Ahad, 8 Mei 2011

KOB3201PENGENALAN KOMUNIKASI MASSA-Laporan Penyelidikan Perbandingan Media Massa Tempatan danMedia Massa Antarabangsa


1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan

Kebebasan media di Malaysia tidaklah sebebas negara Barat yang lain. Tetapi lebih baik berbanding dengan negara China, Timur Tengah, negara komunis dan negara bekas komunis. Kebebasan media massa di Malaysia dikawal oleh Akta Penerbitan dan Percetakan Akhbar 1984

Peranan kerajaan dalam memantau pembangunan industri media massa, khususnya media cetak seperti akhbar dan media elektronik seperti televisyen di Malaysia sering kali mendapat perhatian dan kritikan dari pemerhati asing, khususnya pemerhati barat. Seringkali, isu kebebasan bersuara dan isu censorship yang diamalkan oleh industri media massa tempatan dikritik dan dipertikaikan oleh pemerhati asing. Di Malaysia, industri media massa tertakluk di bawah akta dan undang-undang, khususnya di bawah Perkara 10 Perlembagaan Malaysia yang mengawal kebebasan bercakap dan bersuara. Dalam konteks ini, industri media massa tempatan tidak dibenarkan menyalurkan maklumat yang mungkin boleh mendatangkan implikasi perpaduan kaum seperti menyentuh isu-isu perkauman, keagamaan, isu-isu politik yang terlalu ekstrim, isu-isu yang mempertikaikan kedaulatan sistem beraja dan sebagainya.

Media ialah alat atau perantara komunikasi (perhubungan). Istilah media massa merujuk kepada pelbagai jenis alat komunikasi seperti televisyen. radio, surat khabar, majalah dan sebagainya yang dapat menyampaikan maklumat seperti berita kepada orang ramai dengan cepat (dalam masa yang singkat). Media massa boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu media cetak dan media elektronik. Media cetak ialah alat atau saluran komunikasi yang berupa bahan cetakan atau terbitan seperti surat khabar, majalah jurnal, risalah, brosur dan sebagainya. Media elektronik pula ialah alat atau saluran komunikasi yang berupa atau yang menggunakan alat-alat electron moden seperti radio, television dan sebagainya. Ia juga merupakan saluran komunikasi yang berkesan untuk menyampai dan menerima maklumat dari dalam atau luar negeri. Maklumat yang disampaikan adalah berbagai-bagai bentuk seperti doktrin, ideologi, panduan, hiburan, sukan dan seribu satu macam informasi yang berkaitan dengan hal ehwal kehidupan manusia.

2.0 Sejarah Media Massa Kita

Sekatan terhadap media di Malaysia telah dilaksanakan oleh penjajah British di Malaysia lagi. Banyak surat khabar yang diterbitkan di Malaysia dan Singapura telah diharamkan penerbitannya. Rencan-rencana yang ditulis oleh Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam, Abdul Rahim Kajai dan lain-lain yang dianggap anti penjajah telah diambil tindakan sehingga ada akhbar yang diharamkan. Pemimpin ini dicop sebagai pemimpin kiri atau pro sosialis.

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) telah digunakan oleh British sebelum Perang Dunia II lagi. Demonstrasi telah meletus sehingga mencetuskan rusuhan kaum di beberapa tempat. Perasaan marah dibangkitkan oleh media massa seperti ketidakpuastian masyarakat Melayu terhadap isu Natrah di Singapura tahun 1950.

2.1 Selepas Merdeka

Malaysia yang merdeka pada tahun 1957 telah meneruskan semua akta yang dibentuk semasa era penjajahan British dahulu. Malahan lebih banyak sekatan diperkenalkan melalui Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang dikemukakan oleh Lord Reid. Buku The Malay Dilemma yang ditulis oleh Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada 1969 telah diharamkan sehingga tahun 1981. Surat khabar mingguan Watan pula telah diharamkan pada 1987 selepas Operasi Lalang. Begitu juga dengan nasib Mingguan Bumi. Akhbar Harakah pula dihadkan kekerapannya. daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan pada Mac 2000 dan tidak boleh dijual secara terbuka. Permit akhbar juga boleh ditarik dengan mudah kerana ia perlu diperbaharui setiap tahun.

2.2 Dasar Langit Terbuka
Siaran radio dan televisyen tempatan Malaysia dikawal oleh Kementerian Penerangan Malaysia. Bagaimanapun, siaran radio dan televisyen dari Singapura, Indonesia dan Thailand boleh dinikmati oleh penduduk di Johor dan utara Semenanjung Malaysia sejak tahun 1980-an. Penduduk negeri Sabah dan Sarawak yang memiliki satelit parabola bersaiz kecil pula boleh mendapatkan siaran dari Indonesia dan Filipina. Harga parabola yang semakin murah dan mudah didapati menjadi satu ancaman kepada kawalan media di Malaysia. Sistem langit terbuka ini mengejutkan ramai pihak kerana ada pro dan kontra. Era Tun Dr Mahathir bin Mohamad menyaksikan syarikat Binariang yang dipengerusikan oleh Tun Mohammed Hanif Omar telah melancarkan satelit ke angkasa lepas bagi melancarkan siaran Astro. Dengan ini sistem langit terbuka yang diwarwarkan tidak sepenuhnya terbuka, tetapi dikawal melalui siaran satelit Astro. Semua negara di dunia juga setuju sistem langit terbuka perlu dikawal dan dipantau.

Era 1990-an menyaksikan Malaysia berhadapan dengan isu globalisasi atau dunia tanpa sempadan apabila munculnya internet dengan kemudahan laman web, e-mel, telefon internet, chit chat dan sekarang blog. Pada peringkat awal kerajaan Malaysia menggalakkan rakyat menggunakan internet dan membekalkan komputer di sekolah-sekolah. Guru-guru Sains dan Matematik dilengkapkan dengan sebuah komputer agar mereka mudah mencapai internet dan melaksanakan P&P menggunakan komputer. Kafe siber tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan dan tahap kelajuan internet semakin baik melalui Streamyx dan lain-lain. Para pelajar sekolah dan mahasiswa universiti menghabiskan banyak masa di kafe siber sehingga membimbangkan ibu bapa. Selain bermain permainan, mereka juga melayari laman web lucah dan ganas. Mahasiswa yang tersekat oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971(AUKU) telah menggunakan blog bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka.

2.3 Gelombang Politik 2008

Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek mendapat lampu hijau untuk memugar dasar-dasar lapuk Kementerian Penerangan dan dasar-dasar yang menyekat kebebasan media di Malaysia. Arah pemberitaan perlu berubah berorientasikan rakyat. Jika kerajaan tidak mendengar kritikan mahasiswa dan penulis blog, akhirnya kerajaan akan dijatuhkan seperti mana 8 Mac 2008


3.0 Kajian Sastera ( Literature Review )

Dalam laporan ini kita akan membincangkan tentang peranan media massa, isu-isu kebebasan bersuara dan isu “censorship” dalam dan luar Negara. Disampng itu, kajian ini juga akan menerangkan tentang hubungan rapat di antara isu kebebasan dengan industri media massa serta kesan-kesan daripada pengawalan kebebasan bersuara.

Penelitian terhadap pelaksanaan Perkara 10 dalam Perlembagaan Malaysia dan pandangan orang ramai terhadap kelonggaran isu kebebasan bersuara. Secara umumnya kajian ini adalah mengkaji tentang isu-isu kebebasan bersuara bagi pihak media massa di Malaysia iaitu Sejauh manakah kawalan kebebasan bersuara yang diamalkan oleh industri media massa tempatan, Apakah kesan-kesan daripada Pelaksanaan Perkara 10 dalam Perlembagaan setakat manakah kelonggaran dan kebebasan bersuara yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada pihak media massa dan Apakah pandangan masyarakat terhadap isu-isu kebebasan bersuara di Malaysia

Dapatan daripada kajian ini diharap dapat memberi pengajaran dan pengenalan kepada mereka seperti pihak media massa dan masyarakat tempatan dalam memahami kefahaman dan tujuan kerajaan menjalankan pelaksanaan Perkara 10 dalam Perlembagaan serta menerangkan tujuan sebenarnya tentang kebebasan bersuara. Masyarakat tempatan merupakan kumpulan atau golongan yang sering kali mengalami kekeliruan dan salah faham tentang isu-isu kebebasan bersuara dalam konteks ini. Jadi, dengan memahami dalam penegasan tentang isu ini serta etika kewartawanan dan media massa ini, sedikit sebanyak akan menyenangkan serta membantu seseorang itu dalam memahami dan menyesuaikan diri dengan persoalan tentang kebebasan bersuara.

Sekali lagi, seperti yang diketahui, media massa adalah alat interaksi sosial yang memainkan berbagai peranan penting dalam masyarakat terutama sebagai alat perantara (McQuail, 1987). Menurut McQuail (1987), media massa memainkan peranan sebagai jendela pengalaman yang meluaskan pandangan dan memungkinkan masyarakat memahami lingkungan persekitarannya. Manakala Merril, Lee, & Friedlander (1994) telah menyatakan bahawa media massa adalah cermin yang memantulkan citra masyarakat terhadap masyarakat itu sendiri. Mereka juga menekankan media massa boleh membentuk suatu imej daripada suatu peristiwa mahupun suatu negeri, kepada pembaca. Malah Merril, Lee, & Friedlander (1994) percaya media massa boleh menguasai kehidupan manusia. Ini kerana menurut mereka:

It would be difficult to imagine life without mass media. Media inform us. Media entertain us. Media invade our lives. And yet media, the instruments of mass communication, are relatively new development in the long thread of civilization. (Friedlander, 1994)

Tujuan asas literasi media ialah mengajar khalayak dan pengguna media untuk menganalisis mesej yang disebar oleh media massa, mempertimbangkan tujuan komersil dan politik di sebalik sesuatu citra atau mesej media, dan meneliti siapa yang bertanggungjawab akan mesej atau idea yang diimplikasikan oleh mesej atau citra itu (Fuziah Kartini Hassan Basri & Arfah Yusof, 2002). Ini kerana media massa boleh sampai kepada banyak khalayak dengan pantas, mencipta pengetahuan dan menyebar maklumat, di samping mengubah sikap yang belum mantap (libat Rogers, 1995).

Namun, media massa seperti radio, televisyen, akhbar, majalah, filem, poster, pita video dan bahan-bahan percetakan stensilan lain yang mudah, boleh menolong menimbulkan kesedaran terhadap sesuatu usaha pembangunan. Tapi, ia juga berupaya menyebabkan konflik dan salah faham di kalangan masyarakat sekiranya media massa tersebut disalahgunakan oleh sesetengah pihak untuk tujuan yang negatif.

Akan tetapi, menurut Fuziah & Arfah (2002) lagi, seseorang pengguna media yang mempunyai literasi media atau celik media akan berupaya memberi reaksi dan menilai sesuatu mesej media dengan penuh kesedaran dan tanggung jawab. Bidang literasi media menyediakan pengetahuan, maklumat dan statistik tentang media dan budaya, serta melengkapkan pengguna media dengan satu set peralatan untuk berfikir dengan kritis terhadap idea, produk atau citra yang dijaja dan dijual oleh isi kandungan media massa.

3.1 Kebebasan Bersuara Dengan Perkara 10

Malaysia merupakan sebuah negara raja berperlembagaan dengan sistem kerajaan berparlimen. Namun pihak kerajaan Malaysia telah menyekat kebebasan media, kebebasan berpersatuan, dan kebebasan berhimpun serta mengenakan sekatan tertentu terhadap kebebasan bercakap. Di Malaysia, konsep kebebasan bersuara diiktiraf sebagai salah satu hak kebebasan asasi manusia dan ia diamalkan secara berhemah. Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini, iaitu semua warga negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran. Walaupun begitu, ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak. Bahkan ia tertakluk kepada fasal (2), (3) dan (4). Perkara 10(2)(a) membenarkan Parlimen mengenakan:

Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain, ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, fitnah, atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.

Jadi, hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah perlu dipastikan supaya tidak disalahgunakan. Kebebasan bersuara yang diberikan perlu dipastikan tidak menjadi hasutan dan ungkapan yang tidak melanggar hak keistimewaan Parlimen dan Dewan Negeri. Maka, difahami bahawa salah satu daripada sekatan-sekatan yang dikenakan ke atas kebebasan bersuara adalah penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan khabar angin atau fitnah yang bukan-bukan. Secara umumnya, undang-undang ini digubal untuk memperuntukkan seksyen-seksyen tertentu bagi melindungi nama baik seseorang ataupun elak daripada berlaku konflik dan perselisihan faham.

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Proses penyelidikan ini akan membawa pelbagai pengajaran bagi penyelidik tentang sebelum dan selepas perlaksanaan Perkara 10 dan kelonggaran kepada media massa dalam aspek kebebasan bersuara. Selain itu, implikasi daripada perlaksanaan Perkara 10 dan kawalan kepada kebebasan bersuara ini akan membawa kesan kepada media massa sebagai saluran maklumat sama ada implikasi positif atau negatif. Kajian ini akan menemubual 40 orang dari pelbagai peringkat seperti tenaga kerja dari swasta dan awam, pelajar-pelajar IPTS dan IPTA dan golongan bersara dan surirumahtangga. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dan memahami aspek isu-isu kebebasan bersuara bagi pihak media massa di Malaysia. Juteru, terdapat beberapa limitasi kajian dalam kajian penyelidikan ini adalah disebabkan oleh bilangan informan adalah terhad, pendekatan-pendekatan yang digunakan dan latar belakang, pekerjaan dan hubungan informan-informan yang dikaji.

4.2 METODOLOGI KUALITATIF

Selain itu, pengumpulan maklumat dari sumber primer dan sumber sekunder juga digunakan. Sehubung dengan itu, sumber primer adalah maklumat yang diperolehi melalui tinjauan untuk sesuatu tujuan tertentu. Suatu tinjauan dibuat dengan mengumpul maklumat daripada sejumlah responden yang dipilih dan kemudian merumuskan jawapan-jawapan yang diterima daripada responden ini.

Metodologi kualitatif digunakan untuk memahami fenomena sosial dari pandangan pelakunya. Selain itu, metodologi ini berfungsi prosedur penelitian yang menghasilkan data deskriptif berupa kata-kata tertulis atau lisan dari orang-orang dan perilaku yang dapat diamati. (Bogdan dan Taylor via Moleong dalam buku metodologi penelitian Kualitatif, 1988).

Selain itu, tinjauan juga boleh juga dilakukan dengan mendapatkan orang ramai menjawab soalselidik berhubung dengan sesuatu perkara. Soal selidik merupakan satu senarai soalan yang dibentuk secara berhati-hati dan sistematik. Ia bertujuan untuk mendapatkan maklumat daripada responden berkaitan dengan sesuatu penyelidikan yang dijalankan. Soal selidik boleh berbentuk bertulis atau bercetak di atas kertas atau secara verbal melalui temuduga secara bersemuka atau telefon. Soal selidik ini diberi kepada responden secara bertulis atau secara lisan, iaitu temubual telefon atau temubual secara bersemuka. Menurut Naresh K. Malhotra (1999):

“Soal selidik yang juga dikenali sebagai jadual, borang temuduga atau alat pengukuran merupakan satu set soalan berbentuk formal yang bertulis atau secara verbal bagi mendapatkan maklumat daripada responden.”

Disamping itu, penggunaan sumber sekunder terdiri daripada maklumat yang diperolehi daripada sumber yang sedia ada akibat daripada lain-lain tinjauan atau rekod yang telah dibuat untuk kegunaan pihak lain. Terdapat ratusan sumber sekunder dalam pasaran yang boleh dirujuk bagi mengenalpasti idea perniagaan.

Menurut Syed Arabi (2002) dan Stewart (2002), teknik ini sesuai digunakan apabila pengkaji bertindak menentukan individu yang terlibat dengan kajian sesuai dengan hasrat untuk mencapai objektif kajian yang telah ditentukan.

Oleh kerana kajian ini menfokuskan kepada kesan-kesan daripada Perkara 10, pemahaman dan pengawalan kepada isu kebebasan bersuara serta pendapat atau pandangan daripada oleh informan. Kaedah penentuan kriteria pada peringkat awal ini juga sesuai dengan amalan yang telah dilakukan oleh pengkaji sebelum ini seperti Moreno (1999), Bird (2004), Edward (2005) dan Turner (2005).

4.3 PERSAMPELAN

Menurut Ary (1990), suatu sampel yang baik mestilah mempunyai dua kriteria iaitu perwakilan dan kecukupan. Perwakilan membawa pengertian bahawa sampel yang dipilih mestilah mewakili populasi kajian. Kecukupan pula membawa pengertian bahawa bilangan sampel yang digunakan adalah mencukupi untuk membuat kesimpulan dan generalisasi yang meyakinkan.

4.4 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian ialah soal selidik yang dibina sendiri oleh penyelidik berdasarkan konsep dan pandangan yang dikemukakan oleh Callan (2003). Pengumpulan data ini telah dilakukan sendiri oleh penyelidik. Masa yang diambil untuk mengisi borang soal selidik ialah lebih kurang 30 minit. Borang akan dikembalikan scepat mungkin seperti mana yang diarahkan.

Dalam kajian ini kami menggunakan empat set soal selidik iaitu soal selidik untuk pengetua, kaunselor, guru biasa dan para pelajar. Dalam borang ini kami telah menetapkan soal selidik ini mengandungi 4 bahagian yang sama iaitu:

 biodata responden;
 pengetahuan dan pengalaman responden;
 penilaian perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
 keutamaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.


5.0 ANALISA DATA

Mereka juga diberi jaminan hasil soal selidik dan temubual tidak memberi kesan kepada keselamatan mereka atau lain-lain impliaksi terhadap pihak media massa dan politik. Setiap responden yang terlibat dalam penyelidikan ini diberi taklimat ringkas tentang faktor kerahsiaan dan masa untuk sesi menjawab soal selidik dan temubual. Mereka juga diingatkan supaya berfikiran terbuka dan ikhlas ketika memberi maklumat ketika ditemubual dan menjawab soalan-soalan dalam kertas soal selidik. Juteru, analisis kandungan digunakan untuk mengenalpasti tema, konsep dan makna. Pada peringkat ini, penganalisisan data dan soal selidik akan berfungsi untuk memahami latar belakang responden dan kefahaman mereka serta menentukan sejauh manakah peranan pihak media massa, fungsi-fungsi kebebasan bersuara dan lain-lain lagi.

5.1 DAPATAN SOAL SELIDIK

Dapatan soal selidik mendapati bahawa majoriti responden tidak menunjukkan kefahaman dan minat yang tinggi dalam beberapa aspek yang berkaitan dengan isu-isu kebebasan bersuara kepada pihak media massa. Kajian ini menggunakan tiga jenis instrumen iaitu kaedah soal selidik yang akan ditujukan kepada responden yang bekerja dengan swasta dan awam, surirumahtangga, golongan yang sudah bersara serta para pelajar IPTA dan IPTS. Manakala, kaedah temubual dengan responden-responden bagi meninjau dan mengkaji tahap kefahaman tentang konsep kebebasan bersuara kepada masyarakat setempat dan pihak media massa. Kajian ini ialah kajian deskriptif yang berbentuk tinjauan dengan melaporkan sebarang maklumat yang diperolehi daripada soal selidik yang ditujukan kepada 40 orang responden yang memberi pandangan mereka tentang aspek ini.

Jadual 5.0: Latar Belakang Responden

Umur Bilangan Responden Peratus %

18 – 25 Tahun

9
22.5%

26 – 30 Tahun

8
20%

31 – 35 Tahun
13
32.5 %

36 Tahun Ke atas
10

25 %









Jantina


Lelaki
Bilangan Responden Peratus

25
62.5

Perempuan

15
37.5


Jenis Pekerjaan Bilangan Responden Peratus
Swasta 10 25%
Kerja Kerajaan 10 25%
IPTA 6 15%
IPTS 4 10%
Pesara 3 7.5%
Surirumahtangga 7 17.5%

Bahagian A dari soal selidik adalah soalan-soalan yang berkaitan dengan latar belakangresponden. Jadual 4.0 merupakan ringkasan dan kesimpulan bagi latar belakang responden-responden yang menjawab soal selidik tersebut. Sehubung dengan data-data yang dikumpulkan, kebanyakan responden merupakan golongan yang berpengetahuan (tahap pendidikan yang lebih tinggi daripada STPM dan Diploma) iaitu 52.5% dan kebanyakan mereka telah melebihi 21 tahun ke atas serta mempunyai hak-hak untuk membuat pilihan atau mengenalpasti sesuatu perkara dengan matangnya

Jadual 4.2: Pendapat tentang Media Massa di Malaysia Berdasarkan dapatan yang diperolehi daripada SPSS dalam Jadual 4.2, didapati bahawa kebanyakan responden faham dengan peranan dan jenis media massa iaitu 75%, manakala isu-isu yang sering dititikberat oleh mereka adalah berkaitan dengan politik, iaitu 37.5%. Ini dapat dilihat dengan sebanyaak 67.5% daripada responden berpuas hati dan 3% berpuas hati dengan kepekaan isu-isu dan maklumat yang disampaikan oleh media massa tersebut. Ini bermakna secara peratusnya sebanyak 75% responden telah menyatakan perasaan puas hati merka dengan media massa pada hari ini.
Jadual 5.1 Pendapat Tentang Media Massa

Perkara
Persoalan
Kekerapan
Peratus
Media Massa Yang sering digunakan Media Cetak 30 75%
Media Elektronik 10 25%
Kefahaman tentang Media Massa Ya 30 75%
Tidak 10 25%

Kekerapan Penggunaan Media Massa Tersebut Seminggu 1 kali 0 0
Seminggu 2 kali 0 0
Seminggu 3 kali 3 7.5%
Seminggu 4 kali 10 25%
Seminggu 5 kali 27 67.5%

Kepekaan isu – isu dan maklmat yang disampaikan oleh media massa tersebut Tidak ada Komen 10 25%
Tidak puas hati 0 0
Amat Tidak puas hati
0
0
Berpuas Hati 3 7.5%
Sangat Berpuas Hati 27 67.5%



Perkara
Persoalan
Kekerapan
Peratus


Isu – isu yang sering dibaca atau yang sering diambilkira Perniagaan 9 22.5%
Politik 15 37.5%
Sukan 8 20%
Hiburan 8 20%
Lain - Lain 0 0

Pandangan Terhadap Media Massa Pada Hari Ini Tidak ada Komen 1 2.5%
Tidak puas hati 0 0
Amat Tidak puas hati
0
0
Berpuas Hati 12 30%
Sangat Berpuas Hati 27 67.5%












6.0 DAPATAN TEMUBUAL

Pendapat Responden Kekerapan Peratusan
Pihak Media Massa akan menyalahgunakan kebebasan bersuara sekiranya kerajaan tidak menyekat kebebasan tersebut. 31 77.5
Pihak Media Massa akan mengelirukan dan menyulitkan sesuatu isu-isu dan berita. 22 55
Kerajaan menyekat kebebasan bersuara bagi melindungi hak-hak ahli-ahli politik. 35 87.5
Kerajaan menyekat kebebasan bersuara bagi melindungi dan menjaga kepentingan pelbagai kaum. 30 75
Kerajaan menyekat kebebasan bersuara bagi mengurangkan penyebaran isu-isu sensitif dan menjaga hak-hak individu. 21 52.5

Jadual 6.0

Perkara Persoalan Kekerapan Peratus

Kefahaman tentang perkara 10 dalam perlembagaan

Ya

8
20

Tidak

32
80



Perkara Persoalan Kekerapan Peratus
Kefahaman tentang kebebasan bersuara Ya 38 95%
Tidak 2 5%

Isu – isu yang sering dikaitkan dengan kebebasan bersuara Agama 4 10%
Politik 29 72.5%
Hiburan 1 2.5%
Kaum 6 1.5%
Lain - lain 0 0
Pandangan tentang perlaksanaan Perkara 10 oleh kerajaan Sangat berpuas hati 35 87.5%
Berpuas hati 3 7.5%
Tidak ada komen 2 5%
Tidak berpuas hati 0 0
Amat tidak berpuas hati 0 0
Pandangan Kerajaan menyekat kebebasan bersuara bagi pihak media massa Sangat berpuas hati 26 65%
Berpuas hati 6 15%
Tidak ada komen 8 20%
Tidak berpuas hati 0 0
Sejauh manakah anda berpuas hati dengan kebebasan bersuara pada hari ini. Sangat berpuas hati 33 82.5%
Berpuas hati 2 5
Tidak ada komen 5 12.5

Jadual 6.1 Pendapat Responden Tentang Perkara 10

Dari tinjauan dan temubual yang dijalankan, didapati kebanyakan responden berpendapat bahawa kerajaan telah menyekatkan pihak media massa dalm mengaplikasikan dan menggunakan hak-hak kebebasan bersuara mereka. Responden ini berpendapat bahawa kerajaan menyekat kebebasan tersebut adalah kerana:

 Mengelakkan media massa melaporkan isu-isu yang sensitive. Contohnya, isu-isu yang berkaitan dengan hal-hal politik dalam dan luar Negara ataupun hak-hak sesetengah kaum dalam sesetengah aspek.

 Mengelakkan piak media massa mencabuli hal-hal individu terutamanya bagi mereka yang ternama atau terkenal atau mereka yang menjadi tumpuan orang ramai. Contohnya, media massa di Hong Kong.

 Mengelakkan Media Massa melaporkan perkara-perkara yang mengelirukan ataupun menyulitkan sesuatu isu-isu dan berita dan sebagainya.


7.0 PENUTUP
7.1 Kesimpulan

Media massa harus memainkan peranan sebagai pembimbing kepada masyarakat dan juga arah penunjuk kepada masyarakat. Walau bagaimanapun, kebanyakan responden yang terbabit dalam soal selidik berpendapat bahawa kerajaan berhak untuk menyekat hak-hak kebebasan bersuara bagi pihak media massa kerana ini juga merupakan cara-cara untuk melindungi hak-hak keperibadian bagi orang-orang ternama seperti pemimpin kerajaan, menjaga nama baik seseorang, melindungi hak-hak pelbagai kaum, memartabatkan etika professional pihak media massa dan mengamalkan hubungan baik dengan pelbagai pihak. Kita tidak harus membenarkan wujudnya media yang menghina dan mempersendakan kematangan rakyat. Boikot adalah senjata kita yang berkesan dan kita harus memanfaatkannya sebaik mungkin dan secara teratur. Perlaksanaan Perkara 10 dalam Perlembagaan Malaysia dan penyekatan kebebasan bersuara bagi pihak media massa adalah amat bermakna dan membantu menyerapkan hubungan baik di antara masyarakat yang pelbagai kaum ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan