Isnin, 27 Julai 2009

Medan MAkna

1.0 Pendahuluan

1.1 Pengenalan

Medan makna dimaksudkan kepada hubungan paradigma diantara beberapa perkataan yang mempunyai pertalian antara satu sama lain. Ianya merupakan sekumpulan butir leksikal yang maknanya saling berhubungan disebabkan kehadiran masing – masing dalam konteks yang serupa. Pertalian ini wujud kerana perkataan – perkataan itu berada di dalam lingkungan yang sama dan perkataan – perkataan itu boleh digunakan untuk menjelaskan maksud atau pengertian sesuatu perkataan yang lain.
Sebagai contoh apabila kita menyebut perkataan “ Universiti “ maka perkataan – perkataan yang berkaitan dengannya ialah pensyarah , professor, tesis, mahasiswa ,kuliah, desasiwa, naib canselor, kuliah dan lain – lain lagi. Dengan ini perkataan seperti itu tadi adalah medan makna bagi perkataan “ Universiti. “.

1.2 Objektif
Objektif kertas kerja ini aalah untuk menghuraikan tentang medan makna dengan memberi beberapa contoh yang relevan bagi kajian ini.

1.3 Batasan Kajian
Kaedah yang diguna pakai untuk menyiapkan tugasan ini ialah dengan menggunakan kaedah kepustakaan. Beberapa buah buku, Modul PPL, majalah, jurnal, artikel telah digunakan sebagai panduan dan rujukan semasa menyusun ataur tugasan yang diberikan ini. Segala bahan yang diperolehi daripada pelbagai sumber ini dianalisis dan disusun ataur mengikut kesesuaian untuk dikelaskan serta dikategori di bawah sub topik tugasan ini.

1.4 Batasan kajian.
Penulis membataskan kajian ini tentang medan makna dari segi teori dan penghuraian tentang contoh – contoh perkataan yang tergolong dalam medan makna tersebut.

1.5 Definisi Konsep
Menurut Ramli Salleh et al., (1997: 157 – 158 ) medan makna adalah sekumpulan butir leksikal yang maknanya saling berhubung disebabkan kehadiran masing – masing dalam konteks yang serupa. Menurut kamus Dewan pula medan bermaksud kawasan yang terhad ( 1986 : 750 ) manakala makna ula membawa maksud erti atau maksud ( 1986 : 731 )

2.0 Medan Makna
2.1 Teori Medan Makna
Trier ( 1934 ) telah mengasakan sebuah teori medan semantik yang dikenali sebagai Teori Trier, dalam teori ini beliau telah membahagikan atau membandingkan aspek – aspek intelektual kepada beberapa medan ( field ). Beliau telah membuat kajian terhadap aspek inteklektual bahasa Jerma sekitar tahun 1200 dan 1300. Pada zaman awalnya, medan ini telah dibahagikan kepada dua iaitu kunst dan list. Perkataan pertama merujuk kepada kualiti kebangsawanan dan yang kedua bukan bangsawan. Namun demikian terdapat kesangsian tentang ketepatan pemerhatian Trier. Pada zaman berikutnya, medan semantik telah dibahagikan kepada tiga iaitu, wisheit “ pengalaman agama ”, kunst “ pengetahuan “ dan wizzen “ seni . Istilah wisheit telah digunakan untuk merangkumi keseluruhannya. Dalam ketiga - iga istilah itu tadi sebuah istilah tersingki, sebuah menjadi istilah baru dan wisheit sekarang hanya menukupi satu bahagian sahaja, dan bukannya keseluruhan lagi ). Ini dapat kita lihat dalam rajah 1.

1200 1300

Contoh Trier ini membandingkan satu bahasa pada dua zaman yang berlainan. Kita juga boleh menbandingkan dua bahasa yang berlainan untuk melihat bagaimana bahasa – bahasa itu membahagikan sesuatu medan tertentu itu. Berdasarkan teori ini bahasa boleh dibahagikan kepada beberapa medan, salah satu contoh yang selalu dikemukan ialah merujuk tentang warna. Terdapat banyak perkataan tergolong dalam medan” warna “ ini, seperti hijau, merah, kuning , biru, hitam, kelabu, jingga, putih, oren dan sebagainya. Kata – kata ini dikatakan berada di dalam satu medan makna kerana semuanya merujuk kepada warna. Ahli bahasa Denmark, Hjelmslev ( 1953 : 33 ) menghujahkan pendapatnya tentang warna dimana kita boleh membandingkan system warna bahasa Inggeris dan bahasa persuratan Wales, disepenjang dimensi. Lihat rajah 2 di bawah ini.







2.2 Medan Makna Dari Sudut Penggunaan Dalam Bahasa

Apabila kita hendak menghuraikan dam menjelaskan makna sesuatu perkataan , lantaran tidak ada perkataan yang betul – betul sama makna dan maksudnya dengan perkataan itu maka kita terpaksa menjelaskannya dengan menggunakan perkataan – perkataan lainyang mungkin menyebabkan penggunaan perkataan – perkataan lain yang mungkin melibatkan jumlah perkataan yang banyak. Sebagai contoh, apabila kita menfdefinisikan perkataan “ istana “, kita katakana “ Istana “ tempat kediaman “ raja “. Isteri kepada “ raja “ dipanggil “ permaisuri “, mereka mempunyai penghibur dipanggil “ dayang “, sementara anak – anak dirujuk sebagai “ putera “ dan “ puteri “. Rakyat pula memamnggil mereka sebagai “ tuanku “sementara sebutan pada diri sendiri ialah “ patik “.Tempat yang disediakan rakyat mengadap dipanggil “ balairung “. “ Pengawal – pengawal ” tugas untuk menjaga keselamatan raja keluarga “diraja “. Bahasa yang dignakan mereka dipanggil “ bahasa istana “. Perkataan – perkataan “raja “, “ permaisuri “ , “ dayang “, “ putera “, “ puteri “, “ tuanku “,” patik “, “ balairung “, “ pengawal”, “ diraja “, “ bahasa istana “ adalah perkataan yang biasa digunakan dalam pendefinisian perkataan “ istana “. Oleh itu perkataan ini berada di dalam medan atau linkungan yang sama iaitu berada dalam medan makna perkataan “ istana “.

Kita tidak boleh mengatakan Ini topi merah dan pada benda yang sama dikatakan Ini topi hijau Kita juga tidak boleh mendeskripisikan seekor binatang sebagai harimau dan beruang sekaligus Ketidaksepadanan istilah dalam satu medan semantik selalunya jelas ditunjukkan dalam bahasa. Bapa menumbuk Mary ( dengan tekanan berkontras ) memberi implikasi dia tidak menendangnya atau menamparnya ; tumbuk, tendang, dan tampar kesemuanya masuk dalam satu golongan medan semantik yang sama ( Lyons 1977 : 288 ). Nida ( 1964 : 50 ) membincangkan, dalam pengertian “ golongan “, mengenai perkataan dalam satu bahasa Mexico untuk bising. Ada enam patah perkataan “ bising “: merujuk kepada pekikan kanak – kanak, manusia bercakap kuat, manusia bertengkar ( atau ayam piru berketak ), manusia bercakap dngan marah, bisng yang meningkat dan bunyi – bunyi semasa pengebumian. Nida juga mencatatkan ada tiga patah perkataan “ mencari “dalam bahasa Maya : ( i ) untuk memilih yang baik daripada yang buruk,( ii ) untuk mencari secara membabi buta, ( iii ) untuk mencari secara teratur. Dalam bahasa Shilluk ( Afrika ) ada tiga perkataan “patah” satu untuk patah kayu dan lain – lain, satu untuk benang , dan satu untuk telur. Kita boleh menambah senarai ini dengan bilangan golongan yang biasa; logam iaitu besi, tembaga, dan lain- lain, mamalia iaitu singa, harimau dan lain – lain, jenis motokar dan seterusnya. ( Palmer, 1989 : 76 )

Benda – benda dalam medan adalah tidak “ berentetan “: tidak ada cara semulajadi, dari segi makna , untuk menyusunkannya dalam satu rentetan tertentu. Hari - hari dalam minggu dan bulan – bulan dalam tahun membentuk dua set perkataan yang tidak selaras, sebab itu kita tidak boleh mengatakan Bulan ini ialah April dan ia juga bulan Mei. Tetapi kumpulan perkataan ini juga mempunyai hubungan retetan seperti Ahad berlaku sebelum Isnin- Ahad adalah hari yang berlaku sebelum Isnin dan lain – lain.

Medan makna mengandungi kata kunci yang mengelilingi satu kata kunci tertentu sebagai pusatnya iaitu dinamakan kata fokus. Kata kunci ialah sejumlah perkataan dalam perbendaharaan kata sesuatu bahasa yang sangat kuat mempengaruhi fikiran konsepsi masyarakat tentang kewujudan , alam realiti dan kehidupan mereka . Kata kunci bertindak sebagai kata fokus apabila perkataan itu menampakkan medan makna yang kentara dan penting yang sangat rapat hubungannya dengan makna pusat perbendaharaan kata bahasa itu.
3.0 PENUTUP
3.1 Kesimpulan

Hasil daripada dapatan di atas tadi dapatlah kita simpulkan bahawa medan makna ini dipakai untuk menentukan fonem dan morfem. Secara ringkasnya bolehlah kita katakan di sini bahawa sebarang analisa bentuk bahasa unsur makna telah dipergunakan dengan luas. Dalam hubungannya dengan kata – kata yang lain seperti perkataan “ istana “ yang baru kita bincangkan tadi mungkin hanya bertindak sebagai kata kunci atau komponen atau bahagian makna untuk kata yang lain.

Dalam erti kata apabila kita cuba untuk memberi makna kepada sesuatu biasanya kita akan menggunakan kata – kata lain, ini bertujuan untuk memudahkan seseorang itu memahami dengan jelas apa yang dimaksudkan oleh kita.

1 ulasan: