Rabu, 28 Oktober 2009

Soalan Ulangkaji 4 Final Kom Perseorangan

1. Hubungan Shahrizal dengan Malia terputus apabila Shahrizal dihantar oleh kedua ibu bapanya ke England untuk melanjutkan pelajaran. Jenis pemutusan hubungan ini dikategorikan sebagai
A. Pemudaran (Jading Away)
B. Pemutusan Mengejut (Sudden Death)
C. Peningkatan Konflik (Incrementalismt)
D. Kehilangan

2. Menggengam penumbuk serta menghayunkan tangan ketika menyatakan “ya” adalah komunikasi bukan verbal yang dikategorikan sebagai
A. Lambang
B. Penyesuaian
C. Penamparan rasa
D. A,B dan C
E. Tiada satu pun di atas

3. Berikut adalah antara tujuan menggunakan komunikasi bukan verbal secara sedar.
A. Memberitahu sikap atau menunjukkan sikap
B. Membentuk kesesuaian
C. Memberi maklumbalas
D. A dan C
E. A, B dan C

4. Encik jus tidak pernah menyatakan perasaan maruahnya secara verbal. Bagaimanapun tangannya menggeletar, menghentakkan kaki, memuncungkan bibir, mata yang merah dan bermuka masam merupakan perlaku biasa ditunjukkannya apabila marah.
Keadaan ini menunjukkan sifat komunikasi bukan verbal adalah
A. Komunikasi bukan verbal berlaku secara tidak di sengajakan
B. Mesej bukan verbal disalurkan melalui pelbagai saluran
C. Komunikasi bukan verbal mempunyai banyak fungsi sosial
D. Komunikasi bukan verbal adalah sukar

5. Apabila kita mendengar rakan kita bercakap seperti Eh! Siapa kata aku marah !? Aku tak marah….” Secara verbalnya, kita dengar rakan kita itu tidak marah. Tetapi secara bukan verbal melalui nada suara dan susun katanya itu tetap mempamerkan kemarahannya. Keadaan itu menunjukkan fungsi komunikasi bukan verbal sebagai fungsi
A. Saling melengkapi
B. Pencanggahan (Comradiction)
C. Penggantian (substituting)
D. Pengulangan (repearing)

6. Pergerakkan anggota badan boleh dikategorikan sebagai
A. Komunikasi bukan – vokal dalam komunikasi bukan verbal
B. Komunikasi vokal dalam komunikasi bukan verbal
C. Komunikasi bukan – vokal dalam komunikasi verbal
D. Komunikasi vokal dalam komunikasi verbal


7. Kajian komunikasi bukan verbal mengenai pergerakan badan dan tangan dikenali sebagai
A. Kronemiks
B. Kinesiks
C. Haptiks atau sentuhan
D. Proksemiks

8. Berikut adalah perbezaan-perbezaan di antara komunikasi verbal dengan komunikasi bukan verbal kecuali
A. Mesej verbal diterima satu persatu berbanding dengan mesej bukan verbal yang diterima secara serentak melalui banyak saluran
B. Mesej verbal mempunyai permulaan dan akhiran yang jelas dan boleh diputus atau dihentikan berbanding dengan mesej bukan verbal yang berterusan dan tidak boleh dihentikan
C. Mesej verbal adalah jelas berbanding dengan mesej bukan verbal yang kabur
D. Mesej verbal adalah lebih berpengaruh berbanding dengan mesej bukan verbal

9. Manakah antara berikut merupakan sebab atau faktor untuk manusia menjalin hubungan?
A. Paras rupa
B. Kedekatan (proximity)
C. Perbezaan sifat dan sikap
D. Pendedahan kendiri (self-diseclosure) dalam hubungan

10. Mana satukah antara berikut bukan merupakan matlamat perjalinan hubungan?
A. Mempamerkan ego seseorang
B. Mempengaruhi orang lain
C. Menjalinkan keintiman
D. Pegesahan indentiti diri

11. Kegelisahan dapat ditunjukkan melalui perilaku bukan verbal seoerti memegang kolar baju, menggosok-gosok lengan dan mengorek-gorek anggota tubuh yang tidak gatal. Gerak-geri anggota tubuh ini dipanggil ___________
A. Postur (posture)
B. Sentuhan
C. Kinesiks
D. Gestur(gesture)

12. Tujuan merapatkan diri kita dengan seseorang kerana ingin berkongsi idea atau bertukar-tukar fikiran. Keintiman ini disebut sebagai _________.
A. Keintiman emosi
B. Keintiman batiniah
C. Keintiman entelektual
D. Keintiman fizikal

13. Hubungan Suraya dengan Ali berbentuk kerana mereka bekerja dalam pejabat yang sama. Hubungan mereka semakin intim kerana Suraya besedia menerima dan memilih Ali sebagai kekasihnya. Fenomena ini menggambarkan hubungan Suraya dengan Ali disebabkan oleh ___________.
A. Keadaan (circumstances)
B. Saling menlengkapi (complimentary)
C. Pilihan (choice)
D. A dan B E. A dan C
14. Mana satu antara penyataan berikut sangat abstrak dari segi maknanya?
A. Pak Ali sangat pemurah
B. Swee Lan orangnya rajin macam semut
C. Rahul memang kacak orangnya
D.Perangai Jackson macam bintang

15. Jusoh yang berasal dari Kelantan menggunakan bahasa Melayu Johor di pejabatnya. Apabila dia didatangi oleh kawan-kawannya yang berasal dari Kelantan, dia mengubah bahasanya kepada dialek Kelantan walaupun ramai kakitangan di pejabatnya berasal daripada negeri-negeri lain. Jusoh berbuat demikian kerana ingin menunjukkan solidaritinya dengan rakan senegeri. Cara penyesuaian percakapan yang ditunjukkan oleh Jusoh dinamakan sebagai
I. Penumpuan atau convergence
II. Pencapahan atau divergence
III. Penatian atau negation
IV. Pemilihan kata demonstratif atau demonstrative pronoun choice
A. I Sahaja
B. II dan III
C. I,II dan III
D. II, III dan IV
E. I,II,III dan IV

16. Berikut adalah benar mengenai sifat-sifat komunikasi bukan verbal
A. Semua perlakuan mempunyai nilai komunikasi
B. Komunikasi bukan verbal adalah berhubungan
C. Komunikasi bukan verbal adalah samar atau kabur
D. Komunikasi bukan verbal berlaku hanya dalam keadaan sebenar (disengajakan)

17. Berikut adalah fungsi-fungsi komunikasi bukan verbal
A. Pengulangan
B. Pengawalan
C. Saling melengkapi dan penekanan
D. Penggantian

18. Jenis-jenis komunikasi bukan verbal adalah seperti berikut :-
A. Muka dan masa
B. Sentuhan
C. Kewilayahan dan kedekatan
D. Suara

19. Antara strategi-srategi memutuskan hubungan secara tidak langsung (indirect) adalah seperti berikut kecuali
A. Mencetuskan gossip
B. Menarik diri mengurangkan kontrak tanpa penjelasan
C. Meningkatkan kos meningkatkan kos hubungan dengan tujuan mengalakan temannya menarik diri
D. Kepura-puraan menyatakan hasrat untuk menjamin semula hubungan tetapi sebenarnya hendak memutuskannya.

20. Model tetingkap Johari merupakan tetingkap yang diimaginasikan sebagai berkait dengan maklumat tentang diri seseorang. Maklumat tersebut ialah :
A. Terbuka : diketahui oleh diri sendiri dan orang lain
B. Buta : diketahui oleh orang lain tetapi tidak diketahui oleh diri sendiri
C. Tersembunyi : diketahui oleh diri sendiri tetapi tersembunyi daripada orang lain
D. Tidak diketahui : maklumat yang diketahui tidak oleh sesiapa termasuk diri sendiri

21. Fasa Intra-psikik Duck merupakan salah satu siri dalam Model Pemutusan Hubungan Duck. Fasa ini berkaitan dengan aspek-aspek
A. Memberi tumpuan kepada perlakuan temannya.
B. Melibatkan diri dengan perbincangan mengenai hubungan
C. Menilai hubungan bersama-sama
D. Menilai sama ada peranan yang dimainkan oleh temannya memadai

22. Terdapat 3 jenis struktur dalam hubungan iaitu kecuali
A. Hubungan kerana pilihan
B. Saling melengkapi / komplimentari
C. Simetri
D. Selari

23. Sifat-sifat komunikasi dalam hubungan peribadi termasuklah yang berikut, kecuali
A. Personalisasi
B. Intergrasi
C. Sinkronisasi
D. Kerumitan

24. Berikut adalah benar mengenai sebab-sebab berlakunya penceraian, kecuali
A. Sifat individu berubah
B. Kawalan interaksi yang lemah
C. Penglibatan pihak ketiga
D. Isteri yang terlalu taat dengan suami

25. Berikut adalah benar mengenai jenis-jenis konflik, kecuali
A. Konflik pseudo
B. Konflik musah
C. Konflik metos
D. Konflik ego

26. Tidak sama konflik adalah buruk. Konflik yang berfungsi (functional conflict) boleh membawa kesan-kesan yang baik. Antara kesan-kesan berikut, yang manakah dianggap sebagai konflik tidak berfungsi (dystunctional conflict)
A. Persetujuan
B. Polarisasi
C. Intergrasi
D. Kerjasama

27. Faedah yang diperolehi daripada konflik apabila ia dikendalikan dengan baik dari aspek hubungan antara seseorang antara perseorangan adalah kecuali
A. Konflik memberi peluang kepada kita untuk membaiki diri orang lain
B. Konflik dapat membina rasa cinta dan kasih sayang
C. Konflik menjadi perangsang mengeluarkan hubungan
D. Konflik memesrakan hubungan kita dengan individu lain

28. Gaya yang paling sesuai untuk menyelesaikan jenis konflik pseudo, konflik mudah dan konflik ego adalah ……
A. Gaya Tanpa Konfrontasi
B. Gaya Konfrontasi
C. Gaya Bekerjasama
D. Gaya Agresif

29. Strategi yang boleh digunakan untuk mewujudkan persetujuan apabila berlaku konflik ialah ______.
A. Wujukan situasi menang-menang
B. Abaikan persamaan
C. Pisahkan lawan daripada masalah berbangkit
D. A dan C

30. Fasa pertama dalam proses konflik di antara dua individu berlaku apabila…
A. Seseorang daripada mereka berpendapat bahawa semua perbezaan di antara mereka merupakan masalah dan dia kecewa
B. Kedua-dua mereka mula mencari jalan untuk mengendalikan konflik tersebut
C. Seorang daripada mereka menyedari akan perbezaan-perbezaan yang wujud di antara berdua
D. Mereka berkomunikasi sesama mereka mengenai perbezaan-perbezaan yang wujud

31. Ketika baru pertama kali bertemu Diani, semasa berbual Shahrul mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Adakalanya Shahrul bermain-main dengan butang bajunya. Sesekali pula dia menggaru pipinya atau kolar bajunya. Apakah fungsi komunikasi bukan verbal yang tidak disedari sendiri oleh Shahrul dalam konteks ini?
A. Pemaparan rasa
B. Pengulangan
C. Pengawalan
D. Penyesuaian

32. Setiap kali kuliah En.Jusang pada hari Isnin, Hanani duduk ditempat yang sama. Bagaimanapun, pada hari Selasa minggu berikutnya, Hanani terlewat datang kuliah. Tempat yang lazim didudukinya telah dirampas oleh Rizal, Wajah Hanani kelihatan muram sepanjang kuliah hari ini. Mengapa?
A. Ruang peribadi Hanani dicerobohi
B. Ruang fizikal Hanani dicerobohi
C. Ruang sosial Hanani dicerobohi
D. Sebab Hanani tidak dapat menyalin nota yang dipaparkan pada skrin

33. “Baiklah, kalau kamu berdua sudah bersetuju, esok emak dan abah akan pergi meminang Siti Norhalizah,” kata ibu Jusang.
Berdasarkan dialaog di atas, di peringkat yang manakah hubungan di antara Jusang dan Siti Norhalizah?
A. Memulakan hubungan (intiating)
B. Penerokaan (experimenting)
C. Mempergiat (intensifying)
D. Mengintegrasi (integrating)


34. Manakah antara dialog-dialog berikut sesuai dikaitkan dengan peringkat penerokaan (experimenting) dalam hubungan peribadi?
A. “Saudari, boleh saya tumpang Tanya?”
B. “Ibuku mahu kau berjumpa dengannya esok.”
C. “adik beradik you ada berapa orang?”
D. “Oi, belanjalah aku makan di Manara Kuala Lumpur esok.”

35. Menurut setengah penyelidik terdapat titik permulaan (turning point) keretakan dalam hubungan peribadi. Dalam peringkat manakah titik tersebut bermula?
A. Peringkat mempergiatkan hubungan (intensifying)
B. Peringkat integrasi (Integration)
C. Peringkat pengikatan (bonding)
D. Peringkat membuat pertandingan (differentiating)

36. “Mengapa awak ni semakin lama semakin gemuk” Tak bolehkah awak bersenam dan kelihatan cantik seperti isteri kawan saya itu!!” ujar Abu kepada isterinya.
Pada peringkat hubungan yang manakah dialog di atas paling sesuai dikaitkan?
A. Memutuskan hubungan (terminating)
B. Pengelakan (avoaling)
C. Pembatasan (circumscribing)
D. Membuat perbandingan (differenting)

37. Mana satukah antara perlakuan-perlakuan berikut berlaku pada peringkat pembatasan. (Circumscribing)
A. Sentiasa bertengkar apabila berbual
B. Memberikan tumpuan dalam pencerapan mereka
C. Sentiasa tolong menolong
D. Hormat menghormati

38. “Tengoklah apa dah jadi dengan anak awak tu! Satu subjek pun dia tak lulus dalam PMR yang lepas!” kata kasiran kepada isterinya.
Pada peringkat hubungan yang manakah “anak awak” dalam bidang di atas paling sesuai dikaitkan?
A. Memutuskan hubungan (terminating)
B. Pengelakan (avoiding)
C. Pembatasan (circumscribing)
D. Membuat perbandingan (differentiating)

39. En.Jus : Laporan tugasan kamu tak memadai. Terlalu ringkas!
Pelajar : Berapa bilangan halaman yang paling baik untuk tugasan ini. En.Jus?
En.Jus : Sebaik-baiknya cukup untuk menerangkan keseluruhan topik
Pelajar : berapa banyak rujukan yang diperlukan?
En.Jus : Tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit.
Pelajar : Apa gaya penulisan yang perlu saya gunakan, En.Jus?
En.Jus : Mestilah bersifat akademik tetapi jalan terlalu formal. Faham?
Pelajar : Ya!Saya faham.(Dalam hati pelajar : Grr! Aku langsung tak faham!)
Apakah yang menyebabkan masalah perbualan di atas?
A. Bahasa ekuivokal (equivocal language)
B. Bahasa abstrak
C. Euphemism
D. Bahasa Relatif

40. Mengapakah kita perlu meningkatkan kemahiran berkomunikasi bukan lusan?
A. Manusia lebih banyak berkomunikasi secara lisan berbanding secara lisan
B. Manusia lebih banyak berkomunikasi secara bukan lisan berbanding secara lisan
C. Mesej bukan lisan lebih dipercayai mesej lisan
D. Perasaan lebih berkesan disampaikan secara bukan lisan
E. B,C dan D

41. Berikut adalah benar mengenai ‘ruang’ di dalam komunikasi bukan lisan kecuali
A. Jarak intim (dari kulit hingga 18 inci)
B. Jarak peribadi (18 inci hingga 4 kaki)
C. Ruang sosial (4 kaki hingga 12 kaki)
D. Ruang awam (12 kaki ke atas)
E. Tiada jawapan di atas

42. “Tengok apa dah jadi dengan anak awak tu! Satu subjek pun dia tak lulus dalam PMR yang lepas!” kata kasiran kepada isterinya.
Pada peringkat hubungan yang manakah “anak awak” dalam dialoq di atas paling sesuai dikaitkan?
A. Memutuskan hubungan (terminating)
B. Pengelakan (avoiding)
C. Pembatasan (circrumscribing)
D. Membuat perbandingan (differentiating)

43. Mana satukah antara yang berikut adalah benar mengenai konflik?
A. Konflik pada lazimnya boleh dielakkan
B. Konflik selalunya berlaku kerana salah faham
C. Konflik selalunya mencerminkan hubungan peribadi yang lemah
D. Konflik tidak selalunya dapat diselesaikan

44. Sumber berlakunya konflik ego adalah ________
A. Ketidaksetujuan individu mengenai arah tindakan yang perlu dilaksanakan
B Dua perlakuan yang berbeza akibat pandangan yang berbeza
C. Mempertahankan kepercayaan, nilai dan keyakinan indvidu dengan mengyanggah individu lain secara peribadi
D. Salahfaham terhadap tanggapan individu mengenai sesuatu isu

45. Menurut kajian, kaum wanita didapati kurang cekap memahami mesej bukan verbal berbanding dengan orang lelaki.
A. Betul
B. Salah

46. Orang perempuan mengukur keintiman daripada keprihatinan temannya memberi khidmat atau bantuan kepadanya.
A. Betul
B. Salah

47. Personalisasi adalah sejauh mana kedua-dua individu mengkooalinasikan aliran dan pengendalian interaksi mereka
A. Betul
B. Salah

48. ‘Integrasi’ merupakan peringkat ke-5 dalam peringkat-peringkat hubungan yang dikemukan oleh Knapp.
A. Betul
B. Salah

49. Semua konflik hanya akan menyebabkan kerenggangan hubungan
A. Betul
B. Salah

50. Menurut kajian, kaum lelaki lebih cenderung mencetuskan konflik demi melindungi kepentingan dirinya berbanding dengan kaum wanita.
A. Betul
B. Salah

51. Konflik ego terbit daripada perbezaan-perbezaan idea, definisi, persepsi dan matlamat
A. Betul
B. Salah

52. Kaedah penyelesaian konflik menang-menang (win-win) selalunya dikaitkan dengan kuasa (power)
A. Betul
B. Salah

53. Emblem adalah perlakuan bukan verbal yang dilakukan secara disengajakan dan mempunyai makna yang diketahui oleh ramai orang
A. Betul
B. Salah

54. Pendedahan kendiri berlaku apabila seseorang memberitahu temannya yang (tidak diyakini) mengenai maklumat-maklumat yang sedia diketahui oleh temannya.
A. Betul
B. Salah

54. Komunikasi antara perseorangan adalah komunikasi kemanusiaan.
A. Betul
B. Salah












Tiada ulasan:

Catat Ulasan