Rabu, 20 Mei 2009
Gaya Stalistik Dalam Sastera.........
1.0 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan.
Stalistik tidak lain daripada kajian stail, yang mengkaji segala kemungkinan gaya kesusasteraan untuk menilai dan mendapat kefahaman sebenar mengenai sesebuah teks sastera. Ianya merupakan segala hubungan yang menimbulkan kelainan – kelainan gaya bahasa, baik gaya individu, mahupun implikasi – implikasi lain yang melibatkan lahirnya hasil sastera diperhatikan dan diberi saluran – saluran kajian khusus.
Kajian terhadap teks sastera yang secara tradisional hanya terbatas pada kelainan – kelainan bahasa dalam hubungan dengan kehendak – kehendak tatabahasa di samping kelainan –kelainan yang bersifat figuratif, iaitu gangguan peribahasa, bahasa kiasan, sindiran, ungkapan dan sebagainya.
Secara stalistik kajian terhadap teks saatera tidak lagi dari sudut kebahasaan saja tetapi juga dari sudut isi yang disampaikan dengan penggunaan bahasa itu. Justeru, ia disebut kajian bentuk dan kajian isi, yang diandaikan sebagai apa yang diperkatakan dan apa cara mengatakan ( bentuk atau bahasa ).
Dengan stalistik pendekatan terhadap kajian teks sastera meninggalkan cara pendekatan yang subjektif dan impressionis dan memasuki cara baru yang lebih objektif dan lebih saintifik.
1.2 Objektif Kajian
Kertas kerja ini dihasilkan dengan memperinci beberapa objektif seperti berikut :
i. mengecam stail dan stalistik dalam beberapa hasil penulisan sastera yang terpilih .
ii. mengetahui cara – cara penulisan stalistik yang digunakan oleh penulis dalam menghasilkan bahan sastera.
Disamping itu terdapat beberapa buah novel yang dipilih untuk kajian ini diantaranya ialah :
• A-Syiqaq oleh Shahnon Ahmad
• Keindahan Yang Hilang oleh Baharuddin Kahar
• Tulang Pekasam Ikan Puyu oleh Azizi Haji Abdullah
• Satu Dailema oleh Abdullah Hussain.
• Saudagar Besar dari Kuala Lumpur oleh Keris Mas
1.3 Kaedah Kajian
Kaedah yang diguna pakai di dalam menyiapkan tugasan ini ialah dengan mengguakan kaedah kepustakaan. Beberapa buah cerpen , novel, dan artikel telah digunakan sebagai panduan dan rujukan semasa menyusun atur tugasan yang diberikan ini. Segala bahan yang diperolehi daripada pelbagai sumber ini dianalisis dan disusun atur mengikut kesesuaian untuk dikelas serta dikatogerikan di bawah sub-topik
1.4 Batasan Kajian
Dalam penulisan kertas kerja ini penulis telah mengambil kira beberapa batasan. Untuk memastikan bahawa kajian tidak terpesong dari batasan-batasan yang telah ditetapkan penulis menumpukan perhatian kepada jenis-jenis stilistik atau pun stail yang digunakan oleh beberapa orang pengarang dalam menghasilkan cerpen atau pun novel mereka
1.5 Definisi Konsep
Mengikut Enkvist dalam bukunya On Defining Style, gaya boleh dilihat dari tiga sudut, iaitu :
i. Dari sudut Penulis - gaya dilihat sebagai pendedahan bentuk dalam tentang subjek yang diceritakan.
ii. Dari sudut Teks - gaya dilihat daripada cirri sesebuah teks yang dihasilkan.
iii. Dari sudut khalayak - gaya dilihat daripada kesan yang boleh diperoleh khalayak.
Menurut Murry J.M. (1976:7), kedudukan stilistik sebagai penelitian sesuatu gaya istimewa dalam eksposisi dan pembentukan satu penyusunan diksi serta struktur kalimat yang mencerminkan keperibadian atau idiosinkrasi penulisnya.
Justeru, stalistik merupakan slah satu daripada bidang ilmu tentang gaya. Dalam bidang sastera stalistik adalah ilmu tentang gaya seni pengucapan sastera.
2.0 KAJIAN KARYA SASTERA DARI SUDUT STILISTIK.
2.1 Prinsip Stilistik
Pendekatan stilistik membincangkan aspek tema seperti yang sering dibicarakan dengan menggunakan pendekatan struktural. Namun demikian , penelitian menggunakan pendekatan ini merujuk kepada aspek bahasa yang melibatkan ayat-ayat yang membina keseluruhan karya. Pentafsiran makna ayat melibatkan makna yang mudah difahami, mudah dimengertikan , banyak maksud dan mempunyai makna simbolik. penggunaan pendekatan stilistik berhasil memperlihatkan gaya keperibadian seseorang penulis. Penulis mempunyai cara tersendiri. Perbezaan ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya pengalaman, pendidikan, sikap dan keperibadian penulis pendekatan stilistik membantu mereka memahami makna perkataan yang sukar serta ayat yang kompleks yang digunakan oleh pengarang. Pengaplikasian kata dan diksi dari bahasa daerah atau tempatan dapat memperkaya perbendaharaan kata di samping merupakan satu gaya atau stail bagi seseorang penulis.
2.2 Karya Sastera Yang Dipilih
Dalam kajian ini kita akan mengutip beberapa potong daripada cerpen dan novel yang terpilih. Kita akan meneliti bahasa yang digunakan dalam potongan itu. Kita akan bincang tentang gaya yang dipakai, berdasarkan ayat – ayat, frasa, ungkapan, pilihan kata, ketetapatan dan kesesuaian makna yang terdapat pada potongan –potongan cerpen dan novel yang dikaji.
2.2.1 A-Syiqaq oleh Shahnon Ahmad
“Kebakaran itu melenyapkan segala benda dan menghanguskan segala yang hidup. Tanah bumi yang merkah akibt kemarau menjadi hitam ditindihi abu dan puntung - punting. Saman terhenyak duduk melihat jauh ke hadapan, tetapi pandangannya kosong tanpa menyentuh apa – apa. Berat kepalanya bukan buatan bagaikan ada ketul batu yang betul – betul menindihnya. Ketul batu itu semakin membesar berada dalam kepalanya dan kepalanya turut berkembang dan berkembang. Perkembangan kulit dan tengkorak kepalanya itu sekaligus juga membesarkan matanya kedua belah, telinganya, hidungnya, mulutnya.
( Al-Syiqaq,hlm 380 )
Kita ambil ayat pertama dari perenggan itu tadi berbunyi “Kebakaran itu melenyapkan segala benda dan menghanguskan segala yang hidup.” Dapat dibentuk dengan gaya lain misalnya :
i. Kebakaran itu melenyapkan segala benda .
ii. ( Ia ) menghanguskan segala yang hidup.
Stail atau gaya ini membahagikan ayat tersebut kepada dua ayat dengan membuang kata sambung dan. Dan untuk rasa kesinambungan maka subjek kebakaran itu dalam ayat kedua diganti dengan ganti nama ia. Maka hasilnya ialah : “ Kebakaran itu melenyapkan segala benda. Ia menghaguskan segala yang hidup. ” Atau gaya yang lain, misalnya : “ Segala benda dilenyapkan oleh kebakaran itu dan segala yang hidup dihanguskannya.” Ayat ini juga dapat dijadikan dua ayat dengan membuang kata sambung dan, dan menggantikan kata kebakaran itu ( yang kedua ) dengan ganti nama nya.
i. Segala benda dilenyapkan oleh kebakaran itu.
ii. Segala yang hidup dihanguskannya.
Gaya yang kedua ini menghasilkan ayat begini : “ Segala benda dilenyapkan oleh kebakaran itu. Segala yang hidup dihanguskannya.”. Apabila dikaji novel ini tadi kta dapati ada empat macam gaya atau stalistik untuk ayat dalam novel ini iaitu:
Gaya yang asal, Kebakaran itu melenyapkan segala benda dan menganguskan segala yang hidup.”
Gaya kedua, “ Kebakaran itu melenyapkan segala benda. Ia menghanguskan segala yang hidup.”
Gaya ketiga, “ Segala benda dilenyapkan oleh kebakaran itu dan segala yang hidup dihanguskannya.”
Gaya keempat, “ Segala benda dilenyapkan oleh kebakaran itu. Segala yang hidup dihanguskannya.”
“ Kebakaran itu melenyapkan segala benda dan menghaguskan segala yang hidup.” Ayat ini dipilih oleh Shanon Ahmad berkemungkinan besar adalah :
i. Fokus pengertian yang hendak disampaikan ialah kebakaran itu. Kita lihat kebakaran itu. Dijadikan subjek dan ini menguatkan makna ayat bahawa yang sesungguhnya hendak ditegaskan ialah peristiwa kebakaran tersebut. Akibat daripada kebakaran ( lenyapnya segala benda dan hangusnya segala yang hidup ) juga berkesan untuk menegaskan tentang subjek kebakaran.
ii. Ayat bentuk aktif lebih prominen dalam bahasa Melayu dan selalunya membawa rasa dan makna yang lebih tepat dari segi deskripsi dan lebih lunak dari segi emosi.
iii. Pemilihan kata lenyap dan hangus barangkali dimaksudkan untuk menggambarkan kemunahan yang total daripada kebakaran tersebut. Ini perlu kerana penulis akan menceritakan betapa tragedy itu menyebabkan Saman menjadi gila – bodoh kemudiannya.
iv. Hangus dan lenyap dalah sinonim yang walaupun seerti namun mempunyai sanding – sanding makna yang agak berbeza. Penulis memilih hangus untuk segala yang hidup dan lenyap untuk benda – benda yang tidak hidup; rumah, alat perkakas dan sebagainya lenyap, tak mungkin wujud lagi tetapi mungkin dapa diganti. Orang, binatang ternakan hangus kerana mempunyai semangat dan asa. Semangat dan asa inilah yang hangus tetapi nyawa dan badan masih belum lenyap. Saman tidak lenyap tetapi semangat dan asanya hilang,hangus.
Ternyata penulis Shanon Ahmad seorang karyawan yang kreatif dan dapat mengolah pelbagai ayat untuk menarik minat pembaca untuk mengikuti cerita seterusnya.
2.2.2 Keindahan Yang Hilang oleh Baharuddin Kahar
Stail atau gaya bahasa yang digunakan dalam potongan cerpen “ Keindahan Yang Hilang.” Mari kita lihat struktur ayatnya, pada awal potongan karya yang kita kaji ini didapati kejanggalan atau kesilapan atau pun penyimpangan atau memang kesalahannya. Contohnya seprti berikut :
i. Dulu ia adalah sebatang pohon yang besar…………
ii. Aku tahu yang kemerah – merahan itu adalah stigmanya……….
iii. Dahulu pulau itu adalah pulau pasir…………..
iv. Nor sudah bergerak dengan perahu jalur menuju……..
v. Ibu akan menjerit memanggil kami……
vi. Aku dan adik akan segera naik ke rumah.
Kehadiran adalah, sudah, dan akan dalam ayat – ayat tersebut mengganggu rasa kemelayuan bahasa Melayu. Berkemungkinan penulis menggunakan stail atau pun gaya bahasa Inggeris. In barangkali kerana kebiasaan adanya kopula, verb to be bahasa Inggeris. Jelas bahawa penyimpangan tatabahasa tidak merosakkan keindahan karya ini, walaupun memang ada sedikit gangguan. Ini barangkali kerana yang diutamakan ialah rasa, bukan makna.
Makna menjadi keutamaan kedua dan terbit dari hasil apa yang dirasa, bukan dari apa yang difikirkan. Makna menjadi tepat bukan hanya kerana benar susunan sintaksis atau benar pemilihan diksinya tetapi juga kerana sesuai keharmonian unsur – unsur yang digambarkan itu dengan perasaan dan mood cerita.
“ Hei…..kau tengok aku mandi, ya ?”
“Tidaklah!”
“Iya…jangan bohong, kautengok ak mandi.”
“Ehh!Tidak!”
“Iya..”
Gaya membuat dialog dalam suasana seperti ini dengan bahasa yang bersahaja, tidak dibungai kiasan, perbandingan, bidalan dan sebagainyamenjadi unsure keindahan gaya bahasa, menjadikan mood dan suasana sejajar dengan perasaan, dengan perjalanan masa dan dengan perubahan yang dialami oleh alam keliling. Ketidaksedaran tumbuhnya cinta dalam dada anak remaja menjadi amat real dalam perasaan dan juga dunia nyata.
Gaya bahasa yang besahaja tetapi disesuaikan dengan mood dan suasana lahir batin dapat merupakan satu gaya atau stlistik bahasa yang amat berkesan dan indah.
2.2.3 Tulang Pekasam Ikan Puyu oleh Azizi Haji Abdullah
Kita lihat pula karya Azizi Haji Abdullah melalui Tulang Pekasam Ikan, kita akan kaji gaya atau stalistik yang terdapat dalam karya beliau.
Terdapat beberapa kelainan yang terbit dari pemilihan kata :
i. Pinggan nasi digesak
ii. Mangkuk gulai digesak
iii. Tuk Wan macam tuli
iv. gelisik – gelisik anak rambut
v. garu – garu celah ketiak
vi. Tuk keset kembali dekat Tun Wan
vii. Tuk makan nasi cukup lalu
Kata gesak pastilah kata daerah ( kemungkinan yang paling tepat ialah kata dari daerah dalam negeri Kedah ). Kata itu mungkin tidak pernah dipakai dalam persuratan Melayu umum atau baku. Ertinya kita peroleh dengan agak – agak saja. Kata tuli bersinonim dengan kata pekak. Walaupun kedua kata itu seerti tatapi seperti kebanyakkan sinonim, tuli dan pekak mempunyai sanding makna masing – masing. Biasanya tuli digunakan dalam pengucapan yang agak kasar.
Gelisik dan keset, juga pasti kata daerah dan jarang – jarang kita gunakan ertinya kita agak – agak saja dari konteks. Garu – garu celah ketiak, tidak ada salah pilihan kata tetapi agak kasar pengucapannya.
Makan nasi cukup lalu, memang biasa kita dengar ujaran lalu makan, tak lalu makan. Tentu dari situlah datangnya ungkapan makan cukup lalu tetapi kerana terbaliknya itu ia terasa agak janggal. Barangkali ini juga ungkapan yang popular di daerah tertentu.
Dari hasil kajian kita tadi jelas kelihatan bahawa penyimpangan dari kebiasaan tentang penyusunan struktur ayat meninggalkan penambahan pada kata kerja dan pengulangan subjek pelaku serta meninggalkan pemakaian ganti nama dan seterusnya pemilihan kata, memberi kesan bahawa kita berhadapan dengan gaya kedaerahan.
Kemungkinannya, keindahan estetik karya ini bergantung pada keseluruhan unsur – unsur teknik dan isi yang sokong – menyokong tetapi kurang daripada unsure bahasa.
Penyimpangan penggunaan bahasa yang meyeluruh bolehlah kita katakan bahawa ianya bukan daripada suatu kesilapan, tetapi ianya mungkin disengajakan untuk menimbulkan esan gaya atau stalistiknya tersendiri.
2.2.4 Satu Dailema oleh Abdullah Hussain.
“ Rohaya tergesa – gesa menuruni tangga bangunan enam tingkat itu. Ia tidak mau menunggu lif. Sudah berkali – kali ia menekan knopny tetapi lif itu masih juga menunjukkan huruf G. Belum ada tanda – tanda mau naik ke atas. Isi badanya berenjut – renjut dalam lindungan balutan baju kurung kain esbiline yang lembut. Ayunan kaki kiri dan kanan bergilir – gilir memijak anak tangga dengan teratur, membuat buah dadanya berombak dalam bajunya.
“ Hallo!”
“ Hallo!”
“ Ke mana ni terburu – buru ?”
“ Ke Bawah.”
( Satu Dailema hlm 10 )
Keratan karya ini amat menarik kerana bahasanya digayakan dengan begitu sederhana, tidak ada percubaan untuk bereksperimen dengan gaya – gaya baru atau percubaan untuk mengindahkan dengan bahasa kiasan, bahasa sindiran dan sebagainya. Dalam kajian saya penulis beranggapan bahawa gaya yang digunakan olehnya berbau pembaharuan atau percubaan untuk membawa pembaharuan dengan memamakai bebera kata asing. Sebagai contohnya :
lif
esbiline
hallo
Semua perkataan ini menunjukkan perkataan asing, ianya dipakai secara bias saja seperti memakai kata – kata yang memang kata dari bahasa Melayu. Tetapi sebenarnya ini memjadikan gaya bahaa itu memberi kesan realiti dari situasi dan suasana yang sebenarnya.
Realiti kebahasaanya ialah pemakaian kata – kata atau ungkapan – ungkapan yang memang terpakai oleh orang – orang dalam kalangan masyarakat yang diceritakan. Esbline itu kata nama khas untuk sejenis kain yang dibuat bahan pakaian, mahal harganya dan jarang dijual di pekan – pekan kecil di luar bandar.
Gaya bahasa yang memakai kata – kata yang dikatakan asing itu seenarnya tidak asing sama sekali bila dilihat situasi, suasana dan juga orang yang diceritakan.
“ Teman lelaki yang berpapasan di tangga itu menegurnya. Sementara teman perempuan yang jarang bertegur sapa hanya menjeling dengan ekor mata.”
Ini adalah deskripsi suasana atau situasi, dan ini di sambungb terus dengan :
“ Dia mesti sampai ke bawah segera. Tak ada masa untuk berhenti dan dialog. Menyesal juga dia mengapa tadi tidak digunakan saja intercom ke bawah menyuruhnya naik ke atas. Tentu ia tidak berpayah – payah membuang tenaga serupa ini………”
Ini adalah deskripsi apa yang difikirkan oleh Rohaya yang hamper terasa seperti interior monolog.
Gaya seperti ini memang memberi rasa kesederhanaan kerana pada lahirnya kita mengikuti penceritaan, narration, oleh pengarang. Memang gaya yang memakai interior monolog atau memakai stream of consciousness panjang – panjang dan terpisah dari induk narration.
Gaya seperti ini memang merupakan gaya tersendiri yang dapat disebut khas gaya interior monolog atau stream of consciousness.
2.2.5 Saudagar Besar dari Kuala Lumpur oleh Keris Mas
Keratan karangan dari novel Saudagar Besar Besar dari Kula Lumpur.
“ Bagaimana perniagaan Encik Muhammad sekarang ?”
Encik Muhammad menjawab, “ Macam biasa. Menyusup – nyusup akar.”
“Maklumlah dunia dagang ini macam hutan rimba bagi kita orang Melayu.”
“Menyusup – nyusup akar” itu adalah bahasa kiasan. Asalnya dulu dari peribahasa “ Ular menyusu akar tidak hilang bisanya”.
Yang Berhormat Muhd. Yusuf meningkah :
“Encik Muhammad tak perlu merendahkan diri. Saya tahu tak banyak saudagar Melayu yang Berjaya di Kula Lmpur ini seperti Encik Muhamad. Kata orang, “ Ular menyusup akar tak hilang bisanya”.”
“ Ular menyusup akar tak hilang bisanya”, itu Yan Berhormat menyelesaikan dialog kias – mengias itu dengan harapan Encik Muhammad merasa terpuji dan senang hati. Adu tujuannya dengan pujian – pujian cara sindir – sindir atau kias – kias ini.
Yang berhormat Muhd. Yusuf meneruskan dialog :
“ Lagi pula saya dengar Encik Muhammad berkongsi dengan saudagar Cina yang yang paling kaya dan paling berpengaruh.”
Ini merupakan gaya sindiran yang diujarkan oleh Y.B. Muhd Yusuf. Ini kerana kebanyakan orang Melayu berkongsi dengan orang Can, orang Melayu mendapat lessen tetapi orang Cina yang menjalankanya.
Dalam karya ini penulis banyak menggunakan bahasa kiasan sebagai stalstikuntuk mengolahkan cerita supaya ianya Nampak menarik dan tidak membosan pembaca. Kita ssedia maklum bahawa bahasa kiasan seperti peribahas, pepatah, perumpamaan, perbandingan, bidalan dan ungkapan masih menjadi perhiasan gaya bagi bahasa Melayu.
3.0 PENUTUP
3.1 Kesimpulan
Dalam kelima – lima karya yang kita perbincangkan tadi ternyata stilistik memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan karya yang bermutu. Tanpa gaya atau stail yang tertentu sudah tentu karya tersebut tidak akan dapat menarik hati pembaca dan tidak dapat membawa pembaca kealam penceritaan tersebut.
Masing – masing orang ada gaya atau stailnya sendiri. Stail atau stilistik penu;lisan seseorang karyawan itu tidak dapat dipisahkan daripada diri siapa pun seperti baying – baying dirinya tidak dapat terpisah dari dirinya. Ciri – ciri gaya dan stail ini mungkin timbul daripada cara memakai ayat, memilih kata, memilih ungkapan, memilih bahasa figuratif, kekerapan sesuatu itu dipakai dan sebagainya. Apa yang harus diingati dalam soal gaya sendiri ini ialah kelahirannya tidak dapat dipaksa, disegajakan dan diatur – atur.
Gaya atau stail sendiri lahir apabila pengarang itu sudah terlatih mengguakan ciri – ciri pilihannya terus meneru secara berkesan dan mengharukan. Bahasa berbunga dan berwarna – warni pula kita dapat mengambilkannya dari berbagai gaya figuratif, iaitu gaya retorik, gaya kiasan, gaya peribahasa, bidalan, perbilangan, ungapan dan perumpamaan, bahawa semua ini adalah bunga – bunga yang memeri warna pada bahasa kita. Makin berbunga maka makin berwarna dan makin indahlah gaya bahasa kita. Keindahan bahasa tidak terletak pada bunga – bunganya saja tetapi pada keserasian bentuk dan isi serta stilitik yang yang tersendiri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan