Rabu, 13 Januari 2010

HBEF2303: TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

1 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

1.1 Pendahuluan

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru dan asing, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60-an lagi. Negara kita tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan dan ledakan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini.

Kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun mengambil pelbagai inisiatif untuk memperlengkapkan warga pendidik seperti mengadakan pelbagai jenis kursus jangka pendek dan kursus jangka panjang. Ianya telah melibatkan perbelanjaan yang cukup besar. Sebagai contoh kerajaan sanggup membelanjakan berbilion ringgit bagi melicinkan pelaksanaan PPSMI. Tahun ini sahaja(2006) kerajaan telah membelanjakan sekitar RM250 juta untuk pembelian notebook dan perkakasan PPSMI yang lain.

Sudah pasti kerajaan mahu melihat hasil yang setimpal dengan pelaburan yang begitu besar. Dalam hal ini, kerajaan amat bergantung kepada golongan guru sebagai golongan yang berada di barisan hadapan pembangunan negara bagi memastikan kejayaan PPSMI.

Salah satu faedah penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ialah ianya dapat memperkembang dan memperkasakan lagi pemahaman pelajar dalam sesuatu tajuk mata pelajaran yang diajar. Ini diakui oleh Cockroft (1982) bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran boleh memperbaiki kualiti pengajaran dan boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam pengajaran.


Sebagai seorang guru, mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran sangat penting dalam pencarian maklumat secara global. Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan anak-anak kita berkemampuan mengejar perkembangan ilmu pengetahuan berkaitan Sains dan Teknologi serta berkebolehan menguasainya dengan pantas sesuai dengan perubahan era globalisasi.

Untuk merealisasikan matlamat ini, terdapat empat mod pengajaran dan pembelajaran di dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang boleh digunakan oleh seseorang pendidik. Mod-mod tersebut ialah mod tutorial, mod penerokaan, mod aplikasi dan mod komunikasi.

1.2 Mod Tutorial

Sebahagian besar perisian pendidikan yang diguna dalam pembelajaran tutorial direka bentuk berdasarkan kepada model tradisional pengajaran dan pembelajaran, model transmisi, yang melihat guru sebagai penyampai utama dan murid sebagai penerima.

Pembelajaran tutorial ini merangkumi pembelajaran secara ekspositari iaitu merujuk kepada suasana pembelajaran di mana guru menyampaikan maklumat kepada
murid yang pasif. Segala latihan dan latihtubi yang disampaikan dikawal oleh sistem.

Situasi yang sesuai bagi pembelajaran mod tutorial ini ialah untuk kelas yang ramai murid. Dalam situasi ini, guru boleh memberi tumpuan kepada sebahagian murid yang memerlukan bantuan guru sementara sebahagian lagi menggunakan komputer.

Pembelajaran ini juga sesuai bagi kelas yang mmpunyai murid yang pelbagai keupayaan. Pemulihan boleh dibuat untuk murid yang menghadapi kesukaran belajar dan
pengayaan untuk pelajar cerdik yang mencabar minda.

Kelebihan - kelebihan menggunakan mod tutorial ini ialah ianya dapat mengindividukan pembelajaran, murid-murid belajar mengikut kemampuan sendiri, meningkatkan motivasi murid untuk belajar dan murid-murid boleh belajar tanpa penyeliaan atau dengan penyeliaan guru yang minimum.

1.3 Mod Penerokaan

Dalam mod penerokaan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) digunakan sebagai medium untuk mencari dan mengakses maklumat secara penerokaan daripada bahan sumber seperti CD ROM, portal maklumat dan internet.

Selain daripada itu, murid juga mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara tunjuk cara di bawah kawalan murid sendiri. Murid juga boleh mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi di bawah kawalan sistem.

Pendekatan penerokaan ini menyokong kepada pendekatan constructivism, iaitu pembelajaran yang memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran autentik dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial.
Selain daripada mengakses maklumat terus dari internet, guru juga boleh menggunakan maklumat yang disimpan dalam CD ROM, ensiklopedia dan lain-lain
maklumat yang diperolehi di pasaran.

Kelebihan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk mod penerokaan ialah untuk memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing. Ia juga mendorong murid terlibat secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran dan memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas.
Selain dari itu, pembelajaran penerokaan ini juga memberi peluang kepada guru menerapkan teori pembelajaran moden seperti constructivism, multiple intelligence dan sebagainya.

1.4 Mod Aplikasi

Sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu dikatakan menggunakan mod aplikasi apabila alat ICT itu digunakan untuk membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat pengajaran dan pembelajaran.

Contohnya, penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemprosesan perkataan oleh murid dalam menghasilkan sesuatu tugasan (karangan) atau penggunaan perisian hamparan elektonik untuk memplot graf. Editor grafik, Computer Aided Design(CAD), Adobe Photoshop adalah contoh perisian khusus aplikasi. Penggunaan pengajaran mod aplikasi ini dikatakan berlaku apabila sekumpulan murid berbincang, mengedit dan mengolah kandungan karangan dengan bantuan pemprosesan perkataan dan seterusnya mempersembahkan hasil karangan mereka. Sekiranya guru itu hanya meminta murid-murid menyediakan karangan dengan mengunakan pemprosesan perkataan tanpa melakukan perkara seperti yang diterangkan di atas tadi, maka pemprosesan perkataan hanya diguna sebagai mesin taip sahaja.

Kelebihan-kelebihan menggunakan mod aplikasi di dalam pengajaran dan pembelajaran ialah murid boleh memberikan tumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik, guru boleh mengemukakan masalah yang lebih mencabar minda murid dan murid dapat meningkatkan kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran

1.5 Mod Komunikasi

Mod pembelajaran komunikasi digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima,dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk. Kecanggihan dan kemajuan ICT pada ketika ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti teks, grafik, audio, video atau kombinasi pelbagai mod.

Mod komunikasi dapat dijalankan menggunakan empat teknik iaitu teknik seorang – sendirian, teknik seorang kepada seorang, teknik seorang kepada ramai dan teknik ramai kepada ramai. Pembelajaran kolaboratif adalah contoh model pengajaran yang menggunakan mod komunikasi.

Kelebihan-kelebihan menggunakan mod komunikasi ini ialah ianya boleh melaksanakan pembelajaran kolaboratif, mempertingkatkan penglibatan murid dalam proses pembelajaran melalui peer group yang bersifat global dan murid-murid boleh berkomunikasi dengan pakar di dalam dan luar negeri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Dalam kerja kursus ini kami telah memilih DUA mod pengajaran iaitu mod tutorial dan mod penerokaan untuk diintegrasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ringkasan tentang persamaan, perbezaan , corak persamaan dan perbezaan yang penting kedua-dua mod boleh dirujuk pada Lampiran A yang disertakan.

1.6 Kesimpulan
Ringkasnya penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara terancang dan teratur akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran guru lebih diyakini oleh pelajar. Pelajar – pelajar pasti suka akan pengajaran guru yang mempelbagaikan kaedah, teknik, pendekatan dan bahan bantu mengajar yang terkini.

Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan agar generasi muda hadapan Malaysia yang hendak dilahirkan ini dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa dengan penuh keyakinan tanpa menghadapi sebarang halangan komunikasi.




Sekarang ini terpulang kepada warga pendidik untuk memanfaatkan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi ini di bilik darjah semaksima yang mungkin.


“PENDIDIKAN HARI INI UNTUK KEHIDUPAN MASA HADAPAN”


























Lampiran A
2 MEMBANDING DAN MEMBEZAKAN


JENIS MOD :

MOD TUTORIAL DAN MOD PENEROKAAN



PERSAMAAN
1. Kedua-dua mod pembelajaran boleh menggunakan internet sebagai sumber
pengajaran dan pembelajaran.
2. Kedua-dua mod pembelajaran membenarkan murid-murid belajar mengikut
kemampuan masing-masing.
3. Kedua-dua mod pembelajaran dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.
4. Kedua-dua mod pembelajaran boleh digunakan secara berkumpulan atau individu.
5. Pengunaan pembelajaran ini boleh dijalankan dengan bimbingan dan pengawasan
guru yang minimum.
6. Guru perlu merancang proses pengajaran dan pembelajaran teliti khususnya
tentang pengurusan masa kerana kemungkinan kedua-dua mod ini memakan masa
yang panjang untk diimplimentasikan.



PERBEZAAN
Mod Tutorial Mod Penerokaan

1. Mod tutorial merangkumi
pembelajaran ekpositori,demonstrasi
sesuatu fenomena yang dikawal
urutan dan babaknya oleh sistem.

1. Mod penerokaan lebih menjurus
kepada aktiviti inkuiri penemuan,
pembelajaran masalah kehidupan
sebenar pelajar, Kajian Masa Depan
dan pembelajaran berbentuk simulasi
yang mana aktivitinya dikawal oleh
pelajar sendiri.

2. Mod tutorial terikat kepada
kandungan pelajaran berdasarkan
urutan yang telah ditetapkan.
2. Mod penerokaan memberi peluang
kepada murid untuk menentukan
halatuju dan kemajuan pembelajaran
masing-masing.

3. Mod tutorial dapat mengindividukan
pembelajaran.
3. Mod penerokaan pula dapat memupuk
semangat kolaboratif dikalangan
pelajar semasa menjalankan aktiviti
penerokaan.

4. Guru kurang berpeluang untuk
mencuba apatah lagi untuk
mengaplikasikan teori pembelajaran
terkini memandangkan batasan
pelajar- pelajarnya.
4. Guru berpeluang untuk mencuba dan
seterusnya mengaplikasikan teori
pembelajaran terkini seperti
pembelajaran constructivism, multiple
intelligence dan lain-lain.




CORAK PERSAMAAN DAN PERBEZAAN YANG PENTING

1. Dalam pembelajaran penerokaan , murid boleh mengawal dan menentukan
maklumat yang diterima melalui ICT. Ini berbeza dengan pembelajaran tutorial di-
mana murid hanya menerima bahan pengajaran yang dikawal oleh sistem.

2. Corak persamaan yang ketara dalam ke dua-dua mod ini ialah dalam mod tutorial
tunjuk cara sesuatu fenomena dikawal oleh sistem, sementara dalam mod
penerokaan murid juga mempelajari, mengalami dan mengkaji sesuatu
fenomena secara simulasi juga tetapi di bawah kawalan sistem.





KESIMPULAN
Kedua –dua mod pengajaran dan pembelajaran ini memerlukan pelajar menggunakan kemudahan yang sama iaitu alatan dan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk meneroka dan menimba pengalaman pembelajaran. Murid-murid belajar mengikut kemampuan masing-masing. Pelajar yang lebih cerdas boleh mengikuti perisian pendidikan khusus sebagai aktiviti pengayaan manakala murid-murid lemah diberi perisian pendidikan khusus untuk aktiviti pemulihan.

























LAMPIRAN B
3 Templat Butiran Matapelajaran
Matapelajaran: Sains Tahun 6
Tema/Bidang Kajian: Menyiasat Bumi dan Alam Semesta:
Mengetahui Sistem Suria
Menamakan Planet-planet dalam Sistem Suria mengikut urutan dari Matahari
Tahun: Tahun 6A
Tahap : Dua
Masa: 1 Jam (60 minit)
Pengetahuan Sedia ada murid : Murid-murid telah mengenali atau mengetahui serba sedikit mengenai Sistem Suria melalui media massa dan sumber pembacaan mereka.
Nilai-Nilai Murni : Mensyukuri Kebesaran Tuhan, Bekerjasama, Tolenransi

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pelajaran ini murid-murid akan dapat:-
1 Menamakan 6 daripada 9 buah planet yang terdapat dalam Sistem Suria kita.
2 Menyatakan 6 daripada 9 kedudukan planet dalam Sistem Suria.
Sumber Internet : http://pds.jpl.nasa.gov/planets/welcome.htm

http://www.windows.ucar.edu/tour/link=/our_solar_system/solar_system.html

http://starchild.gsfc.nasa.gov/docs/StarChild/StarChild.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sistem_suria

http://niksharris.tripod.com/sistem_suria.html


3.1 Templat Persediaan Mengajar/Manual Penggunaan Bahan Bantu
Mengajar.
Matapelajaran: Sains
Kelas : Tahun 6 A
Masa : 60 minit
Tema/Bidang : Mengetahui Sistem Suria
Menamakan Planet-planet dalam Sistem Suria mengikut urutan dari Matahari
Pengetahuan Sedia ada: Murid-murid telah mengetahui serba sedikit tentang Sistem Suria melalui media massa dan sumber pembacaan mereka.
Objektif Pengajaran : Pada akhir pelajaran ini murid-murid akan dapat:-
1 Menamakan sekurang-kurangnya 6 daripada 9 buah planet yang terdapa dalam Sistem Suria
2 Menyatakan nama-nama planet mengikut urutan dari Matahari.
Isi Pelajaran : Menamakan Planet dalam Sistem Suria
Nilai-Nilai Murni : Mensyukuri Kebesaran Tuhan.
Bahan Bantu Mengajar : Slaid persembahan ”power point”, komputer
Bahan Bantu Belajar : Brosur
Bahan Rujukan : Internet, buku kerja, Huraian Sukatan Pelajaran
Langkah Isi Pelajaran Catatan

Set Induksi

(5 minit)
- Guru menayangkan klip video beberapa objek di angkasa lepas
- Setelah itu guru bersoaljawab dengan murid-murid tentang objek-objek yang terdapat dalam klip video tersebut






Langkah Isi Pelajaran Catatan
- Soalan-soalan Guru,
1 ”Apakah objek-objek yang terdapat dalam klip video tadi?”
2 ”Bolehkah kamu namakan di manakah gambar-gambar di dalam video tadi di ambil?”
Guru mengaitkan hubungan klip video dengan tajuk yang akan diajar.
”Klip video tadi menunjukkan beberapa objek yang terdapat di angkasa lepas.”
”Boleh tak kamu nyatakan apakah objek-objek yang berada di angkasa lepas?”
Contoh jawapan murid:-
Bulan, bintang, planet, matahari


Pengembangan
Isi Pelajaran

(20 minit)
Mod Pengajaran dan Pembelajaran yang digunakan ialah Mod Tutorial.
- Guru menunjukkan gambar planet-planet dan menamakannya mengikut urutan dari yang paling hampir dengan Matahari.


Slaid 4


Langkah Isi Pelajaran Catatan
- Selepas menamakan 9 buah planet tadi Guru mengemukakan bebarapa soalan
i) ”Apakah nama planet yang paling hampir dengan Matahari?”
Contoh jawapan murid:- Planet Utarid
ii) ”Planet manakah yang mempunyai kehidupan?”
iii) ”Planet apakah yang mempunyai gegelang yang cantik?”
iv) ”Apakah planet yang terkecil dalam Sistem Suria kita?”

2. Setelah itu Guru memberi penerangan mengenai planet secara satu persatu sambil menayangkan slaid persembahan.
A
Slaid 5
Guru menyoal murid-murid sewaktu slaid ditayangkan.
i) ”Pada pendapat kamu mengapakah benda-benda hidup tidak boleh di planet ini?”




Langkah Isi Pelajaran Catatan
B. Guru mengklik pada gambar planet yang ke 2.

Slaid 6
Guru membaca penerangan mengenai planet Zuhrah.
C. Sebelum guru menayangkan gambar planet yang ketiga guru menyoal mrid untuk menguji kefahaman mereka tentang planet yang akan dinyatakan.
i. ”Planet ini merupakan satu-satunya planet dalam Sistem Suria yang diketahui mempunyai benda-benda hidup. Ia mempunyai lautan dan daratan yang terdiri daripada gunung-ganang dan dataran. Boleh tak kamu sebutkan nama planet tersebut?”
Contoh jawapan murid:– ”Bumi”.
Guru menayangkan gambar Bumi. Murid-murid membaca penerangan yang diberi.

Slaid 7




Langkah Isi Pelajaran Catatan
Guru menyoal murid.
ii. ”Apakah hidupan yang terdapat di Bumi?
Contoh jawapan murid:- ”manusia, haiwan, serangga, tumbuhan dan sebagainya.
iii. ”Mengapakah hidupan tersebut boleh hidup di bumi”?
Contoh jawapan murid:- “Bumi ada udara”
-“Bumi ada oksigen”
-“Bumi ada karbon dioksida”
-“Bumi ada air”
-“Bumi ada makanan”
D. Seterusnya guru menayangkan planet yang ke 4 iaitu planet Marikh.

Slaid 8
Guru meminta seorang murid untuk membaca penerangan mengenai planet tersebut.

E. Guru menayangkan planet Musytari dan membaca penerangan tentang planet tersebut. Planet tersebut merupakan planet yang terbesar sekali dalam Sistem Suria.


Langkah Isi Pelajaran Catatan


Slaid 9

F. Guru menayangkan gambar planet yang ke enam iaitu planet Zuhal.

Slaid 10
Planet Zuhal merupakan planet yang cantik kerana mempunyai cincin mengelilinginya. Murid membaca keterangan pada gambar planet tersebut.
G. Guru meminta salah seorang murid untuk mengklik gambar bulatan yang mewakili planet yang seterusnya dan minta murid tersebut membaca penerangan tentang planet tersebut.

Slaid 11



Langkah Isi Pelajaran Catatan
H. Guru menayangkan gambar planet Neptune. Murid
membaca penerangan yang diberi.

Slaid 12
I. Akhir sekali ialah gambar planet Pluto.

Slaid 13
Guru membaca penerangan mengenai planet Pluto. Guru mengemukakan soalan.
”Bagaimanakah keadaan planet yang paling jauh daripada Matahari itu?”
Contoh jawapan murid:- ”Planet itu sangat gelap”
”Planet itu sejuk”.
Langkah 3 Aktiviti 1. (Pengukuhan)
Untuk menguji kefahaman murid guru meminta murid menjawab beberapa soalan interaktif tentang pelajaran yang telah diajar. Guru meminta murid mengklik jawapan mereka.


Langkah Isi Pelajaran Catatan

(5 minit)














Dalam aktiviti ini guru menyuruh murid tampil ke hadapan dan membuat pilihan jawapan yang dipaparkan dengan mengklik jawapan mereka.

Aktiviti 2
Untuk menambahkan lagi ingatan murid-murid terhadap isi pelajaran yang diajar, guru meminta beberapa orang murid membuat satu simulasi mengenai kedudukan planet mengikut urutannya dari Matahari. Setiap pelajar yang dipilih mewakili sebuah planet. Murid diberi satu kad imbasan (nama planet) secara rambang. Setelah semua murid telah mendapat nama planet masing-masing mereka diminta mengambil kedudukan masing-masing seperti yang ada pada kad imbasan mereka.


Langkah Isi Pelajaran Catatan




(7minit)







(20 minit)

Kad Imbasan

Aktiviti 3 (Mod Penerokaan)
Guru membimbing murid melayari laman web yang berkaitan dengan tajuk. Seterusnya memberi peluang kepada murid-murid untuk membuat penerokaan dan mencari maklumat sendiri.

Penutup

(3 minit)
Penutup
Aktiviti Pengayaan dan Pengukuhan
Guru mengedarkan brosur sebagai bahan bantu belajar murid-murid.. Guru juga menyarankan supaya murid-murid yang mempunyai akses internet di rumah supaya melayari laman web yang berkaitan dengan tajuk yang diberi.
Murid juga diberi latihan sampingan sebagai untuk dijawab di rumah.


4 Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

Dalam sesi pengajaran ini bahan bantu mengajar yang dibuat digunakan dalam dua komponen pengajaran iaitu:-
a) pada Komponen Asas
b) pada komponen tambahan

4.1 Komponen Asas
Dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, komponen asas mengandungi tiga perkara utama iaitu:
i) Set Induksi :
Merupakan permulaan sesuatu sesi pengajaran. Akativiti yang dijalankan
dalam set induksi biasannya berkait rapat dengan tajuk pelajaran yang akan
diajar. Set induksi yang dirancang atau digunakan mestilah menarik supaya
merangsang fikiran murid-murid.
ii) Perkembangan :
Perkembangan merupakan penyampaian isi pelajaran tajuk-tajuk yang akan diajar. Penyampaian pengajaran tersebut dilakukan mengikut langkah-langkah yang berurutan.
iii) Penilaian :
Penilaian merupakan proses untuk mengenalpasti samada pengajaran yang disampaikan berkesan atau tidak. Ia boleh digunakan untuk menguji kefahaman murid-murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan.

Bagi sesi pengajaran ini Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang dibuat digunakan dalam Mod Tutorial iaitu pada setiap sesi utama dalam komponen asas. Pada set induksi, klip video digunakan untuk mengaitkan pengajaran dengan tajuk pelajaran yang akan diajar. Pada sesi perkembangan beberapa slaid persembahan ’power-point’ digunakan



begitu juga pada sesi penilaian, beberapa soalan interaktif dibuat untuk menguji murid-murid. Tujuannya ialah supaya dapat menarik minat murid-murid untuk terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan berbantukan komputer dan teknologi maklumat murid akan mempunyai keinginan yang tinggi untuk mengetahui apakah kandungan slaid yang bakal ditayangkan kemudiannya.

4.2 Komponen Tambahan
Komponen tambahan mempunyai empat kandungan iaitu:-
i) Ulangkaji :
Bahan yang dibina digunakan murid-murid untuk membuat ulangkaji
pelajaran yang baru diajar kepada mereka.
ii) Pengayaan:
Aktiviti disediakan bagi murid-murid yang dapat menguasai sesuatu pelajaran. Biasanya aktiviti yang disediakan lebih mencabar dan mempunyai aras yang tinggi.
iii) Pemulihan:
Disediakan bagi murid-murid yang lemah menguasai sesuatu kemahiran. Aktiviti yang disediakan lebih mudah dan sesuai dengan pencapaian mereka.
iv) Pengukuhan:
Setiap gerakbalas positif yang ditunjukkan murid akan diberi ganjaran dan pujian.
Dalam sesi pengajaran ini, brosur serta latihan bertulis disediakan sebagai ulangkaji kepada murid-murid. Murid-murid yang mempunyai akses internet di rumah juga diminta untuk melayari laman web-laman web yang berkaitan dengan tajuk yang diajar.

5 Bahan Bantu Mengajar/Bahan Bantu Belajar

1. Klip video: Klip video menunjukkan gambar-gambar planet. Klip video digunakan
pada set induksi. Selepas tayangan, beberapa soalan dikemukakan.


2. Slaid persembahan ‘power point’: Slaid digunakan semasa sesi perkembangan isi
pelajaran dan pada soalan-soalan interaktif. Slaid-slaid tersebut
menunjukkan gambar-gambar planet dan keterangannya.

3. Brosur: Brosur digunakan sebagai latihan ulangkaji dan bahan bantu belajar
murid.
4. Kad Imbasan : Kad ini digunakan dalam aktiviti pengukuhan murid-murid. Kad
tersebut adalah nama-nama planet. Sepuluh orang murid diminta
mengambil sekeping seorang kad tersebut. Selepas itu mereka membuat
susunan sendiri kedudukan planet-planet mengikut urutan dari matahari.





















Bibliografi

En. Omar Zakaria, En. Saidol Bahary Sulaiman, En. Hassan Ahmad, (2006) HBEF 2303 Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan.Kuala Lumpur:Unitem Sdn. Bhd.

Chai Tsun Thai,Marlyn Premini,Siti Sarbanon Mohd. Amin (2005) Siri Teks referens Sains UPSR.Selangor Darul Ehsan:Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM, KBSR (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 6, PPK. Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan