebagai penyampai dan penuntut ilmu. Teori Komunikasi akan membantu saya khususnya dalam memberi penerangan (idea), menghurai, menjelaskan situasi dan membuat ramalan tentang fenomena komunikasi tersebut. Ianya juga bertindak sebagai kawalan dan panduan untuk menjalankan penyelidikan tentang komunikasi. Di sini saya menghuraikan kepentingan teori komunikasi kepada saya sebagai seorang pendidik dan pelajar, antaranya ialah :

Membantu saya menjadi lebih cekap dan berupaya menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah – ubah dengan orang lain terutamanya apabila saya berhadapan dengan pelajar saya. Saya mesti membuat persediaan yang lengkap dan sesuai untuk melakukan komunikasi. Ini bermakna saya pelu membuat persediaan yang rapi untuk menyampaikan isi pelajaran kepada murid – murid baik dari segi isi pelajaran, kesesuaian kandungannya dan langkah – langkah pengajaran yang sesuai dengan peruntukan masa dan juga alat bantu mengajar.

Sebagai panduan dalam membuat keputusan dan mengambil tindakan, sebagai seorang guru, kita mestilah terlebih dahulu mengenali murid kita. Apabila kita mengenali mereka kita akan dapat berkomunikasi dengan lebih baik. Murid – murid pula akan berasa bangga apabila guru mengenalinya atau menyebut namanya.

Teori menyusun dan membuat rumusan tentang sesuatu pengalaman, membantu saya sebagai seorang pendidikan yang seratus peratus terlibat dalam bidang komunikasi mengetahuinya melalui pengumpulan semula segala pengetahuan tentang sesuatu perlakuan komunikasi, terutamanya apabila berhadapan dengan anak didik.

Teori memanjangkan ilmu – teori membantu saya melihat perkara yang belum kita lihat sebelum ini (Littlejohn, 1999).Walaupun perkara itu di depan mata kita melihat perkara yang sama di kacamata baru.

Teori merangsang untuk kajian masa depan ( heuristik )

Teori membantu dalam membuat ramalan.

Melalui Komunikasi Antara Perseorangan saya sebagai seseorang pelajar dan juga guru dapat menyesuaikan diri saya dengan pelbagai karenah rakan-rakan dan juga dapat memahami tenaga pengajar dan juga pelajar saya sendiri.

Kesimpulannya , keupayaan untuk berinteraksi secara positif bukan sahaja penting bagi kejayaan seseorang individu seperti kerjaya saya sebagai seorang guru, malahan ianya penting bagi kejayaan organisa sekolah saya. Kebolehan bertkomunikasi dengan baik membolehkan seseorang individu dimanati dan digemari oleh audien atau pelanggannya.

B. Komunikasi antara perseorangan amat penting dalam kehidupan kita. Terangkan satu pengalaman yang pernah anda alami yang berkait dengan komunikasi antara perseorangan. Pilih satu teori yang sesuai untuk menerangkan pengalaman anda. Terangkan tentang teori tersebut.
TEORI DISONAN KOGNITIF

Memang kita tidak dapat nafikan lagi, bahawa komunikasi ataupun perhubungan sesama insan merupakan pokok utama yang perlu kita tunaikan dalam kehidupan seharian kita. Semakin banyak kita berinteraksi maka semakin banyaklah maklumat yang kita perolehi. Sebagai seorang insan kita tidak terlepas daripada mengalami sesuatu pengalaman sewaktu kita berkomunikasi dengan seseorang.

Menurut Festinger ( 1957 ) apabila perlakuan kita tidak menyamai perkara yang kita percaya, maka akan berlaku ketegangan mental atau disonan kognitif. Keadaan ini tidak stabil dan kita berusaha untuk mengubah sama ada perlakuan atau kepercayaan kita. Ketegangan yang kita rasai berbeza mengikut kepentingan perkara yang kita hadapi. Hal ini bermakna bahawa semakin penting isu yang kita hadapi, semakin besar perbezaan antara perlakuan dan kepercayaan kita, maka semakin besarlah perasaan disonan yang kita hadapi.

Untuk mengurangkan tekanan tersebut Festinger telah membuat tiga bentuk hipotesis atau kaedah mental untk memastikan tindakan dan sikap itu menjadi selari.

Pengalaman 1

Saya masih teringat cerita semasa saya dibangku sekolah menegah dahulu, Tahun ini saya akan menghadapi Ujian Sijil Rendah Pelajaran Malaysia. Seandainya saya tidak lulus mata pelajaran yang diwajibkan lulus, sudah pasti saya tidak dapat menjejakkan kaki saya ke Tingkatan Empat. Mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik merupakan salah satu daripada mata pelajaran yang diwajib lulus. Kebetulan pada tahun itu cikgu yang mengajar kedua mata pelajaran tersebut merupakan cikgu yang paling saya tidak suka. Disebabkan keadaan yang demikian saya selalu ponteng kelas apabila kedua orang guru itu mengajar di kelas kami. Satu perkara yang saya tidak suka, saya menghadapi tekanan mental atau disonan kognitif.



Pengalaman 2

Peristiwa ini berlaku semasa membeli Komputer riba atau Lap Top, saya juga mengalami tekanan iaitu sama ada membeli Lap Top berjenama Acer atau Toshiba ? Harga Lap Top Toshiba mahal RM100.00 sahaja daripada jenama Acer. Adakah saya akan membeli Komputer riba berjenama Toshiba yang mempunyai prosesor Intel Centrino Duo Mobile Teknologi dengan kelajuan 2.0 Ghz , skrin lebar 12 inci , dan dilengkapi dengan Wi – fi atau pun komputer riba berjenama Acer yang mempunyai prosesor Intel Centrino Duo dengan kelajuan 1.8 Ghz, skrin lebar dan dilengapi juga dengan Wi – fi.

Berdasarkan pengalaman yang saya alami di atas, Festinger telah memberi tiga hipotesis bagi mengatasi masalah disonan kognitif., iaitu :

Hipotesis 1: Pendedahan Terpilih Menghalang Disonan.

Menurut Festinger kita selalu mengelak maklumat yang boleh meningkatkan disonan. Dalam situasi di atas, saya boleh berbual, bertanya, atau mendapatkan maklumat tentang guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik itu kami itu tadi daripada mereka yang suka dan minat guru tersebut. Saya rasa elok saya jauhkan diri dari berbincang dengan kawan saya yang tidak suka akan kedua – dua guru itu tadi. Berkemungkinan dengan cara sebegini dapat lagi menghilang rasa kekeliruan terhadap mereka.


Hipotesis 2: Disonan Selepas Membuat Keputusan Memerlukan Sokongan.

Biasanya, selepas membuat sesuatu keputusan tetapi keputusan tersebut kurang baik, maka saya berasa tertekan. Bagi mengatasi keadaan disonan yang timbul, saya telah meminta bantuan abang saya dan rakan-rakan yang boleh menjelaskan kepada saya tentang Lap Top / komputer riba yang sesuai untuk saya, sebelum saya membelinya. Saya juga menghadapi masalah semasa membuat bayaran sekiranya membeli komputer riba berjenama Toshiba, maka saya terpaksa membeli model komputer riba berjenama Acer. Menurut Festinger terdapat tiga situasi yang membuat disonan selepas membuat keputusan menjadi teruk iaitu :

apabila keputusan yang dibuat penting,
jarak masa untuk memilih antara dua keputusan yang sama menarik
susah untuk berpatah balik setelah membuat keputusan.

Hipotesis 3 : Justifikasi Minima Untuk Tindakan Akan Membawa Perubahan Sikap.

Menurut hipotesis ini, cara untuk mendapat perubahan yang kekal adalah dengan membuat sesuatu perkara baru diikuti dengan perubahan sikap. Untuk mendapat perubahan perlakuan kita perlu memberi insentif yang minima. Bagi saya, apabila keputusan bagi setiap penggal diumumkan semasa perhimpunan di sekolah keputusan tersebut pula memuaskan hati saya , maka segala usaha yang saya buat sebelum ini memang berbaloi. Jadi, saya akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun mengulangkaji mata pelajaran yang diajar sebelum saya menduduki peperiksaan.

Sepertimana yang telah kita bincangkan tadi dapat kita simpulkan bahawa Teori Disonan Kognitif ini merupakan tekanan yang kita alami sebab kepercayaan kita tidak selari dengan perlakuan kita. Kita memang lebih mudah mengubah kepercayaan, pendirian mahupun sikap kita bergantung kepada keadaan dan situasi.Teori ini juga mengemukakan hipotesis atau jangkaan langkah-langkah yang diambil oleh seseorang apabila menghadapi disonan kognitif.

Keseluruhan dapatlah kita katakan disini bahawa komunikasi adalah asas dan berkait rapat dengan tugas serta aktiviti harian kita khususnya dan masyarakat amnya. Dengan mengamalkan komunikasi kita dapat memujuk, memberitahu, mengajar dan menghibur. Teori komunikasi banyak membantu kita dalam menilai, menyusun, meramal dan bertindak dengan lebih cekap. Kefahaman mengenainya akan banyak membantu kita dalam menjadikan diri kita insan yang berjaya dalam pelbagai konteks dan situasi baik sebagai pelajar, individu, ahli keluarrga, ahli masyarakat dan negara khasnya.

Media massa memainkan peranan penting dalam pembangunan dan berupaya mempengaruhi perlakuan khalayak, khususnya di negara sedang memba

1.0 Pengenalan


Media yang terdiri daripada pelbagai bentuk memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan sesebuah negara. Tanpa media masyarakat sesebuah negara itu akan menjadi buta dan pekak. Setiap hari kita membaca akhbar, buku, majalah serta menonton televisyen (TV), surat khabar dan majalah. Media cetak dan media elektronik ini memainkan peranan yang sangat penting dalam mencorakkan kehidupan manusia sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak. Oleh itu kita perlu tahu;

“Bagaimana orang ramai menggunakan media?”
“Apakah kesan media massa terhadap masyarakat dan golongan tertentu? “ “Apakah kesan media massa mempunyai pengaruh yang kuat, sederhana atau terhad terhadap kepentingan sesuatu isu?”
“ Adakah pihak tertentu boleh menggunakan media massa untuk memberi gambaran terhadap reality?”

Banyak kajian telah dibuat tentang pengaruh atau kesan media massa terhadap masyarakat. Kebangakan kajian lebih tertumpu terhadap memahami komunikasi massa sejak bidang komunikasi mula berkembang.



1.2 Komunikasi

Komunikasi adalah suatu proses penyampaian pesan dari satu pihak kepada pihaklain agar terjadi saling mempengaruhi diantara keduanya. Pada umumnya, komunikasi dilakukan dengan menggunakan kata-kata (lisan) yang dapat dimengerti oleh kedua belah pihak. Apabila tidak ada bahasa verbal yang dapat dimengerti oleh keduanya, komunikasi masih dapat dilakukan dengan menggunakan gerak-gerik badan, menunjukkan sikap tertentu, misalnya tersenyum, menggelengkan kepala, mengangkat bahu. Cara seperti ini disebut komunikasi dengan bahasa nonverbal atau bahasa isyarat Manusia berkomunikasi untuk membagi pengetahuan dan pengalaman. Bentuk umum komunikasi manusia termasuk bahasa sinyal, bicara, tulisan, gesture, dan broadcasting. Komunikasi dapat berupa interaktif, transaktif, bertujuan, atau tak bertujuan Melalui komunikasi, sikap dan perasaan seseorang atau sekelompok orang dapat dipahami oleh pihak lain.
Sebenarnya terdapat begitu banyak definisi tentang komunikasi yang diperkatakan atau diberikan oleh pakar-pakar dan tokoh-tokoh komunikasi dalam penerbitan masing-masing. Berikut dihuraikan secara ringkas beberapa pengertian komunikasi;

i) Menurut Hybels dan Weavers (1992), melihat komunikasi sebagai apa sahaja proses di mana seseorang berkongsi maklumat, idea dan perasaan.
ii) Sementara Byrnes (1975), menganggap komunikasi sebagai satu proses interaksi antara manusia, di mana orang ramai bertutur dan bertukar-tukar pendapat, gerak isyarat atau simbol, dengan tujuan untuk memberi dan bertukar-tukar maklumat, mempengaruhi tingkah laku, memujuk ataupun mengubah keadaan fizikal atau mental.
iii) Manakala French (1993), berpendapat komunikasi adalah satu usaha mewujudkan saling memahami dalam minda orang lain.
iv) Abrams (1986), pula berpendapat komunikasi merupakan satu proses yang berterusan melibatkan pemindahan maklumat daripada sumber kepada penerimanya.
v) Aderson (1991), mentakrifkan komunikasi sebagai apa sahaja perlakuan yang boleh mendatangkan makna kepada orang lain sama ada secara sedar atau tidak.
vi) Clevenger (1991) bersetuju dengan Motley (1990) yang mengatakan komunikasi itu merupakan mesej yang dihantar mahu pun diterima secara sedar dan dengan niat.

Setelah dibuat penelitian tentang definisi di atas bolehlah kita membuat kesimpulan bahawa komunikasi adalah satu proses manusia menghantar dan menerima mesej. Dengan kata lain, satu proses di mana manusia berkongsi atau bertukar idea, maklumat dan perasaan. Melalui komunikasi yang berkesan manusia boleh memahami antara satu sama lain. Sebaliknya komunikasi yang tidak tepat menyebabkan berlakunya salah faham sesama manusia dan seterusnya mencetuskan konflik yang lebih besar.

1.3 Komunikasi Massa

Komunikasi massa adalah komunikasi yang menggunakan perantaraan bahan. Dalam kenidupan kita, bahan-bahan perantaraan untuk menyampaikan maklumat seperti akhbar, buku, majalah, internet, telefon bimbit, dan televisyen adalah merupakan contoh bahan-bahan media massa. Bahan media massa ini mempunyai peranan penting dalam menyebarkan maklumat yang diperlukan oleh masyarakat.

Media ini akan memberi gambaran kepada kita tentang apa yang berlaku di sekeliling kita. Namun, di sebalik pentingnya media ini kepada kita harus juga kita ingat bahawa media massa ini mempunyai pengaruhnya terhadap pemikiran masyarakat serta boleh memberi kesan kepada kita. Oleh itu, tugasan ini membincangkan perihal Teori komunikasi massa yang dikatakan membawa pelbagai kesan kepada masyarakat.

Komunikasi massa adalah merujuk kepada komunikasi umum yang selalunya menggunakan perantaraan (Narimah Ismail, 2006: 17). Perantaraan yang dimaksudkan dalam komunikasi ini ialah penggunaan televisyen, akhbar, majalah, radio, dan buku. Bahan perantaraan ini juga digunakan sebagai satu alat komunikasi bagi menyampaikan maklumat serta apa yang berlaku di sekeliling kita. Dalam membincangkan perihal komunikasi massa, bahan perantaraan ini boleh memberi kesan terhadap masyarakat. Kesan media massa ini merujuk kepada perubahan perilaku dan pemikiran seseorang setelah menerima maklumat daripada media massa yang digunakannya dari segi emosi dan pemikiran.

2.0 Teori Komunikasi Massa

Terdapat banyak teori yang boleh kita gunakan dalam memahami fenomena yang berlaku di sekeliling kita dengan menggunakan teori-teori komunikasi massa berdasarkan konsep-konsep teorinya. Beberapa teori komunikasi massa yang dapat kita gunakan untuk menjelaskan dan memahami apa yang berlaku di sekeliling kita dan kesan terhadap khalayak adalah seperti Teori Penenaman (Cultivatiom Theory), dan Teori Penetapan Agenda (Agenda Setting Theory), Teori Pilin Kesenyapan (Spiral of Silence ).

2.1 Teori Penanaman (Cultivatiom Theory)

Teori ini deperkenalkan oleh George Gabner dan rakan-rakannya daripada Kajian Komunikasi Annenberg, Universiti Pennsylvania. Menurut Gabner (1973), televisyen merupakan alat yang banyak mempengaruhi cara hidup sesuatu masyarakat.

Gebner berpendapat mereka yang banyak menonton televisyen (melebihi 4 jam sehari ) akan dipengaruhi dari segi idea dan gambaran realitinya oleh maklumat yang diperolehi dari televisyen. Kesannya terhadap pendedahan kepada maklumat yang sama dari televisyen ini dianggap sebagai kesan penanaman, iaitu pembentukan nilai, peranan dan “world view” yang sepunya.


2.2 Teori Penetapan Agenda (Agenda Setting Theory),

Teori ini lahir daripada rasa tidak puas hati terhadap kesan media massa. Teori ini mula terkenal pada awal tahun 1970-an dan mengandaikan bahawa media massa boleh mempengaruhi pendapat awam sekiranya ia memberikan lebih perhatian kepada beberapa isu dan mengurangkan perhatian kepada isu yang lain. Khalayak akan lebih tahu tentang perkara-perkara yang lebih penting yang


disampaikan oleh media dan akan menentukan kepentingan sesuatu perkara itu mengikut susunan kepentingannya. Contohnya, akhbar akan menyiarkan berita mengikut kepentingan ataupun apa yang dirasakan amat diingini oleh pembaca.

Lazimnya, kita sebagai khalayak yang menggunakan media akan berbincang tentang perkara-perkara yang menjadi tajuk berita pada suatu hari tersebut. Berdasarkan andaian itu, media dianggap mempunyai kuasa untuk mempengaruhi pemikiran khalayak dengan menetapkan agenda tehadap perkara yang dibincangkan dan difikirkan.

2.3 Teori Pilin Kesenyapan (Spiral of Silence ).

Teori ini mula diutarakan oleh Noelle-Neumann (1974). Menurutnya, media massa berperanan untuk membantu dalam pembentukan pendapat umum. Pilin Kesenyapan berlaku apabila orang ramai tahu pandangan yang utama dan orang ramai juga boleh mengubah pandangan mereka mengikut pandangan utama semata-mata, tidak sanggup disingkirkan dari kumpulan kerana pendapat yang berbeza. Jika masyarakat di sekeliling tidak sependapat dengan kita maka kita akan berdiam diri dan tindakan


ini seolah-olah menggambarkan kita bersetuju dengan pandangan umum.
Media massa memainkan peranan yang penting dalam Teori Pilin Kesenyapan kerana media yang mengutarakan pandangan utama. Dengan itu, media massa berupaya untuk mempengaruhi kesediaan untuk penyatakan pendapat hanya dalam keadaan tertentu sahaja.

3.0 Teori yang dipilih ( Teori Penanaman (Cultivatiom Theory)

Menurut Gabner (1973), televisyen merupakan alat yang banyak mempengaruhi cara hidup sesuatu masyarakat.

Gebner berpendapat mereka yang banyak menonton televisyen (melebihi 4 jam sehari ) akan dipengaruhi dari segi idea dan gambaran realitinya oleh maklumat yang diperolehi dari televisyen.

Kesannya terhadap pendedahan kepada maklumat yang sama dari televisyen ini dianggap sebagai kesan penanaman, iaitu pembentukan nilai, peranan dan “world view” yang sepunya.


3.1 Televisyen

Televisyen adalah merupakan salah satu bahan media yang penting di kalangan masyarakat di dunia. Kebolehan media ini menyampaikan maklumat dengan cepat dan pantas menjadikan media sebagai satu saluran media pilihan ramai bagi mengikuti dan mendapatkan maklumat terkini serta perkembangan isu semasa yang mereka kehendaki.

Berdasarkan Teori Penanaman televisyen merupakan alat yang banyak mempengaruhi cara hidup sesuatu masyarakat. Mereka yang banyak menonton televisyen (melebihi 4 jam sehari ) akan dipengaruhi dari segi idea dan gambaran realitinya oleh maklumat yang diperolehi dari televisyen.

Oleh hal yang demikian, pengaruh yang kuat kepada penontonnya apabila televisyen boleh menyampaikan maklumat dengan cepat dan terkini selaras dengan kehendak mereka. Selain itu, kebolehan televisyen menyampaikan maklumat dalam bentuk audio visual juga menjadikan media massa ini memberi pengaruh dan kesan yang kuat kepada penontonnya dan terdorong untuk mempercayai tentang apa yang disampaikan melalui televisyen.




3.2 Pengaruh Televisyen Terhadap Khalayak

Menurut Rohana Bee dan Saribahnor Abdul Dal (1991), kesan negatif televisyen menyebabkan jenayah bertambah dan akhlak muda-mudi kian rosak. Masyarakat kita semakin hilang nilai-nilai budaya yang baik. Kanak-kanak saban hari disogokkan dengan pelbagai rancangan kartun yang kadangkala mempamerkan keganasan. Begitu juga dengan pelbagai jenis iklan di layar televisyen yang berupaya meransang kanak-kanak supaya lebih peka.

3.2.1 Penonton Memberi Jawapan Yang Melebihi Keadaan Yang Sebenarnya

Para penonton yang banyak menghabiskan masanya menonton televisyen akan membuat tanggapan yang lebih berdasarkan apa yang telah diamatinya daripada tontonannya. Mereka akan membaut tanggapan lebih daripada apa yang digambarkan oleh televisyen tontonan mereka. Oleh itu, pandangan ini ditanam daripada pendedahan mereka kepada program televisyen. Anggapan bahawa setiap yang digambarkan oleh program televisyen adalah sesuatu yang benar berlaku tanpa terus membuat pertimbangan ke atas apa yang telah disampaikan oleh media massa itu.

3.2.2 ‘Mainstreaming’ dan ‘Resonance’

Penonton akan terpahat dalam jiwanya bahawa keganasan akan berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja kerana dipengaruhi penyebaran fenomena keganasan melalui program televisyen. Daripada program-program televisyen yang berupa unsur-unsur keganasan seperti merompak, pembunuhan, serta keganasan yang lain menyebabkan sesetengah golongan menjadi takut akan keadaan ini.
Penanaman pemikiran sebegini telah menjadikan golongan ini membuat tanggapan yang sama bahawa keganasan sentiasa berlaku dan merasakan keganasan sentiasa mengekori mereka. Oleh itu, mereka sentiasa berada dalam ketakutan.Akibat pengulangan peristiwa-peristiwa yang berunsur keganasan dalam program televisyen telah memberi ‘resonance’ kepada penotonnya yang pernah mengalami perkara yang sama.
Oleh itu, kesan penanaman akan menjadi lebih kukuh setelah mengimbas kembali peristiwa yang pernah menimpa mereka dengan apa yang ditayang semula oleh televisyen.


3.2.3 Isu Sosial Semakin Menular Akibat Pengaruh Penotonan Televisyen.

Akibat daripada sentiasa didedahkan dengan maklumat dan gambaran berlakunya kejadian seperti isu keganasan, maka ada segelintir daripada golongan-golongan tertentu akan menjadikan apa yang telah mereka lihat itu sebagai satu ilham dalam melakukan keganasan. Hal sedemikian telah membawa kepada peningkatan kes keganasan ini berdasarkan pengalaman penontonan mereka. Walaubagaimanapun media masa seharusnya jangan terlalu taksub dalam penetapan agenda mereka kerana apa yang kita perlu titik-beratkan disini adalah perkembangan yang sihat kepada remaja kita golongan pelapis yang harus dijauhkan dari masalah sosial ini.

3.2.4 Kehilangan Kepercayaan Masyarakat Terhadap Persekitarannya

Penanaman perasaan takut akibat penontonan program yang mengandungi unsur-unsur keganasan dalam televisyen telah mewujudkan fenomena kehilangan kepercayaan masyarakat terhadap persekitaran. Manusia di dunia ini saling tidak mempercayai antara satu sama lain akibat takut berlakunya keganasan seperti yang telah mereka tontoni dalam televisyen. Oleh hal yang sedemikian, perasaan takut akibat terdorong oleh keganasan yang dipaparkan di kaca televisyen ini telah menghakis nilai semangat bermasyarakat di dunia ini.

Seperti yang telah dijelaskan, pelbagai tanggapan dan pandangan timbul hasil pengaruh kuat daripada media ini. Untuk memperjelaskan hal ini, kita lihat contoh apabila dua negara yang berlainan ideologinya, maka rangkaian televisyen negara terbabit akan menyampaikan berita tentang sesuatu agenda seperti isu keganasan yang berlaku sekarang berdasarkan kecenderungan negara serta tanggapan masing-masing berkenaan isu tersebut.

Dengan ini juga, penyaluran maklumat yang disiarkan oleh kedua-dua negara tersebut dalam penyampaian maklumat melalui rangkaian televisyen juga berbeza mengikut kefahaman kedua-dua negara. Di sini media massa seperti televisyen sangat memainkan peranan dalam mempengaruhi tanggapan umum.

Hal ini menyebabkan pemikiran masyarakat akan terdorong kepada tanggapan media masing-masing. Akibatnya, penonton rangkaian televisyen akan timbul satu reaksi seperti takut dan berasa marah berikutan maklumat yang telah disampaikan jika maklumat itu negatif bagi penontonnya tanpa mengetahui gambaran sebenar tentang apa yang sedang berlaku.

4.0 Penutup

4.1 Kesimpulan

Media massa seperti televisyen, radio, akhbar, majalah, dan buku sememangnya satu bahan perantaraan komunikasi massa yang sentiasa di hati masyarakat. Namun, di sebalik apa yang disampaikan oleh media-media massa ini berdasarkan beberapa teori ianya boleh mempengaruhi masyarakat. Terpulang kepada seseorang individu itu sama ada terus mempercayainya, membuat pertimbangan atau mengabaikan berita yang disampaikan begitu sahaja dan sama-sama menjadikan agenda yang ditetapkan oleh media itu sebagai agenda umum.

Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan daripada apa yang telah disampaikan oleh pihak media ini, seharusnya kita berpandukan garis panduan yang telah ditentukan oleh
pakar komunikasi dalam menentukan kuasa media massa seperti melihat kredebiliti iaitu setakat mana media itu boleh dipercayai semasa sesuatu isu itu diperkatakan, sejauh manakah kesahihan maklumat yang disampaikan oleh media massa, adakah sesuatu yang disampaikan oleh media itu bertentangan dengan budaya atau nilai masyarakat kita dan dalam menerima maklumat dari media hendaklah kita membuat pertimbangan yang sewajarnya tanpa menerima bulat-bulat maklumat itu. Dengan ini hendaklah kita menggunakan rasional dalam menilai sesuatu apa yang disampaikan oleh media ini.

Komujikasi

1.0 Pengenalan

Apabila kita membicarakan tentang komunikasi, sudah tentu kita akan memperkatakan bahawa komunikasi itu sebenarnya wujud dalam dua aspek iaitu komunikasi fizikal dan komunikasi antara manusia. Di negara kita pengajian komunikasi telah diperkenalkan secara ilmiah di institusi pengajian tinggi dalam sekitar awal tahun 1970-an. Manakala di negara Barat ianya diperkenalkan secara saintifik bermula sekitar tahun 1920-an.
Kehidupan sangat mementingkan komunikasi antara manusia. Manusia akan merasa kesunyian atau keseorangan jika tidak berkomunikasi dengan orang lain. Jika manusia tidak memiliki kemahiran dalam berkomunikasi sudah tentulah merasakan sesuatu kekurangan di dalam kehidupannya. Sekarang berkomunikasi bukan sahaja terhad untuk memenuhi keperluan hidup yang asas seperti bertutur dengan kawan-kawan atau sanak saudara namun di zaman kehidupan yang kompleks ini, setiap kelompok mesti pandai berkomunikasi antara satu sama lain demi memenuhi keperluan kehidupan.

2.0 Komunikasi
Komunikasi adalah suatu proses penyampaian pesan dari satu pihak kepada pihak lain agar terjadi saling mempengaruhi diantara keduanya. Pada umumnya, komunikasi dilakukan dengan menggunakan kata-kata (lisan) yang dapat dimengerti oleh kedua belah pihak. Apabila tidak ada bahasa verbal yang dapat dimengerti oleh keduanya, komunikasi masih dapat dilakukan dengan menggunakan gerak-gerik badan, menunjukkan sikap tertentu, misalnya tersenyum, menggelengkan kepala, mengangkat bahu. Cara seperti ini disebut komunikasi dengan bahasa nonverbal atau bahasa isyarat.
Manusia berkomunikasi untuk membagi pengetahuan dan pengalaman. Bentuk umum komunikasi manusia termasuk bahasa sinyal, bicara, tulisan, gesture, dan broadcasting. Komunikasi dapat berupa interaktif, transaktif, bertujuan, atau tak bertujuan.
Melalui komunikasi, sikap dan perasaan seseorang atau sekelompok orang dapat dipahami oleh pihak lain. Akan tetapi, komunikasi hanya akan efektif apabila pesan yang disampaikan dapat ditafsirkan sama oleh penerima pesan tersebut.
Sebenarnya terdapat begitu banyak definisi tentang komunikasi yang diperkatakan atau diberikan oleh pakar-pakar dan tokoh-tokoh komunikasi dalam penerbitan masing-masing. Berikut dihuraikan secara ringkas beberapa pengertian komunikasi;
i) Menurut Hybels dan Weavers (1992), melihat komunikasi sebagai apa sahaja proses di mana seseorang berkongsi maklumat, idea dan perasaan.
ii) Sementara Byrnes (1975), menganggap komunikasi sebagai satu proses interaksi antara manusia, di mana orang ramai bertutur dan bertukar-tukar pendapat, gerak isyarat atau simbol, dengan tujuan untuk memberi dan bertukar-tukar maklumat, mempengaruhi tingkah laku, memujuk ataupun mengubah keadaan fizikal atau mental.
iii) Manakala French (1993), berpendapat komunikasi adalah satu usaha
mewujudkan saling memahami dalam minda orang lain.
iv) Abrams (1986), pula berpendapat komunikasi merupakan satu proses yang berterusan melibatkan pemindahan maklumat daripada sumber kepada penerimanya.
v) Aderson (1991), mentakrifkan komunikasi sebagai apa sahaja perlakuan yang boleh mendatangkan makna kepada orang lain sama ada secara sedar atau tidak.
vi) Clevenger (1991) bersetuju dengan Motley (1990) yang mengatakan komunikasi itu merupakan mesej yang dihantar mahu pun diterima secara sedar dan dengan niat.
vii) Motley (1990) menyimpulkan komunikasi sebagai mesej secara sedar yang ditujukan kepada orang lain dan diterima oleh mereka.
viii) Emery, Anlt dan Agee (1995) pula berpendapat, komunikasi ialah seni pemindahan maklumat, idea dan sikap daripada individu kepada individu lain.
Setelah dibuat penelitian tentang definisi di atas bolehlah kita membuat kesimpulan bahawa komunikasi adalah satu proses manusia menghantar dan menerima mesej. Dengan kata lain, satu proses di mana manusia berkongsi atau bertukar idea, maklumat dan perasaan. Melalui komunikasi yang berkesan manusia boleh memahami antara satu sama lain. Sebaliknya komunikasi yang tidak tepat menyebabkan berlakunya salah faham sesama manusia dan seterusnya mencetuskan konflik yang lebih besar.

3.0 Teori
Pelbagai teori telah muncul hasil daripada penelitian-penelitian yang telah dijalankan. Pelbagai pendekatan telah digunakan untuk mengkaji dan menghasilkan teori. Namun perlu diingat, tiada satu teori atau pendekatan yang dianggap lengkap dan menyeluruh. Little John (1995), menegaskan bahawa teori adalah ringkasan dan rekaan, bukannya realiti. Seterusnya Little John (1996) pula menyatakan bahawa “teori ialah satu percubaan untuk menerangkan dan menjelaskan satu pengalaman, atau satu idea tentang bagaimana sesuatu kejajian itu berlaku”.
Griffin (1997) mengatakan bahawa “teori adalah peta tentang kebenaran, jawapan sementara yang dibentuk bagi persoalan yang timbul tentang sesuatu fenomena”. Seterusnya kita melihat beberapa pandangan pakar, Cragan dan Shields (1998) mendefinisikan teori sebagai “satu lambang yang mengandungi konsep-konsep dan perkaitan di antaranya yang membolehkan seseorang memahami, menjelas, menerang, menilai, membuat ramalan, dan membuat kawalan terhadap fenomena”
Kesimpulannya teori adalah kenyataan atau penerangan yang kita bentuk untuk menerangkan tentang sesuatu kejadian dan ianya berupa sementara. Kita boleh membuat ujian dan kajian secara sistematik untuk menentukan sama ada penerangan atau kenyataan boleh dibuktikan sahih atau sebaliknya. Kita juga boleh menerima, menolak atau mengubahsuai teori berdasarkan kajian yang kita jalankan.

4.0 Teori Komunikasi

Teori komunikasi memang mempunyai perkaitan yang rapat dengan komunikasi. Teori Komunikasi berperanan untuk menerang, menjelas, menilai dan membuat ramalan terhadap komunikasi. Sebenarnya terdapat begitu banyak definisi tentang teori komunikasi yang dicipta atau diberikan oleh para sarjana teori komunikasi dalam penerbitan masing-masing. Berikut dijelaskan secara ringkas beberapa pengertian teori komunikasi menurut para sarjana;
i) Menurut (Littlejohn, 1996), merupakan satu teori atau sekumpulan “collective wisdom”. Ianya boleh didapati dalam keseluruhan teori yang berkaitan dengan proses komunikasi.
ii) (Borman, 1989), pula berpendapat satu perkataan atau istilah yang menjadi nadi di dalam apa jua proses perbincangan atau analisis. Proses ini hendaklah dilakukan secara berhati-hati, sistematik, dan sedar tentang komunikasi.
iii) Manakala (Cragon & Shield, 1998) pula berpendapat satu kenyataan yang mengandungi konsep yang membantu memberi sama ada secara keseluruhan atau sebahagian sahaja. Ianya juga memberi keterangan, penjelasan dan mempunyai perkaitan antaranya di samping membolehkan seseorang inidividu memahami, menjelas dan menilai sesuatu fenomena serta ramalan.
iv) Rumusan daripada Narimah Ismail, 2004 ; teori adalah kenyataan atau penerangan yang kita bentuk untuk cuba menerangkan tentang sesuatu fenomena. Ia adalah bersiafat sementara dan penyelidikan secara sistematiki perlu untuk membuktikan bahawa sesuatu penyataan benar atau palsu.

Maka jelaslah di sini, teori komunikasi itu sebenarnya berbagai-bagai. Setiap teori memberi penerangan mengenai konsep yang berbeza. Tidak semua teori dapat memberi penjelasan, penerangan, penilaian dan ramalan yang serupa. Lantaran itu banyak teori komunikasi menerangkan aspek komunikasi yang berbeza. Maka bagi membuat klasifikasi sesuatu teori komunikasi, metateori sangat diperlukan. Dengan ini bolehlah kita membuat kesimpulan bahawa teori komunikasi adalah suatu teori yang digunakan untuk menerangkan, menjelaskan, menilai, membuat ramalan, dalam memahami fenomena komunikasi.

4.1 Peranan Teori Komunikasi
Fungsi utama Teori Komunikasi ialah fokus penumpuan terhadap sesuatu bidang dalam membuat sesuatu kajian. Ianya juga berperanan membantu seseorang individu memberi penerangan sesuatu idea, menghurai, menjelaskan situasi dan membuat ramalan tentang fenomena komunikasi tersebut. Di samping itu, menurut (Little john, 1999) ianya juga bertindak sebagai kawalan dan panduan untuk menjalankan penyelidikan tentang komunikasi. Berikut dihuraikan beberapa fungsi Teori Komunikasi:

(a) Teori Membantu Dalam Membuat Ramalan
Ini bermaksud teori yang mengandungi variable dan hubungan di antaranya membolehkan kita membuat ramalan atau jangkaan yang kita tidak pernah alami langsung sebelum ini.

(b) Teori Memanjangkan Ilmu
Teori juga dapat memanjangkan pengetahuan manusia serta melebihi perkara yang kita lihat. Sekiranya tidak ada teori, kita tidak dapat melihat melibihi perkara yang berlaku di hadapan kita. Ini jelas menunjukkan teori membantu kita melihat perkara yang kita tidak pernah lihat sebelum ini.


(c) Teori Merangsang & Menjadi Panduan Untuk Kajian Pada Masa Hadapan (heuristik)
Dengan wujudnya ramalan di dalam teori, maka ia dapat membantu para pengkaji komunikasi melakukan penyelidikan seterusnya dalam bidang masing-masing.

(d) Teori Menyusun & Membuat Rumusan Tentang Sesuatu Pengalaman
Teori juga membantu para sarjana mengumpul pengalaman yang banyak terhadap sesuatu perlakuan komunikasi ke dalam beberapa pernyataan. Dengan pernyataan ini, maka para pengguna dan pengkaji komunikasi akan dapat mengumpul segala pengetahuan yang telah dihasilkan oleh pelbagai pihak supaya mereka yang terlibat dalam bidang komunikasi mengetahuinya.

4.2 Jenis-jenis Teori Komuikasi

(a) Teori Am Komunikasi
Teori ini tidak mempunyai had masa sama ada dahulu, sekarang atau pada masa akan datang (boleh meramal). Boleh mengenalpasti konsep asas dan menjelaskan interaksi komunikasi yang asas bagi menerangkan perlakuan manusia. Teori ini menimbulkan persoalan sama ada teori itu sahih, berpengaruh, memberi penerangan tentang komunikasi yang boleh menjangkau pelbagai konteks interpersonal termasuklah kumpulan kecil, pengucapan awam, organisasi, masa dan antarabangsa.

(b) Teori Komunikasi Kontekstual
Hanya memberi penerangan dalam had media tradisional termasuklah interpersonal, kumpulan kecil, awam, organisasi, masa dan antara budaya. Ianya dikaitkan dengan konteks seperti Teori Penamaan (Gerbner), Teori Functional Decision Making, dan Role Emergence Theory. Sekarang banyak terdapat teori jenis ini yang sedang berkembang. Kedudukannya mungkin bertambah atau berkurangan kerana ada yang terpaksa digugurkan kerana tidak dapaat dibuktikan kebenarannya.

(c) Teori Mikro Komunikasi
Ianya menerangkan komunikasi pada tahap yang paling kecil di samping menerangkan aspek komunikasi yang menjangkau pelbagai konteks. Namun hanya memberi tumpuan kepada satu aspek komunikasi termasuklah cirri-ciri komunikator, mesej atau media sahaja. Teori ini juga membuat penilaian komunikasi yang agak sempit. Status teori mikro hanya diberi kepada teori yang menerangkan sebilangan kecil fenomena komunikasi.Teori mikro ini mementingkan kombinasi konstruk komunikasi yang mudah bagi menerangkan ciri komunikasi.


(d) Teori Khas Komunikasi
Juga dikenali teori ‘how to do’. Peranannya memberi panduan kepada pengamal komunikasi tentang jenis dan bentuk komunikasi yang merupakan gaya yang dipersetujui. Ianya juga berperanan bagaimana menjalankan temubual, merangka ucapan pembujukan dan berkomunikasi untuk mendapat mendapatkan kerja sama dalam konteks kesihatan.

(e) Teori Simbiotik
Teori jenis ini berasal daripada beberapa bidang seperti linguistik, Bahasa Inggeris, ekonomi, pengurusan, sains politik, psikologi, sosiologi, dan psiklogi sosial. Malahan teori jenis ini wujud dalam hubungan yang rapat dengan teori dalam bidang komunikasi.

4.3 Proses Teori Komunikasi
Secara amnya, proses pembuktian kebenaran ini dipanggil penyelidikan. Pada asasnya penyelidikan adalah cara berfikir bagi mengkaji fenomena secara terperinci, cara kaedah yang sesuai, interprestasi hasil dapatan untuk dikaitkan dengan dengan dapatan hasilan atau teori. Definisi Penyelidikan telah disarankan oleh beberapa pakar seperti berikut;
• Kerlinger (1973) penyelidikan adalah satu usaha menganalisis data melalui kaedah saintifik dengan cara formal dan sistematik.
• Syed Arabi (1993) mentakrifkan penyelidikan sebagai satu tatacara teatur yang hasilnya membolehkan penambahan ilmu pengetahuan.
• Salkind (1994) satu proses penemuan baru.

Dalam menentukan sesuatu teori berjaya atau menemukan kegagalan atau kerapuhan amat bergantung kepada cara ia dijelmakan iaitu proses yang dilalui. Dalam menyelesaikan masalah, sebenarnya manusia ingin mengetahui, mencari dan boleh menerangkan sesuatu kebenaran. Sebagai pelajar sudah tentu teknik menjawab sesuatu persolan itu memerlukan fakta, ulasan, contoh dan tapak yang kukuh untuk mendapatkan tahap nilai yang cemerlang.
Untuk mencari kebenaran sesuatu teori, persoalan, masalah hendaklah menggunakan kaedah saintifik, taakulan induktif dan deduktif yang merupakan asas untuk kebenaran tersebut. Untuk menyelidik dalam komunikasi hendaklah mengetahuai dan menjalankan kaedah seperti; eksperimen, tinjuan, analisis tekstual dan etnografi.

5.0 Kesimpulan
Setelah kita mengupas satu-persatu tentang komunikasi di atas, terbuktilah kebenaran pernyataan bahawa komunikasi itu adalah satu keperluan yang penting kepada manusia. Ringkasnya manusia tidak boleh hidup tanpa komunikasi. Pengetahuan teori komunikasi juga sangat penting kepada kita. Dengan memahami teori komunikasi kita akan memahami, menjelas, menerang, menilai, membuat ramalan, dan seterusnya membuat kawalan terhadap fenomena komunikasi. Kita di muka bumi ini tidak akan terlepas daripada mengalami proses komunikasi.
Kesimpulanya komunikasi adalah asas dan berkait rapat dengan tugas serta aktiviti harian pelajar khususnya dan masyarakat amnya. Dengan mengamalkan komunikasi kita dapat memujuk, memberitahu, mengajar dan menghibur. Teori komunikasi banyak membantu kita dalam menilai, menyusun, meramal dan bertindak dengan lebih cekap. Petikan daripada Narimah, 2004, setiap hari kita semua sentiasa tertakluk kepada fungsi dan peranan komunikasi sama ada secara intrapersonal, interapersonal, kumpulan, keorganisasian atau secara massa.

Kefahaman mengenainya akan banyak membantu kita dalam menjadikan diri kita insan yang berjaya dalam pelbagai konteks dan situasi baik sebagai pelajar, individu, ahli keluarrga, ahli masyarakat dan negara.