TUGASAN
HBML 1103 : PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
Semester September 2007
(35 %)
Dengan menjadikan salah satu kemahiran bahasa ( mendengar, bertutur, membaca dan menulis ) sebagai asas :
a ) Kenal pasti dan jelaskan masalah – masalah yang berkaitan dengan kemahiran yang dipilih ;
1.0 Pengenalan
Kemahiran membaca merupakan satu kemahiran bahasa yang penting. Melalui pembacaan seseorang itu boleh menerokai alam ilmu pengetahuan yang tidak dapat ditempuhinya melalui pengalaman – pengalaman biasa yang lain. Pembacaan membawa seseorang itu kea lam imaginasi, di luar daripada situasi kehidupan yang dilaluinya sehari – hari. Pembacaan juga boleh membuka dan memperluaskan pemikiran dan pengetahuan seseorang dalam pelbagai bidang.
Oleh itu kemahiran ini haruslah ditanamkan sedalam – dalamnya kepada murid – murid sejak awal – awal lagi supaya ianya boleh dipupuk dan disuburkan dengan sebaik - baiknya
Semenjak kebelakangan ini Kementerian Pendidikan Malaysia berasa bimbang di atas masalah murid dari sekolah rendah belajar ke sekolah menengah yang belum lagi dapat menguasai kemahiran asas bacaan. Pelbagai program telah dilaksanakan oleh Kementerian untuk mengatasi masalah ini. Di antara projek yang dijalankan sekarang ialah Kelas Intensif Awal Membaca dan menulis ( KIA2M ) yang dikhas bagi murid – murid Tahun 1 dan PROTIM bagi murid – murid Tahu 6 yang masih lagi belum dapat menguasai kemahiran asas membaca. Dalam tugasan saya kali ini kita akan membincangkan tentang masalah Kemahiran Membaca dikalangan murid – murid di sekolah rendah.
2.0 KEMAHIRAN MEMBACA
2.0.1 Pengertian Dan Tujuan
Menurut Atan Long membaca melibatkan kebolehan mengenal lambang – lambang itu semula kepada bunyi bahasa dam memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu. Untuk mambaca seseorang itu bukan sahaja boleh mengenal dan menyebut lambang – lambang bertulis tetapi juga dia mesti mempunyai satu tanggapan bagi memudahkan fahamannya.
Bamberger pula mentakrifkan membaca adalah satu proses yang mengubahkan simbol – simbol grafik ( tulisan ) kepada konsep – konsep intelektual dan proses ini memerlukan daya mental.
Daniels dan Diack berpendapat membaca merupakan satu proses menterjemah huruf – huruf dalam satu susunan tertentu seperti perkataan, rangkai kata dan ayat – ayat kepada bunyi – bunyi yang mempunyai makna.
Lado mentafsirkan bahawa membaca merupakan satu cara untuk memahami pola – pola bahasa daripada bentuknya yang bertulis .
Daripada definisi – definisi dan tafsiran para sarjana tadi dapatlah kita ketahui bahawa membaca bukanlah satu proses yang mudah sebaliknya ia adalah gabungan beberapa proses yang kompleks. Membaca mengabungkan beberapa kemahiran , iaitu kemahiran pengamatan penglihatan yang diskriminatif ( untuk mengenal dan membezakan bentuk – bentuk huruf ), kemahiran mengingat, mendengar dan membezakan bunyi – bunyi dengan tepat dan jelas, menyebut bunyi – bunyi itu untuk membentuk perkataan dan berkebolehan pula memindahkan lambang – lambang yang dibacanya itu kepada sistem saraf pusat ( otak ) untuk menterjemah dan memahami apa yang dibacanya. Tegasnya membaca memerlukan gabungan dua kemahiran, iaitu kemahiran kognatif dan mekanis dan sebelum seseorang itu belajar membaca dia mestilah mempunyai kemahiran – kemahiran asas di dalam lisan. Bacaan ini boleh kita klasifikasikan pada dua jenis iaitu bacaan mekanis dan bacaan akaliah.
Apakah tujuan kemahiran membaca ? Pada amnya tujuan kemahiran membaca ini adalah untuk membolehkan murid – murid mengenal huruf – huruf, menyebut nama dan bunyi huruf. Boleh menyebut perkataan – perkataan yang dibentuk melalui jalinan huruf – huruf dengan betul dan dapat digunakan dalam pertuturan. Secara tidak langsungnya membolehkan murid – murid membina kebiasaan menutur ayat – ayat yang gramatis sebangaimana dalam bahan bacaan yang dibaca oleh mereka.Juseru itu ianya dapat menambah ilmu pengetahuan disamping dapat memudahkan mereka untuk meyelesaikan masalah – masalah seharian baik yang berhubung dengan diri sendiri ataupun masyarakat amnya. Dengan itu juga membolehkan mereka mengerti an memahami kehendak situasi dan aspirasi masyarakat di sekelilingnya.
2.0.2 Masalah Kemahiran Membaca Yang Dikenal Pasti.
Analisis daripada keputusan akhir tahun 2004 menunjukkan 18% daripada keseluruhan murid-murid Tahun Satu gagal menguasai kemahiran membaca. Membaca merupakan komponen utama dalam 3M di dalam KBSR. Kegagalan membaca secara langsung akan menggagalkan pembelajaran individu kerana bahasa adalah merentas kurikulum. Keadaan ini akan memberi kesan yang ketara dalam penguasaan penulisan dan pengiraan.
Sekiranya masalah ini berterusan, murid-murid merasakan satu tekanan berada di sekolah. Secara tidak langsung ia mewujudkan masalah sampingan seperti masalah disiplin, vandalisme dan lain-lain. Sekiranya masalah ini berlarutan hingga selepas alam persekolahan, mereka akan menjadi sumber kepada kepincangan masyarakat dan ketidakstabilan sosial.
Mesyuarat memperkasakan Sekolah Kebangsaan pada 22 November 2005 telah melaporkan tentang masalah kegagalan murid untuk menguasai kemahiran asas membaca. Pada masa kini masih ramai lagi kalangan pelajar kita yang belum lagi dapat menguasai kemahiran membaca ini. Ini jelas terbukti pada masa kini pihak Kementerian mengambil langkah yang derastik untuk mengatasi masalah ini salah satu projek yang dijalankan oleh pihak Kementerian ialah Kelas Intensif Awal Membaca dan menulis ( KIA2M ) yang dikhas bagi murid – murid Tahun 1.Ini disebab laporan mengenai ramai dikalangan murid sekolah rendah yang menyambung pelajaran mereka ke sekolah menengah masih belum lagi menguasai kemahiran membaca ini. Hasil kajian mendapati masalah ini berpunca daripada :
:
• Keupayaan berfikir yang rendah.
• Tidak dapat memberi tumpuan yang lama.
• Tidak boleh membaca perkataan yang melebihi dua suku kata.
• Tidak memahami apa yang dibaca, iaitu bacaan tidak bermakna.
• Terdapat segelintir bilangan pelajar belum dapat mengenal dan membunyikan huruf.
• Tidak dapat melihat perbezaaan di antara perkataan dan gambar – gambar.
• Murid belum dapat membezakan antara huruf dam himpunan huruf – huruf ( perkataan ).
• Kemungkinan seseorang murid tersebut mempunyai kelemahan dari segi pendengaran.
• Masalah pertuturan, berkemungkinan seseorang murid itu pelat, gagap atau menghadapi kekurangan dalam sistem artikulasinya. Seseorang murid yang mempunyai masalah ini, tidak boleh menyebut atau membaca dengan betul.
• Berkemungkinan terdapat murid tidak mempunyai kesedaran bahawa huruf – huruf itu boleh dibunyikan dan sesuatu perkataan terdiri daripada gabungan beberapa huruf atau bunyi.
• Kebolehan mental murid – murid itu secara am, misalnya kebolehan dia mengingat sesuatu dan boleh menumpukan perhatiannya terhadap sesuatu.
2.0.3 Implikasi Masalah Bacaan Terhadap Pelajar
Menurut Kamus Rujukan Dewan Bahasa Dan Pustaka implikasi membawa maksud kesan (kemungkinan dsb) yg terbit atau dapat ditakrif drpd sesuatu: ~ perkembangan ekonomi ini terhadap keluarga Melayu amat jelas; berimplikasi mempunyai implikasi: perhubungan antara fakta dgn teori yg ~ besar terhadap skop analisis sosiologi; mengimplikasi membuat implikasi.
Menurut laporan di akhir tahun – tahun 70an terdapat ramai murid sekolah rendah terutamanya yang tinggal diluar bandar yang tidak boleh membaca atau tidak cekap membaca atau cekap membaca bahasa mereka sendiri ( bahasa Malaysia ). Masalah sebegini banyak memberi implikasi terhadap murid itu sendiri dan juga negara. Di antara implikasinya ialah :
• Negara kita akan mempunyai ramai orang yang buta huruf, justeru negara kita akan menjadi negara yang mundur di dunia ini.
• Maka akan wujud sekelompok manusia yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan.
• Masalah seterusnya ialah seseorang murid itu sukar untuk bergaul dalam masyarakat.
• Kepincangan masyarakat jelas terbukti kerana masyarakat terutamanya terhadap pelajar tidak dapat membezakan yang mana baik dan buruknya sesuatu perkara.
• Negara kita tidak dapat melahirkan masyarakat yang berkeliber, justeru itu kita tidak dapat dipimpin oleh ketua negara yang berpendidikan.
• Impak yang ketara sekali ialah wujudnya keciciran pelajar kerana pelajar tidak berminat untuk belajar.
• Seseorang pelajar itu akan berasa rendah diri seandainya seseorang murid itu tidak dapat menguasai kemahiran membaca.
• Murid tidak dapat membina sikap yang baik dan tidak mempunyai cita – cita dan fikiran yang ‘’ terbuka ‘’ dan ‘’ positif ‘’ .
• Seseorang murid itu tidak akan dapat memperolehi kemahiran ilmu pengetahuan yang yang tinggi.
• Seseorang pelajar itu tidak akan mempunyai kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik apa yang dibaca dengan saksama.
• Sukar bagi seseorang murid itu untuk menyelesaikan masalah – masalah seharian baik yang berhubung dengan diri sendiri dan masyarakat.
b ) Rancang dan bincangkan empat aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru bagi mengatasi salah satu masalah tersebut. Kaitkan jawapan anda dengan teori yang sesuai serta penggunaan bahan yang boleh meningkatkan kemahiran tersebut.
1.0 Aktiviti Bacaan
1.1 Kemahiran Membaca Secara Mekanis
Bacaan mekanis adalah bacaan kuat dan yang dipentingkan ialah sebutan huruf – huruf dan bunyi – bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul. Isi bahan bacaan biasanya terdiri daripada perkara – perkara yang mudah, yang tidak memberatkan fikiran.
Lou E. Burmeister (1978), seorang pakar pendidikan bahasa Universiti Texas di El Paso, dalam Improving Speed of Comprehension in Reading menghuraikan tentang Aspek Mekanis Membaca dengan melontarkan beberapa pertanyaan. Bagaimana mata seseorang bergerak ketika mereka membaca? Apakah mata tersebut bergerak dengan lembut, seperti ketika mengawasi seekor burung yang sedang terbang atau menyaksikan pesawat terbang yang sedang mendarat? Atau apakah mata bergerak, berhenti, bergerak, berhenti lagi, bergerak lagi dan berhenti lagi?
Salah satu metodologi yang digunakan untuk meneliti pergerakan mata, yang menurut pengasasnya dapat dilakukan oleh siapa saja dan bilaa – bila masa dalam kelas pengajaran bahasa, adalah dengan meminta salah seorang memperhatikan mata seseorang ketika dia sedang membaca. Apakah mata si pembaca bergerak dengan lembut? Jika mata tersebut bergerak dengan lembut, maka dapat dipastikan bahawa dia tidak sedang membaca, kata Lou E. Burmeister.
Lebih jauh pakar pendidikan ini mengatakan bahawa dalam kenyataannya, tentu saja berdasarkan hasil penelitiannya selama bertahun-tahun, kata (atau kata-kata) hanya dapat dibaca apabila mata tidak bergerak. Hanya apabila mata berhenti bergerak, atau terpusat pada satu bahagian dari kata, pada satu kata, atau pada satu frasa, maka barulah si pembaca mendapatkan apa yang dinamakan citra visual. Berikutnya, jika memang dikehendaki mata akan bergerak untuk kemudian berhenti lagi jika si pembaca ingin mendapatkan citra visual yang lain. Atau dengan kata lain, dalam membaca mata seorang pembaca haruslah berhenti, bergerak, berhenti lagi, bergerak lagi, dan seterusnya, jika dia menginginkan memahami apa yang dibacanya.
1.2 Kemahiran Membaca Secara Akaliah
Bacaan akaliah adalah bacaan secara senyap. Aspek – aspek sebutan, nada, tekanan dan intonasi tidak diberatkan. Yang lebih ditekankan ialah kefahaman terhadap isi bahan yang dibaca. Dalam pengajaran bacaan di sekolah, kedua – dua jenis bacaan ini ditekankan. Pada peringkat awalnya, proses pengajaran dan pembelajaran bacaan mengutamakan bacaan mekanis. Guru memberikan contoh sebutan bunyi – bunyi dan bacaan yang betuldengan kuat serta jelas dan kemudian diikuti oleh murid – murid dengan kuat juga sama ada secara beramai – ramai, berkumpulan ataupun secara individu. Setelah murid – murid menunjukkan kemahiran membaca mekanis dengan memuaskan baharulah bacaan akaliah dijalankan. Murid – murid diberi masa untuk membaca sesuatu bahan bacaan yang diberikan dan kemudian membincangkannya atau menjawab soalan – soalan untuk menguji kefahaman mereka. Bacaan akaliah ini boleh juga diikuti dengan bacaan kuat. Apa yang umum diamalkan sekarang, di peringkat sekolah rendah, bacaan mekanis diutamakan sementara diperingkat sekolah menengah, bacaan akaliah yang ditekankan.
2.0 Aktiviti Untuk Mengatasi Masalah Bacaan
Terdapat pelbagai jenis aktiviti yang dijalankan untuk mengatasi masalah kemahiran membaca ini. Seandainya masalah ini tidak di atasi diperingkat yang sepatutnya maka ianya akan menjadi duri dalam daging dan akan menimbulkan masalah pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah. Masalah begini begitu serius sekali dan perlu di atasi dengan segera. Di antara aktiviti – aktiviti yang boleh mengatasi masalah ini ialah:
2.1 Aktiviti Peringkat Pra Bacaan.
Peringkat kesediaan membaca adalah satu peringkat apabila faktor – faktor persekitaran, keadaan metal dan tubuh badan telah menyediakan murid – murid untuk menerima pengajaran bacaan. Peringkat mendirikan asas adalah satu peringkat yang penting dalam pengajaran bacaan. Satu kaedah yang digunapakai untuk mengajar pra bacaan adalah kaedah abjad. Kaedah ini telah lama digunakan oleh semua guru bahasa dikebanyakka sekolah. Kaeadah ini disebut kaedah huruf dan kaedah mengeja. Dalam kaedah ini murid – murid dipekenalkan huruf A hingga Z. Setelah murid – murid mengenal huruf – huruf barulah dinyatakan huruf – huruf vokal, iaitu a , e , i, o dan u dan daripadanya dibentuk suku kata untuk membentuk perkataan, iaitu dengan mengabungkan huruf – huruf konsonan, misalnya :
ba bi bu bo be be { taling }
ca ci cu co ce ce { taling }
da di du do de de { taling }
ha hi hu ho he he { taling }
ja ji ju jo je je { taling }
Daripada suku kata itu dibentuk perkataan – perkataan seperti baca, babu, cucu, dada, dahi, duda, budi dan sebagai. Perkataan – perkataan dieja mengikut nama hurufnya dan kemudian disebut perkataannya. Gabungan suku kata dijadikan perkataan dan seterusnya perkataan menjadi ayat. Lihat lampiran I
2.2 Aktiviti Peringkat Bacaan Mekanis
2.2.1 Bacaan Intensif
Bacaan Intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsirkan apa yang dibaca dengan tepat disamping mengkaji ciri – ciiri tatabahasa seperti struktur ayat, frasa atau klausa, juga meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan serta maksud atau pengertiannya dalam konteks – konteks yang berlainan.Guru harus membantu dan membimbing sambil menunjuk ajar murid supaya dapat mengatasi masalah mereka. Latihan bacaan intensif ini bertujuan umtuk memperolehi dan memperkembangkan kemahiran – kemahiran berikut :
• Mengecam/ mengenal pasti maksud perkataan mengikut konteks yang berlawanan dengan tepat.
• Memahami dengan tepat maksud ataupun idea yang terkandung dalam sesuatu petikan.
• Membaca secara senyap dengan kepantasan yang wajar.
• Memahami dan menggunakan apa yang telah dibaca.
Aktiviti bacaan ini boleh dijalankan dengan panduan – panduan berikut :
• Petikan atau bahan bacaan yang dipilih mestilah menerik minat ataupun bermakna kepada murid – murid. Seelok – eloknya bahan itu beraneka jenis, meliputi pelbagai bidang ilmu pengetahuan.
• Petikan ini diberikan kepada setiap murid dan berikan masa kepada mereka untuk membaca dan memahaminya. Mereka boleh membacanya secara bersendirian ataupun membincangkannya bersama rakan – rakan. Elok juga petikan itu diberi lebih awal sebelum pelajaran dijalankan.
• Latihan bacaan hendaklah kerap kali dijalankan sekurang – kurangnya seminggu sekali.
2.2.2 Bacaan Ekstensif
Bacaan ekstensif atau bacaan meluas adalah satu aktiviti membaca yang dilakukan di luar bilik darjah dan bahan yang dibaca itu bukanlah buku – buku teks tetapi buku – buku seperti buku cerita, majalah, suratkhabar, jurnal, ensiklopedia dan buku – buku rujukan yang lainnya. Bacaan ini dilakukan diluar masa sekolah, tanpa bimbingan daripada guru dan dihadapkan melalui bacaan ini, murid – murid dapat kepuasan, keseronokan di samping menimba ilmu pengetahuan. Bagi menjalankan aktiviti ini ialah pada peringkat awalnya murid – murid bolehlah digalakkan untuk membaca buku – buku bagi menanam minat gemar membaca. Untuk menjalankan aktiviti ini lebih berkesan murid – murid mestilah dilatih membaca mengikut teknik SQ3R iaitu :
• Mengkaji kandungan bahan yang dibaca terlebih dahulu bagi mendapatkan idea keseluruhan atau pokok persoalan yang terkandung dalam buku itu;
• Membuat soalan sendiri mengenai apa yang harus mereka baca dan selepas membaca bahan bacaan itu mereka mestilah dapat menjawab soalan – soalan yang mereka fikirkan/kemukan tadi;
• Membaca dengan cepat berdasarkan haluan yang telah ditentukan;
• Menjelaskan atau menerangkan isi – isi penting ( untuk diri sendiri ) dan membuat kesimpulan di akhir setiap bahagian yang dibaca supaya mereka dapat menyatukan semua maklumat yang telah diperolehi daripda pembacaan mereka;
• Mengkaji semula keseluruhan bahan yang dibaca untuk memastikan bahawa tidak ada isi – isi yang tertinggal.
2.2.3 Penyampaian Kemahiran Membaca
Untuk menarik minat murid supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaca dengan sempurna seseorang guru itu hendaklah mahir mengelolakan aktiviti bacaan kepada muridnya. Di antara langkah – langkah bagi menyampaikan kemahiran membaca ini adalah seperti berikut :
• Mula – mula bermain dengan bunyi – bunyi, membezakan bunyi “ a “ daripada “ an “ dan mencari perkataan – perkataan yang menerbitkan bunyi – bunyi itu – bunyi “ ba, bi, bu...”dan sebagainya.Diajar dulu secara lisan.
• Kemudian kenalkan lambang – lambang suku kata terbuka, didahului bunyi huruf saksi “ a, i, u, e ( bertanda ), e dan o “ kerana bunyi – bunyi ini ialah bunyi – bunyi dalam susunan bunyi – bunyi Melayu: “ e “ kerana bunyinya lebih kerap berlaku dalam bahasa Melayu. Bunyi “ o “ diletakkan pada akhir susunan ini kerana tidak berapa berbeza dengan bunyi “ a “.
• Seterusnya , baca terus pelajaran yang telah disediakan iaitu pelajaran yang dinamakan “ asas bacaan “ ( Lampiran II ) didahului daripada alatan membaca/mengajar sebelum membaca daripada buku.
• Menyambung lagi pelajaran suku kata terbukayang belum dikenalkan khas bunyi “ nya “, “ nga “ dan lain lagi bunyi yang berkait seperti “ main “, naik, jauh, kuih, buah,buat...”. Bunyi “ h “ seperti jahit, pahit “ dsan perkataan – perkataan tiga kerat bunyi seperti “ belajar, binatang,perempuan, sekolah, Melayu....” dan sebagainya.
• Mempelajari nama – nama huruf sert mengenal huruf besar.( Lampiran III ). Tujuan untuk mengajar mengeja.
• Kenalkan bunyi – bunyi berpandu dipangkal dihujung perkataan serta bunyi – bunyi berpandu dua.
3.0 Aktiviti Bacaan
3.1 Aktiviti PraBacaan
Diperingkat ini terlebih dahulu kita perlu mengetahui tentang pendekatan “ bunyi kata “. Ia berasakan kepada hal – hal berikut :
( a ) sistem ejaan bahasa Malaysia adalah sistemik dan fonemik
( b ) kebanyakkan suku kata dalam bahasa Malaysia adalah jelas dan mudah.
( c ) Perkataan – perkataan yang digunakan pada permulaan pendekatan ini telah diketahui maknanya oleh kebanyakkan murid.
Berikut adalah aktiviti – aktiviti yang boleh kita jalan diperingkat prabacaan :
• Aktiviti kita yang pertama ialah memperkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal : a , i , u. Gunakan kad imbasan dan buat latihan membunyikan huruf ini secara latih – tubi, berselang seli. Kemudian barulah kita perkenalkan satu huruf konsonan, misalnya “ k “ dengan menggunakan kad imbasan, buat latihan ini berulang kali supaya murid dapat membunyikan lambang itu dengan jelas. Kemudian gabungkan kosonan “ k “ dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata : ka ki ku. Ulang sebutan suku kata itu berulang kali, Kemudian barulah kita cantumkan suku – suku kata itu supaya menjadi beberapa perkataan yang bermakna, seperti :
ka ki jadi Kaki
ku ku jadi Kuku
Ulang sebutan beberapa kali, kemudian gabungkan perkataan – perkataan itu menjadi frasa atau ayat yang bermakna. Misalnya :
kaki ku
kuku kaki
kuku kaki ku
Kemudian “ permainan “ mencantum huruf – huruf menjadi suku katadan suku kata menjadi perkataan dan ayat boleh dibuat daripada keratan – keratan kad.Lihat Lampiran IV
3.2 Bacaan Mekanis
Kad ini masih lagi menggunakan tulisan berwarna supaya murid dapat menyebut suku kata berdasarkan warna tertentu pada perkataan tersebut. Pengkaji dapat melihat peningkatan murid yang tidak perlu mengeja apabila diberi kad-kad perkataan ini.
Di sini, pengkaji menyediakan kad yang mengandungi ayat tunggal yang mudah seperti:
KAD AYAT
1.Ibu memasak nasi lemak di dapur.
2. Hobi kakak saya membaca buku cerita.
3. Adik saya gemar melukis gambar pemandangan
4. Lawatan ke Zoo Melaka telah dibatalkan
Kita juga boleh menyediakan ‘Big Book’ . ‘Big Book’ adalah sebuah buku yang dibesarkan (enlarged) mengandungi gambar-gambar berwarna dan menarik. Ayatnya adalah pendek supaya murid lebih berfokus kepada latar belakang.
Aktiviti yang dijalankan adalah seperti:
a Menjana idea - murid bercerita berdasarkan gambar untuk mencungkil pengetahuan am dan sedia ada.
b. Bacaan terus - murid membaca tanpa perlu mengeja.
c Membandingkan persepsi murid dengan cerita sebenar pada gambar sebagai pengukuhan.
d Penilaian
Aktiviti ini boleh kita rujuk Lampiran V.
4.0 Penutup
4.1 Perihal Mengajar Bacaan
Setelah murid – murid mempunyai asas yang kukuh dalam kemahiran bacaan, mereka mestilah dilatih pula untuk membaca dengan lebih mendalam dan meluas supaya kemahiran itu memberi feadah yang meluas kepada mereka. Mereka bukan sahaja perlu dilatih membaca dengan kuat, sebuan, intonasi dan gaya yang betul tetapi mestilah juga dilatih memahami dan meneliti dengan mendalam apa saja yang mereka baca. Dengan erti kata lain bacaan mereka mestilah boleh memberi kesan kepada mereka sama ada dari segi hiburan mahupun ilmu pengetahuan. Bagi melatih ini bacaan intensif dan eksensif mestilah dilaksanakan.
Disamping kaedah dan pendekatan “ Bahan Bacaan Asas “ itu sendiri adalah elemen yang amat penting bagi menentukan kemampuan prestasi kaedah itu dan tingkat kemajuan dan kejayaan yang akan dicapai. Bagaimanupun kesimpulannya bagi saya semua kaedah yang telah digunakan di sekolah – sekolah kita di Malaysia ini, baik kaedah lama atau baru telah pun menghasilkan kejayaan masing – masing, cuma yang berbeza ialah lambat atau cepat dan besar atau kecil kejayaan itu dicapai, dan salah satu faktor utama yang memainkan peranan ang amat penting dalam menjayakan sesuatu kaedah it ialah kesungguhan seseorang guru itu dalam melaksanakan kaedah yang dipilihnya.
Maka sudah wajarlah masalah pembelajaran membaca( termasuk menulis dan mengira ) diberi perhatian oleh semua pihak : Kementerian Pelajaran, guru – guru dan ibubapa, kerana di dalam sistem pelajaran formal, ketiga – tiga kemahiran ini menjadi alat asas kanak – kanak untuk mempelajari Ilmu Sains,Sejarah, Kesusasteraan, Sivik, Muzik, Perdagangan, Pertanian, mata pelajaran Agama dan kemahiran yang lain.Kemahiran ini merupakan asas untuk kanak – kanak meneroka ilmu pengetahuan, mencipta dan membuat komunikasi. Dalam konteks dunia hari ini, kecekapan ini amat diperlukan.
Isnin, 27 Julai 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan