Kepentingan Komunikasi Bukan Verbal.
1. Kaedah untuk mengkomunikasikan perasaan dan sikap kepada orang lain.
2. Mesej bukan verbal lebih dipercayai daripada mesej verbal
3. Memainkan peranan penting dalam pembentukan hubungan antara perseorangan
Sifat-Sifat Komunikasi Bukan Verbal
1. Semua komunikasi bukan verbal mempunyai nilai komunikasi
2. Komunikasi bukan verbal adalah kabur
3. Komunikasi bukan verbal mempunyai banyak fungsi social
4. Komunikasi bukan verbal tidak terikat dengan budaya.
5. mesej bukan verbal disalurkan melalui berbagai saluran
6. komunikasi bukan verbal berlaku secara tidak disedari atau tidak sengaja
7. kesan mesej bukan verbal adalah lebih berpengaruh
Kod-Kod Komunikasi Bukan Verbal
1. Emblem – mempunyai makna yang spesifik dan bermakna kepada ahli-ahli
kumpulan tertentu
- mengangkat tangan semasa dalam kelas untuk menjawab soalan
2. Ilustrator – melengkapi dan menekankan pernyataan verbal.
- menunbuk meja ketika memberi penekanan kepada ceramahnya
3. Pameran Perasaan - mata terbeliak apabila hairan atau ketawa apabila gembira
4. Regulator - melihat kepada seseorang ketika hendak bercakap, melihat jam untuk menyampaikan mesej bahawa kita sudah tidak mahu mencerap lagi
5. Adaptor - menyesuaikan diri dengan persekitara.
- membuka payang ketika hari hujan atau panas
Fungsi Komunikasi Bukan Verbal
1. Penggantian - menunjukkan ibu jari kita untuk menyampaikan mesej bahawa kuih itu sedap tanpa berkata apa-apa.
2. Saling melengkapi - interaksi antara pengurus dan pekerja
3. Percanggahan - makna berlapis
- sikap sesetengah pramugara/i yang terpaksa melayan penumpang
dengan senyuman manis walaupun berasa geram dengan karenah penumpang tersebut.
4. Penipuan - seseorang ibu yang terlalu mempercayai anaknya kerana dia sayang dan
mempunyai harapan yang tinggi terhadap anaknya.
- hubungan antara pasangan kekasih yang terlalu mengharap terhadap
temannya.
5. Pengulangan - mengiringi mesej verbal dengan bukan verbal. Contohnya,
menunjuk arah kepada seseorang.
6. Pengwalan - mengubah intonasi suara semasa mengakhiri percakapan dan pertembungan mata berubah ketika mengakhiri komunikasi verbal.
Jenis-Jenis Komunikasi Bukan Verbal
1. Kinesiks (Pergerakan dan posisi tubuh)
a. Orientasi tubuh
- posisi tubuh menghadap kepada komunikator , maknanya sudi menerima anda. Begitu juga sebaliknya.
b. Postur tubuh
- pelajar yang tunduk ke hadapan ketika kuliah mempamerkan minat untuk mencerap pensyarah
- pelajar yang menopang dagu atau menyandar mempamerkan bosan terhadap pensyarah
c. Gerak geri anggota tubuh
- gerak geri mengemaskan bahagian tubuh, mengurut, menggosok, memegang, mencubit, dan sebagainya memapamerkan kegelisahan.
d. Muka dan mata - menginterpretasi bahagian muka lebih sukar
e. Sentuhan
- bayi yang masih kecil perlu mendapat sentuhan yang banyak daripada penjaganya.
- kadang-kadang mesej dalam sentuhan disalahtafsirkan dan maembawa makna yang negatif, misalnya sentuhan boleh mengakibatkan ganguan seksual.
2. Suara - kadar pertuturan, kelangsingan, nada, kekuaatan suara dalam percakapan.
3. Kedekatan dan Kewilayahan (Territoriality)
- jarak di antara dua orang yang sedang berinteraksi.
a. Jarak intim
- dari persentuhan kulit hingga 18 inci
- ibu bapa dengan anak-anak, pasangan suami isteri, dan pasangan kekasih. Biasanya orang yang sangat dipercayai dan diyakini oleh kedua-dua komunikator/
b. Jarak peribadi - 18 inci – 4 kaki
- bersifat formal.
- Interaksi dua orang sahabat karib atau pasangan suami isteri di khalayak ramai.
c. Jarak sosial - 4 kaki – 12 kaki
- bersifat formal
- lazimnya dalam pertemuan perniagaan.
d. Jarak publik - 12 kaki dan lebih
- bersifat formal
- biasanya dalam majlis iaitu pengucap dengan audiens.
4. Perlakuan Sempadan dan Sifat Kewilayahan
- perlakuan sempadan berkait rapat dengan ruang peribadi. Biasanya dalam lif.
- Wilayah ialah suatu benda atau ruang yang static seperti rumah, bilik, kampung, meja, kerusi, dan sebagainya. Jika ada orang yang mengambil tempat atau ruang yang biasa kita gunakan, kita akan tersinggung disebabkan oleh sifat kewilayahan.
- Orang yang berstatus tinggi mempunyai ruang atau tempat yang lebih privacy.
5. Kronemiks (Penggunaan masa)
- mengguna dan menguruskan masa.
- Biasanya orang yang berstatus tinggi tidak boleh menunggu orang yang berstatus rendah.
- Bergantung kepada budaya dan adat resam sesuatu kaum
6. Tarikan Fizikal. - rupa yang menarik boleh mempangaruhi interaksi.
7. Pakaian - menyampaikan banyak jenis mesej seperti taraf ekonomi, pendidikan, kepercayaan, kedudukan social, tahap kejayaan, dan sebagainya.
8. Persekitaran Fizikal
- dapat mencerminkan sesuatu tentang diri seseorang.
Rabu, 28 Oktober 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan