Jumaat, 22 Januari 2010

BBM 3101 : SEJARAH RUMPUN DAN BAHASA MELAYU Tajuk : Pengaruh Bahasa Barat Dalam Bahasa Melayu



Jabata Bahasa Melayu
Falkuti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia






1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Penjajahan barat telah banyak membawa perubahan yang amat besar terhadap negara kita, khususnya dari sudut bahasa Melayu. Ini adalah disebabkan bahasa merupakan unsur penting dalam proses berkomunikasi. Justeru itu, tidak hairanlah bahasa kita ( Melayu ) telah dipengaruhi oleh bahasa barat dan diguna pakai sehingga ke hari ini. Memandangkan bahasa Melayu telah banyak mengalami pelbagai perubahan, penambahan, dan pinjaman bahasa asing, maka ia sentiasa terus berkembang dari masa ke semasa. Oleh sebab itulah kita sentiasa menemui dan mengguna pakai istilah itu dan seterusnya diterapkan ke dalam bahasa Melayu.

Sejak dahulu lagi, pengaruh bahasa-bahasa asing ini, terutamanaya bahasa barat telah berkembang sehingga banyak istilah wujud dalam bahasa Melayu. Para pedagang dan penjajah yang pernah berada di sini turut menyumbang ke arah pembentukan dan perkembangan bahasa Melayu.

1.2 Objektif Kajian
Adalah bertujuan untuk mengetahui pengaruh bahasa-bahasa barat dalam bahas Melayu. Ia juga akan dapat menerangkan sejauh mana pengaruh bahasa barat dari sudut pengistilahan dan penggunaannya dalam bahasa Melayu. Seterusnya dapat menerangkan kepada pembaca tentang peranan dan sumbangan barat terhadap bahasa Melayu.

1
1.3 Kaedah Kajian
Kaedah yang digunakan oleh penulis untuk menyiapkan kerja kursus ini adalah kaedah kepustakaan dengan membuat beberapa rujukan daripada buku-buku, jurnal-jurnal, majalah-majalah dan penggunaan sumber daripada internet.

1.4 Batasan Kajian
Kajian ini membataskan kepada pengaruh bahasa barat terutamanya bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah dari sudut ejaan, sebutan, pengistilahan dan penggunaan kata.

2.0 PENGARUH BARAT DALAM BAHASA MELAYU
2.1 Bahasa Melayu Kini
Perkembangan dunia hari telah banyak membawa perubahan, khususnya bahasa Melayu di mana telah banyak istilah, ejaan, sebutan dan penggunaan kata diaplikasikan ke dalam bahasa Melayu sama ada melalui media cetak atau media elektronik. Golongan bukan Melayu juga kian banyak mempelajari dan mengkaji bahasa Melayu, malah ada di kalangan bukan Melayu telah banyak menulis buku, dan rencana berbentuk ilmiah di dalam bahasa Melayu.

Kini kita tidak dapat lagi mengatakan bahasa Melayu untuk orang Melayu kerana bahasa Melayu sudah menjadi kepunyaan semua orang sama ada di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura mahupun Patani ( Thailand ). Walau bagaimanapun, bahasa Melayu
2
masih mempunyai kekurangan dan kelemahan. Pengeluaran buku ( selain buku teks sekolah ), akhbar, majalah, dan lain-lain aktiviti dalam penulisan bahasa Melayu masih terlalu kecil bilangannya ( khususnya di Malaysia ) berbanding dengan jumlah rakyat Malaysia yang tahu dan faham berbahasa Melayu.

Senario ini perlu diatasi agar bahasa Melayu dapat dipertingkatkan dari semua aspek. Sudah menjadi satu harapan agar para pemikir bahasa Melayu ( cendekiawan ) daripada kelompok bangsa Melayu sendiri atau bukan Melayu sekalipun perlu menjalankan kajian dan penyelidikan tentang bahasa Melayu seperti mana yang telah dilakukan oleh orang-orang barat. Dengan penglibatan semua pihak, bahasa Melayu dapat diperluaskan penggunaan bahasanya.

2.2 Permulaan Pengaruh Barat
Bermula pada kurun abad ke-18, orang-orang barat atau Eropah telah menunjukkan minat terhadap bahasa Melayu. Bagi mereka, penglibatan dan penguasaan dalam berbahasa Melayu amat penting kerana ia memudahkan untuk berkomunikasi khususnya dalam urusniaga ( perdagangan ) dan politik ( pemerintahan ). Banyak hasil-hasil tulisan atau manuskrip Melayu telah dikumpul dan dibawa ke Eropah, manakala sebelum itu raja England juga pernah menerima surat daripada raja Melayu. Selain itu, faktor yang menyebabkan orang Eropah berminat dalam mempelajari bahasa Melayu ialah untuk menjamin kepentingan mereka di Tanah Melayu

3
Orang Eropah memperkenalkan bahasa, sastera dan budaya Melayu di Eropah dan sekaligus mengantarabangsakannya sehingga ke hari ini. Hal ini diikuti pula dengan penubuhan Kerusi Pengajian Melayu di Leiden University ( 1992 ) dan University of Wellington, Victoria, New Zealand ( 1996 ). Memang jelas sekali, penglibatan dan usaha mempelajari bahasa Melayu oleh orang Eropah berkait rapat dengan kepentingan ekonomi ( perdagangan ) dan politik ( pemerintahan ).

3.0 BAHASA BARAT SEBAGAI KATA PINJAMAN
Sejak kebelakangan ini, penggunaan istilah pinjaman atau kata pinjaman khususnya penggunaan bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu telah diguna pakai secara meluas. Secara tidak langsung ia telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa moden dalam bidang pendidikan, politik, perdagangan, sains, teknologi maklumat, perubatan, sastera dan sebagainya.

Penggunaan bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu dapat memberi ruang untuk mengembangkan bahasa Melayu itu sendiri. Ianya dapat memenuhi keperluan dalam bidang ilmu pengetahuan, teknologi, seni, industri, ekonomi, teknologi maklumat, dan lain-lain bidang lagi. Kemajuan komuniti dalam menuntut ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang telah menyebabkan taraf bahasa Melayu terus diterima masyarakat global untuk sama-sama ke arah kemajuan. Arus globalisasi dalam semua aspek telah menyebabkan penyerapan bahasa barat ( bahasa Inggeris ) bertapak sedikit demi sedikit. Hal ini telah menyebabkan wujudnya puluhan, malahan ratusan kata pinjaman.
4
Peminjaman kata atau serapan kata asing ke dalam bahasa Melayu difikirkan amat perlu untuk memberikan kelengkapan pengertian dalam bidang semantik, bagi memenuhi keperluan khusus laras bahasa dan mampu beradaptasi dengan bahasa Melayu. Perkara yang sudah biasa berlaku dalam masyarakat iaitu saling meminjam. Dalam konteks ini, termasuklah meminjam kosa daripada masyarakat bahasa untuk menerangkan pendapat, barang, tempat atau sesuatu perkara atau isu yang baharu.

4.0 EJAAN KATA PINJAMAN DARIPADA BAHASA BARAT ( EROPAH )
Perbandingan penyesuaian ejaan bagi kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain seperti yang ditulis dengan huruf Roman dibuat mengikut peraturan penyesuaian huruf seperti dalam daftar contoh yang berikut :

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Contoh Penggunaan
1. a a abstract : abstrak
2. ae ae aerograph : aerograf
3. ae e aesthetics : estetika
4. ai ai trailer : trailer
5. au au automatic : automatic
auditorium : auditorium
6. b, bb b barbecue : barbeku
lobby : lobi
7. c s cent : sen
5
Bahasa Inggeris Bahasa Malayu Contoh Penggunaan
8. c, cc k carbon : karbon
9. ch s machine : mesin
10. ch k technique : teknik
11. d, dd d dividend : dividen
12. e e system : sistem
13. ea i beaker : bikar
14. ee i jamboree : jambori
15. h h hotel : hotel
16. i i identity : indentiti
17. ie ai pie : pai
18. ie ie diesel : diesel
19. jj, j j jury : juri
20. kk, k k kilo : kilo
21. l, ll l pill : pil
22. m, mm m mammal : mamalia
23. n, nn n tennis : tenis
24. o o operator : operator
25. p, pp p apple : epal
26. q k quality : kualiti
27. r, rr r lorry : lori
28. s, ss s express : ekspres
6
Bahasa Inggeris Bahasa Malayu Contoh Penggunaan
30. u u unit : unit
31. v v university : universiti
32. w w wire : wayar
33. x ks taxi : teksi
34. y i dynasty : dinasti
35. z, zz z jazz : jaz

Bagi penyesuaian ejaan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain yang ditulis dengan huruf Roman, yang diutamakan ialah bentuk ejaan dan bentuk visualnya. Oleh itu, perubahan fonem asing ke dalam bahasa Melayu telah dilakukan apabila diperlukan sahaja.
Contohnya :

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
carboon jadi karbon bukan kaban
cartoon kartun katun
conductor konduktor kondakter
dialogue dialog dialog
institute institut institiut
structure struktur strakcer

7
Kata serapan ( pinjaman ) daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain adalah dikecualikan daripada peraturan system keselarasan huruf vocal menurut Sistem Ejaan Baru.
Contohnya :

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
atom tetap atom bukan atum
bonus bonus bonos, bunus
fossil jadi fosil bukan fosel, fusil
pistol tetap pistol bukan pestol

Ejaan gugus konsonon yang terdapat dalam bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain diterima dan dikekalkan bentuknya dalam bahasa Melayu dengan beberapa penyesuaian. Contohnya :

Penulisan gugus awal kata atau awal suku kata seperti contoh yang berikut :
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
bl – block jadi bl – blok
br – brake br – brek
cl – clinic kl – klinik
cr – credit kr – kredit
dr – drama dr – drama
8
Sebagai kekecualian kepada peraturan tentang gugus konsonon seperti yang dinaytakan di atas, beberapa kata tertentu telah diterima mengikut sistem ejaan lama yang menggunakan huruf “e” pepet. Kata-kata yang telah ditetapkan ejaannya oleh Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia, termasuklah contoh berikut :

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
class jadi kelas bukan klas
club kelab klub, klab
glass gelas glas
grant geran gran
plan pelan plan
stamp setem stem

Penulisan huruf gugus konsonon pada akhir kata atau pada akhir suku kata bagi kata yang diterima gugus bentuk konsononnya seperti contoh yang berikut :

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
- if golf jadi - if golf
- nce science - ns sains
- nk bank - nk bank
- rd standard - rd standard
- rt concert - rt konsert
9
Huruf gugus konsonon di akhir kata dalam bahasa Inggeris yang disesuaikan dengan penambahan huruf vocal dalam bahasa Melayu adalah seperti contoh yang berikut :

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
- ct fact jadi - kta fakta
- gm paradigm - gma paradigma
- ism nasionalism - isme nasionalisme

Kata daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain, yang sudah sebati atau sudah lama terserap dalam bahasa Melayu dikekalkan ejennya menurut kaedah ejaan bahasa Melayu. Contohnya :

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
bureau jadi biro bukan bureau
custom kastam kustom
driver drebar driver, driber
modern moden modern
pension pencen pension
station stesen stesyen, station,
stasion

10
Semua huruf ‘g’ yang diungkapkan ( j ) dalam bahasa Inggeris tetap diterima sebagai huruf ‘g’ juga dalam bahasa Melayu. Contohnya :

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
agenda tetap agenda bukan ajenda
gymnasium jadi gymnasium bukan jimnasium
technology teknologi teknoloji
tragedy tragedy trajidi, trajedi

Huruf ‘g’ yang diungkapkan ( j ) mengikut sebutan dalam bahasa Inggeris, disesuaikan dengan huruf ‘j’ dalam bahasa Melayu. Contohnya :

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
agent jadi ajen
college kolej
engine enjin
general jeneral

image imej

ledger lejar
regime rejim
sabotage sabotaj
sergeant sarjan
11
5.0 SEBUTAN KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS
Bunyi penyebutan kata pinjam bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain didasarkan kepada pedoman umum yang menghendaki setiap huruf dilafazkan mengikut nilai bunyinya dalam bahasa Melayu.
a ). Huruf vocal ‘a’ dilafazkan dengan bunyi [ a ] juga, bukan dengan bunyi [ e ], [ E ], [ ei ] dan sebagainya. Contohnya :

Ejaan Sebutan
album [ al.bum ]
atom [ a.tom ]
data [ da.ta ]
popular [ po.pu.lar ]
skandal [ skan.dal ]

b ). Huruf vocal ‘e’ taling dilafazkan dengan bunyi [ e ] sekiranya sebutannya dalam bahasa sunber bukan bunyi ‘e’ pepet [ e ] atau boleh dilafazkan dengan bunyi [ E ] bagi eka suku seperti dalam bahasa sumber. Contohnya :

Ejaan Sebutan
generasi [ ge.ne.ra.si ]
telefon [ te.lelfon ]
teori [ teo.ri ]
12
c ). Huruf vocal ‘e’ pepet dilafazkan dengan bunyi [ e ] juga pada semua kedudukan sama ada terbuka atau tertutup. Contohnya :

Ejaan Sebutan
artikel [ ar.ti.kel ]
dividen [ di.vi.den ]
meter [ me.ter ]
parlimen [ par.li.men ]
presiden [ pre.si.den ]
sistem [ sis.tem ]

d ). Huruf vocal ‘i’ dilafazkan dengan bunyi [ i ] pada semua kedudukan kata, termasuklah kata yang diucapkan dengan bunyi diftong dalam bahasa sumbernya.
Contohnya :

Ejaan Sebutan
dinamo [ di.na.mo ]
idea [ i.dea ]
identiti [ i.den.ti.ti ]
firma [ fir.ma ]
krisis [ kri.sis ]
organisai [ or.ga.ni.sa.si ]
13
e ). Vokal ‘o’ dilafazkan dengan bunyi [ o ] atau boleh dilafazkan dengan bunyi [ O ] bagi kata ekasuku seperti dalam bahasa sumber. Contohnya :

Ejaan Sebutan
bom [ bom ]
ekonomi [ e.ko.no.mi ]
hormon [ hor.mon ]
komando [ ko.man.do ]
sos [ sos ] atau [ sOs ]
kos [ kos ] atau [ kOs ]

f ). Huruf vocal ‘u’ dilafazkan dengan bunyi [ u ] juga pada semua kedudukan kata termasuk kata yang diucapkan dengan bunyi diftong [ yu ] dalam bahasa sumber.
Contohnya :

Ejaan Sebutan
industri [ in.dus.tri ]
kurikulum [ ku.ri.ku.lum ]
subsidi [ sub.si.di ]
unik [ u.nik ]
unit [ u.nit ]

14
g ). Huruf diftong ‘ai’ yang dilafazkan dengan bunyi [ ai ] dan bukan dengan [ e ] atau seumpamanya pada semua kedudukan kata ( suku kata terbuka ) dalam bahasa Melayu. Contohnya :

Ejaan Sebutan
aileron [ ai.le.ron ]
aising [ ai.sing ]
trailer [ trai.ler ]

h ). Huruf diftong ‘au’ dilafazkan dengan bunyi [ au ] dan bukan bunyi [ o ] atau [ O ] pada semua kedudukan kata ( suku kata terbuka ) dalam bahasa Melayu. Contohnya :

Ejaan Sebutan
audit [ au.dit ]
autobiografi [ au.to.bio.gra.fi ]
automatic [ au.to.ma.tik ]

i ). Huruf diftong ‘oi’ dilafazkan dengan bunyi [ oi ] dan bukan dengan bunyi [ Oi ] dalam bahasa Melayu. Contohnya :
Ejaan Sebutan
konvoi [ kon.voi ]
koboi [ ko.boi ]
15
j ). Beberapa bentuk gabungan dua huruf vocal dilafazkan dengan menjadi vocal tunggal dalam bahasa Melayu. Contohnya :

Ejaan Sebutan
diesel [ di.sel ]
protein [ pro.tin ]
oak [ ok ]
zoology [ zu.lo.gi ]

k ). Huruf konsonon ‘g’ dilafazkan bunyi [ g ] dan bukan bunyi [ j ] dalam bahasa Melayu. Contohnya :

Ejaan Sebutan
agenda [ a.gen.da ]
geografi [ geo.gra.fi ]
strategi [ stra.te.gi ]

l ). Huruf gugus konsonon di awal kata atau awal suku kata dilafaz sepenuhnya. Contohnya :
Ejaan Sebutan
drama [ dra.ma ]
klasik [ kla.sik ]
16
m ). Gugus konsonon /s/ sebagai konsonon terakhir, seperti /ks/, /ns/, dan /ps/ dilafazkan sepenuhnya di akhir kata atau akhir suku kata. Contohnya :

Ejaan Sebutan
ambulans [ am.bu.lans ]
insurans [ in.su.rans ]
sains [ sains ]

n ). Kata atau ungkapan pinjaman daripada bahasa Perancis ( atau bahasa-bahasa Eropah yang seumpamanya ) yang diterima bentuk ejaan yang asal dilafazkan mengikut sebutan asal dalam bahasa sumber. Contohnya :

Ejaan Sebutan
ad hoc [ ed.hOk }
ex officio [ eks.e.fi.syio ]

6.0 PENUTUP
6.1 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, dapatlah kita simpulkan sejauh mana pengaruh bahasa-bahasa barat dalam bahasa Melayu. Secara umumnya. Kata pinjaman ( serapan ) dan sebutan pinjaman ( serapan ) daripada bahasa Inggeris telah menambahkan istilah atau kosa kata dalam bahasa Melayu.
17
Jelaslah bahawa pengaruh bahasa barat telah mengimbangi penggunaan kata dalam bahasa Melayu. Tidak dapat dinafikan penggunaan kata serapan ini banyak membantu hubungan atau komunikasi masyarakat moden hari ini.

Justeru itu, bahasa Melayu telah berkembang dengan adanya aspek peminjaman bahasa-bahasa barat. Perkembangan ini boleh dianggap sebagai suatu perkembangan yang sihat kerana sesuatu istilah itu memang memerlukan pinjaman bagi menjelaskan maksud sesuatu objek atau perkara secara betul dan tepat.

Walaupun begitu, sebagai seorang penutur bahasa Melayu yang jati dirinya sebagai bangsa Melayu perlu berasa bangga serta megah dengan perkembangan dan pengaruh bahasa Melayu di rantau ini. Diharapkan bahasa Melayu terus maju seiring dengan arus permodenan masa kini.









18

Bibliografi

Abdullah Hassan, 1987, 30 tahun Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka, halaman 73 – 103.

Ding Choo Ming, 2006, Majalah Dewan Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka, halaman 20 – 25

Nik Safiah Karim, 1986, Bahasa Melayu Tinggi : Teori dan Penerapan. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Smail Dahalan, 1996, Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 43 – 85

Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992, Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohamad Amin Arshad, 2005, Bahasa Melayu Tinggi. UPM Serdang : Pusat Pendidikan
Luar, halaman 55 – 63 dan halaman 111 – 114.





Kandungan






1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan
1.2 Objektif Kajian
1.3 Kaedah Kajian
1.4 Batasan Kajian


2.0 PENGARUH BARAT DALAM BAHASA MELAYU
2.1 Bahasa Melayu Kini
2.2 Permulaan Pengaruh Barat


3.0 BAHASA BARAT SEBAGAI BAHASA PINJAMAN


4.0 EJAAN KATA PINJAMAN DARIPADA BAHASA BARAT ( EROPAH )


5.0 SEBUTAN KATA PINJAMAN DARIPADA BAHASA INGGERIS


6.0 PENUTUP
6.1 Kesimpulan


Bibliografi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan