Rabu, 12 Mei 2010
HBHE1103 : PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN
LIMA jenis penyakit yang berpunca daripada pengambilan makanan yang tidak seimbang ialah:
PENYAKIT KENCING MANIS / DIABETES.
Apa Dia Penyakit Kencing Manis
Penyakit ini telah lama diketahui manusia. Beribu-ribu penduduk di negara kita mengidap penyakit ini. Penyakit kencing manis tidak seharusnya menjadi satu penghalang kepada kehidupan yang biasa. Dengan bertambahnya pengetahuan berkenaan penyakit kencing manis dan penghasilan ubat-ubat untuk penyakit ini, tidak ada sebab mengapa anda tidak boleh hidup seperti manusia biasa
Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pancreas yang terletak dibawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.
Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pancreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa. Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini menyebabkan badan akan kekurangan tenaga.
Siapakah pengidap penyakit kencing manis ?
Sesiapa pun boleh mendapat penyakit ini.Tetapi mereka yang datang daripada keluarga atau keturunan di mana terdapat ahli-ahli yang mengidap penyakit kencing manis sudah meningkat umur (40 tahun ke atas) mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk mempunyai risiko yang lebih untuk mendapat kencing manis.
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 1996 telah memberi petunjuk bahawa terdapat lebih kurang 8.3 peratus penduduk di Malaysia yang menghidapi penyakit kencing manis. Tapi apa yang kini menjadi masalah ialah masalah kencing manis yang dihadapi tidak disedari oleh separuh dari mereka
Jumlah penghidap kencing manis yang besar ini juga tidak boleh dijadikan ukuran bahawa penyakit ini adalah penyakit yang biasa dihadapi dan tidak perlu dipandang berat. Penyakit kencing manis boleh dikatakan sebagai ibu segala penyakit. Ini kerana penyakit kencing manis boleh menjadi punca kepada penyakit yang lebih kronik yang boleh membawa maut seperti penyakit jantung, angin ahmar, penyakit kronik ginjal dan ulser kaki. Penyakit kencing manis secara asas sainsnya dikaitkan dengan kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan hormon yang dipanggil insulin. Hormon ini diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Ia dihasilkan oleh organ bernama pankreas yang terletak di bawah perut.
Pengidap diabetes bersandar insulin boleh hidup seperti normal selagi mereka menerima suntikan insulin, tetapi mereka akan menerima maut sekiranya mereka tidak mendapat suntikan insulin dalam tempoh yang agak singkat. Ini adalah disebabkan penguraian sumber bahan tenaga lain oleh badan seperti lemak bagi menggantikan tenaga dari glukos. Penguraian sumber bahan tenaga lain akan menghasilkan bahan sampingan seperti ketones yang menyebabkan keadaan hiperglisemia (hyperglycemia). Ketones merupakan molekul asid yang mampu menyebabkan kegagalan metabolisma dan sel badan gagal berfungsi. Keadaan ini sekiranya berlarutan akan mengakibatkan pengidap kencing manis menjadi koma dan menemui maut sekiranya tidak dirawat.
Rajah 1: Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama
pankreas yang terletak dibawah perut.
1.2. PENYAKIT DARAH TINGGI
Setiap orang mempunyai tekanan darah. Apabila darah dipamkan melalui arteri, daya tenaga akan terhasil pada dinding dalam saluran darah. Jumlah darah yang dipam oleh jantung dan daya tahan yang diberikan oleh arteri akan menentukan tekanan darah kita. Tekanan darah dicatatkan dalam 2 angka. Angka di atas (tekanan darah sistolik) mengukur tekanan apabila jantung mengepam darah keluar. Angka yang di bawah pula (tekanan darah diastolik) mengukur tekanan apabila jantung berehat.
Tekanan darah berbeza-beza mengikut masa tertentu dalam sehari dan aktiviti yang kita lakukan. Ia perlu diperiksa beberapa kali untuk menentukan purata tekanan darah tinggi yang tepat.
Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi atau Hipertensi (Inggeris = Hypertension) merujuk kepada Tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.
Apabila anda dikatakan mendapat darah tinggi atau hipertensi, ia bermakna saluran darah anda menjadi sempit dan sesak menyebabkan jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengatasi kesempitan itu. Bila ini terjadi darah akan menekan lebih kuat ke dinding saluran darah untuk laluannya ke tisu badan. Lama-kelamaan, mendapan lemak akan tersangkut dan terkumpul pada dinding menyebabkan arteri menjadi keras. Proses ini dikenali sebagai aterosklerosis.
Jantung sekarang terpaksa berkerja lebih kuat untuk menolak darah melalui arteri-arteri yang sempit dan keras ini. Oleh yang demikian, tekanan darah akan tercatat lebih tinggi atau bersamaan 140mm hg untuk tekanan sistolik dan lebih tinggi atau bersamaan 90mm Hg untuk tekanan diastolik, walaupun dalam masa rehat. Kadang-kala darah beku terjadi di celah-celah saluran arteri yang sempit ini menyebabkan berlakunya serangan jantung atau strok (angin ahmar).
Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.
Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.
Menurut kertas penyelidikan April 2007 yang dihasilkan oleh pakar sains British, penyakit vaskular otak adalah punca tekanan darah tinggi, bukannya penyakit vaskular pada jantung seperti yang dipercayai sebelum ini. Protein yang terdapat pada otak yang dikenali sebagai JAM-1 didapati bertanggungjawab bagi memerangkap sel darah putih yang kemudian menyebabkan keradangan dan menghalang aliran darah, mendorong kepada kekurangan bekalan darah pada otak yang kemudian mengawal tekanan darah dalam badan.
Tekanan darah tinggi atau hipertensi memberi gambaran di mana tekanan darah terhadap dinding arteri. Jantung menghasilkan tekanan bilamana ia mengepam darah keseluruh badan. Tekanan darah dapat diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil sphygmanometer. Terdapat dua bacaan dalam pengukuran tekanan darah iaitu BP 140/90 mmHg. Nilai tinggi (140) dipanggil tekanan darah sistolik dan nilai rendah (90) pula ialah tekanan darah diastolik. Tekanan darah sistolik ialah tekanan darah dalam arteri (salur darah) bila jantung mengepam darah. Manakala tekanan darah diastolik pula ialah tekanan darah dalam arteri bila jantung berhenti mengepam di antara dua denyutan. Hipertensi atau darah tinggi merupakan di antara penyakit yang dialami di kalangan golongan dewasa di pertengahan umur dan warga tua di Malaysia. Ia lebih banyak dialami oleh lelaki berbanding wanita.
1.3. OBESSITI
Menurut laporan NST 29/9/06, Malaysia mempunyai jumlah rakyat gemuk yang paling ramai di Asia. Adakah berita ini menakutkan? Jumlah rakyat Malaysia yang gemuk melebihi jumlah di beberapa negara maju, antaranya Jerman dan Perancis. Di sepanjang 10 tahun yang lepas, jumlah tersebut telah meningkat sebanyak sekali ganda. Ianya membawa kepada peningkatan jumlah pesakit hipertensi dan kencing manis.
Menurut kajian MySoN, sebab utamanya ialah kesenangan hidup dan gaya hidup tidak sihat. Antaranya makan terlalu banyak, terutamanya makanan segera dan minuman berkarbonat; suka naik lif (walaupun satu tingkat), dan tiada atau terlalu sedikit bersenam. Obesiti merupakan satu keadaan dimana seseorang itu mempunyai berat badan yang berlebihan dan tidak terkawal. Obesiti meningkatkan risiko untuk seseorang mendapat penyakit kronik. Secara amnya, obesiti terjadi disebabkan oleh pengumpulan lemak berlebihan di pelbagai bahagian tubuh seseorang sehingga mengakibatkan pertambahan berat tubuh yang tidak normal. Tidak semua orang yang obes makan lebih banyak daripada jumlah yang dimakan oleh individu yang berat tubuhnya normal, tetapi yang pastinya ialah orang obes makan lebih banyak daripada apa yang diperlukan oleh tubuhnya.
Di dalam kes-kes tertentu obesiti boleh disebabkan oleh sesuatu penyakit seperti hypothyroidism atau sindrom Cushing. Selain itu juga, pengambilan beberapa jenis ubat tertentu boleh menyebabkan obesiti.
Kesan
Sistem jantung - tekanan darah tinggi, sakit jantung koronari dan salur darah tersumbat • Sistem perkumuhan - cirit-birit dan lemak di bahagian hati •
Sistem pernafasan - kesukaran bernafas dan tidur berdengkur/ apnea tidur
Perempuan mengandung - masalah ketika bersalin
Bahagian dada - kanser payudara
Bahagian pembiakan wanita - kanser pangkal rahim
Bahagian kulit - jangkitan bakteria dan kulat
Bahagian saraf. - tekanan mental, rasa rendah diri dan strok.
Bagaimana berlebihan berat badan atau
kegemukan/obesiti boleh berlaku?
Berat badan anda bertambah apabila anda makan banyak, lebih daripada apa yang boleh dibakar oleh badan anda. Kalori yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak.Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesity akibat daripada pengambilan kalori yang berlebihan
tidak akan berlaku dalam beberapa hari atau minggu.Selalunya ia akan terkumpul dan tersimpan selama beberapa bulan dan tahun.
Faktor risiko termasuk :
• Sejarah keluarga anda.
• Masalah perubatan.
• Faktor psikologikal termasuk tekanan perasaan, kebimbangan dan kebosanan.
• Pengaruh budaya sosial dan sekeliling (tabiat makan anda).
• Faktor persekitaran yang menyumbang kepada cara hidup yang tidak aktif.
Pengambilan makanan ringan yang tidak terkawal boleh menyebabkan obesiti.
Apakah komplikasi masalah ini?
Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti di kalangan remaja dikaitkan dengan :
• Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang
tinggi.
• Penyakit Kencing Manis/Diabetes.
• Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri.
• Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur.
• Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan kesakitan tulang pinggul.
• Bertambah gemuk apabila umur meningkat.
1.4. HEPATITIS A
Hepatitis adalah jangkitan atau radang pada hati. Banyak faktor yang menyebabkan hepatitis boleh berlaku; jangkitan virus adalah salah satu daripadanya. Banyak virus yang boleh menyebabkan hepatitis samada secara langsung atau tidak langsung. Virus hepatitis memberi kesan yang besar ke atas hati. Terdapat beberapa jenis virus hepatitis(A,B,C,D,E dll). Hepatitis A disebabkan oleh virus hepatitis A, yang
dipindahkan melalui najis, makanan atau air yang tercemar.
Ia mengambil masa 15 hingga 40 hari untuk menjadi penyakit hepatitis A
selepas mangsa dijangkiti virus tersebut. Tidak semua pesakit berasa sakit setelah dijangkiti hepatitis A. Sebahagian dewasa yang dijangkiti akan berasa sakit dan tidak sihat setelah dua minggu dijangkiti (kadangkala lebih). Kebanyakan kanak-kanak menunjukkan tanda-tanda dan gejala selepas dijangkiti. Walaubagaimanapun, pesakit yang tidak menunjukkan gejala masih boleh menjangkiti orang lain. Virus hepatitis A wujud dalam najis individu yang dijangkiti dalam masa dua minggu dan sehingga dua minggu selepas gejala bermula.
Gejala dan tanda-tanda termasuk :
• Hilang selera makan, loya
• Demam
• Muntah-muntah
• Kesakitan pada perut
• Keletihan
• Penyakit kuning, air kencing kotor, najis berwarna pucat
• jangkitan (seminggu selepas sakit)
Seseorang yang mempunyai hubungan rapat dengan pesakit yang dijangkiti Hepatitis A harus diberikan antibodi dalam bentuk immunoglobulin. Ini amat berkesan untuk mencegah jangkitan dalam masa dua minggu pertama terdedah kepada pesakit(dapatkan nasihat doktor).Hepatitis A perlu dilaporkan jika berlaku. Ia bertujuan untuk mengenalpasti punca bagi menghalang jangkitan daripada merebak.
1.5 GOUT
Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal. Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.
Tanda Gout
Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki, ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit. Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman. Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu
menyeksakan. Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untukreda jika tidak dirawat. Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan. Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Komplikasi
• Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
• Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
2. Punca-punca Penyakit dan Rawatan yang Sesuai.
2.1 DIABETES
Diabetes adalah penyakit disebabkan kadar gula atau glukos dalam darah melebihi dari kadar biasa. Hampir semua makanan yang kita makan ditukarkan kepada glukos didalam darah untuk dimasukkan dalam sel-sel dan ditukar kepada tenaga. Fungsi hormon yang bertugas untuk memasukkan glukos dalam darah masuk ke dalam sel-sel ialah hormon insulin. Insulin dihasilkan oleh organ pankreas. Apabila pankreas tidak mengeluarkan insulin yang secukupnya maka kadar glukos akan meningkat di dalam darah. Fungsi pankreas boleh terjejas kerana jangkitan kuman yang melemahkan sistem imun dan juga obisiti. Diabetes merosakkan jantung, buah pinggang, saluran darah, sel-sel tisu badan, menyebabkan luka yang susah sembuh dan akhirnya pemotongan organ seperti kaki. Jenis diabetes : Jenis 1 Tahap 1 Bergantung pada insulin. Selalunya pesakit kanak-kanak. Jenis 2. Tahap 2 Tidak bergantung pada insulin. Pesakit dewasa. Jenis 3 Diabitis Gestasional. Diabitis semasa mengandung saja. Tanda-tanda diabitik. Cepat haus dan lapar, Kerap kencing, Penurunan berat badan mendadak, Mata kabur, Kebas tangan dan kaki, Lemah badan, Kulit kering, Luka yang lambat sembuh.
Rawatan Diabetes
Rawatan tanpa ubatan
Penjagaan diri umum
Jagaan kulit
Mandi setiap hari.
Keringkan seluruh bahagian tubuh.
Rawat luka dan calar- jumpa doktor anda jika luka tidak sembuh
selepas 2-3 hari.
Jagaan kaki.
Cuci kaki anda setiap hari.
Keringkan kaki anda sepenuhnya terutama diantara jari-jari kaki.
Periksa kaki anda setiap hari untuk mengesan luka, calar, kulit
menggelembung, melecet atau perubahan warna kaki. Gunakan cermin
jika perlu.
Potong kuku jari kaki secara lurus melintang .
Tukar stokin anda setiap hari.
Jangan berjalan tanpa kasut.
Selalu pakai kasut yang lembut dan tidak ketat apabila keluar.
Penjagaan Gigi
Pemeriksaan mata secara berkala
Pemeriksaan mata secara berkala
Elakkan alkohol
Berhenti merokok
Mengawal pemakanan
Mengawal berat badan dan
kerap bersenam
Rawatan ubatan
Ubat mengurangkan paras glukos Insulin selain daripada itu ubat-ubatan tradisional juga boleh mengurangkan risiko diabetes ke peringkat lebih teruk.
2,2 DARAH TINGGI
Punca Darah Tinggi
Sebab 95% kes terjadinya penyakit ini adalah tidak diketahui. Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit ini:
Usia. Kebanyakkan arteri akan menjadi kaku bila usia meningkat di mana ini akan meningkatkan halangan aliran darah dan mengakibatkan tekanan lebih tinggi.
Keturunan.
Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
Jantina. Lelaki lebih ramai menghidapinya berbanding wanita.
Merokok.
Pengambilan berlebihan alkohol, garam. Kegemukan, kurang senaman.
Stres yang berlebihan.
Diabetes.
Penyakit buah pinggang.
Penyakit adrenal.
Kesan pengambilan ubat-ubatan seperti ubat pencegah kehamilan.
LANGKAH YANG PERLU ANDA AMBIL
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi anda boleh dirawat
Tanpa menggunakan ubatan
Perlu mengubah amalan cara hidup anda
Amalkan permakanan sihat
Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
Melakukan senaman berkala
Kurangkan berat badan jika berlebihan
Atasi tekanan secara berkesan
Berhenti merokok
Kategori tekanan darah normal/optima
Galakkan amalan Gaya Hidup Sihat .
Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.
Pra Hypertensi
Amalkan gaya hidup sihat
Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.
Periksa semula tekanan darah anda dalam masa setahun
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1
Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama
Anda perlu mengubahsuai gaya hidup
Amalkan pemakanan sihat
Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
Lakukan aktiviti fizikal yang teratur
-Kurangkan berat badan jika berlebihan
-Atasi tekanan secara berkesan
-Berhenti merokok
-Periksa semula tekanan darah anda mengesahkan tiada Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi
Jika anda disahkan mengidap Hypertensive/Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang diarahkan
Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
Gabungan rawatan tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi
Peringkat 2
-Amalkan gaya hidup sihat
-Berhenti merokok
-Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan
-Pengesanan komplikasi terutamanya :
-Jantung
-Ginjal
-Mata
-Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi
2.3 OBESITI
PUNCA-PUNCANYA
Menurut kajian MySoN, sebab utamanya ialah kesenangan hidup dan gaya hidup tidak sihat. Antaranya makan terlalu banyak, terutamanya makanan segera dan minuman berkarbonat; suka naik lif (walaupun satu tingkat), dan tiada atau terlalu sedikit bersenam.
Secara saintifiknya obesiti terjadi akibat pengambilan kalori yang tinggi melebihi daripada keperluan harian. Pengambilan kalori adalah berbeza-beza mengikut individu, individu yang bekerja di sektor pembinaan mempunyai keperluan kalori yang tinggi berbanding pekerja di pejabat. Individu yang telah berumur 66 tahun perlu mengurangkan pengambilan kalori berbanding dengan peringkat remaja. Berikut adalah faktor utama penyebab obesiti : Genetik atau keturunan - Obesiti merupakan penyakit kronik yang mempunyai perkaitan langsung dengan faktor keturunan. Jika seseorang individu itu mempunyai ibu bapa yang obes, kemungkinan besar untuk individu tersebut akan mewarisi obesitinya. Gaya hidup - Salah satu faktor yang lebih kuat ialah gaya hidup. Ibu bapa yang obes akan menurunkan gaya pemakanan yang tidak sihat itu kepada anak mereka. Contohnya jika pemakanan harian sesebuah keluarga itu terdiri dari pengambilan lemak yang tinggi maka anak tersebut akan turut mengambil makanan tersebut dan seterusnya menyebabkan obesiti. Pemakanan - Kualiti makanan yang diambil juga merupakan penyebab obesiti. Makanan yang telah di proses kebanyakkannya mempunyai kadar gula dan lemak yang tinggi. obesiti boleh dielakkan dengan mengurangkan pengambilan makanan yang telah diproses seperti makanan segera, makanan dalam tin dan lain-lain lagi. Kurang aktiviti senaman - Obesiti juga boleh disebabkan oleh kadar aktiviti yang kurang. Seseorang yang kurang bersenam dan kurang melakukan aktiviti lebih mudah untuk mendapat obesiti. Di dalam keadaan yang serba selesa pada masa kini juga boleh menyebabkan obesiti.
RAWATAN
Mengawal dan menurunkan berat badan bagi orang yang obes dapat mengurangkan risiko penyakit seperti di atas. Walaubagaimanapun, jika pengurangan berat badan yang tidak secara betul, ia menjejaskan kesihatan. Ikuti nasihat berikut semasa anda mencuba mengurangkan berat badan : • Jangan jadikan diri anda terlalu kurus. • Jangan memakan makanan diet yang tidak diketahui mutu pemakanannya yang dijual di pasaran tanpa nasihat doktor. • Jangan memakan dadah (pil diet) tanpa pengawasan doktor. • Jangan menguruskan badan secara tiba-tiba. berat maksimum yang boleh dikurangkan ialah 2 kg pada minggu pertama dan 1 kg pada minggu berikutnya.
2.4 HEPETITIS A
PUNCA-PUNCA
Banyak faktor yang menyebabkan hepatitis boleh berlaku; jangkitan virus adalah salah satu daripadanya. Banyak virus yang boleh menyebabkan hepatitis samada secara langsung atau tidak langsung. Virus hepatitis memberi kesan yang besar ke atas hati. Terdapat beberapa jenis virus hepatitis(A,B,C,D,E dll). Hepatitis A disebabkan oleh virus hepatitis A, yang dipindahkan melalui najis, makanan atau air yang tercemar.
RAWATAN
Tiada rawatan khusus bagi Hepatitis A. Rawatan am ialah:
• mendapatkan rehat yang cukup dan minum banyak air
• elak daripada minum alkohol
• individu yang dijangkiti harus berada di rumah sehingga tiada lagi kesan jangkitan (seminggu selepas sakit)
Bolehkah Hepatitis A dicegah?
Hepatitis A boleh di cegah melalui :
• Menjaga kebersihan diri (kerap basuh tangan selepas keluar daripada tandas dan selepas makan)
• Gunakan bekalan air yang bersih
• Membasuh buah-buahan dan sayuran sebelum dimakan
• Elak makan kerang mentah
Immunisasi vaksin Hepatitis A boleh mencegah jangkitan Hepatitis A secara efektif. Ia memberi perlindungan selama 12 bulan bagi dos yang diambil pertama kali dan 10 tahun selepas dos yang kedua. Vaksin Hepatitis A disyorkan kepada golongan berisiko tinggi termasuklah :
• Golongan yang melancong ke negara sedang membangun
• Pekerjaan berisiko tinggi, contohnya; bidang kesihatan, pekerja kumbahan.
• Golongan yang mengamalkan gaya hidup berisiko tinggi
• Pusat jagaan kanak-kanak atau institusi yang menyediakan kemudahan
• Individu yang mempunyai penyakit hati yang kronik.
Seseorang yang mempunyai hubungan rapat dengan pesakit yang dijangkiti Hepatitis A harus diberikan antibodi dalam bentuk immunoglobulin. Ini amat berkesan untuk mencegah jangkitan dalam masa dua minggu pertama terdedah kepada pesakit(dapatkan nasihat doktor).Hepatitis A perlu dilaporkan jika berlaku. Ia bertujuan untuk mengenalpasti punca bagi menghalang jangkitan daripada merebak.
2.5 GOUT
PUNCA-PUNCA
Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.
• Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
• Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
• Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
RAWATAN
Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.
Rawatan serangan akut
• Rehatkan sendi semasa serangan gout.
• Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
• Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
• Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
o Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
o Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.
• Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.
Rawatan Jangka Panjang
Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.
• Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
• Mengelakkan minuman keras
• Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
• Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.
Pemakanan
Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:
ELAKKAN MAKAN KURANGKAN MAKAN
• Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
• Ikan bilis, kembung, sardin
• Daging cincang
• Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
• Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang • Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
• Peanuts, lentil, beans and peas
• Poultry
• Roti jagung dan bijirin
Pencegahan
• Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
• Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
• Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
• Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.
• Minum banyak air.
Kesimpulan
Kunci kepada kehidupan sihat adalah sistem imun yang kuat dan sihat serta penjagaan makanan yang bersistematik. Sistem imun merupakan satu rangkaian sel dan molekul yang canggih dan sangat menakjubkan. Ia bekerja siang dan malam untuk melindungi diri kita dari serangan virus, bakteria, mikrob, toksin dan parasit. Sekiranya sistem imun berada dalam keadaan sihat dan kuat, ia mampu melindungi kita dari terkena penyakit. Disamping penjagaan makanan yang terkawal.
“BADAN YANG SIHAT LEBIH BERHARGA DARI HARTA YANG BERTIMBUN”
Gambar 1 Obesiti merupakan satu keadaan dimana seseorang itu mempunyai berat
badan yang berlebihan dan tidak terkawal
Gambar 2 : Virus hepatitis memberi kesan yang besar ke atas hati. Terdapat
beberapa jenis virus hepatitis(A,B,C,D,E dll). Hepatitis A
disebabkan oleh virus hepatitis A, yang dipindahkan melalui najis,
makanan atau air yang tercemar.
Gambar 3 : Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi atau Hipertensi (Inggeris = Hypertension) merujuk kepada Tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik.
Gambar 4 : Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.
Gambar 5 : Pengidap diabetes bersandar insulin boleh hidup seperti normal selagi
mereka menerima suntikan insulin, tetapi mereka akan menerima maut
sekiranya mereka tidak mendapat suntikan insulin dalam tempoh yang agak
singkat
SOALAN 3
Bincangkan peranan anda sebagai anggota masyarakat untuk membendung penyakit yang dinyatakan daripada menjadi lebih serius.
GAYA HIDUP SIHAT
Gaya hidup sihat merujuk kepada amalan tabiat yang meningkatkan tahap kesihatan dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan. Gaya hidup yang sihat berasaskan kepada kegiatan fizikal yang agak rancak. Ia berkait dengan nilai kesihatan yang positif dan kehidupan sebaliknya sentiasa dikaitkan dengan nilai kesihatan yang negatif dan berpenyakit serta masalah kesihatan yang lain. (Sumber: Wee Aeng Hoe, 2002).
Jika anda sentiasa melakukan sesuatu aktiviti dalam hidup atau sentiasa mengamalkan cara tertentu dalam melakukan aktiviti itu, anda dikatakan mempunyai gaya hidup tertentu. Gaya hidup individu boleh menjadi gaya hidup masyarakat jika semua individu dalam masyarakat itu mengamalkan gaya hidup yang sama. Gaya hidup mdividu dan gaya hidup masyarakat boleh mempengaruhi kesthatan.
Komponen Gaya Hidup Sihat
Gaya hidup sihat antara lain melibatkan lima komponen seperti:
Makanan seimbang
Makanan sangat penting untuk kesthatan. Pengambilan makanan yang seimbang dapat merangsangkan tumbesaran yang normal. Kanak-kanak yang membesar dengan sthat akan dapat belajar dan berfikir dengan baik, melakukan aktiviti dengan cergas tanpa sebarang masalah kesthatan. Makanan yang seimbang adalah diperlukan untuk kita memeithara kesihatan agar tubuh badan kita boleh berfungsi dengan baik.
Kebersihan diri
Bagaimana tentang kebersihan pakaian, tubuh badan dan tempat kediaman anda, adakah ia sentiasa bersih? Adakah perkara-perkara ini mendapat perhatian kamu? Sebenamya perkara ini amat berkait dengan sikap dan tingkahlaku anda sendiri. Kebiasaan menjaga kebersihan diri dan persekitaran bukan sahaja amalan kesihatan yang baik tetapi juga menggambarkan sahsiah dan imej kendiri serta gaya hidup anda yang sihat
Tidak menyalah gunakan bahan
Gaya hidup sihat menuntut kita tidak menyalah gunakan bahan yang melibatkan perkara seperti:
• Merokok
• Mengambil dadah
• Minuman alkohol
• Penyalahgunaan dadah
Semua golongan masyarakat di negara ini perlu bersama-sama melibatkan
diri dalam kegiatan yang sihat dan berfaedah
Rehat yang cukup
Dalam kehidupan harian kita tidak dapat mengelak daripada mengalami ketegangan:
Tidak kira apa keadaannya, kita harus berehat dengan tujuan;
• melupakan bebanan dan perasan bimbang atau cemas.
• rehat dan tidur perlu untuk tumbesaran kanak-kanak.
• merehatkan otak.
• memulihkan tenaga.
• membolehkan mereka menjalankan aktiviti seterusnya.
Senaman
Di peringkat remaja dan awal dewasa ada dikalangan kita mengamalkan gaya hidup yang kurang aktif dan segi fizikal dan penuh ketegangan. Contohnya suka berehat dengan menonton televisyen. Gaya hidup seumpama ini sesungguhnya tidak sihat lebih-lebih lagi bagi jangka masa panjang. Ekoran daripada gaya hidup yang kurang aktif danipada segi fizikal, kita mungkin akan mengalami masalah kegemukan, hipertensi dan sakit jantung. Senaman adalah perlu untuk menjaga kesihatan dan pengekalan tahap kecergasan yang tinggi. Antara kelebthan senaman adalah seperti berikut:
• Mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetis.
• Menambah kekuatan jantung dan paru-paru.
• Memperkuatkan tulang dan mencegah osteoporosis.
• Membakar lemak untuk mengawal berat badan berlebihan.
• Meningkatkan kolesterol ‘baik’ di dalam darah.
• Membantu untuk tidur yang baik.
• Mengurangkan ketegangan dalam diri
Apabila anda sakit, anda akan berjumpa doktor. Sudah tentu doktor akan memberi anda ubat. Anda makan ubat tersebut dengan harapan anda akan sihat semula. Beginilah bagaimana perjalanan perkhidmatan kesihatan sekarang, satu kitaran diagnosa dan preskrepsi.
Anda telah mendengarnya sebelum ini tetapi saya akan mengulanginya. Pencegahan lebih baik dari mengubati. Namun anda mungkin tidak memberi perhatian kepadanya. Walau bagaimana pun sekiranya anda melihat dengan lebih dekat saranan doktor, ia akan membawa kepada kesimpulan bahawa mereka sebenarnya ingin mengesan sesuatu penyakit dengan lebih awal. Cuba renungkan. Renungkan bahawa makna sebenar pencegahan adalah menahan sesuatu dari berlaku.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam kenal,
BalasPadamInfo yg padat & mantop...
Promosi ESULIN, formulasi Herba yg dikaji saintifik & diuji klinikal khusus untuk digunakan pesakit diabetes.
jemput ziarah ke ESULIN.biz