Ahad, 8 Mei 2011

HBEF2103: PSIKOLOGI PENDIDIKAN




Isi Kandungan
Kandungan Muka surat
Prakata

Bahagian 1 :
Senario Pengajaran Dan Pembelajaran 3 – 5
Bahagian 2 :
Huraian Masalah Mengikut Teori Pembelajaran 5 – 9
Bahagian 3 :
Pelan Mengatasi Masalah Berlandaskan Teori Pembelajaran 10 – 13

Rujukan







Prakata

Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan keizinan serta hidayat-Nya, saya dapat menyelesaikan tugasan ini bagi memenuhi sebahagian dari syarat kursus HBEF2103 Psikologi Pendidikan.
Dalam usaha menyiapkan tugasan yang baru dan asing ini, saya banyak bergantung kepada buku-buku, bahan-bahan dan rujukan modul-modul daripada individu dan pensyarah. Namun demikian, saya berasa amat bertuah kerana berpeluang membuat kajian dan mendalami setiap aspek yang merangkumi konsep, modul, kajian dan rujukan perkara-perkara baru mahupun perkara yang telah saya ketahui tetapi terlalu cetek. Dengan pengumpulan maklumat dan perbincangan yang dilakukan, saya dapat menerokai pengalaman baru dan memperluaskan minda saya.
Sehubungan itu, kami ingin mengucap setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah HBEF2103 Psikologi Pendidikan yang banyak membimbing, mendedahkan idea dan konsep mengenai Psikologi Pendidikan. Demikian juga kepada tutor serta rakan rakan-rakan kuliah yang bersama-sama beruasaha ke arah dan matlamat yang sama.
Sebagai satu usaha pertama dalam penulisan tugasan begini, sudah tentu banyak kepincangan yang mungkin timbul. Atas kekurangan dan ketidaktepatan pengolahan keseluruhan tugasan, saya amat mengalu-alukan teguran dan kritikan membina demi kesempurnaan penulisan kami atau tugasan ilmiah lain pada masa-masa akan datang.

Sekian, terima kasih. Wassalam.



Bahagian 1 : Senario Pengajaran Dan Pembelajaran

Sebagai seorang guru, kita tidak terlepas dari menghadapi kelas yang pelbagai ragam kerenah dan perangai murid – murid semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Keadaan sebegini perlu kita hadapi walaupun kita tidak menyukainya. Sudah menjadi tugas seorang guru untuk berhadapan dengan situasi sedemikian.
Pada tahun 1995, setelah tamat pengajian di Maktab Perguruan, saya telah ditempatkan di sebuah sekolah di kawasan bandar. Setibanya saya di sekolah tersebut saya telah ditugaskan untuk mengajar beberapa subjek utama seperti Bahasa Malaysia Tahun 3, Matematik Tahun 2 dan Sains 3. Kesemua kelas yang ditugas untuk saya mengajar memang terkenal dengan pelbagai ragam masalah dan tingkahlaku perangai murid – murid di kelas tersebut. Tambahan pula mereka mempunyai latar belakang yang berbeza. Ada dikalangan mereka anak petani,anak peguam, anak guru,anak orang bekerja di pejabat dan tidak kurang juga ada beberapa orang anak yang kurang jelas latar belakang mereka.
Tanggapan saya pertama sekali menjejak kaki di sekolah tersebut, saya merasa saya sangat beruntung kerana mengajar di sekolah dalam kawasan Bandar tidak seperti rakan – rakan saya yang lain yang mengajar jauh dipendalaman. Ternyata anggapan saya itu meleset sama sekali. Setiap kali saya mengajar murid – murid di ketiga – tiga kelas tersebut ada sajalah masalahnya. Semasa saya hendak menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran ada saja sesuatu yang akan mereka lakukan, apabila saya hendak menerangkan sesuatu mereka pelajaran terutamanya tentang topik yang baru pada mulanyanya saja mereka menunjukkan minat mereka terhadapa pelajaran tersebut, setelah 10 minit saya mengajar mereka terus hilang fokus dan minat untuk mengikuti pelajaran seterusnya. Mereka mulalah bercakap sesama sendiri tanpa memperdulikan saya yang mengajar di hadapan. Mereka yang mahu mengikuti pelajaran hanya segelintir sahaja, daripada 35 orang murid dalam kelas itu hanya 10 orang sahaja yang betul – betul menumpukan perhatian semasa saya mengajar. Murid – murid yang tidak mahu belajar itu juga selalu membuat bising dan ada juga mereka yang suka mengusik kawan mereka yang hendak belajar Apabila ditegur barulah mereka berhenti seketika, itu pun tak lama cuma beberapa minit sahaja , selepas itu mereka akan membuat hal lagi.
Walupun demikian apabila ditanya mereka dengan selamba akan menjawab pertanyaan saya dengan betul walaupun ianya tidak memuaskan hati saya. Kadang – kadang saya kurang memberi pujian kepada murid yang dapat menjawab pertanyaan saya, sebab itulah murid – murid ini jarang memberi respon kepada saya. Pelajar – pelajar saya ini suka membuat bising semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam kelas, dengan kata lain mereka tidak menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pengajaran saya. Tambahan pula ada dikalangan murid – murid ini akan melakukan kerja lain seperti melukis kartun, berpura – pura mengantuk, mengunyah gula getah, dan tidak kurang makan secara bersembunyi dari saya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah semua ini adalah hasil peniruan dan pengaruh oleh rakan – rakan sekelas.
Kebisingan mereka ini sukar untuk dikawal oleh saya, tambahan pula apabila ditegur sedikit mereka ini akan merajuk dan akan membuat aduan kepada ibu bapa mereka.Selain daripada itu mereka ini kerap kali hilang minat dan tumpuan semasa saya mengajar, kadang – kadang saya juga hilang kawalan terhadap murid – murid ini. Tidak kurangnya juga terdapat murid yang memang langsung tidak mahu mendengar nasihat saya, sebagai contohnya, ada dikalangan mereka ini membuat bilik darjah tersebut seperti rumah mereka sendiri, keluar sesuka hati mereka sahaja semasa kelas sedang berjalan. Mereka tidak menghiraukan teguran dan hukuman yang saya beri kepada mereka. Tidak kurang juga ada dikalangan murid ini yang membawa masalah di rumah ke sekolah, ini yang membuat mereka kelihatan sedih apabila mereka menghadapi masalah mereka di rumah. Saya merasa kecewa kerana saya tidak dapat menjalankan tugas saya dengan penuh berwibawa. Murid yang saya ajar tidak menghormati saya sebagai guru mereka. Kadang – kadang saya tidak dapat menahan kesabaran saya lagi apabila melihat perangai murid – murid di kelas ini. Saya pasti mencari formula untuk mengatasi masalah ini supaya ianya tidak berlarutan. Untuk menjadi seorang guru yang berkesan saya perlu mencari punca masalah mengapa murid saya jadi begini.

Bahagian 2 : Huraian Masalah Mengikut Teori Pembelajaran
Apabila diteliti dan dikaji selama saya mengajar dibeberapa buah kelas ini ternyata murid dalam kelas ini mempunyai masalah yang berbeza. Konotasinya, ini adalah disebabkan oleh latar belakang mereka yang berbreza. Ada dikalangan mereka ini juga ingin menunjuk – nunjukkan kepada rakan mereka tentang status dan kedudukan orang tua mereka.
Apabila dikenal pasti pelajar yang suka membuat bising semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, ini adalah disebabkan oleh permulaan proses pengajaran dan pembelajaran ( set Induksi ) saya tidak dapat menarik minat dan perhatian saya, ini kerana saya terus mengajar daripada yang susah ke senang, bagi murid yang belum bersedia menerima pelajar saya mereka terus hilang dan tidak faham langsung tentang apa yang saya terangkan.
Keadaan sebegini boleh kita kaitkan dengan Teori Pelaziman Klasik Pavlov. Dalam teori ini Pavlov menyatakan bahawa setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas bermaksud bermaksud apa – apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat sesuatu ransangan. Ransangan pula ialah apa – apa sahaja berbentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas. Sebagai mana pada permulaan pengajaran saya perlu mencari sesuatu yang berbeza setiap kali saya hendak memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Apabila saya melakukan pelbagai jenis bahan ransangan setiap kali saya mengajar sudah pasti murid – murid saya akan tertarik dan ternanti – nanti pada setiap kali sesi pembelajaran berlaku. Oleh itu saya perlu menyediakan bahan yang berlainan sesuai dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan murid – murid. Justeru bahan ransangan tersebut boleh menyeronokan dan menarik minat murid akibat adanya kaitan antara rangsangan dengan gerak balas, seterusnya proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku dengan lancar.
Mereka merasa diri mereka tidak dihargai oleh saya. Jadi mereka mengambil jalan yang mudah membuat bising dan mengusik kawan – kawan yang lain, apabila kawan yang lain diusik mahu tak mahu mereka pun turut serta dalam kelompok tersebut dan seterusnya akan membuat bising dan terus hanyut dan hilang entah ke mana. Mereka akan terus mengganggu dan mengacau rakan sekelas yang lain, guru pun turut mereka kacau. Tambahan pula ada segelintir murid dalam kelas saya itu suka meniru gaya pelajar yang popular membuat kelas merasa gembira sehingga gelakan mereka didengar seluruh sekolah dan ini akan menambah bising. Peniruan terhadap tingkah laku ini berlaku apabila murid – murid tidak fokus kepada pengajaran saya, dan sebaliknya mereka memberikan perhatian kepada rakan mereka yang dianggap kelakar dan menghiburkan mereka. Mereka ingat dengan melakukan kerja tersebut akan dapat dilihat dan diperhatikan oleh rakan mereka yang lain dan seterusnya perbuatan mereka itu akan diikut oleh rakan yang yang lain seperti melukis dan menconteng dibuku teks atau dibuku kerja mereka. Ini akan menarik perhatian rakan mereka yang lain. Oleh itu akan terjadilah sesuatu perkara yang tidak diingini akan berlaku. Hal ini akan menyebabkan ramai murid yang lain akan turut melukis dan menconteng sesuatu yang abstrak pada buku, kerana hal ini dapat memuaskan hati dan perasaan mereka apabila dapat melihat respon dari rakan yang lain tentang tindakan yang telah diambil oleh mereka.
Bagi pelajar yang menganggap bahawa peraturan sekolah sama sahaja dengan peraturan di rumah , ini adalah disebabkan mereka terasa tidak dihargai oleh saya didalam kelas. Berkemungkinan juga mereka lebih suka meniru perlakuan daripada media massa seperti cerita yang mereka tontonkan di televisyen.Mereka keluar sesuka hati tanpa menghiraukan teguran saya. Bagi mereka guru tidak wujud di dalam kelas tersebut, asalkan hati mereka puas. Sebaliknya tindak mereka begini akan dipuji oleh rakan sekelas, mereka mengganggap murid tersebut “ terror” maksudnya berani. Terdapat juga murid yang membawa masalah di rumah ke sekolah, ini berlaku berkemungkinan mereka menghadapi tekanan di rumah, masalah keluarga yang berlarutan dan sebagainya. Murid sebegini akan menjadi pendiam, apabila sekali sekala dia meluahkan hati dan perasaannya, akan terjadilah sesuatu yang diluar jangkaan dan dugaan akan berlaku mereka berkemungkinan akan menjadi lebih agresif, dan akan hilang tumpuan untuk belajar.
Situasi dan keadaan begini bolehlah kita kaitkan dengan teori Pembelajaran Sosial oleh Albert Bandura ( 1986 ). Menurut Bandura , tingkah laku manusia banyak dipengaruhi oleh peniruan dan modeling. Dalam keadaan sebegini, terdapat murid meniru gaya rakan mereka, seperti mengusik rakan sekelas, seperti melukis dan menconteng dibuku teks atau dibuku kerja mereka. Peringkat peniruan yang digariskan oleh Bandura didapati wujud dalam keadaan sebegini.
Proses peniruan melalui elisitasi timbul apabila murid melihat perlakuan orang lain. Sebagi contohnya , murid selalu menonton telivisyen, mereka pasti akan meniru aksi – aksi yang ditayangkan di kaca televisyen tersebut. Perlakuan sebighini akan terbawa – bawa ke dalam kelas.Peniruan terhadap tingkah laku ini berlaku kerana pelajar sudah tidak memberikan perhatian lagi kepada pengajaran guru, sebaliknya mereka memberi perhatian kepada rakan mereka yang dianggap menghiburkan. Mereka ingat akan perlakuan yang dilihat kemudian mereka mengikut tingkah laku seperti yang disebut tadi. Rakan sekelas akan tergelak seolah – olah memuji tindakan tersebut. Hal ini menyebabkan makin ramai pelajar turut melukis kartun kerana mendapat sesuatu kepuasan apabila melihat rakan – rakan senyum dan ketawa, tidak kurang juga terdapatnya “ batu api ” menunjukkan isyarat “bagus”, sebagai penghargaan kepada mereka ini.
Murid yang hilang minat terhadap pengajaran saya kerana saya tidak pandai mengambil hati murid – murid, ini adalah disebabkan sifat saya yang dianggap oleh murid keterlaluan. Selain daripada itu juga saya tidak pernah memikirkan tentang kesediaan dari segi psikomotor, efektif kognitif murid sebelum saya mengajar. Saya juga tidak memperdulikan kesan pembelajaran saya samada ianya menyeronokan atau pun tidak. Semuanya yang saya buat mengikut kehendak saya sendiri sahaja.Saya kurang memberi perhatian kepada murid yang tidak mendengar nasihat, saya akan terus membiarkan mereka hanyut dibawa oleh sikap dan perangai mereka yang tidak faham dan tidak mendengar nasihat saya.
Bagi murid juga merasa diri mereka tidak dihargai oleh saya kerana saya kurang memuji dan memberi ganjaran kepada mereka apabila saya ajukan soalan kepada mereka dan mereka menjawab dengan betul. Murid – murid berasa seolah oleh mereka tidak dihargai oleh guru. Mereka beranggapan guru tidak mengambil perhatian yang serius terhadap mereka.
Keadaan sebegini boleh kita kaitkan dengan Teori Perlaziman Operan Thorndike (1993) berpendapat bahawa pembelajaran berlaku hasil daripada gabungan antara S-R, iaitu stimulus(rangsangan) dan respone (gerak balas). Berkemungkinan murid tidak minat atau fokus kepada saya mengajar kerana saya mengikut gabungan stimulus dan respone ini. Keadaan begini telah membuat murid saya hilang minat terhadap pelajaran. Ini kerana menurut saranan yang dibuat oleh Thondike bahawa pembelajaran manusia dikawal oleh hukum tertentu, yang disebut sebagai hukum pembelajaran. Ini dapat kita lihat apabila murid tidak memahami apa yang diajar oleh saya mereka terus hilang tumpuan. Hukum – hukum pembelajaran ini dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu (a) Hukum Kesediaan, (b) Hukum Latihan dan (c) Hukum Kesan. Maka tidak hairanlah murid saya tidak fokus semasa saya hendak memulakan pembelajaran dalam kelas, ini kearana say tidak memikirkan tentang kesediaan murid dari segi psikomotor,efektif kognitif sebelum saya memulakan pengajaran saya. Menurut Hukum Kesediaan Thorndike, apabila seseorang itu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan, maka tindakan itu dapat member kepuasan kepadanya. Sekiranya ia tidak melakukannya, akan menimbulakan perasaan dukacita dan kalau dia dipaksa melakukannya , akan menghasilkan pembelajaran yang tidak sempurna.Hukum Kesediaan ini merujuk kepada kesediaan dan persiapan-persiapan yang perlu ada sebelum individu itu bertindak, iaitu belajar.
Kesediaan ini dapat dilihat dari tiga aspek utama iaitu, kesediaan psikomotor, kesediaan afektif dan kesediaan kognitif. Selain daripada itu saya juga perlu mengetahui tentang hokum kesan yang diseranankan oleh Thorndike, menurutnya murid kita akan lebih menumpu perhatian sepenuhnya apabila kita mengajar dengan menghargai seseorang murid itu supaya ianya member kesan yang menyeronokkan disamping dapat meningkatkan pertalian antara rangsangan dan gerak balas. Selepas gerak balas terhasil, pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh, jika terdapat kesan yang menyeronokan.
Kesan yang menyakitkan akan melemahkan pertalian antara R-G. sebagai contohnya sekira kita terlalu tidak mengambil perduli tentang seseorang murid itu dan kita sentiasa sahaja memandang serong dan suka menghukumnya, kesannya tentulah menyakitkan dan ia tidak akan mempunyai motivasi mengikuti pelajaran kita seterusnya. Kita juga perlu memberi ganjaran atau peneguhanb sekiranya murid kita menjawab dengan betul apabila kita ajukan soalan kepada mereka. Guru juga perlu ingat sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran ini pastikan pelajar bersedia dari aspek kognitif, fizikal dan efektif.

Bahagian 3 : Pelan Mengatasi Masalah Berlandaskan Teori Pembelajaran
Pelan tindakan bagi mengatasi masalah tersebut adalah seperti berikut :
1. Implikasi Teori Pelaziman Klasik Pavlov
Andaian : Set induksi yang saya gunakan tidak dapat menarik perhatian murid saya, tiada bahan ransangan yang menarik disediakan atau pun persembahan set induksi membosankan dangan gaya yang selamba. Murid-murid hilang tumpuan.
Implikasi pengajaran : Mempelbagaikan bahan rangsangan, dan juga cara persembahan guru supaya ianya dapat menimbulkan gerak balas daripada murid. Murid terlibat secara langsung. Bahan tersebut hendaklah sesuai dengan tahap pemikiran murid. Pastikan bahan rangsangan tersebut berfungsi dengan baik dan menjurus kepada isi pengajaran kita.
Contoh:Setiap kali memulakan sesi pengajaran kaitkan set induksi tersebut dengan isi pembelajaran. Pastikan kita menyedari aspek kecerdasan murid kita di dalam setiap kelas. Pastikan murid tahu bahawa setiap kali kita masuk, ada sahajalah pembaharuan dari segi penyampaian kita. Pastikan mereka minat dengan set induksi kita, beri rangsangan yang positif dan sentiasa menghargai setiap kali murid memberi respon walaupun respon itu salah. Jangan sesakali kita membuat dendaan terhadap murid kita. Pelbagai intonasi dan ajukan verbal kita. Pastikan setiap bahan rangsangan yang kita sediakan memberi makna yang positif terhadap murid – murid kita.
2. Implikasi Teori Pembelajaran Sosial Oleh Albert Bandura ( 1986 )
Andaian : Faktor – factor sosial,kognitif dan tingkah laku memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran.Pengaruh rakan sebaya dan media massa, menyebabkan murid – murid hilang tumpuan, tambahan pula persekitaran kelas yang sentiasa sahaja bahan yang hendak dijadikan peniruan oleh sesetengah murid – murid ini.
Implikasi pengajaran : Wujudkan persekitaran kelas yang santai. Kelas sebegini akan dapat mengukuhkan tingkah laku positif. Galakkan murid mengeluarkan buah fikiran mereka. Nasihatkan tentang kebaikan dan keburukan meniru sesuatu aksi yang pernah mereka lihat. Ambil perhatian yang sewajarnya pada murid yang mudah terpengaruh dengan persekitaran. Selalu mendekati murid yang dianggap popular di dalam kelas jadikan mereka ini kawan dan rakan. Kita hendaklah menjadi dominan di dalam bilik darjah, jangan biarkan pelajar popular ini mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran kita. Pasti hanya aksi dari guru sahaja boleh ditiru di dalam bilik darjah, dengan adanya peniruan sebegini murid popular ini akan lebih dekat dengan pelajarannya. Kita boleh jadikan juga murid popular ini sebagai model di dalam kelas. Pasti murid sebegini jangan disisih. Mereka sebenarnya murid yang pitar, cuba ianya mahu kita sebagai guru member dan menumpukan perhatian kepadanya sahaja. Murid yang herper aktif sebegini juga daapat menceriakan sesei pengajaran dan pembelajaran kita seandainya dia diberi peluang untuk mengambil sebahagian daripada sesi pengajaran dan pembelajarn kita.
Contoh: Apabila kita mengetahui terdapat murid atau pelajar yang popular di dalam kelas, kita terus mendekati mereka dan jadikan mereka teman kita atau pun suruh murid tersebut sebagai pembantu seketika semasa kita hendak memulakan pembelajaran kita. Cara sebegini kita dapat mempengaruhi kesemua anak murid kita di dalam kelas untuk meneruskan pembelajaran kita. Kawalan kelas kita akan menjadi mudah. Murid yang popular ini tadi akan merasa megah kerana telah dijadikan model dihadapan kelas, dengan cara begini murid ini akan hilang taringnya untuk mengusik murid – murid yang lain. Justeru, murid tersebut akan dapat merekod peristiwa di dalam sistem ingatan, ini berkemungkinan akan membolehkannya melakukan peristiwa itu kelak bila diperlukan atau diingini. Kita juga perlu memotivasikan secukupnya murid kita ini supaya kita dapat menghasilkan tingkah laku yang tertentu, sebagai contoh kita beri murid kita perangsang. Murid ini juga tahu bahawa dia dihargai oleh guru. Melalui perlakuan penghargaan terhadap murid ini tadi, sifat dan sikap yang yang selalu sahaja dapat mempengaruhi kelas untuk menjadi bising akan dapat dibendung. Murid yang popular seperti ini haruslah kita dekati dan berikan perhatian sewajarnya, kerana berkemungkinan pelajaran yang kita ajar tersebut sudah difahami olehnya, tambahan pula dia telah belajar di kelas tuisyen. Oleh itu pelajar sebegini boleh kita gunakan sebagai pembantu rakan sebaya yang lain untuk memahami isi pengajaran dan pembelajaran kita di dalam kelas itu nanti. Semakin kita beri tugasan penting sedemikian kepadanya, dia akan lebih menghormati guru dan juga murid – murid yang lain, ini oleh kerana sikapnya suka meniru sesuatu yang melalui mata kasarnya. Seumpama kita menangkap ibu ayam dan anaknya, kita tangkap ibunya terlebih dahulu baharulah anaknya akan mengikut dari belakang.
3. Implikasi Teori Perlaziman Operan Thorndike (1993)
Andaian : Murid–murid belum bersedia untuk menerima pelajaran, tambahan pula tiada apa yang dapat merangsang keinginan murid untuk belajar. Pelajar menganggap diri mereka tidak diperdulikan oleh guru.
Implikasi pengajaran : Pastikan murid kita telah bersedia dari segi psikomotor, efektif kognitif sebelum mereka belajar. Wujudkan kelas yang kondusif. Kenal pasti kemampuan murid kita. Pastikan beberapa aspek seperti aspek psikologi, hubungan, motivasi, nilai, dan aspek keperluan murid diutamakan. Segala aspek ini pula akan memotivasikan pelajar tersebut untuk belajar dengan lebih aktif dan dapat menghilangkan kebosanan mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang akan dilakukan oleh kita.
Contoh:Menurut Hukum Kesediaan ini, terlebih dahulu saya pastikan bahawa anak murid saya sudah bersedia dari segi psikomotor, efektif, kognitif sebelum mereka belajar. Disamping itu sebagai seorang guru kita terlebih dahulu hendaklah tentu dan pastikan persekitaran yang sesuai untuk sesi pengajaran kita. Pastikan persekitaran itu selamat dari apa – apa ancaman jua, tidak mengira sama kecil atau besar, kesan jangka mas panjang atau pun pendek. Untuk menjadikan pelajaran yang lebih berkesan lagi kita hendaklah cekap dan mahir berkomunikasi dengan murid – murid kita, gunakan bahasa yang berkesan mengikut tahap murid yang kita ajar, disamping itu kita gunakan komunikasi yang terbuka. Jadikan persekitaran itu umpama syurga bagi murid – murid kita ini. Dengan wujudnya persekitaran yang selamat, jadi murid akan dapat meneruskan pembelajaran dengan baik dalam kelas, tanpa ada gangguan emosi dan persekitaran terhadap mereka. Maka jadilahnya SekolahKu SyurgaKu. Untuk memastikan mereka telah bersedia pastikan saya mencari bahan rangsangan sesuai dengan tahap pemikiran mereka. Guru akan dapat merancang pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan murid – murid ini. Bagi pelajar yang belum sampai ketahap kesediaannya tidak boleh dipaksa.Bahan rangsangan itu hendaklah bahan yang pernah mereka lihat, pegang dan rasa. Guru hendaklah memulakan sesi pengajaran setelah beliau mendapati bahawa pelajar/murid telah bersedia dari aspek kognitif,fizikal dan afektif. Pastikan setiap pertanyaan kita ada respon dari murid, tidak kira samada murid itu bijak, sederhana ataupun yang lemah. Guru mesti mengadakan pelbagai rangsangan untuk mewujudkan kesan pembelajaran yang menyeronokkan. Pastikan kesemua murid kita terlibat secara langsung. Beri ganjaran atau peneguhan untuk respon yang betul. Pastikan kita sentiasa menilai aspek kesediaan pelajar kita. Jangan biarkan mereka tidak memahami tentang apa yang kita ajar pada hari tersebut.

Rujukan

Bandura, A.(1986). Social Foundations of Thought and Action: A social Cignitive Theory. EnglewoodsCliffs,NJ: Prentice-Hall.
Berk, E.L (1989). Child Develoment, Boston:Allyn & Bacon
Kamurudin Hj. Husin (1993). Pedadogi3.Penggunaan Psikologi dalam Bilik Darjah. Petaling Jaya: Longm,an Malaysia.
Mahmood Nazar Mohamed (1990). Pengantar Psikologi Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia, Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Slavin, R.E. (1997). Educational Psychology, Theory and Pratice.5th ed.Boston:Allyn and Bacon.
Sharifah Alwiah Alsagof (1987).Psikologi Pendidikan 1. Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Rujukan Internet
http://www.shp.edu/~cgboree/bandura.html
http:/tip.psychology.org/theories.html
www.funderstanding.com/about_hearing.htm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan